Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 41

Pensyarah Kanan: Pn Rozila binti Alias

018-2806684
Koordinator Subjek: Cik Azar Fatiha binti Mohd Lud

afml2019
Hak Asasi Manusia

 Hak yang dimiliki manusia secara semulajadi.
 Setiap manusia berhak menikmati hak asasinya
tanpa mengira kewarganegaraan, etnik, jantina,
warna kulit, agama, bahasa, politik atau lain-lain
status.
 Hak asasi manusia dijamin dari segi undang-undang
daripada diganggu
 Triti dan undang-undang melindungi secara formal

afml2019
Ciri Penting Hak Asasi
Manusia

 Berdasarkan penghormatan terhadap maruah dan
harga diri manusia
 Bersifat sejagat, sama rata, adil
 Bersifat tidak terpisah (tiada sesiapa pun boleh
merampas hak asasinya) TETAPI boleh dirampas
jika melakukan jenayah
 Hak asasi saling berhubung dan saling bergantung,
tidak boleh menghormati sebahagian sahaja.
SEMUA HAK ADALAH SAMA PENTING.

afml2019
Undang-undang Hak Asasi
Manusia Antarabangsa

 Triti hak asasi manusia memberikan perundangan
kepada hak asasi manusia sedia ada.
 PBB menyediakan forum dan surat cara (dokumen
bertulis) hak asasi manusia
 Sesetengah negara mengamalkan perlembagaan dan
undang-undang yang melindungi secara formal
 Selain triti, adat, perisytiharan, garis panduan,
prinsip juga merupakan undang-undang.

afml2019
Sejarah Hak Asasi
Manusia

 Magna Carta Libertatum (Piagam Kebebasan
Agung) 1215
 Dokumen penting berkaitan demokrasi
 Piagam ini diwujudkan hasil daripada pertelingkahan
antara Paus Innocentius III, Raja John dan baron-
baron England tentang kuasa dan hak raja.
 Piagam ini mewajibkan Raja John melepaskan
tuntutan terhadap kuasa-kuasa tertentu, menghormati
undang-undang am dan tertakluk kepada undang-
undang.
 Piagam ini juga mengiktiraf hak asasi rakyat biasa.
afml2019

 Raja menghormati kemerdekaan, hak dan kebebasan
Gereja England.
 Raja berjanji memberikan hak-hak kepada penduduk
kerajaan yang bebas.
 Para petugas keamanan dan pemungut pajak akan
menghormati hak-hak rakyat jelata.
 Para petugas keadilan dan keselamatan tidak
menahan seseorang tanpa sebarang bukti dan saksi
yang sah.
 Seseorang yang bukan dalam perhambaan tidak akan
ditahan, ditangkap atau mengaku bersalah tanpa
perlindungan undang-undang.
afml2019

 Apabila seseorang tanpa perlindungan undang-
undang sudah ditahan, raja berjanji akan
membetulkan serta mengampunkan kesalahannya.
 Kekuasaan raja harus dibatasi.
 Hak asasi manusia lebih penting dan diutamakan
daripada sebarang kedaulatan, kekuasaan, politik dan
undang-undang negara yang termaktub

afml2019

 Petisyen Undang-Undang (Petition of Rights)
 Diajukan oleh para bangsawan kepada raja di depan
Parlimen England yang bersidang pada tahun 1628
 Tuntutan:
 Kutipan pajak cukai dan dana khusus harus disertakan
suatu persetujuan daripada pihak parlimen.
 Rakyat jelata tidak boleh dipaksa menerima tentera
memasuki kediaman masing-masing.
 Pihak tentera tidak boleh menggunakan undang-undang
perang dalam keadaan damai.

afml2019

 Akta Habeas Corpus (Habeas Corpus Act) 1967
 Seseorang yang ditahan mesti segera disiasat dalam
tempoh selama 2 hari.
 Alasan penahanan seseorang harus disertai bukti yang
kukuh dan sah menurut undang-undang.

afml2019

 Rang Undang-Undang (Bill of Rights) 1969
 Kebebasan dalam pemilihan anggota parlimen.
 Kebebasan bersuara dan meluahkan pendapat.
 Cukai , undang-undang dan pembentukan tentera
perlu mendapat keizinan parlimen.
 Hak warganegara untuk bebas memeluk agama atau
kepercayaan masing-masing dijamin
 Parlimen berhak untuk mengubah keputusan raja.

afml2019

 Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat
(The American Declaration of Independence)
 Amerika bawah jajahan Great Britain, perlu bayar
cukai tetapi tiada suara di Parlimen.
 Mengistiharkan merdeka walaupun tidak dipersetujui
Great Britain namun terpaksa akur. Perancis
memperakuinya.
 Perisytiharan ini juga penting kerana ia menyatakan
idea yang mudah bahawa rakyat mempunyai hak-hak
untuk hidup, kebebasan dan untuk bergembira serta
kerajaan harus mendengar pendapat rakyat.

afml2019

 Rule of Law
 mengandungi jaminan hak asasi rakyat, institusi kehakiman
yang bebas dan hal keadaan sosial, ekonomi serta budaya
yang mampu memelihara kehormatan insaniah (human
dignity)- Deklarasi Delhi
 PBB satu prinsip urus tadbir (governance) yang
mengandungi ciri-ciri berikut:
 Semua orang, institusi, entiti awam dan swasta, serta
kerajaan sendiri adalah tertakluk kepada undang-undang
negara.
 Undang-undang negara hendaklah jelas, diketahui umum,
dikuatkuasakan secara adil dan tidak berat sebelah.

afml2019

 Jika timbul pertikaian atau pelanggaran undang-undang, isu ini
akan diadili oleh satu badan kehakiman yang bebas (tidak
tertakluk kepada pengaruh atau kuasa badan perundangan atau
badan eksekutif).
 Pemerintahan yang setara dan konsisten dengan norma dan stan-
dard hak asasi manusia sejagat.
 Ada langkah-langkah yang sempurna dalam negara untuk
memelihara ketinggian undang-undang, hak sama rata di sisi
undang-undang, pengasingan kuasa, penyertaan dalam membuat
keputusan, ketentuan undang-undang, ketiadaan kuasa arbitrari
dan ketelusan undang-undang dan prosedur.

 Ini bermakna tidak ada kerajaan kuku besi, autokrasi, diktator


selain tiada diskriminasi.

afml2019

 The Universal Declaration of Human Right (UDHR)
 Bersifat universal
 Telah disahkan PBB pada 1948

 Perkara 1.
Semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi kemuliaan dan
hak-hak. Mereka mempunyai pemikiran dan perasaan hati dan hendaklah
bertindak di antara satu sama lain dengan semangat persaudaraan.

 Perkara 2.
Setiap orang adalah berhak kepada semua hak-hak dan kebebasan yang
termaktub dalam Perisytiharan ini, tanpa sebarang apa jua pembezaan,
seperti bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, ugama, faham politik atau
lain-lain fahaman, asal-usul bangsaafml2019
keturunan atau sosial harta-benda,
kelahiran atau apa-apa taraf lain.

 Perkara 3.
Setiap orang adalah berhak kepada nyawa, kebebasan dan
keselamatan diri.

 Perkara 4.
Tiada sesiapa pun boleh diperhamba atau diperabdikan; keabdian
dan dagangan hamba abdi hendaklah dilarang dalam semua
bentuknya.

 Perkara 5.
Tiada sesiapa pun boleh dikenakan seksaan atau layanan atau
hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau
menghinakan.

afml2019

 Perkara 6.
Setiap orang adalah berhak kepada pengiktirafan di mana
jua sebagai seorang insan di sisi undang-undang.

 Perkara 7.
Semua orang adalah samarata di sisi undang-undang dan
berhak tanpa apa-apa pembezaan kepada perlindungan
yang samarata di sisi undang-undang. Semua orang adalah
berhak kepada perlindungan yang samarata daripada
sebarang pembazaan yang melanggar Perisytiharan ini dan
daripada sebarang hasutan terhadap pembezaan
sedemikian.

afml2019

 Perkara 8.
Setiap orang adalah berhak kepada pemulihan yang
berkesan oleh tribunal-tribunal kebangsaan yang
kompeten terhadap tindakan-tindakan yang melanggar
hak-hak asasi yang diberikannya oleh perlembagaan
atau oleh undang-undang.

 Perkara 9.
Tiada sesiapa pun boleh dikenakan tangkapan, tahanan
atau pembuangan negeri secara sewenang-wenangnya.
afml2019

 Perkara 10.
Setiap orang adalah berhak dengan samarata sepenuhnya
kepada pembicaraan adil dan terbuka oleh suatu tribunal
bebas dan saksama, dalam penetapan hak-hak dan
tanggungannya dan sebarang tuduhan jenayah terhadapnya.

 Perkara 11.
Setiap orang yang dituduh dengan kesalahan keseksaan
adalah berhak dianggap tidak salah sehingga dibuktikan
salah menurut undang-undang di dalam perbicaraan
terbuka di mana dia telah diberikan segala jaminan yang
perlu untuk pembelaannya.

afml2019

 Perkara 12.
Tiada sesiapa pun yang boleh dikenakan kepada sebarang
gangguan sewenang-wenangnya terhadap keadaan peribadi,
keluarga, rumahtangga atau surat-menyuratnya, atau
percerobohan ke atas maruah dan nama baiknya. Setiap orang
berhak kepada perlindungan undang-undang terhadap gangguan
atau percerobohan sedemikian.

 Perkara 13.
Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan bergerak dan
bermastautin di dalam sempadan sesebuah negara.
Setiap orang berhak meninggalkan mana-mana negara, termasuk
negaranya sendiri,dan kembali semula ke negaranya.

afml2019

 Perkara 14.
 Setiap orang berhak memohon dan menikmati
perlindungan politik dalam negara lain daripada
sebarang aniaya.
 Hak ini tidak boleh dituntut bagi pendakwaan yang
benar-benar timbul daripada kesalahan bukan politik
atau daripada tindakan yang bertentangan dengan
tujuan-tujuan dan prinsip-prinsip Bangsa-Bangsa
Bersatu.

afml2019

 Perkara 15.
 Setiap orang adalah berhak kepada suatu
kewarganegaraan.
 Tiada sesiapa pun boleh dilucutkan
kewarganegaraannya secara sewenangwenangnya
atau dinafikan hak menukar kewarganegaraanya.

afml2019

 Perkara 16.
 Lelaki dan perempuan dewasa, tanpa mengira bangsa,
kewarganegaraan atau agama, berhak berkahwin dan
menubuhkan keluarga. Mereka adalah berhak kepada hak-
hak samarata berhubung dengan perkahwinan, dalam
tempoh masa perkahwinan dan pada pembubarannya.
 Perkahwinan hanya boleh dilaksanakan dengan
persetujuan bebas dan sepenuhnya oleh pihak-pihak yang
bercadang untuk berkahwin.
 Keluarga adalah yunit kumpulan semulajadi dan asasi
dalam masyarakat dan adalah berhak kepada perlindungan
oleh masyarakat dan Negara.

afml2019

 Perkara 17.
 Setiap orang berhak memiliki harta secara
bersendirian serta secara berkongsi dengan orang lain.
 Tiada sesiapa pun boleh dilucutkan harta-bendanya
secara sewenang-wenangnya.

afml2019

 Perkara 18.
 Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berfikir,
perasaan hati dan ugama; hak ini termasuklah
kebebasan menukar ugama atau kepercayaannya, dan
kebebasan, samada secara bersendirian atau secara
bersama-sama dengan orang-orang lain dan secara
terbuka atau bersendiri, menganuti ugama atau
kepercayaannya melalui pengajaran, amalan,
pemujaan dan pematuhan.

afml2019

 Perkara 19.
 Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan
pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini
termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa
gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan
maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media
dan tanpa mengira sempadan.

afml2019

 Perkara 20.
 Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan
berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan.
 Tiada sesiapa pun boleh dipaksa menjadi ahli mana-
mana pertubuhan.

afml2019

 Perkara 21.
 Setiap orang berhak mengambil bahagian dalam kerajaan
negaranya, secara langsung atau melalui wakil-wakil yang
dipilih dengan bebas.
 Setiap orang adalah berhak kepada peluang samarata
kepada perkhidmatan awam dalam negaranya.
 Kemahuan rakyat hendaklah menjadi asas kewibawaan
kerajaan; kemahuan ini hendaklah dibuktikan melalui
pilihanraya berkala yang sejati yang mana hendaklah
diadakan secara sejagat dan samarata dan hendaklah
diadakan secara undi sulit atau melalui acara pengundian
bebas yang ketara.

afml2019

 Perkara 22.
 Setiap orang, sebagai anggota masyarakat, adalah
berhak kepada keselamatan sosial dans berhak
menjadikan suatu kenyataan, melalui usaha negara
dan kerjasama antara-bangsa dan menurut organisai
dan sumber-sumber dalam negara masing-masing,
hak-hak ekonomi, sosial dan kebudayaan yang
termesti bagi kemuliaannya dan perkembangan bebas
keperibadiannya.

afml2019

 Perkara 23.
 Setiap orang adalah berhak kepada pekerjaan, kepada
pemilihan pekerjaannya secara bebas, kepada keadaan-
keadaan pekerjaan yang adil dan berfaedah baginya dan
kepada perlindungan daripada pengangguran.
 Setiap orang, tanpa sebarang pembezaan, adalah berhak
kepada penggajian yang sama bagi kerja yang sama.
 Setiap orang yang bekerja adalah berhak kepada pembayaran
saraan yang adil dan berfaedah baginya yang mana
mempastikan buat diri dan keluarganya suatu kehidupan
sesuai dengan kemuliaan manusia, dan yang mana ditambah,
jika pertu, oleh cara-cara perlindungan sosial yang lainnya.
 Setiap orang berhak menubuh dan menjadi ahli kesatuan
sekerja bagi memperlindungi kepentingan-kepentingannya.

afml2019

 Perkara 24
 Setiap orang adalah berhak kepada rehat dan masa lapang, termasuk
batasan munasabah keatas masa bekerja dan cuti bergaji yang berkala.

 Perkara 25
 Setiap orang adalah berhak kepada suatu taraf hidup yang memadai
bagi kesihatan dan kebajikan diri dan keluarganya, termasuklah
makanan, pakaian, perumahan dan pengawasan perubatan serta
perkhidmatan sosial yang perlu, dan berhak kepada perlindungan
ketika berlakunya pengangguran, kesakitan, ketidakupayaan,
diperjandaan, keuzuran atau lain-lain kekurangan kehidupan dalam
keadaan di luar kawalannya.
 Ibu dan anak adalah berhak kepada jagaan serta bantuan khas. Semua
kanak-kanak, samada dilahirkan di dalam maupun di luar nikah,
hendaklah menikmati perlindungan sosial yang sama.

afml2019

 Perkara 26.
 Setiap orang adalah berhak kepada pelajaran. Pelajaran hendaklah
diberikan percuma, sekurang-kurangnya pada peringkat awal dan
asasnya. Pelajaran peringkat awal hendaklah diwajibkan. Pelajaran
teknikal serta profesional hendaklah disediakan untuk umum dan
pelajaran tinggi hendaklah mempunyai akses yang samarata kepada
semua orang atas dasar kebolehan.
 Pelajaran hendaklah ditujukan kepada perkembangan sepenuhnya
keperibadian manusia dan ke arah memperkukuhkan lagi rasa hormat
bagi hak-hak dan kebebasan asasi manusia, lanya hendaklah
memupuk persefahaman, kesabaran dan persahabatan di kalangan
semua negara, bangsa atau kumpulan-kumpulan ugama, dan
hendaklah memajukan segala kegiatan Bangsa-Bangsa Bersatu demi
memelihara keamanan.
 Ibu-bapa mempunyai hak terdahulu untuk memilih jenis pelajaran
yang akan diberikan kepada anak-anak mereka.

afml2019

 Perkara 27.
 Setiap orang berhak secara bebas mengambil bahagian
dalam kegiatan kebudayaan masyarakatnya,
menikmati kesenian dan sama-sama merasai
kemajuan sains dan faedah-faedahnya.
 Setiap orang adalah berhak kepada perlindungan
kepentingan-kepentingan moral dan kebendaan hasil
dari sebarang penghasilan sains, kesusasteraan atau
kesenian yang mana ianya adalah penciptanya.

afml2019

 Perkara 28.
 Setiap orang adalah berhak kepada suatu susunan
sosial dan antarabangsa dalam mana hak-hak asasi
dan kebebasan yang termaktub dalam Perisytiharan
ini boleh dijadikan kenyataan sepenuhnya.

afml2019

 Perkara 29.
 Setiap orang mempunyai kewajipan terhadap masyarakat
hanya dalam mana perkembangan keperibadiannya secara
bebas dan seluruhnya termungkin.
 Dalam mengamalkan hak-hak dan kebebasannya, setiap orang
tertakluk hanya kepada batasan-batasan seperti yang
ditentukan oleh undang-undang semata-mata bagi tujuan
menjamin pengiktirafan dan penghormatan yang sepatutnya
terhadap hak-hak dan kebebasan orang lain dan untuk
mendekati keperluan-keperluan sepatutnya bagi akhlak,
ketenteraman awam dan kebajikan umum dalam suatu
masyarakat yang demokratik.
 Hak-hak dan kebebasan ini tidak boleh sama sekali diamalkan
secara bertentangan dengan tujuan-tujuan dan prinsip-prinsip
Bangsa-Bangsa Bersatu.

afml2019

 Perkara 30.
 Tiada apa-apa jua dalam Perisytiharan ini boleh
ditafsirkan sebagi sedia tersirat memberikan kepada
mana-mana negara, kumpulan atau perseorangen
sebarang hak untuk melibatkan diri dalam apa-apa
kegiatan atau melakukan apa-apa perbuatan dengan
tujuan memusnahkan apa-apa hak dan kebebasan
yang termaktub dalam Perisytiharan ini

afml2019

afml2019

afml2019
Hak Asasi Manusia
Menurut ISLAM

 HAM yang dimiliki oleh manusia telah ditegakkan jauh
sebelum masyarakat (barat) mengenalnya, melalui
berbagai ayat Al-Qur’an sejak diturunkan. Contoh:
 Manusia tidak dibezakan kerana warna kulit, ras , dan
status sosialnya.
 Allah menjamin dan memberi kebebasan untuk hidup dan
merasakan kenikmatan dari kehidupan, bekerja dan
menikmati hasil usahanya, memilih agama yang
diyakininya.
 Manusia dilarang mencuri, membunuh, dan lain-lain
kerana melanggar hak orang lain seperti: hak hidup, hak
pemilikan, dan sebagainya

afml2019
Pengisytiharan Hak Asasi
Manusia Sejagat (UIDHR)
1981

 Disediakan oleh Majlis Islam, yang bergabung
dengan Liga Dunia Muslim. Disahkan pada tahun
1981 dan diserahkan kepada UNESCO
 Menggariskan hak asasi manusia dalam kes jenayah,
perkahwinan, warisan, perceraian, dan kegiatan
ekonomi, dan menyokong kebebasan beragama
berdasarkan hukum Islam.

afml2019
Deklarasi Kaherah
(CDHRI) 1990

 Dalam konteks Deklarasi Kaherah ini OIC telah berjaya
menzahirkan satu Deklarasi Hak Asasi bagi negara Islam.
 Deklarasi Kaherah ini mahu diwujudkan oleh OIC kerana
bantahan negara Islam terhadap UDHR yang dikritik
sebagai satu bentuk penjajahan ke atas negara Islam.
 Deklarasi Kaherah mendapat sokongan negara ahli OIC
dan tiada bantahan daripada mana-mana negara Islam.
Dengan tiadanya apa-apa apa bantahan daripada negara
anggota, ini menunjukkan bahawa dalam negara Islam,
kedudukan Deklarasi Kaherah adalah lebih selesa
berbanding UDHR walaupun kedua-duanya tidak
mengikat Malaysia dari segi perundangan.
afml2019

 Hak Untuk Hidup
 Hak Untuk Memperoleh Keadilan
 Hak Persamaan
 Hak dan Kewajiban Kepatuhan Atas Hukum
 Hak Memperoleh Kebebasan dan Perlindungan
 Hak Berbicara dan Menyatakan Kebenaran
 Hak Mendapatkan Kehormatan
 Hak Dalam Ekonomi dan Hak Milik

afml2019

You might also like