Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

PUSAT BAHASA DAN PENGAJIAN UMUM

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


35900 TANJONG MALIM, PERAK

KPK 3012
PENDIDIKAN INKLUSIF

KUMPULAN: C

TUGASAN:
PENULISAN ARTIKEL BAB 6

NAMA: MOHD SHAHRUL AZAM B. SAMSUDIN

NO.MATRIK: D20191088971

NAMA PENSYARAH: DR. KAMA BIN SHAFFEEI


UNIT 6

MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF: LUAR NEGARA DAN DALAM NEGARA

Pendahuluan

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dalam mewujudkan peluang pendidikan


kepada murid bekeperluan khas (MBK) di dalam kelas aliran perdana, Program
Pendidikan Inklusif (PPI) dimulakan pada tahun 1987 menerusi Kementerian Pendidikan.
Menerusi inesiatif ini, murid bekeperluan khas akan mendapat bimbingan daripada
seorang guru yag bekerjasama dengan guru kelas supaya mereka dapat memahami
konsep yang disampaikan dengan lebih efektif. Penggunaan pelbagai jenis alat sokongan
khas juga turut membantu murid yang bekeperluan khas ini (Yahya Don,2005).

Pendekatan Pendidkan Inklusif (PPI) terbahagi kepada dua bahagian iaitu


inklusif penuh dan inklusif separa. Inklusif penuh memerlukan murid bekeperluan khas
belajar secara sepenuh masa bersama-sama murid arus perdana. Murid berkeperluan khas
menerusi inklusif penuh ini akan mengikuti pembelajaran bagi semua mata pelajaran
akademik bersasakan kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebagsaan yang diubahsuai
dengan bantuan atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan. Manakala inklusif separa
pula memerlukan murid bekeperluan khas untuk berlajar bersama-sama murid arus
perdana bagi mata pelajaran akademik atau aktiviti koakademik atau aktiviti
kokurikulum tertentu sahaja mengikut keupayaan mereka. Murid bekeperluan khas yang
mengikuti inklusif separa bagi mata pelajaran akademik berasaskan kurikulum
kebagsaan atau kurikulum kebagsaan yang diubahsuai dengan sedikit atau tanpa bantuan
perkhidmatan sokongan. Inklusif separa bagi aktiviti koakademik atau kokurikulum
adalah berdasarkan potensi, bakat dan keupayaan mereka.

Pendidikan inklusif merupakan peluang pendidikan yang disediakan bagi murid


pelbagai jenis ketidakupayaan untuk belajar di dalam bilik darjah biasa bersama-sama
murid yang sama peringkat umurnya (murid normal). Pendidikan inklusif dibahagikan
kepada enam cabang model iaitu Model A, Model B, Model C, Model D, Model E dan
Model F. Model ini dilaksanakan bertujuan untuk memudahkan pengelasan dimana
setiap daripadanya dibahagikan mengikut syarat dan kategori yang telah ditetapkan
didalamnya.
Jenis Model Pendidikan Inklusif (Dalam dan Luar Negara)

Dalam Pendidikan Inklusif terdapat 6 cabnag model yang memudahkan pengelasan dan
kategori pelaksanaan pendidikan. Setiap model memberikan banyak kelebihan kepada pelajar
terutamanya bagi pelajar yang autistik.

i. Model A

Model A, memerlukan pelajar-pelajar yang bekeperluan khas ditempatkan di


penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan kurikulum sedia ada dan strategi
pembelajaran dan pengajaran (PdP). Guru arus perdana haruslah memberikan sepenuh
perhatian kepada pelajar-pelajar bekeperluan khas agar mereka tidak ketinggalan dalam
pelajaran. Dalam setiap cabang model yang diperkenalkan ini masing-masing mempunyai
kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Bagi model A ini, kelebihan yang diperoleh oleh
pelajar-pelajar bekeperluan khas adalah mereka bereluang menimba pelbagai ilmu
pengetahuan melalui PdP di kelas arus perdana dan dapat berinteraksi dengan semua pelajar
yang sedikit sebanyak membantu mereka untuk berkomunikasi dengan lebih baik dan
berfikiran seperti pelajar-pelajar normal yang lain.

Namun, terdapat juga beberapa kelemahan yang dapat dikesan menerusi Model A ini
dimana, pelajar-pelajar aliran perdana ini akan terganggu sewaktu proses PdP dijalankan
sekirannya pelajar-pelajar berkeperluan khas ini bertindak diluar kawalan di dalam kelas.
Selain itu, model ini juga memberi kesan kepada pelajar bekeperluan khas itu sendiri dimana
mereka lebih cenderung untuk mempunyai rasa rendah diri apabila bercampur dengan pelajar-
pelajar arus perdana oleh kerana kekurangan pada diri mereka yang tidak seperti pelajar normal.
Pelajar-pelajar bekeperluan khas ini juga akan sukar untuk membina keyakinan diri dan kurang
mengambil bahaguian secara aktif di dalam kelas.

Selain pelajar, guru juga terkesan dengan kelemahan model ini. Guru akan merasa
terbeban kerana perlu mengajar pelajar-pelajar bekeperluan khas sehingga menyebabkan
pelajar-pelajar lain merasa terasing oleh kerana perhatian guru yang lebih diperlukan oleh
pelajar-pelajar bekeperluan khas.

ii. Model B
Menerusi Model B pula, murid bekeperluan khas akan terlibat sepenuh masa di aliran arus
perdana dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar-pelajar ini akan dipantau oleh
pembimbing atau guru pembimbing bagi meninjau prestasi mereka dari semasa ke semasa.

Seperti model sebelum ini, Model B juga mempunyai kelebihan dimana ianya memberi
eluang kepada murid menimba pelbagai ilmu pengetahuan bersama rakan sebaya. Disamping
itu, mereka juga boleh berinteraksi dengan selesa bersama pelajar-pelajar normal yang lain.
Model ini menyediakan banyak peluang kepada pelajar-pelajar pendidikan khas untuk
berdikari dan mempunyai peluang untuk berkecimpung didalam pekerjaan yang lebih cerah
disamping meningkatkan kepercayaan diri, menambahkan motivasi, dan minat ketika proses
menuntut ilmu.

Model B ini sangat relevan berbanding Model A kepada pelajar-pelajar bekeperluan


khas kerana melalui model ini, pelajar diberi peluang merasai suasana pembelajaran seperti
pelajar biasa yang lain disamping potensi mereka dapat digilap dari segenap aspek menerusi
pemantauan guru terhadap perkembangan mereka.

iii. Model C ( Separa Inklusif)

Murid Bekeperluan Khas belajar bersama-sama murid arus perdana dalam inklusif separa
bukan akademik atau inklusif separa akademik. Murid bekeperluan khas akan ditempatkan di
dalam kelas biasa bagi mata pelajaran tertentu sahaja. Menerusi model ini, murid
bekerperluan khas yang tidak berkeupayaan untuk belajar dengan normal akan dicampurkan
dengan murid basa pada sesetegah mata pelajaran sahaja. Model ini bertujuan bagi
memastikan murid bekeperluan khas mendapat pendidikan yang sama rata seperti murid biasa.

iv. Model D

Dalam Model D pula, pelajar yang bekeperluan khas akan ditempatkan di Sekolah Khas dan
Satellite di Sekolah biasa.

v. Model E

Model ini diwujudkan menerusi Program Pendidikan Khas Integrsi (PPKI) yang disediakan
khas kepada individu kurang upaya. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan
pendidikan khas dan kemudahan untuk murid berketidakupayaan penglihatan dan
pendengaran, manakala pendidikan integrasi pula adalah untuk mereka yang mempunyai
permasalahan dalam pembelajaran, penglihatan dan juga pendengaran.
vi. Model F

Dlam model ini, murid berkeupayaan khas akan ditempatkan di rumah kediamannya sepenuh
masa kerana diklasifikasikan mereka sebagai murid yang tidak dapat menguruskan diri sendiri
dengan baik tanpa bantuan orang lain. Langkah ini diambil bagi menggalakkan murid bergaul
dan berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain.

vii. Model Luar Negara

Di dalam model ini, murid-murid aliran perdana menerima pembelajaran bersama-sama


dengan murid bekeperluan khas di dalam kelas PPKI iaitu Program Pendidikan Khas Integrasi.
Model ini berbeza dengan model di Malaysia yang memerlukan murid bekeperlan khas yang
menerima pembelajaran bersama-sama dengan murid arus perdana. Model ini merupakan
model yang kurang dilaksanakan di sekolah-sekolah kerana model ini mengadaikan murid
bekeperluan khas sebagai murid yang mempunyai jumlah yang lebih ramai daripada murid
aliran perdana. Selain itu, murid bekeperluan khas diberikan alternatif layanan yang sesuai
dengan kemapuan dan keperluan mereka. Antara alternatifnya adalah Kelas Regular Penuh,
Kelas Regular dengan Cluster,Kelas Regular dengan Pull Out, Kelas Regular dengan Cluster
dan Pull Out, Kelas Khusus dengan Berbagai Pengintegrasian, dan Kelas Khusus Penuh
dengan Sekolah Regular.

Peranan Guru dalam Melaksanakan

Peranan guru dalam setiap cabang model Pendidikan Inklusif adalah mahir dan pandai
mengahadapi pelajar-peljar bekeperluan khas apabila mereka bertindak diluar kawalan.
Seorang guru perlu pandai memujuk apabila berhadapan dengan pelajar yang agresif seperti
sesetengah pelajar kelainan upaya. Guru perlu mempunyai sifat memujuk dan kesabaran yang
tinggi dalam berdepan dengan pelajar-pelajar kelainan upaya. Sebagai guru juga, haruslah
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan rancangan mengajar yang
telah disediakan dan membuat penilaian bagi setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
teah dilaksanakan. Dalam mendidik pelajar-pelajar bekeperluan khas, guru seharunya memiliki
pemikiran yang kreatif dan kritis dalam membuat perancangan pembelajaran yang berkesan
meliputi keperluan kesemua pelajar. Hal ini kerana, setiap pelajar pendidikan khas di dalam
sesebuah kelas memerlukan kaedah pengajaran yang tersendiri.
Dalam menghadapi pelajar yang agresif, seorang guru haruslah sentiasa berupaya
mendengar dengan tekun, mengawal perasaan serta menghargai murid. Guru mungkin akan
mengalami situasi yang agak sukar dalam mengendalikan murid jika keupayaan guru dalam
menguruskan emosi dan perasaan sendiri tidak dapat diuruskan. Hal ini umum mengetahui
bahawa dalam mendidik anak-anak istimewa ini merupakan satu cabaran yang sangat besar.

Sebagai guru yang mengajar pelajar-pelajar bekeperluan khas haruslah


bertanggungjawab untuk mendidik murid-murid ini. Setiap pelajar bekerperluan khas memiliki
keupayaan yang berbeza anataranya ada yang mampu membaca dan menulis seperti pelajar
normal yang lain. Oleh itu, menjadi satu kebanggaan kepada guru apabila pelajar-pelajar ini
dapat berdikari dan mengurus keperluan sendiri. Justeru, guru perlu kreatif dalam
menggunakan pendekata-pendekatan pembelajaran yang berkesan seiring dengan keperluan
pelajar.

Rumusan

Sebagai rumusan, setiap model ini membawa kelebihannya yang tersendiri dalam usaha
kerajaan memberikan pendidikan kepada murid bekeperluan khas ini. Namun yang demikian,
masih ada sedikit keburukan dalam perlaksanaannya dimana akan melibatkan pelajar arus
perdana, guru arus perdana dan pelajar berkeperluan khas itu sendiri. Dengan wujudnya model-
model ini memberi kelonggaran kepada pihak sekolah untuk memilih model-model tersebut
dalam pengajaran dan pembelajaran menerusi Program Pendidikan Inklusif di sekolah kepada
murid bekeperluan khas. Model –model ini merupakan salah satu usaha dalam mewujudkan
persekitaran embelajaran yang dapat meningkatkan serta menggalakkan murid berkeperluan
khas untuk bergiat aktif dalam mengembangkan potensi diri, mampu berdikari dan
bersosialisasi dengan masyarakat serta membentuk keperibadian yang positif. Program ini juga
merupakan usaha untuk memberi peluang kepada murid bekeperluan khas untuk mendapatkan
pendidikan yang sama rata seperti murid aliran perdana.

Selain itu, dalam pada mengahadapi murid-murid berkeperluan khas, sebagai seorang
guru seharusnya mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Guru-guru yang terlibat dalam kelas
inklusif hendaklah bersedia untuk menghadapi cabaran dalam mengendalikan murid
bekeperluan khas ini Guru juga sewajarnya memperoleh pendedahan khusus berkaitan teknik
dan kaedah pengajaran dan pembelajarana yang bersesuaian untuk murid bekeperluan khas.
Perlaksanaan pendidikan inklusif ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak dalam
menjayakannya. Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan program ini terus dijalankan
dengan teratur dan berjaya.

Rujukan

Hishamuddin Ahmad et.al, 2021. “Pendidikan Inklusif di Malaysia edisi Pertama”. Perak:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Hanafi Mohd Yasin,(Januari 2016).“ Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Murid
Berkeperluan Khas dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015” dlm
International Conference on Special Education in Southeast Asia Region 6 TH Series
2016. At UKM Malaysia.

Salmah Jopri.(2018)” Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas
edisi 2018 ” Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pendidiakn Malaysia.

You might also like