Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA BAGI LAWATAN KERJA YBRS.

DR HAJAH ROZIAH BINTI ABDULLAH PENGARAH


BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2022

1. Memastikan dif-dif kehormat mengambil tempat


2. Tetamu kehormat menandatangani buku lawatan
3.
Indah berbalam si awam petang
Berarak dicelah pepohon ara
Pemanis kalam selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Assalamualaikum dan salam Abc Up Nogori # ambilpedulibinahubungan dan salam sejahtera


saya ucapkan kepada

1) Ybrs.Dr Hajah Roziah Binti Abdullah,Pengarah Bahagian Perancangan Dan


Penyelidikan Dasar Pendidikan,Kementerian Pendidikan Malaysia

2) Yg Dihormati Dr Shahrizal Bin Normawi ,Ketua Unit Hal Ehwal Parlimen,Kementerian


Pendidikan Malaysia

3) Yg Dihormati En Nasran Bin Hj Rusdi,Pegawai Bahagian Perancangan & Penyelidikan


Dasar Pendidikan ,Kementerian Pendidikan Malaysia

4) Yg Dihormati Tn Hj Azmi Bin Basir,Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan


Sekolah,Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

5) Yg Dihormati,En Anuar Bin Nordin,Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor


Perancangan Ppd Jempol&Jelebu

6) Yg Berusaha,Pn Masrawati Binti Md Ali,Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Durian Tipus

7) Dan Dif-Dif Kehormat Yang Saya Hormati Sekalian

4.
Pertama bersyukur kita kehadrat allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya
dapat kita bertemu menjalin silaturahim dalam sesi lawatan kerja yang permai ini.

Indah nian istana bunian,


Cahaya memancar wangian mengharum,
Selamat datang hadirin sekalian,
Ahlan wasahlan wamarhaban bikum

Selamat datang ke Sk Durian Tipus


Warga skdt sangat mengalu-alukan kunjungan Ybrs.Dr Hajah Roziah Binti Abdullah dan
seluruh dif-dif kehormat sekalian

5. Bukan rumput sebarang rumpun


Rumput penghias tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon kata aluan
Oleh pihak majlis menjemput dan mempersilakan guru besar sk durian tipus,pn masrawati
binti md ali untuk menyampaikan kata aluan dan pembentangan laporan banjir baru2 ini…
terima kasih diucapakan kepada pn masrawati diatas ucapan tersebut

Besar langit di tepi busut


Besar tak muat di dalam peti
Besar hajat kami menjemput
Besar niat di dalam hati
Oleh Iti Pihak Majlis Menjemput dan mempersilakan Ybrs.Dr Roziah Binti Abdullah Pengarah
Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk menyampaikan ucapan… terima kasih diucapkan kepada yang berusaha…

6. Hadirin yang dimuliakan,dipersilakan untuk menjamu selera

7. Alhamdulillah,sajian sudah pun dinikmati….


Sidang hadirin yang dimuliakan

Izinkan saya mencelah majlis bagi menjemput Guru Besar Sk Durian Tipus,Pn Masrawati Binti
Md Ali menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan di
persilakan.

8. Terima kasih Pn Masrawati Binti Md Ali

Berkolek perahu hingga ke tanjung


Budi yang baik rasa nak junjung.
Sebelum jarak dan waktu memisahkan kita ,

Kalau ada jarum yang patah


Jangan simpan didalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan didalam hati

Dengan ini saya dan warga SKDT menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada sebarang
kekurangan kata dan kesalahan bahasa sepanjang mengendalikan majlis ini

9. Bagi mengakhiri majlis ini sudilah kiranya Ybrs.Dr melangkah masuk untuk sessi fotografi
di……………………………………dipersilakan dengan segala hormatnya.semoga bertemu di lain
kesempatan,sekian terima kasih…wabillah hitaufik

10
.
1- Ybrs.Dr Hajah Roziah Binti Abdullah,Pengarah Bahagian
Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,Kementerian
Pendidikan Malaysia

2- Yg Dihormati Dr Shahrizal Bin Normawi ,Ketua Unit Hal Ehwal


Parlimen,Kementerian Pendidikan Malaysia

3- Yg Dihormati En Nasran Bin Hj Rusdi,Pegawai Bahagian


Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan ,Kementerian
Pendidikan Malaysia

4- Yg Dihormati Tn Hj Azmi Bin Basir,Timbalan Pengarah Sektor


Pengurusan Sekolah,Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

5- Yg Dihormati,En Anuar Bin Nordin,Timbalan Pegawai


Pendidikan Daerah Sektor Perancangan Ppd Jempol&Jelebu

6- Yg Berusaha,Pn Masrawati Binti Md Ali,Guru Besar,Sekolah


Kebangsaan Durian Tipus

7- Yg Dihormati,Pn Mawar Binti Abu Samah,Penolong Kanan


Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Durian Tipus

8- Yg Dihormati,Pn Norliza Binti Sahlan,Penolong Kanan Hal


Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Durian Tipus

9- Yg Dihormati,En Mohd Salami Bin Ujang,Penolong Kanan Ko-


Kurikulum Sekolah Kebangsaan Durian Tipus

10-Dan Dif-Dif Kehormat Yang Saya Hormati Sekalian

You might also like