Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Salam sejahtera, nama saya Yennita James daripada fakulti perhutanan tropika dan saya

mengambil program teknologi dan industry kayu bagi sesi 2021/2022. Dalam video ini saya
akan menyampaikan perkongsian tentang pokok getah.

Nama saintifik pokok getah ialah hevea brasiliensis dan ia tergolong dalam keluarga
Euphorbiaceae. Pokok getah mempunyai tekstur kulit yang licin dan berwarna kekelabuan.
Manakala, daun pokok getah pula berwarna kebiru-biruan dan tekstur daunnya juga licin.
Seterusnya, bunga pokok getah yang mempunyai saiz kecil sahaja. Akhir sekali, buah pokok
getah mempunyai sifat yang unik iaitu Ketika sudah cukup matang ia akan meletup untuk
menyebarkan bijinya.

Antara kegunaan kayu pokok getah dalam industry kayu ialah, ia dapat digunakan untuk
membuat perabot-perabot berkualiti tinggi iaitu meja makan, almari, katil dan sebagainya
kerana kayu ini sememangnya tahan lasak dan mudah dibentuk.

Kesimpulannya, pokok getah sememangnya mempunyai potensi yang besar dalam ekonomi
di dunia. Banyak yang mengakui bahawa penanaman getah dapat memberikan hasil yang
lumayan dalam jangka masa yang panjang. Walaubagaimanapun, setiap pengusaha pokok
getah perlulah mempunyai rancangan yang jelas dan berkomitmen untuk menjayakannya.
Semakin kita beralih zaman, industri getah juga semakin dianggap penting terutamanya
dalam aktiviti ekonomi negara dan ia tidak lagi dipandang remeh.

You might also like