Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

BAB 4

ANALISIS DATA

4.2 Analisis Data Berdasarkan Objektif Kajian

Objektif kajian adalah untuk meneroka aspek perubahan yang berlaku dalam diri juvana

sebagaimana diperincikan di bawah.

4.2.1 Aspek Identiti Juvana

Melalui strategi prosedur kemasukan didapati ianya membantu mengikis identiti lama mereka. Antara

amalan semasa prosedur kemasukan yang dilihat berupaya membuang identiti lama juvana, misalnya di

awal kemasukan terdapatnya pemeriksaan badan dan pemulangan barang peribadi (semasa pemeriksaan

badan jika terdapatnya barangan, pakaian peribadi, ianya tidak boleh disimpan oleh juvana). Diikuti pula

dengan pelaksanaan pemakaian dan potongan rambut sama mengikut kehendak institusi telah

membentuk juvana yang beridenti baru.

Berikut beberapa contoh petikan data pemerhatian kajian yang telah membuktikan bahawa

pihak institusi pemulihan telah berjaya melahirkan juvana yang beridentiti baru sebagaimana

dikehendaki oleh mereka. Di institusi pemulihan B, juvana lelaki baru dilihat memakai pakaian yang

standard iaitu baju T bewarna hijau, berseluar hitam dan memakai kasut hitam. Manakala di institusi

pemulihan C juvana lelaki baru pula, mereka dilihat memakai pakaian yang standard iaitu baju T

bewarna merah, berseluar hitam dan memakai kasut hitam. Selain itu gaya potongan rambut juga sama.

Kelihatan dua kelompok juvana baru berbaju hijau, berseluar hitam, memakai kasut
hitam duduk dalam kumpulan mereka dan ketua bilik mereka berbaju biru. Potongan dan
gaya rambut adalah pendek dan sama sahaja. Mereka kelihatan kemas.
(Pemerhatian perhimpunan pagi dan sesi ‘morning sharing’, di institusi B,
13/12/2012, Khamis)
Kelihatan juga juvana baru yang memakai baju merah, berseluar hitam dan memakai
kasut hitam juga terlibat dalam roll call ini. Mereka kelihatan kemas dan rapi.
(Pemerhatian Rutin harian juvana di institusi pemulihan C, 12/11/2018, Isnin)

Begitu halnya untuk juvana perempuan yang baru di institusi pemulihan A, mereka turut

mematuhi garis panduan pihak institusi iaitu memakai baju T bewarna oren dan memakai seluar sukan

bewarna hitam. Berikut ialah pemerhatiannya.

Kelihatan juvana baru yang memakai seluar sukan berwarna hitam dan memakai baju t
(t-shirt) bewarna oren turut mencabut rumput berhampiran pokok mempelam.
(Pemerhatian rutin harian juvana di institusi pemulihan A, 3/8/2018, Jumaat)

Bukan hanya terhad semasa fasa orientasi sahaja, malah selepas fasa orientasi tamat pun para

juvana yang lama kelihatan memakai pakaian yang telah ditetapkan oleh pihak institusi. Juvana

perempuan lama kelihatan memakai baju kurung warna biru muda atau berwarna unggu, kain bewarna

biru tua dan tudung bewarna putih.

Juvana lama memakai baju kurung warna biru muda, kain bewarna biru tua dan tudung
bewarna putih. Terdapat juga juvana lama memakai baju kurung warna unggu, berkain
biru tua dan bertudung warna putih. Mereka kelihatan sopan.
(Pemerhatian rutin harian juvana di institusi pemulihan A, 3/8/ 2018, Jumaat)

Manakala juvana lelaki lama turut dilihat akur mengikut penetapan institusi berkaitan pemakaian

baju sama.

Manakala kelompok juvana lama berbaju biru, berseluar hitam dan memakai kasut hitam.
(Pemerhatian perhimpunan pagi dan sesi ‘morning sharing’, di institusi B, 13/12/2012,
Khamis)

Kemudian lebih kurang jam 8.20 pagi, juvana lama yang memakai baju t (t-shirt) warna
biru, berseluar hitam dan memakai kasut hitam akan bergerak ke bengkel ataupun kelas
akademik.
(Pemerhatian rutin harian juvana di institusi pemulihan C, 12 /11/2018, Isnin)

Data pemerhatian turut disokong oleh data temu bual di bawah.

P4:Jadi kita sekarang ni ada bagi baju macam baju t-shirt biasa namun benda tu nampak
seragam puan. Bila pakai sama nampaklah seragamnya..Aaa..nampaklah penampilan
pelatih kemas dan sopan berbanding sebelum mereka mula masuk sini.
(P4: 17/12/2018, Isnin, para 457)
P2: Aaa..ini untuk mudahkan kita nak pantau mereka.Aaa..lagi satu baju yang sama
nampak seragamlah sikit..aaa..nampak imej sopan dan kemas bila kita wajibkan pakai
sama ni.Dulu pakai baju macam-macam..aa..baju tak sopan.Tapi nampaknya dah lama
dalam ni, nampak penampilan lebih sopan dan kemaslah.
(P2:22/11/2018,Khamis, para 414)

Rumusan: Hasil daripada temu bual bersama (pentadbir, kaunselor, PKM) mendapati

terdapatnya perubahan dalam aspek identiti juvana hasil pelaksanaan prosedur kemasukan dan ini juga

disokong oleh dapatan pemerhatian (perhimpunan pagi, rutin harian juvana di institusi pemulihan). Para

juvana berjaya mengikuti identiti baru yang ditetapkan oleh institusi seperti memakai baju, gaya

potongan rambut sama dan penampilan mereka kemas, sopan dan seragam.

You might also like