Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

KAJIAN KES TINGKATAN 3

TAJUK:BAB 7
Penentangan Masyarakat Tempatan
Nama murid:Pavithra A/P Mathavan
Nombor kod pengenalan:060729080856
Tingakatan:3Arif

Pernyataan Masalah:campur tangan kuasa barat telah menyebabkan


pembesar dan Raja Melayu kehilangan hak dan kuasa.Perubahan corak
pentadbiran barat ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam
kalangan pembesar tempatan dan akhirnya bangkit menentang.
Bilangan Tarikh Perkara Catatan
1) 3.3.2021 -menerima tugasan TST3 Di rumah
Sejarah.mendengar
taklimat panduan
melaksanakan TST3
Sejarah daripada
Pn.Saziana.
2) 4.3.2021 -berbincang dengan guru Di rumah
dan rakan tentang tajuk
yang sesuai untuk
dilaksanakan.
3) 9.3.2021 -mencari maklumat Di rumah
tentang Penentangan
masyarakat Tempatan.
4) 14.3.2021 -menemubual beberapa Di rumah
orang untuk dijadiakn
orang sumber sebagai
sumber lisan.
5) 30.4.2021 -menulis perancangan Di rumah
awal iaitu:jadual
Objektif Kajian
Kerja kursus ini dilaksanakan bagi menemui beberapa
objektif kajian iaitu:
 1) saya dapat mengenalpasti latar belakang tokoh Dato Bahaman.

 2)Saya dapat meneroka bukti tentang kronologi peristiwa penentangan?

 3)Saya dapat menghuraikan kesan kejayaan penentangan tersebut.


Kaedah kajian
Terdapat 2 kaedah yang dijalankan oleh saya untuk
mendapatkan maklumat secara terperinci dan bersitematik
iaitu:
 1)Kaedah Penyelidikan Perpustakaan
 Saya telah merujuk pelbagai jenis buku ilmiah,akhbar,dan majalah untuk membuktikan
kajian saya.Saya telah merujuk buku sejarah tingkatan 3 yang dikarang oleh Dr.Azharudin
Bin Mohamed Dali,Ridzuan Bin Hasan,Muslimin Bin Fadzil terbitan Dewan Bahasa dan Pusaka
untuk mendapatkan maklumat Penentangan Masyarakat Tempatan.

 2)Kaedah malayari internet


 Saya telah melayari internet untuk mendapatkan maklumat dengan lebih mendalami.Saya
telah memuat turun bahan yang berkaitan dengan kesan penentangan masyarakat tempatan
sebagai rujukan tambahan.Saya telah melayari laman sesawang seperti http://mypt3.com.
Laporan
Tajuk:Matlamt dan Bentuk Penentangan Masyarakat Tempatan.
Oleh:Pavithra Mathavan

 Latar belakang tokoh Dato Bahaman.


-Nama asalnya Abdul Rahman Bin Iman Noh dan dikenali sebagai Dato Bahaman.Beliau
dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segara.
-Beliau menentang British di Pahang kerana hilang hak mengutip cukaidan pembinaan
balai polis oleh tanpa pengetahuannya.
-Pada tahun 1891,beliau melancarkan gerakan menentang British dengan bantuan Tok
Gajah(Iman Perang Rasul) dan Mat Kilau.Pada tahun 1894,Dato Bahaman dan
pengikutnya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.British bertindak balas
menghantar Kolonel Walker dan berjaya menawan semula Jeram Ampai.Dato
Bahaman,Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan dan Terengganu.Peristiwa ini
menandakan berakhirnya Perang Pahang.
 Kronologi peristiwa penentangan ialah :

 Pada tahun 1888,beberapa orang pembesar telahbersatu melawan


penguasan British di Pahang.Apabila J.P Rodgers dilantik sebagai Residen
Pahang yang pertama ,Dato Bahaman telah menolak pelaksanaan
undang-undang British yang bertentangan dengan adat resam dan sistem
politik tempatan.Undang-undang British meliputi sistem
kehakiman,pemungutan hasil tanah,sistem cukai dan penubuhan
pasukan polis luar.Undang-undang itu telah menghakis kuasa Dato
Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan.Dato
Bahaman dan Tok Gajah serta Iman Rasul telah bersatu menentang
British.
Siri Penentangan Dato
Bahaman
Tarikh Peristiwa
1890 -menentang pembinaan Balai Polis
Lubuk Terua,kawasan pengaruhnya.
1891 -menyerang British kerana
menangkap anak buahnya.
1892 -menyerang dan menawan semula
Lubuk Terua.
1894 -menyerang dan menguasai Kuala
Tembeling dan Jeram Ampai.
1895 -Akibat tekanan British,Dato
Bahaman berundur ke
Kelantan.
 Dato Bahaman dan pengikutnya mendapat perlindungan daripada penduduk dan
pembesar Terengganu dan Kelantan.Dato Bahaman menetap di hulu Kelantan
manakala Tok Gajah dan keluarganya menetap di hulu Terengganu.Dato Bahaman
berpindah ke Bangkok dan diberikan perlindungan polotik oleh Raja
Chulalongkorn.(1896).Beliau menetap di Chieng Mai dan diberikan wang sara
hidup sebanyak 1000 baht dan meninggal dunia di sana.

 i) Nilai kesan kejayaan Penentangan alah:

 i)Pentadbiran Tempatan
 Pembentukan daerah di bawah pentadbiran Pemungut Cukai dan Majistret
menyebabkan hilangnya kuasa pentadbiran pembesar di daerah masing-
masing.British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato Setia Perkasa
Pahlawan Semantan daripada Dato Bahaman.Tindakan British ini memalukan
beliau dan menyebabkan berlakunya kebangkitan menentang British di Pahang.
ii)Perundangan Tempatan
Konflik antara Dato Bahaman dengan British menjadi lebih serius apabila British
mendirikan balai polis di Lubuk Terua.Tindakan British menyebabkan kedudukannya
sebagai penguasa undang-undang tergugat.

iii)Kewangan Tempatan
Dengan pengenalan Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil,Dato Bahaman dan
pembesar lain yang berkuasa di Semantan tidak dibenarkan memungut
cukai.Mereka ditawarkan elaun bulanan yang sangat kecil.Misalnya,Dato Bahaman
ditawarkan elaun $70.00 sahaja sebulan.Para pembesar Pahang tidak berpuas hati
dengan elaun tersebut dan membantah tidak akan mematuhi keputusan Majlis
Mesyuarat Negeri.
Rumusan
 Saya amat bersyukur kerana dapat menyelesaikan kajian kes tentang
Penentangan Masyarakat Tempatan.
 Sepanjang menjalankan kajian kes tentang Penentang masyarakat
tempatan,terdapat latar belakang tokoh Dato Bahaman,peristiwa penentangan
dan kesan kejayaan penentangan yang telah saya pelajari.
 Hasilnya,saya dapat merumuskan bahawa Penentangan Masyarakat Tempatan
amat bergantung pada matlamat dan bentuk penentangan masyarakat
tempatan.
 Kesimpulannya,jelaslah kepada kita memerihalkan kebangkitan masyarakat
tempatan menentang British.Dasar pentadbiran British yang mengancam
kedudukan raja dan pembesar Melayu menjadi factor utama kebangkitan
penentangan ini.Rakyat turut merasai kesan perubahan pentadbiran Barat
apabila mereka terpaksa membayar cukai yang lebih tinggi dan amalan budaya
tradisional mereka terancam.Maka,bermulalah tiupan semangat nasionalisme
anti-Barat dalam kalangan masyarakat.
Sumber rujukan
 1)Buku
 Dr.Azharudin Bin Mohamed Bali,Ridzuan Bin Hasan,Muslimin Bin
Fadzil.2018,Buku Teks Sejarah Tingkatan 3.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa
Dan Pusaka.

 2)Internet:https://mypt3.com

 3)Orang sumber
 Nama:Ratha A/P Mariappa
 Umur:38
 Alamat:720,Jalan Tilan,Mambang Di Awan 31950, Kampar,Perak.
Rujukan
i)YBhg.Profesor Dr.Kamaruzaman bin Yusoff
ii)YBhg.Profesor Emeritus Datuk Dr.Abdullah Zakaria bin Ghazali
iii)YBhg.Profesor Dr.Sivamurugan a/l Pandian
iv)YBhg.Profesor Dr.Ishak bin Saat
v)YBhg.Profesor Madya Dr.Rohani binti Haji Ab.Ghani
vi)YBhg.Profesor Madya Dr.Bilcher Bala
vii)YBhg.Profesor Madya Dr.Neilson Ilan Mersat
viii)YBhg.Dr.Ho Hui Ling
viiii)YBhg.Profesor Madya Dr.Kassim bin Thukiman
viiiii)YBhg.Profesor Madya Dr.Zulkanain bin Abdul Rahman
viiiiii)YBhg.Profesor Madya Dr.Mohd bin Samsuddin

You might also like