Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PENGAJIAN PERNIAGAAN P2

YOU MUST DO IT 4 (04/05/2017)


Bahagian A
[50 markah]

Jawab semua soalan.


a) Terangkan tiga langkah terakhir dalam proses pembentukan pasukan [6]

b) Huraikan dua jenis kuasa yang dimiliki seseorang pemimpin dalam sesebuah organisasi [4]

c) Terangkan dua perbezaan antara pemimpin formal dengan pemimpin tidak formal [6]

d) Terangkan dua elemen atau syarat membuat tawaran . [4]

e) Terangkan dua jenis kontrak yang boleh dimasuki oleh seseorang di bawah usia 18 tahun [4]

f) Berikan empat kebaikan komunikasi lisan secara bersemuka. [4]

g) Huraikan dua kaedah mendengar secara berkesan. [6]

h) Terangkan tiga elemen perundingan antara pengurus kilang keropok dengan pembekal ikan [6]

i) Huraikan maksud pembuatan keputusan secara kualitatif dan pembuatan keputusan secara
kuantitatif. Berikan contoh alat pembuatan keputusan tersebut. [6]

j) Huraikan faktor kecekapan seseorang pengurus terhadap keputusan yang dibuat. [4]

BAHAGIAN B

Jawab satu soalan sahaja, sama ada soalan 3(a) atau soalan 3(b).
3 (a) Jelaskan proses penjabatanan yang perlu diambil oleh pengurus
dalam sesebuah organisasi yang menjalankan perniagaan peruncitan. [20]
ATAU
(b) Dengan bantuan gambarajah yang sesuai, jelaskan bagaimana Analisis Tulang Ikan dapat
membantu syarikat menyelesaikan masalah pengeluaran merosot. [20]

1
Bahagian B[50 markah]
Jawab semua soalan

PENSTRUKTURAN SEMULA SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA


Syarikat Takaful Malaysia tidak menolak kemungkinan penggabungan dan pengambilalihan dengan
syarikat insurans M&A dalam usaha untuk memuktamadkan struktur korporatnya selaras dengan
kehendak di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam(IFSA) 2013. Di dalam sidang media
bersama pemberita akhbar, Pengarah Urusan Syarikat Takaful Malaysia(TM), Datuk Seri Mohammad
Hassan Kamil, menyatakan bahawa TM dalam proses untuk mematuhi IFSA bagi memisahkan
perniagaan insurans nyawa dan insuran am di bawah lesen yang berbeza. Syarikat akan bekerjasama
rapat dengan penggubal undang-undang, pakar runding dan peguam untuk menyempurnakan
peringkat awal struktur korporat perniagaan Takaful Am dan Takaful Keluarga. Rancangan dan
pencapaian yang jelas telah diwujudkan untuk mengasingkan beberapa fungsi perniagaan. Manakala ,
pelaburan di dalam latihan dan pengambilan calon yang sesuai merupakan antara langkah yang akan
diambil oleh syarikat untuk menyokong operasi perniagaan pada masa depan.”Kami akan terus
berkembang menerusi saluran pengedaran kami dengan secara aktif merekrut ejen korporat berbakat
untuk mempromosikan produk TM di samping meluaskan rangkaian produk kami untuk memenuhi
permintaan pasaran”.
“Kami menganggarkan kos operasi akan meningkat selepas pengasingan lesen dan ini akan memberi
impak terhadap pendapatan diperingkat awal”. Walaubagaimanapun, beliau optimis bahawa
perubahan ini akan menyediakan peluang pertumbuhan yang lebih besar dalam jangka masa panjang
dan syarikat akan mampu mengurus tekanan pendapatan dalam jangka pendek melalui pengurusan
perbelanjaan yang aktif dan berdisiplin. Syarikat juga akan terus mengamalkan pengurusan risiko
yang berhemat untuk mengoptimumkan tahap modal berdasarkan modal semasa untuk
memaksimumkan nilai pemegang saham.
Kami juga dalam proses menilai pilihan untuk mengembangkan perniagaan menerusi penggabungan
dan pengambilalihan dengan syarikat insurans M&A dengan mengambilkira strategi pertumbuhan
perniagaan syarikat dan penambahan nilai pemegang saham. Sementara itu, syarikat TM
menjangkakan perniagaan Takaful Keluarga akan terus menjadi penyumbang utama kepada
pendapatan tahun ini meskipun keadaan ekonomi yang mencabar.
Takaful Malaysia telah membangunkan pelbagai portal laman web untuk pelanggan dan rakan kongsi
syarikat. “Fokus kami adalah kearah memanfaatkan saluran digital untuk memastikan produk dan
perkhidmatan kami boleh diakses oleh pelanggan dan rakan-rakan perniagaan syarikat dengan mudah
dan lebih cekap bersaing di pasaran liberal”. Antara portal yang disediakan ialah portal untuk
pelanggan individu, pelanggan organisasi, agen syarikat dan portal untuk pihak bank. Menerusi muka
utama laman Web Takaful Malaysia pelanggan dengan mudah boleh mendapat maklumat melalui
pautan pantas tentang rangkaian Takaful Malaysia, hospital dan klinik panel, kalkulator Takaful
kenderaan, pertanyaan NCD motor, pertanyaan nilai pasaran kenderaan dan pelbagai maklumat yang
berguna kepada pelanggan. Pelanggan juga boleh mendapat sebut harga untuk insurans kenderaan dan
membuat pembaharuan perlindungan insurans secara atas talian. Manakala informasi kewangan
seperti laporan tahunan syarikat juga boleh diakses dan dimuat turun dengan mudah oleh pelabur dan
bakal pelabur syarikat.
( Dipetik dan disesuaikan daripada http://www.takaful-malaysia.com.my yang dicapai pada 23
February 2017, dan The Star 23 January 2017)
Berdasarkan kes di atas:
(a) Terangkan perancangan strategik yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohamad Hassan Kamil untuk
Takaful Malaysia. [8]
2
(b) Jelaskan jenis kemahiran pengurusan Datuk Seri Mohammad Hassan Kamil, sebagai Pengarah
Urusan Syarikat Takaful Malaysia. [16]
(c)Terangkan kepentingan teknologi maklumat dalam perniagaan Takaful Malaysia. [6]

Jawab satu soalan sahaja, sama ada soalan 3(a) atau soalan 3(b).

3 (a) Jelaskan proses penjabatanan yang perlu diambil oleh pengurus


dalam sesebuah organisasi yang menjalankan perniagaan peruncitan. [20]

ATAU

(b) Dengan bantuan gambarajah yang sesuai, jelaskan bagaimana Analisis Tulang Ikan dapat
membantu syarikat menyelesaikan masalah pengeluaran merosot. [20]

You might also like