Peers F5. 1

You might also like

Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 9
PENDIDIKAN KESIHATAN i REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS frre il Menurut WHO 2014, terdapat empat jenis Hak Reproduktif dan Seksual. Nyatakan. STANDARD aa aT) Menyatakan hak kesihatan reproduktif dan seksual. @ Menjelaskan kepentingan mengetahui hak kesihatan reproduktif dan seksual. @ Mengaplikasikan kemahiran kecekapan psikososial dalam menangani isu penafian hak kesihatan reproduktif dan seksual. @ Menjana idea cara menyebar luas maklumat hak kesihatan reproduktif dan seksual yang dapat meningkatkan literasi kesihatan, Menyatakan maksud amang seksual. Mengenal pastitingkah aku amang seksual. Mengaplikasikan kemahiran berkata TIDAK kepada amang seksual. @ Menganalisis kesan kepada mangsa dan pemangsa sekiranya kes amang seksual tidak ditangani. —“Uuan unitini diperkenalkan adalah untuk mendidik murid mengetahul hak kesihatan reproduktif dan seksual untuk mencapai taraf kesihatan optimum, hidup bebas dan selamat. Selain itu, murid diberikan penekanan kemahiran menangani tingkah laku seksual seperti amang seksual, mengatasi masalah penagihan berulang, mengawal ketidakstabilan ‘emosi, Konflik dalam kehidupan berkeluarga, mencegah penyakit jangkitan seksual dan menghindari buli siber. Kemahiran ini penting untuk melahirkan masyarakat yang sihat dari segijasmani, emosi, rohani,intelektual dan sosia (ne) “KPM Hak untuk kesaksamaan gender dan tidak mendiskriminasi Hak untuk bergerak bebas Hak untuk, bebas daripada penyeksaan, kekejaman atau menghukum. Lindungi diri daripada menjadi mangsa Hak Kesihatan Reproduktif dan Seksual serta bebas daripada penyakit yang berkaitan dengan sistem reproduktif. Ini merangkumi keupayaan untuk menjalin kehidupan seksual yang selamat serta bebas membuat pilihan yang bertanggungjawab. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM, 2012), mentakrifkan pendidikan kesihatan reproduktif dan seksual sebagai asas kukuh kepada perkembangan serta pembangunan insan yang sihat, berakhlak mulia dan saling menghormati. Hak untuk pendidikan reproduktifdan seksual adalah seperti yang berikut: Kee reproduktif bermaksud keadaan individu yang sihat fizikal, mental dan sosial Hak untuk pendidikan reproduktif dan seksual Remaja harus dibimbing cara mengamalkan Ot arp ae Pema ek Ce Ue Ue cama Perse eeny Cneicey Se ee us ce Ea merangkumi aspek biologikal, sosiobudaya Cone Mengamalkan tingkah laku yang baik Core Ca Morioka iaeur ecg) ete eal cereat Contoh Hak Kesihatan Reproduktif dan Seksual Pct @ Memberikan hak kepada yang berhak menerimanya serta mengenakan hukuman kepada manusia yang bersalah demi memastikan kita dapat hidup dengan bebas dan selamat. @ Konsep persamaan hak perlu diamalkan dalam kehidupan manusia yang terdiri daripada pelbagai etnik, bangsa dan keturunan. @ ‘Kita berhak untuk hidup aman damai dan bergerak bebas. @ Wanita dan lelaki diberi peluang yang sama untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara. © Lelaki dan wanita mempunyai hak yang sama berdasarkan kelayakan akademik, kemahiran dan kebolehan mereka untuk meningkatkan sumbangan kepada ekonomi negara. @ Wanita hari ini diberi peluang menceburkan diri dalam pelbagai bidang seperti korporat, keusahawanan, kejuruteraan dan pertahanan setaraf dengan kaum lelaki. Pee ue u natu © Seorang pesalah perlu dijatuhi hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan mengikut lunas undang-undang. © Dari segi agama dan kepercayaan, setiap kaum berhak untuk mengamalkan cara hidup masing-masing, berdasarkan peraturan yang ditetapkan. Mereka tidak dibenarkan melakukan sebarang bentuk penyeksaan, kekejaman atau menghukum sesuatu kaum hanya kerana perbezaan bangsa, budaya atau warna kulit. ay KPM Kepentingan Mengetahui Hak Kesihatan Reproduktif dan Seksu: Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization), istilah remaja ditafsirkan sebagai seseorang yang berada dalam lingkungan umur di antara 10 hingga 19 tahun. Peringkat mur ini, seseorang individu melalui masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa yang penuh dengan cabaran fizikal, mental dan sosial. Golongan remaja perlu mengetahui kepentingan hak kesihatan reproduktif dan seksual mereka dengan sebaik-baiknya sebelum menempuh alam dewasa. Antara hak kesihatan reproduktif dan seksual_yang perlu diketahui remaja ialah: Hak daripada Perspektif Individu © Remaja perlu melindungi diri mereka daripada menjadi mangsa penderaan seksual. Mereka perlu thu batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan. © Remaja perlu menjadi individu yang berpengetahuan tentang reproduktif dan seksual. © Remaja berhak mendapatkan maklumat dan perkhidmatan kesihatan untuk meningkatkan tahap kesihatan, Hak daripada Perspektif Keluarga @ Remaja berhak mendapat bimbingan daripada ibu bapa dalam kesihatan reproduktif mereka @ Remaja perlu diberikan pengetahuan tentang sentuhan selamat dan tidak selamat. © Remaja perlu lebih terbuka untuk berkongsi masalah dengan e keluarga. Nil murni dari agama perlu diterapkan sejak awal secara berterusan. Hak daripada Perspektif Masyarakat © Remaja perlu dilindungi daripada terjebak dalam gejala sosial. © Golongan remaja perlu mendapat bimbingan masyarakat tentang kesan dan akibat daripada gejala sosial yang mudah mempengaruhi diri mereka @ Remaja perlu peka dengan situasi yang berlaku di sekeliling mereka. @ Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada remaja dan keluarga dengan tujuan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. WCE ne ee Ue ma acc imi scelel tha dan Seksual dari Sudut Kecekapan Psikososial Setiap murid berhak mengetahui cara menangani isu penafian hak kesihatan reproduktif dan seksual dari sudut psikososial. Bagi menangani masalah ini, mereka disarankan menggunakan Pendekatan 4M (Nazri, 2018) yang diterapkan oleh kumpulan pakar psikologi dan kaunselor seperti yang berikut: 4 Ibu bapa harus bersedia mendengar dan membimbing remaja berhubung dengan kesihatan reproduktif seperti hak diri, penganiayaan dan penyakit berkaitan. @ Remaja perlu dilindungi daripada menjadi mangsa e penderaan seksual dan keganasan. Remaja diajar untuk mengenali sentuhan selamat dan | tidak selamat serta berkata TIDAK tethadap perkara yang melanggar hak mereka. Remaja boleh mengesan tingkah laku buruk pemangsa serta mengetahui batas dalam pergaulan. Remaja bertindak melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat kehadiran individu yang mencurigakan Coat ag f Dalam usaha melindungi bayi yang tidak berdosa, beberapa pusat perlindungan serta khidmat kaunseling disediakan seperti: + Raudatul Sakinah + Rumah Perlindungan Remaja + Pusat Kebajikan Masyarakat (Sumber: Harian Metro, 2019) Pusat perlindungan ini bukan bermakna kerajaan menggalakkan penganiayaan_ golongan remaja tetapi lebih kepada merawat remaja berkenaan di samping membendung masalah sosial KM cme eal it | Hak Kesihatan Reproduktif dan Seksual } Maklumat mengenai hak kesihatan reproduktif dan seksual boleh diperoleh melalui aplikasi teknologi maklumat. Maklumat yang diterima haruslah tepat dan daripada sumber yang dipercayai, Berikut kaedah yang difkirkan bernas untuk penyebaran maklumat berhubung hak kesihatan reproduktif dan seksual: 0d Pendidikan formal > Maklumat boleh didapati melalui bahan bacaan. > Murid boleh memperoleh maklumat yang tepat dan sahih daripada guru menerus! mata pelajaran Penc an Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral. > Memberikan ruang kepada murid untuk bersoal jawab secara terbuka dan berhemah. eg Pendidikan tidak formal > Ibu dan bapa berperanan penting menjadi suri teladan, > Masyarakat menjadi agen sosilisas ke arah mendidik remaja tentang hak reproduktifdan seksual. Program kesedaran (Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), 3 Kerajaan, Non-Government Organizations (NGO)) > Sebaran maklumat menerusi kempen kesihatan, program kemasyarakatan dan poster tentang hak kesthatan reproduktif dan seksual. 8 Perbincangan dengan rakan > Maklumat-maklumat boleh disampaikan melalui perbincangan bersama-sama rakan yang boleh dipercayai. > Remaja boleh berkongsi maklumat dengan rakan tentang hak kesihatan reproduktif dan seksual dan masalah dalam kalangan mereka. Qs) > Maklumat lebih cepat sampai melalui aplikasi seperti instagram, twitter, wechatt, whatsapp, telegram ddan facebook. > Remaja harus bijak menilai segala dapatan maklumat sebelum mengamalkan serta menyebarluaskan maklumat tersebut. > Pastikan maklumat tersebut didapati daripada sumber yang boleh dipercayai seperti aman ‘web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan sumber jumal akademik yang lain. | Amang Seksual dan Tingkah Laku Amang Seksual ‘Amang seksual bermaksud serangan seksual yang berlaku secara fizikal atau bukan fizikal seperti melakukan apa-apa perbuatan lain yang melibatkan kontak fizikal dengan seseorang kanak-kanak walaupun tanpa persetubuhan. Menurut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(b) Undang- undang Malaysia Akta 792 Bahagian iv Akta Kesalahan -kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, menyatakan apa-apa perbuatan menyentuh bahagian seksual mangsa ataupun mangsa dipaksa melakukan sebaliknya terhadap pelaku dianggap amang seksual (Wahab, 2018). Bentuk Tingkah ec) Gangguan secara Kata-kata gurauan, usikan, bunyian dan soalan yang lisan berbentuk cadangan seksual. Pandangan atau kerlingan yang mempunyai niat atau Gangguan bukan keinginan, menjilat bibir, memegang atau memakan lisan/ bahasa tubuh makanan dengan cara menggoda atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks. Gangguan Menunjukkan bahan lucah, melukis gambar lucah dan visual menulis surat berunsur seksual. Mengulangi jemputan, merayu atau ajakan sosial seperti keluar berjalan yang telah ditolak sebelumnya secara berterusan. Gangguan psikologi Pe CUE abet ag Sentuhan yang tidak diingini seperti memegang tangan Gangguan mangsa secara paksaan, menyentuh bahagian lain tubuh fizikal mangsa, menyentuh alat seksual mangsa dan memeluk mangsa secara paksa. @ Sentiasa berada di tempat yang terbuka serta dapat dilihat oleh orang lain | 8 Jauhkan dir jika mengesyaki sesuatu yang tidak baik akan berlaku , 8 ‘Menolak pelawaan untuk berdua-duaan oO Menjerit sekuat hati apabila diri berada dalam bahaya 8 Sentiasa berasa curiga terhadap orang lain walaupun ada pertalian kekeluargaan ene ECO car cum ea penjara, denda atau sebatan. Renee Eom cnet ce assy Neen rescue coe ec oa Keluarga pemangsa akan dipulaukan oleh masyarakat Pecan Cena CORE WS Mec Geyer

You might also like