Sun Yat Sen & Mao Zedong

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

Nama: MUHAMMAD AMIRUL HAKIM BIN MUHAMED FAUZI

No. Matrik: U2002642

Kod Kursus: AIL 2022

Nama Kursus: SEJARAH CHINA MODEN

Nombor Soalan yang dijawab: SOALAN 1 DAN SOALAN 3

BAHAGIAN A

SOALAN 1

PENDAHULUAN

Sun Yat Sen merupakan seorang tokoh yang amat penting dalam

pembentukan Republik China. Beliau juga berperanan dalam membangkitkan semula

semangat nasioanlisme dalam kalangan masyarakat China yang telah pudar akibat

berlakunya masalah dalam Dinasti Ching pada masa itu. Sun Yat Sen dikenali sebagai

Dr Sun Yat Sen berasal dari Hsiang-shan iaitu berada di kawasan selatan China dan

dilahirkan pada 12 November 1866. Beliau mempunyai enam orang adik beradik

namun begitu dua daripada abang dan dua daripada kakaknya telah meninggal dunia

pada usia yang muda. Beliau juga telah mendapatkan pendidikan awal seawal usia 6

tahun apabila beliau didedahkan dan menerima pendidikan tentang sejarah China dan

pendidikan klasik. Pendedahan awal ini telah menjadikan beliau berasa prihatin

tentang hal negara and bangsanya pada masa itu. Seterusnya, pada tahun 1879

beliau juga mendapat pendidikan barat di Sekolah Iolani Mubaligh Anglican. Semasa

beliau berada di Honolulu untuk melawat abangnya, beliau juga telah melanjutkan

pelajarannya di Koleh Oahu sebelum melanjutkan pelajarannya di Kolej Queen di

Hong Kong dan akhirnya berjaya mendapatkan ijazah kelas pertama dalam bidang
perubatan. Hal ini telah menunjukkan beliau mempunyai latar belakang yang sungguh

hebat dan mengagumkan. Dengan adanya pendidikan yang tinggi ini beliau

mendapati banyak kekurangan dalam kalangan masyarakat China pada masa itu

antaranya dari segi kemajuan pendidikan, sistem undang-undang, pentadbiran dan

pembangunan industri. Oleh itu, terdapat pelbagai peranan yang telah dimainkan oleh

Dr Sun Yat Sen dalam pembentukan Republik China sepanjang tahun 1890 hingga

1912.

MENUBUHKAN PERTUBUHAN REVOLUSIONER

Antara peranan yang telah dimainkan oleh Dr Sun Yat Sen dalam pembentukan

Republik China sepanjang tahun 1890 hingga 1912 ialah menubuhkan pertubuhan

revolusioner. Hal ini dapat dibuktikan apabila Dr Sun Yat Sen telah menubuhkan

Persatuan Pemulihan China (Hsing Chung-hui) di Honolulu. Persatuan ini juga

dikenali sebagai kumpulan untuk menghidupkan semula China. Abangnya, Sun Mei

telah membantu Dr Sun Yat Sen dalam menubuhkan persatuan ini. Pada awalnya,

seramai 112 orang ahli yang terdiri daripada kumpulan sarjana yang menerima

pendidikan tinggi dan kesedaran untuk melakukan perubahan dalam masyarakat

China terutama meningkatkan semagat nasionalisme dalam kalangan masyarakat

China. Persatuan ini telah mengemukakan alasan dan tujuan yang sangat jelas

sebagai contoh untuk menyingkirkan orang Manchu, memulihkan pemerintahan

China, menghapuskan kuasa asing dan seterusnya menubuhkan sebuah kerajaan

Republik China. Hal ini menjadikan keadaan pemerintahan sistem monarki menjadi

lemah dan seterusnya dijatuhkan. Persatuan ini telah melakukan gerakan yang

pertama di Canton dengan menjadikannya sebagai tempat pusat revolusi. Bendera

revolusi juga telah dilancarkan yang Bernama ‘Blue Sky-White Sun’. Beliau juga telah

menawarkan perkhidmatan perubatan percuma kepada masyarakat China di Canton


untuk lebih dikenali khalayak ramai. Dengan adanya persatuan ini Dr Sun Yat Sen

berpeluang untuk berucap bagi tujuan menyebarkan ideologinya kepada masyarakat

umum. Oleh itu, terbukti bahawa, penubuhan pertubuhan revolusioner merupakan

peranan Dr Sun Yat Sen dalam pembentukan Republik China.

MENUBUHKAN PARTI REVOLUSI

Selain itu, peranan Dr Sun Yat Sen dalam pembentukan Republik China

sepanjang 1890 hingga 1912 ialah menubuhkan parti revolusi. Hal ini dapat dibuktikan

apabila Sun Yat Sen telah menubuhkan sebuah parti revolusi yang dikenali Chinese

Union League atau Tun Men-hui pada 20 Ogos 1905 di Tokyo. Dr Sun Yat Sen telah

bertindak menubuhkan parti tersebut dan menjadi pengerusinya. Tujuan beliau

menubuhkan parti ini adalah untuk menggabungkan semua kumpulan revolusi bagi

mengelakkan berlaku pergaduhan atau perebutan kuasa dalam organisasi masing-

masing. Antara parti yang bergabung dengan Dr Sun Yat Sen ialah Restoration

Society, Science Study Group dan China Revival Society. Parti revolusi ini juga

mendapat perhatian oleh golongan yang berpengetahuan luas seperti pegawai

tentera dan golongan sastera. Parti ini mendapat sokongan yang ramai sehingga

pernah mencapai seramai 1000 orang keahliannya kerana ideologi parti ini yang jelas

iaitu tidak kira golongan berpendidikan atau tidak, sedar akan keinginan

membebaskan diri daripada sistem monarki Manchu. Penubuhan parti ini juga

menunjukkan usaha Dr Sun Yat Sen dalam dalam meningkatkan semangat

nasionalisme dalam kalangan masyarakat China seterusnya menubuhkan Republik

China. Oleh itu, terbukti bahawa

penubuhan parti revolusi merupakan peranan Dr Sun Yat Sen dalam pembentukan

Republik China.
MENYEBARKAN PERASAAN ANTI-MANCHU

Seterusnya, Dr Sun Yat Sen telah memainkan peranan dalam menubuhkan

Republik China dengan menyebarkan perasaan anti-Manchu. Hal ini dapat dibuktikan

apabila Dr Sun Yat Sen sering menyampaikan ucapan atau ceramah kepada khalayak

ramai masyarakat China dengan menyebarkan ideologi revolusinya. Hal ini kerana,

beliau merasakan kaedah ini amat berkesan dalam menarik minat masyarakat China

untuk bersama menjadi pengikutnya. Keadaan ini juga ditambah dengan kelemahan

sistem pemerintahan kerajaan Manchu membuatkan rakyat berasa tidak senang

dengan sistem pemerintahan monarki. Dr Sun Yat Sen juga telah mendedahkan

keburukan kerajaan Manchu seperti diskriminasi dan penindasan yang dilakukan

kerajaan Manchu terhadap masyarakat China. Dr Sun Yat Sen juga bertindak

menyebarkan perasaan anti-Manchu ini melalui media akhbar seperti Min Pao di

Tokyo untuk meyakinkan lagi masyarakat China. Pelbagai lapisan masyarakat seperti

golongan pelajar, geng kongsi gelap dan tentera telah memberi sokongan terhadap

langkah Dr Sun Yat Sen ini seterusnya memudakan usaha beliau dalam menubuhkan

Republik China. Oleh itu, terbukti bahawa Dr Sun Yat Sen telah menyebarkan

perasaan anti-Manchu dalam usaha pembentukan Republik China.

MEMPERKENALKAN IDEOLOGI REVOLUSI

Di samping itu, Dr Sun Yat Sen telah memperkenalkan ideologi revolusi dalam

memainkan peranan pembetukan Republik China. Hal ini dapat dibuktikan apabila

Sun Yat Sen telah memperkenalkan ideologi yang berpaksikan kepada tiga prinsip

iaitu San Min Chu-I (nasionalisme), Min Tsu Chu-I (demokrasi) dan Min Sheng Chu-I

(kebajikan sosial). Ketiga-tiga prinsip ini mempunyai maksud yang tersendiri

antaranya San Min Chu-I bermaksud untuk menyingkirkan kuasa asing serta sistem
monarki yang menindas masyarakat manakala Min Tsu Chu-I bermaksud

menubuhkan Republik China yang mengamalkan sistem republik demokrasi dan

menumbangkan sistem monarki. Seterusnya, Min Sheng Chu-I bermaksud

mengutamakan kebajikan rakyat seperti menetapkan harga tanah dan cukai yang

tidak menindas masyarakat. Hal ini telah membuatkan masyarakat China terpengaruh

ideologi ini yang menunjukkan keprihatinan terhadap nasib rakyat yang susah. Oleh

itu, jelas bahawa peranan Dr Sun Yat Sen dalam pembentukan Republik China ialah

memperkenalkan ideologi revolusi.

MELAKUKAN PELANCARAN PEMBERONTAKAN

Antara lain, Dr Sun Yat Sen telah melakukan pelancaran pemberontakan dalam

usaha pembentukan Republik China. Hal ini dapat dibuktikan apabila Dr Sun Yat Sen

bersama pengikut-pengikutnya telah mengatur rancangan untuk melakukan

pemberontakan sebanyak sepuluh kali di selatan dan barat daya China. Walaupun

semua usaha pemberontakan menemui kegagalan namun begitu kesan yang

mendalam telah dirasai oleh kerajaan Manchu sendiri yang lama-kelamaan menjadi

lemah. Hal ini telah membuatkan Dr Sun Yat Sen tidak pernah mengalah dan

seterusnya tercetusnya Revolusi 1911. Revolusi 1911 dikatakan tercetus secara tidak

sengaja apabila peristiwa pengeboman di Wuchang, Hupeh. Hal ini telah

mengakibatkan ibu pejabat revolusi telah diserbu oleh polis kerajaan Manchu. Perkara

ini telah menimbulkan satu lagi pemberontakan yang diberi nama Gerakan Wuchang.

Selepas petempuran sengit dengan pihak polis Manchu, akhirnya gerakan ini berjaya

menguasai Wuchang. Dr Sun Yat Sen telah melantik Li Yuan-hung untuk menjadi

gabenor sementara di Hupeh manakala beliau berada di luar negara untuk

mengumpul kewangan dan mendapatkan sokongan. Terdapat beberapa gerakan

revolusi telah berjaya menawan Hanyang dan Hankow. Sebanyak 15 wilayah telah
mengisytiharkan kemerdekaan dalam hanya tempoh separuh bulan sahaja dalam

usaha pemberontakan revolusi. Kejayaan ini menunjukkan usaha Dr Sun Yat Sen

membuahkan hasil apabila beliau dapat meyakinkan pihak barat supaya tidak campur

tangan seterusnya pulang ke Shanghai untuk menubuhkan Republik China bersama

rakan revolusinya. Oleh itu, jelas bahawa pelancaran pemberontakan merupakan

peranan Dr Sun Yat Sen dalam pembentukan Republik China.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai peranan telah

dimainkan oleh Dr Sun Yat Sen dalam usaha menubuhkan sebuah kerajaan Republik

China. Walaupun kebanyakkan usaha gagal dan menerima kekangan dan halangan,

namun ianya tidak menghalang beliau meneruskan ideologi revolusinya. Sikap tidak

putus asa Dr Sun Yat Sen telah membuahkan hasil apabila usaha yang dilakukan

beliau selama ini berjaya membebaskan sebahagian wilayah China daripada

cengkaman kerajaan Manchu yang mengamalkan sistem monarki. Hal ini ditambah

lagi dengan kepercayaan rakyat China yang memberi sokongan terhadap ideologi tiga

prinsip yang mengetengahkan keprihatinan terhadap rakyatnya. Revolusi 1911

semestinya menjadi titik sejarah kepada semua masyarakat China apabila

berakhirnya sistem autokrasi yang telah diamalkan 2,000 tahun lamanya. Oleh itu, hal

ini telah memberikan masyarakat China dalam memajukan diri mereka seterusnya

mendorong kepada perubahan sosial China moden.


SOALAN 3

PENDAHULUAN

Republik Rakyat China telah diperintah oleh parti komunis di mana memperlihatkan

Mao Zedong sebagai seorang pemimpin yang terkenal dalam usahanya yang berjaya

menyatukan seluruh tanah besar China. Mao Zedong telah dilahirkan pada 26

Disember 1893 di kawasan Shaoshan di wilayah Hunan. Wilayah ini juga terkenal

dengan lahirnya pemimpin-pemimpin hebat, petani yang kuat dan tentera yang bijak.

Dalam siri pendidikannya, Mao Zedong telah didedahkan dengan ilmu-ilmu tradisi

yang berunsurkan sastera China di sekolah yang terletak di kampungnya. Pada

mulanya, Mao Zedong telah menyertai Parti Kuomintang yang dipimpin oleh Dr Sun

Yat Sen. Mao Zedong akhirnya telah menamatkan pelajarannya pada tahun 1917 dan

bekerja sebagai ahli pustakawan di Universiti Peking. Di sini bermulanya inspirasi Mao

yang telah banyak membaca buku-buku penulisan sastera. Keadaan ini telah

menjadikan Mao lebih cenderung kepada sosialis dan bukannya seorang Marxis. Mao

telah tertarik dengan ideologi komunis dan menyertainya. Penglibatan Mao dalam

parti Komunis China pada mulanya tidak tampak dominan. Namun begitu, sekitar

tahun 1930-an, penglibatan Mao mula terserlah dan memulakan kebangkitannya

dalam Parti Komunis China yang seterusnya telah menyelamatkan parti tersebut

daripada kemusnahan.

KEPIMPINAN DI HUNAN

Kebangkitan Mao Zedong telah mula dilihat dengan kepimpinannya di Hunan.

Hal ini dapat dibuktikan apabila Mao telah melancarkan gerakan penuaian musim

luruh pada 9 September di sempadan Hunan dan Jiangxi. Namun begitu, gerakan ini

mengalami kekalahan sehingga Mao membuat keputusan untuk menyerang kawasan


bandar dan kampung. Hal ini disebabkan kedudukan beliau dalam Kuomintang mula

goyah dengan adanya Chiang Kai Shek selepas kematian Sun Yat Sen. Mao telah

melakukan gerakan pemberontakan dengan mempengerahui golongan petani yang

melakukan perjuangan likuidasi dan revolusi tanah. Walaupun peristiwa ini berakhir

dengan kegagalan yang seterusnya menjejaskan kedudukan beliau dalam Politburo,

namun hal ini telah membuka peluang kepada Mao Zedong untuk menunjukkan gaya

pimpinannya seterusnya mencari pengaruh dan sokongan kepadanya. Hal ini

seterusnya memudahkan beliau untuk meminta pertolongan daripada pengikutnya

untuk bersama berjuang.

JIANGXI SOVIET

Mao Zedong memulakan kebangkitannya dalam parti komunis dengan

menubuhkan republik komunis atau dikenali sebagai Jiangxi Soviet pada November

1931. Rakannya Chang Kuo Tao pula bergerak aktif di kawasan selatan China dengan

membantunya dalam kegiatan komunis. Penubuhan ini dilihat memberi kesan yang

sangat besar kepada Mao Zedong dan Parti Komunis China. Dalam keadaan ini,

beliau mengutamakan fokusnya yang ingin mempengaruhi golongan petani agar

memberi sokongan kepadanya dan pihak komunis. Apabila beliau berjaya

menubuhkan Jiangxi Soviet, beliau telah menubuhkan pasukan tentera yang

dinamakan sebagai Tentera Merah. Hal ini demikian kerana, untuk memberikan

kekuatan kepada pihak komunis untuk menangani tentangan pihak Kuomintang pada

masa itu. Mao telah memperkenalkan sistem baru dengan memberikan tanah-tanah

rampasan kepada golongan petani yang seterusnya mendapat tentangan daripada

pihak atasan Parti Komunis China. Namun ianya tidak menghalang Mao kerana beliau

ingin melihat sejauhmana idea beliau ini mampu membantu beliau mendapatkan

sokongan golongan petani yang dilihat telah menjadi sokongan majoriti kepada
ideologi komunisnya. Golongan petani juga telah diberi pendidikan umum seperti

membaca dan menulis. Hal ini dilakukan bagi memastikan keadaan tenteranya dalam

keadaan baik. Dengan langkah ini, Mao Zedong dilihat lebih berani dengan

melaksanakan idea-ideanya seterusnya melihat sejauhmanakah ideanya ini mampu

membawa Parti Komunis China lebih kehadapan. Akhirnya, dasar dan polisi Mao

diterima oleh kongres Parti Komunis China namun ianya tidak dijadikan sebagai

model. Namun begitu, usaha yang dilakukan Mao ini telah berjaya mendapatkan

sokongan yang lebih ramai dan tentera yang kuat seterusnya dapat membangkitkan

Parti Komunis China. Oleh itu, terbukti bahawa peristiwa Jiangxi Soviet ini merupakan

kebangkitan beliau dalam Parti Komunis China seterusnya menyelamatkan parti

tersebut daripada kemusnahan.

PERISTIWA LONG MARCH

Selain itu, peristiwa Long March juga merupakan salah satu kebangkitan Mao

Zedong dalam Parti Komunis China seterusnya menyelamatkannya. Hal ini dapat

dibuktikan apabila berlakunya perang saudara antara pihak Nasionalis dan pihak

komunis. Selepas penubuhan Jiangxi Soviet, Mao telah menerima banyak serangan

yang dilakukan oleh pihak Nasionalis yang menentangnya di Jiangxi. Hal ini telah

memaksa Mao bersama Tentera Merahnya berundur dari Jiangxi. Dalam ekspedisi

ini, beliau mengundurkan diri bersama kira-kira 86,000 tentera secara senyap namun

mereka juga terpaksa berdepan dengan serangan tentera Nasionalis yang

mengorbankan banyak nyawa. Pada bulan November, Mao dan pengikutnya telah

berdepan dengan tentera Nasionalis di Sungai Hsiang. Keadaan ini telah memberi

kesusahan kepada pihak komunis sehingga mengambil masa seminggu untuk

meneruskan perjalanan mereka. Namun begitu, Mao telah berjaya mendapatkan

semula pengaruhnya dan telah dilantik sebagai pengerusi Parti Komunis China. Mao
telah mengubah strateginya untuk tidak berdepan dengan tentera musuh secara

langsung. Pada 20 Oktober 1935, Mao dan pengikutnya berjaya tiba di satu kawasan

di tembik besar China. Pada masa itu, seramai 5 orang tentera komunis menaiki kuda

sambil memegang bendera merah telah menunggu Mao. Ini menunjukkan masyarakat

China pada masa itu mula mengagumi usaha Mao. Dalam peristiwa Long March ini,

pihak komunis telah melalui sebanyak 18 pergunungan yang kebanyakkan bersalji

dan 24 sungai. Perjalanan yang jauh ini menunjukkan kesungguhan Mao yang amat

tinggi dalam memelihara pengikutnya seterusnya Parti Komunis China. Peristiwa ini

juga telah menarik minat ramai golongan muda untuk menyertai tentera merah yang

diketuai Mao Zedong. Pada akhirnya, peristiwa ini telah mengangkat Mao sebagai

pemimpin komunis yang paling berpengaruh seterusnya menyelamatkan Parti

Komunis China daripada kemusnahan. Oleh itu, terbukti bahawa peristiwa Long

March menunjukkan kebangkitan Mao Zedong yang dapat menyelamatkan Parti

Komunis China.

KEPIMPINAN DI YUNAN

Antara lain, kepimpinan di Yunan merupakan salah satu kebangkitan Mao

Zedong dalam menyelamatkan Parti Komunis China. Hal ini dapat dibuktikan apabila

selepas peristiwa Long March, Mao telah tiba di kawasan Yunan pada tahun 1935.

Mao telah membangunkan semula markasnya di situ dan bebas daripada mengikut

arahan pihak Comintern. Hal ini telah membuka peluang kepada Mao untuk

mengukuhkan kedudukan dalam Parti Komunis China. Dalam keadaan ini, Mao masih

menagih sokongan petani akibat daripada penubuhan Jiangxi Soviet yang dilihat

berjaya mendapatkan sokongan yang ramai. Mao juga memperkenalkan dasar

pentadbiran yang sesuai dengan cara hidup rakyat. Hal ini telah menunjukkan

kepimpinan Mao kepada rakyat bahawa beliau mahu pihak komunis berkhidmat untuk
rakyat dan bukannya menggunakan rakyat untuk mengukuhkan kuasa. Selain itu, Mao

telah memajukan kawasan markas-markas komunis China dengan memajukan

industri ekonomi seperti lebih memperbanyak kawasan pertanian yang memastikan

bekalan makanan penduduk dapat ditampung. Hal ini telah mewujudkan industry kecil

seperti pakaian, arang batu dan kertas yang seterusnya mewujudkan peluang

pekerjaan. Kepimpinan dan kebangkitan Mao dilihat dengan jelas di Yunan apabila

pihak komunis akhirnya menjadi bertambah kuat dan berjaya mengalahkan pihak

Nasionalis dalam mengawal dan menyatukan seluruh Tanah Besar China. Oleh itu,

jelas bahawa, kepimpinan Mao Zedong di Yunan menunjukkan kebangkitan beliau

dalam Parti Komunis China yang seterusnya menyelamatkan parti tersebut daripada

musnah.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawa Mao Zedong telah memainkan

peranan yang sangat besar dan penting dalam memastikan kewibawaan Parti

Komunis China. Walaupun beliau bersama pengikutnya mengalami kekalahan dan

kekangan yang amat besar seperti peristiwa Long March, namun usaha dan semangat

beliau yang tidak mudah berputus asa akhirnya telah berjaya dalam mencapai

matlamatnya. Keadaan ini bukan sahaja menjadikan Mao sebagai pemimpin komunis

yang agung, malah menarik minat masyarakat China pada masa itu untuk bersama-

sama menyertai parti komunis dan melakukan revolusi. Kebangkitan Mao dalam Parti

Komunis China telah membuat Mao diangkat sebagai pemimpin nombor satu negara

China. Idea dan polisinya sewaktu di Jiangxi dan Yunan telah menyumbangkan

kepada pengaruhnya. Oleh itu, Mao berjaya menyatukan seluruh Tanah Besar China

yang merupakan peristiwa bersejarah kepada masyarakat China sehingga hari ini.
Pelbagai contoh dan teladan perlu diambil dalam usaha memajukan dan

memodenkan tamadun manusia pada masa ini.

You might also like