Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN TUN DOKTOR ISMAIL,


TEBUK PULAI, 45200 SABAK BERNAM,
SELANGOR DARUL EHSAN.
MALAYSIA Kod Sekolah : BBA 6016
Tel/Fax : 03-32162379
Laman web : sktundoktorismail.blogspot.com
Email : bba6016@moe.edu.my

Rujukan Tuan :
Rujukan kami : BBA6016.100-7/1/4 ( )
Tarikh : 22 OKTOBER 2019
Kepada :
Tuan Jurutera,
Jabatan Kerja Raya Daerah Sabak Bernam
45300 Sungai Besar
(Up: Tn Hj Mohd Idris b Mat Nur)

Melalui dan salinan kepada :


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail,
45200 Sabak Bernam,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

MOHON PELEBARAN BAHU JALAN DAN BONGGOL DI HADAPAN SEKOLAH

Saya dengan hormatnya menarik perhatian tuan berhubung perkara di atas.

2. Pihak sekolah ingin memohon pelebaran bahu jalan dan pembinaan bonggol di bahagian
hadapan sekolah dari pihak JKR. Ruang tambahan ini adalah bertujuan untuk memudahkan pihak ibu
bapa menurunkan anak pada sebelah pagi. Boggol pula untuk memastikan keselematan kenderaan dan
pelajar semasa masuk ke sekolah.

3. Ruang penurunan penumpang dan bonggol ini merupakan permintaan dari pihak PIBG untuk
mengatasi masalah lalu lintas semasa menghantar pelajar ke sekolah pada waktu pagi dan juga waktu
pulang dan memastikan kenderaan lain berwaspada dengan kawasan sekolah. Kesesakan yang berlaku
menyebabkan ibu bapa tidak dapat keluar dan para guru tidak dapat masuk ke kawasan letak kereta.

Pihak sekolah berharap pihak tuan dapat membantu kami di dalam hal ini. Kerjasama pihak tuan amat
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima Kasih.

Saya Yang Menjalankan Amanah

……………………………………..

(MUHAMAD IQBAL BIN MAHPOD)


Setiausaha PIBG
Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail
Sabak Bernam.

s.k : Fail PIBG

You might also like