Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Kaedah pembinaan ujian.

Langkah Pembinaan Ujian

Dalam pembinaan ujian, ia memerlukan empat langkah, mengkaji sukatan pelajaran,


menganalisis objektif pengajaran, menentukan jenis soalan, dan menentukan bilangan
soalan. Langkah-langkah adalah seperti berikut.[ CITATION Azm151 \l 17417 ]

Mengkaji Sukatan Pelajaran

Sebelum soalan ujian dibuat, kita perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh
maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan
pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya.
Aspek-aspek yang perlu dikaji adalah seperti berikut:

 Skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk


 Pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk
 Kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain
 Kompleksiti sesuatu tajuk
 Masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.
Menganalisis Objektif Pengajaran

Di samping itu, kita juga perlu mengkaji objektif pengajaran. Objektif ini dianalisis untuk
menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana
ia perlu diuji. Seperti yang kita tahu, aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada
pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya.

Maklumat-maklumat tersebut adalah amat penting kepada penggubal kertas ujian dan
pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina.
Berdasarkan penganalisisan inilah JPU dibina. Lazimnya JPU mengandungi dua paksi utama,
iaitu paksi kandungan dan paksi objektif pengajaran. [ CITATION Azm151 \l 17417 ]

Dua paksi utama tersebut diterangkan di dalam jadual berikut:

Paksi Kandungan Paksi Objektif Pengajaran

A. Kandungan Pengetahuan A. Objektif Kognitif


 Tajuk
 Tajuk kecil
B. Kandungan Kemahiran B. Objektif Psikomotor
 Tajuk
 Tajuk kecil
C. Kandungan Afek/Perasaan C. Objektif Afektif
 Tajuk
 Tajuk kecil

Menentukan Jenis Soalan

Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu menentukan domain
objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif
pengajaran yang ingin diukur. Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk “Struktur ayat” pada peringkat “Aplikasi”, maka jenis
soalan yang sesuai ialah soalan jenis “Objektif” yang berbentuk “melengkapkan ayat” atau
soalan jenis “Subjektif” yang berbentuk “menggubal ayat-ayat [ CITATION Azm151 \l 17417 ]

Menentukan Bilangan Soalan


Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif
pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah
penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Secara
ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian memberi markah
yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan ujian pula
bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur.
Perkara-perkara ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut kemudian. [ CITATION Azm151 \l
17417 ]
KAEDAH SEBENAR

Terdapat lima (5) langkah am pembinaan item ujian, iaitu (1) meyediakan JPU, (2)menulis
item ujian, (3) menyemak item ujian, (4) menilai item ujian, dan (5) membuatkajian rintis
terhadap keseluruhan item.[ CITATION Nor07 \l 17417 ]

1. Menyediakan Jadual Penentuan Ujian (JPU) iaitu mengkaji sukatan pelajaran,


menganalisis objektif pengajaran, menentukan jenis soalan dan menentukan
bilangan soalan.

 Penggubalan kertas ujian hendaklah mematuhi spesifikasi ujian yang


ditetapkan. Pertimbangan perlu dibuat seperti ujian yang dilakukan mewakili
keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin termasuk komponen
Pengetahuan, kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini
adalah untuk memastikan pelajar diuji dengan soalan berkaitan sukatan
pelajaran pengajaran. Penggubalan kertas ujian perlu mengikut pelbagai
proses antaranya penyediaan JPU, membina item ujian, menjalankan ujian
rintis, dan memperhalusi item ujian. Akhirnya, Sebelum ujian, item ujian perlu
dinilai oleh pakar matapelajaran tertentu. Keseluruhan proses ini membantu
memastikan kualiti Item ujian untuk kebolehpercayaan, kesahan dan ukuran
keadilan [CITATION alH80 \n \l 17417 ]

 Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JPU (Test Specification Table) ialah
dua Hala tuju yang menghubungkan matlamat pengajaran dengan kandungan
pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif pengajaran, dan senarai
graf ini menyenaraikan konsep utama yang diajar dan diukur. Oleh itu, JPU
sesuai dijadikan Panduan sukatan pelajaran guru dan matlamat pengajaran
Matlamat yang perlu dicapai oleh pelajar. Dalam pembinaan projek ujian, JPU
akan menjadi panduan guru, supaya projek yang dibina mengandungi semua
kandungan Mengajar dari awal hingga akhir. Oleh itu, JPU perlu dibina
secepat mungkin, sebagai contoh, sebelum kita mula mengajar. [CITATION
Ars11 \n \l 17417 ]
Jadual dibawah menunjukkan contoh JPU yang dibina.

Sukatan Tajuk Obektif Pengajaran Pemberatan


Pelajaran I II III Bilangan Peratus
Soalan
Soalan
M P S M P S M P S

1. Pengenalan 5 33.3
2. Pemahama
n
3. Kegunaan

4. Aras Ukuran Skala 10 66.7


Nominal

Skala
Ordinal

Skala
Sela

Skala
Nisbah

Jumlah Soalan 15 100


Peratusan

Jadual dibawah menunjukkan contoh JSU yang dibina.

Topik Tahap Kognitif


Mengingati Memahami Mengaplikasi Menganalisi Menilai Membina
s
Pentaksiran
Formatif
Pentaksiran
Sumatif
Skala 5 5 5
Pengukuran (1,2,3,4,5) (6,7,8,9,10) (11,12,13,14,15)
Jumlah 5 5 5
Soalan 1, 2, 3, 4, 5 = Isi Tempat Kosong
Soalan 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15 = Aneka Pilihan
Topik Tahap Kognitif
Mengingati Memahami Mengaplikas Menganalisis Menilai Membina
i
Pentaksiran
Formatif
Pentaksiran
Sumatif
Skala 1(ITK) 6(AP) 7(AP) 11(AP)
Pengukura 2(ITK) 8(AP) 9(AP) 12(AP)
n 3(ITK) 10(AP) 13(AP)
4(ITK) 14(AP)
5(ITK) 15(AP)
Jumlah 5 5 5
AP = Aneka Pilihan
ITK = Isi Tempat Kosong

2. Sebaik sahaja menulis JPU. Langkah seterusnya, Menulis item ujian seperti item

beraneka pilihan, item mengisi tempat kosong, item berjawapan pendek, item betul-
salah, item padanan atau item esei. Terdapat beberapa prinsip pembinaan item yang
dijelaskan dalam bahagian berikut.[ CITATION Azm151 \l 17417 ]

 Arahan menjawab bagi setiap soalan hendaklah ringkas dan mudah difahami,
seperti "sila gunakan satu perkataan sahaja untuk mengisi soalan berikut".

 Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas untuk membolehkan pelajar


memahami maklumat dalam soalan dan kehendak soalan.

 Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan


pengetahuan/kemahiran khusus dalam topik pengajaran tertentu.

 Kebiasaannya, kita akan meminta pelajar memberikan jawapan yang "betul",


tetapi kadangkala kita akan meminta mereka memberikan jawapan yang
"salah". Dalam hal ini, arahan hendaklah jelas seperti menggunakan huruf
besar.
 Untuk item yang berkaitan dengan pengiraan atau lukisan, sila nyatakan unit
ukuran dan ketepatan yang diperlukan

3. Selepas semua item ujian siap ditulis, kita perlu menyemak semula item-item
tersebut bagi menentukan perkara-perkara berikut:

 Setiap bahagian soalan ujian dan arahan jawapan bagi setiap soalan adalah
tepat dan mudah difahami.

 Soalan ditulis dalam bahasa yang mudah difahami oleh pelajar, dan
mengandungi maklumat dan keperluan soalan yang jelas dan mencukupi.

 Pembinaan soalan adalah mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan
objektif pengajaran.

 Soalan yang diberikan, terutamanya jenis objek, tidak mengandungi petunjuk


kepada jawapan yang diperlukan

4. Menurut [ CITATION Azm151 \l 17417 ] selepas semua item ujian disemak oleh
pembina/penulisnya, item-item ini perlu disemak dan dinilai oleh pakar mata
pelajaran bagi menentukan perkara-perkara berikut:

 Gunakan arahan dan Bahasa yang mudah difahami pelajar di dalam soalan.

 Kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukup
bagi memudahkan pelajar menjawab.
 Pembinaan soalan adalah mencukupi dan seimbang bagi menilai kandungan
dan objektif pengajaran yang ditetapkan.

 Jawapan yang diberikan dapat mengikut kehendak soalan dan boleh dijawab
pada masa yang ditetapkan.

5. Membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item/kertas ujian yang bermaksud


kajian awal tentang kesesuain item-item kepada pelajar yang setara dari segi
keupayaan dengan pelajar sasaran.[ CITATION Azm151 \l 17417 ] Kajian rintis begini
perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:

 Memastikan soalan mudah difahami dan tiada kesalahan ejaan atau istilah
didalam soalan bagi memudahkan pelajar menjawab

 Kehendak soalan mengandungi maklumat yang cukup dan jelas untuk pelajar
menjawabnya.

 Soalan yang ditulis adalah sepadan dengan kandungan pelajaran dan tidak
ada soalan yang “terkeluar” daripada kandungan yang diajar guru.

 Pelajar boleh menjawab soalan-soalan pada masa yang ditetapkan mengikut


kehendak soalan.
RUJUKAN
al, H. G. (1980). Effects of Item Disclosure on TOEFL Performance. Princeton, NJ.:
ResearchReport No. 8, Educational Testing Service.
Fadzil, A. (20 April 2015). pengukuran dan penilaian dalam pendidikan tajuk 4: pembinaan
item ujian. Open University Malaysia.
fadzil, A. (2015). Pembinaan Item Ujian. Open University Malaysia.
Tahir, N. (2007). Jadual Penentuan Ujian (JPU). perancangan awal pembinaan ujian, 11-15.
Veloo, A. (2011). Journal of Governance and Development vol 7. Keupayaan Teori dan
Pelaksanaan Pentaksiran dalam Pembelajaran, 8-15.

You might also like