Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

“Tak tumbuh tak melata,tak sungguh orang tak kata”.

Dalam menempuhi era modenisasi


yang semakin mencabar ini,pelbagai isu telah timbul dan fenomena ini amat meresahkan
pelbagai pihak.Isu kemajuan bidang industri di negara kita menjadi perbualan yang hangat
dalam kalangan masyarakat dan semakin kerap dipaparkan melalui media massa.Berbagai-
bagai inisiatif telah diambil namun segala usaha ini bagai hujan jatuh ke pasir.Bidang
perindustrian di negara kita telah pun berkembang pesat sejak tahun 1980-an.Kerajaan
telah pun berjaya mengenal pasti bahawa bidang perindustrian mampu menjana
pendapatan ekonomi negara pada abad ke-21 ni.Bidang perindustrian boleh dibahagikan
kepada dua iaitu industri ringan dan industri berat.sebagai contoh,kerajaan Malaysia telah
Berjaya meneroka industri berat seperti pembinaan kereta proton.Persoalannya,apakah
kesan-kesan kemajuan bidang industri kepada kepada negara kita?

Pada realitinya,siang bagai hari,terang bagai bulan antara kesan bidang industri kepada
negara kita ialah dapat mewujudkan peluang pekerjaan.Hal ini dikatakan demikian kerana
aliran wang masuk ke dalam negara dapat ditingkatkan apabila negara mengeksport
barangan perindustrian ke luar negara. Barangan industri juga boleh dijual dengan harga
yang jauh lebih tinggi berbanding dengan barangan sektor lain. Misalnya, pengusaha
barangan elektrik dapat mengaut keuntungan yang lebih lumayan berbanding dengan
individu yang terlibat dengan bidang pertanian. Pada masa yang sama, pendapatan kerajaan
turut meningkat apabila lebih ramai pengusaha bidang perindustrian membayar cukai.
Sebagai kesannya, secara tidak langsung ekonomi negara menyumbang kepada pendapatan
negara.Sudah terang lagi bersuluh bahawa bidang perindustrian mampu mewujudkan
peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat di negara kita.

Selain itu, isi yang tidak boleh dikesampingkan ialah sektor perindustrian turut mampu
membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Hal ini realitinya menjelaskan
bahawa peluang pekerjaan semakin bertambah apabila lebih banyak bidang perindustrian
diterokai di negara kita. Dengan itu, penduduk luar bandar turut mendapat manfaat
daripada bidang perindustrian. Bagi membuktikan perkara ini,contoh yang boleh
diketengahkan ialah industri kecil dan sederhana seperti industri pembuatan tembikar,
perusahaan keropok lekor dan perusahaan kraf tangan dapat membuka peluang pekerjaan
untuk penduduk di luar bandar dan sekali gus meningkatkan pendapatan mereka. Impak
daripada hal ini dapat mengikis kehidupan kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang.Bulan semakin terang,baynag kian jelas bahawa taraf hidup rakyat boleh
ditingkatkan secara menyeluruh dengan adanya sektor perindustrian di negara kita.

Di samping itu,jika diteliti dengan lebih mendalam sektor perindustrian boleh


memajukan sektor pertanian.Hal ini dikatakan begitu kerana kemajuan bidang perindustrian
mampu merangsang perkembangan sektor pertanian.Oleh itu, penggunaan jentera moden
membuka peluang kepada para petani untuk mengurangkan keperluan tenaga manusia
serta meningkatkan tahap produktiviti mereka. Tambahan pula, kebanyakan bidang
perindustrian memerlukan hasil sektor pertanian sebagai bahan mentah.Mari kita ambil
contoh, perusahaan ladang kelapa sawit semakin bertambah apabila industri pembuatan
minyak kelapa sawit berkembang ekoran permintaannya yang semakin meningkat.
Keperluan getah asli dalam industri pembuatan tayar di seluruh dunia pula meningkatkan
perusahaan ladang pokok getah. Secara tidak langsung, situasi ini dapat menyumbang
kepada pengeksportan bahan-bahan pertanian.Sudah terang lagi bersuluh bahawa bidang
perindustrian mampu memangkin perkembangan sektor pertanian di negara kita.

Seterusnya,tidak cukup dengan itu,menelusuri isi yang terakhir, kemajuan sektor


perindustrian turut mampu meningkatkan imej negara kita di persada dunia.Hal ini
menggambarkan bahawa kemajuan dalam sesebuah bidang perindustrian membolehkan
kita bersaing dengan negara-negara di seluruh dunia. Contohnya, penciptaan kereta
nasional pertama iaitu jenama Proton pada tahun 1980-an dan perkembangan bidang
tersebut sehingga hari ini meningkatkan persaingan jenama kereta nasional dengan jenama-
jenama kereta yang lain. Lebih menggembirakan lagi apabila budaya negara kita dapat
diperkenalkan kepada masyarakat di luar negara melalui bidang perindustrian.Bukti yang
boleh diketengahkan ialah batik Tom Abang Saufi yang menggambarkan keunikan
masyarakat Malaysia mendapat pasaran yang luas di benua Eropah dan Tanah Arab.
Keadaan ini dapat diibaratkan sebagai sambil menyelam minum air kerana bidang
perindustrian tempatan dan imej negara dapat ditingkatkan pada masa yang sama.Bulan
semakin terang,bayang kia jelas bahawa sektor perindustrian mampu meningkatkan imej
negara kepada orang luar.

Bulan semakin terang,bayang kian jelas bahawa beberapa cara yang dapat
diimpelmentasikan oleh pihak kerajaan untuk memajukan sektor perindustrian .Namun
begitu,obligasi untuk memajukan sektor perindustrian tidak seharusnya diletakkan atas
pundak kerajaan sahaja.Oleh itu,semua pihak tanpa mengenal batasan usia dan warna kulit
perlulah bersinergi ibarat ke bukit sama didaki,ke lurah sama dituruni untuk memajukan
sektor perindustrian di negara kita.Kita haruslah berganding bahu dan menggembleng
tenaga serta mempunyai semangat tinggi setinggi Gunung Everest,seluas Banjaran
Himalaya,sedalam Jurang Mariana dalam memajukan sektor perindustrian.Komitmen padu
daripada semua pihak untuk memajukan bidang perindustrian tidak akan menjadi omongan
kosong dan angan-angan Mat Jenin.

You might also like