Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

- SENIOR -

(ULANG KAJI)

KANUN PROSEDUR
JENAYAH

PELAJARAN 6
Sek : 44 – Proklamasi mengenai orang yang melarikan
diri.
1) Jika mana-mana Mahkamah ada sebab untuk mempercayai sama ada
selepas diambil keterangan ataupun tidak, bahawa mana-mana orang
yang mana waran telah dikeluarkan terhadapnya telah melarikan diri atau
menyembunyikan dirinya supaya waran itu tidak boleh dijalankan, maka
Mahkamah itu bolehlah menghebahkan suatu proklamasi bertulis
berkehendakan orang itu supaya hadir di tempat dan pada masa yang
dinyatakan, iaitu tidak lewat daripada tiga puluh hari dari tarikh
dikeluarkan proklamasi itu .
2) Proklamasi itu hendaklah disiarkan seperti berikut :-
a) Ia hendaklah dibacakan di hadapan orang ramai di tempat yang mudah
dilihat dalam bandar, pekan atau kampong di tempat atau berdekatan
dengan tempat orang itu biasanya tinggal;
b) Ia hendaklah ditampalkan di mana-mana bahagian rumah atau tempat
lain yang mudah dilihat di mana orang itu biasa tinggal, atau di tempat
yang mudah dilihat di dalam bandar, pekan atau kampung; dan
c) Suatu salinannya hendaklah ditampalkan di tempat yang mudah
dilihat di Mahkamah itu.
3) Suatu pernyataan bertulis daripada Mahkamah yang mengeluarkan
proklamasi itu menyatakan bahawa proklalasi itu telah pun disiarkan pada
suatu hari yang dinyatakan akan menjadikan keterangan yang muktamat
bahawa kehendak-kehendak seksyen ini telah pun dijalankan dan
proklamasi itu telah disiarkan pada hari tersebut.

Sek : 83 – Siapa yang boleh memerintah perhimpunan


yang menyalahi undang-undang untuk bersurai.
Seseorang Majistret, pegawai polis yang diwartakan, pegawai polis yang
tidak rendah pangkatnya daripada Inspektor atau ketua balai polis berkuatkuasa
memerintah mana-mana perhimpunan yang menyalahi undang-undang yang
mengandungi lima orang atau lebih yang berkemungkinan mengganggu
ketenteraman awam supaya bersurai dan hendaklah selepas itu menjadi kewajipan
tiap-tiap ahli perhimpunan itu bersurai.
Sek : 84 – Menggunakan kekerasan untuk
menyuraikan perhimpunan yang menyalahi
undangundang.

Jika mana-mana perhimpunan yang menyalahi undang-undang


diperintahkan bersurai di bawah seksyen 83 atau 5 Akta Ketenteraman Awam
(Pemeliharaan) 1958, dan perhimpunan itu tidak bersurai, atau jika, tanpa
diperintahkan bersurai, perhimpunan itu jika menunjukkan sikap tidak mahu
bersurai, mana-mana pegawai polis atau ahli tentera atau mana-mana orang yang
membantu pegawai polis atau ahli pasukan tentera bolehlah mengambil apa-apa
langkah yang perlu bagi menyuraikan orang-orang itu daripada berhimpun dan
menangkap meraka atau sesiapa juga daripada meraka itu, dan jika ada sesiapa
yang menentang, bolehlah digunakan kekerasan yang difikirkan perlu untuk
mengatasi penentangan itu dan tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana
prosiding jenayah atau sivil bagi menggunakan kekerasan sehingga menyebabkan
mudarat atau kematian kepada mana-mana orang atau kerosakan kepada
manamana harta.

You might also like