Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

TAKLIMAT PELAKSANAAN MENU SUSU DALAM

PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)


PENGGAL 3 SESI PERSEKOLAHAN 2021/2022

KHAMIS, 23 DISEMBER 2021, 9.00 PAGI – 12.00 TGH


(Secara Dalam Talian)

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian


KANDUNGAN TAKLIMAT

1. PENGENALAN PROGRAM
2 . M A K LU M AT A M P E L A K S A N A A N
3 . S U R AT S I A R A N P E L A K SA N A A N
4. GA R I S PA N DUAN P E N GU RU SAN
5. GA R I S PA N DUAN K E W ANGAN
6. SESI SOAL JAWAB
• 2020, program RMT telah diperkasakan dengan pemberian susu setiap
hari bersama-sama makanan RMT berbanding pemberian dua kotak susu
seminggu sebelum ini.
• 2022 – dasar ini diteruskan oleh kerajaan dengan penglibatan sebahagian
besar pembekal susu tempatan.
• Membantu dalam pemulihan ekonomi negara disamping memberi manfaat
kepada pertumbuhan murid.

OBJEKTIF
• Menambah kandungan vitamin dan mineral yang terkandung dalam
minuman susu kepada pemakanan murid penerima RMT; dan
• Memupuk amalan pengambilan susu atau produk tenusu dalam
pemakanan murid-murid. Seterusnya menjadi amalan sehingga dewasa
bagi membentuk pewaris generasi yang sihat fizikal dan mental.
• 2022, susu sebagai menu tambahan dalam program RMT
diberikan kepada murid daripada keluarga berpendapatan
miskin tegar / murid OKU / murid di sekolah asli/penan.
• Perbekalan susu kotak TANPA PERISA (FULL CREAM)
200ml setiap hari akan dilaksanakan bermula pada 2/3
Januari 2022 – 24/25 Februari 2022 oleh pembekal RMT.
• Perbekalan susu bagi sesi persekolahan 2022/2023 yang
bermula Mac akan diteruskan dengan kaedah tender
terbuka.
**Murid RMT akan hadir tanpa penggiliran mulai 2022 (Tunggu kenyataan media YBMK)
• Edaran kepada semua sekolah yang melaksanakan program RMT oleh PPD/PPW.
• Perlu dibaca dan difahami – maklumat penting berkaitan pelaksanaan program.

PERKARA PENTING
• Surat setuju terima tambahan membekalkan susu daripada pembekal RMT dan
surat setuju menerima bantuan susu daripada ibu bapa perlu diselesaikan sebelum
program bermula.
• Pemberian susu bermula 2/3 Januari 2022 hingga 24/25 Februari 2022 (36 kotak) dan
mematuhi jadual pemberian mengikut bulan dan minggu yang dibekalkan.
• Peruntukan RM1.50 sekotak bagi Semenanjung Malaysia dan RM1.80 sekotak bagi
negeri Sarawak, Sabah dan WP Labuan (maksimum 36 kotak).
• Waktu pemberian susu diasingkan daripada makanan RMT serta perlu direkodkan
dalam buku laporan harian RMT.
• Pesanan adalah secara harian menggunakan borang pesanan harian RMT yang sama.
• Tuntutan bersekali dengan tuntutan RMT tetapi dibayar berasingan.
• Panduan Umum menyatakan Peranan dan Tanggungjawab pihak
Sekolah dan Pengusaha RMT.
Peranan Pentadbir
• Membuat pesanan susu secara harian bersama-sama pesanan RMT dan
diserahkan kepada pembekal RMT.
• Memastikan spesifikasi dan jenis susu yang dibekalkan betul dan memeriksa
supaya susu berada dalam keadaan baik sebelum diberikan kepada murid.
• Melaporkan dengan segera kepada Pejabat Pendidikan Daerah/Wilayah
(PPD/PPW) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang berhampiran jika berlaku
simptom klinikal kepada murid-murid.

Peranan Pembekal RMT


• Tempat penyimpanan susu yang sesuai.
• Membekalkan susu mengikut spesifikasi dan jenis yang ditetapkan dan
berdasarkan pesanan sekolah.
• Melupuskan kotak susu setiap kali selepas diminum oleh murid.
• Membuat tuntutan secara bulanan bersekali dengan tuntutan RMT
Panduan Umum menyatakan Peranan dan Tanggungjawab pihak
berkaitan dalam pengurusan kewangan berkaitan program ini.

Perkara Penting
• Pesanan sekolah perlu dilampirkan bersama dalam tuntutan bulanan dan perlu
disemak silang dengan buku laporan harian Program RMT.
• Pembekal RMT perlu memastikan bilangan kotak susu yang dibekalkan mencukupi
sebagaimana pesanan sekolah dan mengikut spesifikasi dan jenis yang ditetapkan.
• Tuntutan dibuat bersekali dengan tuntutan RMT tetapi dibayar secara berasingan.
• Simpanan rekod tuntutan pembayaran bagi tujuan semakan.
1. Menu Susu Dalam RMT bermula 2/3 Januari 2022 (36 kotak maksimum)
2. Hanya 200ml susu kotak UHT tanpa perisa (full cream) yang dibekalkan
3. Sebagai panduan, disenaraikan syarikat pengeluar susu yang memenuhi kriteria produk
yang dinyatakan dalam GP. Sekiranya terdapat syarikat yang tidak disenaraikan, tetapi
memenuhi syarat (HACCP KKM, GMP dan Sijil Hala) adalah dibenarkan.
4. Pembekal RMT digalakkan untuk berhubung terus dengan pembekal bagi mendapatkan
harga yang terbaik. Walaubagaimanapun, mereka boleh juga mendapatkan bekalan
daripada pasaran terbuka.
5. Pihak KPM telah melaksanakan taklimat dan perbincangan bersama semua syarikat yang
tersenarai untuk memaklumkan pelaksanaan program ini. Dengan cara ini akan membantu
pembekal RMT untuk mendapatkan harga yang terbaik.
6. Sekiranya susu tidak dapat dibekalkan, bayaran tidak akan dibuat. Bayaran hanya dibuat
berdasarkan bilangan kotak susu yang dibekalkan sahaja.
7. Pembayaran adalah dengan menggunakan peruntukan RMT sedia ada di akaun sekolah

You might also like