Contoh Jawapan Karangan Berpandu 2 (Kelas Lemah)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Bahagian A

[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]

Lihat rajah di bawah dengan teliti, kemudian huraikan pendapat anda tentang kebaikan
belajar secara berkumpulan. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

Berkongsi ilmu Mengulang kaji


pengetahuan pelajaran

KEBAIKAN BELAJAR
SECARA
BERKUMPULAN

Mengeratkan Memperbaiki
persahabatan komunikasi
CONTOH JAWAPAN

Pada masa ini, isu belajar secara berkumpulan sering diperkatakan oleh masyarakat dalam
media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik. Belajar secara berkumpulan ialah
satu kaedah pembelajaran untuk para pelajar lebih cemerlang dalam pelajaran. Persoalannya,
apakah kebaikan belajar secara berkumpulan?

Antara kebaikan belajar secara berkumpulan ialah kita dapat berkongsi ilmu pengetahuan.
Hal ini dikatakan demikian kerana apabila kita berkumpul bersama-sama rakan untuk belajar sudah
tentu banyak idea dan ilmu yang boleh dikongsikan daripada setiap ahli dalam kumpulan tersebut.
Kesannya, Idea dan ilmu itu akan diberikan oleh setiap ahli dan ahli yang lain akan dapat maklumat-
maklumat tersebut dengan mudah dan cepat. Contohnya, seorang rakan yang mahir dalam mata
pelajaran matematik akan dapat membantu atau berkongsi ilmu dengan rakan lain terutamanya
yang lemah dalam mata pelajaran matematik. Jelaslah bahawa berkongsi ilmu pengetahuan
merupakan salah satu kebaikan belajar secara berkumpulan.

Selain itu, kebaikan belajar secara berkumpulan ialah dapat mengulang kaji pelajaran. Hal ini
dikatakan demikian kerana apabila pelajar berkumpul dan merancang untuk mbelajar bersama-sama
sudah pasti mereka akan lebih fokus dalam mengulang kaji pelajaran. Kesannya, ulang kaji yang
mereka lakukan lebih bermanfaat dan tugasan yang diberikan lebih mudah untuk disiapkan.
Contohnya, perbincangan kumpulan yang dilakukan untuk menyiapkan sesuatu prujek atau
pembentangan berkumpulan. Jelaslah bahawa mengulang kaji pelajaran merupakan salah satu
kebaikan belajar secara berkumpulan.

Seterusnya, kebaikan belajar secara berkumpulan ialah dapat mengeratkan persahabatan


antara rakan. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila semua ahli selalu berkumpul keadaan ini
akan membolehkan perhubungan yang era antara rakan akan lebih terjalin. Kesannya, akan wujud
komunikasi dan perbincangan yang baik dan telus antara ahlli kumpulan. Contohnya, dalam
kumpulan tersebut tentunya akan ada ahli seperti anjing dengan kucing. Namun, keadaan inilah yang
akan mematangkan dan mengeratkan lagi perhubungan antara mereka. Jelaslah bahawa,
mengeratkan perhubungan persahabatan mrupakan salah satu kebaikan belajar secara
berkumpulan.

Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan merupakan ssatu kaedah yang terbaik bagi
memastikan proses pembelajaran para pelajar akan lebih lancar dan berkesan. Para pelajar perlulah
lebih fokus dan berkomitmen dalam mencapai cita-cita yang diinginkan. Oleh itu, segala kaedah atau
teknik yang telah dipelajari itu perlulah diaplikasikan agar semua yang dirancang dan diimpikan akan
dapat terlaksana dengan jayanya.

( 349 patah perkataan)

You might also like