Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Pernyataan masalah : Apakah kesan kekurangan nitrogen terhadap pertumbuhan tumbuhan?

Tujuan: Mengkaji kesan kekurangan nitrogen terhadap pertumbuhan tumbuhan.

Hipotesis: Kekurangan nitrogen membantutkan pertumbuhan anak benih.

Pemboleh ubah

a)Dimanipulasikan : Jenis larutan kultur

b)Bergerak balas : Pertumbuhan tumbuhan ,ketinggian anak benih

c)Dimalarkan: Isi padu larutan kultur, jenis anak

Bahan: a) Air suling b) Larutan kultur lengkap c) Larutan tanpa nitrogen d) Anak benih jagung e) Kertas
hitam f) Kapas

Radas: a)Tabung didih b) Tiub penghantar c) Pam udara d) Gabus

Prosedur:

1)Masukkan 50 ml larutan kultur ke dalam dua tabung didih seperti berikut: Tabung A-larutan kultur
lengkap Tabung B-larutan kultur tanpa nitrogen

2)Tutup mulut tabung didih dengan penutup getah berlubang.

3)Masukkan anak benih ke dalam tabung didih seperti dalam rajah.

4)Radas didedahkan kepada cahaya selama dua minggu.

5)Udara dipam ke dalam setiap kultur larutan selama lima minit setiap hari 6)Ketinggian anak benih
diukur selepas dua minggu.

Pemerhatian :

Jenis larutan kultur Ketinggian anak benih (cm)


Larutan kultur lengkap 8.2
Larutan kultur tanpa nitrogen 4.0
Mentafsir data

Jawapan kepada soalan;

1 Akar anak benih pokok jagung yang direndam dalam larutan kultur knop lengkap lebih panjang

dan tumbuh dengan baik kerana kehadiran nitrogen.

2 Larutan kultur knop yang lengkap mempunyai nitrogen yang diperlukan untuk pertumbuhan akar
anak benih jagung semakin panjang .

3 Pertumbuhan tumbuhan ialah proses yang menunjukkan akar anak benih jagung semakin bertambah
panjang apabila direndam dalam larutan knop lengkap.

4 Larutan knop lengkap mempunyai nitrogen iaitu makronutrien dimana unsur mineral yang diperlukan
dalam kuantiti yang banyak untuk pertumbuhan anak benih pokok jagung.

5 Balutkan tabung didih dengan kertas dengan kemas untuk mengelakkan pertumbuhan alga.

6 Boleh diterima kerana pertumbuhan tumbuhan memerlukan nitrogen untuk menjalankan proses
pertumbuhan dengan baik.

7 Anak benih jagung kekuningan. Perlukan lebih banyak kuantiti nitrogen

Wajar. Pertumbuhan akar anak benih jagung adalah normal jika mendapatkan kuantiti nitrogen yang
secukupnya.

You might also like