Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SULIT*

No. kad pengenalan : ..................................... No. pusat / angka giliran : ..............................

922/2 STPM 2021

KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF


SEMESTER 2

(Dua jam)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
DAERAH MUAR

CADANGAN SKEMA JAWAPAN

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


(MALAYSIAN HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon :

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab tiga daripada enam soalan : satu soalan daripada tiap-tiap soalan Bahagian A,B
dan C.

Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini mengandungi 75 markah.

Kertas soalan ini terdiri daripada 4 halaman bercetak.

STPM 922/1 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan ini tamat. SULIT*

1
Bahagian A : Pembangunan Insan [25 markah]

Jawab satu soalan sahaja.

1. “Jati diri merupakan satu aspek yang terdapat dalam pembangunan insan.” Bincangkan
pernyataan tersebut berdasarkan watak Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dalam
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).
[25]

A: Pendahuluan [3]

1. Jati diri – sifat/ciri-ciri yang unik dan istimewa dari adat, bahasa, budaya, agama dan
sebagainya yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa,
dan identiti.

2. Latar belakang Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir

3. Isi-isi penting

B: Isi [20]

F1 Gigih
C Gigih berniaga sehingga kaya raya

F2 Alim
C Belajar agama dengan Maulana Sadar Jahan

F3 Taat
C Tidak membantah apabila dihukum bunuh

F4 Berwibawa
C Dihormati oleh para pedagang di Melaka

F5 Berani
C Berjuang menentang tentera Peringgi

F6 Patriotik
C Mempertahankan Melaka dari serangan Peringgi

F7 Berilmu
C Belajar ilmu tasawuf dengan Maulana Sadar Jahan

F8 Tabah
C Menerima hukuman bunuh dengan tenang

F9 Pemurah
C Membiarkan anak buahnya memburu kerbaunya

2
F10 Sanggup berkorban
C Berjuang menentang Peringgi

F11- Isi tambahan yang boleh diterima

1 isi = 4 markah (1 markah fakta, 1 markah huraian, 1 markah perbincangan, 1 markah


contoh)
5 isi x 4 markah = 20 markah

C: Penutup [2]
Saranan / cadangan / harapan / rumusan / penilaian

2. “Ilmu berperanan penting dalam kehidupan insan.” Bincangkan pernyataan ini


berdasarkan watak-watak yang terdapat dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur.
[25]

A: Pendahuluan [3]

F1- Ilmu merujuk kepada pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dsb.
F2- Pengetahuan tentang sesuatu bidang / disiplin yang disusun secara bersistem menurut
kaedah tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan / merungkaikan gejala / fenomena
tertentu.
F3- Isi-isi penting.

B: Isi [20]

F1 Ilmu agama berperanan membentuk akhlak dan peribadi insan.


C Lebai Maarup menjadi insan lebih baik apabila belajar ilmu agama di Tanjung Karang

F2 Ilmu pertanian berperanan menjadikan insan petani yang lebih berkemahiran.


C Cik Puan Tipah mengusahakan kebun orkid dengan ilmu pertanian yang dimilikinya.

F3 Ilmu perniagaan berperanan melahirkan insan yang mahir dalam perniagaan.


C Pak Salim mahir berniaga sehingga mampu berniaga kedai runcit dan kedai kopi. Pak
Salim juga dipercayai menjadi bendahari majlis menyambut kedatangan Sultan ke Kg Pulai.

F4 Ilmu perdagangan berperanan melahirkan insan yag berwawasan.


C En Muhammad merupakan pedagang yang berwawasan kerana berupaya menentukan hala
tuju syarikatnya untuk lebih maju dan berkembang. En Muhammad menerima kontrak
membekalkan lada hitam sebanyak 800 – 1000 tan setahun kepada sebuah di Frankfurt ,
Jerman.

F5 Ilmu perlombongan berperanan melahirkan insan yang mahir dan cekap dalam bidang
perlombongan.
C Robert telah dihantar belajar dalam bidang kejuruteraan perlombongan di salah sebuah
universiti di London supaya Robert dapat mengusahakan lombong bijih peninggalan
datuknya di Lembah Tualang.

3
F6 Ilmu politik berperanan membentuk insan yang berpengaruh dan berupaya mempengaruhi
rakyat.
C Yang Berhormat Mohd Yusuf berupaya mempengaruhi rakyat di Kampung Pulai sehingga
beliau dilantik menjadi Wakil Rakyat. Beliau juga berusaha menempatkan penduduk
Kampung Pulai yang tiada tanah supaya berpindah ke tanah rancangan FELDA.

F7 Ilmu pentadbiran / pengurusan berperanan melahirkan insan yang cekap mentadbir /


mengurus.
C En Muhmmad mempunyai ilmu pentadbiran / pengurusan yang baik. Beliau mampu
menjadikan Syarikat Firma Serba Dagang Internasional berdaya saing diperingkat
antarabangsa.

F8 Ilmu pengurusan pejabat berperanan melahirkan insan yang mahir / cekap menguruskan
pejabat
C Mahani memiliki ilmu kesetiausahaan cekap menguruskan pejabat En Muhammad dan
sangat dipercayai oleh majikannya.

1 isi = 4 markah (1 markah fakta, 1 markah huraian, 1 markah perbincangan, 1 markah


contoh)
5 isi x 4 markah = 20 markah

C:Penutup [2]
Saranan / cadangan / harapan / rumusan / penilaian

Bahagian B : Pembangunan Masyarakat[25 markah]

Jawab satu soalan sahaja.

3. Huraikan aspek sosial dalam konteks pembangunan masyarakat yang terdapat dalam novel
Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur.
[25]

A: Pendahuluan [3]

F1 Sosial merangkumi setiap hal yang berkaitan dengan masyarakat seperti sistem sosial,
struktur sosial, mobiliti sosial, bentuk kepercayaan, perhubungan antara anggota masyarakat,
dan stratifikasi sosial.

F2 SBDKL mempersembahkan kisah usahawan Melayu iaitu En Muhammad yang berupaya


memimpin syarikat sehingga berjaya mengembangkan perniagaannya. Kegigihan dan
kredibilitinya memimpin perusahaan membuatkan dia dihormati oleh usahawan bukan
Melayu.

F3 Isi-isi penting

B: Isi [20]

F1 Perpaduan dalam kalangan msayarakat

4
C En Muhammad dan Datuk Tan telah menjalin hubungan kerjasama dalam perniagaan
melalui perkongsian dalam Syarikat Lombong Lembah Tualang.

F2 Susun lapis masyarakat / stratifikasi sosial


C Terdapat 5 lapisan masyarakat iaitu lapisan Raja (Duli Yang Maha Mulia Sultan), golongan
elit / bangsawan / pembesar wilayah , golongan saudagar, golongan professional dan
penduduk kampung / buruh

F3 Mobiliti sosial
C Sudin daripada seorang bujang menjadi suami dan berkeluarga setelah berkahwin dengan
Gayah. Sikap Sudin juga berubah daripada seorang kaji judi kepada seorang yang lebih
bertanggungjawab.

F4 Budaya
C Perkahwinan Sudin dan Gayah menghapuskan permusuhan dan mengukuhkan hubungan
silaturahim yang terputus antara keluarga Penghulu Mahmud dan Imam Saad.

F5 Kepercayaan
C Lebai Maaruf, En Muhammad, Imam Saad dll merupakan masyarakat beragama Islam dan
melaksanakan tanggungjawab sebagai umat Islam.

F6 Teknologi
C Perkembangan teknologi perlombongan bermula dengan kaedah melampam atau
mendulang, kapal korek dan kemudian Robert dijangka memperkenalkan teknologi
perlombongan yang baru kerana beliau belajar Kejuruteraan Lombong di London.

F7 Adat Istiadat
C Adat perkahwinan Sudin dan Gayah. Adat menyambut Duli Yang Maha Mulia ke
Kampung Pulai.

F8 Interaksi sosial
C En Muhammad, Cik Puan Tipah, Datuk Tan, Rahim, Robert dll merupakan anggota
masyarakat yang saling berinteraksi, saling hormat menghormati.

F9 Pendidikan
C En Muhammad, Rahim, Robert, Mahani, Lebai Maaruf. Pendidikan mengubah kehidupan
mereka kea rah lebih baik dan bermakna.

F10 Politik
C Yang Berhormat Mohd Yusof merupakan wakil rakyat yang dipilih dan mempunyai
tanggungjawab terhadap masyarakat.

F11 Kegiatan ekonomi


C Aktiviti ekonomi berniaga, bertani, menternak binatang, melombong dll. Pak Salim, Datuk
Tan, En Muhammad menjalanan kegiatan perniagaan.

F12 Makanan orang Melayu


C Sudin dihidangkan roti canai oleh Mak Minah dengan dalca. Mak Minah memasak gulai
lemak pedas ikan lampam dengan terung telunjuk untuk makan tengah hari. Mahani
membawa bekal nasi lemak ke pejabat.

5
1 isi = 4 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian dikaitkan dengan pembangunan
masyarakat , 1 markah contoh)
5 isi x 4 markah = 20 markah

C:Penutup [2]
Saranan / cadangan / harapan / rumusan / penilaian

4. Berdasarkan susun lapis msyarakat dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur,
huraikan peranan setiap lapisan tersebut dalam konteks pembangunan masyarakat kini.

A: Pendahuluan [3]

F1 Susun lapis masyarakat -lapisan masyarakat yang merujuk kepada struktur sosial. Struktur
sosial atau set sosial iaitu setiap komponen itu berfungsi sehingga membolehkan masyarakat
tersebut terus wujud.

F2 Perbezaan individua tau kelompok masyarakat telah menyebabkan munculnya satu hieraki
yang terdiri dari lapisan atau strata yang berlainan kedudukannya yang disebut stratifikasi
sosial. Stratifikasi sosial melibatkan satu sistem nilai yang dikenakan ke atas sesuatu
masyarakat dan menghasilkan satu hieraki sosial yang menegak sifatnya.

F3 Isi-isi penting

B: Isi [20]

F1 Golongan atasan – Raja (Duli Yang Maha Mulia sultan


C Duli Yang Maha Mulia Sultan ialah raja yang memerintah Lembah Tualang. Baginda
dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat di Lembah Tualang khususnya di Kampung
Pulai seperti En Muhammad, Penghulu Mahmud, Datuk Tan dll.

F2 Golongan menengah – golongan elit/bangsawan, Pembesar Wilayah dan Wakil Rakyat


C Orangkaya Indera Datuk Idris bin Muhammad Saman merupakan pembesar di Wilayah
Tualang dan digantikan oleh Penghulu Mahmud yang merupakan waris sah ke atas jawatan
tersebut.

F3 Golongan menengah – Golongan saudagar


C Penubuhan SLLT oleh En Muhammad meberi peluang pekerjaan kepada penduduk
Kampung Pulai. Sudin sbg Pegawai Perhubungan Raya, Azliah sebagai Penolong Setiausaha.

F4 Golongan menengah – Golongan professional


C Merupakan pentadbir, ahli politik, peguam dll. Lawyer Shahril peguam kepada keluarga En
Muhammad.

F5 Penduduk kampung / buruh – Golongan bawahan


C Pak Salim berniaga kedai runcit. Ali membantu Cik Puan Tipah menjaga lading orkid.

1 isi = 4 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian dikaitkan dengan pembangunan


masyarakat, 1 markah contoh)

6
5 isi x 4 markah = 20 markah

C:Penutup [2]
Saranan / cadangan / harapan / rumusan / penilaian

Bahagian C : Pembangunan Negara [25 markah]

Jawab satu soalan sahaja.

5. Berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) , huraikan kegiatan perdagangan


yang memberi kesan positif terhadap pembangunan negara. [25]

A: Pendahuluan [3]

F1 Perdagangan merujuk kepada perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya


antara negara-negara)

F2 Kegiatan perdagangan mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta melalui proses


penukaran barangan atau jual beli

F3 Isi-isi penting

B: Isi [20]

F1 Kemunculan Melaka sebagai pelabuhan dagang


C Kapal Peringgi berlabuh di pelabuhan Melaka dan kapitan kapal tersebut telah
menghadiahi Bendahara Seri Maharaja rantai emas berpermata.

F2 Perdagangan entrepot
C Melaka didatangi pedagang Arab, Benua Keling, Eropah.

F3 Menjadi tumpuan pedagang asing untuk terus berdagang.


C pedagang dari China, Ryukyu, Arab, Eropah (Peringgi) dan Parsi. Berlaku kesesakan di
bandar Melaka sehingga Tun Hassan terpaksa merentang tali pada waktu-waktu tertentu utk
mengelakkan kesesakan.

F4 Percukaian
C Jawatan Syahbandar diwujudkan bagi memungut cukai dan menguruskan para pedagang di
Melaka spt Raja Mendeliar ialah Syahbandar yang bertanggungjawab ke atas pedagang dari
Benua Keling.

F5 Perkapalan
C Hang Nadim menumpang / menyewa kapal Hang Isap sewaktu beliau hendak ke Benua
Keling membeli kain serasah.

F6 Peranan golongan pemerintah

7
C Kecekapan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir mentadbirmerancakkan kegiatan
perdagangan di Melaka. Kecekapan beliau menjadi sebutan para pedagang yang hendak
berdagang di Melaka.

F7 Penglibatan masyarakat tempatan


C Antara yang terlibat ialah Tun Mutahir, Hang Nadim, Hang Isap. Mereka merupakan
pedagang yang kaya raya melalui kegiatan perdagangan.

F8 Perkhidmatan
C Hang Nadim menyewa kapal Hang Isap untuk ke Benua Keling untuk membeli kain
serasah empat puluh bagai yang dititahkan oleh Sultan Mahmud Syah.

F9 Hubungan Perdagangan Antarabangsa


C Terdapat ramai pedagang dari Arab, India, (Benua Keling) Peringgi dating berdagang ke
Melaka.

1 isi = 4 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian dikaitkan dengan pembangunan negara, 1
markah contoh)
5 isi x 4 markah = 20 markah

C:Penutup [2]
Saranan / cadangan / harapan / rumusan / penilaian

6. Kegiatan pertanian berperanan penting untuk pertumbuhan ekonomu negara. Berdasarkan


teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) , huraikan pernyataan tersebut dalam konteks
pembangunan negara.

A: Pendahuluan [3]
F1 Pertanian ialah perihal Bertani, perusahaan bercucuk tanam. Pertanian terdiri daripada
pertanian sara diri dan pertanian campur.

F2 Kegiatan pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan,


penternakan, perikanan, dan perhutanan.

F3 Isi-isi penting.

B: Isi [20]

F1 Perhumaan / menanam padi huma


C Wan Empuk dan Wan Malini di Bukit Si Guntang, Badang berhuma di Sayung. Hasil
perhumaan Badang menjadikan tuannya kaya dan digelar Orang Kaya Sayung.

F2 Memungut hasil hutan.


C Badang mendapatkan buah kuras yang diidamkan oleh Seri Rakna Wikrama di Sayung.
Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara Paduka Raja menyerang Indera Pura kerana
kekayaan hasil hutannya.

F3 Menangkap ikan

8
C Badang menjalankan aktiviti menangkap ikan dan menjadi kuat kerana memakan muntah
hantu yang memakan ikan-ikannya. Raja Kasim menjadi nelayan setelah dihalau dari istana
Melaka. Baginda menangkap ikan dan menjual hasil tangkapannya kepada orang di atas
kapal yang berlabuh di Melaka.

F4 Berkebun /mengusahakan dusun


C Seri Nara Diraja mempunyai dusun di Melaka. Hang Tuah telah dipasung di dusun Seri
Nara Diraja setelah dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mansur Syah kerana bermukah. Tun
Mamat dikatakan melihat segala jenis buah di Taman Puteri Gunung Ledang dan terdapat
kebun buah-buahan di kaki gunng sebelum sampai ke pondok Puteri Gunung Ledang.
F5 Menternak kerbau
C Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir menternak kerbau berkandang-kandang di Kayu
Ara dan apabila anak cucu tidak mendapat hasil buruan mereka akan “memburu” kerbau
bendahara.

F6 Menyadap kelapa
C Ki Mas Jaya dijadikan anak angkat kepada penyadap kelapa.Baginda berkahwind dengan
Puteri Majapahit iaitu Puteri Awi Kesuma dan dilantik menjadi Betara Majapahit.

1 isi = 4 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian dikaitkan dengan pembangunan negara, 1
markah contoh)
5 isi x 4 markah = 20 markah

C:Penutup [2]
Saranan / cadangan / harapan / rumusan / penilaian

-TAMAT-

You might also like