Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA MUKA
SURAT
1.0 Pengenalan 1

2.0 Visi
3.0 Misi 2
4.0 Motto
5.0 Objektif
6.0 Keanggotaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

7.0 Latar Belakang 3

8.0 Peranan dan Tanggungjawab Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 5-9

9.0 Isu 10

10.0 Kesimpulan 11

Rujukan 12
1.0 PENGENALAN
Pada zaman Millenium kini, Malaysia berada di platform yang serbaa baharu iaitu
menyediakan perkhidmatan yang berkualiti(Abdul Kadir,1993A). Perkhidmatan yang
berkualiti bukanlah slogan atau kata - kata kosong yang sering menjadi bualan segelintir
masyarakat, akan tetapi ianya haruslah menjadi aspek cara bekerja pada sesebuah negara.
Sambutan ini adalah selaras dengan tanggungjawab sektor perkhidmatan awam yang semakin
melonjak bukannya hanya sekadar aspek ketenteraman rakyat, menjaga kebajikan rakyat dan
menyediakan prasarana. Akan tetapi, penyediaan perkhidmatan yang lebih mudah iaitu
berorientasikan pembangunan dengan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan
memenuhi kehendak orang ramai ( Pekeliling Pembangunan Pentadbiran Awam, 1996). Oleh
hal demikian, demi memelihara kepercayaan ini, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
menjadi semakin mudah dan bermanfaat kepada masyarakat.

Secara umunya, pentadbiran atau pengurusan dapat dilihat sebagai proses yang
melibatkan tanggungjawab umum dan merangkumi beberapa perkara iaitu merancang ke
arah visi dan peranan yang ditetapkan kepada organisasi, kualiti yang ada ada sebuah
organisasi dan skor penapisan. Kawalan dan pemantauan dilakukan bagi mengelakkan
sebarang pembaziran penyelewengan dan kesilapan. Pencapaian suatu objektif dalam
sesebuah organisasi disebabkan oleh pekerja yang berkualiti dalam melakukan kerja yang
diamanahkan dalam sesebuah pengurusan untuk menjalankan semua tugas dan
tanggungjawab. n Secara umumnya, usaha yang dibuat untuk meningkatkan kualiti produk.
Perkhidmatan ini telah dilaksanakan oleh kerajaan dan dibahagikan kepada beberapa
perubahan struktur, perubahan sistem dan prosedur, sikap dan perubahan nilai, pengurusan
kewangan, maklumat teknikal, kepimpinan, pentadbiran daerah, dan kaunter perkhidmatan
(Abdul Kadir, 1993B).

Suruhanjaya dibahagikan kepada dua bahagian antaranya adalah Suruhanjaya Tetap


dan Suruhanjaya Sementara. Suruhanjaya Tetap dibahagi kepada dua pula iaitu Suruhanjaya
Perkhidmatan dan Suruhanjaya Pilihanraya. Bagi Suruhanjaya Sementara pula diwujudkan
untuk membuat perakuan dalam menyelesaikan suatu masalah dan membuat kajian terhadap
perkara – perkara tertentu. Suruhanjaya ini juga ditubuhkan oleh bidang kuasa khas dalam
pentadbiran sesebuah negara. Penubuhan suruhanjaya ini adalah bertujuan untuk kerja – kerja
pentadbiran supaya dapat dilaksanakan secara cekap dan berkesan dalam menjadi mangkin
kepada kesejahteraan rakyat

1
2.0 VISI merujuk kepada penjawat awam yang dinamik. kompeten terhadap urusan
perkhidmatan dan perlantikan serta berintegriti merujuk kepada pihak berkuasa melantik
( Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,2020).

3.0 MISI pula berpaksikan kepada penjawat awam yang berintegriti dan kompeten melalui
penilaian holistic dan melaksanakan terhadap urusan perkhidmatan penjawat awam dengan
berkesan dan berjaya (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,2020).

4.0 MOTTO yang dikaitkan dengan organisasi ini adalah Mudah, Cepat dan Tepat.
( Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,2020).

5.0 OBJEKTIF yang menjadi matlamat kepada Suruhanjaya Perhidmatan Awam adalah
menentukan peranan perlantikan, pengesahan, pemberian taraf berpencen, kenaikkan pangkat
atau darjat, penukaran dan menjalankan kawalan tatatertib yang ditetapkan dibawah bidang
kuasa oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kepada kakitangan Perkhidmatan Awam
dengan dilaksanakan dengan sempurna dan efisien pada masa yang ditetapkan (Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam,2020).

6.0 KEANGGOTAAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

Selepas mendapat pertimbangan oleh nasihat Perdana Menteri dan selepas membuat
perundingan dengan Majlis Raja-Raja menurut segala budi bicaranya Yang Di-pertuan
Agong boleh melantik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Tambahan lagi, ia tidak kurang
daripada empat orang anggota lain yang terdiri daripada seorang pengerusi dan seorang
timbalan pengerusi. Seterusnya, antara kalangan orang yang menjadi anggota ataupun yang
pernah menjadi anggota mana-mana perkhidmatan awam boleh dilantik menjadi pengerusi
atau timbalan pengerusi. Bagi Perkhidmatan Persekutuan pula tidaklah memegang mana-
mana jawatan terutamanya anggota telah menjadi pengerusi atau timbalan pengerusi.

2
7.0 LATAR BELAKANG

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ini diwujudkan pada 31 Ogos 1957, ini
berpadanan dengan kemerdekaan Malaya pada ketika itu. Pada awalnya , semasa pendudukan
British, Perkhidmatan Awam Bersekutu Tanah Melayu pada ketika itu dibawah naungan
pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan Malaya yang telah dicapai pada 31 Ogos 1957 dengan
secara automatiknya telah membentuk sebuah Persekutuan Tanah Melayu yang bebas dan
berdaulat. Pengisthyharan ini telah menyebabkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah
ditubuhkan seperti yang tercatat dalam Perkara 144 (1) melalui Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan persekutuan (Perkara 144(1) - "ianya merujuk kepada tertakluk mana-


mana undang-undang iaitu merujuk kepada perlembagaan, adalah kewajipan suatu
Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh bahagian melantik, mengesahkan, memasukkan ke
dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukarkan dan
menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota perkhidmatan awam yang diliputi oleh bidang
kuasanya (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,2020).

Suruhanjaya ini mempunyai pengerusi tersendiri dan dianggotai dengan beberapa


peringkat jawatan yang lain. Setiap jabatkan ataupun bahagian memainkan peranan dan
tanggungjawab yang dominan dalam sesebuah organisasi.Terdapat juga berberaa isu yang
dikaitkan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Antaranya adalah, isu rasuah dalam
kalangan penjawat awam dan tiada keseimbangan kaum dalam perkhidmatan awam .

3
8.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SURUHANJAYA PERKHIDMATAN
AWAM

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam haruslah memainkan peranan yang dominan  dalam


menjaga standard pemilihan anggota-anggota perkhidmatan awam. Oleh hal demikian, pihak
Suruhanjaya perlulah menaik taraf dan menyatakan tentang tatacara pengambilan yang
berpadanan dengan perincian jawatan yang diberi. Tambahan lagi, sumber yang terbaik
perlulah diadatasikan dengan suasana kerja yang memberi impak positif. Disamping itu,
suruhanjaya juga memikul amanah dalam mengawal peraturan atau tatatertib dan memastikan
bahawa kesemua anggota yang terlibat dapat melaksanakan tugas cekap dan baik. Salah satu
daripada anggota seharusnya bersikap jujur dan memegang amanah dalam kerja yang dibuat
bagi menjaga kualiti dan nama baik sebuah organisasi.

8.0.1 PERLANTIKAN

Proses perlantikan diruskan oleh anggota-anggota suruhanjaya sama ada kekal, ,


kontrak, penukaran sementara serta pinjaman. Pihak suruhanjaya mempunyai kuasa untuk
mengakhiri pekerjaan anggotanya mengikut syarat-syarat pelantikan yang ditetapkan dalam
Perkhdimatan Awam. Kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pentadbiran Kerajaan-kerajaan
Negeri yang berkenaan bagi jawatan-jawatan dalam Kumpulan Sokongan (Kumpulan D
JKK) telah diberikan perwakilan kuasa oleh Suruhanjaya sendiri.

Perlantikan secara tetap ini bermaksud perlantikan pegawai yang sedang berkhidmat
secara pemimjaman atau pertukaran sementara kepada jawatan yang disandang olehnya pada
agensi yang dipinjamkan dan sebagainya. Tambahan lagi, bagi pinjaman pegawai yang
dilantiik secara tetap dengan persetujuan Ketua Jabatan atau Suruhanjaya boleh dipinjamkan
tertakluk pada apa – apa syarat dan tempoh sepertimana yang ditetapkan oleh YDPA.
Suruhanjaya juga boleh mempertimbangkan seorang pegawai perkhidmatan Awam untuk
dipinjamkan kepada perkhidmatan awam tertakluk pada apa – apa syarat yang ditetapkan
YDPA. Disamping itu, pertukaran sementara pula adalah pegawai yang dilantik secara tetap
boleh mendapat kelulusan dalam pertukaran sementara bagi mengalas mana - mana jawatan
dalam perkhidmatan awam.

4
Perlantikan ini juga menjurus kepada proses pengesahan pemilihan anggota pegawai
yang sudah membuat kata putus bagi menerima dan menggalas jawatan perlantikan yang
diberikan ke jawatan tetap dan telah memenuhi syarat tawaran yang dilampirkan. Seseorang
pegawai itu juga perlu melakukan pemeriksaan semula kesihatan walaupun pada peringkat
sebelum ini berada pada jawatan yang sama. Ini kerana seseorang itu perlu mengikut protokol
yang telah dittetapkan oleh pihak Suruhanjaya seperti yang termaktub dalam perenggan 6(b),
7 dan 9 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2013 - Pemeriksaan Kesihatan Bagi Maksud
Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam sebelum dilantik untuk mengalas jawatan
tersebut.

8.0.2 PENGESAHAN DALAM SUATU PERKHIDMATAN

Suruhanjaya mempunyai kuasa dalam melakukan pengesahan terhadap kakitangan


Awam melalui pemberian semula jwatan asalnya, perkhidmatan, melanjutkan tempoh
percubaan dan mengakihiri perkhidmatan akibat daripada ketidakberhasilan yang didapati
dalam suatu kedudukan jabatan. Suruhanjaya juga boleh memberikan perwakilan kuasa
kepada Kementerian, Jabatan Persekutuan dan Pentadbiran Kerajaan Negeri yang berkenaan
untuk melakukan pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan-jawatan dalam Kumpulan
Sokongan (Kumpulan D JKK).

Pengesahan dalam perkhidmatan merujuk kepada proses membuktikan bahawa


seseorang pegawai yang memenuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan
atau apa-apa syarat lain yang ditentukan dari semasa ke semasa. Pegawai yang dilantik dalam
tempoh percubaan hendaklah berkhidmat dalam tempoh perbuaan 1 tahun hingga 3 tahun.
Tujuan pengesahan ini dilakukan adalah untuk menentukan bahawa seseorang anggota
pegawai sudah sampai pada tahap kecekapan yang ditetapkan semasa waktu percubaan. Ini
juga dapat memastikan seseorang pegawai cekap dalam melakukan kerja dan tatacara sikap
kerja yang memadai.

Terdapat beberapa syarat pengesahan dalam perkhidmatan yang terkandung pada


(Surat Pekeliling SPA Tahun 2011) :

1) Tempoh percubaan yang asal atau yang dilanjutkan perlu dijalani dengan
jayanya.

5
2) Menghadiri Kursus Induksi Umum dan Induksi Khusus.
3) Lulus peperiksaan perkhidmatan yang termaktub dalam syarat.
4) Memperoleh perakuan PDP dari Ketua Jabatan.

Tarikh pengesahan bagi seseorang anggota pegawai yang berkhidmat ditetapkan


sepertimana nama yang selepasnya :

1) Sehari selepas genap satu tahun perkhidmatan.


2) Sehari selepas dengan hadir dengan jayanya kursus induksi genap selepas
setahun.
3) Lulus ujian yang disyaratkan selepas sehari setelah genap perkhidmatan
selama setahun.
4) Sehari selepas tarikh kuat kuasa opsyen.
5) Sehari selepas kuat kuasa tarikh Sistem Saraan Malaysia.

8.0.3 KENAIKKAN DARJAT

Lembaga Kenaikan Pangkat bagi pertambahan darjat suatu pangkat jawatan (


promotion to post ) ahli-ahli pegawai suatu Lembaga itu merujuk kepada fungsi Suruhanjaya
Perkhidmaan Awam ini. Tambahan lagi, pertambahan darjat dari gred yang rendah kepada
gred yang lebih atas dikenali sebagai ( promotion to grade ) terhadap anggota-anggota
Perkhidmatan Awam Bersepadu. Lembaga Rayuan berfungsi sebagai Suruhanjaya dalam
memberi kenaikan pangkat atau darjat seseorang sepertimana termaktub dalam undang-
uandang yang telah ditetapkan.

8.0.4 KAWALAN TATATERTIB

Tatatertib juga adalah satu perkara yang terletak di tahap (priority) yang tinggi dalam
urusan saya (Tan Sri Dato Seri Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid, (1993). Sukacita segala usaha
dan perhatian terhadap perlaksanaa tindakan tatatertib telah membawa perubahan. Empat
buku telah diterbitkan oleh kerajaan yang berupa Panduan dan Contoh-contoh dalam
penyelenggaraan tatatertib oleh lembaga-lembaga tatatertib di bahagian kementerian dan
pentadbiran. Semua anggota Kerajaan yang berkenaan adalah lebih memahami mengenai
tatacara atau prosedur yang betul dalam mengendalikan suatu kes. Kuasa tindakan tatatertib
sebagai satu medium untuk kepada semua anggota kerajaan supaya mempunyai motivasi dan

6
dedikasi. Suruhanjaya adalah Pihak Berkuasa Tatatertib yang terlibat dengan perlaksanaan
tindakan tatatertib bagi sebab pembuangan kerja atau penurunan darjat bagi anggota pegawai
Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan Profesional serta laluan
Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam sepertimana dalam undang-undang yang
ada dalam Lembaga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

8.0.5 HARI KUALITI PERKHIDMATAN AWAM

Menurut pernyataan Y.Bhg.Tan Sri Abdual Halim Ali, majlis yang diadakan dalam
menyambut Hari Q membawa makna atau impak yang besar seandainya sesseorang itu
mendalami input yang terkandung dalam falsafah tersebut. Secara lazimnya, ia menunjukkan
tanggungjawab dan dorongan seseorang terhadap Budaya Kerja Yang Gemilang sewaktu
perasmian pada 1983. Tambahan lagi, perkara yang menjadi aspek utama adalah makna
tersirat yang mendorong anggota kerajaan adalah sikap cakna terhadap kesungguhan
berusaha tanpa henti dalam memaksimakan darjah kecemerlangan dan penghasilan kerja
sesebuah pertubuhan. Majlis sebegini diadakan pada tiap-tiap tahun selaku tanda
memperingati terhadap setiap anggota dalam membawa daya upaya kecermerlangan secara
berterusan tanpa perbatasan waktu. Sambutan Hari Kualiti ini juga haruslah dilihat sebagai
hari mengulangi iltizam dalam menjalankan komitmen secara cekap dan berkualiti.

Selain itu, kemampuan serta kualiti perkhidmatan yang maksima dalam memberi
kepuasan kepada masyarakat. Ini sangat menyokong dalam peningkatan pengeluaran
sesebuah negara Ini kerana masyarakat harus bangga negara terhindar daripada krisis
ekonomi serta kini diperluaskan dengan pantas melalui saiz perkembangan yang bertambah
serta kadar kemerosotan nilai mata wang yang semakin menurun. Perluasan ekonomi
mendorong kepada sifat kegigihan dan tanggungjawab yang ditonjolkan daripada anggota
pegawai yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam di Malaysia diikuti dengan negeri-
negeri lain.

Y.Bhg.Tan Sri Abdual Halim Ali (2000) berasa gembira dengan cara - cara kualiti
yang sering kali dilakukan berpaksikan program-program serta dorongan melalui pemberian
penghargaan Kualiti Pengurusan Kewangan, Penganugerahan terhadap Kualiti Pengurusan
Tenaga Manusia dan Penganugerahan Kualiti Teknologi Maklumat. Tema Sambutan Hari
Kualiti pada ketika itu adalah “ Menjana Perkhidatan Awam Berinformasi “ amatlah sesuai
berikutan dengan trend atau arah aliran mengikut perkembangan dunia dalam menuntu kita

7
melakukan pelbagai penyesuaian dalam melakukan perubahan yang berteraskan maklumat
dan pengetahuan.

Kami akan menghadapi pelbagai halangan dalam era K-ekonomi akibat daripada
kemajuan teknologi global yang hebat dalam persaingan global. Setiap ahli pekerja dan
kakitangan perlu menggunakan teknologi dengan berkesan. Oleh itu, para pekerja haruslah
melenngkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT supaya seiring
dengan kemajuan ekonomi..

8.0.6 PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

Ujian ini meliputi intelligence test, aptitude test, personality test dan temperament
test yang bertujuan untuk mengukur pencapaian, keupayaan, sikap, minat dan motivasi dan
personaliti calon. Kaedah Pemilihan Secara Kumpulan adalah melalui pemilihan calon-calon
untuk sesuatu jawatan adalah penting untuk diberi perhatian penerimaan seseorang individu
oleh anggota kumpulan ataupun penerimaan individu terhadap kumpulan. Semangat
kumpulan penting dalam melakukan suatu kerja yang melibatkan perbincangan dan tugasan
secara kumpulan. Melalui Pusat Penilaian ( Assessment Centre ) kaedah ini digubal adalah
bagi menilai individu dari segi kebolehan di masa hadapan. Kaedah ini juga termasuk latihan
amal, perbincangan kajian kes, perbincangan tanpa ketua dan penyelesaian masalah.
Menerusi penelitian ini, penilaian dapat dibuat melalui kemahiran social, kebolehan
intelektual dan sikap seseorang itu.

Kebaikan daripada Assessment Centre adalah kekuatan stamina dan kebolehan calon
dalam memberi tumpuan ke atas sesuatu masalah terutama ketika suasana agak mendesak.
Tambahan lagi, memberikan peluang yang adil kepada calon – calon untuk memperlihatkan
kebolehan dan pencapaian individu dalam penyelesaian suatu masalah. Seterusnya, proses
pemilihan calon yang sedemikian mampu mewujudkan calon yang berkaliber untuk
memohon jawatan.

Ujian psikologi turut juga dilakukan untuk mempunyai cara komunikasi yang baik
dengan orang awam supaya pemilihan jawatan yang diberi sesuai dengan personaliti calon.
Seramai 16 jawatan yang dikenakan ujian psikologi termasuklah Pegawai Tadbir Diplomatik
dan lain - lain. Setelah ujian ini dilakukan mendapati bahawa memang ada perubahan dari
segi sikap dikanlangan calon – calon yang dipilih setelah menjalani ujian. Secara umunya,

8
ujian psikologi tertumpu pada profil personaliti dan inventori kencederungan di mana
mismatch dapat dielakkan dalam urusan pemilihan. Perlaksanaan ini telah mengubah proses
pengambilan lebih efektif.

9.0 ISU KETIDAKSEIMBANGAN KAUM DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Sewaktu sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 yang ada di


Dewan Rakyat dikaitkan dengan isu ketidakseimbangan kaum tidak diterapkan dalam
lantikan anggota perkhidmatan awam. Timbalan Menteri, Mohamed Hanipa Maidin
menyatakan bahawa, tiada sebarang kuota atau arahan yang ditetapkan oleh anggota
perkhidmtan awam dari aspek perkauman, bangsa dan agama. Walaupun, majoriti
penglibatan mereka adalah mengikut pada kepada minat dan kecenderungan individu itu
sendiri. Oleh itu, tiada sebarang khabar angin yang membabitkan ketidakseimbangan kaum
dalam organisasi perkhidmatan awam yang ditegaskan oleh Timbalan Perdana Menteri,
Mohamed Hanipa Maidin. Seluruh masyarakat di Malaysia diberikan ruang dan peluang
yang saksama bagi mendapatkan kerja yang dibuat secara adil dan telus.” katanya. Berikutan
dengan data statistik antara tahun 2014 hingga 2018, Tambahan lagi, masyarakat yang sangat

9
berminat dan amat ramai yang berdaftar untuk bekerja dengan Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam adalah bangsa melayu sebanyak 79.45 peratus yang direkodkan. Seterusnya, bagi
pihak bumiputera sabah sebanyak 7.79% , Orang asli sebanyak 0.24%, India sebanyak 3.35%
Cina 1.72% dan Sarawak 5.59 %

10.0 KESIMPULAN

Keawajipan seseorang dalam memikul tanggungjawab sebagai Suruhanjaya


Perkhidmatan Awam bukanlah senang dilaksanakan ini kerana ianya memerlukan komitmen
yang tinggi dalam segala usaha dan memastikan kesemua pekerja melaksanakan tugas secara
cekap, adil dan berkesan. Kemampuan dalam pemilihan anggota sangat penting supaya
perkhdimatan yang dilakukan mendapat kritikan yang membina dan sesuai dengan
permohanan jawatan yang diperolehi.

Penstrukturan semula ujian yang lebih mencabar terhadap bakal anggota Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam adalah wajar supaya dapat memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Tambahan lagi, bersikap komited terhadap tugasan yang bakal ditempatkan mengikut
kelayakan seseroang itu. Ini kerana setiap seseorang yang dipilih mengalas suatu jawatan
menjadi cerminan kepada pekerja lain sekiranya pelanggan memberikan komen terhadap
tatacara suatu kerja terhadap organisasi tersebut. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam juga
perlu mengorak satu langkah kehadapan dalam mencapai objektif organisasi. Antaranya
adalah, dari aspek memperkasakan urusan perkhidmatan penjawat awam dan tadbir urus yang
baik terhadap prestasi organisasi.

Oleh hal yang demikian, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam fokus dalam


melaksanakan kerja demi meningkatkan perkhidmatan anggota kerajaan dan memberi impak
yang dominan kepada negara. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam juga dianggap oleh
masyarakat sebagai ejen pelaksanaan yang sangat dihormati dan salah satu perkhidmatan
yang terbaik di Malaysia.

10
RUJUKAN
Abdul Kadir Mat Yazif. (1993a) Pengurusan Mutu Menyeluruh (TQM) : Satu kajian
mengenai konsep dan potensi perlaksanaan di Hospital Universiti, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur, 27.

Abdul Kadir Mat Yazif. (1993b). Pengurusan Mutu Menyeluruh (TQM) : Satu kajian
mengenai konsep dan potensi perlaksanaan di Hospital Universiti, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur, (Laporan Tesis Sarjana), Universiti Malaya, 1.

Kerajaan Malaysia. (1996). Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 3, Tahun 1993
(Semua Pindaan Hingga Disember, 1996) – Panduan Mengenai Piagam Pelanggan,
MDC Penerbit Pencetak Sdn. Bhd., 478.

Model pengurusan kualiti bagi perkhidmatan teknologi maklumat: Fokus kepada bahagian
perkhidmatan pengguna sektor awam. International Journal of Management Studies
(IJMS), 14(1), 145–162.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (2011) Data Syarikat. Dicapai pada Mei , tahun 2020 , dari
https://www.spa.gov.my/spa/

Malaysia ,Warta Kerajaan Persekutuan (2012) Perkara 144(1) Perlembagaan dan Peraturan
peraturan 20, 21, 22 dan 23 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,
Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan2012 

Kerajaan Malaysia, (2013) , Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun ( 2013 ) -


Pemeriksaan Kesihatan Bagi Maksud Perlantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam,
Putrajaya, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Kerajaan Malaysia (2011), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 (2011) – Prosedur Dan


Kaedah Pengesahan Dalam Perkhidmatan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,
Malaysia

11
Hj Md.Lasa Bin Yahya, Syafiqah Muhammad, Ismail Bin Kosman, Khalisha Adam ( 2018 ),
Buku Pengajian Am STPM Penggal 1, Puchong Selangor, Local Publications (M) Sdn
Bhd. Diakses daripada https://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=halimali&id=2485

Y.Bhg. Tan Sri Abdul Halim Ali, ( 2000 ), Koleksi Ucapan Bekas Perdana Menteri, Majlis
Perasmian Sambutan Hari Kualiti Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sabah.

Nohafizan Jaafar. ( 29 Oktober 2019 ), Isu Ketidakseimbangan Kaum Dalam Perkhidmatan


Awam. Berita Harian
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/622759/tiada
ketidakseimbangan-kaum-dalam-perkhidmatan-awam

12

You might also like