Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

KOD SUBJEK :

SBSU 3953

SUBJEK :

UNDANG-UNDANG JENAYAH

TAJUK TUGASAN :

KECUALIAN KEPERLUAN DAN KERELAAN

NAMA PENSYARAH :

RABI'AH BINTI MUHAMMAD SERJI

DISEDIAKAN OLEH :

NO NAMA NO MATRIK
1 FATEN SOFIA BINTI MD NIZAM 20BI01064
2 MAIZATUL SYAFIQAH BINTI ABDUL MOIN 20BI01065
3 FARAH ATHIRAH BINTI AZMIR 20BI01067

KURSUS

IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH DENGAN UNDANG-UNDANG (BI01)

FAKULTI SYARIAH DENGAN UNDANG-UNDANG

SESI II 2021/2022
ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN…………………………………………………………………….3

DEFINISI KECUALIAN KEPERLUAN…………………………………………….4

PERUNTUKAN SEKSYEN KECUALIAN KEPERLUAN…………………………4

UNSUR-UNSUR PENTING SEKSYEN 81………………………………………….5

DEFINISI KECUALIAN KERELAAN………………………………………………9

UNSUR-UNSUR KERELAAN……………………………………………………….9

PEMAKAIAN DAN HURAIAN SEKSYEN………………………………………..10

SYARAT PEMAKAIAN KECUALIAN KERELAAN……………………………...15

KESIMPULAN……………………………………………………………………….19

RUJUKAN……………………………………………………………………………20

2
PENDAHULUAN

Ungkapan ‘kekecualian’ membawa maksud terkeluar daripada sesuatu ketetapan umum atau
diberikan pelepasan daripada sesuatu peraturan. Hal keadaan pengecualian ini tergambar
di dalam Kanun Keseksaan itu sendiri. Sebagaimana yang diterangkan terdahulu semua
perbuatan yang disenaraikan dalam Kanun Keseksaan adalah suatu kesalahan jenayah. Mana-
mana orang yang melakukan perbuatan salah di bawah Kanun Keseksaan akan dianggap
sebagai melakukan suatu jenayah. Jika jenayah dan unsur-unsur jenayah berkenaan dapat
dibuktikan, pertuduhan boleh dibuat dan jika sabit maka seksaan boleh dikenakan.

Kecualian keperluan sering dikaitkan dengan perbuatan yang dilakukan atas tuntutan
keperluan atau perbuatan itu terpaksa dilakukan atas sebab keperluan atau tindakan sedemikian
itu perlu dilakukan. Prinsip keperluan (doctrine of necessity) dikaitkan dengan seksyen 81
Kanun Keseksaan.

Kecualian kerelaan pula ialah persetujuan mangsa menanggung risiko atau bahaya
kerosakan ke atas dirinya boleh dijadikan alasan membela diri dan seterusnya melepaskan
tertuduh daripada tanggungan jenayah. Persetujuan itu atas restu dan kerelaan mangsa sendiri.
Dalam perkataan lain, undang-undang menerima, mengiktiraf dan menghormati apa-apa juga
keputusan yang dibuat oleh seorang (dewasa) dalam urusan diri dan kehidupannya. Kecualian
kerelaan ini sering dikaitkan dengan seksyen 87, seksyen 88, seksyen 89, seksyen 90, seksyen
91 dan seksyen 92 Kanun Keseksaan menggambarkan pemakaian kerelaan yang berbeza-beza
mengikut keadaan. Melalui peruntukan itu, tidak semua keputusan yang dibuat oleh mangsa
adalah kerelaan. Juga, tidak semua tindakan dilakukan yang oleh tertuduh boleh menjadikan
kerelaan oleh mangsa sebagai dalihan. Oleh itu, kami akan mengupas tajuk ini dengan lebih
mendalam di dalam kertas kerja ini.

3
DEFINISI KECUALIAN KEPERLUAN

Seksyen 81 Kanun Keseksaan sering kali dikaitkan dengan prinsip keperluan (doctrine of
necessity), iaitu perbuatan yang dilakukan atas tuntutan keperluan atau perbuatan itu terpaksa
dilakukan atas sebab keperluan atau tindakan sedemikian itu perlu dilakukan1. Sebetulnya,
Kanun Keseksaan tidak pernah menyebut secara langsung perkataan “keperluan" dengan jelas
dalam kekecualian am sebagai dalihan. Yang diperuntukkan oleh seksyen 81 hanya perbuatan
yang mengakibatkan kerosakan tanpa sebarang niat jenayah. Tertuduh melakukan kerosakan
bagi tujuan mengelakkan bahaya kerosakan yang lebih besar daripada apa yang dilakukannya.
Sungguhpun pada pandangan mata kasar perbuatan yang dilakukan oleh tertuduh ialah
kesalahan jenayah, dan undang- undang mengecualikan perbuatan itu daripada sebarang
tanggungan jenayah. Hal ini disebabkan perbuatan tertuduh yang menyebabkan kerosakan itu
dilakukan bukan dengan niat jahat dan tujuannya tidak lain dan tidak bukan bagi menahan
kerosakan-kerosakan lain yang lebih besar secara perbandingannya daripada berlaku.2

PERUNTUKAN SEKSYEN KECUALIAN KEPERLUAN

Peruntukan seksyen bagi kecualian keperluan kita boleh lihat dengan jelas di dalam Akta
Kanun Keseksaan di bawah seksyen 81 yang mana memperuntukkan bahawa “tiada apa-apa
jua menjadi kesalahan semata-mata oleh sebab ia dilakukan dengan mengetahui bahawa ia
mungkin menyebabkan kemudaratan jika sekiranya ia dilakukan dengan tiada apa-apa niat
jenayah hendak menyebabkan kemudaratan dan dengan suci hati bagi maksud mencegah atau
mengelakkan lain-lain kemudaratan kepada orang atau harta.”

Seksyen ini menunjukkan bahawa walaupun tertuduh atau orang kena tuduh telah
melakukan kerosakan sedangkan tertuduh tahu bahawa kerosakan tersebut merupakan satu
kesalahan di sisi undang-undang jenayah tetapi disebabkan adanya elemen suci hati atau niat
yang baik dengan melakukan kerosakan itu dapat menyelamatkan nyawa dan harta benda maka
tertuduh atau orang kena tuduh tersebut boleh dikecualikan daripada sebarang sabitan jenayah.

1
Seksyen 81 Kanun Keseksaan
2
Dalihan “Keperluan” Dalam Undang-Undang Jenayah Islam Dan Inggeris, Siti Zubaidah Ismail.

4
Dalam hal ini, tertuduh tidak mempunyai niat yang jahat atau (mens rea) sewaktu melakukan
kerosakan tersebut. Niat dan tujuan tertuduh berbuat demikian hanyalah untuk menyelamatkan
keadaan daripada menjadi lebih teruk.3

Jadi elemen niat baik atau suci hati tersebut boleh dijadikan sebagai dalihan agar tertuduh
dapat dilepaskan daripada tanggungan jenayah. Contohnya dalam :

Misalan B

A, dalam suatu kebakaran besar meruntuhkan rumah-rumah bagi menahan api itu daripada
merebak. Ia berbuat demikian dengan niat dengan suci hati hendak menyelamatkan nyawa
manusia atau harta. Di sini sekiranya didapati bahawa kemudaratan yang hendak dicegah itu
sedemikian keadaanya dan sebegitu berhampiran hingga boleh memaafkan perbuatan A itu
maka A tdaklah melakukan kesalahan.4

Seperti misalan diatas, elemen niat yang baik dengan meruntuhkan rumah-rumah itu
daripada kebakaran terus merebak dengan tujuan untuk menyelamatkan nyawa orang lain dan
demi menyelamatkan harta benda daripada musnah boleh dijadikan sebagai dalihan kepada
tertuduh daripada menangung tanggungan jenayah.

UNSUR-UNSUR PENTING SEKSYEN 81

Pemakaian seksyen 81 bergantung pada keupayaan tertuduh mengaitkan ungkapan berikut


dengan perbuatannya yang menjadi unsur penting. Unsur penting dalam seksyen itu boleh juga
diringkaskan pada dua perkara sahaja dengan melihat kepada apakah tujuan melakukan
perbuatan itu dan apakah niatnya ketika melakukan perbuatan itu?.5 Walau apa pun pendekatan
yang digunakan, berikut dijelaskan empat unsur yang dinyatakan terlebih dahulu satu per satu:

3
Jenayah Dan Kanun Keseksaan, Shamsuddin Suhor,Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur,2016, m/s 124-
125
4
Seksyen 81 Kanun Keseksaan
5
Dalihan “Keperluan” Dalam Undang-Undang Jenayah Islam Dan Inggeris, Siti Zubaidah Ismail.

5
1. Dilakukan dengan tiada niat jenayah

Dalam kejadian itu tertuduh bertindak melakukan suatu perbuatan (kesalahan). Dia tahu dan
sedar kesan dan akibat perbuatannya itu tetapi sebetulnya dia tidak ada niat jahat untuk
mengakibatkan kemusnahan kepada mana-mana pihak. Niat tertuduh ketika melakukan
perbuatan itu hanyalah untuk mengelakkan kemusnahan lebih besar yang bakal berlaku jika
tindakan yang sedemikian tidak dilakukan.

2. Dilakukan ... dengan suci hati

Jelas kelihatan yang kemusnahan atau kerosakan dilakukan oleh tertuduh dengan sengaja tetapi
dia bertindak dengan suci hati. Seksyen 52 Kanun Keseksaan mengungkapkan 'dilakukan
dengan suci hati ...' ialah unsur penting dalam menentukan sama ada tindakan dibuat atas
pertimbangan yang wajar, hemat dan cermat.6 Tindakan tertuduh bukan dilakukan secara
tergesa-gesa, cuai atau gopoh walaupun diketahui tertuduh berada dalam keadaan terdesak
yang memerlukan keputusan pantas dibuat ketika itu

3. Bagi maksud menahan atau mengelakkan kerosakan

Undang-undang memberikan pertimbangan terhadap perbuatan yang dilakukan demi


mengelakkan kemusnahan yang lebih besar. Keadaan terdesak itu menyebabkan perbuatan
salah diketepikan buat seketika. Hal itu bukan bermakna tertuduh diberikan kebenaran untuk
melanggar undang-undang. Perkara ini cuma mengalihkan pandangan seketika dengan melihat
semangat atau tujuan di sebalik perbuatan itu. Dalam erti kata lain, sungguhpun tertuduh
melakukan kesalahan di sisi undang-undang tetapi niat sebenar tertuduh adalah untuk
menyelamatkan kemusnahan yang lebih besar.

Selain beberapa unsur yang diperuntukkan dengan jelas dalam seksyen 81, ada perkara lain
yang perlu diambil kira dalam menentukan niat dan perbuatan tertuduh bukan menjurus pada
perbuatan jenayah. Tindakan tertuduh akan dipersoalkan. Sekiranya mahkamah berpuas hati
dengan tindakan yang dilakukan oleh tertuduh itu betul dan munasabah, tertuduh akan
dibebaskan. Hal ini bergantung pada perkara-perkara berikut:

6
Seksyen 52 Kanun Keseksaan

6
a. Pertimbangan yang wajar

Tertuduh mestilah mengambil kira kesesuaian tindakannya setimpal dengan persoalan fakta
dan memberikan pertimbangan sewajarnya yang tindakannya itu untuk menghalang atau
mengelakkan kerosakan yang lebih besar. Kewajaran tindakan akan menentukan tanggungan
jenayah. Sejauh mana keperluan itu dibenarkan oleh undang-undang bergantung pada keadaan
setiap kes. Kebiasaannya. kes seperti Queen lwn Dudley and Stephens, U.S lwn Holmes"
memaparkan peristiwa atau kejadian yang melibatkan tindakan diambil berasaskan dalihan
keperluan dalam keadaan yang terdesak.7

b. Keperluan harus mengambil kira nilai-nilai kemanusiaan.

Dalam Queen lwn Dudley and Stephens (1884)8 , tertuduh berada dalam keadaan yang amat
genting sekali ketika hanyut di laut dalam sebuah bot. Bagi mengelakkan mereka mati
kebuluran (kira-kira 18 hari di laut), satu cadangan untuk membunuh seorang daripada mereka
yang berada di dalam bot itu disuarakan. Calonnya seorang remaja yang sedang sakit dan
berada dalam keadaan amat lemah. Keputusan dicapai dan mangsa dibunuh dan dagingnya
mereka makan. Mereka akhirnya berjaya diselamatkan dikenakan terhadap mereka yang
terselamat. Tertuduh cuba menggunakan dalihan keperluan. Mahkamah berhadapan dengan
dilema yang menyelubungi soalan seperti nilai kemanusiaan, moral dan tekanan yang
ditanggung tertuduh ketika membuat keputusan untuk membunuh mangsa. Persoalannya
adalah sama ada perbuatan tertuduh menyebabkan kematian mangsa dalam keadaan
sedemikian suatu kesalahan membunuh atau sebaliknya." Mahkamah berpendapat apa yang
terjadi bukan keperluan. Perbuatan membunuh seorang lain yang tidak memberi ancaman
kepada tertuduh dan menggunakan alasan bagi menyelamatkan diri sendiri (kematian akibat
kebuluran) tidak dapat diterima sebagai keperluan berasaskan fakta kes berkenaan.

7
Jenayah Dan Kanun Keseksaan, Shamsuddin Suhor, m/s 126
8
https://la.utexas.edu/users/jmciver/357L/QueenvDS.PDF

7
c. Membuat perkiraan yang teliti

Dalam pada itu, dalam US Iwn Holmes(1842) "9 tindakan tertuduh mengarahkan sebahagian
penumpang supaya terjun ke laut bagi menyelamatkan bot daripada karam akibat lebih muatan
telah menyebabkan kematian beberapa orang penumpang. Isunya adalah sama ada arahan
tertuduh kepada penumpang bot supaya terjun suatu tindakan yang sah berasaskan keperluan.
Mahkamah mendapati sama ada tertuduh bersalah atau tidak, bergantung pada tindakannya.
Dia seharusnya membuat pertimbangan teliti dan munasabah sebelum membuat keputusan atau
mengambil tindakan. Dia harus membuat pemilihan yang sesuai dalam menentukan siapa
antara penumpang itu yang akan dicalonkan dengan menggunakan cara atau kaedah pemilihan
atau undian yang sepatutnya dan dilakukan dengan penuh teliti dan hati-hati. Tertuduh perlu
menentukan siapa yang patut terjun dan bagaimana pemilihan itu dibuat. Dia tidak boleh
memaksa sesiapa sahaja yang dia pilih, walaupun hal itu bertujuan menyelamatkar keadaan.
Sungguhpun niatnya untuk menyelamatkan bot đanipa karam, tertuduh masih didapati bersalah
menyebabkan kemata tanpa niat .

d. Kepentingan awam

Selain tindakan dilakukan dengan cermat dan berhati-hati dengan menggunakan pertimbangan
munasabah, dalihan keperluan harus digunakan sesuai dengan kepentingan awam. Hal ini
digambarkan dalam kes London Borough of Southwork lwn Williams (1971)10 yang
melibatkan dua keluarga yang tidak mempunyai tempat tinggal. Mereka memasuki premis
milik plaintif dan plaintif telah mendapat perintah milikan. Defendan merayu dan
menggunakan dalihan yang keadaan ketika itu amat terdesak dan mereka tiada pilihan
melainkan memasuki premis atas sebab keperluan.

9
https://law.resource.org/pub/us/case/reporter/F.Cas/0026.f.cas/0026.f.cas.0360.pdf
10
https://www.lawteacher.net/cases/southwark-london-bc-v-williams.php

8
DEFINISI KECUALIAN KERELAAN

Tiada takrif kerelaan diperuntukkan secara langsung oleh Kanun Keseksaan. Menurut
pengertian biasa, kerelaan boleh ditakrifkan sebagai persetujuan atau keizinan yang diberikan
sepenuhnya dalam keadaan sedar dan tahu sifat serta akibat persetujuan itu.' Kesan kekecualian
kerelaan adalah apa-apa juga yang berlaku ke atas diri mangsa akibat kerelaan yang diberikan
itu akan dibangkitkan untuk tidak menyalahkan tertuduh atau mana-mana pihak lain. Apabila
seseorang itu menyatakan kerelaannya, itu bermakna dia tahu apa-apa yang direlakannya dan
tentunya dia sudah membuat pertimbangan yang wajar mengenai sifat, kesan, akibat atau risiko
yang akan ditanggungnya daripada keputusannya itu.

Sebagai contoh dalam kes Zainal Abidin b. Ismail & ORS lwn PP (1987) 2 MLJ 741 11.
Empat orang tertuduh membawa seorang wanita ke tepi pantai dan mereka mengadakan
hubungan seks dengannya. Mereka dituduh merogol dibawah seksyen 375 Kanun Keseksaan.
Mahkamah memutuskan wanita itu memberi kerelaan untuk melakukan seks. Tertuduh
didapati tidak bersalah dan dibebaskan.

UNSUR-UNSUR KERELAAN

Kerelaan melibatkan unsur seperti yang berikut. Pertama adanya persetujuan atau keizinan oleh
mangsa. Kedua, mangsa sedar , atau sempurna akalnya ketika persetujuan diberikan. Ketiga ,
mangsa memahami jenis dan sifat perbuatan yang direlakan itu. Keempat, mangsa mengetahui
kesan atau akibat persetujuan daripada kerelaan itu. Kelima, persetujuan mangsa adalah bebas,
tanpa paksaan, tipuan atau salah nyataan dan yang terakhir adalah, perbuatan yang dilakukan
terhadap mangsa adalah sebagaimana yang dipersetujui. Kerelaan berkait rapat dengan
persetujuan dua pihak, iaitu mangsa dan tertuduh untuk melakukan sesuatu.

Mangsa memberikan kerelaan dalam keadaan sedar. Mangsa memberikan kebenaran untuk
perbuatan itu dilakukan terhadap dirinya. Dia mempunyai pengetahuan penuh mengenai
perbuatan itu, khususnya dari segi sifat dan kesan atau akibat yang akan diterima daripada
perbuatan yang dipersetujui itu.

11
https://www.academia.edu/11951982/Undang_Undang_Jenayah_Kes_kes_Jenayah

9
Manakala di pihak tertuduh pula, dalam pembelaannya dia akan mengatakan apa-apa yang
terjadi bukanlah salahnya tetapi mangsa sendiri yang memberikan persetujuannya atau mangsa
sendiri yang merelakan diri atau apa-apa yang berlaku adalah atas kerelaan mangsa.
Persetujuan atau kerelaan yang diberikan oleh mangsa adalah atas persetujuan bebas mangsa
sendiri. Tertuduh melakukan perbuatan itu menurut kehendak mangsa berdasarkan kerelaan
kedua-dua pihak. Sekiranya tiada niat jahat di pihak tertuduh, tertuduh terlepas daripada
tanggungan jenayah atas perbuatannya itu .12

PEMAKAIAN DAN HURAIAN SEKSYEN

1. Seksyen 87 - Bila kerelaan menjadi suatu pembelaan.

Kerelaan sebagai kecualian kepada tanggungan jenayah dibangkitkan dalam seksyen 87 yang
menyebutkan “Tiadalah apa-apa jua yang tidak dimaksud bagi menyebabkan kematian atau
cedera parah, dan yang tidak diketahui oleh orang yang melakukannya sebagai mungkin
menyebabkan kematian atau cedera parah, menjadi suatu kesalahan oleh sebab sesuatu
kerosakan yang ia mungkin menyebabkan atau dimaksud oleh orang yang melakukannya bagi
menyebabkan, kepada seseorang yang berumur lebih daripada lapan belas tahun tahun, yang
telah memberi kerelaan, sama ada yang nyata atau yang disifatkan ada, bagi menanggung
kerosakan itu; ataupun oleh sebab sesuatu kerosakan yang mungkin diketahui oleh orang yang
melakukannya sebagai mungkin menyebabkan kepada mana-mana orang yang tersebut yang
telah rela menempuh bahaya kerosakan itu”. 13

Maksudnya jika mangsa memberi kerelaanya untuk menempuh bahaya kerosakan maka
tertuduh tidak di anggap bertanggungan terhadap apa yang mungkin berlaku atau yang
dimaksudkan kepada mangsa. Mangsa dan tertuduh masing-masing tidak bermaksud untuk
menyebabkan kematian atau kecederaan parah terhadap satu sama lain. Mangsa dan tertuduh
masing-masing mengetahui perbuatan itu sebagai mungkin menyebabkan kematian atau cedera
parah kepada mana-mana orang yang tersebut yang rela menempuh bahaya kerosakan itu.
Mangsa berusia lebih daripada lapan belas dan kerelaan itu boleh sama ada dalam bentuk nyata

12
https://www.studocu.com/my/document/universiti-kebangsaan-malaysia/criminal-law-i/jenayah-
kerelaan/15703213
13
Kanun Keseksaan (Akta 574)

10
atau disifatkan ada atas dasar persefahaman dan pengetahuan umum mengenai bahaya atau
risiko perbuatan itu.

Seksyen 87 ini tidak terpakai bagi kes-kes bunuh dan kes-kes cedera parah yang terdapat di
bawah seksyen 300 dan seksyen 320 Kanun Keseksaan. Tetapi kecualian seksyen ini masih
boleh dipakai bagi kes-kes cedera biasa sahaja yang terdapat di dalam seksyen 319 Kanun
Keseksaan. Seksyen 87 ini juga memberikan pengecualian untuk digunakan di dalam kes-kes
yang melibatkan permainan atau aktiviti-aktiviti sukan. Di dalam kes R v Billinghurts,14 telah
diputuskan bahawa pemain ragbi telah bersetuju untuk memberikan kerelaan dan bersedia
menanggung risiko terhadap kekasaran yang berlaku dalam permainan.

2. Seksyen 88 – Perbuatan yang tidak dimaksudkan bagi menyebabkan kematian,


dilakukan dengan kerelaan dengan suci hati untuk faedah seseorang.

Seksyen 88 memperuntukkan “Tiadalah apa-apa jua yang tidak dimaksud bagi menyebabkan
kematian, menjadi suatu kesalahan oleh sebab sesuatu kerosakan yang ia mungkin
menyebabkan atau dimaksud oleh orang yang melakukannya bagi menyebabkan, kepada
seseorang yang bagi faedahnya ia dilakukandengan suci hati, dan yang telah memberi kerelaan,
sama ada yang nyata atau yang disifatkan ada, bagi menanggung kerosakan itu; atau
menempuh bahaya kerosakan itu.”15

Maksudnya, tidaklah menjadi kesalahan kepada tertuduh jika perbuatan yang dilakukannya
kepada mangsa adalah atas kerelaan atau keizinannya sendiri. Tambahan pula. Tertuduh
melakukan perbuatanitu dengan suci hati untuk faedah mangsa atau untuk kebaikan mangsa.
Tertuduh tiada niat jahat atau tidak bermaksud hendak menyebabkan kematian mangsa.
Mangsa pula rela diperlakukan sedemikian oleh tertuduh dan sanggup menanggung kerosakian
atau menempuh bahaya kerosakan itu. Tindakan tertuduh tidaklah boleh dipersalahkan jika
mangsa mengalanmi kerosakan kerana mangsa laham dan sedia maklum kesan dan akibat
kerelaannya. Seksyen 88 lebih khusus kepada perbuatan yang disifatkan sebagai melaksanakan
tanggungjawab dan dilakukannya dengan suci hati terhadap seseorang bagi faedahnya.
Perbuatan yang dilakukan oleh tertuduh diketahui mungkin menyebabkan kerosakan tetapi

14
(1978) CRIM LR 553
15
Kanun Keseksaan (Akta 574)

11
mendapat kerelaan mangsa. Sekiranya berlaku kerosakan kepada mangsa, tertuduh dilindungi
di bawah seksyen 88.16

Peruntukan seksyen ini membenarkan kecederaan berlaku kerana ianya untuk kebaikan
seseorang itu. Ini dapat dilihat di dalam kes “mercy killing‟ seperti Euthanesia yang berasal
daripada perkataan Greek yang bermaksud „kematian yang senangBagi kes R lwn. Cox,17
pesakit Lillian Boyes mengalami penyakit yang tidak dapat diubati, malahan painkiller yang
diberi padanya tidak dapat mengurangkan kesakitannya. Ia telah meminta doktor yang merawat
dan pakar, Dr. Cox supaya mematikannya. Pesakit ini disahkan mati sejurus selepas Dr. Cox
menyuntik dos dadah yang membawa maut. Oleh itu, perbuatan Dr. Cox adalah perbuatan
positif (dibenarkan) untuk mempercepatkan kematian pesakit

3. Seksyen 89 –Perbuatan dilakukan dengan suci hati untuk faedah kanak-kanak atau
orang yang tidak sempurna akal, oleh atau dengan kerelaan penjaga.

Hubungan antara tertuduh dengan mangsa menurut seksyen 88 adalah secara langsung yang
mana kerelaan itu diperoleh terus daripada mangsa sendiri. Ini agak berbeza daripada seksyen
berikutnya, iaitu seksyen 89 yang memperuntukkan mengenai perbuatan dilakukan dengan suci
hati untuk faedah kanak-kanak atau orang yang tidak sempurna akal, oleh atau dengan kerelaan
seksyen itu: penjaga.

Menurut seksyen 89, “Tiadalah apa-apa jua, yang dilakukan dengan suci hati untuk faedah
seseorang yang berumur kurang daripada dua belas tahun, atau yang tidak sempurna akal, oleh
atau dengan kerelaan, sama ada yang nyata atau yang disifatkan ada, penjaga atau orang lain
yang sah di sisi undang-undang menjaga orang itu, menjadi kesalahan oleh sebab sesuatu
kerosakan yang ia mungkin menyebabkan, atau dimaksud oleh orang yang melakukan bagi
menyebabkan, atau diketahui oleh orang yang melakukannya sebagai mungkin menyebabkan,
kepada orang itu.

16
Shamsuddin Suhor, Jenayah dan Kanun Jenayah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,2016, m/s. 172.
17
(1992) 12 BMLR (Winchester CC)

12
Dengan syarat bahawa kecualian ini tidak termasuk –

(a) Menyebabkan kematian dengan sengaja atau percubaan menyebabkan kematian;

(b) Melakukan sesuatu perkara, yang orang yang melakukannya ketahui yang mungkin
menyebabkan kematian, melainkan bagi maksud mengelakkan kematian atau cedera parah
ataupun menyembuhkan apa-apa kelemahan atau penyakit yang teruk;

(c) Menyebabkan cedera parah dengan sengaja atau percubaan hendak menyebabkan cedera
parah, melainkan bagi maksud mengelakkan kematian atau cedera parah, ataupun
menyembuhkan apa-apa kelemahan atau penyakit yang teruk;

(d) Menyubahati sesuatu kesalahan yang tidak termasuk dalam kecualian ini.

Seksyen 89 ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu kerelaan yang diberikan oleh penjaga
bagi pihak kanak-kanak atau orang yang tidak sempurna akal dan syarat-syarat kerelaan bagi
pihak kanak-kanak atau orang yang tidak sempurna akal oleh penjaga sah orang itu. Berbeza
dengan seksyen 88, seksyen 89 ini memberikan hak kepada penjaga yang sah di sisi undang-
undang untuk memberikan kerelaan bagi golongan yang tidak boleh memberi kerelaan iaitu
kanak-kanak yang berusia kurang dari 12 tahun dan orang yang tidak sempurna akal. 18

4. Seksyen 92: Perbuatan dilakukan dengan suci hati untuk faedah seseorang dengan
tiada kerelaan.

Seksyen 92 memperuntukkan “Tiadalah apa-apa jua menjadi kesalahan oleh sebab sesuatu
kerosakan yang ia mungkin menyebabkan kepada seseorang yang untuk faedahnya ia
dilakukan dengan suci hati, walaupun dengan tiada kerelaan orang itu, jika keadaannya adalah
sedemikian bahawa orang itu tidak boleh menyatakan kerelaan atau jika orang itu tidak
berupaya memberi kerelaan, dan tidak mempunyai penjaga atau orang lain yang sah di sisi
undang-undang menjaganya yang kerelaan boleh sempat didapati daripadanya untuk perkara
itu dilakukan dengan berfaedah:

18
Anita Abdul Rahim. Kekecualian- Kekecualian Am Dalam Undang-Undang Jenayah Malaysia. UKM.
Selangor,2002,m/s. 117

13
Dengan syarat bahawa kecualian ini tidak termasuk –

(a) Menyebabkan kematian dengan sengaja atau percubaan menyebabkan kematian;

(b) Melakukan sesuatu perkara, yang orang yang melakukannya ketahui mungkin
menyebabkan kematian, melainkan bagi maksud mengelakkan kematian atau cedera parah
ataupun menyembuhkan apa-apa kelemahan atau penyakit yang teruk;

(c) Menyebabkan cedera dengan sengaja atau percubaan hendak menyebabkan cedera,
melainkan bagi maksud mengelakkan kematian atau cedera;

(d) Menyubahati sesuatu kesalahan yang tidak termasuk dalam kecualian ini.

Kerelaan yang diberikan pada dasarnya hendaklah diperolehi secara jelas dan berterus
terang, secara langsung atau sekurang-kurangnya disifatkan ada (tersirat). Terdapat keadaan di
mana perbuatan yang dilakukan oleh OKT walaupun tidak mendapat kerelaan daripada orang
yang terlibat (mangsa) tetap diberikan perlindungan di bawah kecualian am. Peruntukan
seksyen 92 ini merupakan lanjutan daripada pemakaian seksyen 89 yang merangkumi kes-kes
kecemasan dalam kerelaan yang tidak sempat diperolehi oleh mangsa akibat ketidakupayaan
untuk memberi kerelaan atau tidak mempunyai penjaga sah untuk meminta kerelaan.
Peruntukan juga bertujuan melindungi pihak pengamal perubatan seperti doktor yang
mengendalikan kes-kes kecemasan bertujuan untuk menyelamatkan mangsa dengan suci hati
bagi faedah pesakit. Akan tetapi terdapat keadaan-keadaan tertentu yang menghalang
pemakaian seksyen ini untuk melepaskan tanggungan.19

5. Seksyen 93 : Pemakluman yang dibuat dengan suci hati.

Seksyen 93 memperuntukkan bahawa “tiadalah apa-apa jua pemakluman yang dibuat dengan
suci hati menjadi kesalahan oleh sebab sesuatu kerosakan kepada orang yang dimaklumkan
itu, jika permakluman itu dibuat untuk faedah orang itu.20”Seksyen ini merujuk kepada
sebarang berita yang disampaikan oleh orang kena tuduh dengan suci hati bagi faedah
seseorang. Ini bermakna jika sesuatu berlaku ke atas orang yang menerima pemakluman itu,
maka orang yang menyampaikannya tidak bertanggungan.

19
Anita Abdul Rahim. Kekecualian- Kekecualian Am Dalam Undang-Undang Jenayah Malaysia. UKM. Selangor.
2002,m/s 119.
20
Seksyen 93 Kanun Keseksaan

14
Misalan
A,seorang doktor dengan suci hati memaklumkan pendapatnya kepada seorang
pesakit bahawa dia tidak boleh hidup.Pesakit itu mati oleh sebab terperanjat.A
tidaklah melakukan apa-apa kesalahan meskipun dia ketahui bahawa
pemakluman itu mungkin menyebabkan kematian pesakit itu.

Seperti misalan di atas pemakluman tersebut mestilah dibuat secara suci hati dan untuk faedah
orang yang dimaklumi. Ianya tidak dapat dijadikan pembelaan jika pemakluman yang dibuat
berniat jahat dan tidak mendatangkan faedah kepada mangsa.

SYARAT PEMAKAIAN KECUALIAN KERELAAN

1. Kerelaan Di Bawah Seksyen 90 Kanun Keseksaan

Walaupun kerelaan boleh dijadikan pengecualian kepada orang kena tuduh daripada liabiliti
jenayahnya tetapi undang-undang telah mengenalpasti keadaan tertentu yang tidak termasuk
dalam kerelaan yang sah. Maka kecualian kerelaan ini tidak terpakai jika kerelaan iu diperolehi
dari salah satu keadaan yang dinyatakan di dalam seksyen 90 ini dan undang-undang telah
menggariskan di dalam sesuatu keadaan bahawa orang yang kena tuduh tidak boleh
menggunakan kerelaan sebagai dalihan antaranya ialah

i- Kerelaan yang diberi dalam keadaan takutkan bencana.


- Dalam Seksyen 44 Kanun Keseksaan mentakrifkan maksud bencana iaitu “apa-
apa jua kerosakan yang disebabkan dengan menyalahi undang-undang kepada tubuh,
akal fikiran, nama baik atau harta seseorang‟.Jadi ini bermaksud kerelaan yang
diberikan oleh mangsa adalah disebabkan oleh ketakutannya kepada bencana yang
akan menimpa dirinya atau hartanya atau nama baiknya atau akal fikirannya maka di
sini kerelaan itu tidak boleh digunakan oleh orang kena tuduh untuk mengatakan
dirinya terkecuali dari tanggungan jenayah yang dilakukannya.21

21
KEKECUALIAN AM KERELAAN : SATU KAJIAN MENURUT UNDANGUNDANG JENAYAH DI MALAYSIA DI DALAM
KES-KES KEMATIAN, NURUL MAJIDAH BINTI OTHMAN,JABATAN UNDANG-UNDANG AKADEMI ISLAM
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR, 2012,m/s 30

15
ii- Kerelaan yang diberi dalam keadaan salah faham tentang nyataan iaitu
salah faham mengenai sesuatu fakta.
- Kerelaan tidak boleh dijadikan pengecualian oleh orang kena tuduh
disebabkan oleh salah faham nyataan kerana ia tidak didefinisikan dalam
Kanun Keseksaan, tetapi ia merujuk kepada suatu keadaan di mana
seseorang memberikan kerelaannya dalam keadaan ia mempercayai fakta
tertentu sedangkan ia adalah bukan fakta di mana kerelaan itu diberikan.
Contoh dalam kes R lwn. Flattery, mangsa yang berumur 19 tahun telah
bersetuju untuk melakukan persetubuhan dengan si tertuduh atas alasan
mempercayainya sebagai satu cara rawatan perubatan untuk
menyembuhkan penyakitnya. Mahkamah memutuskan bahawa si tertuduh
tidak boleh menggunakan pengecualian kerelaan mengsa bagi melepaskan
tanggungannya kerana kerelaan yang diperolehi adalah akibat salah faham
nyataan atau fakta. Ini menunjukkan bahawa di dalam kes-kes rogol,
adalah amat penting untuk membezakan di antara kerelaan dan penyerahan
diri.

iii- Kerelaan yang diberi oleh orang yang tidak sempurna akal
- Kerelaan ini tidak dianggap sebagai kerelaan yang boleh dipakai oleh
orang kena tuduh untuk berlindung di bawah kecualian kerelaan hal ini
kerana orang gila atau tidak waras tidak boleh memahami keadaan dan
akibat daripada kerelaan yang diberikan olehnya dan ia menjadi tidak sah.
-
iv- Kerelaan yang diberikan oleh orang yang sedang mabuk
- Ini kerana ianya sama seperti keadaan orang gila yang tidak berupaya
memahami dan mengetahui sifat dan akibat kerelaan yang diberikan.

v- Kerelaan yang tidak sah yang diberikan oleh kanak-kanak yang berumur
kurang daripada 12 tahun.
- Kerelaan ini hanya menjadi sah jika diberikan oleh ibu bapa atau penjaga
berdasarkan kebenaran undang-undang.

16
Berdasarkan penyataan di atas, ini jelas menunjukkan bahawa jika salah satu keadaan di atas
berlaku, kerelaan tidak boleh dijadikan sebagai pembelaan bagi seseorang untuk menghindari
dirinya daripada sabitan jenayah yang dilakukan. Kerelaan tersebut adalah tidak sah dan tidak
diambil kira seperti mana pihak yang memberi kerelaan itu tidak memberikan kerelaan sejak
dari awal lagi.

2. Kerelaan Di Bawah Seksyen 91 Kanun Keseksaan

Seksyen 91 memperuntukkan bahawa Perbuatan yang sendirinya menjadi kesalahan


dengan tidak bergantung kepada kerosakan yang disebabkan kepada orang yang memberi
kerelaan, tidak termasuk dalam kecualian dalam seksyen 87, 88 dan 89.22

Kecualian dalam seksyen 87, 88 dan 89 itu tidaklah termasuk perbuatan yang sendirinya
menjadi kesalahan dengan tidak bergantung kepada apa-apa kerosakan yang perbuatan itu
mungkin menyebabkan, atau dimaksud bagi menyebabkan, atau diketahui mungkin
menyebabkan, kepada orang yang memberi kerelaan itu,atau kepada orang yang bagi
pihaknya kerelaan itu diberi.

Misalan
Menyebabkan keguguran kecuali dalam kes-kes yang dikecualikan Di bawah seksyen
312 adalah sendirinya suatu kesalahan dengan tidak bergantung kepada apa-apa
kerosakan yang keguguran itu mungkin menyebabkan perempuan itu.Oleh sebab itu
menyebabkan keguguran bukanlah suatu kesalahan “oleh sebab kemudaratan
itu”dan kebenaran perempuan itu ataupun penjaganya bagi menyebabkan
keguguran itu tidaklah mewajarkan perbuatan itu.

Seksyen ini menerangkan bahawa pembelaan kerelaan di dalam seksyen 87,88 dan 89
tidak melangkaui kepada kes-kes yang merupakan kesalahan,bukan di atas sebab
menyebabkan kerosakan itu. Kerelaan bagi kes-kes tersebut bukanlah suatu pembelaan.

22
Seksyen 91 Akta Kanun Keseksaan

17
Seksyen 312 hingga 316 Kanun Keseksaan23 merupakan peruntukan yang menyebabkan
keguguran. Di dalam seksyen 313 dan 314 sebarang tindakan yang wujud unsur kerelaan
adalah tidak relevan, akan tetapi jika kerelaan itu dilakukan tanpa kerelaan perempuan itu
maka hukuman berat akan dikenakan. Manakala seksyen 312 adalah menjadi suatu
kesalahan seorang perempuan itu sendiri yang menyebabkan keguguran. Sebaliknya
seksyen 91ini membenarkan pembelaan kerelaan seorang perempuan itu digunapakai jika
keguguran itu dilakukan bertujuan menyelamatkan nyawa perempuan tersebut.

Di dalam kes PP lwn. Dr. Nadason Kanagalingam, di mana tertuduh telah dituduh di
bawah seksyen 312 Kanun Keseksaan, menyebabkan seorang perempuan hamil gugur.
Melalui keterangan menunjukkan bahawa tertuduh tidak memberikan pertimbangan yang
munasabah dan dia juga tidak mencapai kesimpulan yang munasabah yang dia telah
menyebabkan perempuan itu untuk gugur bagi menyelamatkan nyawanya. Tiada juga
keadaan-keadaan yang menunjukkan bahawa perempuan itu dalam keadaan yang
merbahaya sekiranya kehamilan itu dibenarkan berterusan. Mahkamah Tinggi Kota
Kinabalu telah mendapati tertuduh bersalah dan dikenakan hukuman denda sebanyak
$3500 dan empat bulan penjara.

23
KEKECUALIAN AM KERELAAN : SATU KAJIAN MENURUT UNDANGUNDANG JENAYAH DI MALAYSIA DI DALAM
KES-KES KEMATIAN, NURUL MAJIDAH BINTI OTHMAN,JABATAN UNDANG-UNDANG AKADEMI ISLAM
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR, 2012,m/s 35

18
KESIMPULAN

Jadi secara kesimpulannya, apa juga perbuatan yang mengakibatkan kepada kerosakan atau
kemusnahan, terutamanya harta benda milik orang lain. Perbuatan ini ini merupakan satu
kesalahan. Undang-undang tidak pernah memberikan kebenaran kepada sesiapa untuk
melakukan kerosakan dan kemusnahan dengan sewenang-wenangnya mengikut pertimbangan
sendiri. Jika berlaku kerosakan akibat perbuatan salah, undnag-undnag melihatnya berdasarkan
prinsip tanggungan jenayah, iaitu niat dan perbuatan. Niat tidaklah sukar dilihat jika perbuatan
yang dilakukan orang itu dapat dikaitkan dengan peristiwa yang berlaku. Niat yang
dimaksudkan dalam seksyen 81 merujuk pada ada atau tidaknya niat jenayah semasa
melakukan perbuatan atau kerosakan itu. Hal ini biasanya dibuktikan dengan melihat perbuatan
tertuduh, sama ada tindakan itu dilakukan dengan suci hati dan bukan dengan gopoh, cuai,
sesuka hati atau sewenang-wenangnya.

Kerelaan hanya menjadi pembelaan jika tertuduh melakukan perbuatan itu dengan suci hati
demi kebaikan atau faedah mangsa. Syarat itu boleh dikembangkan dengan hanya bergantung
pada perbuatan yang dilakukan dengan suci hati, tiada niat jahat dan sentiasa terikat dengan
tindakan terbaik. Kerelaan tidak menjadi pembelaan jika diperoleh dengan cara mengugut atau
mendatangkan ketakutan atau bencana kepada seseorang, secara tipuan atau salah faham, orang
yang memberikan kerelaan itu seorang yang tidak sempurna akal, seorang yang mabuk dan
kerelaan diberikan oleh kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun. Dalam pada itu, tidak semua
perbuatan yang mendapat kerelaan mangsa diterima oleh undang-undang melainkan ada
pengecuallan khusus mengenainya di bawah undang-undang bertulis yang lain.

19
RUJUKAN
1. Seksyen 81 Kanun Keseksaan
2. Seksyen 52 Kanun Keseksaan
3. Seksyen 312 Knun Keseksaan
4. Dalihan “Keperluan” Dalam Undang-Undang Jenayah Islam Dan Inggeris, Siti
Zubaidah Ismail.
5. Jenayah Dan Kanun Keseksaan, Shamsuddin Suhor, m/s 126
6. https://www.academia.edu/11951982/Undang_Undang_Jenayah_Kes_kes_Jenayah
7. https://www.studocu.com/my/document/universiti-kebangsaan-malaysia/criminal-
law-i/jenayah-kerelaan/15703213
8. https://la.utexas.edu/users/jmciver/357L/QueenvDS.PDF
9. https://law.resource.org/pub/us/case/reporter/F.Cas/0026.f.cas/0026.f.cas.0360.pdf
10. https://www.lawteacher.net/cases/southwark-london-bc-v-williams.php
11. Kekecualian Am Kerelaan : Satu Kajian Menurut Undang-Undang Jenayah Di
Malaysia Di Dalam Kes-kes Kematian, Nurul Majidah Binti Othman,Jabatan Undang-
undang Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 2012,m/s 35
12. Anita Abdul Rahim. Kekecualian- Kekecualian Am Dalam Undang-Undang Jenayah
Malaysia. UKM. Selangor,2002,m/s. 117
13. (1992) 12 BMLR (Winchester CC)
14. (1978) CRIM LR 553

20

You might also like