FAQ DIFFENZ Kemaskini Pada 20.09.2021

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 29

JADUAL PENGAMBILAN DIFFENZ

ALERGI
Bolehkah mereka yang ada alergi ambil Diffenz?
Alergik adalah antara masalah hipersensitiviti dan apabila ada benda
trigger, ia boleh menghidupkan sistem pertahanan badan dan
menyebabkan simptom seperti gatal-gatal mata, bersin, hidung
berair. Ada trigger faktor yang boleh menerukkan lagi masalah
tersebut. Pertama sekali prospek sendiri yang perlu kenal pasti
alergen yang menyebabkan masalah tersebut terjadi seperti habuk
yang ada pada sofa, karpet, bantal atau tilam lama. Lain-lain faktor
trigger yang biasa ialah pencemaran udara (asap) termasuk jika ada
pembangunan berdekatan (habuk simen) dan juga jika ada bela
kucing atau haiwan lain. Elakan perkara tersebut di samping dia perlu
amalkan pemakanan yang seimbang seperti banyakkan sayur.
Boleh perhaluskan terlebih dahulu kepada prospek jika dia alergi
dengan bahan di dalam Diffenz, simptom alergi akan muncul dari hari
pertama mengambil Diffenz. Malah formulasi Diffenz hanya
menggunakan tumbuhan dan buahan semula jadi yang tidak
menyebabkan kesan alergi.
Tapi seandainya prospek risau, boleh berhenti ambil Diffenz selama 2
minggu dan cuba semula selepas 2 minggu.

Bolehkah saya ambil Diffenz jika saya ada alergi kepada


cendawan?
Pertama sekali untuk masalah hipersensitiviti, perlu cari dan elakkan
faktor trigger yang boleh mengaktifkan tindak balas alergi tersebut,
contoh jika prospek kata ada alergi kepada cendawan tapi mungkin
sesetengah cendawan sahaja, jadi prospek itu sendiri perlu kenal
pasti jenis cendawan yang boleh menyebabkan tindak balas alergi.
Perlu faham juga yang Diffenz ini hanya menggunakan ekstrak
Cendawan Susu Harimau. Jadi tiada masalah untuk prospek mencuba
ambil Diffenz selama beberapa hari. Seandainya kesan-kesan alergi
muncul sebaik sahaja ambil Diffenz, boleh hentikan penggunaannya.
ANGIN
Adakah Diffenz boleh menyebabkan angin?
Masalah angin ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor termasuklah
gastritis, sembelit, GERD, migrain dan sebagainya.
Oleh itu, penting untuk ambil Diffenz selepas makan waktu perut
betul-betul kenyang. Ini kerana, Diffenz ini mempunyai rasa yang
sedikit masam kerana kandungan Blackcurrant dan Buah
Camu-Camu. Boleh jadi juga simptom pening tersebut disebabkan
oleh rengsa perut yang menghasilkan angin. Oleh yang demikian,
galakkan prospek untuk minum air secukupnya dan teruskan gaya
hidup yang sihat serta ambil Diffenz selepas makan waktu perut
betul-betul kenyang.

BATU KARANG
Adakah pengambilan Diffenz boleh menyebabkan
pembentukan batu karang oksalat?
Badan akan menguraikan Vitamin C kepada oksalat sebagai bahan
kumuh. Namun dalam masa yang sama, Vitamin C juga mempunyai
fungsi diuretik yang menggalakkan pengeluaran air kencing. Maka
oksalat yang berlebihan tadi akan dikeluarkan melalui air kencing.
Disebabkan itu penting untuk mengambil air mencukupi untuk bantu
badan mengeluarkan bahan kumuh oksalat ini tadi melalui air
kencing.
Oleh itu pernyataan mengatakan Vitamin C sebagai punca batu
karang adalah TIDAK TEPAT, kerana banyak lagi makanan yang boleh
menghasilkan bahan kumuh oksalat seperti teh, kopi, bayam,
keledek dan sebagainya yang boleh menyebabkan masalah batu
karang buah pinggang.

BAU
Adakah bau tablet untuk Diffenz yang baru ini berubah?
Bau tablet sama seperti sebelum ini. Namun, maklum balas mungkin
berbeza bagi individu kerana deria bau masing-masing adalah
berbeza. Dan, perlu diketahui juga produk-produk semula jadi
mungkin boleh menimbulkan sedikit perubahan bau.
BINTIK @ GRANUL
Kenapa ada bintik-bintik pada permukaan tablet Diffenz saya?
Jika tuan/puan mendapati terdapat bintik-bintik pada permukaan
tablet, ia merupakan granul ekstrak semula jadi pada tekstur tablet
dan tidak mempengaruhi keberkesanan produk.

BUAH CAMU-CAMU
Kenapa menggunakan Buah Camu-Camu dan bukannya buahan
lain yang kaya dengan Vitamin C?
Buah Camu-Camu diiktiraf sebagai buah-buahan yang mempunyai
kandungan Vitamin C tertinggi di dunia. Tambahan pula, buah ini
sangat unik yang mana penyerapan vitamin C nya lebih tinggi
berbanding buahan lain kerana kandungan antioksidan dan bahan
aktif di dalamnya seperti polifenol dan flavonoid meningkatkan lagi
penyerapan (bioavailability) vitamin di dalam badan.
Adakah pengambilan Buah Camu-Camu berbahaya kerana ia
mengandungi kandungan Vitamin C 60 kali ganda lebih tinggi
berbanding buah oren?
Buah Camu-camu sememangnya mempunyai kandungan Vitamin C
yang tinggi. Namun, kajian mendapati tiada jumlah toksik yang
dikesan sehingga kini. Formulasi Diffenz telah mengambil kira jumlah
Buah Camu-camu yang bersesuaian dan berdasarkan kajian sains
terkini.

BUAH PINGGANG
Adakah pesakit buah pinggang kronik boleh ambil Diffenz?
Buah pinggang kronik adalah dikategorikan apabila pesakit berada
pada tahap 4 di mana bacaan GFR adalah kurang daripada 30 atau
pesakit tersebut telah pun menjalankan rawatan dialisis. Kita kurang
menyarankan pengambilan Diffenz bagi pesakit buah pinggang
kronik. Sebaiknya syorkan pelanggan untuk dapatkan nasihat
daripada doktor yang merawat terlebih dahulu jika nak ambil Vitamin
C. Jika bacaan GFR pesakit melebihi 30, boleh ambil Diffenz mengikut
saranan pengambilan, tapi penting untuk perhatikan juga had air
prospek sekiranya ada.
CAIR DI MULUT
Mengapa Diffenz lebih mudah cair di mulut?
Kami mengambil perhatian maklum pelanggan yang menginginkan
tablet yang lebih mudah untuk dimakan. Oleh itu, Diffenz kali ini
adalah lebih mudah cair di mulut.

CARA PENGAMBILAN
● Ambil 1-2 tablet sehari selepas makan, seandainya mempunyai
perut sensitif atau gastritis pastikan ambil selepas makan waktu
perut betul-betul kenyang.
● Kanak-kanak di bawah umur 5 tahun dan ibu mengandung
trimester 1(bawah 4 bulan) tidak disyorkan untuk ambil Diffenz.
● Mereka yang mempunyai penyakit khusus seperti dialisis,
thalassemia dan hemochromatosis sebaiknya dapatkan nasihat
doktor yang merawat terlebih dahulu sebelum ambil Diffenz.
● Jarakkan 30 minit dengan pengambilan ubat-ubatan.
● Simpan Diffenz pada suhu bilik (elakkan suhu panas) dan tutup
dengan kemas.
● Amalkan setiap hari untuk kesan yang optima.

CENDAWAN SUSU HARIMAU


Dari manakah sumber Cendawan Susu Harimau?
Sememangnya Cendawan Susu Harimau hanya boleh didapati di
kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk. Namun kini,
penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan
dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat
kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang
dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi
berbanding yang tumbuh meliar.
CIRIT-BIRIT
Adakah Diffenz boleh menyebabkan masalah perut seperti cirit
birit?
Keadaan ini berlaku disebabkan oleh Vitamin C yang berlebihan akan
berada pada usus dan menyebabkan gangguan pada penyerapan air
di najis dalam usus. Vitamin C ini juga akan bertindak menangkap air
dan menyebabkan najis keluar sedikit cair dan mempunyai lapisan
lendir.
Jika keadaan ini berlaku secara berterusan, minum air secukupnya
untuk mengelakkan dehidrasi. Ambil Vitamin C dalam jumlah
optimum dan elakkan pengambilan secara berlebihan. Namun,
toleransi individu adalah berbeza. Pengambilan 2 tablet Diffenz tidak
menyebabkan perkara ini kerana ia belum mencapai dos yang
berlebihan.

COVID
KONTAK RAPAT
Bagaimanakah cara pengambilan bagi individu yang kontak
rapat Covid-19 dan berapa lama mereka perlu ambil
mengikut dos tersebut?
Kanak-kanak @ Remaja (5-17 tahun) : 1 biji setiap 12 jam
Dewasa (>18 tahun) @ wanita hamil trimester 2 dan 3 : 1 biji
setiap 6 jam
*Sila rujuk jadual pengambilan Diffenz untuk lebih jelas

Dos yang disebutkan di atas perlu diambil selama tempoh


kuarantin. Selepas habis tempoh kuarantin, ambil dos seperti
individu normal.
COVID
POSITIF COVID 19
Bagaimanakah cara pengambilan bagi individu yang positif
Covid 19 dan berapa lama mereka perlu ambil mengikut dos
tersebut?
Kanak-kanak @ Remaja (5-17 tahun) : 1 biji setiap 8 jam
Dewasa (> 18 tahun) @ wanita hamil pada trimester 2 dan 3 : 2 biji
setiap 6 jam
*Sila rujuk jadual pengambilan Diffenz untuk lebih jelas

Tempoh inkubasi (tempoh masa dari saat seseorang dijangkiti virus


hingga ia mula mengalami tanda-tanda jangkitan) ini boleh berlaku
dalam masa 2 minggu dan seawal 5 hari. Jadi dos tersebut perlu
diambil dalam tempoh 10 hingga 14 hari.

Bolehkah wanita yang baru mengandung dan dijangkiti Covid


ambil Diffenz?
Terlebih dahulu perlu difahami yang sebarang kemungkinan boleh
berlaku dengan prospek yang dijangkiti Covid, dengan kita tidak tahu
penjagaan prospek sebelum ini sama ada prospek cukup nutrisi atau
pun tidak, ada muntah teruk atau tidak, prospek ada penyakit kronik
ataupun tidak. Jadi, kita tidak tahu bagaimana perkara ini dapat
diperbetulkan sebab prospek pun baru sahaja nak mula ambil Diffenz.
Jadi, disini perlu ditekankan walaupun keadaan prospek mungkin
agak membimbangkan, tapi kita tidak boleh berputus asa untuk
berikhtiar sebab itu kita syorkan untuk ambil Diffenz.
Jadi, bagi ibu mengandung yang disahkan positif Covid 19 atau ibu
mengandung yang kontak rapat, pengambilan Diffenz yang disyorkan
adalah sebanyak 1 tablet bagi setiap 6 jam. Perlu perhaluskan yang
saranan ini sesuai untuk ibu-ibu mengandung pada 2nd trimester (13
minggu dan ke atas).
Jangan lupa juga untuk tekankan pengambilan Diffenz perlu
disertakan dengan penjagaan gaya hidup termasuklah minum air
yang cukup, kawalan stres yang baik, tidur yang cukup dan makan
banyak sayur.
CYST & FIBROID
Bolehkah individu yang mempunyai cyst atau fibroid
mengambil Diffenz?
Tiada masalah bagi mereka yang ada cyst atau fibroid untuk
mengambil Diffenz sebagai perlindungan tambahan.

DIALISIS
Adakah pesakit dialisis boleh ambil Diffenz?
Kita kurang menyarankan pengambilan Diffenz bagi pesakit yang
menjalankan rawatan dialisis. Jika nak ambil, perlu dapatkan
pandangan daripada doktor yang merawat terlebih dahulu.
Jika ikut kajian, mereka yang menjalani dialisis ini sudah tentu
mengalami risiko kekurangan Vitamin C dan memerlukan vitamin ini
untuk mengurangkan stres oksidatif pada buah pinggang. Walaupun
Diffenz diformulasikan untuk mendapatkan kesan yang optima. Kita
menyarankan prospek untuk mendapatkan nasihat daripada doktor
yang merawat terlebih dahulu. Namun, jika doktor benarkan untuk
mengambil Vitamin C, boleh separuhkan tablet Diffenz.
Remark : Kami tidak mendedahkan dos sebenar Vitamin C
memandangkan ia melibatkan formulasi dan bertujuan untuk
memelihara hak cipta Eskayvie.

DIFFENZ & VITAMIN C LAIN


Bolehkah saya ambil Diffenz walaupun dah ambil Vitamin C
lain?
Boleh perhaluskan kepada prospek bahawa dalam Diffenz sudah
mengandungi Vitamin C, maka prospek boleh hentikan pengambilan
Vitamin C daripada suplemen lain kerana dos Vitamin C seperti yang
disyorkan adalah sudah dianggap optima.
DIFFENZ & VITAMIN C LAIN
Saya dah ambil multivitamin, bolehkah ambil Diffenz lagi?
Secara umumnya, multivitamin ini mengandungi beberapa jenis
vitamin dan mineral untuk memenuhi kekurangan nutrisi seseorang
individu. Dan, kebiasaanya kandungan vitamin C dalam produk
multivitamin tidaklah terlalu tinggi. Jadi, tiada masalah untuk
prospek ambil multivitamin bersama dengan Diffenz.

Apakah beza Diffenz dengan vitamin C lain di pasaran?


Perkara yang ketara yang membezakan Diffenz dan Vitamin C lain di
pasaran adalah dari segi bahan yang digunakan. Diffenz bukan
sahaja mengandungi Vitamin C tapi juga Vitamin D, Buah
Camu-Camu dan Cendawan Susu Harimau. Dua bahan istimewa yang
digunakan ini yang membuatkan Diffenz berbeza dengan
produk-produk lain. Tambahan pula, ada jenis-jenis Vitamin C yang
dijual di pasaran juga mengandungi pemanis tiruan seperti
Aspartame, pewarna tiruan dan pengawet. Diffenz tidak
menggunakan pemanis tiruan tersebut, kandungan gula dalam
Diffenz adalah datangnya daripada sumber semula jadi.

DOS
Berapakah dos bahan-bahan di dalam Diffenz?

Dos bahan-bahan di dalam Diffenz tidak dinyatakan kerana ia


melibatkan formulasi serta bagi memelihara hak cipta Eskayvie, dan
formulasi ini adalah untuk memastikan Diffenz memberikan kesan
yang dijanjikan berdasarkan dos-dos yang optimum.
GASTRITIS & GERD
Bolehkah pesakit gastritis dan GERD ambil Diffenz?
Boleh. Disyorkan untuk tekankan cara pengambilan Diffenz yang
betul oleh kerana kandungan Buah Camu-Camu yang sedikit masam
ini boleh menyebabkan rengsa perut bagi mereka yang mempunyai
perut sensitif. Jadi pengambilan Diffenz yang disarankan adalah
selepas makan waktu perut betul-betul kenyang untuk elakkan
rengsa perut dan angin.
Diffenz juga boleh melindungi tetapi tidak menyelesaikan
sepenuhnya akar punca masalah gastritis. Punca masalah gastritis ini
terjadi adalah disebabkan oleh kuman H.Pylori yang menyebabkan
keradangan dan kecederaan pada lapisan permukaan perut. Untuk
membunuh kuman H.Pylori, badan memerlukan antioksidan yang
sangat kuat seperti AstaReal yang terdapat di dalam Redianze
Platinum.

GULA
Adakah Diffenz mengandungi gula?
Diffenz ini tidak mengandungi penambahan gula atau pun gula
tambahan seperti aspartame. Kandungan 0.45g gula dalam 1 tablet
Diffenz datang daripada sumber semula jadi iaitu Blackcurrant.
Sebenarnya 0.45g (1.8 kcal) gula ini tidak sampai 1% pun daripada
keperluan kalori seharian. Anda hanya perlu bercakap 3-5 minit untuk
membakar kalori sebanyak itu. Jadi jangan risau. Kalau nak
dibandingkan jika ambil buahan seperti 1 biji oren, 1/2 biji jambu
batu, 5 biji strawberi, pun dah mengandungi anggaran 15 gram gula.
Jadi jangan risau mengenai kandungan gula dalam Diffenz lagi-lagi
gula tersebut datang daripada Blackcurrant sahaja dan bukan gula
tambahan/alternatif. Lebih merisaukan bila kita memilih tablet yang
mempunyai gula alternatif seperti aspartame yang hanya ditulis pada
ruang ramuan tapi tidak ditulis pada fakta nutrisi.
G6PD
Bolehkah individu yang mempunyai G6PD ambil Diffenz?
Kekurangan enzim G6PD ini berkait rapat dengan masalah keturunan
dan enzim ini berfungsi untuk memastikan sel darah merah sihat dan
hidup pada tempoh yang sepatutnya. Kesan apabila ada masalah
enzim G6PD ini ialah masalah hemolytic anaemia yang mana sel
darah merah dihancurkan pada kadar yang lebih laju berbanding
pembuatan sel darah merah baru.
Cara yang terbaik yang boleh dilakukan adalah elakkan faktor trigger
seperti ubat-ubatan serta bahan-bahan tertentu yang boleh
menyebabkan hemolisis. Vitamin C amat penting untuk pesakit ini
sebab Vitamin C diperlukan untuk metabolisma zat besi dan
pembentukan sel darah merah baru.
Kandungan Vitamin C dalam Buah Camu-Camu yang terdapat dalam
Diffenz mempunyai kadar penyerapan yang lebih tinggi berbanding
vitamin C lain. Ini disebabkan oleh gabungan bahan fenolik dalam
Buah camu-camu dan ini boleh meningkatkan penyerapan Vitamin C
di dalam badan dan bagus untuk mereka yang ada masalah
hemolytik anemia. Jika ikut kajian, pengambilan Vitamin C kurang
6g sehari adalah selamat diambil bagi pesakit G6PD. Bahkan,
golongan ini sangat disarankan untuk mengambil Vitamin C kerana ia
dapat melindungi dari pengoksidaan sel darah merah. Jadi
pengambilan Diffenz mengikut saranan pengambilan tidak akan
menerukkan individu yang mempunyai masalah ini.

HAID
Bolehkah ambil Diffenz sewaktu haid?
Tiada masalah nak ambil Diffenz sewaktu haid. Diffenz ini tidak
melibatkan hormon. Vitamin C ini adalah larut air, maksudnya ia akan
dikeluarkan melalui air kencing dan bukannya dikeluarkan melalui
darah kotor tersebut.
HALAL
Adakah Diffenz mempunyai HALAL?
Tidak perlu risau kerana semua produk Eskayvie telah mendapat
pengiktirafan HALAL daripada JAKIM. Diffenz telah memperoleh
kelulusan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)
daripada KKM untuk mengesahkan keselamatan produk.
Setelah dapat kelulusan KKM barulah boleh membuat permohonan
baru untuk mendapat pengiktirafan HALAL. Di sini disertakan no
rujukan Halal. Pelanggan boleh semak di laman sesawang JAKIM.
No.Rujukan Halal : 1 002-09/2009

HARMONISASI
Adakah pening salah satu kesan harmonisasi Diffenz?
Bagi sesetengah orang yang betul-betul sensitif sahaja yang akan
rasa simptom ini, tapi sangat jarang ianya berlaku. Pening ini
dijangkakan kesan harmonisasi sahaja. Boleh rujuk balik jawapan Dr.
Syid mengenai 'healing crisis' tentang pembuangan toksin dalam
badan. Salah satu simptomnya adalah boleh mengakibatkan gejala
penyakit yang sedia ada menjadi semakin ketara juga. InsyaAllah,
selang beberapa hari ia akan hilang. Tiada masalah untuk prospek
teruskan pengambilan Diffenz, boleh perhaluskan lagi untuk ambil
Diffenz selepas makan waktu perut betul-betul kenyang bagi
mengelakkan kerengsaan perut. Boleh nasihatkan prospek, untuk
perbanyakkan makan sayur dan juga ambil air yang cukup. Ini
bertujuan untuk membantu mempercepatkan proses pengeluaran
toksin dalam badan itu.
HEMOCHROMATOSIS
Bolehkah pesakit hemochromatosis mengambil Diffenz?
Hemochromatosis adalah satu penyakit keturunan dan sangat jarang
berlaku, ia adalah keadaan dimana badan menyerap iron (zat besi)
secara berlebihan. Zat besi yang berlebihan itu akan disimpan di
dalam organ badan seperti hati, jantung dan pankreas. Sekiranya
keadaan ini berlaku secara berterusan, ia boleh mendatangkan
banyak komplikasi seperti sakit jantung, kencing manis dan
sebagainya. Zat besi adalah mineral penting dalam badan yang
mempunyai banyak peranan. Salah satunya adalah untuk
menghasilkan hemoglobin (sel darah merah) yang berfungsi untuk
menghantar oksigen ke seluruh badan.
Antara simptom penyakit ini adalah seperti radang sendi, badan rasa
lemah, kencing manis, kehilangan dorongan seks, mati pucuk,
kegagalan hati & jantung, kebingungan dan sebagainya. Bagi pesakit
ini yang nak mengambil Vitamin C, sebaiknya dapatkan pandangan
daripada doktor yang merawat terlebih dahulu.

HEMOPHILIA
Bolehkah pesakit hemophilia mengambil Diffenz?
Hemophilia adalah keadaan di mana darah tidak boleh membeku dan
boleh menyebabkan pendarahan secara tiba-tiba (spontaneous
bleeding). Perlu di fahami yang Diffenz ini boleh mempengaruhi
kadar kecairan darah bagi individu yang sensitif. Oleh itu, disyorkan
untuk prospek yang mempunyai masalah ini untuk mendapatkan
nasihat daripada doktor yang merawat terlebih dahulu sebelum
mengambil Diffenz.
KANAK-KANAK
Adakah kanak-kanak boleh mengambil Diffenz?
Boleh, tiada masalah untuk mengambil 1 tablet sehari kerana ia
masih mengikut optimum dos yang dibenarkan. Jadual
Pengambilan Diffenz adalah mengikut dos yang ditetapkan oleh
kajian-kajian sains terkini. Kami telah mengenal pasti optimum dos
yang dibenarkan sebelum mengeluarkan dos-dos tersebut
Sememangnya dos minimum Vitamin C adalah kurang daripada 100
mg sehari tapi perlu difahami ini adalah dos minimum yang
diperlukan oleh badan. Perlu difahami juga jika prospek ambil 100
gram ini, tidak semua akan diserap. Ketika musim pandemik ini
sudah tentu badan perlu mengoptimakan sistem imun, jadi
pengambilan Vitamin C pada kadar yang optima amat diperlukan
badan. Lagi lagi sekarang ini dengan cara pemakanan, pencemaran
daripada persekitaran radikal bebas serta penyakit berjangkit di luar
sana semestinya badan memerlukan Vitamin C tambahan untuk
perlindungan yang lebih.

Bolehkah kanak-kanak bawah 5 tahun mengambil Diffenz?


Bagi kanak-kanak yang berusia kurang dari 5 tahun tidak digalakkan
untuk mengambil suplemen. Mereka disyorkan untuk mendapatkan
nutrisi ini melalui pemakanan dan diet yang seimbang seperti
buahan, sayuran, hasil tenusu dan protein yang cukup. Namun kalau
nak ambil juga pengambilan Diffenz yang disyorkan adalah setengah
biji sehari untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.

Bolehkah cairkan Diffenz dan masukkan dalam susu untuk


kanak-kanak?
Tiada masalah, jika nak hancurkan Diffenz dan masukkan dalam
minuman susu kanak-kanak.
Remark : Harus perhatikan jika suhu air itu tinggi, ia boleh
mempengaruhi Vitamin C kerana Vitamin C ini sensitif kepada suhu.
KANSER
Bagaimana Diffenz membantu penyakit kanser?
Kandungan Cendawan Susu Harimau di dalam Diffenz dikaji sebagai
bahan yang mempunyai bahan anti-tumor dan anti-kanser serta
bertindak sebagai imunomodulator yang dapat melindungi badan.
Cendawan Susu Harimau mengandungi bahan Polysaccharide-Protein
Complex (PSP) yang bertindak untuk menghalang duplikasi sel
kanser terutama sel kanser payudara di dalam badan. Dalam kajian
sains mendapati, PSP ini juga membantu menghalang pembiakan sel
kanser pada paru-paru sehingga 45%. Kandungan antioksidan yang
kuat di dalam Diffenz juga dapat membantu memberi perlindungan
serta menguatkan perlindungan barisan pertama di dalam badan.

KEMOTERAPI
Bolehkah individu yang menjalani kemoterapi mengambil
Diffenz?
Tiada masalah bagi prospek yang menjalani kemoterapi untuk
mengambil Vitamin C. Diffenz bukan sahaja mengandungi Vitamin C
dan Vitamin D yang boleh meningkatkan sistem imun prospek, malah
kandungan Cendawan Susu Harimau dalam Diffenz mempunyai
kesan anti kanser dan bertindak mengurangkan pembiakan sel
kanser dan berfungsi sebagai immunomodulator (merangsang sistem
imun) serta membantu mengurangkan oksidatif stress akibat
kemoterapi tersebut. Malah rasa Diffenz yang masam boleh
membantu melegakan rasa loya kesan rawatan kemoterapi juga.
Kajian sains menunjukkan, kebanyakan pesakit kanser yang
menjalani rawatan kemoterapi akan mengalami masalah kekurangan
Vitamin C. Jadi, pengambilan Vitamin C dapat membantu
merangsang penghasilan sel imun badan.
KENAPA PERLU DIFFENZ
Kenapa anda perlukan Diffenz?
Perlu difahami 3 perkara kenapa Vitamin C ini penting:
1. Badan tidak menghasilkan Vitamin C
Pengambilan Vitamin C dari luar adalah satu-satunya sumber untuk
mendapatkan Vitamin C. Sememangnya Vitamin C boleh didapati
daripada sayuran dan buahan, namun data daripada Kajian Morbiditi
Kesihatan Kebangsaan 2019 mendapati 95% rakyat Malaysia tidak
mengambil sayuran dan buahan mencukupi setiap hari.
2. Vitamin C mudah rosak
Kandungan Vitamin C mudah rosak disebabkan oleh faktor masakan,
suhu, cuaca dan racun perosak. Kandungan Vitamin C dalam sayur
akan berkurang sebanyak 13 sehingga 60% bergantung kepada cara
masakan kita. Pengambilan sayuran yang tidak mencukupi ini
ditambah pula dengan Vitamin C yang mudah rosak mendedahkan
individu dengan kekurangan Vitamin C di dalam badan.
3. Vitamin C adalah vitamin larut air.
Vitamin C yang tidak digunakan akan terus dikeluarkan melalui air
kencing dan tidak disimpan sebagai "stok" di dalam badan untuk
digunakan ketika diperlukan.
Ditambah lagi dengan keadaan persekitaran yang dikelilingi dengan
pencemaran serta gaya hidup yang tidak terjaga seperti pengambilan
makanan terproses/segera, gula, kurang bersenam, tekanan, dan
faktor lain mendedahkan individu kepada stres oksidatif yang boleh
dikurangkan dengan pengambilan antioksidan seperti yang terdapat
dalam Vitamin C.
Pengambilan suplemen sedikit sebanyak membantu mengatasi
kekurangan Vitamin C kepada individu. Penambahan Buah
Camu-Camu adalah untuk meningkatkan lagi penyerapan
memandangkan Vitamin C di dalam Buah Camu-Camu adalah dalam
bentuk yang lebih mudah diserap oleh badan di samping
memudahkan para pengguna untuk mendapatkan manfaat lain yang
ada dalam Buah Camu-camu selain daripada kandungan Vitamin C
semata-mata. Malah, Diffenz juga mengandungi bahan-bahan lain
iaitu Vitamin D dan Cendawan Susu Harimau. Gabungan
bahan-bahan ini di dalam satu produk bertujuan untuk memudahkan
pengguna mendapatkan nutrisi dalam bentuk yang mudah, dengan
harga mampu milik.
KENAPA VITAMIN C TIDAK
DITULIS PADA
BOTOL/KOTAK DIFFENZ
Perubahan ini dilakukan bagi mengikut format piawai yang
dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan (BKKM)
Kementerian Kesihatan Malaysia. Diffenz didaftarkan di bawah
Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan (BKKM). BKKM telah
mengemaskini format pelabelan dan salah satu format piawai
pelabelan BKKM yang terkini adalah tidak memerlukan dos Vitamin C
ditulis pada bahagian botol atau kotak produk. Bagi produk yang
berdaftar di bawah Biro Pengawalan Farmasuetikal Kebangsan (BPFK)
sahaja akan mengeluarkan dos bahan secara lengkap di bahagian
botol produk. Produk di bawah BPFK adalah produk-produk yang
mempunyai bahan terkawal seperti gamat, gluthatione serta
berbentuk gelule dan kapsul.

Dos bahan-bahan di dalam Diffenz tidak dinyatakan kerana ia


melibatkan formulasi serta bagi memelihara hak cipta Eskayvie, dan
formulasi ini adalah untuk memastikan Diffenz memberikan kesan
yang dijanjikan berdasarkan dos-dos yang optimum.

KKM
Adakah Diffenz sudah mempunyai ujian klinikal?

Kami menggunakan formulasi berdasarkan bahan aktif yang sedia


ada mempunyai kajian klinikal mengikut dos-dos yang digunapakai.
KKM
Mengapakah Diffenz di kawal selia oleh BKKM bukannya BPFK?
Kelulusan KKM terbahagi kepada dua iaitu di bawah seliaan Bahagian
Keselamatan & Kualiti Makanan (BKKM) atau Biro Pengawalan
Farmasuetikal Kebangsan (BPFK).
Diffenz didaftarkan di bawah Bahagian Keselamatan & Kualiti
Makanan (BKKM). BKKM telah mengemaskini format pelabelan dan
salah satu format piawai pelabelan BKKM yang terkini tidak
memerlukan dos Vitamin C ditulis di bahagian botol atau kotak
produk. Bagi produk yang berdaftar di bawah Biro Pengawalan
Farmasuetikal Kebangsan (BPFK) sahaja akan mengeluarkan dos
bahan secara lengkap di bahagian botol produk. Produk di bawah
BPFK adalah produk-produk yang mempunyai bahan terkawal seperti
gamat, gluthatione dan sebagai serta berbentuk gelule dan kapsul.
Walaupun Diffenz dalam bentuk biji, tapi ia tidak mengandungi bahan
terkawal seperti yang dinyatakan oleh Biro Kawalan Farmaseutikal
Kebangsaan. Sebab itu Diffenz didaftarkan dibawah BKKM (Bahagian
Keselamatan dan Kualiti Makanan) dan tidak mempunyai no MAL dan
stiker hologram.
Jadi jangan risau, kerana Eskayvie sangat menitikberatkan
keselamatan produk kepada pengguna. Produk yang dihasilkan akan
melalui beberapa lapisan saringan keselamatan oleh Eskayvie dan
pihak KKM sendiri.

Mengapakah dos Vitamin D tidak dinyatakan di botol Diffenz?


Vitamin D ada dinyatakan pada botol Diffenz. Boleh lihat di bahagian
ramuan Diffenz. Namun, dos tersebut tidak dinyatakan kerana ia
melibatkan formulasi untuk memastikan Diffenz memberikan kesan
yang dijanjikan berdasarkan dos-dos yang optimum.
Jangan risau kerana dos yang digunakan adalah berdasarkan
piawaian yang ditetapkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi formulasi ini
telah mematuhi syarat dan tidak melebihi dos yang ditetapkan.
LOYA
Adakah Diffenz boleh menyebabkan loya?
Loya ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti gastritis,
GERD, ubat-ubatan, ulser, jangkitan, kanser dan sebagainya.
Oleh itu, penting untuk ambil Diffenz selepas makan waktu perut
betul-betul kenyang. Boleh jadi juga rasa loya tersebut disebabkan
oleh rengsa perut yang menghasilkan angin, menyebabkan sakit
kepala dan rasa loya. Galakkan juga prospek untuk minum air
mencukupi dan jaga gaya hidup dengan baik.

PENGHADAMAN
Adakah Vitamin C di dalam Diffenz boleh menyebabkan
masalah penghadaman?
Tidak. Pengambilan Vitamin C berlebihan iaitu dalam bentuk
megadoses (>3000 mg) mungkin boleh menyebabkan masalah
penghadaman seperti cirit birit. Namun, toleransi individu adalah
berbeza. Jadi, pengambilan 2 tablet Diffenz tidak menyebabkan
perkara ini kerana ia belum mencapai dos yang disebutkan tadi.
Jika keadaan ini berlaku secara berterusan, minum air yang cukup
untuk mengelakkan dehidrasi. Ambil Vitamin C dalam dos yang
optimum dan elakkan berlebihan.

PENYAKIT @ MASALAH
KESIHATAN
Adakah semua jenis penyakit boleh ambil Diffenz?
Ya, kecuali bagi mereka yang mempunyai penyakit penyakit khusus
seperti menjalani dialisis, thalassemia dan hemochromatosis
sebaiknya dapatkan nasihat daripada Doktor yang merawat terlebih
dahulu untuk penyesuaian. Bagi individu ini, pengambilan Vitamin C
pada dos yang rendah boleh membantu mengurangkan stres
oksidatif yang dialami oleh pesakit-pesakit ini.
PEROKOK
Adakah perokok memerlukan Diffenz?
Sangat perlu. Perokok menggunakan Vitamin C di dalam badan pada
kadar yang lebih cepat, berbanding dengan bukan perokok. Satu
kajian mendapati bahawa perokok mempunyai tahap Vitamin C yang
sangat rendah di dalam badan mereka manakala kajian lain pula
mendapati individu yang mengalami kekurangan Vitamin C berisiko
tinggi untuk mendapat jangkitan paru-paru. Oleh itu, suplemen
Vitamin C sangat disarankan kepada perokok dan mereka yang
tinggal bersama perokok. Malah Diffenz bukan sahaja mengandungi
Vitamin C, tapi juga Vitamin D dan Cendawan Susu Hariamu yang
dapat memelihara kesihatan paru-paru.

RASA PRODUK
Kenapa rasa Diffenz berbeza?
Rasa Diffenz lebih masam kerana satu, ianya bergantung kepada
deria dan kedua ia bergantung kepada sumber ekstrak buah-buahan
yang sukar dikawal dari sudut rasanya. Namun, dari sudut bahan
aktifnya mempunyai tahap formulasi yang sama seperti sebelum ini.

SAIZ TABLET
Mengapa saiz tablet Diffenz kelihatan berbeza?
Saiz tablet Diffenz berbeza adalah disebabkan oleh permintaan
Diffenz yang mendadak, kami terpaksa menggunakan mesin yang
berkapasiti tinggi yang kadang kala mempunyai saiz yang berlainan
tapi beratnya sama.
SAKIT KEPALA
Adakah Diffenz boleh menyebabkan sakit kepala?
Sakit kepala ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti gula
darah tinggi/rendah, tekanan darah tinggi, migrain, stress, postur
tidak betul, dan sebagainya. Sembelit pun boleh menyebabkan
angin dan migrain/sakit kepala.
Oleh itu, penting untuk ambil Diffenz selepas makan waktu perut
betul-betul kenyang. Ini kerana, Diffenz ini mempunyai rasa yang
sedikit masam disebabkan oleh kandungan Blackcurrant dan Buah
Camu-Camu. Boleh jadi juga rasa pening tersebut disebabkan oleh
rengsa perut yang menghasilkan angin dan menyebabkan sakit
kepala. Galakkan juga prospek untuk minum air kosong secukupnya
dan jaga gaya hidup dengan baik.

SEBU
Adakah Diffenz boleh menyebabkan rasa sebu?
Sebu ini boleh disebabkan oleh banyak faktor seperti pengambilan
ubat-ubatan tertentu, gastritis, GERD, jenis makan dan sebagainya.
Oleh itu, penting untuk ambil Diffenz selepas makan waktu perut
betul-betul kenyang. Ini kerana, Diffenz ini mempunyai rasa sedikit
masam disebabkan oleh kandungan Blackcurrant dan Buah
Camu-Camu. Boleh jadi juga rasa sebu tersebut disebabkan oleh
rengsa perut. Galakkan juga prospek untuk minum air mencukupi
dan jaga gaya hidup dengan baik serta elakkan berbaring selepas
makan.

SELERA MAKAN
Adakah Diffenz menyebabkan selera makan bertambah?
Tidak. Diffenz tidak menyebabkan selera makan bertambah.
Biasanya keadaan ini terjadi bila prospek mengalami perut sensitif.
Perhaluskan prospek untuk ambil selepas makan waktu perut
betul-betul kenyang ya.
SILICA GEL
Bolehkah saya ambil Diffenz jika silica gel di dalam botol
Diffenz terbuka?
Jangan risau, anda masih selamat untuk mengambil Diffenz. Ini
kerana menurut FDA (United States Food and Drug Administration),
makanan yang bersentuh dengan silica gel masih selamat untuk
diambil.
Silica gel digunakan untuk menyerap lembapan dalam produk,
supaya ia tidak mudah rosak, tidak teroksida atau tidak berkulat, dan
memanjangkan jangka hayat sesuatu produk. Disyorkan untuk
mengasingkan silica gel yang terbuka dengan Diffenz supaya anda
tidak termakan sekali silica gel tersebut.

THALASSEMIA
Adakah pesakit thalassemia boleh ambil Diffenz?
Untuk penghidap thalassemia minor (thalassemia ringan & tidak
memberi kesan kepada kesihatan) boleh ambil Diffenz mengikut
saranan. Tapi untuk thalassemia major sebaiknya berbincang dengan
doktor yang merawat jika ingin mengambil suplemen Vitamin C.
Adakah Vitamin C berlebihan boleh menyebabkan penyerapan
zat besi berlebihan kepada penghidap thalassemia major?

Thalassemia major pula kebiasaannya dikenal pasti sejak waktu kecil


lagi dan memerlukan tambahan darah setiap bulan
Salah satu fungsi Vitamin C adalah sememangnya untuk membantu
penyerapan zat besi. Walau bagaimanapun, zat besi yang berlebihan
juga adalah punca stress oksidatif dalam badan yang boleh
merosakkan organ. Banyak kajian telah menyokong bahawa
peratusan antioksidan dalam badan berkurang disebabkan paras zat
besi yang tinggi dan disebabkan itu pesakit thalassemia sangat
memerlukan bahan antioksidan seperti Vitamin C dan Vitamin E.
Dan untuk pesakit thalassemia, pengambilan Vitamin C yang
berlebihan di samping diet yang tinggi zat besi boleh membahayakan.
Secara amnya, pesakit thalassemia disyorkan untuk mengamalkan
diet kurang zat besi di samping pengambilan antioksidan seperti
Vitamin C untuk perlindungan badan dari kerosakan dalaman.
THALASSEMIA
Dalam kajian lain, rawatan thalassemia termasuk menggunakan
ubatan seperti deferoxamine, deferiprone dan deferasirox untuk
membantu membuang zat besi yg berlebihan terutama untuk mereka
yang memerlukan transfusi darah secara berkala. Dan kajian
mendapati penggunaan Vitamin C bersama sesetengah rawatan
thalassemia boleh membantu meningkatkan perkumuhan zat besi dari
badan.
Setelah mempertimbangkan kesan baik dan buruk Viitamin C apabila
berinteraksi dengan zat besi, sebaiknya berbincang dengan doktor
yang merawat jika pesakit thalassemia ingin mengambil suplemen
Vitamin C kerana doktor yang merawat juga kebiasaannya akan
menetapkan Vitamin C mengikut kesesuaian rawatan.

TUBE FEEDING (PEMAKANAN MELALUI

TIUB)

Bolehkah pesakit yang makan melalui tiub ambil Diffenz?


Boleh hancurkan Diffenz, kemudian masukkan bersama dengan
pengambilan susu prospek. Disyorkan untuk mengambil Diffenz
selepas pengambilan susu yang pertama untuk mengelak perut
kosong.

UBAT-UBATAN
Bolehkah saya ambil Diffenz jika saya ada ambil ubat-ubatan
lain?
Boleh, tiada masalah. Boleh jarakkan pengambilan Diffenz 30 minit
dengan ubat lain yang di ambil prospek.
VAKSIN
Boleh saya ambil Diffenz sebelum cucuk vaksin?
Sangat disyorkan kerana :
- Membantu menyiapsediakan badan kita supaya dapat
mengurangkan kesan sampingan vaksin.
- Mengoptimakan kesan vaksin terhadap badan kita. Tapi
disarankan untuk ambil sekurang-kurangnya seminggu atau
dua minggu sebelum vaksinasi dan teruskan pengambilannya
walaupun selepas vaksinasi.

WANITA MENGANDUNG @
MENYUSU
Bolehkah ibu mengandung mengambil Diffenz?
Boleh, disarankan ambil selepas trimester pertama. Ini kerana risiko
keguguran atau sebab lain itu tinggi, dan jika berlaku, dibimbangkan
pelanggan akan menyalahkan suplemen walaupun sebenarnya tidak
ada kaitan. Ini mungkin menimbulkan kontroverrsi dan
memburukkan nama suplemen. Tapi dalam kes ini, nyawa ibu itu
penting, dan pelanggan itu harus diberitahu bahawa risiko keguguran
itu ada (mungkin dari demam atau jangkitan Covid) maka jangan
pula disalahkan pada suplemen. InsyaAllah kita ikhtiar, dan serahkan
segalanya kepada Allah yang Maha Bijaksana. Untuk produk
Eskayvie, kandungan nya tidak merbahaya pada wanita hamil, jadi
InsyaAllah tidak ada masalah. Cuma nak elakkan kontroversi seperti
yang dinyatakan di atas.

Adakah pengambilan Diffenz selamat untuk ibu yang


menyusu?
Tiada masalah bagi ibu yang menyusu nak ambil Diffenz. Dos
Vitamin C tidak akan mempengaruhi susu badan ibu kerana Vitamin
C ini bersifat larut air, dimana kandungan Vitamin C yang
berlebihan akan dikeluarkan melalui air kencing.
WARFARIN
Bolehkah pesakit yang makan warfarin ambil Diffenz?
Bagi pesakit yang mengambil ubat pencair darah iaitu Warfarin,
pengambilan Diffenz (lebih spesifik kandungan cendawan susu
harimau) mungkin boleh mempengaruhi kadar kecairan darah bagi
sesetengah mereka yang sensitif. Maka disyorkan untuk memeriksa
profil pendarahan selepas beberapa hari pengambilan Diffenz (antara
3-5 hari). Perubahan dos Warfarin mungkin diperlukan bagi individu
yang sensitif dengan pengambilan Diffenz.

Bagi yang mengambil Warfarin, Dr Syid menyarankan untuk semak


semula kadar kecairan darah (bleeding time) di hospital seperti di
bawah :
1. Ambil produk selama 3 hari.
2. Semak semula kadar kecairan darah di hospital (doktor akan
adjust dos Warfarin mengikut kesesuaian).
3. Ambil produk dan Warfarin secara istiqamah.
4. Jika berhenti produk, semak semula kadar kecairan darah
selepas 3 hari berhenti ambil produk.

WARNA TABLET
Mengapa warna tablet Diffenz kelihatan berbeza?
Warna tablet dipengaruhi oleh ekstrak semula jadi iaitu
Blackcurrant. Perlu diketahui juga yang eskstrak bahan semula jadi
ini sukar untuk kawal warnanya.

You might also like