Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PERSARAAN PN.SHAMSIAH & PERPISAHAN


CIKGU PUTERI

Permulaan
1.Yang berusaha, En Muhammad Yusri Bin Yusof, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kg Rincing,
2. Yang berusaha, Pn. Latifah Binti Said, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran,
3. Yang berusaha, En. Joseph Lincoln A/L J.Samuel, Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid,
4. Yang berusaha, En. Muhammad Farid Bin Abdul Ghani,
5. Yang diraikan, Pn Samsiah binti Abu Samah dan Cik Puteri ,
6. Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuhdan salam sejahtera

Bacaan Doa Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh
bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
__________________________________. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
Ucapan Guru Bukan keris tanpa ulunya,
Besar
Bukan majlis kalau tanpa ucapannya
Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala
hormatnya menjemput Yang berusaha, En. Muhammad Yusri Bin
Yusof, guru besar Sekolah Kebangsaan Kg Rincing untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Muhammad
Yusri Bin Yusof atas ucapan beliau sebentar tadi.
Ucapan Cikgu Budimu tak terbilang,
Puteri
Semangatmu dijulang,
Keperibadianmu gemilang,
Jasamu baktimu dikenang.

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala jasa dan bakti
yang ditaburkan oleh Yang Diraikan, Pn.Shamsiah binti Abu Samah
dan Cik Puteri sepanjang perkhidmatan mereka di Sekolah
Kebangsaan Kg.Rincing.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan, iaitu ucapan
daripada kedua-dua guru yang diraikan pada hari ini.
Dijemput guru yang diraikan iaitu, Cik Puteri, Guru Praktikum dari
___________________ yang telah berkhidmat selama
_______________ di SK Kg Rincing untuk menyampaikan ucapan
beliau. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang diraikan, Cik


Puteri atas ucapan itu tadi.

Ucapan Pn. Seterusnya, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn


Shamsiah Shamsiah Binti Abu Samad untuk memberikan ucapan.
Para hadirin, untuk pengetahuan semua, Pn Shamsiah memulakan
perkhidmatan beliau di Sk Kg Rinching pada tahun -------------.
Beliau telah berkhidmat di sini selama ------- tahun sebagai Guru
Bahasa Melayu.
Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Pn Shamsiah Binti Abu Samad untuk memberikan
ucapan. Dipersilakan
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Yang diraikan, Pn.Shamsiah Binti Abu Samah atas ucapan
itu tadi.
Upacara Majlis diteruskan dengan upacara memotong kek persaraan Pn
memotong kek Shamsiah dan diteruskan dengan upacara penyampaian
& penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang - kenangan buat insan yang
cenderamata kita raikan pada hari ini
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha
Pn.Latifah Binti Said, Guru Penolong Kanan Pentadbiran bagi
mengiringi Yang berusaha, En. Muhammad Yusri Bin Yusof, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Kg Rincing untuk menyampaikan
cenderamata kepada yang diraikan.
Majlis menjemput Yang diraikan, Pn.Shamsiah Binti Abu Samah
untuk menerima cenderamata kenang-kenangan daripada pihak
sekolah.
Seterusnya dijemput Cik Puteri bagi menerima cenderamata
kenang-kenangan daripada pihak sekolah.
Penyampaian hadiah
1.
2.
3.
4.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.Muhammad


Yusri Bin Yusof atas kesudian untuk menyampaikan cenderamata
kepada kedua-dua guru yang diraikan pada hari ini.
Sesi Hormat &
bersurai
Kini majlis sudah tiba ke penghujungnya, saya selaku pengacara
ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang saya mengacarakan majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua Kembali
Dengan ini, berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Sebelum
bersurai, seluruh warga sekolah akan ____________________
dengan kedua-dua guru yang diraikan, Pn.Shamsiah Binti Abu
Samah dan Cik Puteri sebagai tanda ingatan kita yang tidak akan
luput terhadap mereka di SK Kg Rincing ini.

Sekian, Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh

You might also like