Professional Documents
Culture Documents
Minit Unit Kesihatan Dan Pergigian Kali Pertama 2021
Minit Unit Kesihatan Dan Pergigian Kali Pertama 2021
Turut Hadir
1 Encik Abdul Rahman bin Marhaban Guru Besar
2 Puan Hairuzi binti Miskun PK Hal Ehwal Murid
1 Pn. Ainul Shafiqah binti Malek Setiausaha Unit Kesihatan dan pergigian.
1. PERUTUSAN PENYELARAS
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dalam mesyuarat Jawatankuasa
Unit Kesihatan dan Pergigian pada hari ini .
2.1 Penolong Kanan HEM bersyukur dapat mengadakan mesyuarat kali pertama pada
hari ini.
Makluman
2.2 Penolong Kanan HEM memaklumkan bahawa Unit Kesihatan telah mendapat RM
2000, 4 buah katil kayu serta sebuah kerusi roda sumbangan dari Pertubuhan I-Care
Puncak Alam. Penghawa dingin 2.0hp juga telah diterima dan telah dipasang.
Makluman
2.3 Penolong Kanan HEM mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang akan
menjayakan program pada tahun ini dan diharapkan kerjasama guru-guru dapat
diteruskan.
Makluman
3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 En. Zamri menjelaskan perkara 6.2 bahawa Coway di dalam bilik kesihatan
merupakan kepunyaan Pn. Nurhayati. Beliau meminta kebenaran untuk letakkann di
bilik kesihatan. Penyelanggaraan Coway selama setahun telah dibayar oleh beliau.
Jadi, untuk tahun ini unit kesihatan ingin meminta peruntukkan daripada pihak
sekolah. Hal ini kerana jururawat dan murid-murid yang berada dalam bilik kesihatan
juga menggunakan Coway tersebut. Respon daripada Guru Besar, tunggu
perbincangan di peringkat pentadbiran dahulu.
Tindakan: Guru Besar
3.2 Makanan ringan atau makanan tengahari juga ingin ada peruntukkan untuk jururawat
yang hadir bertugas ke sekolah dari pukul 8.00-5.00 petang. Respon daripada Pn.
Hairuzi, Encik Zamri boleh berjumpa terus dengan beliau untuk tempahan makanan
tersebut sama ada daripada pihak kantin sekolah atau dari luar.
Tindakan: Encik Zamri bin Mohamad
3.3 En. Zamri menjelaskan perkara 6.3 bahawa cadar baru untuk katil baru yang
diperolehi perlu ditambah kepada 4 helai cadar. Hal ini kerana cadar lama itu tidak
bersesuai dengan saiz ketebalan tilam baru iaitu 8 inci. Respon daripada Pn. Hairuzi,
Encik Zamri perlu membuat Nota Minta untuk 4 helai cadar tersebut.
Tindakan: Encik Zamri bin Mohamad
5. HAL-HAL LAIN
5.1 Gotong-royong bilik kesihatan telah dilaksanakan pada 12 Februari 2021 (Jumaat).
Pemasangan aircond 2.0hp telah dipasang. Bidai pembahagi lelaki dan perempuan
dalam bilik sakit telah diletakkan. Menurut Puan Hairuzi, ada lagi penjaga yang ingin
menyumbangkan dana untuk bilik kesihatan.
5.2 Program Pemberian Imunisasi Tahun 1, pihak unit kesihatan sedang mengumpul
nama murid daripada guru kelas tahun 1. Setelah selesai akan dihantar kepada PKD
Kuala Selangor. Jika tahun lepas, ibu bapa yang bawa anak-anak ke Klinik Kesihatan
untuk suntikan imunisasi. Namun untuk tahun ini masih belum diketahui
prosedurnya.
7. PENUTUP
Mesyuarat diakhiri dengan bacaan tasbih kafarah dan Surah Al – Asr dan ditangguhkan
pada pukul 12.00 tengah hari.
Urus Setia
Setiausaha Unit Kesihatan dan Pergigian
Sk Puncak Alam (2)
Tarikh : 20 Februari 2021