BMK Uncomplete

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

BMK3053 : KETERAMPILAN MENULIS

NAMA MUHAMMAD FARHAN HAKIM BIN MOHD YUSUF

NO. MATRIK D20191087579

KUMPULAN KUMPULAN A

KULIAH
NAMA PROFESOR MADYA DR. ABU HASSAN BIN ABDUL

PENSYARAH
SEMESTER SEMESTER 4/2021

TARIKH 13/4/20121

ULASAN BUKU LELAKI YANG HEBAT-HEBAT DALAM AL-QURAN

Pengenalan
Dalam sistem sastera Melayu tradisi, tidak terdapat istilah yang khusus mengenai
makna kepengarangan kerana ia membawa maksud yang berbeza dengan sistem
kepengarangan sastera Melayu moden. Dalam sistem sastera Melayu tradisi, makna
kepengarangan itu boleh dibezakan dengan peranan pencerita. Berdasarkan kesedaran
diri sastera Melayu tradisi, seseorang pengarang itu berfungsi berdasarkan peranan
penceritaannya yang mana setiap karya yang dihasilkan mestilah berlandaskan kepada
kesedaran mereka tentang sistem sastera Melayu tradisi. Pengarang sastera tradisi
boleh sahaja memilih untuk melahirkan karya yang bersifat “soothing text” iaitu karya
yang boleh melekakan, melalaikan, menghiburkan ataupun karya yang bersifat
“benefecial text” iaitu karya yang dapat mendidik akal, minda dan jiwa pembaca serta
tidak bersifat melalaikan atau penuh nilai-nilai hiburan semata-mata. Makalah ini
akan membincangkan dua peranan penceritaan dalang dan dagang di bahagian
peranan pengarang Melayu tradisi berdasarkan model Koster mengenai Idea Buku
(Braginsky, 1998: xxviii). Peranan “dalang” biasanya dikaitkan dengan menghibur,
menyebabkan dirinya sentiasa dikaitkan dengan kealpaan, khayalan, keseronokan
yang melekakan yang akhir sekali menyebabkan khalayak menjadi leka. Peranannya
bukan untuk “mengingat” sepertimana “dagang” tetapi lebih kepada untuk
mengenang kembali peristiwa yang biasanya mementingkan keindahan. Peranan
dagang lebih kepada “fungsi faedah” yang bermaksud untuk memberi nasihat kepada
pembaca tentang tingkah laku di dunia, iaitu dari sudut pandangan Islam yang benar.
Maka dagang lebih berfungsi untuk mengajar dan mendidik yang bertujuan untuk
membangunkan akal.

Maklumat Latar

Syaari Ab Rahman, yang lahir pada 1992.Anak kelahiran Tumpat, Kelantan


merupakan Jurulatih Utama (Principal Trainer) sepenuh masa di syarikat milik beliau
sendiri, Ibrah Paradigm Training & Consultancy. Syarikat tersebut diwujudkan sejak
Mei 2011. Beliau merupakan Graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Sastera Arab
dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan kini sedang melanjutkan pengajian
ke peringkat Sarjana dalam bidang Tafsir al-Quran di Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM). Kajian Sarjana beliau bertajuk “Aplikasi Ilmu Munasabah dalam
Kisah Nabi Ibrahim a.s.” dan bercita-cita untuk menjadi ahli akademik dan pakar
dalam tafsir maudhuie al-Quran.Beliau juga sedang menjalankan beberapa kajian dan
telah diadaptasikan melalui penulisan beliau berkaitan kisah-kisah para nabi dan
pelbagai lagi yang berunsurkan islamik.

Beliau telah mendirikan rumah tangga selama hampir 8 tahun dengan Puan
Nurul Suhadah Haji Shuib dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama
Fatihah Wajihah dan Aqeel Muhtadi al-Fatih.Beliau mula menggilap potensi dirinya
dalam bidang kepemimpinan dan kejurulatihan sejak di bangku Kolej Islam Sultan
Alam Shah, Klang. Beliau kini berpengalaman lebih dari 6 tahun dalam dunia latihan
dan motivasi selain merupakan ahli berdaftar di bawah Pertubuhan Perunding Latihan
Dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

Antara rancangan televisyen yang pernah menjemput beliau sebagai panel ialah
TV3 dalam rancangan “Positif”, Astro Oasis dalam rancangan “Salam Muslim” dan
TV Al- Hijrah dalam segmen “Assalamualaikum”. Ustaz Syaari juga merupakan
panel tetap selama 4 tahun sejak tahun 2012 hingga 2016 di segmen “Ibrah” Radio
Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM.fm. Beliau juga merupakan jurulatih
bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan sijil
tauliah. Maklumat terkini, beliau sedang menggembleng tenaga pakar-pakar dan
sarjana- sarjana Tafsir di seluruh Malaysia untuk berbakti kepada Ibrah Institute
Centre of Tadabbur yang akan menjadi pusat pembelajaran interaktif dan moden
kepada ilmu tafsir dan takwil al-Quran. (less)

Selain itu, penulis Muhammad Syaari juga telah mengarang beberapa buah
buku sepanjang kariernya dan diantara buku-buku yang dihasilkan oleh beliau turut
memenangi Anugerah . Antara karya penulisan yang dihasilkan oleh beliau adalah
seperti, Lelaki Yang Hebat-hebat Dalam Al-Quran, Wanita-Wanita Yang Hebat
Dalam Al-Quran, Di Bawah Teduhan Kisah-Kisah Dalam Al-Quran, Kuasa
Kepimpinan Al-Fateh dan pelbagai lagi. Berdasarkan penelitian yang dilakukan
terhadap karya beliau, karya yang dipilih adalah ‘Lelaki Yang Hebat-Hebat Dalam
Al-Quran’. karya ini bersifat fakta dan sejarah islam,mengenai tokoh-tokoh agama
lelaki yang masyhur seperti yang tercatat di dalam al-Quran. Karya ini telah mendapat
permintaan yang tinggi di dalam pencetakkannya dan tergolong buku ilmiah berunsur
keagamaan yang terlaris pada tahun 2020.
Seterusnya, latar maklumat luaran buku yang dapat dikemukakan seperti kulit
buku, fon yang digunakan, ketebalan ataupun muka surat buku dan pelbagai lagi
.Muka depan ataupun kulit buku yang menarik memain peranan penting dalam proses
penyampaian. Penggunaan kulit buku yang bersesuian dengan cita rasa pembaca
menjadikan buku ini mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pembeli.
Misalnya, penggunaan warna yang bersesuaian pada cetakan kulit buku hadapan dan
belakang yang menarik. Dimana setiap penerbitan buku menampilkan rekaan bentuk
buku yang tersendiri. Reka bentuk kulit buku memainkan peranan yang penting untuk
menghebah, menyampaikan informasi dan maklumat awal kepada setiap khalayak
sasaran. Situasi ini telah menyumbang kepada penerbitan, penghasilan dan
penampilan reka bentuk kulit buku yang pelbagai dan menarik. Reka bentuk kulit
buku menjadi elemen pertama dilihat oleh khalayak ketika proses membelek-belek
dan pemilihan buku. Ketika ini khalayak cuba untuk memahami apa sahaja informasi
yang terdapat pada reka bentuk kulit buku. Kemudahbacaan pada reka bentuk kulit
buku merujuk kepada tafsiran visual illustrasi atau fotografi yang dilihat sama ada
ianya difahami dengan mudah atau sebaliknya. Penggunaan dan pemilihan visual
yang baik dapat memudahkan khalayak untuk memahami maksud yang hendak
disampaikan dengan pantas. Sebagai contoh, pengguanaan Fon yang bersesuaian
sebagai tajuk buku yang menarik membuatkan buku ini mampu menarik minat
pembaca. Buku yang dihasilkan mengandungi 269 muka surat yang dikira bermula
daripada isi kandungan sehingga muka surat yang membincangkan penghargaan.
Selain itu, ustaz Syaari menggunakan fon ‘Arial’ dalam penulisannya bagi
memperlihatkan kekemasan.

Maklumat Dalaman

1. Sinopsis Ringkas Buku:

Berdasarkan buku yang dipilih iaitu ‘ Lelaki Yang Hebat-Hebat Dalam Al-
Quran’. Isi buku ini iaitu lelaki yang hebat-hebat itu bukanlah lelaki yang seperti
malaikat. Dia ialah lelaki yang biasa-biasa,namun berani meninggalkan keselesaan
hidup demi membela iman, persis seperti pemuda Ashabul Kahfi iaitu 3 orang
pemuda yang terkurung di dalam gua beratus tahun lamanya oleh demi memelihara
iman mereka dari kaum-kaum kufur. Lelaki- lelaki yang disebut di dalam
penulisannya dianya merupakan lelaki-lelaki yang biasa -biasa, namun berani
mempertahankan kebenaran saat berhadapan dengan kejahilan . persis Nabi Ibrahim
A.S , ketika mudanya. Dalam karyanya ini juga lelaki yang disebut ialah lelaki yang
biasa-biasa ,namun berani menyahut arahan Tuhan-Nya tanpa ragu. Persis Nabi Ismail
AS, ketika mudanya. Melalaui karya ini , Ustaz Syaari Ab Rahman membawa kita
untuk menelusuri kehebatan sebenar lelaki-lelaki yang dimuliakan Allah S.W.T.
Hebatnya mereka bukanlah kerana mereka memilih untuk melakukan apa yang benar
disebalik kesulitan yang datang mengiringi. Inilah ciri lelaki yang hebat-hebat yang
cuba disampaikan oleh penulis melalui karya penulisannya.

Buku ini dihasilkan oleh pengkarya adalah bertujuan untuk memberi


penekanan ilmu sirah ataupun sejarah islam kepada anak muda berkaitan tokoh-tokoh
yang tersohor dan juga terdapat nama-namanya di dalam al-Quran. Penulis Ustaz
Syaari Ab Rahman cuba menyelitkan nilai-nilai sejarah islam didalam penulisannya.
Sebagai umat islam sudah menjadi rukun untuk meyakini kebenaran yang tercatat di
dalam al-quran. Setiap cerita yang beliau selitkan dan beliau paparkan adalah jelas
berdasarkan rujukan dan kajian al-Quran yang mendalam. Sebagai contoh di dalam
penulisan beliau , beliau turut menyelitkan beberapa kisah-kisah nabi yang boleh
dijadikan pengajaran kepada masyarakat islam. Dimana, kisah-kisah pemuda dalam
al-Quran kerana padanya ada penawar kepada penyakit-penyakit jiwa orang
muda.Padanya ada potensi-potensi sebenar yang seharusnya dikuasai dan ia menjadi
penanda aras kepada pencapaian seorang pemuda.Padanya juga ada peringatan demi
peringatan mengenai kepentingan Iman dan amal soleh pada waktu bergelar remaja
dan pemuda. Hampir daripada 3/4 isi kandungan buku menceritakan kisah-kisah
saudara Ashabul KahfiUstaz Syaari menghuraikan dengan terperincini kisah Ashabul
Kahfi yang ditulis di dalam surah Al-Kahfi bermula pada ayat pertama sehinggalah
ayat ke 22. Disamping, watak-watak ysng terdapat di dalam penulisan Syaari Ab
Rahman yang merupakan watak-watak yang terdapat dan tercatat di dalam al-Quran.
Sebagai contoh, tokoh watak nabi Ibrahim AS, nabi Ismail AS, pemudal Ashabul
Kahfi yang tercatat dalam al-quran.

RUJUKAN:
Muhamad Syaari Ab Rahman, 2020, “Lelaki Yang Hebat-Hebat Dalam Al-Quran”,
Terbitan Iman Publication Sdn Bhd.

Mohd Fatrim Syah Bin Abd Karim (2015), Projek Penulisan Novel Nabi: Teori
Takmilah Dalam Naratif Bergenre Islami, Jurnal Pendidikan,
3(5), 1102-1112. Diperoleh daripada
Https://Ir.Uitm.Edu.My/Id/Eprint/15932/1/Ppb_Mohd%20Fatrim%20Syah
%20Bin%20Abd%20Karim%20Ff%2015_5.Pdf

Lampiran
Rajah 1 : Kulit hadepan buku

Rajah 2: kulit belakang buku Rajah 3: kandungan dalam buku

You might also like