5 6172635248719823319

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 80

MODUL

PENINGKATAN PRESTASI
EKONOMI
KERTAS 1

MODUL SEMESTER 1 2021


ULANGAN 1 2020
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

BAB 1 : PENGENALAN
❖ Soalan Esei dan Jawapan
❖ Soalan Kuantitatif dan Jawapan

BAB 2 : PASARAN BARANG dan HARGA


❖ Soalan Esei dan Jawapan
❖ Soalan Kuantitatif dan Jawapan

BAB 3 : TEORI PENGELUARAN dan KOS PENGELUARAN


❖ Soalan Esei dan Jawapan
❖ Soalan Kuantitatif dan Jawapan

BAB 4 : STRUKTUR PASARAN, PENENTUAN HARGA, dan OUTPUT


❖ Soalan Esei dan Jawapan
❖ Soalan Kuantitatif dan Jawapan

BAB 5 : PASARAN FAKTOR dan AGIHAN


❖ Soalan Esei dan Jawapan
❖ Soalan Kuantitatif dan Jawapan

2
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

BAHAGIAN B [ SOALAN ESEI ]

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA EKONOMI

1. (a) Apakah maksud keluk kemungkinan pengeluaran dan nyatakan andaian-andaian untuk
menerbitkan keluk tersebut. [4]

➢ KKP ditakrifkan sebagai satu keluk yang menunjukkan had kuantiti maksimum
kombinasi 2 barangan yang boleh dikeluarkan oleh sesebuah negara apabila semua
faktor pengeluaran digunakan pada tingkat teknologi yang tertentu.

➢ Andaian
• 2 jenis barang dikeluarkan
• faktor pengeluaran yang digunakan tetap
• teknologi yang digunakan tetap.
• Ekonomi mencapai tingkat GTP

(b) Dengan menggunakan keluk kemungkinan pengeluaran, jelaskan konsep kekurangan,


pilihan dan kos lepas [6]

Barang Y (unit)
10 A B
9

7 C F

4 D

E
0 1 2 3 4 Barang X (unit)

➢ Konsep kekurangan ditunjukkan oleh titik di luar keluk kemungkinan pengeluaran,


contoh di titik F iaitu pengeluaran yang tidak dapat dicapai kerana sumber ekonomi tidak
mencukupi.
➢ Kekurangan ini berlaku akibat daripada sumber ekonomi terhad sedangkan kehendak
manusia tidak terhad.
➢ Konsep pilihan ditunjukkan oleh titik-titik kombinasi pengeluaran di sepanjang keluk
kemungkinan pengeluaran iaitu titik A hingga E iaitu jika titik A dipilih ianya bermaksud
hanya mengeluarkan barang Y sahaja. Jika memilih titik C bermaksud memilih untuk
keluarkan 2 barang iaitu barang X dan barang Y.

3
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

➢ Konsep kos lepas ditunjukkan oleh pergerakan titik A ke B , barang X ditambah dari 1 ke
2 unit, barang Y terpaksa dikurangkan dari 10 unit ke 9 unit. Ini bermakna untuk
keluarkan 1 unit barang X terpaksa melepaskan barang Y sebanyak 1 unit.

2. Jelaskan lima alasan mengapa kerajaan perlu campur tangan dalam kegiatan ekonomi. [10]

a. Penyediaan barang awam


➢ Pihak swasta tidak mahu menyediakan barang awam seperti jalan raya kerana tidak
menguntungkan.
➢ Kerajaan akan campurtangan untuk mengeluarkan barang awam demi meningkatkan
kebajikan masyarakat dan pembangunan negara seperti pendidikan dan pertahanan
kerajaan.

b. Agihan pendapatan yang tidak setara


➢ Kerajaan perlu campur tangan bagi memastikan agihan pendapatan dan harta dengan
lebih adil .
➢ Kerajaan campur tangan melalui dasar cukai dan dasar subsidi di mana golongan kaya
akan dikenakan cukai manakala golongan miskin diberikan subsidi demi
mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara golongan kaya dan miskin.

c. Berlakunya eksternaliti negatif


➢ Kerajaan campurtangan dalam pasaran kerana berlaku eksternaliti negatif seperti
pencemaran udara, pencemaran alam dan kesesakan lalu lintas akibat proses
pengeluaran yang diwujudkan oleh firma.
➢ Kerajaan mengenakan peraturan dan penguatkuasaan undang-undang bagi
mengawal aktiviti firma yang memudaratkan masyarakat .

d. Mengawal kuasa monopoli


➢ Kerajaan campurtangan kerana firma monopoli mengeluarkan output pada harga
yang tinggi dan kuantiti yang sedikit.
➢ kerajaan akan campurtangan dengan menetapkan harga maksimum, mengenakan
cukai atau memiliknegarakan firma tertentu. Oleh itu kebajikan masyarakat dapat
dipertingkatkan dan kuasa monopoli dapat dikawal

e. Kestabilan aktiviti ekonomi


➢ Kerajaan campurtangan untuk menstabilkan ekonomi dari masalah pengangguran
dengan melaksanakan dasar kewangan mengembang dan dasar belanjawan defisit
dan melaksanakan dasar kewangan menguncup dan dasar belanjawan lebihan bagi
mengatasi masalah inflasi

4
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

3. (a) Air mineral dan air hujan merupakan dua jenis barang. Huraikan tiga perbezaan
antara kedua dua barang tersebut dari segi istilah ekonomi . [6]

➢ Air mineral adalah contoh jenis barang ekonomi dan cahaya matahari adalah
contoh barang percuma.
➢ Penawaran bagi air mineral terhad manakala penawaran bagi air hujan tidak
terhad.
➢ Kos lepas bagi air mineral adalah satu manakala kos lepas bagi air hujan adalah
sifar.
➢ Air mineral mempunyai harga kerana melibatkan kos manakala air hujan tidak
mempunyai harga kerana tidak melibatkan kos.

(b) Dengan memberikan contoh, terangkan perbezaan antara barang modal dan barang
perantaraan. [4]

➢ Barang modal ialah satu barang yang dihasilkan oleh firma lain dan digunakan
oleh firma lain untuk mengeluarkan barang lain. Contoh mesin.
➢ Barang perantaraan ialah satu alat atau input yang digunakan oleh firma untuk
menghasilkan barang pengguna atau barang akhir. Contoh papan lapis.

5
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

BAB 2 : PASARAN BARANG DAN HARGA

1. a) Dengan menggunakan gambar rajah, bezakan antara perubahan kuantiti diminta


dengan perubahan permintaan. [4]
Rajah 1 Rajah 2
harga (RM) Harga (RM)

P1 B Do D1

Po A Po

D D1
Do
0 Q1 Qo kuantiti 0 Qo Q1 kuantiti (unit)

Huraian
➢ Perubahan dalam kuantiti diminta seperti dalam Rajah 1, hanya menunjukkan
pergerakan di sepanjang keluk permintaan itu sahaja iaitu dari titik A ke titik B.
Apabila harga naik dari Po ke P1 akan menyebabkan kuantiti diminta berkurang
dari Qo ke Q1.

➢ Perubahan dalam permintaan seperti dalam Rajah 2, akan menyebabkan


peralihan keluk permintaan ke kanan atau ke kiri. Apabila pendapatan pengguna
telah meningkat, permintaan ke atas barang akan bertambah. Keluk permintaan
DoDo akan ke kanan ke D1D1.

b) Huraikan tiga faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam keluk


permintaan. [6]
➢ Sekiranya pendapatan pengguna telah meningkat, permintaan ke atas barang
juga akan turut bertambah, oleh itu keluk permintaan akan beralih ke kanan.

➢ Sekiranya cita rasa pengguna telah meningkat, permintaan ke atas barang juga
akan turut bertambah, oleh itu keluk permintaan akan beralih ke kanan.

➢ Sekiranya harga barang dijangka naik pada masa hadapan, permintaan ke atas
barang tersebut akan bertambah pada masa sekarang, oleh itu keluk
permintaan akan beralih ke kanan.

6
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

2. a) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana perubahan dalam tingkat


teknologi dapat mempengaruhi keluk penawaran sesuatu barang . [6]
Rajah,
Harga (RM)

So S1

S1
So

0 Qo Q1 kuantiti (unit)
Huraian :
➢ Perubahan teknologi seperti peningkatan dalam tingkat teknologi akan
meningkatkan daya pengeluaran sesuatu barang.
➢ Penawaran barang akan bertambah ditunjukkan oleh peralihan keluk SoSo ke
kanan ke S1S1.
➢ Pada tingkat harga yang sama P, kuantiti penawaran akan bertambah dari Qo ke
Q1 .

b) Jelaskan bagaimana peperangan yang sering kali berlaku di negara-negara pengeluar


minyak boleh mempengaruhi penawaran minyak di sesebuah negara pengimport
minyak. [4]

➢ Peperangan yang berlaku di negara pengeluar minyak akan menjejaskan


pengeluaran minyak / bekalan minyak akan terjejas.
➢ Penawaran minyak dunia akan berkurangan. Kesannya penawaran di negara
pengimport minyak juga akan berkurangan.

3. a) Apakah dimaksudkan dengan lebihan pengguna ? [2]

➢ Lebihan pengguna adalah perbezaan antara harga yang sanggup dibayar dengan
harga yang sebenar dibayar dalam pasaran.

7
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

b) Dengan menggunakan contoh berangka, tunjukkan bagaimana lebihan pengguna


dikira? [6]

Kuantiti epal Harga yang Harga pasaran epal Lebihan


(unit) sanggup dibayar (RM/biji) pengguna (RM)
(RM/biji)
1 1.30 1.00 0.30
2 1.20 1.00 0.20
3 1.10 1.00 0.10
4 1.00 1.00 0.00

➢ Dari jadual, pada tingkat kuantiti 1 unit, harga pasaran bagi sebiji epal ialah
RM1.00. Harga yang sanggup dibayar ialah RM1.30, maka lebihan pengguna
ialah RM0.30.
➢ Pada kuantiti 2 unit, harga yang sanggup dibayar ialah RM1.20 manakala harga
pasaran sebanyak RM1.00. Lebihan pengguna sebanyak RM0.20.
➢ Sehinggalah seterusnya pada kuantiti 4 unit, harga yang sanggup dibayar
RM1.00 dan harga pasaran juga RM1.00. Maka lebihan pengguna sifar.
➢ Oleh itu, jumlah lebihan pengguna ialah sebanyak RM0.60.

4. Apabila penawaran dapur gas meningkat, jelaskan dengan menggunakan gambar rajah,
perubahan keseimbangan pasaran bagi
a) Dapur gas [5]
b) Gas [5]

a) Dapur gas
Rajah pasaran dapur gas
harga (RM)
D So

S1

Po Eo

P1 E1

0 Qo Q1 kuantiti (unit)

8
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

Huraian :
➢ Keseimbangan asal berlaku apabila keluk permintaan (DoDo) dan keluk
penawaran (SoSo) bersilang di titik Eo, pada tingkat harga Po dan kuantiti
Qo.
➢ Apabila penawaran dapur gas meningkat, keluk penawaran SoSo akan
beralih ke kanan ke S1S1 dengan keseimbangan baru E1.
➢ Pada E1, harga keseimbangan akan turun dari Po ke P1 dan kuantiti
bertambah dari Qo ke Q1.

b) Gas [5]

Rajah pasaran gas

Harga D1 So
(RM) Do

P1 E1

Po Eo

D1

Do

0 Qo Q1 kuantiti (unit)
Huraian :
➢ Keseimbangan asal berlaku apabila keluk permintaan (DoDo) dan keluk
penawaran (SoSo) bersilang di titik Eo, pada tingkat harga Po dan kuantiti
Qo.
➢ Dapur gas dan gas adalah barang penggenap.
➢ Apabila penawaran dapur gas meningkat / apabila kuantiti dapur gas yang
dijual meningkat, maka permintaan ke atas gas [ sebagai barang penggenap ]
akan turut meningkat. Keluk permintaan gas akan beralih ke kanan dari
DoDo ke D1D1.
➢ Pada keseimbangan baru E1, harga gas akan naik dari Po ke P1 dan kuantiti
akan bertambah dari Qo ke Q1.

9
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

5. Terangkan lima faktor yang mempengaruhi penurunan penawaran ikan. [10]

➢ Peningkatan dalam harga barang pengganti. Contohnya peningkatan


dalam harga ayam akan menyebabkan penawaran terhadap ikan akan
menurun.

➢ Penurunan dalam tingkat teknologi dalam penangkapan ikan akan


menyebabkan daya pengeluaran menurun. Oleh itu penawaran ikan akan
menurun.

➢ Faktor lain ialah musim. Apabila tibanya musim tengkujuh, nelayan tidak
dapat turun ke laut. Oleh itu penawaran ikan akan menurun.

➢ Faktor lain ialah bilangan pengeluar ikan. Sekiranya bilangan pengeluar ikan
semakin berkurangan, maka penawaran ikan dalam pasaran juga akan
menurun .

➢ Yang terakhir ialah jangkaan harga masa depan. Jika harga ikan dijangka
naik pada masa hadapan, maka penawaran ikan pada masa sekarang akan
menurun.

6. a) Apakah yang dimaksudkan dengan permintaan dan penawaran? [2]

➢ Maksud permintaan ialah kesanggupan dan kemampuan seseorang


pengguna untuk meminta barang pada satu tingkat harga tertentu dalam
jangkamasa tertentu.
➢ Maksud penawaran ialah kesanggupan dan kemampuan seorang pengeluar
untuk menawarkan barang pada satu tingkat harga tertentu dalam
jangkamasa tertentu.

10
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan proses keseimbangan di pasaran


barang. [8]

Harga (RM)

D S

P1 A B

P0 E

P2 C D

S D

0 Qo kuantiti (unit)

➢ Keseimbangan pasaran berlaku apabila keluk permintaan (DD) dan keluk


penawaran (SS) bersilang di titik E, dengan harga dan kuantiti keseimbangan
ialah pada Po dan Qo.

➢ Pada tingkat harga P1, berlaku ketidakseimbangan pasaran iaitu berlaku


lebihan penawaran sebanyak AB. Keadaan ini akan menyebabkan harga
cenderung untuk turun sehingga mencapai keseimbangan di titik E semula.

➢ Pada tingkat harga P2, berlaku ketidakseimbangan pasaran iaitu berlaku


lebihan permintaan sebanyak CD. Keadaan ini akan menyebabkan harga
cenderung untuk naik sehingga mencapai keseimbangan semula di E.

11
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

7. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan ke atas jumlah perbelanjaan


apabila harga meningkat sekiranya :
a) Keanjalan permintaan harga tak anjal [5]
b) Keanjalan permintaan harga anjal [5]

a) keanjalan permintaan harga tak anjal

Rajah,
Harga (RM)

0 2 3 kuantiti
Huraian :
➢ Apabila harga meningkat, jumlah perbelanjaan akan meningkat kerana
peratus perubahan dalam harga lebih besar dari peratus perubahan dalam
kuantiti diminta.

➢ Pada harga RM2, jumlah perbelanjaan sebanyak RM6. Pada harga RM5
jumlah perbelanjaan sebanyak RM10.

➢ Apabila harga naik jumlah perbelanjaan akan meningkat.

12
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

b) Keanjalan permintaan harga anjal [5]


Rajah
Harga (RM)

2
D

0 2 8 kuantiti (unit)

➢ Apabila harga meningkat, menyebabkan jumlah perbelanjaan menurun


kerana peratus perubahan dalam kuantiti diminta adalah lebih besar
daripada peratus perubahan dalam harga barang tersebut.
➢ Pada harga RM2, jumlah perbelanjaan sebanyak RM16. Pada harga RM3
jumlah perbelanjaan sebanyak RM6.
➢ Apabila harga naik jumlah perbelanjaan akan menurun.

13
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

BAB 3 : TEORI PENGELUARAN DAN KOS

1. Huraikan lima faktor ekonomi bidangan dalaman yang menyebabkan kos purata jangka
panjang semakin menurun. [10]

➢ Antaranya ialah Ekonomi pengurusan. Sebuah firma yang besar akan dapat
menarik seorang pengurus yang cekap dan berpengalaman. Ini akan
meningkatkan produktiviti pengeluaran firma seterusnya dapat
menurunkan kos pengeluaran jangka panjang.

➢ Selain itu Ekonomi Pengkhususan. Sebuah firma yang besar membolehkan


pekerjanya membuat pengkhususan yang dapat meningkatkan kemahiran
dan produktiviti meningkat seterusnya ini dapat mengurangkan kos
pengeluaran jangka panjang.

➢ Faktor ketiga ialah Ekonomi Teknikal. Sebuah firma yang besar


berkemampuan untuk menggunakan mesin yang berteknologi tinggi. Ini
dapat meningkatkan pengeluaran dalam masa yang singkat seterusnya dapat
mengurangkan kos pengeluaran jangka panjang.

➢ Faktor keempat ialah Ekonomi Kewangan. Sebuah firma yang besar yang
mempunyai keyakinan pihak bank yang tinggi dapat membuat pinjaman
untuk meningkatkan pengeluaran dengan kadar faedah bayaran balik
pinjaman rendah seterusnya dapat mengurangkan kos pengeluaran jangka
panjang.

➢ Faktor kelima ialah Ekonomi Pemasaran. Sebuah firma yang besar, dapat
membeli bahan mentah secara pukal dengan harga lebih rendah. Ini dapat
mengurangkan kos pengeluaran jangka panjang dan firma boleh membuat
iklan bagi memasarkan barangannya.

14
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

2. a) Bezakan antara ekonomi bidangan dalaman dengan ekonomi bidangan luaran. [2]

➢ Ekonomi bidangan dalaman merujuk kepada faedah atau keuntungan yang


diperolehi oleh sebuah firma hasil daripada perkembangan /pengeluaran
secara besar besaran dalam firma itu sendiri manakala ekonomi bidangan
luaran merujuk kepada faedah yang diperolehi oleh sebuah firma akibat
daripada perkembangan dalam industri keseluruhan.

b) Huraikan dua faktor yang mewujudkan ekonomi bidangan dalaman dan dua faktor
yang mewujudkan ekonomi bidangan bidangan luaran. [8]

➢ Faktor yang mempengaruhi ekonomi bidangan dalaman ialah seperti


Ekonomi pengurusan. Sebuah firma yang besar akan menarik seorang
pengurus yang cekap dan berpengalaman . Ini akan meningkatkan
produktiviti pengeluaran firma seterusnya dapat mengurangkan kos.

➢ Ekonomi Pengkhususan. Sebuah firma yang besar membolehkan


pekerjanya membuat pengkhususan yang dapat meningkatkan kemahiran
dan produktiviti meningkat seterusnya dapat mengurangkan kos.

➢ Faktor yang mempengaruhi ekonomi bidangan luaran ialah Ekonomi


Penempatan @ Pemusatan. Bagi firma yang ditempatkan dalam Kawasan
perniagaan berpusat yang strategik yang mengandungi pelbagai kemahiran
boleh bekerjasama antara satu sama lain dapat mengurangkan kos .

➢ kemudahan infrastruktur seperti jalinan jalanraya yang baik, kemudahan


bekalan elektrik dan air dapat menjimatkan kos sesebuah firma.

15
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

3. Terangkan bagaimana ekonomi bidangan luaran dan ekonomi bidangan dalaman


mempengaruhi kedudukan keluk kos purata jangka panjang. [8]

Ekonomi bidangan luaran dan LAC


kos (RM)

LACo

LAC1

0 kuantiti (unit)

➢ Dengan faedah ekonomi bidangan luaran seperti kemudahan infrastruktur


dan ekonomi buruh mahir, firma dapat mengeluarkan barang dengan kos
pengeluaran jangka panjang yang rendah . Kesan daripada ekonomi
bidangan luaran, keluk kos purata jangka panjang beralih ke bawah dari
LACo ke LAC1

Ekonomi bidangan dalaman dan LAC


kos (RM)

0 Q kuantiti (unit)

➢ Dengan faedah ekonomi bidangan dalaman seperti ekonomi pengurusan dan


pengkhususan, firma dapat meningkatkan produktiviti dan dapat
mengurangkan kos pengeluaran jangka panjang. Kesan daripada ekonomi
bidangan dalaman menyebabkan pergerakan kos di sepanjang keluk
kos purata jangka panjang LAC iaitu dari A ke B.

16
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

BAB 4 : STRUKTUR PASARAN, PENENTUAN HARGA DAN OUTPUT

1. a) Huraikan dua faktor yang mempengaruhi firma dalam pasaran persaingan sempurna
sebagai pengambil harga. [4]

➢ Dua faktor yang mempengaruhi firma dalam persaingan sempurna sebagai


pengambil harga ialah bilangan firma yang banyak. Oleh itu setiap firma
mengeluarkan sebahagian kecil daripada jumlah keluaran keseluruhan. Jadi
firma tidak dapat mempengaruhi harga pasaran hanya sebagai menyelaras
keluaran ikut harga pasaran.

➢ Selain itu, firma mengeluarkan barangan yang homogen yang mempunyai


pengganti yang sempurna. Jadi jika firma cuba menaikkan harga lebih tinggi
dari harga pasaran, maka pengguna akan berpindah kepada keluaran firma
lain.

b) Dalam pasaran persaingan sempurna, mengapakah keseimbangan firma dalam


jangka panjang berada pada tingkat harga sama dengan titik minimum kos purata ?
[6]

➢ Dalam jangka panjang, firma persaingan sempurna mencapai keseimbangan


apabila harga sama dengan titik minimum kos purata kerana ciri-ciri iaitu
kebebasan keluar masuk.

➢ Ini adalah kerana jika dalam jangka masa panjang firma persaingan
sempurna hanya memperoleh untung normal sahaja.

➢ Dalam jangka pendek, jika firma memperoleh untung lebih normal ( P > AC )
maka ini akan menggalakkan firma baru memasuki pasaran dan firma sedia
ada akan menambahkan keluaran. Kesannya, penawaran akan bertambah,
menyebabkan harga pasaran akan turun sehingga mencapai pada P = AC
minimum iaitu firma akan memperoleh untung normal sahaja dalam jangka
panjang.

➢ Sebaliknya dalam jangka pendek, jika firma memperoleh untung kurang


normal ( P < AC ) maka ini akan menyebabkan firma rugi dan keluar dari
pasaran. Kesannya, penawaran akan berkurang, menyebabkan harga
pasaran akan naik sehingga mencapai pada P = AC minimum iaitu firma akan
memperoleh untung normal sahaja dalam jangka panjang.

17
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

2. Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan bagaimana penentuan output firma pasaran
sempurna berlaku dalam jangka panjang. [10]

Rajah ,
Harga/kos
(RM) LMC
LAC
P3 E3 AR3=MR3

E1
P1 AR1=MR1
P2 E2 AR2=MR2

0 Q2 Q1 Q3 keluaran (unit)

Huraian :
➢ Syarat keseimbangan pasaran ialah apabila kos sut sama dengan hasil sut
(MC=MR).

➢ Pada P2, keseimbangan dicapai pada E2, kuantiti ialah Q2. Firma
memperoleh untung kurang normal. Firma yang kerugian akan keluar dari
pasaran menyebabkan penawaran pasaran berkurang, kesannya harga
pasaran akan naik ke P1 dan mendapat untung normal.

➢ Pada P3, keseimbangan dicapai pada E3, kuantiti ialah Q3. Firma akan
memperolehi untung lebih normal. Ini akan menggalakkan firma baru
memasuki pasaran. Penawaran pasaran akan bertambah, kesannya harga
pasaran akan turun ke P1 dan mendapat untung normal.

➢ Pada P1, dalam jangka panjang firma pasaran persaingan sempurna hanya
akan memperolehi untung normal sahaja pada Q1.

18
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

3. a) Dengan menggunakan gambarajah, huraikan penentuan output keseimbangan firma


pasaran persaingan sempurna dalam jangka pendek. [6]

Harga (RM)
MC

E
Pe AR=MR

0 Qe kuantiti (unit)
Huraian :

➢ Keseimbangan tercapai pada MR=MC di titik E, harga dan kuantiti


keseimbangan ialah Pe dan Qe.

➢ Sebelum Qe, MR > MC, oleh itu firma akan menambah output sehingga
mencapai titik E semula iaitu pada Qe pada MR=MC kerana tambahan hasil
adalah lebih besar dari tambahan dalam kos.

➢ Selepas Qe, MR < MC, oleh itu firma akan mengurangkan output sehingga
mencapai titik E semula pada Qe iaitu MR=MC kerana tambahan hasil adalah
lebih kecil dari tambahan dalam kos.

b) Terangkan perbezaan antara pasaran monopoli dengan pasaran persaingan


sempurna dari segi :
i) keanjalan permintaan
ii) harga [4]

i) keanjalan permintaan
➢ Keanjalan permintaan harga bagi pasaran monopoli adalah tidak anjal
manakala keanjalan permintaan harga pasaran persaingan sempurna adalah
anjal sempurna.
ii) Harga
➢ Harga bagi pasaran monopoli adalah lebih tinggi manakalan harga bagi
pasaran persaingan sempurna lebih rendah.

19
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

4. Bincangkan masalah yang dihadapi oleh masyarakat hasil daripada kewujudan pasaran
monopoli. Bagaimanakah kerajaan dapat membantu mengatasi masalah ini? [10]

- Hasil daripada kewujudan pasaran monopoli terdapat beberapa masalah yang


terpaksa dihadapi oleh masyarakat. Antaranya ialah :

➢ perletakan harga barang yang terlalu tinggi. Ini boleh menindas masyarakat
yang kurang berkemampuan.

➢ Selain itu, keluaran yang dikeluarkan adalah amat sedikit. Ini adalah kerana
firma monopoli akan mengurangkan output untuk meningkatkan
keuntungan.

➢ Selain itu, tiada pilihan barang. Ini kerana firma monopoli ialah firma tunggal
yang mengeluarkan barang yang tiada pengganti hampir. Oleh itu pengguna
tidak mempunyai pilihan.

- Dalam menanggani masalah ini, kerajaan akan melaksanakan dasar kawalan harga
untuk mengatasi masalah harga yang terlalu tinggi iaitu :
➢ melalui dasar harga maksimum atau dasar harga minimum.

➢ Selain itu, kerajaan akan menggalakkan persaingan antara firma supaya


pilihan barang akan bertambah apabila kuantiti barang bertambah.

➢ Selain itu, boleh dilaksanakan industri monopoli kerajaan iaitu


menghakmilik industri tertentu seperti Keretapi Tanah Melayu [KTM],
MAS[Malaysia Airline System]

20
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

5. Dalam menggunakan gambar rajah, jelaskan kelemahan firma monopoli dalam hal yang
berikut :
a) Kecekapan pengeluaran
b) Kecekapan peruntukan sumber
c) Lebihan pengguna [10]

Jawapan

Rajah ,
Kos/
Hasil (RM)
MC
A

P1 E1 AC

E2
P2

Eo
AR
MR

0 Q1 Q2 keluaran (unit)
a) Kecekapan pengeluaran
➢ Kecekapan pengeluaran ialah apabila keluaran (Q)yang dihasilkan adalah
pada kos purata yang minimum. Pada tingkat keseimbangan Eo, bagi firma
monopoli , kecekapan pengeluaran tidak berlaku kerana monopoli
mengeluarkan keluaran Q1 pada kos purata sedang turun. Oleh itu monopoli
tidak mengalami kecekapan pengeluaran. Dari rajah monopoli keluarkan
pada Q1 bukan pada Q2 di mana kos purata adalah minimum.

b) Kecekapan peruntukan sumber


➢ Kecekapan peruntukan sumber ialah apabila keluaran yang dikeluarkan
menggunakan input pada tingkat P=MC.
➢ Pada tingkat keseimbangan Eo, firma monopoli tidak menepati syarat ini ,
kerana monopoli mengenakan harga yang lebih tinggi dari kos sut [ P>MC].
Dari rajah harga bagi firma monopoli ialah P1 > MC

c) Lebihan pengguna
➢ Dalam firma monopoli harga yang dikenakan adalah tinggi, oleh itu lebihan
pengguna adalah lebih kecil / berkurang / sedikit iaitu AP1E1

21
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

6. a) Apakah dimaksudkan dengan kecekapan pengeluaran dan kecekapan peruntukan?


[2]

➢ Kecekapan pengeluaran ialah mengeluarkan keluaran pada tingkat kos


purata minimum / mengeluarkan keluaran tanpa ada pembaziran kapasiti.

➢ Kecekapan peruntukan ialah pengeluaran barang dengan penggunaan input


pada tingkat harga sama dengan kos sut [ P=MC]

b) Jelaskan mengapa firma pasaran persaingan sempurna dapat memperoleh kecekapan


pengeluaran dan kecekapan peruntukan berbanding dengan firma monopoli? [8]

Kecekapan Pengeluaran :

➢ Firma pasaran persaingan sempurna (PPS) dapat memperoleh kecekapan


pengeluaran berbanding firma monopoli adalah kerana firma PPS
mengeluarkan keluaran pada tingkat kos purata minimum berbanding firma
monopoli mengeluarkan keluaran pada tingkat kos purata sedang menurun.

➢ Oleh itu kita dapati keluaran bagi firma PPS adalah lebih banyak berbanding
firma monopoli / pengeluaran firma PPS tidak mengalami sebarang lebihan
kapasiti manakala firma monopoli mengalami lebihan kapasiti.

Kecekapan Peruntukan Sumber :

➢ Firma PPS memperoleh kecekapan peruntukan sumber kerana dapat


mengeluarkan keluaran pada tingkat P=MC iaitu titik optimum sosial
berbanding firma monopoli mengeluarkan keluaran pada tingkat P > MC.

➢ Firma PPS juga tidak mengalami pembaziran sumber manakala firma


monopoli mengalami pembaziran sumber. Ini menyebabkan harga
keseimbangan bagi firma PPS adalah jauh lebih rendah berbanding harga
keseimbangan dalam firma monopoli.

22
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

7. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan mengapa firma pasaran persaingan


bermonopoli dapat meneruskan operasinya walaupun firma tersebut mengalami kerugian .
[10]
Rajah ,

Harga /kos
(RM) MC AC

A
P2 AVC

P1 B

Po C

AR

MR

0 Q1 kuantiti (unit)

Huraian :
➢ Keseimbangan asal dicapai apabila MR=MC pada tingkat harga P1 dan
kuantiti Q1.
➢ Dari rajah, jumlah hasil (TR) sebanyak 0P1BQ1 manakala jumlah kos (TC)
sebanyak 0P2AQ1. Didapati TR < TC. Firma mengalami kerugian sebanyak
P1P2AB.
➢ Walaupun firma pasaran persaingan bermonopoli mengalami kerugian
tetapi firma masih dapat menampung jumlah kos berubah (TVC) sebanyak
0PoCQ1 dan sebahagian jumlah kos tetap (TFC) sebanyak PoP1BC.
➢ Oleh itu firma ini harus meneruskan operasinya walaupun mengalami
kerugian kerana beberapa sebab.

Antaranya ialah :

➢ 1) jika firma ini memilih memberhentikan operasi kerugian adalah lebih


besar
➢ 2) firma harus mengekalkan pasaran untuk memastikan firma tidak
kehilangan pelanggan tetapnya
➢ 3) dengan meneruskan operasi dapat meningkatkan kemahiran buruh
➢ 4) jika diberhentikan , alat kelengkapan seperti mesin akan rosak.

23
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

BAB 5 : PASARAN FAKTOR DAN AGIHAN

1. Dengan menggunakan contoh berangka, terangkan perbezaan antara sewa ekonomi dengan
perolehan pindahan [6]

➢ Sewa ekonomi ialah bayaran lebihan yang diterima oleh faktor pengeluaran untuk
mengekalkan faktor pengeluaran itu dalam penggunaan sekarang.

➢ Perolehan pindahan ialah bayaran minimum kepada suatu faktor pengeluaran


untuk mengelakkan perpindahan faktor tersebut digunakan untuk kegunaan
kedua terbaik @ untuk mengekalkan faktor tersebut untuk kegunaan yang
terbaik.

➢ Andaikan bayaran sewa sebidang tanah untuk tanaman kelapa sawit ialah
RM2000 dan untuk tanaman getah ialah RM1500. Oleh itu, sewa ekonomi ialah
RM500 [2000 – 1500] manakala perolehan pindahan ialah RM1500 [bayaran
minimum]

2. Kesatuan Sekerja adalah satu badan yang ditubuhkan untuk menjaga kebajikan pekerja.
Jelaskan bagaimanakah cara kesatuan sekerja [KS] dalam menuntut kenaikan upah.
[10]

a. Meningkatkan daya pengeluaran sut buruh


➢ Daya pengeluaran sut buruh boleh meningkat melalui program-program latihan bagi
meningkatkan kemahiran dan kecekapan buruh.
➢ apabila daya pengeluaran sut buruh bertambah, permintaan terhadap buruh turut
meningkat. Oleh itu KS dapat menuntut upah buruh yang lebih tinggi dan kuantiti
buruh turut meningkat.

b. menghadkan penawaran buruh


➢ penawaran buruh boleh dihadkan dengan memanjangkan latihan kepada pekerja
dan menghadkan kemasukan buruh asing.
➢ Apabila penawaran buruh dihadkan, KS dapat menuntut upah buruh yang lebih
tinggi.

c. menuntutkan upah minimum


➢ KS boleh menuntut upah minimum iaitu tingkat upah yang lebih tinggi daripada upah
yang ditentukan di pasaran.
➢ KS akan mengguna kuasa monopoli untuk berbuat demikian. Walau bagaimanapun
ini akan menyebabkan kuantiti buruh yang digunakan berkurangan dan terjadi
pengangguran walaupun upah meningkat.

d. Tawar-menawar melalui perundingan kolektif


➢ Perundingan kolektif merupakan satu proses tawar-menawar di antara kesatuan
sekerja dan majikan untuk mencapai persetujuan tingkat upah dan syarat-syarat
pekerjaan yang lebih baik bagi pekerja.
➢ Keputusan akhir dalam perundingan kolektif bergantung kepada saiz dan kekuatan
relatif kedua-dua pihak yang berkenaan.

24
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

3. Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan hubungan antara keanjalan penawaran faktor
pengeluaran dengan sewa ekonomi dan perolehan pindahan. [10]

➢ Keanjalan penawaran faktor tidak anjal

Sewa ( RM )
S

R E

0 S Q kuantiti tanah ( unit )

➢ harga faktor di R dan kuantiti faktor di Q, jumlah pendapatan faktor ialah OREQ
➢ Sewa ekonomi ialah 0RES manakala perolehan pindahan ialah SEQ
➢ sewa ekonomi lebih besar daripada perolehan pindahan jika keluk penawaran faktor
tidak anjal

➢ Keanjalan penawaran faktor anjal

Sewa ( RM )
S

R E

0 Q kuantiti tanah ( unit )

➢ harga faktor di R dan kuantiti faktor di Q, jumlah pendapatan faktor ialah OREQ
➢ Sewa ekonomi ialah SRE manakala perolehan pindahan ialah OSEQ
➢ sewa ekonomi lebih kecil daripada perolehan pindahan jika keluk penawaran faktor
anjal.

25
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

➢ Keanjalan penawaran faktor anjal satu

Sewa ( RM )
S

R E

0 Q kuantiti tanah ( unit )

➢ harga faktor di R dan kuantiti faktor di Q, jumlah pendapatan faktor ialah OREQ
➢ Sewa ekonomi ialah 0RE manakala perolehan pindahan ialah OEQ
➢ Sewa ekonomi adalah sama besar dengan perolehan pindahan jika keluk penawaran
faktor anjal satu.

➢ Keanjalan penawaran faktor tidak anjal sempurna

Sewa ( RM )
S

R E

0 Q kuantiti tanah ( unit )

➢ harga faktor di R dan kuantiti faktor di Q, jumlah pendapatan faktor ialah OREQ
➢ Sewa ekonomi ialah 0RES manakala perolehan pindahan sifar.
➢ Jika keluk penawaran faktor tidak anjal sempurna semua adalah sewa ekonomi.

26
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

➢ Keanjalan penawaran faktor anjal sempurna

Sewa ( RM )

R E S

0 Q kuantiti tanah ( unit )

➢ harga faktor di R dan kuantiti faktor di Q, jumlah pendapatan faktor ialah OREQ
➢ Sewa ekonomi ialah sifar manakala perolehan pindahan 0REQ
➢ Jika keluk penawaran faktor anjal sempurna semua adalah perolehan pindahan .

27
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

4. (a) Berbantukan gambar rajah , terangkan bagaimana keseimbangan penggunaan buruh


tercapai dalam firma persaingan sempurna. [6]
Rajah,
Upah (RM)

wo E Upah=MCf

MRP

0 Lo L1 L2 kuantiti buruh (unit)

➢ Keseimbangan buruh dicapai apabila keluaran hasil sut [MRP] sama dengan kos sut
buruh [ MCf ] di titik E dengan upah Wo dan kuantiti buruh L1.
➢ Pada kuantiti buruh Lo, MRP > MCf , bermakna tambahan hasil seunit buruh melebihi
tambahan kos seunit buruh. Oleh itu firma akan menambahkan penggunaan buruh
sehingga MRP=MCf di titik E.
➢ Pada kuantiti buruh L2, MRP < MCf , bermakna tambahan hasil seunit buruh kurang
daripada tambahan kos seunit buruh. Oleh itu firma akan mengurangkan penggunaan
buruh sehingga MRP=MCf di titik E.
➢ Pada kuantiti buruh L1, MRP=MCf, tidak ada lagi pengurangan atau penambahan buruh.

(b) Terangkan dua faktor yang membezakan upah mengikut pekerjaan. [4]

Dua faktor yang membezakan :

➢ I) Risiko – semakin tinggi risiko bagi suatu pekerjaan, maka upah yang diterima oleh
buruh yang menjalankan pekerjaan tersebut mendapat upah yang tinggi. Contohnya
juruterbang mendapat upah lebih tinggi berbanding seorang pemandu bas.

➢ 2) Tahap Pendidikan – semakin tinggi tahap pendidikan yang diperlukan untuk suatu
pekerjaan maka upah yang diterima oleh buruh juga semakin tinggi. Contohnya seorang
pensyarah universiti memerlukan kelulusan doktor falsafah maka pensyarah akan
mendapat upah lebih tinggi dari seorang guru KAFA yang hanya memerlukan sijil biasa.

28
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

BAHAGIAN C [ KUANTITATIF ]

BAB 1: PENGENALAN

1. Jadual berikut menunjukkan pilihan-pilihan pada satu keluk kemungkinan pengeluaran.

Kombinasi Barang X Barang Y


(unit) (unit)
A 0 20
B 1 18
C 2 14
D 3 8
E 4 0
a. Lukis keluk kemungkinan pengeluaran berdasarkan jadual yang diberi. [3]

b. Jika berlakunya peningkatan teknologi sebanyak 50% dalam pengeluaran barang Y,


tunjukkan kesannya ke atas keluk kemungkinan seperti dalam ( a ) di atas. [1]

c. i.) Berapakah perbezaan kos lepas barang X dari pilihan B dan C selepas
peningkatan teknologi ? [4]

ii) Adakah kombinasi 3 unit barang X dan 15 unit barang Y boleh dicapai ? [2]
mengapa ?

Jawapan
a. Rujuk graf [ ms 40 ]

b.
Kombinasi Barang X Barang Y selepas peningkatan teknologi (unit)
(unit)
A 0 30
B 1 27
C 2 21
D 3 12
E 4 0

c. (i) kos lepas barang X sebelum peningkatan teknologi

Sebelum peningkatan teknologi


➢ Pilihan B ke C, kos lepas ialah sebanyak [ 18-14 ] 4 unit barang Y
Selepas peningkatan teknologi
➢ Pilihan B ke C , kos lepas ialah sebanyak [ 27-21 ] 6 unit barang Y.

➢ Oleh itu perbezaan kos lepasnya adalah [ 6 – 4 ] 2 unit barang Y.

c. ii) Tidak . kerana sumber ekonomi tidak mencukupi.

29
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

2. Andaikan sebuah negara mengeluarkan dua barang iaitu barang A dan barang B. Dengan
faktor pengeluaran yang ada, negara tersebut boleh mengeluarkan 40 unit barang A atau
20 unit barang B.

a. i) Apakah yang dimaksudkan dengan kos lepas malar ? [1]

ii) Dengan andaian kos lepas adalah malar, lukis keluk kemungkinan pengeluaran
dengan menggunakan kertas graf [2]

b. Jika negara tersebut mengeluarkan 12 unit barang B, berapakah barang A dapat


dikeluarkan ? [1]

c. Sekiranya barang B ditambah daripada 12 unit kepada 16 unit, berapakah kos lepas
barang B ? [2]

d. Bolehkah negara tersebut mengeluarkan 32 unit barang A dan 8 unit barang B ?


Mengapa ? [2]

e. Peningkatan kemahiran buruh melalui kursus yang diberi telah meningkatkan daya
pengeluaran barang A sebanyak 50%. Pada gambar rajah yang sama, lukis keluk
kemungkinan pengeluaran yang baru [2]

Jawapan

a. (i) Maksud kos lepas malar ialah untuk menambahkan satu unit barang, jumlah barang
lain yang perlu dilepaskan adalah tetap .

(ii) rujuk graf [ ms 41 ]

b. 16 unit barang A

c. Kos lepas barang B ialah 8 unit barang A [ 16 unit – 8 unit ].

d. Tidak boleh kerana sumber ekonomi tidak mencukupi.

e. Rujuk graf [ ms 41 ]

30
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

BAB 2 : PASARAN BARANG DAN HARGA

1. Persamaan permintaan dan penawaran bagi barang X adalah seperti berikut :


Qd = 150 – 5P
Qs = 30 + 5P
a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan . [2]
b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan dan keluk
penawaran. [2]
c) Apabila berlaku perubahan dalam citarasa pengguna, kuantiti permintaan
meningkat sebanyak 30 unit untuk setiap tingkat harga.
Berdasarkan maklumat ini :
(i) nyatakan persamaan permintaan yang baharu [1]
(ii) lukiskan keluk permintaan yang baharu dalam gambarajah yang sama [1]
d) Jika kerajaan memberi subsidi sebanyak RM6 per unit,
(i) nyatakan persamaan penawaran yang baharu [1]
(ii) lukiskan keluk penawaran yang baharu selepas subsidi [1]
e) Dari rajah apakah rumusan yang boleh anda buat? [2]

Jawapan

a) Qd = Qs
150 – 5P = 30 + 5P
P = RM12
Q = 150 – 5(12)
Q = 90 unit

b) Rujuk graf [ ms 42 ]

c) i) Persamaan permintaan baharu ialah


Qd = 150 -5P + 30
Qd1 = 180 – 5P

ii) atas kertas graf [ ms 42 ]

d) i) Persamaan penawaran baharu ialah


Qs = 30 + 5 (P + 6 )
Qs1 = 60 + 5P

ii) atas kertas graf [ ms 42 ]

e) Rumusan

➢ Keluk permintaan dan keluk penawaran beralih ke kanan dalam kadar yang
sama.
➢ Harga keseimbangan tidak berubah/tetap dan kuantiti keseimbangan
bertambah sebanyak 30 unit.

31
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

2. Fungsi penawaran bagi barang X masing-masing adalah seperti berikut :


P = 40 -3Q
P = 10 + 2Q
dengan
P = harga barang X (RM)
Q = kuantiti barang X (unit)

a) Hitung harga dan kuantiti pada titik keseimbangan. [2]


b) Sekiranya cukai yang dikenakan ialah sebanyak RM5.00 per unit, hitung kuantiti
dan harga pada titik keseimbangan yang baharu. [2]
c) Hitung beban cukai yang dibayar oleh pengguna dan pengeluar. [2]
d) Hitung perbezaan lebihan pengguna sebelum dan selepas cukai dikenakan. [2]
e) Semasa cukai dikenakan, cita rasa pengguna terhadap barang X telah mengalihkan
fungsi permintaan menjadi P = 45 – 3Q, hitungkan harga dan kuantiti keseimbangan
yang baharu. [2]

Jawapan

a) Qd = Qs
40 – 3Q = 10 + 2Q
Q = 6 unit
P = RM22.00

b) Cukai RM5.00 per unit,


P = 10 + 2Q
P – 5 = 10 + 2Q
P1 = 15 + 2Q [ selepas cukai ]

Keseimbangan
40 – 3Q = 15 + 2Q
Q = 5 unit
P = RM25.00

c) beban cukai
➢ Pengguna = [ 25 – 22 ] x 5 = RM15.00
➢ Pengeluar = [22 – 20 ] x 5 = RM10.00

d) Lebihan pengguna
➢ Sebelum cukai - ½ x [ 40 – 22 ] x 6 = RM54.00
➢ Selepas cukai - ½ x [ 40 – 25 ] x 5 = RM37.50

➢ Perbezaan lebihan pengguna = 54.00 – 37.50


= RM16.50

e) keseimbangan baru
45 – 3Q = 15 + 2Q
Q = 6 unit
P = RM27.00

32
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

3. Persamaan penawaran pasaran bagi suatu barang adalah seperti berikut :


P = 10 + 0.5Q
dengan
P = harga barang X (RM)
Q = kuantiti barang X (unit)
a) Hitung keanjalan penawaran barang tersebut apabila harga meningkat daripada
RM50.00 kepada RM100.00. Tafsirkan pekali keanjalan penawarannya. [4]
b) Sekiranya kerajaan memberi subsidi sebanyak RM2.00 terhadap setiap unit
pengeluaran barang tersebut,
i) tentukan persamaan penawaran yang baharu bagi barang tersebut, [1]
ii) hitung kuantiti ditawarkan apabila harga meningkat daripada RM50.00 kepada
RM100. [2]
c) Dengan menggunakan kertas graf, lukis gambar rajah keluk penawaran sebelum
dan selepas subsidi yang diberikan. [3]

Jawapan

a) P = 10 + 0.5Q
➢ Harga = RM50.00
50 = 10 + 0.5Q
Q = 80 unit
➢ Harga = RM100.00
100 = 10 + 0.5Q
Q = 180 unit

Es = %ΔQ / % ΔP
Es = 180 – 80 x 50
80 100 – 50
Es = 1.25

➢ Tafsiran – apabila harga naik 1%, kuantiti ditawar akan bertambah 1.25%.

b) i) P = 10 + 0.5Q
P + 2 = 10 + 0.5Q
P1 = 8 + 0.5Q
ii) P = 8 + 0.5Q
➢ P = RM50, Q = 84 unit
➢ P = RM100, Q = 184 unit

c) Rujuk kertas graf [ ms 43 ]

➢ Keluk penawaran akan beralih ke kanan kerana subsidi akan mengurangkan kos
pengeluaran.

33
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

BAB 3 : TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN

1. Jadual di bawah menunjukkan jumlah kos pada setiap keluaran bagi sebuah firma.

Keluaran (unit) Jumlah kos (RM)


0 60
1 100
2 132
3 158
4 188
5 235
6 300
7 385
a) Dalam jangka masa apakah firma ini beroperasi ? Mengapa ? [2]
b) Hitung kos purata dan kos sut bagi firma ini. [4]
c) Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk kos purata dan kos sut. [3]
d) Pada tingkat keluaran ke berapakah kos purata sama dengan kos sut. [1]

Jawapan

a) Dalam jangka masa pendek . Ini adalah kerana terdapat jumlah kos tetap RM60.

b)
Keluaran (unit) Jumlah kos (RM) Kos purata (RM) Kos sut (RM)
0 60 - -
1 100 100 40
2 132 66 32
3 158 52.67 26
4 188 47 30
5 235 47 47
6 300 50 65
7 385 55 85

c) Rujuk kertas graf [ ms 44 ]

d) Pada tingkat keluaran 4.5 unit.

34
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

2. Diberi persamaan kos bagi sebuah firma adalah seperti yang berikut :

TC = 100 + 3Q2

dengan
TC = jumlah kos pengeluaran (RM)
Q = jumlah output (unit)

a) Berapakah jumlah kos tetap firma tersebut? [1]


b) Pada tingkat output 50 unit , hitungkan
i) jumlah kos berubah [2]
ii) jumlah kos [2]
iii) kos purata [2]
c) Hitung kos sut firma tersebut jika output telah bertambah daripada
50 unit ke 70 unit. [3]

Jawapan
a) Jumlah kos tetap ialah RM100
b) Tingkat keluaran 50 unit,
i) Jumlah kos berubah [ TVC ]
➢ TVC = 3Q2
TVC = RM7500

ii) Jumlah kos [TC ]


➢ TC = 100 + 3Q2
TC = RM7600

iii) Kos purata [AC ]


➢ AC = TC / Q
AC = 7600 / 50
AC = RM152

c) TC pada tingkat output 70 unit,


➢ TC = 100 + 3Q2
➢ TC = RM14 800
➢ MC = Δ TC / Δ Q
MC = 14 800 – 7500
70 -50
MC = RM365

35
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

BAB 4 : STRUKTUR PASARAN, PENENTUAN HARGA DAN OUTPUT

1. Jadual di bawah menunjukkan jumlah kos dan kuantiti output bagi sebuah firma
dalam pasaran persaingan sempurna.
Kuantiti output Jumlah Kos
(unit) (RM)
0 10
1 15
2 25
3 40
4 57
5 77
6 99
7 124

a) Adakah firma ini berada dalam jangka pendek atau jangka panjang? .
Berikan alasannya. [2]
b) Hitung kos sut firma pada setiap tingkat output [2]
c) Jika harga barang ialah RM20 per unit,
i) tentukan tingkat output keseimbangan firma [2]
ii) hitung keuntungan yang diperoleh pada tingkat output keseimbangan
[1]
d) Jika harga barang ialah RM10 per unit,
i) hitung keuntungan atau kerugian yang diperoleh pada tingkat output
keseimbangan yang baharu. [1]
ii) jelaskan tindakan yang dilakukan oleh firma. [2]

Jawapan

a) Firma berada dalam jangka pendek. Ini kerana terdapat kos tetap sebanyak
RM10
b)
Kuantiti output Jumlah Kos Kos sut
(unit) (RM) (RM)
0 10 -
1 15 5
2 25 10
3 40 15
4 57 17
5 77 20
6 99 22
7 124 25
c) Harga barang RM20,
i) Keseimbangan pada MR=MC = RM20 , output keseimbangan ialah 5 unit.
ii) Untung = TR -TC
➢ Untung = ( 20 x 5 ) – 77
= RM23

36
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

d) Harga barang RM10, keseimbangan MR=MC=RM10, output 2 unit.


i) Untung / Rugi = TR – TC
➢ Untung/Rugi = (10 x 2 ) – 25
Rugi = - RM5
ii) Tindakan firma ialah meneruskan operasinya kerana jumlah hasil yang
diperolehi dapat menampung kos berubah dan sebahagian kos tetap.

2. Jadual di bawah menunjukkan jumlah kos pengeluaran barang X sebuah firma dalam
pasaran persaingan sempurna.
Kuantiti barang X Jumlah Kos
(unit) (RM)
1 100
2 130
3 150
4 180
5 220
6 280

a) i) Hitung kos sut dan kos purata barang X. [2]


ii) Jika harga seunit barang X ialah RM40.00, hitung untung firma ini. [2]
b) Berdasarkan jawapan dalam (a) (ii),
i) adakah firma baru akan memasuki industri ini dalam jangka
panjang ? [1]
ii) berapakah harga seunit barang X dalam jangka masa panjang? [1]
iii) hitung jumlah hasil firma ini dalam jangka masa panjang. [2]
c) Tentukan output yang ditawarkan oleh firma pada harga RM60.00. [2]

Jawapan
a) i)

Kuantiti barang X Jumlah Kos Kos sut Kos purata


(unit) (RM) (RM) (RM)
1 100 -/100 100
2 130 30 65
3 150 20 50
4 180 30 45
5 220 40 44
6 280 60 46.67

ii) Harga seunit RM40, P =MR=MC=40 , pada kuantiti 5 unit.


Untung / rugi = TR – TC
➢ Untung / Rugi = (40 x 5 ) – 220
= - RM20 ( Rugi )
b) i) Tidak .
ii) Dalam jangka panjang P = AC minimum iaitu RM44
iii) Jumlah hasil (TR) = P x Q
TR = 44 x 5
TR = RM220

c) Pada harga RM60.00, MR=MC=60 , oleh itu kuantiti ditawarkan firma ialah 6 unit.

37
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

BAB 5 : PASARAN FAKTOR DAN AGIHAN

1. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara buruh dengan jumlah keluaran fizikal bagi
sebuah firma.
Buruh Jumlah keluaran fizikal
( unit ) ( unit )
0 0
1 195
2 315
3 415
4 495
5 555
6 595
7 615
8 625
a. Hitung keluaran fizikal sut pada setiap tingkat penggunaan buruh. [2]

b. Jika harga seunit keluaran ialah RM4.00, hitung


i) keluaran hasil sut. [2]
ii) keluaran hasil purata. [2]

c. Sekiranya upah seunit buruh ialah RM240.00


i) berapakah buruh yang digunakan untuk memaksimumkan keuntungan? [2]
ii) hitung keuntungan atau kerugian firma pada tingkat keseimbangan. [2]

Jawapan

(a) (b)(i) (b)(ii)

Buruh Jumlah Keluaran Keluaran Keluaran Keluaran


(unit) keluaran fizikal purata fizikal sut hasil sut hasil purata
fizikal APP MPP MRP ARP
(unit) (unit) (unit) (RM) (RM)
0 0 0 -/0 -/0 0
1 195 195 195 780 780
2 315 157.5 120 480 630
3 415 138.33 100 400 553.32
4 495 123.75 80 320 495
5 555 111 60 240 444
6 595 99.17 40 160 396.68
7 615 87.86 20 80 351.44
8 625 78.12 10 40 312.48

b. Harga seunit keluaran ialah RM4.00,

c. Upah = RM240.00,
i) Keseimbangan buruh dicapai apabila MRP=MCf=Upah=RM240
pada buruh ke 5 unit.

ii) Untung / Rugi = TRP – TCf


= [ 555 x 5 ] – [ 5 x 240 ]
= 2220 – 1200
= RM1020

38
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

2. Jadual di bawah menunjukkan tingkat penggunaan buruh dan jumlah keluaran fizikal sebuah
firma.

Buruh ( unit ) Jumlah keluaran fizikal Harga keluaran ( RM )


( unit )
1 16 10.00
2 36 10.00
3 54 10.00
4 64 10.00
5 70 10.00
a. Hitung keluaran fizikal sut dan keluaran hasil sut. [2]

b. Sekiranya tingkat upah ialah RM100.00, nyatakan tingkat keseimbangan penggunaan


buruh [2]

c. Hitung keuntungan firma pada tingkat keseimbangan [3]

d. Jika firma menggunakan 5 unit buruh


i. hitung untung yang diperoleh oleh firma , dan [2]
ii. apakah tindakan firma untuk mendapatkan untung maksimum ? [1]

Jawapan
a.
Buruh ( unit ) Keluaran fizikal sut Keluaran hasil sut
( unit ) ( RM )
1 - -
2 20 200
3 18 180
4 10 100
5 6 60

b. Tingkat keseimbangan penggunaan buruh apabila MRP = MCf= upah = RM100


Buruh keseimbangan pada 4 unit

c. Untung = TR – TC
= ( P x Q ) – ( buruh x upah )
= ( RM10 x 64) – ( 4 X RM100 )
= RM640 – RM400
= RM240

d. Pada 5 unit buruh,


i. Untung = TR – TC
= ( P x Q ) – ( buruh x upah )
= ( RM10 x 70 ) – ( 5 X RM100 )
= RM700 – RM500
= RM200

ii. Untuk mendapatkan untung maksimum , firma akan mengurangkan penggunaan buruh
kepada 4 unit.

39
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

CERAIAN GRAF
BAB 1 : PENGENALAN

SOALAN 1 ceraian (a) (b)

Barang X (unit)

30x A’

x B’

25
50%

x C’
20 x A

xB

15
xC

x D’
10

xD

xE
0 1 2 3 4 Barang Y (unit)

40
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

Soalan 2 ceraian (a) (ii)

Barang A (unit)

60

50

40

32
30

20

16

10
8

0 5 8 10 12 15 16 20 Barang B (unit)

41
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

BAB 2 : PASARAN BARANG DAN HARGA

Soalan 1 ceraian (b)

Harga (RM)

40

35

30

25
Qs = 30 + 5P

Qs1 = 60+ 5P
20

15

12

10

Qd = 150 – 5P
5
Qd 1 = 180 – 5P

0 30 60 90 120 150 180


Kuantiti (unit)

42
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

Soalan 3 ceraian ( c )

Harga (RM)

20

So = -20+2P

S1 = - 16+2P

15

10

0 10 20 kuantiti (unit)

43
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 / 2021

BAB 3 : TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN


Soalan ceraian (1) (b)

Kos (RM)

100 x

X MC
80

X x AC
60
X x
x x x
x
40
x x
x
20

0 1 2 3 4 5 6 7

Kuantiti (unit)

44
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

SULIT*

944 / 1 STPM 2021


944/1/U1 STPM 2020

SET 1
KERTAS 1
(Dua Jam)

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI EKONOMI


JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon :

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.
Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tandakan jawapan yang betul pada
Borang Jawapan Aneka Pilihan yang dibekalkan.
Jawab empat daripada enam soalan dalam Bahagian B. Anda boleh menjawab
semua soalan dalam Bahagian B tetapi hanya empat jawapan pertama dalam Bahagian B
yang akan diperiksa.
Jawab dua daripada tiga soalan dalam Bahagian C. Anda boleh menjawab semua
soalan dalam Bahagian C tetapi hanya dua jawapan pertama dalam Bahagian C yang
akan diperiksa.
Tulis jawapan pada helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan
pada halaman baharu helaian jawapan.
Tunjukkan semua penghitungan dan bundarkan jawapan anda betul hingga dua
tempat perpuluhan.

SULIT

1
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

SULIT

BAHAGIAN A [ 20 markah ]
Jawab semua soalan

1. Sewa adalah ganjaran kepada faktor pengeluaran yang

A Menawarkan perkhidmatan dari segi mental dan fizikal


B Merupakan anugerah sumber semula jadi dan penawarannya tetap
C Diciptakan oleh manusia untuk digunakan dalam proses
pengeluaran
D Bertanggungjawab menggabungkan input untuk menghasilkan
output

2. Gambarajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi


sebuah ekonomi.

Barang
pertanian

• L

0 Barang perkilangan

Kombinasi pada titik L boleh dicapai sekiranya berlaku


A Pertambahan dalam anugerah sumber
B Kenaikan nilai mata wang dalam ekonomi
C Pertambahan permintaan terhadap barang pertanian
D Kenaikan harga barang pertanian dan barang perkilangan

3. Yang manakah bukan ciri sistem ekonomi perancangan pusat?

A Pemilikan sumber oleh kerajaan


B Keputusan ekonomi dibuat oleh badan perancangan pusat
C Mekanisme harga akan menentukan tingkat keluaran
D Kebajikan masyarakat menjadi keutamaan

4. Keluk permintaan akan beralih ke kanan disebabkan

A Kejatuhan harga barang pengganti


B Kejatuhan harga barang penggenap
C Pengguna kehilangan kuasa beli kerana hilang pekerjaan
D Pengguna tidak lagi menggemari sesuatu barang

2
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

5. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) untuk suatu


barang.

Harga (RM)
D

0 12 18 kuantiti (unit)

Apakah fungsi permintaan bagi barang tersebut ?


A Qd = 10 – 2P
B Qd = 2 – 2P
C Qd = 20 – 2P
D Qd = 12 – 2P

6. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran baja organik.

Harga (RM)
So
S1

0 kuantiti (unit)

Peralihan keluk penawaran baja organik dari SoSo ke S1S1


disebabkan oleh
A Peningkatan dalam upah buruh
B Peningkatan harga baja organik
C Peningkatan harga baja kimia
D Peningkatan tingkat teknologi penapaian baja organik

7. Keanjalan permintaan silang antara barang X dengan barang Y adalah


negatif. Ini menunjukkan barang X dan barang Y adalah

A Barang penggenap
B Barang pengganti
C Barang mesti
D Barang biasa

3
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

8. Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti ditawar bagi barang Z di


pasaran.

Harga (RM) Kuantiti ditawar (unit)


20.00 65
15.00 40

Apabila harga turun, nilai keanjalan penawaran bagi barang X ialah

A 1.45
B 0.54
C 1.54
D 1.74

9. Pekali keanjalan permintaan harga bagi barang X ialah satu. Jika kuantiti
diminta asal ialah 120 unit pada harga 40 sen seunit, berapakah kuantiti
diminta yang baharu jika harga barang X turun ke 36 sen seunit?

A 140 unit
B 132 unit
C 120 unit
D 108 unit

10. Fungsi permintaan dan fungsi penawaran bagi barang R ialah


Qd = 200 – 20P
Qs = 100 + 20P
dengan Qd = kuantiti diminta (unit)
Qs = kuantiti ditawar (unit)
P = harga (RM)

Apabila kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM3.00 per unit, maka


kesannya kepada harga dan kuantiti keseimbangan barang R ialah

A Harga naik sebanyak RM1.50 dan kuantiti turun sebanyak 30 unit


B Harga naik sebanyak RM1.50 dan kuantiti turun sebanyak 130
unit
C Harga naik sebanyak RM 2.50 dan kuantiti turun sebanyak 30 unit
D Harga naik sebanyak RM2.50 dan kuantiti turun sebanyak 13 unit

11. Fungsi permintaan (Qd ) dan fungsi penawaran (Qs) bagi suatu barang
ditunjukkan seperti berikut:
Qd = 150 – 25P
Qs = 50 + 25P
dengan P = harga (RM)

Apabila harga minimum ditetapkan pada RM5.00 per unit, maka akan
wujud
A Lebihan penawaran sebanyak 150 unit
B Lebihan penawaran sebanyak 50 unit
C Lebihan permintaan sebanyak 150 unit
D Lebihan permintaan sebanyak 50 unit

4
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

12. Dalam teori pengeluaran, jangka pendek juga merujuk kepada keadaan

A Pengeluaran melibatkan masa sekurang-kurangnya setahun


B Kos pengeluaran adalah terdiri daripada kos berubah dan kos sut
C Pengeluaran dilakukan dengan semua input berubah boleh
ditambah
D Pengeluaran yang melibatkan penggabungan dua input iaitu input
tetap dan input berubah

13. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata jangka panjang
LAC.

Kos (RM)

LACo

LAC1

0 keluaran (unit)

Apakah yang menyebabkan keluk LAC o beralih ke LAC1

A Kecekapan pengurusan dan pentadbiran


B Pengkhususan yang meningkatkan kecekapan pengeluaran
C Penggunaan mesin yang moden dalam proses pengeluaran
D Terdapat kemudahan infrastruktur yang di kawasan perindustrian
yang strategik

14. Antara ciri-ciri berikut boleh membezakan sebuah pasaran dengan


pasaran yang lain kecuali

A Bilangan firma dalam pasaran


B Kuasa menentukan harga dalam pasaran
C Tujuan firma mengeluarkan barang
D Jenis barang yang dikeluarkan

15. Kecekapan pengeluaran dan kecekapan peruntukan sumber merupakan


kebaikan yang diperoleh pasaran……

A Persaingan Bermonopoli
B Persaingan Oligopoli
C Persaingan Sempurna
D Persaingan Monopoli

5
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

16. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), keluk kos
berubah (AVC), keluk kos sut (MC), dan keluk hasil purata dan keluk hasil
sut (MR) bagi sebuah firma.

Kos (RM)

MC

AC

2.60 AR=MR
AVC
1.90

1.32

0.80

0 23 40 50 kuantiti (unit)

Berapakah jumlah kos berubah apabila firma tersebut


memaksimumkan untung?
A RM18.40
B RM42.00
C RM66.00
D RM76.00

17. Yang manakah ciri pasaran persaingan bermonopoli yang sama dengan
pasaran monopoli ?
A Kuasa menentukan harga
B Memperoleh untung lebih normal dalam jangka Panjang
C Keluaran merupakan pengganti hampir
D Kebebasan keluar masuk firma di pasaran

18. Yang manakah bukan merupakan persaingan bukan harga bagi pasaran
persaingan bermonopoli
A Pengiklanan
B Khidmat selepas jualan
C Promosi harga
D Galakan jualan

19. Keluk permintaan faktor pengeluaran merupakan


A Sebahagian daripada keluk keluaran hasil purata
B Sebahagian daripada keluk keluaran fizikal purata
C Sebahagian daripada keluk keluaran hasil sut yang bermula dari
keluk keluaran hasil sut sama dengan keluk keluaran hasil purata
maksimum
D Sebahagian daripada keluk jumlah hasil keluaran

6
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

20. Dalam gambar rajah di bawah, DL ialah keluk permintaan buruh dan SL
adalah keluk penawaran buruh bagi sebuah firma di pasaran.

Upah DL SL
(RM)

1000

700 E

SL DL

0 9 12 16 kuantiti buruh (ribu


orang )

Apakah yang akan berlaku jika kesatuan sekerja berjaya menuntut


upah minimum sebanyak RM1000

A Berlaku pengangguran sebanyak 7000 orang


B Jumlah buruh yang bekerja sebanyak 15 000 orang
C Kerajaan akan memberikan subsidi sebanyak RM4000
D Terdapat lebihan permintaan buruh sebanyak 3000 orang

7
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

SULIT*

Bahagian B [ 40 markah ]
Jawab empat soalan sahaja.

21. (a) Cahaya matahari dan tanah adalah dua jenis barang yang terdapat
dalam ekonomi. Terangkan perbezaan antara dua barang tersebut. [6]

(b) Dengan memberikan contoh, terangkan barang modal dengan barang


pengguna. [4]

22. (a) Jelaskan perbezaan antara perubahan dalam kuantiti diminta dengan
perubahan dalam permintaan [4]

(b) Huraikan kesan terhadap permintaan perabot kayu di pasaran jika

i) pendapatan rakyat meningkat [3]


ii) harga perabot plastik jatuh [3]

23. (a) Apakah dimaksudkan dengan keanjalan permintaan harga [2]

(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan ke atas jumlah


hasil apabila harga meningkat sekiranya:

i) Keanjalan permintaan harga anjal [3]


ii) Keanjalan permintaan harga tidak anjal [3]
iii) Keanjalan permintaan harga anjal satu [2]

24. (a) Terangkan dua faktor ekonomi bidangan dalaman yang menyebabkan [5]
kos purata jangka panjang semakin menurun
[5]
(b) Terangkan dua faktor ekonomi bidangan luaran yang menyebabkan
kos purata jangka panjang semakin menurun

25. (a) Terangkan mengapa pasaran persaingan bermonopoli lebih baik [4]
daripada pasaran monopoli.

(b) Bagaimana sebuah firma pasaran bermonopoli hendak membezakan


keluarannya ? [6]

26. a) Apakah yang dimaksudkan dengan sewa ekonomi dan perolehan [4]
pindahan?

b) Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai terangkan hubungan


antara sewa ekonomi dan perolehan pindahan dengan :

i) Keanjalan penawaran faktor anjal [3]


ii) Keanjalan penawaran faktor anjal sempurna [3]

8
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

SULIT*

Bahagian C [ 20 markah ]

Jawab dua soalan sahaja.

27. Persamaan penawaran bagi suatu barang adalah seperti berikut :


Qs = - 10 + 5P
dengan
Qs = kuantiti ditawarkan (unit)
P = harga (RM)

a) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan penawaran ? [1]


b) Hitung keanjalan penawaran apabila harga barang itu meningkat
daripada RM10.00 kepada RM20.00. Tafsirkan pekali keanjalan
penawaran
tersebut. [3]
c) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM3.00 atas
setiap unit barang tersebut, [1]

i)
Tentukan persamaan penawaran yang baharu bagi [1]
barang tersebut
ii) Hitung kuantiti ditawarkan apabila harga meningkat [2]
daripada RM10.00 kepada RM20.00
d) Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk penawaran
sebelum dan selepas cukai [3]

28. Gambarajah di bawah menunjukkan keluk kos berubah purata (AVC), kos
purata (AC), kos sut (MC), hasil purata (AR) dan hasil sut (MR) bagi sebuah
firma pasaran monopoli.

Harga /
Kos (RM)

MC

20
AC
18

17

MR AR

0 5 7 9 kuantiti (unit)

9
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

a) Pada tingkat keseimbangan, tentukan


i) Harga dan kuantiti keseimbangan firma monopoli ini [2]
ii) Hitung jumlah keuntungan yang diperoleh firm ini? [2]
b) Jika kerajaan ingin mengawal monopoli melalui dasar peletakan
harga – kos purata (P=AC) :
i) Apakah nama dasar peletakan harga tersebut? [1]
ii) Dari rajah apa yang akan terjadi apabila dasar ini
dijalankan? [2]
c) Selain dari itu jika kerajaan ingin mengawal monopoli melalui
dasar peletakan harga -kos sut ( P = MC ):
i) Apakah nama dasar peletakan harga tersebut? [1]
ii) Dari rajah apa akan terjadi apabila dasar ini dijalankan? [2]

29 Jadual di bawah menunjukkan penggunaan buruh dan jumlah keluaran


bagi sebuah firma persaingan sempurna.

Buruh (unit) Jumlah keluaran (unit)


0 0
1 6
2 14
3 21
4 27
5 32
6 35.5
7 37.5

a) Jika harga keluaran dan upah dalam pasaran ialah RM10.00 dan
RM70.00 masing- masing.
i) Hitung keluaran hasil sut dan keluaran hasil purata
bagi setiap kuantiti buruh. [4]
ii) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk keluaran
hasil purata dan keluaran hasil sut. [2]
b) Berdasarkan graf dalam (a) (ii), tentukan keseimbangan buruh. [2]
c) Adakah firma ini akan meminta buruh pada tingkat upah RM75.00?
Mengapa? [2]

10
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

SULIT*

944 / 1 STPM 2021


944/1/U1 STPM 2020

SET 2
KERTAS 1
(Dua Jam)

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI EKONOMI


JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon :

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.
Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tandakan jawapan yang betul pada
Borang Jawapan Aneka Pilihan yang dibekalkan.
Jawab empat daripada enam soalan dalam Bahagian B. Anda boleh menjawab
semua soalan dalam Bahagian B tetapi hanya empat jawapan pertama dalam Bahagian B
yang akan diperiksa.
Jawab dua daripada tiga soalan dalam Bahagian C. Anda boleh menjawab semua
soalan dalam Bahagian C tetapi hanya dua jawapan pertama dalam Bahagian C yang
akan diperiksa.
Tulis jawapan pada helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan
pada halaman baharu helaian jawapan.
Tunjukkan semua penghitungan dan bundarkan jawapan anda betul hingga dua
tempat perpuluhan.

SULIT

11
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

SULIT

BAHAGIAN A [ 20 markah ]
Jawab semua soalan

1. Pemangkin utama untuk mempercepatkan proses pengeluaran barang


ialah

A Tanah yang subur


B Buruh yang mahir
C Tingkat teknologi tinggi
D Usahawan berjaya

2. Setiap kombinasi titik-titik di dalam keluk kemungkinan pengeluaran


menunjukkan

Barang
pertanian

0 Barang perkilangan

A Kecekapan pengeluaran
B Tidak dapat dihasilkan kerana sumber tidak mencukupi
C Dapat dihasilkan menggunakan sumber sedia ada
D Berlaku pembaziran sumber ekonomi

3. Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, yang manakah menyelesaikan


masalah “ bagaimana barang hendak dikeluarkan” ?

A Mengeluarkan barang berdasarkan kehendak pengguna


B Mengeluarkan barang dengan kos pengeluaran yang minimum
C Mengeluarkan barang berasaskan faktor pengeluaran yang
terhad
D Mengeluarkan barang mengikut faktor pengeluaran yang
mudah didapati

4. Antara berikut yang manakah akan menyebabkan keluk permintaan


kopi beralih ke kanan?

A Penurunan harga teh


B Penurunan harga kopi
C Kos pengeluaran kopi semakin menurun
D Citarasa pengguna ke atas kopi meningkat

12
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

5. Diberikan fungsi penawaran pasaran bagi suatu barang ialah 2500


unit. Jika fungsi permintaan pasaran bagi barang itu ialah Qd = 7000 –
50P, dengan Qd ialah kuantiti diminta (unit) dan P ialah harga (RM),
Berapakah harga keseimbangan pasaran ?

A RM55
B RM90
C RM95
D RM80

6. Jadual di bawah menunjukkan permintaan dan penawaran beras pada


pelbagai tingkat harga.

Harga Kuantiti diminta Kuantiti ditawarkan


(RM per kg) (juta kg) (juta kg)
5.00 5 100
4.00 15 90
3.00 25 80
2.00 35 70
1.00 45 60

Cuaca buruk telah menyebabkan penawaran beras


berkurangan sebanyak 50% pada setiap tingkat harga.
Berapakah harga keseimbangan baharu?

A RM1.00
B RM2.00
C RM3.00
D RM4.00

7. Sesuatu barang dikatakan mempunyai permintaan tak anjal sekiranya

A Barang tersebut merupakan barang mewah


B Barang tersebut mempunyai banyak barang pengganti
C Barang tersebut mempunyai kegunaan yang terhad
D Barang tersebut mempunyai penawaran yang tidak terhad

8. Kejatuhan harga suatu barang dari RM30.00 ke RM 15.00


menyebabkan penawaran barang tersebut berkurangan sebanyak
25%. Ini bermakna keanjalan penawaran barang tersebut adalah

A Anjal
B Tidak anjal
C Anjal sempurna
D Tidak anjal sempurna

9. Dasar harga minimum yang dilaksanakan terhadap keluaran pertanian


akan menyebabkan

A Kuantiti diminta bertambah


B Kuantiti ditawar bertambah
C Kebajikan pengguna meningkat
D Pendapatan pengeluar berkurang

13
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

10. Jadual di bawah menunjukkan faktor pengeluaran yang digunakan dan


jumlah kos yang ditanggung oleh pengusaha A.

Faktor pengeluaran Jumlah kos (RM)


Upah buruh 3000
Belian bahan mentah 9000
Sewa kilang milik pengusaha 2000
Sewa mesin 3000
Bayaran ansuran kenderaan milik 3500
pengusaha

Berapakah kos eksplisit dan kos implisit ?

Kos eksplisit (RM) Kos implisit (RM)


A 15 000 5000
B 5000 15 000
C 15 000 5500
D 8000 12 000

11. Hukum Pulangan berkurangan bermaksud

A Keluaran sut bertambah apabila kuantiti buruh digunakan


bertambah
B Keluaran purata berkurang apabila kuantiti buruh digunakan
bertambah
C Jumlah keluaran berkurang apabila kuantiti buruh digunakan
bertambah
D Tambahan jumlah keluaran semakin berkurang akibat
tambahan satu unit buruh

12. Yang manakah pernyataan yang benar tentang hubungan antara kos?

A Apabila kos purata meningkat, kos sut melebihi kos purata


B Apabila kos purata menurun , kos tetap purata melebihi kos
purata
C Apabila kos berubah purata menurun, kos sut melebihi kos
berubah purata
D Apabila kos berubah purata meningkat, kos tetap purata
melebihi kos berubah purata

13. Pasaran persaingan sempurna mencapai kecekapan pengeluaran pada


tingkat

A Hasil sut sama dengan kos sut dan harga sama dengan hasil sut
B Hasil sut sama dengan kos sut dan harga lebih tinggi daripada
kos sut
C Hasil sut sama dengan kos sut dan harga lebih tinggi daripada
hasil sut
D Hasil sut sama dengan kos sut dan harga sama dengan kos
purata minimum

14
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

14. Maklumat kos dan hasil bagi sebuah firma monopoli yang berada pada
tingkat keseimbangan adalah seperti berikut :

Harga = RM15.00
Kos purata = RM9.00
Hasil sut = RM10.00
Kos Sut = RM10.00

Jika keluaran keseimbangan ialah 110 unit, berapakah


keuntungan yang dinikmati oleh firma tersebut?

A RM320.00
B RM550.00
C RM660.00
D RM1100.00

15. Apabila kerajaan mengawal firma monopoli dengan menetapkan harga


sama dengan kos purata, firma tersebut akan mendapat

A Untung lebih normal yang lebih rendah


B Untung lebih normal yang lebih tinggi
C Untung kurang normal
D Untung normal

16. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), keluk kos
berubah (AVC), keluk kos sut (MC), dan keluk hasil purata dan keluk
hasil sut (MR) bagi sebuah firma.

Kos (RM)
AC

MC

50

36 AR=MR
AVC

25

0 20 kuantiti (unit)

Berapakah jumlah kerugian yang ditanggung jika firma


tersebut menutup operasinya?
A RM140.00
B RM280.00
C RM300.00
D RM500.00

15
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

17. Apabila firma pasaran persaingan bermonopoli mengalami untung


lebih normal dalam jangka masa pendek, ini akan menyebabkan

A Bilangan firma bertambah dan keluk kos purata beralih ke atas


B Bilangan firma bertambah dan keluk hasil purata beralih ke
bawah
C Bilangan firma berkurang dan keluk kos purata beralih ke
bawah
D Bilangan firma berkurang dan keluk hasil purata beralih ke
kanan

18. Kadar bunga adalah

A Ganjaran kepada pemilik faktor modal atas kesanggupan


menangguhkan aset kewangan
B Ganjaran kepada pemilik faktor usahawan atas kesanggupan
menanggung risiko
C Ganjaran kepada pinjaman wang di bank
D Ganjaran kepada pemilik tanah yang penawarannya yang
terhad

19. Kesatuan sekerja akan lebih berjaya dalam usaha menuntut upah yang
lebih tinggi sekiranya

A Saiz firma adalah kecil


B Mobiliti buruh adalah rendah
C Kadar pengangguran adalah tinggi
D Permintaan terhadap barangan meningkat

16
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

20. Dalam gambar rajah di bawah, DL ialah keluk permintaan buruh dan SL
adalah keluk penawaran buruh bagi sebuah firma di pasaran.

Sewa (RM)

10
S

5 E

0 20 Kuantiti tanah ( ekar )

Dari rajah, kirakan nilai perolehan pindahan

A RM20.00
B RM60.00
C RM80.00
D RM100.00

17
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

SULIT*

Bahagian B [ 40 markah ]
Jawab empat soalan sahaja.

21. a) “Kehendak manusia tidak terhad, tetapi sumber ekonomi adalah


terhad.”Huraikan secara ringkas masalah yang timbul dari keadaan di atas. [6]

b) Dengan memberikan contoh, terangkan perbezaan antara barang modal [4]


dengan barang pengguna.

22. Apabila penawaran dapur gas meningkat, jelaskan dengan menggunakan


gambar rajah, perubahan keseimbangan pasaran bagi
a) Dapur gas [5]
b) Gas [5]

23. Jelaskan 5 faktor yang dapat meningkatkan penawaran kereta buatan [10]
Malaysia.

24. a) Dengan memberikan contoh bezakan antara ekonomi bidangan


dalaman dengan ekonomi bidangan luaran. [4]
b) Terangkan bagaimana ekonomi bidangan luaran dan ekonomi bidangan
dalaman mempengaruhi kedudukan keluk kos purata jangka panjang. [6]

25. Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan bagaimana firma pasaran [10]
persaingan sempurna yang mengalami kerugian dapat meneruskan
operasinya.

26. Terangkan lima faktor yang mempengaruhi kejayaan kesatuan sekerja [10]
dalam menuntut kenaikan upah.

18
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

SULIT*

Bahagian C [ 20 markah ]

Jawab dua soalan sahaja.

27. Jadual di bawah menunjukkan kombinasi barang pengguna dan barang


modal bagi sebuah negara K.

Kombinasi A B C D E F
Barang pengguna (unit) 0 3 6 9 9 12
Barang modal (unit) 30 27 21 12 21 0

a) Apakah yang dimaksudkan dengan keluk kemungkinan [1]


pengeluaran ?
b) Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk kemungkinan [2]
pengeluaran.
c) Apakah bentuk keluk kemungkinan pengeluaran bagi negara K? [1]
d) Hitung kos lepas bagi mengeluarkan
i) Seunit barang pengguna pada setiap kombinasi, [2]
ii) Seunit barang modal pada setiap kombinasi, [2]
e) Adakah kombinasi 9 unit barang pengguna dan 21 unit barang
modal boleh dicapai ? Mengapa ? [2]

28 Jadual di bawah menunjukkan data permintaan dan jumlah kos sebuah


firma di pasaran persaingan sempurna.

Kuantiti (unit) Jumlah kos (RM)


0 100
1 150
2 184
3 208
4 227
5 250
6 280
7 318
8 366
a) Jika harga pasaran adalah RM30.00 seunit,

i) Hitung hasil sut, kos sut, dan jumlah hasil. [4]


ii) Nyatakan tingkat keluaran pada tingkat keseimbangan [2]
iii) Hitung kos purata pada tingkat keseimbangan [1]
b) Hitung sama ada firma mendapat untung atau rugi. Jelaskan
kesannya kepada firma tersebut. [3]

19
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

29. Diberi persamaan kos bagi sebuah firma adalah seperti berikut :

C = 1000 + 30Q
dengan C = jumlah kos (RM)
Q = kuantiti keluaran (unit)

Pada keluaran 80 unit dan harga RM40.00 seunit

a) Hitung kos tetap, kos berubah dan jumlah kos, [3]


b) Hitung untung atau rugi yang diperoleh firma ini, [2]
c) Adakah firma ini masih boleh meneruskan operasinya? Mengapa ? [2]
d) Berapa peratuskah harga barang tersebut perlu dinaikkan supaya
firma mendapat pulang modal? [3]

20
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

CADANGAN JAWAPAN

SET 1
KERTAS 1
Bahagian A
1 B 2 A 3 C 4 B 5 C
6 D 7 A 8 C 9 B 10 A
11 A 12 D 13 D 14 C 15 C
16 C 17 A 18 C 19 C 20 A

Bahagian B
Soalan 21
Ceraian (a)
- Cahaya matahari adalah contoh kepada barang percuma, tanah adalah contoh kepada
barang ekonomi.
- Penawaran cahaya matahari adalah tidak terhad manakala penawaran tanah adalah
terhad
- Cahaya matahari tidak mempunyai kos lepas manakala tanah mempunyai kos lepas
- Untuk mengeluarkan cahaya matahari tidak memerlukan kos / percuma manakala
untuk mengeluarkan tanah perlukan kos / mempunyai harga.
Ceraian (b)
- Barang modal ialah satu benda/alat yang dihasilkan oleh firma lain dan digunakan oleh
firma lain pula untuk menghasilkan barang lain. Contoh mesin.
- Barang pengguna ialah satu barang siap/akhir yang boleh terus digunakan oleh
pengguna. Contoh : baju

Soalan 22
Ceraian (a)
- Perubahan dalam kuantiti diminta disebabkan oleh harga barang itu sendiri manakala
perubahan dalam permintaan disebabkan oleh faktor lain seperti pendapatan pengguna

- Perubahan dalam kuantiti diminta menyebabkan pergerakan titik di sepanjang keluk


permintaan yang sama manakala perubahan dalam permintaan mengalihkan keluk
permintaan ke kiri atau ke kanan.

Ceraian (b)(i)
- Apabila pendapatan rakyat meningkat, kuasa beli pengguna akan meningkat ,
permintaan terhadap perabot kayu akan bertambah, keluk permintaan akan
beralih ke kanan.

Ceraian (b) (ii)


- Perabot plastik adalah barang pengganti kepada perabot kayu. Apabila harga perabot
plastik telah jatuh, permintaan atas barang penggantinya iaitu perabot kayu akan
berkurang menyebabkan keluk permintaan beralih ke kiri.

21
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

Soalan 23
Ceraian (a)
- Keanjalan permintaan harga adalah mengukur darjah tindakbalas perubahan dalam
kuantiti diminta kesan daripada perubahan dalam harga barang itu.

Ceraian (b)(i)
Pada masa keanjalan
Harga permintaan harga [Ed] anjal,
(RM) peratus perubahan dalam
kuantiti diminta lebih besar
dari peratus perubahan dalam
P1 A harga. Oleh itu apabila Ed anjal,
Po B kenaikan harga akan
D menyebabkan jumlah hasil
menurun dari 0PoBQo kepada
0P1AQ1

0 Q1 Qo kuantiti(unit)

Ceraian (b) (ii)


Pada masa keanjalan
Harga permintaan harga [Ed] tidak
(RM) anjal, peratus perubahan dalam
kuantiti diminta lebih kecil dari
peratus perubahan dalam
P1 A harga. Oleh itu apabila Ed tidak
anjal, kenaikan harga akan
menyebabkan jumlah hasil
Po B meningkat dari 0PoBQo kepada
0P1AQ1
D

0 Q1 Qo kuantiti (unit)

Ceraian (b) (ii)


Pada masa keanjalan
Harga permintaan harga [Ed] anjal
(RM) satu, peratus perubahan dalam
kuantiti diminta sama dengan
peratus perubahan dalam
P1 A harga. Oleh itu apabila Ed anjal
satu, kenaikan harga tidak
akan menyebabkan jumlah
Po B D hasil meningkat atau menurun
/ tetap sama.

0 Q1 Qo kuantiti (unit)

22
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

Soalan 24
Ceraian (a)
- (Maksud) Ekonomi bidangan dalaman ialah kebaikan yang diterima firma akibat
perkembangan dalam firma itu sendiri.

- Faktor ekonomi bidangan dalaman yang menyebabkan kos purata jangka panjang
semakin menurun ialah ekonomi pengkhususan. Adanya pengkhususan kerja dalam
proses pengeluaran, daya pengeluaran lebih meningkat, kos purata jangka panjang
semakin menurun.

- Faktor kedua ialah ekonomi pengurusan. Firma yang mengeluarkan barang secara besar
besaran akan mampu mendapatkan pengurus yang cekap. Produktiviti akan meningkat.
Akhirnya kos pengeluaran menurun, kos purata jangka panjang semakin menurun.

- Faktor ketiga ialah ekonomi kewangan. Firma besar mudah mendapat pinjaman dengan
kadar pinjaman yang rendah dan jangka masa bayaran balik adalah panjang. Ini akan
menurunkan kos purata jangka panjang.
Mana-mana 2 isi

Ceraian (b)
(Maksud) Ekonomi bidangan luaran ialah kebaikan yang diterima firma akibat
perkembangan ekonomi secara besar-besaran.

- Untuk faktor ekonomi bidangan luaran yang menyebabkan keluk kos purata jangka
panjang menurun ialah ekonomi penempatan. Apabila firma berpusat di kawasan yang
strategik dan mempunyai fungsi yang sama akan lebih cekap. Ini akan menurunkan kos
purata jangka panjang.

- Ekonomi infrastruktur. Perkembangan infrastruktur iaitu dengan adanya jaringan


jalanraya , perkhidmatan elektrik dan air yang baik akan dapat menjimatkan kos. ini
akan menurunkan kos purata jangka panjang.

- Faktor ekonomi buruh mahir. Buruh yang sedia mempunyai kemahiran tinggi melalui
latihan yang disediakan akan dapat menjimatkan kos. Ini akan menurunkan kos purata
jangka panjang.
Mana-mana 2 isi

Soalan 25
Ceraian (a)

- Keluaran dalam pasaran bermonopoli adalah berbeza corak berbanding keluaran dalam
pasaran monopoli. Oleh itu penguna mempunyai pilihan yang banyak. Jika sebuah firma
menaikkan harga, pengguna akan beralih membeli dari firma lain yang mengeluarkan
barang yang sama .
- Harga yang dikenakan oleh pasaran bermonopoli lebih rendah berbanding pasaran
monopoli lebih tinggi. Ini adalah kerana pasaran bermonopoli hanya mempunyai sedikit
kuasa menentukan harga berbanding pasaran monopoli kuasa menentukan harga lebih
tinggi

23
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

Ceraian (b)
- Firma pasaran bermonopoli membezakan keluarannya di pasaran dengan membezakan
dari segi jenama. Ianya dikaitkan dengan imej yang baik dan ada keunikan tersendiri di
pasaran.

- Selain itu dengan cara pembungkusan. Firma akan membuat reka bentuk dari segi
bentuk fizikal , saiz atau warna yang berbeza antara satu sama lain. Ini dapat
membezakan keluarannya.

- Selain itu dengan cara pengiklanan. Dengan iklan melalui media massa dapat
memperkenalkan produk kepada pelanggan. Ini dapat membezakan keluarannya.

- Selain itu dengan cara khidmat lepas jualan, iaitu dengan memberi perkhidmatan
penghantaran dan barang terus ke rumah secara percuma dan juga memberi
perkhidmatan bagaimana cara menggunakan sesuatu produk. Ini dapat membezakan
keluarannya.

- Selain itu, galakan jualan iaitu membuat promosi memberi sampel percuma barang
supaya pengguna mengenali produk baru sesebuah firma. Ini dapat membezakan
keluarannya.

Soalan 26
Ceraian (a)
- Sewa ekonomi ialah bayaran lebihan yang diterima oleh faktor pengeluaran untuk
mengekalkannya dalam penggunaan sekarang.
- Perolehan pindahan ialah sejumlah bayaran minimum kepada faktor pengeluaran untuk
mengekalkan faktor dalam penggunaan sekarang.

Ceraian (b) (i)


Rajah Keanjalan penawaran faktor anjal
- keseimbangan di E, apabila keluk
Sewa (RM) permintaan faktor bersilang
dengan keluk penawaran faktor ,
harga faktor ialah P dan kuantiti
S ialah Q.
- sewa ekonomi ialah APE
P E - perolehan pindahan ialah 0AEQ
- Perolehan pindahan adalah lebih
besar dari sewa ekonomi
A D

0 Q kuantiti
Faktor (unit)

24
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

Ceraian (b) (ii)


Rajah Keanjalan penawaran faktor anjal
sempurna
Sewa (RM) - keseimbangan di E, apabila keluk
permintaan faktor bersilang
dengan keluk penawaran faktor,
harga faktor ialah P dan kuantiti
ialah Q.
P E S - Dari rajah, semua adalah
perolehan pindahan sebanyak
0PEQ
D

0 Q kuantiti
Faktor (unit)

Bahagian C

Soalan 27
Ceraian (a)
- Keanjalan penawaran harga ialah mengukur darjah tindakbalas perubahan dalam
kuantiti ditawar kesan daripada perubahan dalam harga barang tersebut.

Ceraian (b)
P = RM10.00 P = RM20.00
Qs = - 10 + 5P Qs = - 10 + 5P
Qs = - 10 + 5(10) Qs = -10 + 5(20)
Qs = 40 unit Qs = 90 unit

- Es = %∆Q
%∆P
- Es = 90 - 40 x 10
40 20 – 10
Es = 1.25
- Tafsiran : apabila harga naik 1%, kuantiti ditawar akan bertambah sebanyak
1.25%

Ceraian ( c)(i)
- Qs = - 10 + 5P
Qs = - 10 + 5(P-3)
Qs1 = - 25 + 5P
Ceraian (c ) (ii)
P = RM10.00 P = RM20.00
Qs = - 25 + 5P Qs = - 25 + 5P
Qs = - 25 + 5(10) Qs = -25 + 5(20)
Qs = 25 unit Qs = 75 unit

25
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

Ceraian (d)
- Atas kertas graf [ ms 32]

Soalan 28
Ceraian (a)
i) Harga keseimbangan ialah RM20, kuantiti keseimbangan ialah 5 unit.
ii) Jumlah untung = TR -TC
= [5x20] – [17x5 ]
= RM15
Ceraian (b)
i) Dasar Harga Pulangan Adil
ii) Harga akan turun dari RM20 ke RM17, firma mendapat untung normal

Ceraian (c)
i) Dasar Harga Optimum Sosial
ii) Harga akan turun dari RM20 ke RM18, firma mendapat untung lebih normal

Soalan 29
Ceraian (a)( i)

Buruh TPP APP ARP MPP MRP


(unit) (unit) (unit) (RM) (unit) (RM)
0 0 0 0 0 0
1 6 6 60 6 60
2 14 7 70 8 80
3 21 7 70 7 70
4 27 6.75 67.5 6 60
5 32 6.4 64 5 50
6 35.5 5.92 59.20 3.5 35
7 37.5 5.36 53.60 2 20

Ceraian (a)( ii ) atas kertas graf [ ms 33 ]

Ceraian (b)
- Dari graf, keseimbangan apabila MRP=MCf = Upah = RM70, kuantiti buruh ialah 2.5 unit.
Ceraian (c )
- Tidak. kerana jumlah hasil keluaran kecil dari jumlah kos buruh [TRP < TCf]

26
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

SET 2
KERTAS 1
Bahagian A
1 C 2 D 3 B 4 D 5 B
6 B 7 C 8 B 9 B 10 C
11 D 12 A 13 D 14 C 15 D
16 D 17 B 18 A 19 D 20 C

Bahagian B
Soalan 21
Ceraian (a)
- 1. Masalah kekurangan – iaitu apabila sesuatu sumber telah digunakan untuk
menghasilkan sesuatu barang, maka sumber tersebut tidak dapat digunakan untuk
mengeluarkan barang lain.
- 2. Masalah pilihan – Oleh kerana sumber ekonomi adalah terhad maka manusia terpaksa
membuat pilihan. Bagi pengguna, pemilihan barangan adalah yang dapat
memaksimumkan kepuasan.
- 3. Masalah kos lepas – selepas pilihan dibuat wujudlah kos lepas iaitu barangan kedua
terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan barangan yang lebih baik.
Ceraian (b)
- Barang modal ialah satu alat yang dikeluarkan oleh firma lain dan digunakan oleh firma
lain untuk menghasilkan barang lain. Contohnya mesin
- Barang pengguna ialah satu barang akhir yang boleh terus digunakan oleh pengguna.
Contohnya kereta.

Soalan 22
Ceraian (a)
Rajah -Keseimbangan asal di titik Eo, apabila
Harga Do So SoSo=DoDo, pada tingkat harga Po dan
(RM) kuantiti Qo.

Eo S1 - Apabila penawaran dapur gas


Po meningkat, keluk penawaran dapur gas
E1 akan beralih ke kanan dari SoSo ke S1S1.
P1
-Pada keseimbangan baru E1, harga
So akan turun dari Po ke P1 dan kuantiti
Do akan bertambah dari Qo ke Q1.

S1

0 Qo Q1 kuantiti
(unit)

27
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

Ceraian (b)

Rajah -Keseimbangan asal di titik Eo, apabila


Harga D1 So SoSo=DoDo, pada tingkat harga Po dan
(RM) kuantiti Qo.
Do
E1 -Dapur gas dan gas adalah barang
P1 penggenap
Eo
Po - Apabila penawaran dapur gas
meningkat, maka permintaan gas akan
So meningkat. Keluk permintaan gas akan
Do beralih ke kanan dari DoDo ke D1D1.

S1 -Pada keseimbangan baru E1, harga


akan naik dari Po ke P1 dan kuantiti
akan bertambah dari Qo ke Q1.
0 Qo Q1 kuantiti
(unit)

Soalan 23
- Faktor harga input pengeluaran. Apabila harga input pengeluaran turun, kos
pengeluaran akan menurun, penawaran kereta buatan Malaysia akan meningkat.

- Faktor kedua ialah tingkat teknologi. Apabila tingkat teknologi meningkat , daya
pengeluaran akan turut meningkat, penawaran kereta buatan Malaysia meningkat.

- Faktor ketiga ialah bilangan firma. Apabila bilangan firma telah bertambah, penawaran
kereta buatan Malaysia akan meningkat.

- Faktor keempat ialah matlamat pengeluar. Apabila matlamat seorang pengeluar ialah
untuk menguasai pasaran kereta, maka penawaran kereta buatan Malaysia meningkat.

- Faktor jangkaan harga masa depan. Apabila harga kereta buatan Malaysia dijangka akan
turun masa depan, maka penawaran kereta buatan Malaysia akan meningkat pada
masa sekarang.

Soalan 24

Ceraian (a)

- Ekonomi bidangan dalaman ialah kebaikan yang diterima firma akibat perkembangan
dalam firma itu sendiri. Contohnya Ekonomi pengkhususan.

- Manakala ekonomi bidangan luaran ialah kebaikan yang diterima firma akibat
perkembangan ekonomi secara besar-besaran. Contohnya Ekonomi pemusatan dan
penempatan.

28
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

Ceraian (b)

Ekonomi bidangan luaran dan LAC


Rajah - Faedah ekonomi bidangan
luaran seperti kemudahan
Kos infrastruktur akan dapat
(RM) mengurangkan kos pengeluaran
jangka Panjang.
LAC1
Kesan daripada ekonomi
bidangan luaran menyebabkan
LAC2 keluk kos purata jangka panjang
beralih ke bawah dari LAC1 ke
LAC2

0 kuantiti (unit)

Ekonomi bidangan dalaman dan LAC


Rajah - Faedah ekonomi bidangan
dalaman seperti ekonomi
Kos pengurusan dan pengkhususan
(RM) akan dapat mengurangkan kos
pengeluaran jangka panjang.

Kesan daripada ekonomi


A bidangan dalaman menyebabkan
LAC pergerakan kos di sepanjang
keluk kos purata jangka panjang
B Iaitu dari titik A ke B.

0 Q kuantiti (unit)

29
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

Soalan 25
- Rajah
Kos / MC
Hasil (RM)
AC

A AVC
P2
P1 E AR=MR

P3 B

0 Q1 kuantiti (unit)

- Keseimbangan asal ialah di E, apabila MR=MC [1], harga P1 dan kuantiti Q1. [1]
- Jumlah hasil ialah sebanyak OP1EQ1[1]
- Jumlah kos ialah sebanyak OP2AQ1 [1]
- Oleh itu jumlah hasil lebih kecil dari jumlah kos. [1]
- Walaupun mengalami kerugian, tetapi masih dapat menampung kos berubah
[OP3BQ1] [1] dan sebahagian kos tetap [P1P3EB ] [1]

- Firma terpaksa meneruskan operasi kerana beberapa sebab :


i) Kalau berhenti kerugian lebih besar mana 1 [1]
ii) Dapat kekalkan pasaran, jika tidak akan hilang pelanggan.
iii) Kemahiran buruh dapat ditingkatkan.
-
Soalan 26
Antara 5 faktor yang mempengaruhi kejayaan kesatuan sekerja menuntut upah :

- Bahagian upah dalam jumlah kos pengeluaran. Jika upah adalah hanya sebahagian kecil
dari jumlah kos pengeluaran, maka tuntutan kesatuan sekerja naik upah akan berjaya.

- Selain itu, permintaan barang keluaran firma. Sekiranya permintaan barang keluaran
firma tidak anjal, kemungkinan tuntutan kesatuan sekerja menuntut upah tinggi akan
berjaya.

- Selain itu keadaan jika ekonomi berada dalam guna tenaga penuh, kemungkinan
tuntutan kesatuan sekerja menuntut upah tinggi akan berjaya.

- Selain itu faktor daya pengeluaran sut buruh. Jika daya pengeluaran sut buruh
meningkat kemungkinan tuntutan kesatuan sekerja menuntut upah tinggi akan berjaya.

- Selain itu faktor kewangan kesatuan sekerja. Jika kewangan kesatuan sekerja kukuh,
keupayaan menuntut kenaikan upah akan berjaya.

30
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

Bahagian C

Soalan 27
Ceraian (a)
- Keluk kemungkinan pengeluaran ialah satu keluk yang menunjukkan kuantiti had
maksimum yang boleh dikeluarkan oleh sesebuah negara dengan menggunakan semua
faktor pengeluaran dengan tingkat teknologi

Ceraian (b)
- Atas kertas graf [ ms 34 ]
Ceraian ( c)
- Bentuk cembung

Ceraian (d) [i] [ii]


Kombinasi Barang Barang Kos lepas barang Kos lepas barang
pengguna modal pengguna modal
(unit) (unit) (seunit barang (seunit barang
modal) pengguna)
A 0 30 1.00
B 3 27 1.00 0.5
C 6 21 2.00 0.33
D 9 12 3.00 0.25
F 12 0 4.00 -

Ceraian e
- Tidak. Ini adalah kerana sumber ekonomi tidak mencukupi.

Soalan 28
Ceraian (a) [i]
P = RM30.00 seunit
Kuantiti Jumlah kos Jumlah Kos sut Kos Purata Hasil sut
(unit) (RM) Hasil (RM) (RM) (RM)
(RM)
0 100 0 - - -
1 150 30 50 150 30
2 184 60 34 92 30
3 208 90 24 69.33 30
4 227 120 19 56.75 30
5 250 150 23 50 30
6 280 180 30 46.67 30
7 318 210 38 45.43 30
8 366 240 48 45.75 30

Ceraian (a) (ii)


- Keseimbangan ialah pada MR=MC=RM30, kuantiti 6 unit.
Ceraian (a) (iii)
- Kos purata = RM46.67
Ceraian (b)
- Untung / Rugi = TR – TC
= 180 – 280
= - RM100
Firma mengalami kerugian. Kesannya bilangan firma akan berkurang kerana apabila
rugi firma akan keluar dari pasaran.

31
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

Soalan 29

Ceraian (a)
- Kos tetap [TFC] = RM1000
Kos Berubah [TVC] = 30Q
= 30 x 80
= RM2400
Jumlah kos [TC] = 1000 + 2400
= RM3400
Ceraian (b)
- Untung / Rugi = TR -TC
= (40 x 80 ) – 3400
= - RM200
Ceraian (c )
- Ya. Kerana jumlah hasil yang diperoleh boleh menampung jumlah kos berubah dan
sebahagian kos tetap.
Ceraian (d)
- Untuk mendapat untung pulang modal ataupun untung normal nilai RM0
0 = TR – TC
0 = TR – 3400
TR = 3400
P x Q = 3400
P = 3400 / 80
P = RM42.50
- Harga asal = RM40
% harga barang itu supaya firma mendapat pulang modal

= 42.50 – 40.00 x 100


40.00
= 6.25%

32
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

Soalan 27 , ceraian (d)

Harga (RM)

16

14

12

Qs1 = -25 + 5P
10

Qs = -10 + 5P
8

0 10 20 30 kuantiti (unit)

33
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

Soalan 29 ( ceraian (a)(ii)

Keluaran (unit)

80 *

UPAH=
70 * * *
MCf
*
*
60 * * *
*
* ARP
50 *

40

30

20 * MRP

10

0 1 2 2.5 3 4 5 6 7
Kuantiti buruh (unit)

34
Modul Peningkatan Prestasi Ekonomi Semester 1 | 2021

Soalan 27 Ceraian ( b )

barang modal (unit)

30 *A

*B
25

*E
20 *C

15

10 *D

*F
0 3 6 9 12 Barang pengguna (unit

35

You might also like