Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Kaedah dan cabaran dalam mengurus hubungan etnik

Hubungan etnik yang aman dan harmoni adalah amat penting kepada masyarakat

berbilang etnik dan budaya di negara Malaysia. Terdapat beberapa kaedah yang penting

dalam menguruskan hubungan etnik di negara ini. Kaedah mengurus perhubungan kaum

dalam masyarakat yang pelbagai ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai cara dan aktiviti.

Akan tetapi, dalam usaha untuk mengukuhkan hubungan etnik ini, terdapat juga beberapa

bentuk cabaran yang wujud dan berlaku antara sesama kaum dalam mengusahakan hubungan

etnik yang baik.

Kaedah yang pertama ialah melalui media sosial. Penggunaan internet pada zaman

sekarang adalah sangat meluas dan ianya tiada had pengguna walaupun untuk semua

peringkat umur. Media sosial boleh dijadikan salah satu platform untuk pihak belia atau pihak

yang bertanggungjawab dalam menyebarkan cadangan ataupun usaha-usaha untuk

membuatkan rakyat hidup bersatu padu tidak kira agama dan bangsa. Sebagai contoh, mereka

boleh sertai aktiviti-aktivit yang dianjurkan oleh pihak belia dan daripada sini akan wujud

dan eratnya hubungan silaturahim antara kaum. Selain itu, media sosial juga dapat

memberikan informasi yang berguna dan komprehensif tentang isu-isu terkini. Sebagai

contoh, ramai orang telah menggunakan pelbagai aplikasi yang telah disediakan sebagai

medium untuk menyampaikan info yang penting dan lain lain.

Antara aplikasi yang kerap digunakan pada ketika ini ialah aplikasi Tiktok. Disini kita

boleh mengetahui pelbagai isu semasa, mempelajari ilmu yang baharu dan banyak lagi. Kita

juga boleh mengetahui budaya dan adat setiap kaum melalui aplikasi seperti ini dengan

melihat video yang telah di muat naik oleh pengguna. Dengan itu, kita dapat memahami dan

mengetahui serba sedikit tentang kaum yang lain. Bukan itu sahaja, di situ juga kita boleh

lihat yang segelintir orang ditolong oleh orang sekeliling walaupun mereka berlainan bangsa.
Ianya boleh dijadikan sebagai ikutan ataupun teladan bagi semua masyarakat. Jadi, kita boleh

hapuskan pandangan atau pendapat orang yang masih merasakan wujudnya sifatnya

perkauman di negara kita.

Akan tetapi, terdapat juga beberapa cabaran dan masalah dalam menguruskan

hubungan etnik melalui media sosial. Antaranya ialah penyalahgunaan media sosial. Sebagai

contoh ialah sesetengah masyarakat yang sengaja cuba untuk mempebesarkan isu perkauman

dan keagamaan dan menyebarkan fitnah demi kepuasan diri. Perkara-perkara ini mendorong

untuk berlakunya salah faham dan ianya akan berakhir dengan pertikaman lidah dan

pergaduhan di media sosial.

Bukan itu sahaja, ianya juga boleh membangkitkan rasa marah dan juga rasa benci di

antara setiap golongan rakyat yang berlainan bangsa. Oleh yang sedemikian, suasana aman

dan harmoni terhadap hubungan kesepaduan tidak dapat dikekalkan. Bukan itu sahaja,

terdapat juga individu yang tidak menghormati tentang sensitiviti terhadap bangsa yang lain.

Isu-isu sensitif seperti ini akan dianggap sebagai satu penghinaan atas kepercayaan, agama

dan budaya sesuatu kaum. Kita sepatutnya mengelakkan diri daripada sentuh perkara seperti

ini agar tidak berlakunya perpecahan perpaduan dan akan menjejaskan keharmonian

hubungan etnik yang telah dibina pada sekian lama dalam kalangan masyarakat di negara

kita.

Seterusnya, kita kembali kepada kaedah dan cabaran yang kedua iaitu dalam konteks

pengalaman harian dan jalinan interaksi sosial. Hubungan yang baik dan harmoni itu

terjadinya apabila setiap individu yang berbeza dari segi budaya, agama dan juga bangsa

berhubung dengan rela dan semula jadi tanpa adanya paksaan sesiapa. Ianya terjadi hasil

daripada kita berinteraksi sesama kita pada hidup seharian kita. Dengan adanya suasana

seperti ini, ianya akan menguatkan lagi sesebuah hubungan tersebut. Perkara ini juga boleh
berlaku di mana-mana sahaja seperti di tempat kerja, hidup berjiran dan lain-lain Hal ini juga

memudahkan urusan dan cadangan pihak NGO dalam misi untuk terus mengukuhkan dan

menerapkan hidup dalam bersatu padu di antara pelbagai etnik di Malaysia.

Dengan terjalinnya hubungan yang baik seperti ini, ianya akan memudahkan urusan

hidup kita jika kita ditimpa sebarang musibah ataupun masalah. Sebagai contoh, jika jiran

kita kekurangan sumber makanan, kita sebagai jiran yang prihatin boleh menghulurkan

sedikit bantuan agar meringankan sedikit beban mereka. Dari sini, kita dapat memupuk rasa

kasih sayang dan keakraban sesama kita dengan lebih mendalam lagi. Kita juga akan menjadi

lebih memahami dan peka akan keadaan sekeliling. Bukan itu sahaja, kita juga boleh

mengadakan sesi ziarah-menziarahi pada hari hari yang penting seperti hari perayaan setiap

kaum.

Aktiviti seperti ini membuatkan kita daripada berlainan latar belakang lebih mengenali

tentang adat resam dan budaya yang ada pada setiap kaum. Negara kita hidup dalam suasana

yang bercampur aduk, jadi kita dapat merasa dan menikmati segala jenis kelebihan dan tradisi

di budaya masing masing. Sebagai contoh, kita sebagai orang Islam yang menyambut hari

raya Aidiladha boleh menjemput jiran terdekat untuk sama-sama meraikan hari kebahagiaan

kita. Tetamu yang hadir dari pelbagai jenis bangsa itu boleh menikmati segala juadah

tradisional yang dihidangkan pada hari tersebut.

Akan tetapi, di dalam konteks ini juga telah berlakunya beberapa cabaran ataupun

masalah. Antaranya ialah tidak memahami adat resam dan budaya kaum yang lain.

Kebanyakkan kaum lebih selesa dan selamat untuk hidup disekeliling kaum mereka sendiri

sahaja. Sebagai contoh, orang Melayu, Cina dan India lebih selesa untuk berjiran dengan

kaumnya sendiri walaupun mereka itu bukannya kawan, saudara atau orang yang mereka
kenal. Jika perkara ini terus berlaku, hubungan antara pelbagai kaum tidak akan wujud kerana

tiada interaksi antara satu sama lain.

Kita perlulah ada sifat toleransi agar dapat bertolak ansur dan saling faham memahami

antara satu sama lain agar hidup kita berasa aman dan damai. Jika kita tidak pupuk sifat

tersebut, ianya akan menyebabkan salah faham dan pergaduhan sesama kaum. Sebagai

contoh, kaum-kaum lain perlulah menghormati dan tidak mempertikaikan tentang laungan

azan yang dikumandangkan di surau dan masjid. Semua masyarakat yang hidup dalam

berbilang bangsa perlu memahami mengapa azan itu dilaungkan supaya kita tidak ada rasa

bahawa azan tersebut sebagai satu pencemaran bunyi ataupun menganggu keselesaan masing-

masing. Jika perkara ini terus dipanjangkan, ianya akan menganggu perasaan dan reaksi

kaum Melayu kerana tiada pesafahaman antara kaum yang lain.

Walaupun adanya pelbagai cabaran dan masalah yang berlaku di setiap kelompok

masyarakat kita, kita haruslah menanganinya dengan baik agar masalah ini tidak terus

berlaku. Bukan itu sahaja, pihak yang bertanggungjawab perlu memainkan peranan yang

penting agar masalah ini tidak lagi terjadi dan mereka harus terus mengadakan pelbagai cara

demi memupuk dan mengekalkan hubungan etnik di negara ini.

You might also like