Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KELAB SPBT SEKOLAH

Kelab SPBT Sekolah bertujuan untuk membantu pengurusan dan pelaksanaan Skim
Pinjaman Buku Teks di sekolah. Kewujudan kelab ini diharapkan dapat memupuk rasa
sayang akan buku teks dalam kalangan murid dan seterusnya memartabatkan
kedudukannya sebagai sumber ilmu yang penting. Penubuhan Kelab SPBT adalah di
bawah bidang kuasa unit kokurikulum.

Carta Organisasi Kelab SPBT


Sekolah
PENAUNG
Pengetua/Guru
Besar

PENA
SIHAT
Penyelaras

SPBT

PENGERUSI

NAIB

PENGERUSI

SETIAUSAH

BENDA
HARI

AJK
KECERIAAN SELIAAN PENGURUSAN
DATA & REKOD

1. OBJEKTIF KELAB SPBT


1.1. Mengembangkan potensi individu (murid) secara menyeluruh.
1.2. Menyuntik semangat kerjasama dan tanggungjawab dalam kalangan
murid.
1.3. Memupuk rasa cinta akan buku teks.
1.4. Memperkemas, menyusun aktiviti dan meletakkan Kelab SPBT
setaraf dengan kelab-kelab lain di sekolah.
1.5. Memartabatkan buku teks.

2. KEAHLIAN
Keahlian Kelab SPBT ini adalah terbuka kepada semua murid yang berminat.

3. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB


Peranan dan tanggungjawab pihak sekolah serta murid adalah penting bagi
merealisasikan penubuhan dan pelaksanaannya di sekolah. Oleh itu pihak-
pihak yang terlibat perlu memainkan peranan tertentu.

3.1. Sekolah
3.1.1. Mendaftar penubuhan Kelab SPBT.
3.1.2. Menubuhkan Kelab SPBT, membentuk perlembagaan dan peraturan
kelab.
3.1.3. Memupuk rasa sayang akan buku teks SPBT.
3.1.4. Membimbing dan memantau pelaksanaan aktiviti.

3.2. Murid
3.2.1. Mendaftar sebagai ahli kelab.
3.2.2. Mengikuti setiap aktiviti kelab secara aktif.
3.2.3. Mematuhi perlembagaan dan peraturan kelab.

4. SKOP TUGAS JAWATANKUASA


Aktiviti utama Kelab SPBT adalah untuk membantu Penyelaras SPBT dalam
meningkatkan pengurusan dan pelaksanaan SPBT di sekolah. Cadangan skop
tugas setiap jawatankuasa adalah seperti yang disenaraikan di bawah.
Namun begitu, bagi aktiviti utama seperti pengagihan dan pemulangan buku
teks SPBT, kerjasama semua jawatankuasa adalah diperlukan.
4.1. J a w a t a n k u a s a Data dan Rekod
4.1.1. Mengemas kini data dan rekod buku teks SPBT.
4.1.2. Mengemas kini data pinjaman dan pemulangan buku teks
SPBT.
4.1.3. Menyimpan maklumat ahli Kelab SPBT.

4.2. J a w a t a n k u a s a Keceriaan
4.2.1. Merancangkan aktiviti keceriaan bilik BOSS
4.2.2 Memastikan keceriaan, kebersihan dan kekemasan
BOSS.

4.2.3. Menyelenggara Taman/Anjung SPBT.

4.3. J a w a t a n k u a s a Seliaan
4.3.1. Menyelia keselamatan dan keadaan fizikal buku teks
SPBT di tangan murid.
4.3.2. Membaik pulih buku teks SPBT yang rosak.
4.3.3. Menangani aduan kehilangan/kerosakan buku teks
SPBT.

4.4. J a w a t a n k u a s a Pengurusan
4.4.1. Mengecap dan memasukkan nombor perolehan
buku teks SPBT.

4.4.2. Mengasingkan buku teks SPBT yang rosak.


4.4.3. Mengira stok buku teks SPBT.
4.4.4. Melaksanakan proses berkaitan pelupusan buku teks
SPBT.

5. AKTIVITI KELAB SPBT


Selain membantu pengurusan dan pelaksanaan SPBT di sekolah,
pelbagai aktiviti dapat diadakan. Antaranya:

5.1. Penjagaan Buku Teks SPBT


Buku sebagai sumber ilmu mesti dijaga, diselenggara,
digunakan dan disimpan dengan baik. Antara aktiviti yang
menjurus kepada matlamat tersebut ialah:

5.1.1. Klinik Buku Teks.


Contoh aktiviti:
• Perkhidmatan membalut dan membaik pulih buku
teks SPBT.
5.1.2. Penyeliaan buku teks di tangan murid.
Contoh aktiviti:
• Pemeriksaan fizikal dan keselamatan buku
teks secara berkala.

5.1.3 Peringatan berkala/bersiri.


Contoh aktiviti:
• Ucapan bertemakan buku teks SPBT semasa
perhimpunan.
• Lagu SPBT.
• Buletin SPBT.

5.1.4. Kaunter aduan pelanggan/SPBT.


Contoh aktiviti:
• Laporan penemuan buku teks SPBT.
• Aduan kehilangan buku teks SPBT.
• Aduan kerosakan buku teks SPBT.

5.2. Memartabatkan Buku Teks SPBT


Pelbagai aktiviti boleh dirancang dan dilaksanakan bagi
meletakkan status buku teks sebagai sumber ilmu di
tempat yang paling murni. Antara aktiviti yang dicadangkan:

5.2.1. Majlis penyerahan buku teks SPBT kepada murid/ibu


bapa/penjaga/PIBG/komuniti.

5.2.2. Minggu
SPBT.
Contoh aktiviti:
• Pertandingan kuiz, esei atau puisi bertemakan
SPBT/kandungan buku teks SPBT.

• Mencipta logo Kelab SPBT Sekolah, penanda buku,


dan sebagainya.

5.2.3. Aktiviti merentasi kurikulum.


Contoh aktiviti:
• Mural.
• Laluan SPBT.
• Taman SPBT.

5.2.4. Anjung/Sudut SPBT.


Contoh aktiviti:
• Pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.
• Pameran buku teks SPBT kegunaan semasa.
• Arkib SPBT (koleksi buku teks SPBT lama dan
baharu).

You might also like