Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

TUGASAN 1:

MINI KAJIAN INKUIRI NARATIF (30%)

TAJUK:

MASALAH PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI


KALANGAN MURID KAUM KENYAH DI SK LONG
APU, BARAM, SARAWAK.

NAMA PENSYARAH: DR. WAN MUNA RUZZANA

DISEDIAKAN OLEH:
STANLEY AKIN AK MISSION
P.112286

1
ABSTRAK
Murid – murid di Sekolah Kebangsaan Long Apu, Miri, Sarawak menutur bahasa Kenyah
sebagai bahasa natif. Bahasa Melayu hanya digunakan sebagai bahasa kedua di dalam bilik
darjah iaitu semasa waktu persekolahan. Kajian ini dijalankan dalam bentuk kajian inkuiri
naratif untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi dalam literasi Bahasa Melayu dan punca
masalah ini berlaku. Sampel kajian terdiri daripada 15 orang murid tahap dua berbangsa
Kenyah di Sekolah Kebangsaan Long Apu dan dua orang guru Bahasa Melayu. Kajian ini
menggunakan kaedah inkuiri naratif di samping reka bentuk kajian ialah kaedah kualitatif
melalui temu bual sebagai metod kajian. Kajian mendapati bahawa antara masalah utama
yang dihadapi dalam literasi Bahasa Melayu mempunyai rapat dengan isu budaya.

Kata Kunci: Pengajaran dan pembelajaran murid Kenyah, Bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua, budaya, inkuiri naratif.

ABSTRACT
Pupils at Sekolah Kebangsaan Long Apu, Miri, Sarawak speak Kenyah as their native
language. Bahasa Melayu is only used as a second language in the classroom during school
hours. This study was conducted in the form of a narrative inquiry study to identify the
problems encountered in Malay literacy and the causes of these problems. The study sample
consisted of 15 Kenyah level two students at Sekolah Kebangsaan Long Apu and two
teachers who are teaching Bahasa Melayu. This study uses narrative inquiry method in
addition to the study design is a qualitative method through interviews as a research method.
The study found that among the main problems faced in Bahasa Melayu literacy have close
to cultural issues.

Keywords: Teaching and learning of Kenyah students, Malay as a second language, culture,
narrative inquiry.

2
PENGENALAN
Dasar bahasa pendidikan ialah dasar yang dipegang dalam menggunakan bahasa sebagai
bahasa pengantar di sekolah. Dasar bahasa am ialah dasar yang secara tidak rasmi diterima
oleh kerajaan mengenai penggunaan bahasa dalam perdagangan, perhubungan rakyat dan
dalam hubungan dengan orang-orang luar, badan-badan atau negara-negara luar
(Asmah,1985:23).  Prinsip asas pembuatan keputusan masih berfokuskan kepada pembinaan
bangsa. Apa-apa pun yang diputuskan di peringkat kerajaan, termasuklah bahasa, 
memberikan kesan kepada perkembangan pembinaan bangsa.
Dalam hal ini, sekiranya tidak ada apa-apa polisi juga merupakan satu polisi kerajaan 
itu sendiri. Kerajaan haruslah memberikan  perhatian kepada bahasa. Bahasa merupakan
komponen yang penting dalam mendefinisikan identiti atau jati diri bangsa.  Malah kita
dapati banyak negara-negara bekas Kesatuan Soviet berusaha untuk mengekalkan bahasa
ibunda mereka bagi menjaga kepentingan hak minoriti. Bahasa juga merupakan konsep yang
penting bagi menjaga kepentingan masyarakat  asli.   Perjanjian Rom memberikan hak
kepada orang-orang Eropah bertutur dalam bahasa ibunda dalam urusan seharian mereka.  
Perancangan taraf Bahasa Melayu telah memberikan tiga aspek penting kepada
Bahasa Melayu, iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa
pendidikan. Taraf Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan menyediakan ruang
yang cukup luas untuk Bahasa Melayu berkembang sebagai bahasa ilmu. 
Pendidikan literasi bahasa, khususnya Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran utama
yang diajarkan di sekolah seluruh Malaysia perlu dimantapkan lagi bersesuaian dengan
kedudukannya sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara (Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan). Kejayaan mendaulatkan Bahasa Melayu bersesuaian dengan
kedudukannya perlu diusahakan semua pihak di seluruh negara secara berterusan. Sekolah
dan guru mata pelajaran Bahasa Melayu mempunyai tanggungjawab besar bagi memastikan
semua pelajar berkemampuan menguasai kemahiran literasi Bahasa Melayu seawal tahap satu
di sekolah rendah. Ini selaras dengan matlamat kerajaan menjadikan Bahasa Melayu sebagai
bahasa perpaduan dan bahasa pengantar utama negara (Laporan Jawatankuasa Pelajaran,
1956).
Penguasaan literasi Bahasa Melayu amat berkait rapat dengan fungsi Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu dalam sistem pendidikan di Malaysia. Bahasa
Melayu menjadi bahasa perhubungan dan bahasa pengantar dalam mata pelajaran yang
diajarkan di sekolah dan sebagai satu daripada mata pelajaran utama dalam sistem pendidikan

3
negara sejak lebih setengah abad. Dalam menongkah arus cabaran globalisasi, guru perlu
bersedia memantapkan lagi pedagogi literasi bahasa Melayu dan melakukan satu transformasi
bagi menyesuaikannya dengan keperluan semasa dalam pelbagai bidang ilmu (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2010).

PERNYATAAN MASALAH
Pengaruh bahasa pertama dalam mempelajari bahasa Melayu akan mengakibatkan pelbagai
masalah dalam sistem bahasa. Menurut Abdul (1990), pelajar-pelajar yang menggunakan
bahasa Melayu akan melakukan kesalahan bahasa, terutama aspek morfologi, sintaksis,
mekanis dan lain-lain dalam bahasa tersebut. Disebabkan oleh penerimaan dan penguasaan
bahasa pertama wujud terlebih dahulu sebelum bahasa kedua, maka pengaruh dalam bahasa
pertama akan menjadi masalah kepada pemerolehan bahasa kedua. Hal ini menjadi lebih
sukar sekiranya pelajar yang mempelajari bahasa Melayu bukanlah daripada golongan
penutur bahasa Melayu.
Sekiranya pelajar yang bukan golongan penutur bahasa Melayu mempelajari bahasa
Melayu, maka bahasa Melayu ini akan menjadi bahasa kedua mereka. Disebabkan itu, maka
pelbagai masalah terutama berkaitan sistem bahasa sering kali terjadi semasa proses
pembelajaran bahasa Melayu. Masalah-masalah ini sekaligus akan memberikan kesan kepada
proses penguasaan dan pemerolehan bahasa. Menurut Abdullah (1996), dalam mempelajari
bahasa Melayu, pelajar Melayu dan bukan Melayu mungkin dipengaruhi oleh dialek atau
bahasa ibunda mereka. Hal ini dapat dikaitkan dengan masalah dalam bidang fonologi,
morfologi dan sintaksis bahasa yang boleh mengalami percampuran dengan bahasa pertama
atau pun dialek pelajar. Kesannya,akan berlaku percampuran dari segi kod, nahu, sebutan dan
sebagainya.
Kebanyakkan pelajar juga tidak menyedari masalah kesilapan disebabkan
percampuran ini.Justeru itu, kesilapan-kesilapan sebegini seringkali berulang dan akhirnya
dianggap sebagai perkara yang betul. Proses mempelajari bahasa kedua biasanya akan
diselang dengan bahasa pertama. Pelajar yang mempelajari bahasa kedua akan menggunakan
sistem dalam bahasa pertama sebagai rujukan untuk mempelajari bahasa kedua. Disebabkan
itu, maka masalah pemindahan bahasa sering kali berlaku dalam proses pembelajaran bahasa
kedua. Menurut Nur Hayati (2000), bahasa pertama dianggap sebagai faktor utama atau
mungkin faktor tunggal yang menyebabkan gangguan dalam pembelaajran bahasa kedua.

4
Proses pemindahan bahasa selalunya memberikan kesan terhadap proses pembelajaran
bahasa kedua.
Antara kesan dan masalah yang sering berlaku semasa proses pemindahan bahasa
adalah seperti masalah gangguan bahasa, gangguan peralihan kod, gangguan bahasa pasar,
gangguan persekitaran dan gangguan dialek. Kesemua masalah gangguan dalam pemindahan
bahasa ini akan mempengaruhi pertuturan, pembacaan dan penulisan pelajar. Pemindahan
bahasa semasa proses mempelajari bahasa kedua perlu dipandang serius bagi mengelakkan
kesalahan bahasa kerap terjadi. Kesalahan dan kesilapan bahasa juga kerap terjadi akibat
masalah intralingual pelajar. Menurut Soh Bee Kwee (2001), kebiasaannya pelajar
melakukan kesilapan akibat kesukaran yang dihadapi dalam pembelajaran bahasa kedua,
bukan disebabkan gangguan bahasa pertama. Justeru itu, terdapat pelbagai faktor yang
mendorong kesukaran dalam mempelaajri bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam
kalangan pelajar bukan penutur jati bahasa Melayu. Dalam membentuk kemahiran dan
penghayatan terhadap penggunaan bahasa Melayu, proses pembelajaran di dalam bilik darjah
adalah penting. Hal ini adalah kerana, kemahiran dalam memahami dan menggunakan bahasa
Melayu bermula dari peringkat sekolah lagi.
Pengetahuan yang telah diperoleh semasa proses pengajaran dan pembelajaran perlu
diaplikasikan bukan sahaja di dalam bilik darjah bahkan juga di luar sesi persekolahan.
Melalui amalan pembudayaan yang berterusan, barulah proses penerimaan sesuatu bahasa
dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Namun, disebabkan oleh perbezaan golongan
penutur, proses pembelajaran bahasa Melayu menjadi agak rumit dan membimbangkan. Hal
ini kerana, pelajar yang bukan dalam kalangan penutur jati bahasa Melayu dilihat
menghadapi pelbagai masalah dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
Kebanyakkan pelajar yang bukan Melayu atau pun dalam kalangan pelajar berbangsa lain
lebih gemar menggunakan bahasa ibunda mereka berbanding bahasa Melayu. Kecenderungan
mereka bukan sahaja tertumpu dalam komunikasi sesama mereka sahaja sebaliknya keadaan
tersebut juga berlaku dalam kelas bahasa Melayu walaupun pelbagai cara telah dilaksanakan
untuk menggalakkan pelajar menggunakan bahasa Melayu, (Zamri Mahamod dan Zarina
Othman, 2001).

5
PERSOALAN KAJIAN
Dalam kajian ini, pengkaji menyatakan terdapat dua persoalan utama kajian. Persoalan dalam
kajian ini ialah :
1. Apakah Masalah Pembelajaran Bahasa Melayu di Kalangan Murid Kaum Kenyah.
2. Apakah Punca – punca yang Mengakibatkan Masalah – masalah Pembelajaran Tersebut.

METODOLOGI KAJIAN
Pengkaji menggunakan kaedah inkuiri naratif dengan melakukan pemerhatian terhadap
aktiviti pengajaran Bahasa Melayu di kalangan murid Kenyah oleh dua orang guru Bahasa
Melayu. Selain itu, temu bual juga dijalankan. Kajian Inkuiri Naratif merupakan salah satu
kaedah Kualitatif yang digunakan pakai oleh penyelidikan pada hari ini.

Kajian Kualitatif
Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif berbentuk kajian kes. Menurut Burn (1995),
Merriam (1998) dan Yin (1995), pengunaan reka bentuk penyelidikan kajian kes
menggunakan data kualitatif amat sesuai apabila sesuatu kajian melibatkan pemerhatian
seseorang individu atau unit, satu kumpulan manusia, keluarga, satu kelas, sekolah, satu
masyarakat, peristiwa atau budaya. Beberapa orang penyelidik pula telah menekankan
kebaikan kajian kes. Merriam (1998) menyatakan kajian kes digunakan untuk meningkatkan
kefahaman yang mendalam tentang subjek yang dikaji, berfokus kepada aspek proses
berbanding output, dan mementingkan penemuan bukannya pengesahan sesuatu teori atau
dapatan. Menurut Yin (1998) pula, kajian kes adalah berkaitan dengan strategi penyelidikan
yang berfokus kepada persoalan ‘siapa’, ‘mengapa’ atau ‘apakah’. Ini bermakna kajian kes
membolehkan penyelidikan yang menyeluruh atau holistik bagi mengetahui ciri-ciri dalam
sesuatu peristiwa atau kehidupan sebenar. Untuk mendapatkan gambaran yang lengkap,
sesuatu kajian kes mesti mengumpulkan data dari berbagai-bagai sumber bagi membolehkan
kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu penyelidikan (Burn, 1995). Sampel kajian ini
ialah dua orang guru dan 15 orang tahap dua di Sekolah Kebangsaan Long Apu, Baram.

Kaedah Temu Bual Sebagai Instrumen Kajian

6
Terdapat beberapa jenis instrumen digunakan untuk mengumpulkan maklumat dalam
penyelidikan ini. Satu daripada instrumen yang mempunyai kaitan dengan kaedah kualitatif
ini adalah menggunakan teknik temu bual. Patton (1980) menyatakan terdapat tiga jenis
teknik temu bual iaitu temu bual formal, temu bual tidak formal dan temu bual terbuka.
Fontana dan Fey (1994) dan Meriam (1998) juga menyatakan terdapat tiga jenis temu bual
iaitu temu bual berstruktur, temu bual separa berstruktur dan temu bual tidak berstruktur.
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan temu bual separa berstruktur kerana ia bersifat
fleksibel dan keadaan ini membolehkan responden menghuraikan apa yang difikirkannya
sesuai kepada penyelidik Teknik temu bual dalam kajian ini melibatkan dua orang bahasa
Melayu Sekolah Kebangsaan Long Apu dan akan dianalisis untuk mengetahui masalah utama
yang dihadapi dalam literasi Bahasa Melayu. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini
ialah protokol temu bual berdasarkan konsep triangulasi. Tujuan temu bual ini adalah untuk
mengenal pasti dengan lebih mendalam tentang masalah utama murid-murid Kenyah dalam
pengajaran Bahasa Melayu.

Prosedur dan Langkah-langkah Pengumpulan Data


Bahagian ini akan menerangkan beberapa prosedur yang dilakukan untuk merancang dan
melaksnakan proses pengumpulan data. Oleh kerana proses pengumpulan data adalah rumit,
ianya harus dirancang dan dijalankan dengan teliti. Dalam penyelidikan ini, penyelidik akan
bekerja bersama-sama dengan guru-guru yang dipilih sebagai sampel. Sesi temu bual
dimulakan dengan mengajukan soalan-soalan asas berbentuk umum dan mudah dan
kemudian menjurus kepada yang lebih berfokus. Sesi ini dijalankan bertujuan untuk
mendapatkan penjelasan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid kenyah dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu.

DAPATAN KAJIAN
Masalah utama murid Kenyah dalam Pembelajaran Bahasa Melayu.
Kesemua responden bersetuju bahawa murid Kenyah majoritinya menghadapi banyak
masalah dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Antara beberapa masalah yang dihadapi dalam
pembelajaran Bahasa Melayu ialah masalah membaca. Masalah utama yang berkaitan dengan
masalah membaca ialah seperti berikut :
1. Seramai dua sehingga empat orang murid tidak boleh membaca dengan lancar daripada
15 orang murid yang menjadi sampel kajian.

7
2. Murid kurang memahami ayat majmuk.
3. Murid kurang menguasai kosa kata bahasa Melayu yang mudah.

Dari segi kemahiran menulis pula, dapatan menunjukkan bahawa hanya sebahagian murid
sahaja yang boleh membuat ayat menggunakan perbendaharaan kata yang mudah. Ayat yang
digunakan terlalu banyak kesalahan kosa kata. Terdapat penggunaan terjemahan bahasa
ibunda seperti “ Cikgu, pensel saya sudah putus” (Putus dalam bahasa Kenyah ; putun. Yang
bermaksud terpisah dua) Di samping itu, dalam penulisan yang dihasilkan hanya
menggunakan kosa kata yang bersifat mudah dan banyak menerapkan bahasa ibunda.

Budaya Pembelajaran
Melalui temu bual yang dijalankan mendapati murid-murid Kenyah tidak terdedah dengan
budaya pembelajaran yang konsisten. Proses pembelajaran mereka hanya berlaku apabila
mereka datang ke sekolah. Apabila mereka pulang ke rumah, tidak ada motivasi untuk
mereka membuat kerja rumah atau mengulang kaji pelajaran. Ibu bapa tidak banyak
memainkan peranan untuk membantu pembelajaran anak-anak mereka. Lagipun ibu bapa
tidak mempunyai taraf pendidikan yang sempurna.
Kesemua responden juga mengakui bahawa punca banyak berlaku kadar keciciran dalam
kalangan murid Kenyah dalam pembelajaran disebabkan oleh :
1. Tahap sosioekonomi yang rendah.
2. Tahap kesedaran terhadap pendidikan yang rendah.
3. Motivasi yang rendah.
4. Sikap ibu bapa pula tidak memarahi anak-anak yang suka ponteng.
Dapatan temu bual juga menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa faktor
persekitaran serta sosial budaya juga menyebabkan murid Kenyah kurang mengambil berat
tentang kepentingan pelajaran. Selain itu, tahap pemakanan di rumah sedikit sebanyak
mempengaruhi perkembangan mental dan fizikal murid. Diet makanan mereka yang terdapat
di persekitaran mereka sahaja terutama makanan berunsurkan karbohidrat. Keadaan akan
menjadi lebih buruk jika murid ini terdiri daripada golongan kurang berkemampuan atau
miskin. Di sekolah ini tiada kemudahan asrama. Oleh sebab itu, mereka tidak dapat
mengikuti aktiviti pembelajaran dengan berkesan dan mencapai objektif yang maksimum.

8
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk meneroka permasalahan yang dialami oleh murid Kenyah di SK
Long Apu dalam pembelajaran Bahasa Melayu dan melihat sejauh mana faktor sikap, minat
dan motivasi memainkan peranan dalam membantu penerimaan proses pembelajaran bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar bukan penutur jati bahasa Melayu.
Berdasarkan dapatan pemerhatian yang telah dibuat, mendapati bahawa sikap pelajar itu
sendiri yang memainkan peranan dalam menentukan penerimaan terhadap pemerolehan
bahasa kedua. Budaya setempat juga merupakan halangan murid dalam menguasai Bahasa
Melayu.
Hasil dapatan kajian juga menunjukkan bahawa keinginan untuk membaca, menulis
dan bertutur dalam bahasa Melayu sangat penting untuk meningkatkan kemahiran berbahasa
dalam bahasa kedua. Selain itu, minat murid untuk mempelajari bahasa Melayu juga
memainkan peranan dalam membentuk penguasaan bahasa kedua.Hasil dapatan kajian
melalui instrumen temu bual menunjukkan bahawa faktor minat dapat mempengaruhi aspek
kemahiran berbahasa dalam bahasa kedua. Antara elemen yang diteroka adalah seperti
kesungguhan, minat dan tumpuan yang diberikan oleh murid terhadap proses pembelajaran
bahasa Melayu. Melalui dapatan kajian menunjukkan bahawa murid yang menunjukkan
minat, kesungguhan dan dapat memberikan tumpuan akan membantu meningkatkan
kemahiran berbahasa dalam bahasa kedua.
Selain itu, faktor-faktor seperti perasaan suka, tertarik hati dan kesungguhan
menyiapkan tugasan juga boleh membuktikan minat seseorang terhadap perkara yang
dipelajari. Justeru itu, aspek minat juga dapat membantu meningkatkan kemahiran berbahasa
sekaligus membantu proses pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua murid.
Demikian juga dengan faktor motivasi yang ada dalam diri murid.Faktor motivasi ini
diterokai dengan menggunakan instrumen soal selidik. Hasil dapatan kajian menunjukkan
bahawa kebanyakkan murid yang mempunyai keinginan dalam mempelajari bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua menunjukkan ciri-ciri motivasi yang tinggi terhadap proses
pembelajaran bahasa Melayu.

9
KESIMPULAN
Kajian ini memberikan pengkaji banyak maklumat mengenai budaya dan cara berfikir murid-
murid Kenyah dan kaedah pengajaran seta pembelajaran yang sesuai untuk mereka terutama
dalam pembelajaran Bahasa Melayu.
Kajian ini dapat melihat sejauh mana penguasaan murid Kenyah dalam pendidikan
terutama dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, bahasa
utama yang diangkat sebagai medium penyampaian ilmu adalah bahasa kebangsaan iaitu
bahasa Melayu. Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dalam pelbagai perkara meliputi
aspek pendidikan.Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan membolehkan pelajar
yang menutur dan menggunakan bahasa Melayu dengan baik untuk menguasai pelbagai
bidang ilmu. Kebolehan untuk menguasai bahasa Melayu dapat membantu meningkatkan
budaya ilmu di samping berkebolehan untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Selain
itu, kebanyakkan penutur bahasa Melayu juga menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
pertama mereka. Hal ini sekaligus memberi kelebihan kepada penutur bahasa Melayu untuk
menguasai bidang ilmu dengan lebih baik.
Bagi murid Kenyah, aktiviti pembelajaran Bahasa Melayu dilihat sebagai satu aktiviti
pembelajaran asas yang kurang mendapat tempat. Mereka lebih mengeruni mata pelajaran
yang lain. Oleh yang demikian, guru – guru berperanan penting dalam mendidik murid –
murid untuk menanam minat dalam pembelajaran bahasa Melayu.
Penguasaan kemahiran berbahasa dalam bahasa kedua banyak bergantung kepada
kesediaan murid itu sendiri untuk menerima dan mempelajari bahasa Melayu. Kesediaan
murid merangkumi bagaimana seseorang murid itu menanamkan minat terhadap
pembelajaran bahasa kedua. Selain itu, setiap murid juga seharusnya memiliki sikap yang
positif terhadap bahasa yang dipelajari. Aspek motivasi juga memainkan peranan dalam
membantu meningkatkan keupayaan mempelajari bahasa kedua. Melalui ketiga-tiga aspek
ini, barulah proses mempelajari bahasa kedua dapat berjalan dengan baik seterusnya berupaya
membantu meningkatkan penguasaan berbahasa seseorang murid.

10
RUJUKAN
Abd.Rahim Abd.Rashid. 2003. Keanekabahasaan dalam era globalisasi. Dewan Bahasa.
Oktober.
Abdullah Hassan. 1996. Isu-isu pembelajaran dan pengajaran bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Abdullah Musa. 2004. Sikap dan motivasi pelajar Dusun terhadap pembelajaran bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Kertas Projek Sarjana Pendidikan.
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ajid Che Kob. 1990. Kajian sosiolinguistik bahasa Melayu: Satu tinjauan. Jurnal Dewan
Bahasa, 34 (12): 919- 923.
Azhar Md Adnan. (1998). Faktor-faktor yang menyumbangkan kebolehan membaca kanak-
kanak tahun satu di sekolah-sekolah rendah luar bandar di Daerah Miri, Sarawak.
Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Farid M. Onn & Ajid Che Kob. 1981. Pengaruh bahasa ibunda dalam proses pembelajaran
bahasa Melayu di kalangan pelajar Melayu. Bangi: Penerbitan Fakulti Sains
Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nurahimah Yusoff, Mustapa Kassim, Nuraini Yusof, Abdul Malek Abdul Karim, Mohd Izam
Ghazali & Abdull Sukor Shaari (2009). Kajian pendidikan minoriti orang Asli.
Laporan Kajian Geran FRGS. Universiti Utara Malaysia, Sintok.

11

You might also like