Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 17

Proposal: Kajian Tindakan

Tajuk: Perkaitan antara tahap keyakinan


diri pelajar dan penglibatan pelajar
di dalam kelas ketika pembelajaran
koperatif untuk matapelajaran Fizik.

Student ID Name
D20081032313 MASYITAH BINTI AHMAD MAULANA

DATE SUBMIT: 15 APRIL 2011


PENGENALAN

Pendahuluan

Gaya pendidikan di negara kita masih berada di takuk yang lama, penggunan
pembelajaran traditional masih digunakan di sekolah iaitu masih berpusatkan kepada
guru terutama diperingkat sekolah. Para pelajar sekolah masih lagi bergantung
sepenuhnya kepada guru-guru dalam proses mendapatkan ilmu, dan boleh dianggap
sebagai anak-anak burung yang kelaparan yang hanya tahu membuka mulut untuk
disuapkan makanan oleh ibunya.

Seharusnya gaya pembelajaran di negara ini turut mengalami anjakan


paradigma dan berubah mengikut peredaran masa dan tuntutan semasa. Tujuan para
pelajar dihantar masuk belajar di sekolah ialah untuk mempersiapkan diri mereka
untuk menghadapi dunia luar yang mempunyai pelbagai cabaran. Cabaran di dunia
luar pada masa dahulu dan masa sekarang tidak lagi sama. Maka kaedah dan
pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran juga seharusnya berubah mengikut
tuntutan semasa. Justeru itu pelbagai starategi dan teknik pengajaran dan
pembelajaran yang bersesuaian dengan tuntutan semasa perlu dijalankan di peringkat
sekolah.

Gaya pembelajaran yang pada masa kini berpusatkan kepada guru perlu
beralih kepada gaya pembelajaran yang berpusat kepada pelajar. Seperti yang telah
diperkatakan di atas, cabaran bagi pelajar pada zaman kini tidak sama dengan cabaran
yang dihadapi oleh pelajar pada zaman dahulu. Jadi persiapan yang perlu diberikan
kepada para pelajar untuk menghadapi dunia

Terdapat kaedah pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar dan sesuai


dijalankan di sekolah iaitu kaedah pembelajaran kooperatif. Melalui Normaliza
(2008), menurut Azizi (2007), pembelajaran kooperatif merupakan satu strategi
pengajaran umum yang boleh dilaksanakan dalam kumpulan belajar yang kecil di
mana pelajar berinteraksi sesama sendiri bagi menyelesaikan tugasan untuk mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran. Ianya melibatkan perkongsian pembelajaran

2
atau dapatan di antara ahli-ahli dalam kumpulannya. Pembelajaran kooperatif boleh
disesuaikan dengan sebarang kumpulan umur dan sebarang matapelajaran. Ianya
merupakan satu pendekatan yang baik dan perlu digunakan di dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan bersemangat di
kalangan pelajar-pelajar di samping mempertingkatkan lagi mutu prestasi pelajar
dalam peperiksaan.

Pernyataan Masalah

Penglibatan pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran


Fizik yang menggunakan kaedah pembelajaran koperatif yang merupakan
pembelajaran berpusatkan pelajar adalah kurang aktif. Hal ini disebabkan para pelajar
kurang keyakinan dalam diri untuk melakukan aktiviti yang ditetapkan dengan
sendiri, dan masih lagi mengharapkan bantuan guru. Fenomena ini berlaku kerana :

 Para pelajar sudah biasa menjalani proses pembelajaran yang berpusatkan


kepada guru.
 Para pelajar tidak membuat persediaan awal sebelu masuk ke kelas.
 Perasaan malu dan rendah diri yang tebal dalam diri pelajar.
 Guru-guru kurang menjalankan aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar di
sekolah.

Objektif Kajian

 Memupuk keyakinan dan kesedaran kepada pelajar tentang kebolehan


mereka.
 Memupuk sikap berdikari dan bertanggungjawab dalam diri para pelajar.
 Meningkatkan tahap penglibatan para pelajar di dalam kelas.

Soalan Kajian

 Adakah terdapat perkaitan antara tahap keyakinan diri pelajar dan penglibatan
pelajar di dalam kelas ketika pembelajaran koperatif dijalankan.

3
Hipotesis Kajian
 Hipotesis null : Terdapat perkaitan antara tahap keyakinan diri pelajar dan
penglibatan pelajar di dalam kelas ketika pembelajaran koperatif dijalankan.

 Hipotesis : Tiada perkaitan antara tahap keyakinan diri pelajar dan


penglibatan pelajar di dalam kelas ketika pembelajaran koperatif dijalankan.

Signifikan Kajian

Hasil kajian ini diharapkan boleh digunakan sebagai titik permulaan para guru
untuk mencuba mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran di dalam kelas
terutama guru yang mengajar mata pelajaran fizik dan menambahkan keyakinan para
guru untuk menukarkan kaedah pembelajaran yang bepusatkan guru kepada
pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar.

Kaedah pembelajaran koperatif juga secara tidak langsung dapat meningkatkan


keyakinan para pelajar dan menggalakkan kerjasama antara mereka. Hasil kajian ini
juga dapat membantu guru fizik untuk mengetahui sejauh mana kesan pembelajaran
dalam mengkaji tahap pemahaman dan penguasaan pelajar dalam subtopic hukum gas
dalam mata pelajaran fizik, tingkatan 4 ,Nurul Ain (2008).

Menurut Blosser (1993), kaedah pembelajaran koperatif akan mendedahkan para


pelajar untuk bekerja secara berkumpulan kecil dan hasil pendekatan pembelajaran
koperatif ini dikatakan dapat meningkatkan tahap kefahaman pelajar.

Batasan Kajian

Kajian ini akan dijalankan ke atas sebuah kelas tingkatan 4 si


Sek.Men.Keb.Hamid Khan, Tapah, Perak. Kelas ini mempunyai ahli seramai 30
pelajar iaitu 18 perempuan dan 12 lelaki. 20 orang pelajar di dalam kelas ini

4
berbangsa melayu, 7 orang pelajar berbangsa cina dan 3 orang pelajar berbangsa
india.

Definisi Operational

Pembelajaran koperatif

Pembelajaran koperatif didefinisikan sebagai satu strategi pengajaran


berkumpulan berpusatkan kepad pelajar yang membuat para pelajar bekerja bersama-
sama dalam kumpulan kecil di atas tugasan akademik bagi membantu dirinya dan
rakan-rakan dengan belajar bersama-sama untuk mencapai matlamat yang sama dan
memiliki kemahiran sosial.
Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini.
Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan
memainkan peranan berbeza bergilir-gilir.
Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan. Pembelajaran
koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan.
Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang
tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

Keberkesanan

Keberkesanan pembelajaran koperatif ini akan diukur melalui penilaian oleh guru
terhadap persembahan berkumpulan yang dilakukan oleh para pelajar sebelum dan
selepas menjalani program ceramah tentang kepentingan keyakinan dalam diri. Dalam
kajian ini diukur melalui perbezaan nilai min skor markah yang diperoleh daripada
penilaian-pra dan penilaian-pos yang dijalankan.

Kesimpulan

Di dalam bab ini, pengkaji memfokuskan kepada beberapa aspek utama iaitu
penyataan masalah yang merupakan titik tolak kajian ini dibuat, objektif kajian yang
ingin dilaksanakan, hipotesis kajian, signifikan kajian dimana pengkaji telah
mengemukakan kepentingan dan kegunaan hasil kajian ini kepada guru-guru dan para

5
pelajar, batasan kajian iaitu hanya sebuah sekolah terlibat dalan kajian ini, dan akhir
sekali, definisi secara operasi kajian ini.

TINJAUAN LITERATUR

Pendahuluan

Penyelidik akan membincangkan aspek-aspek penting yang perlu


diperjelaskan dalam kajian ini. Penyelidik akan membincangkan tentang
pembelajaran koperatif dan kepentingan keyakinan dalam diri pelajar ketika proses
pembelajaran berpusatkan pelajar berlangsung. Penyelidik menyentuh tentang definisi
pembelajaran koperatif, definisi pembelajaran traditional dan beberapa model
pembelajaran koperatif.

Terdapat enam model yang akan dibincangkan oleh penyelidik dalam model
pembelajaran koperatif iaitu model Jigsaw, Student Team-Achievement Division
(STAD), penyiasatan berkumpulan (group investigation, GI), Team Games
Tournament(TGT), Team Accelerated Instruction (TAI) dan Numbered Head
Together. Penyelidik juga akan membincangkan tentang cara perlaksanaan keenam-
enam model diatas. Penyelidik juga akan membincangkan mengenai definisi
keyakinan diri dan kepentingan keyakinan diri.

Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan


pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai
satu matlamat yang sama (Slavin, 1982).

Menurut Noor Shah (2002) melalui Normaliza (2008), pembelajaran koperatif


didefinisikan sebagai satu strategi pengajaran berkumpulan yang membuat para
pelajar bekerja bersama-sama dalam kumpulan kecil di atas tugasan akademik bagi
membantu dirinya dan rakan-rakan dengan belajar bersama-sama untuk mencapai
matlamat yang sama dan memiliki kemahiran sosial. Pembelajaran koperatif berbeza
daripada kaedah pembelajaran traditional di mana pembelajaran koperatif lebih

6
berstruktur iaitu semua pelajar menyertai sama rata dan bertanggungjawab kepada
pembelajaran mereka.

Melalui Nurul Ain (2008), Pennick, Watson dan William (1996) menyatakan
bahawa pengajaran dan pembelajaran secara koperatif dapat meningkatkan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains. Menurut slavin (1990), rasional
disebalik pembelajaran koperatif adalah pelajar bersedia membantu rakan sekumpulan
sekiranya mereka ingin kumpulan mereka berjaya.

Sasaran pembelajaran koperatif adalah tahap pembelajaran yang maksimum


bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur
asas dalam pembelajaran koperatif adalah saling bergantung antara satu sama lain
secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas
pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif, dan pemprosesan kumpulan.

Model Pembelajaran Koperatif

Terdapat enam model utama pembelajaran koperatif yang ingin diutarakan


oleh penyelidik. Penyelidik merasakan bahawa keenam-enam model pengajaran
koperatif ini sesuai dijalankan di peringkat sekolah untuk mempertingkatkan
kefahaman dan secara tidak langsung meningkatkan minat para pelajar terhadap mata
pelajaran yang dipelajari terutama mata pelajaran fizik. Enam model tersebut ialah
model Jigsaw, Student Team-Achievement Division (STAD), penyiasatan
berkumpulan (group investigation, GI), Team Games Tournament (TGT), Team
Accelerated Instruction (TAI) dan Numbered Head Together.

Jigsaw

Model ini menerapkan sikap bertangungjawab dan saling bergantungan antara


ahli kumpulan. Cara perlaksanaan model ini ialah guru meminta pelajar untuk
membentuk kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada beberapa ahli, sebagai
contoh, satu kumpulan hanya lima orang ahli. Kemudian, dalam kumpulan tersebut
guru meminta pelajar unutk memberi nombor kepada setiap ahli dalam kumpulan.
Sebagai contoh nombor satu hingga lima. Guru memberikan tugasan yang perlu
dilakukan kepada pelajar. Pelajar diarahkan mebentuk kumpulan pakar berdasarkan

7
nombor yang diberikan tadi. Setiap kumpulan pakar akan mendapat satu tugasan yang
perlu diselesaikan. Sebelum aktiviti mencari maklumat bermula, guru membacakan
peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang aktiviti berlangsung. Setiap kumpulan pakar
diwajibkan melantik seorang fasilitator untuk memastikan aktiviti dan tugasan dapat
dijalankan dengan lancar. Guru memberikan masa yang mencukupi kepada pelajar
untuk mencari maklumat dan berbincang dengan ahli kumpulan pakar masing-masing.
Setelah tempoh masa tamat, pelajar diarahkan untuk kembali kepada kumpulan asal.
Pelajar diminta untuk menerangkan hasil dapatan mereka dari kmpulan pakar kepada
ahli kumpulan asal secara bergilir-gilir.

Penyelidik memilih untuk menggunakan model pembelajran koperatif model


Jigsaw kerana,melalui Normaliza (2008), menurut Souvignier dan Kronenberger
(2007), model Jigsaw yang telah dipelopori oleh Aronson (1978) memberikan
persekitaran pembelajaran koperatif di mana kaedah ini menggalakkan aktiviti pelajar,
mengikuti perolehan kandungan dan saling menerangkan antara satu sama lain.

Student Team Achievement Division (STAD)

Kaedah yang digunakan dalam model ini adalah gabungan diantara


pembelajaran berpusatkan guru dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Ini adalah
kerana, untuk model ini di awal pengajaran guru akan mengajar dalam masa dua
puluh minit dan kemudiannya meminta pelajar untuk membentuk kumpulan. Dalam
kumpulan tersebut, aras kefahaman dan pencapaian pelajar adalah berbeza-beza.
Konsep model ini adalah berbentuk pertandingan antara kumpulan. Guru akan
memberikan soalan serta jawapan pada masa yang sama. Pembelajaran berdasarkan
model ini adalah lebih menekankan kefahaman konsep pelajar. Para pelajar akan
mengadakan perbincangan dalam kumpulan untuk memahami kehendak soalan dan
menyemak jawapan mereka sama ada sama dengan jawapan yang diberikan atau pun
tidak. Selepas itu, guru akan mengadakan quiz. Quiz ini akan dijalankan secara
individu dalam tempoh masa yang singkat iaitu dalam tempoh masa sepuluh ke lim
belas minit. Kemudian guru akan memberikan peneguhan kepada para pelajar.
Penilaian akan dijalankan kepada pelajar mengikut kumpulan dengan mengumpulkan
markah setiap individu dalam kumpulan tersebut.

8
Group Investigation (GI)

Menurut Salvin (1990) melalui Nurul Ain (2008), teknik model ini adalah
berdasarkan falsafah yang dikemukakan oleh John Dewey yang mana beliau
berpendapat kerjasama di dalam kelas merupakan syarat asas bagi bagi menghadapi
masalah hidup yang kompleks di bawah demokrasi.

Cara pelaksanaan model ini ialah di dalam kumpulan yang sedia ada, guru
memberikan tugasan kepada pelajar. Soalan yang diberikan adalah soalan yang rumit.
Setiap ahli di dalam kumpulan akan diminta untuk memberikan respon masing-
masing tentang tugasan yang diberikan oleh guru. Setiap ahli kumpulan diminta untuk
mengenal pasti penyelesaian masalah yang hendak dicari. Salah seorang daripada ahli
kumpulan akan bertindak sebagai fasilitator untuk melakukan pembahagian tugas.
Setiap ahli akan menjalankan tugas masing-masing dan akan mempersembahkan
tugas masing-masing dalam kumpulan. Setiap pelajar akan menjalankan proses
refleksi di dalam kumpulan.

Team Games Tournament (TGT)

Model ini seakan-akan sama dengan model STAD, tetapi berbeza dari segi
cara pertandingan dan tanggungjawab perseorangan terhadap kumpulan. Cara
pelaksanaan model ini ialah di dalam kumpulan yang sedia ada, guru memberikan
tugasan kepada pelajar. Soalan yang diberikan adalah soalan yang rumit. Setiap ahli di
dalam kumpulan akan diminta memberikan respon masing-masing tentang tugasan
yang diberikan oleh guru. Setiap ahli kumpulan diminta mengenal pasti penyelesaian
masalah yang hendak dicari. Salah seorang daripada ahli kumpulan akan betindak
sebagai fasilitator untuk melakukan pembahagian tugas. Setiap ahli akan menjalankan
peranan masing-masing dan menyiapkan tugas masing-masing. Setiap ahli akan
mempersembahkan hasil dapatan masing-masing dalam kumpulan. Setiap pelajar
akan menjalankan proses refleksi di dalam kumpulan.

Team Accelerated Instruction (TAI)

9
Model pengajaran ini adalah penggabungan antara ganjaran kumpulan dengan
satu program arahan perseorangan untuk peringkat kemahiran yang dipunyai oleh
pelajar. Cara pelaksanaannya ialah pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan
kecil yang mempunyai perbezaan aras pengetahuan, bangsa dan jantina. Guru akan
memberikan tugas kepada pelajar. Setiap kumpulan akan mendapat soalan konsep.
Pelajar akan melakukan perbincangan di dalam kumpulan masing-masing tentang
konsep yang telah diberikan. Guru akan memberikan latihan kepada pelajar dan
latihan tersebut akan dijawab secara individu. Soalan latihan tadi akan disemak oleh
rakan sekumpulan dan para pelajar akan membincangkan jawapan di dalam kumpulan
masing-masing. Guru akan memberikan ujian kepada setiap individu dan markah
akan diberikan. Ganjaran akan diberikan berdasarkan peningkatan kumpulan yang
meningkat dengan pantas.

Numbered Head Together

Konsep yang diutamakan dalam model ini ialah setiap pelajar perlu
memahami isi kandungan pelajaran dan bersedia untuk menjawab persoalan. Cara
pelaksanaan model ini ialah pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil
yang mengandungi ahli tidak lebih dari lima orang ahli. Setiap pelajar dalam
kumpulan mempunyai nombor masing-masing. Sebagai contoh nombor satu hingga
lima. Kemudian guru akan menanyakan satu soalan kepada kelas. Para pelajar akan
berbincang dalam kumpulan dan membentuk satu jawapan yang dipersetujui oleh
semua ahli. Guru akan memanggil satu nombor diantara nombor satu hingga lima
secara rawak, pelajar yang bernombor tersebut dalam kumpulan akan bangu dan
menjawab persoalan tadi mewakili kumpulan. Guru akan memberikan markah untuk
setiap jawapan yang diberikan dan ganjaran akan diberikan kepada kumpulan yang
mengumpul markah tertinggi.

Kepentingan Keyakinan Diri

Menurut Taidin Suhaimin, Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah


bagi. Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa individu boleh mengendalikan
kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya.
Kebolehan individu mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai
kejayaan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri individu tersebut . Ini bermakna

10
lebih tinggi keyakinan individu terhadap dirunya serta masa hadapan, lebih terbukalah
kejayaan untuk individu tersebut.

Kesimpulan

Dalam bab ini penyelidik telah membincangkan tentang definisi pembelajaran


koperatif.. Penyelidik juga telah membincangkan tentang enam buah model
pengajaran koperatif yang sesuai dijalankan di sekolah terutama bagi subjek fizik iaitu
model Jigsaw, Student Team-Achievement Division (STAD), penyiasatan
berkumpulan (group investigation, GI), Team Games Tournament (TGT), Team
Accelerated Instruction (TAI) dan Numbered Head Together. Cara perlaksanaan bagi
keenam-enam model ini turut dibincangkan dan diperjelaskan satu persatu. Setiap
model pembelajaran yang dinyatakan mempunyai perbezaan diantara satu sama lain
dan bersifat unik. Di akhir bab ini, penyelidik turut menyenaraikan dan
membincangkan sorotan kajian-kajian lampau.

METADOLOGI

11
Pendahuluan

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji perkaitan antara peningkatan


keyakinan diri dan penglibatan para pelajar di dalam kelas. Sebelum menjalankan
kajian ke atas sampel, penyelidik perlu membuat perancangan khusus bagi
memastikan kajian ini dapat dilakukan dengan baik seperti yang telah dirancangkan.
Penyelidik akan membincangkan dengan teliti mengenai beberapa aspek yang
penting, di antaranya ialah reka bentuk kajian yang akan dijalankan, lokasi kajian
dimana kajian ini akan dijalankan iaitu di sebuah sekolah negeri Perak, populasi dan
sampel yang terlibat dalam kajian ini, instrument yang digunakan oleh pengkaji di
dalam kajian ini, kajian rintis yang dijalankan, kesahan dan kebolehpercayaan
instrument yang digunakan, prosedur yang digunakan oleh pengkaji untuk
memperolehi dan merekod data, prosedur yang digunakan oleh pengkaji untuk
menganalisis data yang didapati daripada sampel dan kesimpulan.

Rekabentuk Kajian

Untuk mengkaji tahap keberkesanan kajian ini, pengkaji menggunakan


rekabentuk kajian yang berbentuk kuantitatif dan kuasi eksperimen (one group design
pretest-posttest design). Walaupun rekabentuk kajian secara eksperimen adalah lebih
baik tetapi suatu aspek penting dalam penyelidikan eksperimen ialah pemilihan
individu secara rawak, penyelidik harus cuba membuat pemilihan secara rawak
dengan sebaik mungkin.

Aspek ini amat penting dalam suatu penyelidikan eksperimen yang bagus.
Pengagihan secara rawak bermakna setiap individu yang mengambil bahagian dalam
eksperimen mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai ahli kumpulan
rawatan atau kumpulan kawalan. Pemilihan secara rawak pula bermakna setiap ahli
populasi mempunyai peluang seimbang untuk dipilih sebagai ahli sampel (NorAini,
2010). Walaubagaimanapun, penyelidik tidak menggunakan rekabentuk kajian
eksperimen ini kerana tidak mahu mengganggu ekologi sekolah. Jadi reka bentuk
kajian secara kuasi lebih sesuai dijalankan. Kajian berbentuk kuasi eksperimen ini
dijalankan ke atas sebuah kelas pelajar fizik tingkatan 4 untuk mengambil ujian-pra
dan ujian-pos.

12
Terdapat tiga pembolehubah yang telah dikenal pasti di dalam kajian ini iaitu
pembolehubah yang dimanipulasikan, tahap keyakinan pelajar. Pembolehubah yang
dimalarkan pula ialah sampel kajian iaitu sampel perlulah hanya terdiri daripada
pelajar tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran fizik dan akhir sekali ialah
pembolehubah yang bergerak balas, iaitu penglibatan para pelajar di dalam kelas bagi
mata pelajaran fizik yang dapat dilihat melalui ujian-pra dan ujian-pos.

Penyelidik akan menjalankan ujian pra dengan menjalankan pembelajaran


koperatif di dalam kelas dan membuat pemerhatian ke atas kumpulan-kumpulan kecil
pelajar yang menjalankan aktiviti di dalam kelas dan seterusnya memberikan markah
berdasarkan penglibatan mereka, samaada aktif ataupun pasif. Skor markah yang
diberikan antara 0-10, semakin aktif pelajar terlibat dalam pembelajaran di dalam
kelas semakin tinggi markah diberikan.

Selepas selesainya ujian-pra. Penyelidik akan menganjurkan satu slot motivasi


yang dihadiri oleh sampel. Slot motivasi ini berfungsi untuk meningkatkan keyakinan
dalam diri pelajar dan membuka mata pelajar agar yakin dengan kebolehan yang
mereka ada.

Kemudian ujian-pos akan dijalankan , penyelidik sekali lagi akan membuat


pemerhatian ke atas kumpulan-kumpulan kecil pelajar yang menjalankan aktiviti di
dalam kelas dan seterusnya memberikan markah berdasarkan penglibatan mereka,
samaada aktif ataupun pasif. Skor markah yang digunakan adalah sama dengan skor
markah yang digunakan dalam ujian-pra.

Lokasi Kajian

Kajian ini akan dijalankan di sebuah sekolah menengah di daerah Batang


Padang, Perak iaitu Sek.Men.Keb.Hamid Khan, Tapah. Sekolah ini merupakan
sekolah harian biasa.

Sampel Kajian

13
Sekolah yang dipilih oleh penyelidik ini merupakan sekolah harian biasa di
mana jantina pelajar di sekolah ini adalan bercampur iaitu terdapat pelajar lelaki dan
perempuan. Pelajar di sekolah ini juga adalah terdiri daripada pelbagai kaum, agama
dan budaya. Kelas tingkatan 4 Agama Khas yang akan dipilih oleh penyelidik ialah
kelas yang mengambil mata pelajaran fizik iaitu kelas yang mengambil aliran sains
tulen. Kajian ini akan melibatkan 30 orang sampel.

Instrumen Kajian

Instrument yang digunakan oleh penyelidik untuk kajian ini ialah ujian-pra
dan ujian-pos yang merupakan skor tahap penglibatan para pelajar di dalam kelas
ketika menjalankan pembelajaran koperatif.

Ujian-pra akan diberikan sebelum slot motivasi dijalankan. Ujian-pra ini


adalah bertujuan untuk mendapat gambaran awal tentang tahap penglibatan sedia ada
pelajar.

Ujian-pos pula dijalankan untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan


skor penglibatan sampel sebelum dan selepas slot motivasi dijalankan keatas sampel.
Min skor ujian juga akan diukur. Tahap kesukaran ujian ini adalah sama bagi kedua-
dua aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.

Prosedur Memperolehi Data

Kajian ini adalah berbentuk kuasi eksperimen dan berbentuk kuantitatif.


Penyelidik mengumpulkan data dengan menggunakan ujian-pra kepada sampel untuk
mendapat gambaran awal mengenai tahap penglibatan sedia ada pelajar di dalam
kelas dan ujian-pos dijalankan selepas slot motivai diadakan. Data yang dikumpulkan
dapat menunjukkan sama ada terdapat perbezaan tahap penglibatan pelajar di dalam
kelas.

Prosedur Menganalisis Data

14
Untuk menganalisis data yang telah dikumpulkan, penyelidik akan
menggunakan program SPSS for window versi 12. Penyelidik akan menggunakan
ujian-t untuk menganalisa data yang diperoleh. Tahap sinifikan diukur dengan aras
p<0.05 bagi menguji hipotesis kajian.

Kesimpulan

Dalam bab ini, penyelidik telah membincangkan dengan teliti mengenai


metadologi yang digunakan untuk menjalankan kajian ini bagi mendapatkan hasil
kajian yang terbaik. Penyelidik telah membincangkan tentang reka bentuk kajian yang
akan digunakan, tempat kajian dijalankan,sampel kajian yang akan digunakan dan
instrument yang akan digunakan di dalam kajian ini.. Penyelidik juga turut
menyatakan tentang cara penyelidik menganalisa data iaitu dengan menggunakan
perisian yang bersesuaian. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kuasi eksperimen
dan kuantitatif. Penyelidik menggunakan ujian-t untuk menganalisa data dan
seterusnya menguji setiap hipotesis yang wujud di dalam kajian ini.

Bibliografi

15
Blosser, P. E., (1993). Using cooperative learning in science education. The Science
Outlook an Information Buletin, 1-11. Diperoleh pada Mac 10,2011 daripada
[ERIC]
http://www.eric.ed.gov/ERICDocs/data/ericdocs2sql/content_storage_01/0000

Nor Aini Idris, (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Publisher Mc Graw Hill.

Normaliza (2008). Keberkesanan pembelajaran koperatif (model JIGSAW) bagi


matapelajaran Fizik subtopic “understanding pressure” di kalangan pelajar
tingkatan 4. Projek penyelidikan Sarjana Muda Fakulti Sains dan Teknologi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nurul Ain (2008), keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif model JIGSAW


terhadap pencapaian pelajar tingkatan empat dalam mata pelajaran Fizik
bagi topic hokum gas (gas laws). Projek penyelidikan Sarjana Muda Fakulti
Sains dan Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Slavin, R. E., (1983). Cooperative Learning. New York : Longman.

Slavin, R. E., (1990). Cooperative Learning theory, research and practice. London :
Ally Bacon.

Taidin Suhaimi (1993), Pengertian ,Kepentingan dan Keajaiban Keyakinan Diri.


Diperoleh pada April 4, 2011 daripada http://www.ugmc.bizland.com/

16
17

You might also like