Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN

SEKOLAH PENDIDIKAN
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPPE 1342 KENDERAAN ENJIN PETROL


Helaian Amali

Nama : MOHD FIRDAUS BIN YOM


No Matriks : A18PP3039
Kursus : 3SPPJ

No. 3
NAMA AMALI
AMALI SERVIS BREK Tarikh 2/01/2022
Objektif
1. Menservis brek pad dengan menggunakan kertas pasir.
2. Meleraikan angkup brek dan memasang semula dengan kaedah
yang betul.

Bahan Kerja /
Peralatan
Digunakan 1

2 4

6
3

1. Penyembur antikarat.
2. Sepana 12, 14.
3. Gress kekacang.
4. Sepana silang pembuka tayar.
5. Kertas pasir gred 220.
6. Jek hidraulik.
Langkah Kerja
1. Sebelum menggunakan jek hidraulik untuk mengangkat
kenderaan pastikan membuka nut kepala pada tayar dengan
menggunakan sepana silang.
2. Menggunakan jek hidraulik untuk mengangkat kenderaan agar
tayar dapat dicabut.
3. Cabut tayar daripada kenderaan selepas terangkat.
4. Menggunakan sepana saiz 14 buka skrew pada bahagian atas
angkup brek dan longgarkan skrew bahagian bawah.
5. Tarik brek pad pada bahagian hadapan dan belakang daripada
angkup brek.
6. Sekiranya brek pad masih dalam keadaan baik, bersihkan
bahagian permukaan yang bersentuh pada cakera brek dengan
menggunakan kertas pasir gred 220 sehingga permukaan bersih
daripada kesan kotoran.
7. Pasangkan semula brek pad pada angkup brek.
8. Sebelum mengetatkan semula skrew pada bahagian atas dan
bawah angkup brek sapukan dahulu gress untuk menjaga skrew
dari karat dan sukar untuk dibuka.
9. Ketatkan skrew atas dan bawah angkup brek.
10. Pasang semula tayar dan masukan skrew kepala dengan
mengunakan tangan sahaja.
11. Turunkan jek hidraulik.
12. Ketatkan skrew kepala pada tayar dengan menggunakan tekanan
penuh, pastikan menggunakan kaedah silangan untuk
mengetatkan skrew.
Gambarajah
Kerja Amali
1. 2.
3. 4.

5. 6.

7. 8.

9. 10.
11. 12.

Refleksi
Daripada amali yang dijalankan saya telah berjaya untuk membuka dan
memasang brek pad iaitu komponen utama bagi kegunaan sistem brek
kenderaan. Dengan itu saya memahami dan mendapat sedikit sebanyak
pengalaman sebenar untuk membuka dan memasang brek pad
kenderaan. Dalam menjalankan amali ini terdapat masalah yang
dihadapi seperti angkup brek sukar untuk dibuka kerana karat dan piston
hidraulik yang bermasalah. Dengan melakukan amali ini saya telah
menambah sedikit sebanyak keyakinan dan kebolehan untuk
memperbaiki dan menggantikan brek pad kenderaan sendiri. Daripada
amali yang telah dijalankan terdapat beberapa yang perlu untuk
ditambah-baikkan dalam pengajaran tersebut kerana saya tidak
berpeluang untuk melakukan penggantian minyak brek, sekira saya
dapat menjalankan amali penggantian minyak brek ianya akan
menambahkan lagi kebolehan saya dalam mengendalikan sistem brek
kenderaan.

Pengetahuan tambahan:

Kita boleh memeriksa kualiti minyak brek dengan menggunakan alat


yang bernama brake fluid tester.
Gambar rajah menunjukan isyarat merah untuk minyak brek kereta
tersebut. Dengan ini minyak brek ini perlu digantikan dengan yang baru
untuk mengelakkan masalah berlaku.

Gambar rajah menunjukkan isyarat hijau untuk minyak brek tersebut.


Dengan itu keadaan minyak brek tersebut masih dalam keadaan baik
dan tidak perlu digantikan.

Disemak Oleh:

................................................................................. Tarikh : ...............................


(DR. MOHD FA’IZ AHMAD, Pensyarah SPPE1342)
(EN. ZAINAL ABIDIN TUKIMAN, Pengajar SPPE1342)

You might also like