Example of Resignation Letter in Malay

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

No 5, Jalan 1,

Taman Chengal,
28200 Bera,
Pahang

Pengurus KFC Temerloh


KFC Temerloh,
28000 Temerloh,
Pahang
21 September 2020
Tuan/Puan,

PERLETAKAN JAWATAN DALAM TEMPOH 7 HARI

Berdasarkan perkara di atas, saya ingin memaklumkan kepada pihak Tuan/Puan bahawa saya,
Nur Fazreen Binti Adzmi akan menamatkan perkhidmatan saya sebagai juruwang. Saya
berharap agar pihak Tuan/Puan dapat menerima serta memenuhi hasrat saya atas perletakan
jawatan saya ini.

Untuk makluman Tuan/Puan, perletakan jawatan saya ini adalah disebabkan saya perlu
menjaga ahli keluarga yang memerlukan jagaan di samping saya cuba mendapatkan
pekerjaan baru yang kawasannya tidak jauh dari tempat tinggal keluarga saya.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Tuan/Puan kerana telah memberi
peluang dan ruang kepada saya untuk berkhidmat di syarikat ini dengan keprihatinan yang
diberikan. Saya juga berharap agar syarikat ini akan terus maju, khususnya dari segi
pengurusan serta perniagaan.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

NUR FAZREEN BINTI ADZMI

You might also like