Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN TUN DOKTOR ISMAIL,


45200 SABAK BERNAM, SELANGOR DARUL EHSAN

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 41 (2019)

Tarikh : 16 Februari 2019


Hari : Sabtu
Masa : 8:30 pagi
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail
Kehadiran (Bilangan) : Rujuk lampiran yang disediakan

Agenda 1 : Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41.

1. ALUAN MAJLIS
1.1. Pengerusi majlis menjemput hadirin untuk berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku
dan lagu Negeri Selangor.

1.2. Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Fakhruddin bin Ab. Rahman.

2. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG


(En. Khairul Azman bin Abd. Hamid)
2.1. Ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat hadir pada hari ini demi
untuk kebaikan anak masing-masing.

2.2. Beliau berharap agar mesyuarat ini akan mendapat kata sepakat daripada semua
ahli.

2.3. Beliau turut mengingatkan sekiranya berlaku sesuatu perkara boleh merujuk kepada
pihak ahli jawatankuasa PIBG terlebih dahulu.

3. UCAPAN PENASIHAT PIBG


(Tn. Hj Mohd Khamsani bin Bahrun – Penasihat PIBG)
3.1. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG, guru, ahli PIBG dan
juga ibu bapa kerana sudi hadir ke mesyuarat yang dianjurkan pada hari ini.

3.2. Sekalung penghargaan kepada ahli jawatankuasa PIBG sesi 2018 tahun lalu kerana
sumbanga dan tenaga dalam memastikan kelancaran perjalanan program di
sekolah.

3.3. Beliau memaklumkan kepada hadirin tentang baik puli dan penyelenggaraan
kemudahan sekolah seperti tandas dan juga paip yang telah rosak dan sekolah telah
membelanjakan kira-kira RM1000 untuk tujuan itu.

3.4. Hadirin dimaklumkan tentang pemansuhan peperiksaan murid tahap 1 bermula


tahun 2019 dan pentaksiran peperiksaan telah digantikan dengan Pentaksiran Bilik
Darjah, PBD yang boleh dijalankan dengan lima cara penilaian yang berbeza.

1
3.5. Hadirin turut diingatkan agar sentiasa memantau kerja rumah anak-anak yang
diberikan guru subjek.

3.6. Selain daripada itu, kehadiran murid ke sekolah perlu dititikberatkan oleh ibu bapa
agar segala bantuan yang diberikan oleh pihak Kementerian Pendidikan kepada
murid digunakan sebaik mungkin sebagai kemenjadian murid dan juga mengikut
piawaian ROI, Return of Investment.

3.7. Beliau memberi penerangan kepada hadiri tentang 12 Inisiatif Kementerian


Pendidikan Malaysia bermula tahun 2019.

12 Inisiatif KPM Ulasan Guru Besar

Bermula tahun 2019, manual nilai Dalam akan proses perbincangan dan akan
dibacakan di setiap perhimpunan. dilaksanakan.

Dalam proses perbincangan dan akan


Pendidikan Sivik akan diperkenalkan.
dilaksanakan.

Memperbaiki masalah “Mutual Distrust” antara


Dalam proses perbincangan dan akan
guru dan ibu bapa. dilaksanakan.

Popularkan kembali budaya “Hero Teachers”


Dalam proses perbincangan dan akan
untuk tingkatkan pengikitirafan
dilaksanakan.
profesion guru.

Selaras dengan perkembangan Industri 4.0 dan


juga Pembelajaran Abad ke-21 di dalam
Telefon Pintar akan dimanfaatkan untuk tujuan
kelas. Murid boleh belajar menggunakan
Pendidikan.
Frog VLE melalui telefon pintar di mana-
mana saja.

Pada tahun 2019, SKTDI telah menerima 2


orang murid bukan warganegara. Hal ini
Kanak-kanak tiada kewarganegaraan boleh
bagi mengelakkan kanak-kanak
memasuki sekolah mulai 2019
tertinggal dalam pelajaran dan tiada
masa depan dalam kehidupan.

Telah diwujudkan dengan menggunakan Bilik


Kawasan Rehat Guru akan diwujudkan di RBT. KRG dalam proses untuk
sekolah disiapkan. Memerlukan peruntukan
tambahan. Akan diusahakan.

Guru tiada lagi kerja pengkeranian bermula


Kemasukan data kehadiran murid secara ‘online’
2019

Sekolah mengalami kekurangan peruntukan


Tidak akan berkompromi dalam belanjawan
kerana peruntukan yang diterima pada
Pendidikan. Pendekatan selepas ini
tahun 2018 sudah tidak diterima lagi
akan “slice and dice” ketirisan.
pada tahun 2019.

2
Sekolah telah menghantar permohonan kepada
Kearah menjadikan sektor Pendidikan mesra
pihak PPD untuk pembinaan tandas
OKU
untuk murid OKU PPKI.

Pihak menteri telah turun sendiri ke sekolah bagi


Menangani isu sekolah daif melihat keadaan sekolah terutamanya di
Sabah dan Sarawak.

Telah diwujudkan bersebelahan kantin sekolah


Kemeriahan “Speakers’ Corner” di sekolah. menggunakan peruntukan PIBG,
kewangan Malam Tautan Ukhwah.

3.8. Beliau memaklumkan bahawa terdapat beberapa penambah baikan bangunan


sekolah seperti:
3.8.1. Pondok Speakers’ Corner.
3.8.2. Tandas guru lelaki dan perempuan
3.8.3. Pendingin hawa & pendawaian elektrik makmal komputer.
3.8.4. Surau Sekolah – menerima dana daripada Pusat Zakat Selangor. Walaupun
begitu, peruntukan tidak mencukupi untuk memasang kipas dan lampu. Tuan
Guru Besar mencadangkan agar menggunakan duit sumbangan Majlis
Tautan Ukhwah sebagai amal jariah yang berterusan.
3.8.5. Kelas Perdana dan PPKI yang telah dibaik pulih pendawaian dan juga kipas
lampu yang rosak serta telah dicat semula.
3.8.6. Pondok jaga turut dihias dengan cantik dan kreatif. Telah mendapat pujian
daripada pelawat luar yang datang ke sekolah.

Agenda 2 : Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41.

1. UCAPAN PENGERUSI MAJLIS


(En. Khairul Azman bin Abdul Hamid – YDP PIBG)
1.1. Mesyuarat dimulakan dengan meminta kepada pada hadirin agar dapat berganjak ke
hadapan agar dapat melancarkan perjalanan majlis.

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT.


2.1. Naib Setiausaha membentangkan minit mesyuarat Agung PIBG kali ke 40 (2018).
(Naib Setiausaha : En. Mohd Afiq bin Mohd Yusof)
Cadangan : En. Saari bin Ali Raja
Sokongan : En. Zulkifli bin Mohd Razi

3. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN LAPORAN KEWANGAN


3.1. Bendahari membentangkan laporan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2018.
(Bendahari : Pn. Masilah binti Maslor)
Cadangan : Pn. Sumarni binti Mohd Robai
Sokongan : Pn. Kharatun Jamaiyah binti Amir

4. PEMBENTANGAN USUL

3
4.1. Borang usul telah diedarkan beserta surat panggilan mesyuarat agung. Ibu bapa /
penjaga perlu hadir bagi membentangkan usul tersebut. Beberapa usul yang telah
dicadangkan oleh ibu bapa / penjaga di dalam borang usul telah diterima oleh
jawatankuasa.
4.2. Sebulat suara bersetuju :
i. Sumbangan PIBG tahun 2020 dikekalkan pada kadar RM50 bagi satu keluarga.
ii Bayaran persekolahan bagi tahun 2020 adalah seperti dalam lampiran.

4.3. Usul yang dibincangkan :


Usul daripada En. Ahmad bin Alias
Beliau mencadangkan agar kawasan untuk pusingan kembali kereta dan motorsikal yang
hantar dan pulang anak ke sekolah agar dapat diperluaskan di hadapan makmal
komputer.
4.3.1. En. Khairul Azman bin Abd Hamid (YDP) mencadangkan agar mana-mana
ibu bapa dapat memberikan sumbangan bantuau kepada pihak sekolah agar
dapat menambak kawasan di hadapan makmal komputer. Ibu bapa boleh
berjumpa dengan tuan guru besar untuk tujuan ini.

4.3.2. En. Yusaini bin Mohd Yusof (bapa) mencadangkan agar sekolah membuat
surat permohonan kepada jurutera JKR daerah untuk meminta bantuan untuk
menambak kawasan hadapan makmal komputer.

4.3.3. En. Mohd Khamsani bin Bahrun (Penasihat) memberi respon tentang surat
permohonan kepada JKR yang telah diajukan pada tahun 2017 yang lalu.
Tetapi permohonan itu ditolak oleh pihak JKR kerana kawasan sekolah
adalah dibawah tanggungjawab pihak Kementerian Pendidikan.

4.3.4. En Saiful Fahmi (bapa) memberi respon bahawa terdapat salah faham
tentang surat permohonan sekolah kepada JKR. Beliau memaklumkan
bahawa JKR hanya dapat menghantar batuan sehingga ke pagar sekolah
dan urusan membawa masuk batuan tersebut adalah dibawah tanggung
jawab pihak Kementerian Pendidikan/sekolah.

4.4. Usul daripada pihak pentadbiran SKTDI


Usul dibentangkan oleh Tn. Mohd Khamsani bin Bahrun (guru besar)
Beliau mencadangkan agar sumbangan dikekalkan dan bayaran keperluan persekolahan
bagi tahun 2020 dinaikkan berbandingkan tahun 2019. Sumbangan ICT telah
ditambah ke dalam senarai bayaran dan sumbangan untuk aktiviti sukan dinaikkan
bagi menampung peruntukan yang tidak diberikan oleh pihak kementerian.
Cadangan : Pn. Shamsiah binti Nordin
Sokongan : Disokong sebulat suara oleh semua ahli yang hadir.

Agenda 3 : Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG tahun 2017-2018.

5. PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA PIBG


5.1. Yang Dipertua PIBG telah memaklumkan kepada umum bahawa ahli jawatankuasa
PIBG bagi sesi 2017 hingga 2018 dibubarkan secara rasminya.

4
Agenda 4 : Perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG tahun 2019-2020.

6. PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG


(Dipengerusikan oleh En. Farrus bin Wahi Anuar, PK Hem)

Penasihat : Tn. Haji Mohd Khamsani bin Bahrun’


Yang Dipertua PIBG : En. Khairul Azman bin Abd Hamid
Naib Yang Dipertua PIBG : En. Yusaini bin Mohd Yusof
Setiausaha : En. Muhamad Iqbal bin Mahpod
Naib Setiausaha : Pn. Azian binti Abu Bakar
Bendahari : Pn. Masilah binti Maslor
Pemeriksa Kira-Kira : Cik Canthirikka a/p Mohgan (Guru)
: En. Soib bin Murid (Ibu Bapa)
AJK Ibu Bapa : En. Mohd Nor bin Napiah
: En. Mohd Hanafi bin Sabidin
: En. Baddrun Hisam bin Ramli
: Pn. Shamsiah binti Nordin
: Pn. Milah Mahani binti Toha
: Pn. Maznah binti Johari
: En. Ahmad Nizam bin Alias
AJK Guru : En. Mohd Azmi bin Mt Zin
: Pn. Aisyah binti Samsuddin
: En. Salihin bin Sanusi
: Pn. Jamilah binti Badri

7. UCAPAN PENANGGUHAN
7.1. En. Yusaini bin Mohd Yusof (wakil ibu bapa)
7.1.1. Beliau wakil kepada ibu bapa mengucapkan terima kasih kepada barisan ahli
jawatankuasa PIBG dan juga pihak sekolah atas usaha yang dilakukan
selama ini.

7.1.2. Beliau turut memohon ampun dan maaf dan mendoakan tuan guru besar
dapat bersara dalam keadaan yang sekolah yang baik dan tenang.

7.2. Tn Haji Husni Harun (PK Kurikulum)


7.2.1. Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada ibu bapa yang dapat hadir
pada hari ini.

7.2.2. Beliau memaklumkan kepada umum tentang persaraan beliau bersama tuan
guru besar pada tahun hadapan, 2020.

7.3. En. Khairul Azman bin Abd Hamid (YDP PIBG)

5
7.3.1. Beliau berharap agar semua pihak dapat bersama-sama membantu pihak
sekolah dengan memberikan kerjasama yang sebaik mungkin terhadap
setiap aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah.

7.3.2. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11:24 pagi dengan bacaan surah Al-Asr.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................................. ...................................................................

(EN. MOHD AFIQ BIN MOHD YUSOF) (TN. HJ MOHD KHAMSANI BIN BAHRUN)

Naib Setiausaha, Penasihat (Guru Besar),

PIBG Sk Tun Doktor Ismail PIBG Sk Tun Doktor Ismail

Disahkan oleh,

...................................................................

(EN. KHAIRUL AZMAN BIN ABD HAMID)

Yang Dipertua,

PIBG Sk Tun Doktor Ismail

You might also like