Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Pendahuluan

Pada tahun 1920-an lagi sudah wujud gerakan komunis di Tanah Melayu.

Lanjutan daripada itu telah tertubuhnya Parti Komunis Malaya (PKM) pada April

1930.1 PKM mengambil pendekatan untuk bergerak melalui cawangan Kuomintang

(KMT), pertubuhan seperti kesatuan sekerja, sekolah dan penerbitan. 2 Di peringkat

awal komunis mengamalkan polisi kesederhanaan di bawah pimpinan Lai Teck

dengan tanggapan bahawa British akan memberi peluang kepada PKM.3 Tambahan

pula PKM telah membantu British mengusir Jepun dari Tanah Melayu namun

sekembali British semula ke Tanah Melayu, British telah menghalang pergerakan

PKM. Justeru pemberontakan bersenjata telah dilakukan oleh pihak komunis setelah

langkah secara perlembagaan tidak diendahkan oleh pihak British. Untuk menangani

masalah komunis di Tanah Melayu menyebabkan kerajaan British melaksanakan

beberapa langkah. Langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan bertujuan untuk

melemahkan komunis, membanteras komunis dan seterusnya memenangi sokongan

orang awam kepada kerajaan. Pihak British telah menyusun strategi ketenteraan dan

mengambil langkah untuk memenangi hati rakyat bagi memudahkan kerajaan British

untuk menghapuskan ancaman komunis.4 Perkara ini dilakukan oleh pihak kerajaan

British kerana untuk menjaga kepentingan mereka di Tanah Melayu. Hal ini demikian

kerana sekiranya British tidak melakukan tindakan untuk membanteras Komunis

lama-kelamaan kepercayaan penduduk terhadap British akan hilang. Beberapa

langkah kerajaan telah dilaksanakan sepanjang tahun 1948 sehingga tahun 1951.

1
Jayakumary Marimuthu, “Zaman Darurat, 1948-1960: Kajian Keadaan Sosioekonomi Di Sungai
Siput (U)” ,Malaysia dari segi Sejarah. Bil. 40. 2012, hlm. 119.
2
Ho Hui Ling, “Kegagalan Gerakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM), 1948-1960: Satu
Analisis”, Malaysia dari segi Sejarah. Bil. 38. 2011, hlm. 79.
3
Jayakumary Marimuthu, “Zaman Darurat, 1948-1960: Kajian Keadaan Sosioekonomi Di Sungai Siput
(U)”, hlm.119.
4
Abd Ghafar Md Ali, “Darurat (1948-1960) di Melaka”, Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah, Universiti
Malaya, 2007, hlm. 107.

1
Pengisytiharan Undang-undang darurat

Langkah pertama yang diambil oleh kerajaan British di Tanah Melayu dalam

usaha menangani masalah komunis ialah melalui pengisytiharan Undang-undang

Darurat. Pada 16 Jun 1948, Sir Edward Gent iaitu Pesuruhjaya Tinggi British di

Tanah Melayu telah mengisytiharkan Undang-undang Darurat.5 Pengisytiharan

Undang-undang Darurat berikutan pembunuhan tiga peladang Eropah oleh komunis.

Undang-undang Darurat tersebut meliputi kawasan Ipoh dan Sungai Siput, Perak dan

daerah Kluang, Muar, Kulai dan Pletong di Johor. 6 Keesokannya iaitu 17 Jun 1948,

Undang-undang Darurat dilanjutkan meliputi keseluruhan negeri Perak dan Johor.

Pada 18 Jun 1948, pengisytiharan Darurat telah diperluaskan ke seluruh Tanah

Melayu. Pengisytiharan Darurat memberi kuasa yang luas kepada kerajaan untuk

mengenakan hukuman berat kepada mereka yang membantu komunis, termasuk

hukuman mati kepada mereka yang didapati memiliki senjata api. 7 Undang-undang

Darurat yang dikuatkuasakan masih tidak boleh menghalang pihak komunis, PKM

tetap melakukan kekejaman terhadap penduduk seperti melakukan pembunuhan.

Namun disebalik perkara tersebut, telah menyebabkan penduduk di Tanah Melayu

mulai bangkit dan membenci tindakan yang dilakukan oleh pihak PKM.8 Langkah-

langkah pengisytiharan Undang-undang Darurat ini mendapat maklum balas positif

daripada penduduk di Tanah Melayu yang menyokong pelaksanaan undang-undang

oleh Kerajaan British untuk membanteras masalah komunis.

Mengharamkan PKM

5
Osman Mamat, Darurat di Terengganu 1948-1960:Beberapa aspek sosial dan ekonomi, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, hlm. 1.
6
Ho Hui Ling, Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Penerbitan
Universiti Malaya, 2004, hlm. 15.
7
Ibid.
8
Ho Hui Ling, “Kegagalan Gerakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM), 1948-1960: Satu
Analisis”, hlm. 88.

2
Kerajaan British turut menngharamkan PKM sebagai satu langkah untuk

menangani masalah komunis di Tanah Melayu. Perjanjian antara Raja-raja Melayu

dengan Kerajaan British telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 untuk

mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.9 Sekitar tahun 1945

sehingga Julai 1948 PKM merupakan sebuah pertubuhan politik yang dibenarkan

menurut Undang-undang, namun kegiatan yang dijalankan oleh PKM sebahagian

besar bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.10 Maka pada

23 Julai 1948, Kerajaan Tanah Melayu dan Singapura telah mengharamkan Parti

Komunis Malaya (PKM).11 Kegagalan PKM dalam mencapai objektifnya

menggunakan kaedah perlembagaan menyebabkan PKM mengunakan kekerasan

seperti melakukan sabotaj terhadap ekonomi Tanah Melayu. Pihak komunis melihat

bahawa cara untuk menjatuhkan British ialah dengan menjatuhkan ekonomi di Tanah

Melayu. Tindakan Kerajaan British mengharamkan PKM diambil kerana PKM telah

mendatangkan masalah kepada kerajaan. Gerakan parti politik berhaluan kiri turut

diharamkan seperti MPAJESCA, NDYL, PETA, API, AWAS, PKMM yang

bergabung dengan PUTERA serta Indian New Democratic Youth League. 12 Ramai

pemimpin gerakan kiri telah ditangkap seperti Ahmad Boestaman dan Abdullah CD.

PKM seterusnya di bawah pimpinan Chin Peng bergantung sepenuhnya kepada

perjuangan bersenjata untuk mencapai cita-cita politik PKM. Bermulalah episod

penggunaan strategi yang lebih keras dan kejam seperti gerakan bersenjata yang

digunakan secara meluas dalam perjuangan PKM.

Pengenalan pendaftaran kebangsaan dan Kad pengenalan

9
Nurul Huda Muda, “Darurat: Implikasinya Terhadap Kemasyarakatan dan Ekonomi di Tanah
Melayu”, JEBAT. Bil. 2, 1972/1973, hlm 73.
10
Osman Mamat, Darurat di Terengganu 1948-1960:Beberapa aspek sosial dan ekonomi, hlm. 1.
11
Ho Hui Ling, Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu, hlm. 17.
12
Ibid.

3
Selain itu, langkah yang turut diambil oleh pihak kerajaan ialah dengan

pengenalan pendaftaran kebangsaan dan kad pengenalan. Pada 4 Julai 1948, Alec

Newboult iaitu Pemangku Pesuruhjaya Tinggi British membuat keputusan untuk

melaksanakan pengenalan pendaftaran kebangsaan dan kad pengenalan. Langkah

tersebut berkuatkuasa pada 23 Julai 1948 atas cadangan Dr. Ong Chong Keng.

Tujuan pengenalan pendaftaran kebangsaan dan kad pengenalan ini untuk menolong

polis dan tentera membezakan penduduk yang mematuhi undang-undang dengan

penduduk yang melakukan huru-hara.13 Setiap lelaki, perempuan dan kanak-kanak

berumur 12 tahun ke atas hendaklah memiliki kad pengenalan yang mengandungi

maklumat seperti cop ibu jari, foto, nama pemilik, bangsa, bahasa atau dialek, tempat

lahir, pekerjaan, tempat tinggal.14 Kad pengenalan hendaklah dibawa ke mana sahaja

untuk diperiksa oleh pegawai keselamatan. 28 Februari 1949 kesemua negeri di

Persekutuan Tanah Melayu telah melengkapi pendaftaran kecuali Pahang dan

Terengganu. Langkah ini telah menampakkan kesan positif dalam menyekat

kebebasan pergerakan komunis kerana sukar untuk melepasi pemeriksaan jalan, dan

kenderaan yang sering diadakan oleh pasukan keselamatan. Kesan pelaksanaan

langkah ini menyebabkan maklumat dan makanan sukar disalurkan kepada komunis

kerana penyokong komunis tidak sewenang-wenangnya untuk bergerak bebas

membawa barangan yang diperlukan oleh pihak komunis. Pergerakan komunis turut

tersekat dan sekiranya mereka mengambil keputusan keluar dari tempat

persembunyian, identiti mereka mudah diketahui oleh pihak berkuasa lantaran

ketiadaan kad pengenalan untuk membuktikan identiti mereka.

Kawalan sempadan Tanah Melayu-Thailand

13
Ho Hui Ling, “Kegagalan Gerakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM), 1948-1960: Satu
Analisis”, hlm. 88.
14
Ho Hui Ling, “Sir Henry Gurney dan Langkah-Langkah Pembanterasan Komunis Di Tanah Melayu,
1948-1951”, Malaysia dari segi Sejarah. Bil. 39. 2011, hlm. 136.

4
Dalam usaha untuk menangani masalah komunis di Tanah Melayu, kerajaan telah

mewujudkan kawalan di sempadan Tanah Melayu-Thailand. Langkah mengawal

pergerakan orang dan makanan di kawasan sempadan juga diberi perhatian. Kerajaan

menyedari kegiatan komunis sukar dibanteras disebabkan komunis mendapat bantuan

makanan yang diseludup keluar dari kampung dan kota di sekitar sempadan Tanah

Melayu-Thailand.15 Di kawasan sempadan Tanah Melayu-Thailand terdapat hampir

empat juta orang Cina yang sesetengahnya bersimpati dengan perjuangan PKM,

malahan ada yang mudah terpengaruh akibat diugut komunis. Hutan di kawasan

sempadan Thailand juga dijadikan sebagai kawasan untuk melatih ahli-ahli baru

PKM.16 Pada 5 Januari 1949, satu perbincangan pertahanan diadakan di Songkhla

Thailand berkenaan kerjasama mengawal kawasan sempadan.17 Sebuah Pasukan

Polis Sempadan dibentuk dengan matlamat utama penubuhan iaitu untuk

mengelakkan komunis melarikan diri dari buruan polis dengan merentasi sempadan

negara dan membolehkan maklumat tentang anggota komunis yang dikehendaki

diperolehi dengan segera.18 Polis sempadan diberi tugasan membuat rondaan,

memburu komunis, menghalang aktiviti penyeludupan dan mengawal aktiviti keluar

masuk penduduk di sempadan. Pada 1 September 1949, perjanjian sempadan polis

Tanah Melayu Thailand telah dimanterai. Melalui perjanjian tersebut memberi

kebenaran untuk pihak polis peronda untuk menyeberang sempadan negara tetapi

dengan syarat bahawa pihak polis peronda diiringi oleh polis dari negara jiran.

Mereka dibenarkan berada dalam 10 hingga 30 batu dari kawasan sempadan. Kesan

kepada pelaksanaan kawalan sempadan Tanah melayu-Thailand ialah dapat

memelihara keamanan di kawasan sempadan.

15
Ibid., hlm. 140.
16
Ibid.
17
Ibid.
18
Ibid.

5
Jawatankuasa Setinggan

Kerajaan British telah melaksanakan Jawatankuasa Setinggan untuk menangani

masalah komunis di Tanah Melayu. Pada tahun 1948, Gurney membentuk sebuah

Jawatankuasa Setinggan untuk mengkaji masalah yang dihadapi penduduk di pinggir

hutan yang terdedah kepada pengaruh komunis. Bilangan setinggan Cina di Tanah

Melayu seramai 400,000 pada tahun 1945.19 Penubuhan Jawatankuasa Setinggan

bermula di negeri Perak seterusnya Selangor kemudian diikuti negeri-negeri lain

untuk memindahkan setinggan Cina ke kawasan yang lebih selamat. 20 British bimbang

peningkatan bilangan setinggan Cina dan kekurangan kawalan terhadap golongan ini

akan menjadi sumber kekuatan PKM kerana setinggan Cina menjadi sasaran utama

PKM.21 Lantaran kedudukan strategik golongan ini dipinggir bandar dan hutan

memudahkan pergerakan PKM dalam kalangan setinggan Cina. Jawatankuasa

Setinggan dibawah pimpinan Alec Newboult telah menyiapkan tugas dalam masa dua

bulan dan menyerahkan laporan pada pertengahan Februari 1949. Lima cadangan

utama ialah menempatkan semula penduduk setinggan dalam kawasan petempatan

terkawal. Kedua ialah penduduk setinggan yang menduduki kawasan yang selamat

daripada pengganas komunis harus diberi hak pemilikan tanah secara sah. Ketiga iaitu

penghantaran balik mereka yang bahaya dan tidak bekerjasama. Keempat untuk

mengetatkan kawalan pentadbiran dan kelima ialah mengusir setinggan secara

undang-undang. Kesan pelaksanaan pemindahan setinggan ini mengakibatkan pihak

komunis terputus hubungan dengan pesimpati komunis yang selama ini memberi

bantuan makanan, maklumat, dan ubat-ubatan.

Tawaran menyerah diri


19
Wong Siew Kuon, Masalah-masalah setinggan Cina di Daerah Ulu Langat, Selangor pada masa
darurat 1948-1960, Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 1999, hlm. 21.
20
Ibid., hlm. 34.
21
Ibid., hlm. 20.

6
Inisiatif lain yang diambil oleh pihak kerajaan British untuk menangani masalah

komunis di Tanah Melayu ialah dengan melakukan tawaran menyerah diri. Pada 6

September 1949, Sir Henry Gurney mengumumkan tawaran menyerah diri.22

Pengumuman oleh Sir Henry Gurney semasa sidang akhbar dengan editor dari semua

akhbar dari Tanah Melayu dan Singapura. Tawaran menyerah diri mendapat publisiti

hebat di dalam surat khabar pelbagai bahasa dan risalah yang diedarkan oleh kerajaan.

Kira-kira sejuta keping risalah pelbagai bahasa iaitu dalam bahasa Melayu, Jawi,

Cina, Tamil, Inggeris telah dicetak dan disebarkan di 50 kawasan yang merupakan

pusat pergerakan komunis.23 Pengedaran risalah tersebut bertujuan untuk

memaklumkan kepada pihak komunis bahawa undang-undang telah dipinda dan

membenarkan komunis menyerah diri.24 Namun tawaran menyerah diri tersebut

adalah untuk anggota PKM yang tidak melakukan jenayah serius dengan jaminan

bahawa mereka tidak akan dikenakan hukuman mati sekiranya menyerah diri kepada

pihak berkuasa. Kesan pelaksanaan tawaran menyerah diri ini apabila seramai 116

penganas komunis menyerah diri antara September hingga Disember 1949. Pada

tahun 1950 angka komunis yang menyerah diri mencapai 337 orang. Keberkesanan

langkah ini apabila berlaku peningkatan jumlah komunis yang menyerah diri.

Anggota komunis yang menyerah diri ini turut membantu pihak British apabila

terdapat segelintir daripada mereka kembali ke hutan untuk memujuk rakan-rakan

yang masih berada dalam PKM untuk menyerah diri.

Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat

22
Ho Hui Ling, “Sir Henry Gurney dan Langkah-Langkah Pembanterasan Komunis Di Tanah Melayu,
1948-1951”, hlm. 144 .
23
Ibid.
24
Ibid.

7
Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat dilaksanakan sebagai usaha menangani

komunis di Tanah Melayu. 22 Disember 1949 dalam Majlis Perundangan

Persekutuan, Henry Gurney mengisytiharkan Kempen tersebut kerana kerajaan

melihat bahawa dalam usaha menamatkan darurat di Tanah Melayu. 25 Kempen ini

mendapat sokongan daripada pemimpin seperti Tan Chen Lock dan E.E.C

Thurasingam, malahan mendapat publisiti yang meluas melalui radio malaya, surat

khabar dan risalah-risalah kerajaan. Kempen ini merupakan satu gerakan sukarela

dimana orang ramai dari seluruh lapisan masyarakat boleh menjalankan kegiatan

untuk bekerjasama secara langsung dalam usaha untuk membantu kerajaan

menentang penjahat, khususnya menjadi sukarelawan biasa ataupun Home Guard. 26

Antara tugas yang dilakukan oleh sukarelawan seperti mengendalikan pusat kawalan,

mengadakan sekatan jalan raya, pemeriksaan kad pengenalan dan rondaan bersama

pasukan polis. Selain itu, sukarelawan ini membantu kerajaan dalam menyebarkan

risalah dan poster antikomunis, melakukan banci penduduk di kawasan setinggan dan

mengambil bahagian membersihkan belukar di tepi jalan yang sering menjadi tempat

persembunyian komunis. Pelancaran kempen pada 27 Februari 1950 seramai 364,322

orang sukarelawan daripada pelbagai kaum mendaftarkan diri dan sedia berkhidmat.

Apabila pendaftaran ditutup pada 15 Mac 1950, berlaku peningkatan iaitu seramai

435,905 mendaftarkan diri terdiri dari lelaki dan wanita daripada pelbagai sektor sama

golongan profesional, buruh, peniaga, pelajar, surirumah dan kakitangan awam.

Melalui pelaksanaan Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat, telah mengurangkan

beban tugas anggota polis. Kempen ini juga merupakan sebuah langkah kerajaan

British yang berjaya kerana mendapat sambutan .

Rancangan Briggs
25
Sulaiman Abdul Samad, “Bulan Rakyat Melawan Penjahat” dalam Khoo Kay Kim dan Adnan
Nawang (ed.), Darurat 1948-1960, Kuala Lumpur: Muzium Angkatan Tentera, 1984, hlm. 148.
26
Ibid.

8
Pelaksanaan rancangan Briggs juga merupakan langkah kerajaan untuk menangani

masalah komunis. Gurney mengambil keputusan memindahkan dan menempatkan

semula setinggan yang berselerak di pinggir hutan. Tujuan ialah untuk menjauhkan

penduduk daripada gangguan komunis dan memutuskan hubungan komunis dengan

pembekal makanan dan maklumat yang kebanyakkan terdiri daripada orang Cina.

Operasi pemindahan dan penempatan semula dimulakan oleh Gurney, kemudian

dikembangkan apabila Harold Briggs dilantik sebagai Pengarah Operasi Darurat pada

April 1950.27 Briggs percaya kunci utama untuk memerangi masalah komunis di

Tanah Melayu bergantung kepada kawalan kawasan setinggan dan penduduk diberi

perlindungan. Bermula 1 Jun 1950, Briggs menempatkan semula penduduk setinggan

di Kampung Baru.28 Untuk memenangi hati penduduk di Kampung Baru maka

kerajaan telah menyediakan kemudahan asas seperti sekolah, bekalan air, elektrik dan

dispensari. Hal ini bertujuan agar penduduk tidak membantu komunis dan

memberikan kerjasama kepada kerajaan British. Disember 1950, 194 kawasan

penempatan semula dibina dengan penduduk berjumlah lebih 290,000 orang. Pada

November 1951, 315 kawasan dibina dengan penduduk 362,000 penduduk.

Rancangan penempatan semula ini memberi kesan yang mendalam terhadap PKM.

Rancangan Brigss merupakan sebuah langkah yang berjaya diambil oleh kerajaan

British dalam menangani masalah komunis di Tanah Melayu. Hal ini kerana kerajaan

British telah berjaya memutuskan hubungan komunis dengan penduduk Tanah

Melayu, tanpa bantuan penduduk Tanah Melayu komunis mengalami masalah

kebuluran, kekurangan ubat-ubatan seterusnya melemahkan kekuatan anggota PKM.

Skim Pendaftaran Rumah

27
Abd Ghafar Md Ali, “Darurat (1948-1960) di Melaka”, Ibid., hlm. 108.
28
Ho Hui Ling, “Darurat Di Tanah Melayu, 1948-1960: Satu Tinjauan Terhadap Masalah dan Langkah
Kerajaan Memenangi Sokongan Penduduk Di Kawasan Penempatan Semula. Malaysia dari segi
Sejarah. Bil. 32, 2004, hlm. 108.

9
Skim Pendaftaran Rumah merupakan antara langkah yang diperkenalkan oleh

kerajaan British dalam usaha menangani komunis di Tanah Melayu pada tahun 1948

hingga tahun 1951. Pada Januari 1950, Briggs telah perkenalkan skim pendaftaran

rumah.29 Melalui Skim Pendaftaran Penduduk ini, penduduk di sesuatu kawasan

hendaklah mendaftarkan diri samaada melalui Ketua Rumah, Ketua Kampung atau

Ketua Kawasan. Ketua di setiap keluarga pula akan mengisi butiran peribadi atau

rekod keluarganya yang mengandungi maklumat seperti nama, butir-butir mereka

yang berumur 12 tahun ke atas.30 Sekiranya seseorang didapati tidak bermalam di

rumah atau tetamu yang datang dan bermalam maka ketua hendaklah merekodkan

nama berserta butiran lengkap.31 Manakala Ketua Kampung diberi kuasa untuk

memasuki mana-mana rumah dan bila-bila masa di kawasan kekuasaannya untuk

menyiasat bilangan anggota yang tinggal di rumah tersebut. Ketua Kampung turut

mempunyai kuasa untuk menangkap sesiapa yang disyaki tidak menurut undang-

undang.32 Kesan pelaksanaan Skim Pendaftaran Rumah ini, sebarang kegiatan yang

mencurigakan dapat disiasat dengan bantuan Ketua Kampung, Ketua Rumah atau

Ketua Kawasan. Bebanan tugasan pihak berkuasa dapat dikurangkan, hal ini demikian

kerana Ketua Kampung lebih mengenali penduduk di sesuatu kawasan tersebut. Maka

sekiranya terdapat sebarang aktiviti yang melibatkan komunis, seperti komunis masuk

ke sesebuah kampung untuk mendapatkan bekalan makanan dan ubat-ubatan. Ketua

kampung dapat mengesan terlebih dahulu sebelum melaporkan kepada pihak

berkuasa. Kerjasama ini secara langsung memudahkan kerja pihak berkuasa.

Home Guard

29
Ho Hui Ling, Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu, hlm. 19.
30
Ibid.
31
Ibid.
32
Ibid.

10
Langkah penubuhan Home Guard dilaksanakan oleh Kerajaan untuk menangani

masalah komunis di Tanah Melayu. Pada September 1950, Brigss memperkenalkan

pasukan Home Guard samaada sukarela dan sambilan. Home Guard ini diperkenalkan

bertujuan untuk mengawal pekan, kampung dan kawasan penempatan semula. Home

Guard yang dibentuk membolehkan penduduk kampung terlibat secara aktif

membantu pasukan keselamatan mengawal dan menjaga kampung mereka daripada

ancaman komunis.33 Home Guard diarahkan agar memberi perhatian dengan orang

asing yang masuk ke kampung atau kawasan tersebut dan hendaklah melaporkan

kepada polis. Selain itu, Home Guard ditugaskan mengatur perkhidmatan kesihatan

di sekolah dan kerja kebajikan di samping turut bertindak menyekat penyaluran

makanan dan ubat-ubatan dari kampung dan kawasan penempatan semula daripada

jatuh ke tangan komunis. Contoh Home Guard telah ditubuhkan di kawasan luar

bandar di daerah Kemaman, Dungun, Ulu Terengganu, Besut dan di daerah Kuala

Terengganu sendiri.34 Kesan penubuhan Home Guard dapat dilihat telah membantu

memulihkan keamanan, menyukarkan komunis untuk memasuki kampung,

meringgankan beban pasukan keselamatan, dan mewujudkan perpaduan dan

kerjasama erat dalam kalangan orang Melayu di kampung-kampung dalam

membanteras komunis. Penyertaan daripada penduduk di Tanah Melayu umpama

sokongan moral terhadap kerajaan untuk terus menjalankan kegiatan dalam

membanteras komunis di Tanah Melayu.35

Manpower Regulation
33
Osman Mamat, Darurat di Terengganu 1948-1960:Beberapa aspek sosial dan ekonomi, hlm. 38.
34
Ibid., hlm. 48.
35
Ibid.

11
Langkah Manpower Regulation turut diperkenalkan oleh Kerajaan British untuk

menangani masalah komunis di Tanah Melayu pada tahun 1948 hingga 1951.

Manpower Regulation diperkenalkan oleh Sir Henry Gurney sebagai satu langkah

kerajaan untuk mempertingkatkan serta menambah kekuatan pertahanan di Tanah

Melayu bagi menangani ancaman komunis.36 Pada Disember 1950, pelaksanaan

Manpower Regulation telah diumumkan oleh Sir Henry Gurney dalam Majlis

Perundangan Persekutuan. Tujuan Manpower Regulation ditubuhkan ialah untuk

menyeru agar semua kaum di Tanah Melayu supaya mengambil bahagian dan

menyertai bahagian perkhidmatan keselamatan. S.W.P Foster Sutton telah dilantik

sebagai Pengarah Tenaga Manusia di Tanah Melayu.37 Beliau mempunyai kuasa

mengarahkan lelaki bujang yang berumur dari 18 tahun hingga 24 tahun untuk

menjalankan perkhidmatan sepenuh masa dalam pasukan polis selama dua tahun atau

sehingga zaman darurat di Tanah Melayu berakhir. Namun Manpower Regulation

tidak berjaya mencapai matlamat pelaksanaannya. Sasaran penyertaan Manpower

Regulation ialah seramai 20,000 orang namun hanya seramai 3,952 orang kerahan

tenaga yang dapat diperolehi.38 Hal ini demikian kerana Manpower Regulation tidak

digemari oleh golongan pemuda Cina. Sehingga kebanyakkan daripada anak-anak

muda berbangsa Cina keluar dari Tanah Melayu supaya dapat mengelakkan diri

daripada menyertai Manpower Regulation.

Kesimpulan

36
Ho Hui Ling, “Sir Henry Gurney dan Langkah-Langkah Pembanterasan Komunis Di Tanah Melayu,
1948-1951”, hlm. 155.
37
Ibid.
38
Ibid.

12
Kesimpulannya, pelbagai langkah telah diperkenalkan dan dilaksanakan oleh

kerajaan sepanjang tahun 1948 hingga 1951 dalam menangani masalah komunis di

Tanah Melayu. Langkah-langkah ini diperkenalkan dibawah pimpinan Pesuruhjaya

Tinggi British seperti Sir Edward Gent, Sir Henry Gurney, Alec Newboult selaku

Pemangku Pesuruhjaya Jaya Tinggi British dan Harold Briggs selaku Pengarah

Operasi Darurat. Langkah-langkah telah yang diambil oleh pihak kerajaan yang

merangkumi langkah dari segi politik, sosial dan ketenteraan bagi membanteras

komunis telah sedikit sebanyak membantu mengurangkan ahli dan kegiatan komunis

di Tanah Melayu. Hal ini demikian kerana menjelang akhir tahun 1950-an, kerajaan

British telah berjaya melemahkan gerakan komunis di seluruh Tanah Melayu.

Pelaksanaan langkah seperti pengisytiharan Undang-undang Darurat, mengharamkan

PKM, pendaftaran kebangsaan dan pengenalan diri, kawalan sempadan Tanah

Melayu-Thailand, Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat, Rancangan Brigss, Skim

Pendaftaran Rumah, Home Guard dan Manpower Regulation telah menyumbang

kepada pengurangan ahli dan kegiatan komunis di Tanah Melayu. Justeru itu, pada 19

April 1960, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah

mengisytiharkan tamatnya darurat dalam majlis pembukaan persidangan Parlimen.

Berkuatkuasa mulai 31 Julai 1960 maka tamat darurat di Tanah Melayu yang telah

berlaku selama 12 tahun bermula pada tahun 1948 sehingga 1960.

Bibliografi

13
Abd Ghafar Md Ali, “Darurat (1948-1960) di Melaka”, Disertasi Sarjana, Jabatan
Sejarah, Universiti Malaya, 2007.

Ho Hui Ling, “Darurat Di Tanah Melayu, 1948-1960: Satu Tinjauan Terhadap


Masalah dan Langkah Kerajaan Memenangi Sokongan Penduduk Di Kawasan
Penempatan Semula. Malaysia dari segi Sejarah. Bil. 32, 2004.

Ho Hui Ling, “Sir Henry Gurney dan Langkah-Langkah Pembanterasan Komunis Di


Tanah Melayu, 1948-1951”, Malaysia dari segi Sejarah. Bil. 39. 2011.

Ho Hui Ling, Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu, Kuala Lumpur:
Penerbitan Universiti Malaya, 2004.

Ho Hui Ling, “Kegagalan Gerakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM), 1948-
1960: Satu Analisis”, Malaysia dari segi Sejarah. Bil. 38. 2011.

Khoo Kay Kim dan Adnan Nawang (ed.), Darurat 1948-1960, Kuala Lumpur:
Muzium Angkatan Tentera, 1984.

Osman Mamat, Darurat di Terengganu 1948-1960:Beberapa aspek sosial dan


ekonomi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981.

Nurul Huda Muda, “Darurat: Implikasinya Terhadap Kemasyarakatan dan Ekonomi


di Tanah Melayu”, JEBAT. Bil. 2, 1972/1973.

Jayakumary Marimuthu, “Zaman Darurat, 1948-1960: Kajian Keadaan Sosioekonomi


Di Sungai Siput (U)” ,Malaysia dari segi Sejarah. Bil. 40. 2012.

Wong Siew Kuon, Masalah-masalah setinggan Cina di Daerah Ulu Langat, Selangor
pada masa darurat 1948-1960, Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal
Asiatic Society, 1999.

14

You might also like