Laporan SKP3122 Point Perpaduan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Melibatkan Berbilang Kaum

Negara Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Oleh itu, perpaduan dan menimbulkan perasaan
cinta akan negara amat penting untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan Malaysia. Pelbagai
usaha boleh dilakukan untuk memupuk perpaduan antara rakyat seperti menganjurkan majlis rumah
terbuka, melaksanakan sekolah wawasan, program kenegeraan seperti Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN) atau penerapan nilai-nilai budaya dalam aktiviti harian. Antara usaha-usaha ini, sukan
memegang peranan yang amat penting dalam menyatukan rakyat, memupuk perpaduan dan
menimbulkan perasaan patriotisme rakyat Malaysia. Contohnya, ketika perang dunia kedua, sukan
menjadi alat untuk mengetepikan perbezaan masing-masing dan tempat penyatuan negara-bangsa
yang boleh Bersama walaupun mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur tadbir urus
berbeza.

Secara amnya rakyat Malaysia mengamalkan sukan dalam kehidupan harian masing-masing. Tujuan
mereka melakukan aktiviti sukan bukan sahaja untuk menjaga kesihatan malah adalah untuk
mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga, kawan-kawan dan ahli pasukan.

Usaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

FAM serius untuk kembali memperluaskan sukan bola sepak yang terbukti sebagai ejen paling
ampuh dalam penyatuan, perpaduan dan membina negara ke semua lapisan masyarakat. FAM juga
mengajak masyarakat Cina untuk menyemarakkan semula penyertaan mereka dalam bola sepak
tempatan, bagi menawarkan dimensi berbeza terhadap landskap sedia ada di samping menjadikan
bola sepak sebagai satu opsyen kerjaya, anak-anak mereka.

Dengan menjadikan Tan Cheng Hoe, Datuk Ong Kim Swee dan Chiew Chun Yong sebagai antara
contoh individu berbangsa Cina yang menikmati kerjaya dalam bola sepak tempatan, Hamidin
menegaskan bola sepak bukan milik satu-satu kaum, bahkan ia bersifat sejagat.

Di samping itu, FAM juga menganjurkan Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia (MCFA) untuk
memastikan bola sepak merentas sempadan bangsa dan agama.

a. Sukan Malaysia (SUKMA)

Aktiviti sukan melibatkan pelbagai kaum dan penyertaan aktiviti sukan tidak terhad kepada kaum
tertentu. Contohnya, Sukan Malaysia (SUKMA) merupakan satu acara sukan peringkat kebangsaan
berkonsepkan “Mini Sukan Olimpik” yang diadakan setiap tahun merupakan usaha negara untuk
meningkatkan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat Malaysia. SUKMA juga melibatkan
pelbagai jenis sukan tradisional seperti sepak takraw dan pencak silat untuk menjaga identiti
Malaysia.

Perpaduan bukan sekadar dalam kalangan masyarakat, tetapi juga mengenap lapisan stratifikasi
kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan tidak dikompromi tetapi dijadikan sebagai benteng
pembinaan jati diri menyeluruh. Hal ini kerana sukan merupkan antara mekanisme penting dalam
melentur semangat “kekitaan”. Dalam membangunkan prestasi sukan, sukan juga dapat
memaparkan usaha memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat
pelbagai etnik.

Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan
“kemajmukan” bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi mengahrgai dan mencipta semangat
“semangat satu negara, satu matlamat”.

a. Dasar Sukan Negara


Dasar Sukan Negara adalah untuk mewujudkan budaya sukan dalam kalangan rakyat Malaysia dan
menggariskan matlamat, objektif, strategi, peranan dan tanggungjawab setiap agensi kerajaan,
bukan kerajaan, persatuan-persatuan sukan, rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi-
institusi pengajian serta badan dan individu yang terlibat dalam sukan. Dasar Sukan Negara
merupakan dasar pembangunan sukan kea rah pembentukan budaya sukan dan pemantapan
integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh dan pencapaian
kecemerlangan di peringkat antarabangsa.

Dasar ini adalah untuk semua lapisan masyarakat, merangkumi program-program Sukan Untuk
Semua dan Sukan Prestasi Tinggi. Penggubalannya adalah berlandaskan rancangan pembangunan
negara. Sukan diberi pengiktirafan, penghormatan dan penggalakan bagi mencapai matlamat
pembangunan negara, perpaduan dan kestabilan berterusan dengan menggalakkan pertandingan
yang sihat, sikap muhibah dan toleransi yang tinggi, persefahaman yang pembinaan kualiti moral
dan fizikal yang berterusan.

Di samping itu, sukan memberi peluang dan ruang untuk mengintegrasikan pelbagai kaum kepada
satu masyarakat yang bersatu padu ke arah pemupukan maruah bangsa dan negara.

b. Semangat Ingin Menang Antara Atlet

Atlet- atlet yang terdiri daripada berbilang kaum akan menjadi lebih perpaduan disebabkan
semangat ingin menang antara pasukan. Oleh itu, mereka akan meluangkan lebih banyak masa
untuk berlatih bersama-sama. Ini memberi peluang kepada mereka untuk bergaul dengan kaum lain
tanpa mengira kaum atau budaya, dan ini akan memupuk toleransi antara kaum. Hal ini kerana ahli
pasukan akan mempelajari dan menghormati budaya dan adat istiadat kaum lain apabila berlatih
atau hidup bersama. Oleh itu, perselisihan faham antara kaum akan dikurang dan dielakkan. Mereka
akan saling bertoleransi dan menerapkan nilai-nilai budaya dan warisan dalam aktiviti harian.

Jadi, atlet- atlet akan menjadi lebih bersatu padu dan ini akan membawa pengaruh yang kuat dan
menjadi contoh yang baik kepada penyokong mereka dan juga rakyat Malaysia.

Kesimpulannya, sukan merupakan “penjana” dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan


dan perpaduan dalam kalangan masyarakat negara. Sukan tidak pernah mengira latar belakang
agama, keturunan mahapun kepercayaan. Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada
peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan semangat kesukarelaan,
penyertaan, kerjasama dan sokongan. Selain itu, ia meningkatkan kecemerlangan imej negara dan
jalinan kerjasama antarabangsa.

You might also like