Mercy Malaysia

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

MERCY Malaysia

PERSATUAN BANTUAN PERUBATAN MALAYSIA

( MERCY MALAYSIA )

NAMA : NURADILAH BINTI ROSLAND

NO. MATRIK : 1102393

NO. KAD PENGENALAN : 821004-14-6436


MERCY Malaysia

PENGENALAN

MERCY merupakan singkatan bagi ‘Malaysian Medical Relief Society’ ataupun

dalam Bahasa Melayu ialah Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia. MERCY Malaysia

merupakan sebuah pertubuhan bantuan perubatan sukarela, dibawah pertubuhan

badan bukan kerajaan ( NGO ) dan persatuan yang bebas dari politik. Ianya ditubuhkan

di Malaysia pada tahun 1999 berikutan perang di Kosovo.

MERCY Malaysia telah diasaskan pada 16 September 1999 dan telah berdaftar

dibawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dan ditadbir oleh Perlembagaan sedia ada.

Ibu pejabat MERCY Malaysia terletak di Level 2, Podium Block, Citypoint, Kompleks

Dayabumi, Jalan Sultan Hishamuddin, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia.

LATAR BELAKANG

Tan Sri Datuk Dr Jemilah Mahmood merupakan seorang doktor obstektik-

genekologi dan beliau merupakan pengasas kepada Pertubuhan MERCY Malaysia.

Perang Kosovo yang berlaku pada tahun 1999 yang melibatkan pembersihan etnik oleh

puak Serb terhadap penduduk Kosovo telah memberi ilham kepada beliau untuk

memberi perkhidmatan kesihatan percuma kepada mereka. Malangnya pada masa itu

sangat sukar untuk mendapatkan bantuan perubatan, kewangan, pengangkutan dan

tenaga kerja dari pertubuhan sukarela antarabangsa yang sedia ada. Lantaran itu,

beliau dan beberapa rakan yang sejiwa dengan beliau telah menubuhkan Persatuan

Perubatan Malaysia pada Jun 1999. Misi pertama pertubuhan ini ialah menyalurkan

bantuan perubatan ke Kosovo dengan diketuai oleh Datuk Dr Jemilah Mahmood dan

empat orang sukarelawan yang lain.


MERCY Malaysia

Sepanjang dekad yang lalu, organisasi ini telah berkembang pesat dengan

menghantar banyak pasukan-pasukan perubatan ke negara-negara yang ditimpa

bencana dan juga telah banyak menjalankan program-program kemanusiaan di

pelbagai negara. Sebagai sebuah persatuan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan,

MERCY Malaysia sehingga sekarang ini mempunyai lebih 500 orang ahli dan disokong

oleh kira-kira 5,000 sukarelawan berdaftar.

MAKLUMAT KORPORAT

Berikut merupakan organisasi bagi MERCY Malaysia:

Sultan Azlan Muhibbudin Shah iaitu Sultan negeri Perak merupakan penaung

bagi organisasi ini.

 Presiden:Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood.

 Timbalan Presiden I (Perubatan) : Prof. Dr Mohamed Ikram Mohamed Salleh

 Timbalan Presiden II(Bukan Perubatan) :Mohamad Azman Sulaiman

 Setiausaha Agung: Raja Riza Shazmin Bt Raja Badrul Shah

 Penolong Setiausaha : Prof. Dr P Shanmuhasuntharam

 Bendahari :Pubalan Ramachandaran & Kannan Manickam

Ahli jawatan kuasa :Dr. Heng Aik Cheng , Dr Ahmad Faizal Perdaus ,Encik Azman

Zainon Abidin.
MERCY Malaysia

Selaras dengan Akta Pertubuhan, MERCY Malaysia mengemukakan akaunnya

kepada juruaudit luar, menerbitkan laporan tahunannya bagi kajian dan mengadakan

Mesyuarat Agung Tahunan untuk semua ahli pada tiap-tiap tahun.

AKTIVITI TERAS MERCY MALAYSIA

Pertubuhan ini merupakan pertubuhan bukan kerajaan, dan ianya bukan

pertubuhan yang berteraskan keuntungan. Ianya ditubuhkan untuk menyediakan atau

menyalurkan bantuan dan perkhidmatan kemanusiaan tanpa mengira bangsa, agama

dan sempadan.

MERCY Malaysia adalah pertubuhan yang tidak melibatkan keuntungan.

Penubuhannya adalah menumpukan penyediaan bantuan perubatan dan kesihatan

yang berterusan berkaitan pembangunan masyarakat.

Objektif penubuhan MERCY Malaysia adalah untuk memberi bantuan

kemanusiaan dan bantuan khususnya perubatan serta sanitasi air dan program

kebersihan kepada masyarakat sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia.

Melalui pertubuhan ini juga akan dapat mempromosikan semangat muhibbah,

sukarelawan, dan humanitarianism antara ahli-ahli dan sukarelawan tanpa mengira

bangsa, agama dan kepercayaan.

Selain dari itu, objektif penubuhan MERCY Malaysia ialah untuk berhubung

dengan pelbagai organisasi bantuan yang lain sama ada tempatan ataupun
MERCY Malaysia

antarabangsa dan juga agensi-agensi yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan

kepada yang memerlukan.

Selain dari itu, MERCY Malaysia juga berfungsi untuk mendidik orang ramai mengenai

aspek-aspek bantuan kemanusiaan, pengurusan bencana dan pengurangan risiko.

Misi dan nilai-nilai teras semua kakitangan dan sukarelawan adalah untuk

mendukung misi MERCY Malaysia. Semua kakitangan dan sukarelawan perlu

mempunyai nilai-nilai teras dalam melaksanakan tugas, sama ada tugasan di pejabat

ataupun tugasan di mana-mana lokasi yang memerlukan. MERCY Malaysia adalah

organisasi yang menumpukan kepada penyediaan bantuan perubatan, pembangunan

dan aktiviti pengurangan risiko berkaitan kesihatan yang mampan bagi masyarakat

yang terdedah kepada situasi krisis dan tanpa krisis.

Nilai-nilai teras bagi MERCY Malaysia adalah:

Motivasi : kakitangan dan sukarelawan sangat bermotivasi dan bersemangat

untuk mencapai kejayaan

Kecemerlangan : kakitangan dan sukarelawan melakukan perkara yang betul

dengan cara yang betul, bertanggungjawab kepada penerima dan penderma.

Hormat : Semua kakitangan dan sukarelawan perlu menunjukkan kepercayaan

dan rasa hormat dalam semua pergaulan.


MERCY Malaysia

Kerjasama : Bekerjasama dengan rakan-rakan, dan sukarelawan supaya dapat

membina kekuatan kepada diri masing-masing dan meningkatkan keberkesanan

kepada ahli yang memerlukan bantuan.

Sedia untuk Membantu : Setiap kakitangan dan sukarelawan akan berusaha

keras membantu mereka yang memerlukan.

PROGRAM-PROGRAM KEMANUSIAAN YANG DISERTAI MERCY MALAYSIA

Banyak program-program kemanusiaan dan bantuan kecemasan yang telah

disertai Mercy Malaysia. Antaranya ialah ;

1. Misi Bantuan Gaza, Palestin:

Israel melancarkan perang terhadap Hamas di Gaza , Palestin sejak 27

Disember 2008 hingga 20 Januari 2009. Serangan hanya dihentikan apabila

Presiden Amerika Syarikat yang baru, Barack Husssein Obama mengangkat

sumpah pada 20 Januari 2009. Pelbagai kemusnahan akibat bom digugurkan

termasuk sekolah dan penempatan milik PBB.

Pada 25 Januari 2009, Mercy Malaysia menghantar pasukan pakar perubatan

ke-7 ke Semenanjung Gaza .Pemangku Presiden Mercy Malaysia Dr Ahmad

Faizal Perdaus menyatakan infrastruktur dan kemudahan kesihatan di Gaza

mengalami kerosakan teruk. Bekalan perubatan dan ubat-ubatan bernilai

USD400,000 (USD1 = RM3.62) telah dihantar.


MERCY Malaysia

2. Misi Tsunami di Acheh:

Apabila bencana tsunami 2004 berlaku di Aceh, Mercy merupakan pasukan

pertama tiba di sana. Dalam tragedi tersebut, seramai 500 jururawat dan 211

pelajar Unisyiah telah terkorban. Mercy telah mendapat kerjasama daripada

Badan Pemulihan dan Pembinaan Semula (BRR) Indonesia dan penduduk

tempatan.

Mercy juga telah berjaya menyiapkan 16 projek pembangunan bernilai

RM18.5 juta. Antarany ialah;

 Bangunan Program Akademi Jururawat, Fakulti Kedoktoran Universiti Syiah

Kuala (Unisyiah) yang ditaja sepenuhnya oleh Petroliam Nasional Bhd.

(Petronas). Bangunan ini dinamakan Gedung Petronas.

 Rumah anak yatim Kayee Kunyit di Aceh Besar yang ditaja oleh Yayasan

Shamsuddin Abdul Kadir di bawah Kumpulan Sapura.

 Pembinaan semula kem pemindahan dalaman (IDP) Desa Weu Raya; rumah

penempatan semula Desa Seubun Ayun dan rumah utama Desa Weu Raya.

 Menyiapkan Pusat Anak Yatim Daruzzahidin di Kuta Baro, rumah anak yatim

Babun Najah di Ulee Kareng, dan Pusat Anak Yatim Sukamakmur di Sibreh.

 Pembinaan Sekolah Menengah Umum Lhoknga, Akademi Perawat Jabatan

Kesihatan, Akademi Farmasi Dinas Kesihatan, Pusat Kesihatan Masyarakat

Meuraxa dan Pusat Kesihatan Masyarakat Panga, Aceh Jaya.


MERCY Malaysia

3. Misi Bantuan Banjir:

Pada 19 Disember 2006 hingga Januari 2007 , ketika banjir besar melanda

negeri-negeri Johor, Pahang dan Melaka, pihak MERCY Malaysia juga telah

turut sama memberi bantuan kemanusiaan dengan menghulurkan bantuan

perubatan percuma dan bantuan kemanusiaan yang lain. Sukarelawan lain yang

turut membantu ialah Yayasan Salam, Medic Asia, Jabatan Kebajikan

Masyarakat, dan lain-lain.

IMPAK KEPADA MASYARAKAT

Dengan tertubuhnya MERCY Malaysia ini, ianya telah memberi impak yang

besar kepada masyarakat, terutama mengenai nilai-nilai kemanusiaan dan jati diri

setiap masyarakat. Masyarakat kini lebih peka terhadap persekitaran dan kesusahan

yang dihadapi manusia sejagat, dan dengan rasa penuh keinsafan dan keperihatinan

telah bersama-sama membantu meringankan beban yang dihadapi oleh mereka yang

ditimpa kesusahan.

Masyarakat juga telah mempunyai nilai kesedaran terhadap kesusahan orang

lain dan sanggup meluangkan tenaga ataupun wang ringgit untuk bersama-sama

membantu golongan yang memerlukan.

Kita sebagai masyarakat yang prihatin mestilah sentiasa menyokong segala

usaha murni yang dijalankan oleh MERCY Malaysia dengan memberi dan

menghulurkan sumbangan supaya dapat meringankan beban mereka yang

memerlukan.
MERCY Malaysia

IMPAK KEPADA NEGARA

Dengan segala bantuan yang telah disalurkan oleh MERCY Malaysia, ianya

telah memberi impak yang positif terhadap negara. Antaranya dapat mengharumkan

nama Malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa. Malaysia bukan sahaja terkenal

sebagai sebuah negara Islam yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama tetapi

mempuyai rakyat yang suka menghulurkan bantuan kepada negara-negara yang

memerlukan.

Sikap sebegini juga wajarlah dicontohi oleh semua pihak. Bantuan yang

dihulurkan atas dasar kemanusiaan tanpa mengenal bangsa,agama dan warna kulit.

KESIMPULAN

Nilai kemanusiaan perlu ada dalam setiap individu tanpa mengenal agama dan

warna kulit. Dengan adanya badan-badan bukan kerajaan ( NGO ) seperti MERCY

Malaysia dan lain-lain, akan dapat meningkatkan tahap kesedaran dalam diri

warganegara Malaysia yang mana setiap manusia yang mengalami kesusahan perlu di

bantu tanpa mengira agama, bangsa mahupun negara.

Kini kita dapat lihat rakyat Malaysia begitu prihatin terhadap permasalahan

kemanusiaan sama ada yang berlaku di dalam negara mahupun di luar negara. Setiap

kali musibah yang berlaku, ramai rakyat malaysia yang prihatin sanggup menghulurkan

bantuan untuk meringankan beban mangsa yang terlibat.

Masyarakat Malaysia sekarang ini juga sudah mempunyai tahap kesedaran yang

tinggi di dalam bidang kemanusiaan. Ramai yang telah medaftar sebagai sukarelawan,

yang mana kerja ini memerlukan komitmen yang tinggi untuk dilakukan.
MERCY Malaysia

BIBLIOGRAFI

http://www.hati.my/children/mercy-malaysia/

http://www.scribd.com/doc/159157186/Mercy-Malaysia

http://www.mercy.org.my/upload/MM_Constitution_as_of_150308.pdf\

http://www.mercy.org.my/1001270944»Our_Society.aspx

http://ms.wikipedia.org/wiki/MERCY

You might also like