Professional Documents
Culture Documents
Nur Afiqah Nadhrah Pendarasan Islam Ba19110404 (Slot2) Proposal
Nur Afiqah Nadhrah Pendarasan Islam Ba19110404 (Slot2) Proposal
NO MATRIK: BA19110404
NO TEL: 01140118127
KUMPULAN:A2
1
ISI KANDUNNGAN ................................................................................................... MS
2
1.0 PENDAHULUAN
3
Islam itu sendiri.
Kajian ini dilakukan untuk menilai tahap penguasaan pelajar Pendarasan Islam di
Universiti Malaysia Sabah dalam menguasai bahasa dan tulisan jawi serta kajian ini juga sebagai
kajian tindakan bagi meneliti usaha yang boleh dilakukan bagi memartabatkan penggunaan
bahasa dan tulisan jawi dalam kalangan pelajar Pendarasan Islam melalui penggunaan media
elektronik. Hal ini bagi memastikan tulisan jawi terus berkembang subur kepada generasi
seterusnya yang berbilang kaum dan agama bukan sahaja tertumpu kepada pelajar Pendarasan
Islam. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk mengentahui faktor yang mempengaruhi
penggunaan bahasa dan tulisan jawi dalam kalangan pelajar Pendarasan Islam. Hal ini kerana
penguasaan jawi di kalangan mahasiswa Pendarasan Islam amatlah penting, bagi seorang
penuntut ilmu agama kerana ianya melambangkan suatu bidang tersebut. Kajian ini menjadi titik
awal bagi memartabatkan tulisan jawi di peringkat Pengajian Tinggi dan diteruskan diperingkat
yang seterusnya demi memastikan tulisan jawi terus menjadi pilihan dan perhatian masyarakat
Islam dan bukan Islam di Malaysia.
Namun secara realitinya, pada masa kini penggunaan tulisan jawi masih kurang
dipratikkan khususnya melalui media elektronik. Hal ini kerana sesuai dengan keadaan semasa,
penggunaan media elektornik seperti program realiti televisyen meupakan satu program yang
4
mendapat rating tertinggi dalam kalangan masyarakat. Namun masih terdapat dalam kajian lepas
yang menunjukkan ada segelintir masyarakat yang kurang bersetuju terhadap media tersebut
sebagai alat untuk mempraktikkan bahasa dan tulisan jawi (Noraziah Mohd Amin et al, 2018).
Sedangkan penggunaan media elektronik adalah sesuatu yang baik jika tulisan Jawi dapat
dijadikan salah satu perkara yang dipertandingkan dalam program popular seperti program realiti
televisyen serta sebagai alat bagi mempromosikan bahasa dan tulisan jawi.
Akibatnya, penggunaan bahasa dan tulisan jawi sebagai suatu warisan yg seharusnya
dikuasai oleh masyarakat Melayu semakin dipinggirkan. Misalnya, dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran program Pendarasan Islam, penggunaan tulisan jawi belum lagi dipratikkan
sepenuhnya khususnya dalam kalangan pelajar. Dalam hal ini, masih ramai pelajar yang tidak
tahu membaca dan menulis jawi dengan baik kerana tidak terlalu mementingkan tulisan jawi
pelajar timbul perasaan tidak minat (Yusof S. B., 2015) terhadap tulisan jawi disebakan kurangnya
pendedahan yang mendalam.
Oleh itu, kajian ini dijalankan agar dapat dijadikan satu cadangan kepada pihak yang
berkaitan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menilai tahap penguasaan pelajar
Pendarasan Islam berkaitan tulisan jawi. Kajian ini juga berhasrat untuk mengenal pasti faktor
yang mempengaruhi penggunaan tulisan jawi dalam kalangan pelajar Pendarasan Islam serta
meneliti usaha yang dilakukan bagi memartabatkan penggunaan tulisan jawi khususnya melalui
media elektronik. Oleh itu, kajian akan dapat dijadikan sumber maklumat kepada masyarakat lain
berkaitan peranan media elektronik sebagai alat untuk mempromosikan tulisan Jawi.
5
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian bagi proposal ini adalah penentu kepada kejayaan pada sesebuah kajian ini.
Oleh itu, objektif kajian ini adalah:
6
6.1 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian merujuk kepada pengunaan cara yang paling berkesan bagi mencapai
matlamat kajian dengan kos yang minimum. Kajian deskriptif merupakan penyelidikan yang
bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku (Marshall, 1996)
menjelaskan bahawa reka bentuk kajian deskriptif mempunyai dua tujuan utama iaitu pertama
untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan kajian dan kedua untuk mengawal pembolehubah.
Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan pendekatan kuantitatif. Data kuantitatif ialah
daripada hasil ujian dan soal selidik. Secara dasarnya kuantatif adalah daripada perkataan kuantiti
iaitu jumlah atau bilangan (Kamus Dewan. Edisi keempat, 2007). Kuantitatif dikaitkan dengan
data numerik dan ketepatan (Hamdi, 2015), yang mana berdasarkan penyelidikan inkuiri positivis
yang menggunakan kajian eksperimental dan data numerika untuk dianalisis dengan ujian
statistik dan maklumat yang diperolehi adalah lebih tepat.
Kajian tinjauan digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan maklumat daripada responden
yang ditetapkan. Kajian tinjauan dijalankan ke atas sampel dalam sesuatu populasi tertentu
(Marican, 2005). Sampel yang terpilih mestilah mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat populasi yang
ingin dikaji supaya maklumat yang diperoleh melalui kajian berkenaan boleh memberi kenyataan
dan gambaran umum (Marican, 2005) tentang keseluruhan populasi yang dikaji. Justeru itu, salah
satu tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan umum (generalization)
tentang sesuatu populasi. Dimana dalam kajian ini memfokuskan kepada pelajar Pendarasan
Islam sahaja berkaitan usaha memartabatkan tulisan jawi khususnya pada media elektronik.
6.2 Persampelan Kajian
7
digunakan dalam kajian ini serta soal selidik ini akan diagihkan melalui pautan Google Form
kepada pelajar Pendarasan Islam untuk memperolehi data dan maklumat berkaitan objektif
kajian.
6.2.1 Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan borang soal selidik melalui penggunaan pautan Google Form sebagai
medium pengumpulan data kerana sesuai dengan keadaan sekarang yang mengalami pandemik
COVID-19 dan kerterbatasan pergerakan. Kemudian data dianalisis menggunakan perisian SPSS.
Soal selidik merupakan kaedah termudah dan berkesan (Burn, 1995) dalam memperoleh data
piawai daripada saiz sampel kajian yang besar dan menyeluruh. Selain itu, (Mukhtar,
2009)berpendapat bahawa menggunakan soal selidik memberi kebaikan kerana ia melibatkan
responden yang lebih ramai, secara meluas dan menyeluruh daripada maklum balas yang
diterima nanti dapat menjawab permasalahan kajian.
Kaedah pengumpulan data terdiri daripada dua sumber iaitu data primer dan data
sekunder. Pengumpulan data primer kajian ini menggunakan kaedah borang soal selidik. Borang
soal selidik ini digunakan mengenai tujuan kajian, kaedah pelaksanaan (Arikunto, 2010)seperti
menyoal dan mendapatkan kerjasama daripada responden. Untuk mendapatkan data sekunder
pula pengkaji kumpul dan rujuk daripada buku-buku rujukan yang berautoriti mengenai topik
kajian, rujukan melalui internet yang meliputi. Seperti melihat dan merujuk usaha memartabatkan
tulisan jawi melalui media elektronik akan merujuk kepada kajian perpustakaan seperti jurnal,
buku,majalah, kertas kerja atau persidangan dan dokumen-dokumen berkaitan dengannya.
8
for the Social Science) untuk menganalisis set soal selidik yang telah dijalankan kepada
responden. Analisis deskriptif dalam kajian ini diukur dalam bentuk ordinal (Nurgiyantoro, 2000)
kerana kajian ini melihat tahap kebolehan pelajar menguasai tulisan jawi. Penyampaian data
dalam kajian ini dalam bentuk jadual atau taburan frekuensi dan tabulasi silang crosstab. Oleh
itu, analisis ini akan mengetahui trend penemuan meneliti, sama ada tergolong dalam kategori
rendah, sederhana atau tinggi.
Bahagian ini akan tertumpu kepada sintesis kajian lepas berkaitan tahap penguasaan
pelajar Pendarasan Islam berkaitan penggunaan tulisan jawi. Selain itu, faktor yang
mempengaruhi penggunaan tulisan jawi dalam kalangan pelajar serta usaha yang boleh
memartabatkan bahasa dan tulisan jawi dalam media elektronik.
A) Tema 1: Sintesis kajian lepas berkaitan tahap kebolehan pelajar membaca dan menulis
tulisan jawi:
9
sebagainya tidak menekankan pendidikan
jawi sedangkan para mahasiswa
merupakan pengamal tegar tulisan ini.
Impaknya, generasi bakal bergelar ustaz
dan ustazah ini tidak terdedah dengan
sistem ejaan jawi yang terkini.
(Jemali, 2018) Tahap pengguasaan bacaan dan tulisan
jawi Mahasiswa berada pada tahap
membimbangkan dan sederhana.
Kelemahan penguasaan tersebut boleh
membawa kepada kesilapan dalam proses
penyampaian pengajaran dan
pembelajaran.
Rumusan sintesis berkaitan sorotan tema 1 lebih kepada bersifat sederhana kerana
permasalahan tersebut berpunca daripada pelajar sendiri yang tidak dapat menguasai tulisan
Jawi sepenuhnya biarpun mereka adalah daripada kalangan yang belajar bidang agama. Namun,
tetap terdapat juga pelajar tidak menguasai bahasa dan tulisan jawi tersebut. Hal ini kerana
penguasaan mereka terhadap bahasa dan tulisan jawi juga adalah dipengaruhi oleh diri pelajar
itu sendiri dan juga tenaga pengajar itu sendiri dalam menyampaikan maklumat pembelajaran.
B) Tema 2:Faktor yang mempengaruhi penggunaan tulisan jawi dalam kalangan pelajar.
(Saiful Bahari bin Abdul Rahman et al., Faktor minat dalam kalangan pelajar itu
Mazlan Bin Ibrahim, 2019) sendiri terutamanya dari segi tulisan jawi
itu sendiri yang unik dan murid mempunyai
keazaman untuk pandai menulis jawi pada
masa akan datang serta pelajar itu sendiri
bersungguh, bertekad dan berazam untuk
memajukan diri dalam mata pelajaran jawi.
(Saiful Bahari bin Abdul Rahman et al., Penerapan nilai-nilai motivasi di kalangan
Mazlan Bin Ibrahim, 2019) guru kepada murid seperti sokongan,
10
galakan dan semangat akan melahirkan
murid-murid yang serba boleh dan aktif di
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Dari segi faktor motivasi iaitu
murid berusaha belajar menulis jawi
disebabkan rakan-rakan mereka yang lain
pandai menulis jawi.
(Saiful Bahari bin Abdul Rahman et al., Pelajar akan sentiasa berusaha untuk
Mazlan Bin Ibrahim, 2019) menyaingi rakan yang lebih bijak dan cerdik
daripadanya. Jadi adalah menjadi satu
keperluan bagi guru guru untuk
mencampur murid yang mempunyai tahap
pencapaian yang berbeza di dalam satu
kelas yang sama agar faktor persaingan
rakan sebaya yang sihat ini dapat
diwujudkan.Murid akan lebih bersemangat,
aktif dan sentiasa ingin maju ke hadapan
untuk meningkatkan pencapaian dalam
penguasaan jawi.
11
khusus kepada anak-anak mereka di dalam
penguasaan Jawi mungkin disebabkan kos
kehidupan yang tinggi dan kedaifan di
dalam pendidikan Islam.
Rumusan ringkas sorotan kajian lepas temas 2 adalah faktor yang mempengaruhi
penggunaan tulisan jawi dalam kalangan pelajar itu adalah daripada minat pelajar itu sendiri. Hal
ini kerana dengan timbulnya minat seseorang pelajar berkaitan tulisan jawi akan melahirkan
kemahiran disebabkan minat. Selain itu, para pendidik juga memainkan peranan yang besar
dalam memupuk motivasi pelajar dalam sesuatu pembelajaran hal ini menyebabkan pelajar
berasa tersaing dengan rakan-rakan lain lalu wujudlah persaingan sihat untuk menguasai sesuatu
pembelajaran seperti penguasaan tulisan Jawi. Seterusnya, faktor yang mempengaruhi tulisan
jawi juga adalah daripadaa ibu bapa itu sendiri terutama dari segi tahap sosioekonomi mereka.
Terdapat sesetengah ibu bapa yang tidak menekankan serta mementingkan tulisan jawi samada
mereka daripada kalangan yang berada atau sederhana.
12
peranannya sebagai medium untuk
mempromosikan tulisan Jawi, malah media
cetak seperti akhbar dan majalah juga
perlu sama-sama mewujudkan ruangan
khas yang menggunakan tulisan Jawi.
Aishah(2009) Kekuatan murid mendalami penulisan Jawi
membabitkan kebolehan guru semasa
pembelajaran iaitu tidak hanya
menggunakan buku teks atau chalk and
talk tetapi juga sesuai dengan kemudahan
zaman sekarang.
(Naquiah Nahar et., al Jimaain Safar, Guru mempelbagaikan kaedah pengajaran
2016) dan pembelajaran agar murid tidak leka
dan ketinggalan dalam mata pelajaran jawi
seperti kartun animasi berkaitan jawi.
Secara ringkasnya, sorotan kajian lepas pada tema 3 adalah para pendidik memainkan
peranan yang besar dalam memartabatkan tulisan jawi. Hal ini kerana guru berperanan besar
dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran yang menarik kepada murid terutamanya pada era
kini yang mencapai kemajuan teknologi terutama dari segi media elektronik. Selain itu, para pihak
yang berkuasa juga seperti kerajaan juga sepatutnya banyak menyiarkan dan menerbitkan
berkaitan tulisan jawi pada media elektronik sepeti televisyen dan lain-lain, secara tidak langsung
dapat menimbulkan minat pelajar dan seterusnya masyarakat lain-lain agar terus memartabatkan
tulisan jawi. Oleh itu, hasil daripada sorotan kajian lepas dapatlah dijadikan rangka kepada kajian
yang ingin dilakukan oleh pengkaji.
13
8.0 SKOP KAJIAN
Skop kajian ini tertumpu kepada pelajar Pendarasan Islam di Universiti Malaysia Sabah kerana
tulisan jawi merupakan sinonim dengan bidang itu sendiri iaitu pada penggunaan tulisan jawi
terutamanya melalui media elektronik pada era kini yang semakin maju. Hal ini kerana
penggunaan media elektronik dalam kalangan pelajar adalah sinonim. Selain itu, lokasi kajian
ini dilakukan di Universiti Malaysia Sabah adalah lebih memudahkan pengkaji untuk
mendapatkan maklumat dan data berkaitan tajuk kajian serta ianya lebih sesuai disebabkan
belum ada lagi kajian yang dilakukan berkaitan tajuk ini di lokasi tersebut.
14
9.0 RUJUKAN
Abdullah, A. R. (2014). Kaedah Transliterasi Beraneka: Satu Inovasi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Jawi, Seminar Antarabangsa Pengajian Melayu 2014, Keningau: Institut
Pendidikan Guru Kampus Keningau.
Ahmad Farid bin Abdul Jalal, Y. b. (2005). Tulisan Jawi: Sejarah, Seni dan Warisan. Pahang:
Lembaga Muzium Negeri Pahang, hlmn 23.
Ali, A. R. (2015). Falsafah Pendidikan Jawi Dalam Memperkasakan Tamadun Islam Di Malaysia.
In Proceedings of ICIC2015-International Conference on Empowering Islamic Civilization
in the 21st Century .
Arikunto, S. (2010). Metode Peneltian. Jakarta: Rineka Cipta. Jakarta: Rineka Cipta.
Asyraf Ridwan Ali., &. B. (2015). Falsafah Pendidikan Jawi Dalam Memperkasakan Tamadun Islam
di Malaysia. International Conference on empowering Islamic Civilization in the 21st. Kuala
Terengganu.
Aziz, H. b. (2009). Pemerkasaan Kembali Tulisan Jawi. Jurnal Aswara, 159-175.
Battuta, I. (2005). he Rihla. The Adventures of Ibn Battuta: A Muslim Traveler of the Fourteenth
Century. Beirut.
Burn, R. B. (1995). Introduction to Research Method. Melbourne: Longman . Melbourne:
Longman.
Collins, J. T. (2005). Bahasa Melayu Bahasa Dunia; Sejarah Singkat. Jakarta: Jakarta: JL.Plaju,
hlm. 47.
Din, R. A. (2009). Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik gaya e-pembelajaran (else) versi
8.1 menggunakan Model Pengukuran Rasch. Journal of Quality, Measurement and
Assessment,, 5(2), 15-27.
Hamdi, A. S. (2015). Metode penelitian kuantitatif aplikasi dalam pendidikan. Jogjakarta:
Deepublish.
Haron, M. J. (2003). Penggunaan tulisan jawi: suatu kajian di kalangan mahasiswa Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya. Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Bahagian
Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Jemali, M. B. (2018). Tahap Penguasaan Jawi Baru Kalangan Pelajar Siswazah Pengajian Islam.
Kamus Dewan. Edisi keempat, K. L. (2007).
Marican, S. (. (2005). Kaedah penyelidikan sains sosial. . Petaling Jaya: Prentice Hall/Pearson
15
Malaysia.
Marshall, M. N. (1996). Sampling For Qualitative Research. Family Practice.
Masri, S. (2005). Kaedah penyelidikan dan panduan penulisan: esei, proposal, tesis. Utusan
Publication.
Mohd Amin, N. &. (2019). ersepsi Pelajar Melayu UNITEN terhadap Pembelajaran Tulisan Jawi di
Pelbagai Peringkat Pendidikan di MalaysiaSejauh Mana Usaha-usaha Meluaskan
Pembelajaran Jawi Dapat Dilaksanakan? Jurnal Sains Insani.
Mohd Amin, N. &. (2019). Sejauh Mana Usaha-usaha Meluaskan Pembelajaran Jawi Dapat
Dilaksanakan?. Jurnal Sains Insani.
Mukhtar, M. Z. (2009). Penguasaan bahasa Arab melalui program Tahbib al-Lughat al-Arabiyyat
(Doctoral dissertation, Universiti Malaya).
Musa, H. H. (2005). Peranan tulisan Jawi dalam perkembangan Islam di Malaysia. Jurnal
pengajian Melayu, 88.
Naquiah Nahar et., al Jimaain Safar. (2016). Pengajaran Jawi Berkesan Dalam Usaha
Memartabatkan Warisan Budaya Bangsa. Proceedings of the International Conference on
Education towards Global Peace. Selangor: Kulliyyah of Education, International Islamic
Education Malaysia.
Noraziah Mohd Amin et al, S. I. (2018). Pemeliharaan Tulisan Jawi dan Penggunaan Tulisan Jawi
di Media. Sains Insani, 5.
Norhazliana Mohd Hasan Abdullah, S. S. (2010). Isu Kritikal Penggunaan Tulisan Jawi dalam
Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam Peringkat Sekolah Menengah: Pandangan Pakar.
Jurnal Pendidikan, 63-84.
Nurgiyantoro, B. G.-I. (2000). Statistik Terapan untuk Penelitian Ilmu-IlmuSosial. Indonesia:
Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.
Rubin, J. H. (1980). The Conversion of Scripts: Its Nature, History and Utilization. Language
Problems and Language Planning.
Saiful Bahari bin Abdul Rahman et al., Mazlan Bin Ibrahim. (2019). Tahap Dan Faktor Yang
Mempengaruhi Penguasaan Jawi Dikalangan Murid Tahun Enam di Sekolah Kebangsaan
Seri Duyong. Jurnal: At Tahkim, 5-6.
Saufee, S. F. (2006). Penguasaan Tulisan Jawi Di Kalangan Murid-Murid Tahap Sebuah Sekolah
Rendah Di Daerah Meradong.
Seock, K. K. (1986). Perkembangan Tulisan Jawi dalam Masyarakat Melayu. University Malaya.
16
Silalahi, U. &. (2015). Metode penelitian sosial kuantitatif.
Usman, H. &. (2008). Metodologi penelitian sosial. Bumi Aksara.
Yunus, K. R. (2007). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
Yusof, S. B. (2015). Sikap generasi muda terhadap tulisan Jawi: kajian kes pelajar university
Brunei Darussalam. Southeast Asia: A Multidisciplinary Journal, 15-16.
Yusof, S. B. (2015). Sikap generasi muda terhadap tulisan Jawi: kajian kes pelajar university
Brunei Darussalam. Southeast Asia: A Multidisciplinary Journal, 15, 8-16.
17