Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PROGRAM KACAU DODOL MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

1. TUJUAN

Kertas kerja program kacau dodol ini dibentangkan bagi memohon kelulusan Jawatankuasa
Kewangan dan Perkara Am. Penganjuran program kacau dodol dan edaran kepada warga bandaraya
Johor Bahru adalah acara yang telah diadakan pada 2018 dan 2019 sebelum terhenti akibat pandemik
covid-19 melanda dunia.

2. LATAR BELAKANG

Program Kacau Dodol dan agihan dodol kepada orang ramai sempena Ramadhan dan juga
Aidilfitri yang bakal tiba sudah menjadi satu kemestian di setiap tempat. Dodol yang juga
merupakan salah satu kuih tradisi masyarakat Melayu memerlukan masa yang panjang bagi
penyediaannya. Justeru, penyediaan dodol ini juga sebagai salah satu aktiviti yang sihat di
samping kerjasama yang erat dapat dibentuk dalam kalangan warga kerja Majlis Bandaraya
Johor Bahru.

Pada Ramadhan kali ini, Majlis Bandaraya Johor Bahru bertindak proaktif dengan
mengadakan Program Kacau Dodol dan akan diagihkan kepada seluruh warga Johor Bahru.
Orang ramai boleh mengambil dodol secara konsep ‘drive thru’ yang diadakan di Dataran
Bandaraya Johor Bahru.

2. OBJEKTIF / TUJUAN

2.1 Sebagai amal jariah/sedekah Majlis Bandaraya Johor Bahru kepada orang ramai.

2.3 Sebagai aktiviti di bulan Ramadhan bagi warga kerja Majlis Bandaraya Johor Bahru.

3. TARIKH, MASA DAN TEMPAT (CADANGAN)

3.1 Tarikh : Ahad (24 April 2022 )

Masa : 2.00 petang – 5.00 petang

Tempat : Dataran Bandaraya Johor Bahru

* Waktu penyediaan dan memasak dodol dimulakan pada Jumaat (22 April 2022) jam 10.00
pagi

4. JAWATANKUASA PERSIAPAN

1
(Sebagaimana Senarai Semak Tugas Pada Lampiran 1)

5. ATURCARA PROGRAM

(Sebagaimana Lampiran 2)

6. ANGGARAN KOS

Banner (2 pcs), Backdrop (1 pcs) ,Pelekat = RM 1500.00


Bahan Mentah (keperluan dodol bagi 5,000 pek) = RM 24,000.00
- Bekas Plastik
Makanan
(tengah hari, minum petang, makan malam
dan minum malam)
130 peserta dan petugas = RM 6,000.00

JUMLAH = RM 31,500.00

7. PENUTUP

Program Kacau Dodol ini diharap dapat menjadi program / aktiviti tahunan Majlis Bandaraya
Johor Bahru apabila tibanya Ramadhan disamping menambahkan amalan melalui bersedekah.

8. KELULUSAN

Kertas kerja ini bagi DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN (potong yang mana tidak
berkenaan) oleh Datuk Bandar.

………………………………………………. Tarikh :
(DATO’ HAJI MOHD NOORAZAM BIN DATO’ HAJI OSMAN)
Datuk Bandar,
Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Disediakan oleh :
Bahagian Agenda Tempatan,
Jabatan Pembangunan Masyarakat,
Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Lampiran 1

2
JAWATANKUASA PERSIAPAN/SENARAI SEMAK TUGAS
PROGRAM KACAU DODOL MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

DATARAN BANDARAYA JOHOR BAHRU

BIL PERKARA TINDAKAN JABATAN

1. PERSIAPAN TEMPAT / LOGISTIK Jabatan Pembangunan Masyarakat


 Khemah 20’ x 20’ - secukupnya
 Meja Panjang – secukupnya
 Kerusi PVC – secukupnya
 Bekalan air di kawasan memasak

2 PERSIAPAN PERALATAN DAN BAHAN


Jabatan Pembangunan Masyarakat
MEMASAK
bersama

Jabatan Khidmat Pengurusan


 Periuk, Senduk, Dapur Gas, dan barang keperluan
(Bahagian Pentadbiran/Unit
lain bagi penyediaan dodol
 Bekas plastik, plastik bungkusan Keselamatan)
 Bahan mentah dodol

3. HEBAHAN

Korporat dan Perhubungan Awam

 Membuat promosi/hebahan kepada orang ramai


(warga Johor Bahru khususnya)media sosial
MBJB untuk mengambil dodol di Dataran
Bandaraya pada hari tersebut

4. JURUGAMBAR Unit Korporat & Perhubungan


Awam

 Mengambil gambar sekitar dan sepanjang


program berlangsung

5. BANNER DAN PELEKAT BEKAS DODOL Jabatan Pembangunan Masyarakat

 Membuat tempahan 2 unit banner untuk digantung


 Membuat tempahan pelekat sebanyak 5,000

3
keping

ATUR CARA PROGRAM KACAU DODOL


JUMAAT 22 APRIL 2022
10.00 pagi - Persiapan memasak dodol

2.00 petang - Mula memasak santan

4.30 petang - Minum petang/Solat Asar/Sambung masak

7.00 malam - Makan malam/Solat Maghrib/Sambung masak

10.00 malam - Dodol mula kental/Sambung masak

4
12.00 malam - Dodol masak/proses sejuk dan bungkus

AHAD 24 APRIL 2022

2.00 petang - Ketibaan YB Datuk Bandar

2.05 petang - Edaran Drive-thru di Dataran Bandaraya

4.30 petang - Edaran dijangka tamat

You might also like