Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

PELAN STRATEGIK ORGANISASI (PSO)

SJKT LADANG

DOMINION 2021
-2025
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi
Negara
VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK
NEGARA SEJAHTERA
SJK(T) LADANG DOMINION mengupayakan sistem pendidikan yang berkualiti dan berkesan untuk
melahirkan insan cemerlang dari segi intelek, kognitif, afektif dan sosial menjadi generasi yang dapat menjamin
kesejahteraan bangsa dan Negara.
MISI
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG
BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI
INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
SJK(T) LADANG DOMINION menyediakan satu sistem pendidikan berkualiti merangkumi kepimpinan,
pengurusan organisasi, kurikulum, kokurikulum dan sukan, hal ehwal murid serta pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan bagi membangunkan potensi murid dalam memenuhi Aspirasi Negara.
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Dominion telah ditubuhkan pada tahun 1938. Pada tahun 1944, sekolah ini
terpaksa ditutup sewaktu Perang Dunia Kedua. Selepas perang tamat, sekolah ini dibuka semula pada tahun 1945.

Sukan Tahunan sekolah ini diadakan untuk julung kalinya pada tahun 1984. Dengan bimbingan Guru besar, En. C.
Kanagaratnam selaku Penolong Kanan telah mengeluarkan buku cenderahati yang diberi nama “Mazhalai Amutham”
sempena temasya sukan pada tahun tersebut.

Seterusnya, pada tahun 1983 sempena Hari Deepavali, Pengerusi Lembaga Sekolah, Y.B. Dato Abdul Ghani Bin Abdul
Manap DPMS, JP, PJK, telah melawat sekolah ini dan menyampaikan hadiah kepada murid-murid sekolah.

Pada bulan Februari 1984, Y.B. Marvilis Bin Hj. Yusuf PJK, ADUN Kawasan Semenyih merangkap Ahli Exco Negeri
Selangor, telah menyumbangkan buku latihan kepada murid-murid sekolah ini.

Sehingga kini seramai 19 orang Guru besar telah berkhidmat di sekolah ini. Penyelia Sekolah-Sekolah Tamil Negeri
Selangor, En. J. Samuel juga pernah berkhidmat sebagai Guru besar di sekolah ini pada tahun 1975.

Kini, Guru besar yang berkhidmat di sekolah ini ialah Pn. Letchumy A/P Periannan. Beliau mula berkhidmat di sekolah ini
mulai bulan 5 Mac 2018.

Sekolah ini merangkumi tiga buah bangunan. Bangunan yang pertama didirikan pada tahun 1938. Bangunan kedua pula
telah didirikan pada tahun 1972. Bangunan ini telah ditambah dengan bilik pejabat dan bilik Guru besar pada tahun 1988
dengan sumbangan dana daripada Datuk Lee Kim Sai, Ahli Parlimen Kawasan Hulu Langat ketika itu. Pada tahun 1991,
sebuah bilik darjah ditambah dengan bantuan dana dari PIBG sekolah ini. Bangunan Kantin juga telah dibina pada tahun
2007.

Pada bulan April 2017, bilik guru dan pejabat sekolah telah dinaiktarafkan dengan peruntukkan sebanyak
RM50,000 daripada Kerajaan Pusat.
FIZIKAL SEKOLAH
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Dominion terdiri daripada 2 buah bangunan iaitu Blok A dan Blok B. Blok A terdiri
daripada bilik Guru besar, pejabat sekolah, bilik darjah Tahun 4/5 dan 6, bilik pemulihan dan makmal ICT.

Blok B pula menempatkan bilik darjah Tahun 1 dan 2/3. Bilik guru, makmal sains dan stor Pendidikan Jasmani juga
ditempatkan disini.

Pusat Sumber Sekolah pula ditempatkan dalam sebuah kontena yang disumbangkan. Manakala kantin sekolah terletak di
sebelah Pusat Sumber Sekolah.

Bangunan A

1. Bilik Guru besar

2. Pejabat sekolah

3. Bilik darjah Tahun 4/5 dan 6

4. Bilik Pemulihan/ BOSS SPBT

5. Makmal ICT

Bangunan B

1. Bilik darjah Tahun 1 dan 2/3

2. Bilik guru

3. Stor Pendidikan Jasmani

4. Makmal Sains
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
PIAGAM PELANGGAN

Dalam usaha menjadikan SJK(T) Ladang Dominion terbaik dan dinamik, kami dengan penuh tekad dan
iltizam berikrar menyempurnakan hak-hak pelanggan kami seperti berikut:-

Kepada murid
Menyediakan iklim sekolah yang baik dan sesuai untuk pembelajaran.

Memberi peluang kepada semua murid mengembangkan bakat dan potensi dalam aktiviti kokurikulum.

Kepada Staf
Memastikan semua guru mendapat kemudahan terbaik bagi mereka menghasilkan pengajaran yang
berkualiti.

Menyediakan kemudahan secukupnya kepada kkitangan bagi menjalankan tugas dengan sekap dan berkesan.
Kepada Ibu bapa
Memastikan semua ibu bapa mendapat perkhidmatan berkualiti dan mesra semasa berurusan dengan
pihak sekolah.

Kepada Masyarakat
Melibatkan masyarakat dalam meningkatkan kemajuan sekolah.

Kepada Negara
Melahirkan warganegara yang cergas, berilmu, bertakhwa, berakhlak, kreatif dan inovatif serta

berupaya memberi sumbangan untuk kemakmuran Negara.


PERATURAN SEKOLAH
TugasKakitangan
Semua kakitangan sekolah mestilah memahami tugas masing-masing. Guru diminta rujuk pada senarai tugas dalam buku takwim.

Kehadiran

Semua guru perlu datang awal ke sekolah sekurang-kurangnya pada jam 7.15 pagi.

Guru bertugas harian perlu datang ke sekolah sekurang-kurangnya pada jam 7.00 pagi. Semua guru perlu menepati masa untuk semua
aktiviti dan mesyuarat sekolah.

BukuKedatangan

Semua kakitangan sekolah hendaklah mencatat waktu sampai dan menandatangani buku kedatangan sebelum memulakan tugas dan
mencatat waktu pulang dan menandatanganinya sekali lagi.

KeluarDalamWaktuBertugas

Seseorang kakitangan sekolah hanya dibenarkan keluar atas perkara-perkara berikut:-

Sakit

Kematian saudara –mara

Kemalangan saudara-mara (anak, isteri, suami, ibu dan bapa)

Lain-lain perkara yang munasabah atas budi bicara Guru

Besar
DatangLambat&BalikAwal
Sesiapa yang datang lambat atau hendak balik awal perlu mengisi borang kebenaran atas kebenaran Guru Besar sebelum 8.00 pagi. Borang
kebenaran boleh didapati dari pejabat sekolah.

MembuatKerja–KerjaLuarSemasaWaktuPersekolahan
Membuat kerja-kerja luar semasa waktu persekolahan tidak dibenarkan sama sekali.

KebenaranUntukMenjalankanTugas-tugasLain
Kebenaran daripada Pengarah Pelajaran Negeri Selangor mesti diperolehi untuk menjalankan tugas-tugas seperti berikut:-
Menjalankan tugas-tugas sebagai ahli politik
Polis Bantuan
Kelas POL

UrusanDenganPejabatSekolah
Semua urusan di pejabat sekolah mesti dibuat melalui Guru Besar atau Penolong Kanan. Kakitangan sekolah TIDAK DIBENARKAN
mengurus urusan mereka terus kepada Pebantu Tadbir sekolah tanpa pengetahuan Guru Besar / Guru Penolong Kanan.

UrusanMenulisSuratKepadaPPD/JPSKementerianPelajaran
Semua urusan kepada PPD/JPS mestilah dibuat melalui Guru Besar.

MemohonCuti/CutiRehat
Permohonan cuti mestilah dikemukakan seminggu sebelum tarikh cuti dipohon kecuali cuti sakit, kemalangan dan kematian. Sijil sakit
hendaklah disampaikan kepada Guru Besar pada keesokan hari bekerja.

Fail-failSekolah
Guru-guru dan kakitangan sekolah tidak dibenarkan melihat atau mengambil fail-fail sekolah. Hanya Guru Besar dan pegawai yang
dipertanggungjawabkan sahaja dibenarkan mengendalikan fail-fail tersebut.
HartaBendaSekolah
Semua harta benda sekolah mestilah dijaga dengan baik dan sempurna.

Pakaian
Semua guru dan kakitangan sekolah mestilah memakai pakaian yang kemas dan mestilah setanding dengan profesion perguruan. Tandanama
mestilah dipakai untuk tugas-tugas rasmi termasuk waktu persekolahan.

Pakaian
Semua guru dan kakitangan sekolah mestilah menjaga kebersihan bilik darjah, kawasan sekolah dan mengambil langkah-langkah positif
untuk mengindahkan sekolah.

KawalanDisiplin
Disiplin kakitangan sekolah amatlah penting. Kelakuan kakitangan sekolah hendaklah baik supaya dapat dicontohi oleh murid-murid. Belah-
menyebelahi (formation of clique system) tidak dibenarkan sama sekali dalam kawasan sekolah.

WaktuPerhimpunan
Semua guru mestilah berada di tapak perhimpunan pada waktu perhimpunan. Guru-guru juga diminta supaya menyanyikan lagu Negara Ku,
lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah serta melafazkan Rukun Negara bersama-sama dengan murid.

PengajarandanPembelajaran
Semua guru hendaklah mengajar mengikut format KBSR dan KSSR. Penggunaan BBM, peta I-Think dan kaedah didik hibur perlu
diselitkan supaya PdP dapat menarik minat murid dan menggalakkan penglibatan yang maksima.

Guru-guru perlu merujuk kepada Guru Besar / Guru Penolong Kanan atau Ketua Panitia sekiranya terdapat masalah dalam pengajaran dan
pembelajaran. Buddy System juga boleh dilaksanakan.

Apabila seorang guru mengajar dalam bilik darjah, guru lain tidak dibenarkan sama sekali duduk membuat kerja dalam bilik darjah
itu. Guru-guru dilarang duduk di atas meja guru / meja murid.

Guru-guru perlu merekod alatan yang dipinjam dan dipulang dalam buku rekod meminjam

alatan. Alatan yang dipinjam perlu dipulangkan dalam jangkamasa yang ditetapkan.
BukuKedatanganMurid
Semua buku kedatangan murid mestilah ditanda dan dihantar ke pejabat sebelum pukul 8.30 pagi. Guru-guru diminta jangan
menggunakan pemadam, secair pemadam untuk membetulkan sebarang kesilapan dalam buku kedatangan murid. Segala
kesilapan hendaklah dipotong dan ditandatangani oleh guru. Seboleh-bolehnya semua buku kedatangan murid mestilah dijaga
dengan baik.

FailRekodPersediaanMengajar
Semua fail rekod persediaan mengajar mestilah dihantar ke pajabat pada waktu pagi setiap hari. Semua butir-butir mestilah diisi
dalam fail rekod mengajar. Fail rekod persediaaan mengajar mesti dibawa bersama setiap kali masuk ke kelas.

Nama baik sekolah haruslah dipelihara pada setiap masa. Kerjasama antara guru, guru dengan Guru Besar / Guru Penolong
Kanan, guru dengan murid adalah sangat penting bagi menjayakan program pendidikan dan kepentingan bersama di sekolah.
OBJEKTIF SEKOLAH

Mendidik dan membimbing murid agar berilmu dan berakhlak mulia serta seimbang
dari segi emosi, rohani dan jasmani selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Memupuk dan menanamkan semangat cintakan ilmu pengetahuan.

Mempertingkatkan semangat daya saing yang tinggi terhadap pelajaran menuju ke


arah kecemerlangan.

Mendidik murid agar menjadi generasi yang berkualiti, berwawasan dan


berketrampilan.

Menyediakan segala keperluan dan prasarana untuk pendidikan Bestari.

Meningkatkan kecekapan perancangan dan pelaksanaan pengurusan dan


pentadbiran ke arah perkhidmatan berkualiti.
MATLAMAT SEKOLAH

Melahirkan insan mulia yang berkualiti, cemerlang


dalam akademik, ko-kurikulum dan sahsiah diri.

Menentukan prasarana yang mampan dan kondusif untuk


membolehkan pengajaran dan pembelajaran yang progresif,
inovatif dan kreatif ke arah kecemerlangan.

Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran yang


terancang dan sistematik.
LOGO
Bunga Padma Merah Muda
SEKOLAH Melambangkan kesucian dan
jiwa yang murni seperti
bunga padma yang mekar
dalam lumpur.

Buku Topi Mortar Graduan


Menunjukkan SJKTLD Persada Melambangkan cita-cita
ilmu dimana warganya yang unggul bagi setiap
berdisiplin, berwawasan dan insan dalam pendidikan.
berketrampilan
Warna Biru Tua Warna Merah
Melambangkan perpaduan Melambangkan keberanian
Cogan Kata
Berintelektual
Melahirkan insan yang berfikir dan mampu menyumbangkan ideanya untuk kesejahteraan
masyarakat.

Bersahsiah
Membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat melahirkan seseorang itu bertamadun,
intelek, murni dan berdaya maju. Berwawasan
Melahirkan insan yang berilmu dan cerdas yang mempunyai daya fikir yang tinggi serta mampu
berfikir secara matang dan logik untuk kesejahteraan masyarakat, bangsa dan negara.
LAGU SEKOLAH

Palli selluvom Dominion palli selluvom


Naadum veedum pottrum vannam kalvi payiluvom
Theivamaaga vilangum guruvai kandu
vananguvom Avar naalum pukattum paadam
viranthu manathil Ettruvom
Puthiya ulagai kaanuvom mathiyaal taraniyai
aaluvom Odiyaadi ondru koodi nalluravu valarppom
Ozhukkam penuvom vithimuraikalai kadaipidippom
BAHAGIAN I

PROFIL SEKOLAH
BAHAGIAN II

PERANCANGAN STRATEGIK
BAHAGIAN III

BIDANG KURIKULUM
BAHAGIAN V

BIDANG KOKURIKULUM
BAHAGIAN V

BIDANG HAL EHWAL


MURID
JAWATANKUASA PERANCANGAN STRATEGIK SJKT LDG
DOMINION

Pengerusi : PN.P.LETCHUMY
(GURU BESAR)

Setiausaha : CIK.K.PARAMESWARY
(GURU PENOLONG KANAN AKADEMIK)

Ahli Jawatankuasa : PN.M.CHETHRA


(GURU PENOLONG KANAN HEM)
: PN.K.BUNITHA
(GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)
: PN.R.KASTHURI
: PN.S.LATHA
: PN.M.MALARKODEE
: PN.P.RUBENI

You might also like