Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

KARYA AGUNG MELAYU (UL02702)

SEMESTER I, SESI 2021/2022

SEKSYEN 3

KHAMIS

11:00 PAGI – 1:00 PETANG

KAJIAN TENTANG LATAR BELAKANG, KEISTIMEWAAN KARYA DAN SUMBANGAN


TOKOH A. SAMAD SAID DALAM BIDANG YANG DICEBURI

DISEDIAKAN UNTUK

DR. ROSMAH DERAK

DISEDIAKAN OLEH

NAMA YENNITA JAMES

NO. MATRIK BF21110144

NO. TELEFON 018-9656017

E-TANDATANGAN yennita

LATAR BELAKANG A. SAMAD SAID.

1
Datuk A. Samad Said atau nama sebenarnya Abdul Samad Muhammad Said merupakan

sasterawan negara (SN) tanah air yang terlibat dalam bidang penulisan kreatif. A. Samad Said

juga telah ditabalkan sebagai sasterawan negara yang versatil. Hal ini dikatakan demikian

kerana, kerajinannya menghasilkan karya dan ketekunannya membaca karya-karya orang lain

menjadi suatu titik penentu pertabalannya. Beliau sendiri memberikan pendapat bahawa

untuk melahirkan karya, ia tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan dan bakat semata-

mata, namun yang terpenting ialah membuat pembacaan dan menimba pengalaman yang

lebih luas.

Beliau dilahirkan pada tanggal 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian

Tunggal, Melaka. A. Samad Said menerima pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota

Raja, Singapura dari tahun 1940 hingga 1946. Kemudiannya, beliau melanjutkan lagi

pelajarannya ke Victoria Institution dan akhirnya memperolehi sijil penghargaan Senior

Cambridge pada tahun 1956. A. Samad Said mulai berkenalan dengan kesusasteraan di dalam

2
dan luar negeri sejak beliau di bangku sekolah menengah lagi. Sewaktu beliau masih di

bangku sekolah, sajak dan cerpennya sudah mula disiarkan.

Kecenderungannya terhadap dunia sastera telah berakar dan berbuah dalam dirinya

sejak kecil lagi apabila beliau selalu mendengar cerita-cerita daripada arwah ibunya.

Daripada pengakuannya, A. Samad Said berkata :

“…kalaulah saya diterima sebagai penulis – saya lahir daripada “


Batu Belah Batu Bertangkup”. Saya masih tetap mendengar cerita ini
walaupun orang yang menceritakannya ketika memandikan saya,
menyuapkan makanan saya dan menidurkan saya sudah tidak ada
lagi…”

SN A. Samad Said memulakan kerjayanya sebagai kerana. Kemudian beliau menjadi

wartawan di akhbar Fikiran Rakyat, Utusan Melayu dan Berita Harian. Beliau kini

merupakan penulis sepenuh masa yang aktif berkarya. Beliau telah mendapat pengiktirafan

daripada Kerajaan Malaysia. Antaranya, Anugerah pejuang Sastera (1976), S.E.A Write

Award (1979), Anugerah Sastera Negara (1985) dan Anugerah Sasterawan Nusantara (1999).

Selain itu, beliau juga menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan

Kesusasteraan UPSI pada tahun 2003. A. Samad Said telah dianugerahkan darjah kebesaran

Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk dalam tahun 1997 oleh Yang Dipertua Negeri

Melaka.

3
KEISTIMEWAAN KARYA A. SAMAD SAID.

Antara karya beliau yang sangat dikenali oleh para sasterawan ialah karya ‘Salina’.

Dikatakan bahawa selama 6 dekad lamanya iaitu hampir 60 tahun karya ini diminati dan

diperkatakan oleh para sasterawan. Kata A. Samad, watak Salina dalam novel itu sebenarnya

tidak pernah wujud sebagai manusia, kerana ia sebaliknya merupakan watak yang diambil

daripada Singapura pada masa itu. Walaupun pelbagai tanggapan orang terhadap watak

Salina itu, namun rezekinya tetap kekal teguh sehingga kini. Pada mulanya ia dibincangkan

oleh sarjana Belanda, A Teuw pada 1964, ia secara tidak langsung telah menaikkan populariti

Salina sehinggakan ia mengalahkan pemenang pertama pertandingan Peraduan Penulisan

Novel 1958.

Walaubagaimanapun, A. Samad berkata, tajuk Gerhana pada asalnya telah ditukar

kepada tajuk Salina. Hal ini dikatakan demikian kerana beliau menginginkan tajuk atau juduk

yang lebih sesuai. Karyanya ini sangatlah istimewa kerana setelah 60 tahun lamanya, karya

Salina masih menjadi kegemaran di kalangan para sasterawan malahan para sarjana masih

mengkaji karya ini di Universiti. Penjualannya juga masih berjalan dengan baik.

Bukan itu sahaja, karya Salina ini telah banyak kali diterbitkan dan dicetak ulang di

atas permintaan orang ramai. Novel ini mengisahkan tentang watak Salina yang menempuh

kepayahan dalam hidup pada zaman selepas perang sehinggakan ia terjerumus ke jalan yang

banyak likunya. Sungguh mempersonakan watak Salina ini yang disorot daripada seorang

watak iaitu Hilmi, yang merupakan anak muda yang mempunyai cita-cita tinggi namun

terhalang kerana kemiskinan.

4
Telah dibuktikan bahawa novel Salina karya A. Samad Said adalah sebuah karya yang

berjaya dan ia tidak dapat disangkal lagi. Keistimewaan yang dimiliki oleh A. Samad Said

jarang sekali ada pada semua penulis, keistimewaan dan keikhlasan Datuk A. Samad Said

berkarya sepatutnya menjadi teladan dan sumber inspirasi bagi generasi pengkarya pada masa

kini. Berikut ialah teknik-teknik retorik yang ada dalam novel Salina karya A. Samad Said.

“Retorik merupakan satu subbidang linguistik yang digunakan


sebagai usaha yang efektif untuk menampilkan penggunaan bahasa
yang berseni, indah, berkesan dan menekankan aspek kesantunan,
keterampilan dan pengaplikasian bahasa baik dalam berkomunikasi
sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Bidang penulisan kreatif
dipilih sebagai skop kajian untuk membuktikan keberkesanan
penggunaan retorik dalam penulisan kreatif yang mempunyai fungsi
komunikasi secara langsung atau tidak langsung antara pengarang
dengan pembaca. Kajian yang berbentuk deskriptif ini dijalankan
berpandukan Teori Retorik Moden yang diasaskan oleh Enos dan
Brown (1993). Kaedah analisis kandungan digunakan untuk
memerikan teks secara tekstual dan kontekstual. Objektif utama
kajian adalah untuk menghuraikan teknik retorik dan menganalisis
kekerapan teknik retorik yang digunakan dalam novel Salina (1961)
karya A. Samad Said. Elemen yang ditekankan dalam kajian ini ialah
lima teknik retorik yang digunakan oleh A. Samad Said, iaitu teknik
penceritaan, pendedahan, pemujukan, pemerian dan penerangan.
Berdasarkan penganalisisan kekerapan penggunaan teknik retorik,
dapatan kajian menunjukkan bahawa retorik penceritaan paling
banyak digunakan, iaitu sebanyak 33 kali. Retorik penerangan dan
pemerian masing-masing sebanyak 30 kali dan 15 kali. Manakala
retorik pendedahan digunakan sebanyak 14 kali. Retorik pemujukan
paling sedikit digunakan, iaitu sebanyak lapan kali. Jelasnya, retorik
merupakan elemen penting yang membantu pengarang menggunakan
bahasa secara berkesan untuk mempengaruhi fikiran, sikap dan
pendirian pembaca terhadap karya yang dihasilkan”. (Mat Dehan, A.
A., & Yaakob, H. N. A. 2015)

“Novel pertamanya, yang asalnya berjudul Gerhana kemudian


diterbitkan dengan judul Salina ialah sebuah novel yang tebal dan
berjaya mengangkat martabat kesusasteraan Melayu ke tahap yang
disifatkan oleh Profesor A. Teeuw dan sesetengah sarjana sebagai
bertaraf antarabangsa. Novel yang hanya memenangi hadiah
penghargaan dalam peraduan penulisan novel anjuran Dewan Bahasa
dan Pustaka (1958) dan yang dihasilkan oleh A. Samad Said sewaktu
beliau baru berusia 23 tahun ini, akhirnya menjadi sebuah karya yang
menjadi garis pemisah antara karya-karya penulis lama dengan baru
dan antara A. Samad Said dengan penulis-penulis 50-an. Karya beliau

5
Salina telah diterjemahkan ke dalam lain-lain bahasa seperti bahasa
Inggeris dan bahasa Perancis.

Salina menceritakan kehidupan masyarakat terutama orang Melayu di


Kampung Kambing, Singapura selepas Perang Dunia Kedua. Ia
menggambarkan kemiskinan, keruntuhan moral di kota dan
pergelutan untuk mempertahankan peribadi di tengah-tengah
kebobrokan. Ini bukanlah persoalan yang sama sekali asing dalam
kesusasteraan Melayu tetapi A. Samad Said telah memperlihatkan
kebolehan seninya dengan melukiskan semua hal ini secara artistik
melalui dialog-dialog dan tingkah laku watak-wataknya. Manusia
yang lahir dalam Salina ialah manusia yang natural bukannya yang
menjelma sebagai boneka dengan sifat-sifat hitam putihnya. Novel ini
telah diadaptasi menjadi bentuk teater oleh dramatis Johan Jaaffar dan
dipentaskan sempena Pesta Kesenian Kuala Lumpur (1986) dan
kemudiannya di Singapura.”

6
SUMBANGAN TOKOH A. SAMAD SAID DALAM BIDANG YANG DICEBURI.

Datuk A. Samad Said sememangnya memberikan pengaruh yang positif dalam setiap

penulisan karya beliau. Hal ini dikatakan demikian kerana tokoh sasterawan negara kita ini

telah banyak memberikan sumbangan dalam bidang yang diceburinya. Antaranya, beliau

telah menyumbangkan penulisan novel yang mempunyai kepelbagaian genre. Bukan itu

sahaja beliau juga memberikan sumbangan dalam memperkayakan dan meninggikan nilai

kesusasteraan. Sumbangan beliau ini sesungguhnya sangat membantu dalam perkembangan

kesusasteraan Melayu di Malaysia.

Seterusnya, Datuk A. Samad Said menyumbang kepada kesinambungan sastera

melayu dengan menghubungkan ASAS 50 dengan yang seangkatan dengannya. Sudah tentu,

dari sudut praktikal perkara ini sangat penting. Kesusasteraan Melayu dalam konteks

Angkatan Sasterawan 50 atau singkatannya ASAS 50 bercita-cita untuk mengangkat martabat

sastera apatah lagi budaya. Orang melayu mengubah sastera Melayu tanpa menghapuskan

sifat-sifat hakikinya. Jelaslah, bahawa sumbangan dan peranan tokoh ini dalam bidang

kesusasteraan sangat menonjol.

Setiap karya Datuk A. Samad Said mempunyai komponen didaktik atau dengan kata

lain, pengajaran. Sumbangan tokoh ini kepada kesusasteraan Melayu antara lain dicontohi

oleh perkara ini. Hal ini berikutan aspek-aspek positif yang terkandung dalam setiap tulisan

beliau sangat kuat sehingga dapat membuka mata setiap orang yang membacanya. Datuk A.

Samad Said turut menyumbang kepada penggunaan bahasa dan diksi yang indah. Ini jelas

kritikal, memandangkan dalam kesusasteraan lapangan, unsur bahasa memainkan peranan

7
yang sangat penting dalam menjana makna sesuai dengan pemikiran pengarang. Walaupun

ramai orang lain, seperti Shanon Ahmad dan Othman Puteh sama-sama mampu menghasilkan

karya sastera dengan bahasa yang indah, namun tidak boleh dipertikaikan bahawa laras

bahasa Datuk A. Samad Said adalah berbeza (Artikel Sastera, n.d.).

Seterusnya, selain daripada novel beliau juga membuktikan keistimewaannya dalam

penulisan puisi seperti yang terdapat dalam kumpulan Liar di Api. Datuk A. Samad Said

merupakan salah satu penulis yang paling awal membuat eksperimen terhadap pelbagai jenis

sajak. Antara karya besar lain yang beliau hasilkan ialah Rindu Ibu, Al-Amin, Warkah

Eropah, Benih Harapan, Benih Semalu, Lantai T. Pinkie, Hujan Pagi, Langit Petang, Di

Hadapan Pulau dan lain-lain lagi. Terdapat juga karya-karya beliau telah diolah menjadi satu

drama pentas dan teater salah satunya ialah karya Salina.

Di samping itu, Datuk A. Samad Said juga mampu menanam budaya cintakan ilmu

sastera melalui karya-karyanya dalam kalangan anak-anak muda terutamanya mereka yang

bercita-cita tinggi untuk menjadi pengkarya.

Akhir sekali, sumbangan terbesar beliau dalam bidang kesusasteraan melayu ialah

beliau memartabatkan nilai sastera di dalam dan luar negara. Hal ini dikatakan demikian

kerana melalui terjemahan karya hebatnya iaitu novel Salina kepada beberapa bahasa lain

termasuk bahasa Perancis dan bahasa English. Kesannya, kesusasteraan melayu dilihat tinggi

di mata dunia sehinggakan orang luar dapat melihat kehebatan kesusasteraan melayu yang

tidak jauh hebatnya jika dibandingkan dengan sastera daripada luar negara.

8
“Saya mahu berada di masjid apabila saya mati,” kata Samad yang

dilahirkan di Melaka.

Oleh kerana agama dan usianya yang tua telah menjadikan beliau tekun dan gigih

mencari langkah atau usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik

menjelang masa hadapan.

9
RUJUKAN

A. Samad Said – Sasterawan Negara Ke-4 (1985) : Klik Web DBP. (n.d.). Retrieved
December 30, 2021, from http://klikweb.dbp.my/?p=4768.

Artikel-artikel Sastera. (n.d.). BicaraSastera. Retrieved December 30, 2021, from


https://bicarasastera.weebly.com/artikel-artikel-sastera.html.

Awang Abdullah (2001). Biografi sasterawan negara A. Samad Said. Kuala Lumpur :
DBP.

Iszahanid, H. (2019, September 13). Enam dekad 'Salina' A Samad Said, terus
diminati. Berita Harian. Retrieved December 30, 2021, from
https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2019/09/606420/enam-dekad-salina-samad-
said-terus-diminati.

Mat Dehan, A. A., & Yaakob, H. N. A. (2015). Teknik Retorik dalam Novel Salina
Karya A. Samad Said. International Journal of Language Education and Applied
Linguistics, 2. https://doi.org/10.15282/ijleal.v2.463

P. (2016, October 27). A Samad Said. . ..Sasterawan Negara 1986 dan Penulis Asia
Tenggara. Blogspot. Retrieved December 30, 2021, from
https://penselpatahtunteja.blogspot.com/2016/10/a-samad-saidsasterawan-negara-1986-
dan.html
Risnah Baharudin (2012). Biografi A. Samad Said : Memberi hati nurani. Kuala
Lumpur : Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

10

You might also like