Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

07 Januari 2022

Kepada,
Semua Calon Diploma Pascasiswazah Pendidikan Sesi Pengajian 2021/2022
Universiti Malaya

PELAKSANAAN KURSUS PQI6006 (PENGALAMAN SEKOLAH) DI SEKOLAH MENENGAH


AWAM OLEH PELAJAR DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (DPP) AMBILAN
2021/2022 MULAI 13/14 FEBRUARI 2022 – 03/04 MAC 2022

Untuk makluman, tuan/puan dikehendaki menjalani perlu melaksanakan kursus PQI6006


(Pengalaman Sekolah) di Sekolah Menengah Awam pada semester 1, sesi 2021/2022.
Oleh yang demikian, sukacita pihak fakulti menarik perhatian tuan/puan kepada perkara-perkara
penting seperti berikut:
(1) Tarikh pelaksanaan kursus Pengalaman Sekolah (PS) akan diadakan seperti seperti
berikut:

KUMPULAN SEKOLAH TARIKH


Sekolah Kumpulan A 13 Februari 2022
(Sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) hingga
03 Mac 2022
Sekolah Kumpulan B 14 Februari 2022
(Sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, hingga
Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, WP Kuala
Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya) 04 Mac 2022

(2) Tuan/puan dikehendaki mengenal pasti sendiri sebuah Sekolah Menengah Awam seluruh
negara yang bersesuaian untuk menjalani PS bagi tempoh yang dinyatakan di atas.
(3) Segala kos yang terlibat semasa menjalankan PS adalah tanggungan tuan/puan sendiri.
(4) Tuan/puan dikehendaki membawa surat akuan fakulti bagi mendapatkan persetujuan
awal pihak pentadbiran sekolah untuk menjalani PS di sekolah berkenaan.
(5) Setelah persetujuan awal pihak sekolah/pengetua diperolehi, tuan/puan dikehendaki
mengisi Google Form permohonan Penempatan Guru Pelatih DPPUM untuk menjalani
kursus Pengalaman Sekolah.
(6) Pihak Fakulti akan menguruskan kelulusan dan kebenaran daripada pihak Bahagian KPM
berkaitan dan JPN berdasarkan senarai sekolah yang dipohon oleh tuan/puan. Sebarang
perubahan lokasi sekolah tidak akan dilayan.
(7) Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini boleh disalurkan menerusi emel
dppum@um.edu.my atau telefon 03-79675133 (Cik Norziana) / 03-79675103 (Puan
Eita).
Sekian, terima kasih.

PROF. MADYA DR ZAWAWI ISMAIL


Dekan
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya

You might also like