Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

ASSIGNMENT C04: STAFF ADMINISTRATION

ASSIGNMENT 1
1. Anda sebagai Eksekutif Sistem Maklumat dikehendaki untuk membuat aktiviti
pengurusan sumber manusia iaitu membuat penawaran pekerjaan kepada
golongan yang tidak bekerja. Aktiviti yang anda jalankan perlulah merujuk kepada
modul yang telah anda pelajari serta mematuhi prosedur yang telah ditetapkan
dalam aktivti pengurusan sumber manusia.

2. Anda dikehendaki mengikut langkah-langkah dan susunan kerja yang sistematik


dan selamat disamping mematuhi langkah-langkah keselamatan yang sesuai
dan menunjukkan sikap serta budaya kerja yang baik semasa anda melakukan
tugasan tersebut.

Langkah1 : Buat iklan jawatan kosong


a) Tentukan serta kenalpasti jenis iklan yang akan dikeluarkan.
b) Kenalpasti kriteria permohonan yang telah ditetapkan oleh syarikat.
c) Keluarkan seminggu lebih awal sebelum proses temuduga dijalankan

Langkah 2 : Buat pemilihan permohonan pekerja


a) Sediakan borang permohonan jawatan kosong

Langkah 3 : Proses temuduga permohonan pekerja

a) Menyediakan tempat temuduga yang akan dijalanakan dan menyediakan


segala peralataan atau kemudahan yang akan digunakan
b) Memilih pegawai yang akan menjalankan sesi temuduga
c) Menjalankan sesi temuduga dengan masa dan waktu yang telah
ditetapkan
d) Membuat belanjawan keseluruhan aktiviti temuduga dan
pengiklanan

Langkah 4 : Buat penilaian kepada calon

a) Buat borang semakkan penilian kepada calon di temuduga

Langkah 5 : Buat surat tawaran pekerja

a) Membuat surat tawaran pekerja kepada pemohon yang layak untuk menjawat
jawatan yang telah diiklankan.

ASSIGNMENT 2
1. Anda dikehendaki melaksanakan tugasan program latihan kepada pekerja baru anda
yang ditetapkan dan perlu mengikut arahan yang telah ditunjukkan dibawah.

a) Poster atau memo pelaksanaan latihan pekerja baru.


b) Pilih tarikh yang sesuai untuk melaksanakan latihan atau program.
c) Atur tempat yang diperlukan dengan kesesuaian latihan atau program.
d) Aturcara pelaksanaan latihan atau program.
e) Maklumkan kepada peserta tentang latihan atau program yang dibuat.
f) Sediakan Rekod latihan atau program.
ASSIGNMENT 3

1. Anda dikehendaki melaksanakan tugasan mengikut kumpulan ditetapkan dan


perlu mengikut arahan yang telah ditunjukkan dibawah.

Langkah 1 : Kenalpasti tujuan laporan


a) Buat borang maklumbalas.
b) Masukkan maklumat yang berkaitan acara/program.
c) Rujuk borang maklumbalas menggunakan “google”.
d) Cetak borang maklumbalas mengikut bilangan peserta.
e) Dapatkan pengesahan borang maklumbalas daripada KetuaJawatankuasa.
f) Borang perlu diedarkan kepada peserta sehari selepas program dijalankan.
g) Buat peratusan dan graf berdasarkan borang maklumbalas.

Langkah 2 : Kenalpasti jenis laporan

a) Laporan minit mesyuarat


b) Laporan berita
c) Laporan pemeriksaan
d) Laporan penyiasatan
e) Laporan kajian
f) Laporan lawatan

Langkah 3 : Buat laporan


a) Buat laporan.
b) Sediakan laporan menggunakan Microsoft Word.
c) Buat laporan mengikut format yang telah ditetapakan.
d) Rujuk kandungan dibawah untuk sediakan laporan:-
i. Muka hadapan
ii. Latar belakang
iii. Huraian Penilaian
iv. Pengenalan
v. Penutup
vi. Gambar
vii. Cadangan
viii. Masalah
ix. Pencapaian aktiviti
e) Lampirakan borang maklumbalas, peratusan dan graf bersama laporan yang
disediakan
f) Cetak dokumen tersebut.

You might also like