Buku Skrap Bab 9

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 25

BUKU SKRAP BAB 9 : NUTRISI DAN SISTEM PENCERNAAN MANUSIA

NAMA : MAHADI BIN NORHADI

TINGKATAN : 4 AMANAH

NAMA GURU : JACQUELINE HO MAY CHOO


ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


1. MUKA HADAPAN 1
2. ISI KANDUNGAN 2
3. PENGHARGAAN 3
4. ISI BUKU SKRAP 4-25
5. SUMBER RUJUKAN 26
PENGHARGAAN

• SYUKUR KEPADA TUHAN KERANA DENGAN IZINNYA SAYA DAPAT


MENYIAPKAN BUKU SKRAP BIOLOGI BAB 9 . SAYA Mahadi INGIN
MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA GURU SUBJEK BIOLOGI SAYA ,
CIKGU JACQUELINE HO MAY CHOO ATAS BIMBINGAN BELIAU DALAM
MENYIAPKAN TUGASAN INI . SAYA JUGA INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH
KEPADA IBU BAPA SAYA DALAM MEMBERI DORONGAN DAN SOKONGAN
DALAM MENYIAPKAN TUGASAN INI DENGAN BAIK DAN KEMAS .
9.1 SISTEM PENCERNAAN

Struktur sistem pencernaan manusia

Sistem pencernaan manusia terdiri daripada salur alimentari yang panjang dan berotot
bermula dari mulut hingga ke dubur (Rajah 9.1).Bahagian-bahagian dalam salur alimentari
ialah mulut, esofagus, perut, usus kecil, usus besar serta dubur. Organ lain sistem pencernaan
ialah hati,pundi hempedu dan pankreas. Kelenjar liur, kelenjar gaster dan kelenjar usus
merembeskan jus pencernaan ke dalam salur alimentari.
9.2 PENCERNAAN

JENIS PENCERNAAN
Pencernaan ialah proses penguraian butiran makanan besar dan kompleks kepada butiran
kecil yang ringkas dan terlarut supaya mudah diserap. Pencernaan terdiri daripada dua
bahagian iaitu pencernaan fizikal dan pencernaan kimia.
PENCERNAAN KARBOHIDRAT DALAM MULUT
Proses pencernaan bermula di dalam mulut. Kehadiran makanan di dalam mulut merangsang
perembesan air liur oleh kelenjar liur .
- Air liur mengandungi enzim amilase air liur yang menghidrolisis kanji menjadi maltosa.
- pH air liur berada dalam julat 6.5–7.5, iaitu sesuai untuk amilase air liur bertindak dengan optimum.
- Air liur membantu makanan membentuk bolus dan menjadikannya lebih mudah untuk ditelan.
- Semasa penelanan, epiglotis akan menutup bukaan trakea supaya makanan tidak memasuki trakea.
Dalam esofagus, bolus makanan digerakkan secara peristalsis.
Peristalsis ialah tindakan pengecutan dan pengenduran otot secara beritma di sepanjang salur
alimentari. Peristalsis menolak bolus melalui esofagus sehingga memasuki perut
• Permukaan dalam dinding perut dilapisi oleh sel epitelium yang mengalami pengubahsuaian
strukturdan fungsi untuk membentuk kelenjar gaster (Rajah 9.3). Sel-sel epitelium ini terdiri
daripada sel utama, sel parietal dan sel mukus.
• Sel utama merembeskan pepsinogen.
• Sel parietal merembeskan asid hidroklorik.
• Sel mukus merembeskan mukus.

Pepsinogen ialah enzim tidak aktif yang akan diaktifkan oleh asid hidroklorik untuk menjadi enzim
pepsin. Enzim pepsin kemudiannya menghidrolisis protein menjadi polipeptida.
• Fungsi asid hidroklorik adalah untuk:
• (a) menyediakan medium dengan pH yang sesuai (pH 1.5–2.0) untuk tindakan enzim pepsin
• (b) menghentikan tindakan enzim amilase air liur
• (c) membunuh bakteria dalam makanan
Mukus berfungsi melindungi dinding perut daripada tindakan asid hidroklorik dan enzim pencernaan.

Makanan dalam perut bercampur dengan jus gaster yang terdiri daripada asid hidroklorik dan enzim
pepsin. Makanan digaul oleh tindakan peristalsis otot dinding perut selama beberapa jam. Kandungan
dalam perut akhirnya bertukar kepada bentuk separa cair yang disebut kim. Kim akan memasuki
duodenum dengan perlahan-lahan apabila otot sfinkter mengendur
PENCERNAAN KARBOHIDRAT , PROTEIN DAN
LIPID DALAM USUS KECIL USUS
Usus kecil terdiri daripada duodenum, jejunum dan ileum yang berlingkar. Duodenum ialah
bahagian pertama usus kecil yang menerima kim daripada perut. Duodenum juga menerima
hempedu yang dihasilkan oleh hati dan jus pankreas yang dirembeskan oleh pankreas.
Kelenjar pada dinding ileum merembeskan mukus dan jus usus yang mengandungi enzim-
enzim maltase, sukrase, laktase, lipase dan erepsin. Medium beralkali dalam ileum
membolehkan enzim-enzim bertindak secara optimum.
• PENCERNAAN KARBOHIDRAT
- Maltase menghidrolisis maltosa kepada glukosa .
-Sukrase menghidrolisis sukrosakepada glukosa dan fruktosa.
-Laktase menghidrolisis laktosa kepada glukosa dan galaktosa.

PENCERNAAN LIPID
-Lipase menghidrolisis lipid kepada asid lemak dan gliserol.

PENCERNAAN PROTEIN
-Enzim erepsin menghidrolisis peptida kepada asid amino
9.3 PENYERAPAN

Ciri penyesuaian ileum dan vilus dalam penyerapan makanan tercerna.

Molekul ringkas hasil daripada pencernaan makanan diserap di bahagian ileum usus kecil.
ILEUM

• Ileum yang panjang mempunyai ciri penyesuaian untuk menyerap nutrien kerana
mempunyai lapisan dalam yang berlipat-lipat dan dilitupi unjuran-unjuran halus disebut
vilus.
VILUS

• Vilus mempunyai ciri penyesuaian berikut untuk menyerap nutrien: • Lapisan epitelium
vilus adalah setebal satu sel. Hal ini mempercepatkan penyerapan nutrien. • Sel goblet
merembes mukus yang membantu pencernaan. • Jaringan kapilari darah memudahkan
pengangkutan hasil pencernaan ke seluruh badan. • Lakteal mengangkut titisan asid lemak
dan gliserol. • Kelenjar usus merembes jus usus yang mengandungi enzim pencernaan
MIKROVILUS

• Pada permukaan epitelium vilus, terdapat banyak unjuran halus yang disebut mikrovilus.
Mikrovilus menyediakan luas permukaan yang besar untuk meningkatkan kadar
penyerapan nutrie
PENYERAPAN MAKANAN TERCERNA
CARA PENYERAPAN MAKANAN TERCERNA DI
ILEUM
9.4 ASIMILASI

PERANAN SISTEM PEREDARAN


Sistem peredaran manusia terdiri daripada sistem peredaran darah dan sistem limfa yang
membantu mengangkut nutrien untuk diasimilasikan. Dalam proses asimilasi yang berlaku di
dalam sel, nutrien digunakan untuk membentuk sebatian kompleks atau komponen struktur.
Kapilari-kapilari darah di usus kecil bergabung membentuk vena portal hepar yang
membawa darah ke hati.
Lakteal-lakteal pula bergabung membentuk salur limfa yang lebih besar dalam rangkaian
sistem limfa. Seterusnya, kandungan salur limfa memasuki duktus toraks yang kemudiannya
mengalir ke dalam vena subklavikel kiri. Lipid diangkut oleh darah ke semua sel badan.
FUNGSI HATI DALAM ASIMILASI MAKANAN
TERCERNA
Hati merupakan pusat kawal atur yang mengawal kuantiti nutrien yang masuk ke dalam sistem peredaran
darah. Hati menjalankan fungsi berikut.
METABOLISME MAKANAN TERCERNA
-Glukosa digunakan untuk respirasi sel. Asid amino digunakan untuk sintesis protein plasma dan enzim.
-Melalui proses pendeaminaan, asid amino yang berlebihan ditukar menjadi urea untuk dikumuhkan melalui
air kencing
PENYAHTOKSINAN
-Sel hati menyingkirkan bahan yang toksik daripada darah.
-Bahan toksik disingkirkan melalui air kencing
PENYIMPANAN NUTRIEN

-Glukosa yang berlebihan ditukarkan kepada glikogen untuk disimpan.


HATI NORMAL DAN HATI PESAKIT SIROSIS
PROSES ASIMILASI DALAM HATI

ASID AMINO GLUKOSA


-Hati mensintesis protein plasma dan enzim Glukosa dalam hati digunakan untuk respirasi sel
daripada asid amino. mengikut keperluan badan, dan selebihnya
-Asid amino berlebihan tidak boleh disimpan di ditukarkan kepada glikogen dan disimpan di dalam
dalam badan dan akan diuraikan oleh hati melalui hati.
proses pendeaminaan untuk menjadi urea dan -Apabila aras glukosa dalam darah menurun dan
disingkirkan. badan memerlukan tenaga, glikogen ditukar
-Apabila bekalan glukosa tidak mencukupi, hati kepada glukosa.
menukarkan asid amino kepada glukosa. -Apabila simpanan glikogen mencapai tahap
maksimum, glukosa berlebihan ditukar menjadi
lemak.
PENGANGKUTAN NUTRIEN SERTA ASIMILASI
DALAM HATI DAN SEL
PROSES ASIMILASI DALAM SEL

Asid Amino Glukosa Lipid


• Asid amino digunakan untuk • Glukosa dioksidakan melalui • Lipid seperti fosfolipid dan
mensintesis protoplasma baharu respirasi sel untuk kolesterol ialah komponen
dan juga membaiki tisu yang membebaskan tenaga, air dan utama yang membina membran
rosak. karbon dioksida. plasma.
• Asid amino digunakan untuk • Glukosa berlebihan disimpan • Lemak yang berlebihan
sintesis hormon dan enzim. sebagai glikogen dalam otot. disimpan dalam tisu adipos yang
• Tenaga digunakan untuk proses terdapat di bawah kulit sebagai
sel seperti sintesis protein. tenaga simpanan.
• Dalam keadaan kekurangan
glukosa, lemak dioksidakan
untuk membebaskan tenaga.
9.5 PENYAHTINJAAN

FUNGSI USUS BESAR


Selepas penyerapan nutrien di ileum selesai, makanan yang tidak tercerna, sel yang mati, sel
epitelium, serat dan air memasuki usus besar dan bergerak dengan perlahan melalui
tindakan peristalsis. Serat terdiri daripada selulosa dinding sel tumbuhan. Usus besar
menjalankan dua fungsi utama:
• penyerapan air dan vitamin
• pembentukan tinja
PENYERAPAN AIR DAN VITAMIN
Bahan yang diserap ialah
-air dan garam mineral
-hasil sampingan metabolisme sesetengah bakteria, misalnya, vitamin B, K dan asid folik.
PEMBENTUKAN TINJA
-Setelah air diserap, sisa yang tinggal berupa separa pepejal disebut tinja. Tinja mengandungi sel-sel mati
daripada lapisan dalam usus, bahan buangan seperti pigmen hempedu, bakteria dan bahan toksik.
-Dinding usus besar merembeskan mukus untuk melicinkan pergerakan tinja sehingga ke dubur. Tinja
mengambil masa selama 12 hingga 24 jam untuk bergerak sebelum memasuki rektum.
-Tinja akan terus dikumpulkan dalam rektum sehingga tekanan dalam rektum meningkat dan menyebabkan
keinginan untuk menyingkirkan tinja dari badan.
-Otot-otot rektum mengecut untuk mengeluarkan tinja dari dubur. Proses ini disebut penyahtinjaan.
RUJUKAN

• - BUKU TEKS BIOLOGI KSSM , TINGKATAN 4


• - https://ms.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Buku/KSSM/Tingkatan_4/Biologi/Bab_9
• - https://health.kompas.com/read/2020/06/06/080200668/sistem-pencernaan--fungsi-
organ-dan-cara-menj aga-agar-tetap-sehat?page=all

You might also like