Ulasan Webinar 1

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

UHIS 1022

FALSAFAH DAN ISU SEMASA

SESI 2020/2021

ULASAN WEBINAR 1

(KERJA KURSUS INDIVIDU)

NAMA: CHUNG JING YI

NO MATRIK: A20ET0055

SEKSYEN: 25

PENSYARAH: DR. SITI NORLINA BINTI MUHAMAD


Webinar Wacana Falsafah Dan Isu Semasa yang dianjurkan oleh Akademi Tamadun Islam,
Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan & Institusi Siswazah Tersedia Kehidupan telah
menerangkan tentang tema ‘Falsafah Sejahtera Era Pandemik Covid -19’. Dato Dr. Mohd Yusof
Bin Othman, Ahli Lembaga Pengarah IKIM serta Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Sanusi,
Pengarah Sejahtera Centre for Sustainability and Humanity Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia merupakan ahli panel bagi webinar ini. Tema utama yang telah dibincangkan ialah
hubungkait antara falsafah sejahtera dengan falsafah pendidikan kebangsaan dan Rukun Negara.
Objektif webinar ini adalah untuk dijadikan satu persediaan fizikal dan mental untuk pelajar
dengan menjelaskan konsep dan ilmu tentang falsafah isu semasa kepada pelajar serta membantu
mereka mengaplikasikan ilmu pengetahuan tentang falsafah dalam kehidupan seharian. Isu-isu
yang telah diutarakan ialah alternatif yang diambil oleh kerajaan untuk mencapai falsafah
sejahtera, peranan pelajar untuk mencapai falsafah sejahtera pada era pandemik Covid-19 ini
serta perbandingan falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah negara lain.

Isu pertama yang dibincangkan ialah cara-cara yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk
mencapai falsafah sejahtera. Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Sanusi menyatakan bahawa dalam
menyediakan silibus subjek falsafah dan isu semasa, Pasukan Pembina Kursus telah mengubal
silibus dan menghasilkan hasil pembelajaran yang telah diutamakan bagi kursus ini. Silibus yang
ditetapkan bukan sahaja bertujuan untuk melahirkan insan yang dapat menghubungkaitkan ilmu
falsafah dengan isu semasa dari perspektif pemikiran yang berbeza malah mereka juga berupaya
untuk membuat analisis terhadap isu semasa yang berlaku d engan membuat perbandingan falsafah
di samping menjalinkan dialog antara budaya. Kekuatan isu ini adalah menjelaskan kepentingan
konsep falsafah serta membantu kita untuk mencari temu titik antara ilmu falsafah dan kehidupan
praktis kita. Hal ini dikatakan demikian kerana, kita sering mengetepikan konsep falsafah dalam
kehidupan apabila kita terlampau ingin untuk mencari kemewahan hidup. Kelemahan isu yang
dibincangkan ialah kekurangan dalam memberikan contoh alternatif yang dilakukan oleh pihak
kerajaan selain daripada pendidikan. Seperti yang dikatakan oleh Dato Dr. Mohd Yusof Bin
Othman, falsafah ialah mencari kebenaran dalam kehidupan dan ilmu falsafah yang telah ditanam
dalam hati kita dapat membantu kita apabila menghadapi cabaran kehidupan.
Kita boleh melihat dengan jelas bahawa dalam menghadapi pandemik Covid -19 ini, betapa
pentingnya ilmu falsafah dalam kehidupan. Contohnya, pelajar perlu menerima cara pembelajaran
yang baru, sektor perniagaan yang mengalami masalah ekonomi juga perlu mengubah cara
berniaga. Sekiranya mereka hanya mempunyai ilmu pengetahuan dalam profesion mereka, mereka
mungkin mudah kehilangan hala tuju. Titus (1959: 8-9) mengemukakan beberapa pengertian
tentang falsafah iaitu sikap tentang hidup dan alam semesta, satu kaedah pemikiran reflektif dan
penyelidikan akliah, satu peringkat (memahami) masalah dan satu peringkat teori atau sistem
fikiran dalam usaha mencari kebenaran. Jelaslah bahawa langkah-langkah yang diambil oleh
kerajaan untuk menerapkan ilmu falsafah kepada rakyat adalah sangat penting dan falsafah ialah
ilmu yang boleh dijadikan sebagai panduan hidup kita.

Isu kedua yang diutarakan ialah peranan pelajar untuk mencapai falsafah sejahtera pada era
pandemik Covid-19 ini. Memetik kata-kata Dato Dr. Mohd Yusof Bin Othman, para pelajar
perlulah melaksanakan tanggungjawab diri sendiri. Perkara ini adalah sangat tepat kerana sebagai
seseorang pelajar, kita perlu memahami tanggungjawab kita supaya kita tidak mudah terpesong
daripada landasan yang betul dan akan sentiasa menjadi seorang insan yang berintegriti.
Kekurangan dalam perbincangan isu ini ialah kurang spesifik apa yang boleh dilakukan oleh
pelajar dalam pandemik ini, namun perbincangan ini telah memberikan banyak huraian yang
mendalam tentang perkara yang akan berlaku sekiranya pelajar tidak menggunakan ilmu
pengetahuan dalam perkara yang baik. Selain itu, maklumat-maklumat yang diterima oleh pelajar
perlu dianalisis dan dicerna supaya ilmu pengetahuan yang kita belajar adalah sahih dan benar.
Bukan itu sahaja, apabila seseorang pelajar sanggup mengutamakan kekeluargaan, kenegaraan dan
menerokai alam sekitar, dia akan dapat mencari nilai diri sendiri dan kebenaran kehidupan. Dengan
menguasai ilmu falsafah, kita dapat membina kemahiran dan kemantapan berfikir serta
memperkenalkan metod berfikir yang sejahtera. Hal ini dapat dilihat apabila individu
menggunakan metod yang sejahtera dalam berfikir, ia akan membawa individu tersebut kepada
penguasaan kemahiran berfikir dan dapat menyelesaikan segala masalah dengan mudah dan tepat.

Isu yang ketiga ialah perbandingan falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah (falsafah
pendidikan Perenialisme) negara lain (Amerika Syarikat). Dari segi konsep falsafah, falsafah
pendidikan kebangsaan merupakan garis panduan untuk semua aktiviti pendidikan di Malaysia.
Falsafah ini juga berhasrat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara." Manakala untuk konsep falsafah pendidikan Perenialisme adalah bertujuan Untuk
menyelamat tamadun manusia daripada kelenyapan, fungsi asas pendidikan hendaklah
mengutamakan perkembangan potensi rasional individu, menolong mereka menemui prinsip-
prinsip mutlak, dan daripada itu, memahami dunia yang sebenar. Walupun kedua-dua falsafah
memberikan konsep yang berbeza, namun falsafah ini tetap bermanfaat kepada rakyat dari segi
sosial, ekonomi dan politik. Falsafah ini digubal berdasarkan perspektif yang berlainan dan
akhirnya menghasilkan falsafah yang boleh dijadikan panduan kehidupan kita. Oleh sebab itu,
falsafah memang sangat penting bagi sesebuah negara dan juga seseorang insan untuk mencapai
sejahtera dalam kehidupan.

Kesimpulannya, saya telah memahami konsep falsafah sejahtera setelah menyertai webinar
ini. Melalui perbincangan webinar, saya juga telah mengetahui kepentingan falsafah dan cara-cara
untuk mengaplikasikan ilmu falsafah dalam kehidupan seharian dan isu-isu semasa. Saya berharap
agar saya dapat mencari keseimbangan dalam kehidupan dan juga mengembalikan konsep falsafah
dalam kreativiti sains dan teknologi.

RUJUKAN

1. Abdul Fatah Hassan. 2001. Pengenalan Falsafah Pendidikan. Bentong: PTS Publication.
2. Ahmad Sunawari Long. 2006. Sejarah Falsafah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia
3. Titus, H. H. 1959. Living issues in philosophy: introductary text book. New York: New
York Pub. Utusan Malaysia. 14 March 2009 & 31 January 2013.
4. Abdul Fatah Hasan. (2007). Mengenal Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
5. Aldous Huxley, (1944), Filsafat Perennial, (di terjemah oleh Ali Noer Zaman), Qalam,
Yogyakarta.

You might also like