Kerja Kursus Ekonomi STPM 2018

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

990224-06-5141

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Eksport barang Malaysia ke negara China berlaku sejak era Tun Dr Mahathir
Mohamad iaitu sejak tahun 1985. Sehinggalah Jun 1999 jumlah perdagangan antarabangsa
antara Malaysia dengan negara China adalah sebanyak 15 billion ringgit di mana jumlah nilai
eksport Malaysia ke China adalah lebih banyak berbanding dengan jumlah nilai eksport
negara China ke negara kita. Walau bagaimanapun, tahun 2009 merupakan tahun yang paling
mencabar bagi negara kita kerana berlakunya krisis kewangan global yang menjejaskan
perdagangan antara negara kita dengan negara China. Pada tahun 2010, Malaysia berjaya
menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) yang akan membantu untuk
memulih perdagangan antarabangsa kita dengan negara lain seperti negara China. Jalinan
hubungan Malaysia Dengan negara China telahpun bermula sejak abad ke-13. Sejarah
panjang ini memperlihatkan hubungan yang cukup rapat mantap antara dua buah negara ini.
Haluan perdagangan antara dua buah negara ini juga memberikan kesan langsung terhadap
negara kita.

Maksud haluan merujuk kepada arah, hala dan maksud perdagangan adalah
penukaran barang atau perkhidmatan secara sukarela. Mekanisme yang membenarkan
perdagangan ini berlaku dirujuk sebagai pasaran. Walau bagaimanapun, bentuk perdagangan
yang asal ialah barter iaitu, penukaran barang dan perkhidmatan secara langsung antara
individu yang terlibat dalam suatu situasi. Perdagangan diwujudkan kerana beberapa sebab
seperti pengkhususan dan pembahagian kerja manakala perdagangan antarabangsa berlaku
sebab wujudnya faedah berbanding dalam pengeluaran sesuatu komoditi tertentu.

Perkataan eksport bermaksud proses barang atau perkhidmatan dijual dari sesebuah
negara ke negara yang lain secara sah terutama untuk tujuan perdagangan. Dalam dunia
perniagaan, pengertian eksport adalah proses pengiriman atau penjualan barang dari dalam
negeri dengan tujuan luar negeri dimana kegiatan eksport tidak terlepas dari segala proses
dan aturan yang berlaku di negara tersebut srta melibatkan pelbagai pihak. Ia juga merupakan
bahagian penting dalam perdagangan antarabangsa.

Perkataan import bermaksud apa-apa barangan atau perkhidmatan yang dibawa ke


dalam sesebuah negara dari negara yang lain dengan menggunakan kaedah yang disahkan
oleh undang-undang dan ia biasanya wujud dalam perdagangan terutamanya perdagangan
antarabangsa. Import barangan atau perkhidmatan diberikan kepada pelanggan tempatan oleh
990224-06-5141

penghasil. Satu import di dalam negara penerima adalah satu eksport kepada negara
penghantar.

Tajuk yang dipilih pada kajian kali ini ialah Haluan perdagangan antara Malaysia
dengan negara China dari tahun 2009 hingga tahun 2014. Objektif kajian adalah untuk
menganalisis kadar pertumbuhan eksport Malaysia ke negara China dari tahun 2009 hingga
tahun 2014 dan mengkaji arah aliran import Malaysia daripada negara China dari tahun yang
berkenaan. Dalam kajian kali ini, negara yang difokus adalah negara China kerana negara
China berkait rapat dengan negara kita dalam bidang perdagangan antarabangsa. Ia
merupakan rakan dagang utama Malaysia.
990224-06-5141

2.0 PENYATAAN MASALAH

Pengkaji ingin menganalisis kadar pertumbuhan eksport Malaysia ke negara China


dari tahun 2009 hingga tahun 2014. Hal ini kerana terdapat masalah yang akan melambatkan
pertumbuhan eksport negara kita. Antaranya adalah disebabkan oleh ekonomi yang semakin
lembab. Hal ini sedemikian kerana berlakunya bencana alam dan krisis nuklear di negara
Jepun yang mengakibatkan eksport merosot pada peringkat dunia terutamanya negara Asia.
Selain itu, pengkaji ingin mengkaji arah aliran import Malaysia dari negara China dari tahun
2009 hingga tahun 2014. Hal ini kerana berlakunya kekurangan daripada aspek-aspek seperti
kemahiran teknologi, tenaga kerja mahir dan sebagainya yang mengakibatkan jumlah import
barangan dan perkhidmatan negara kita daripada negara China semakin bertambah.

Kajian ini dijalankan supaya ingin dijadikan sebagai satu panduan atau idea
kepada pihak kerajaan untuk melaksana atau mengubah dasar- dasar tertentu untuk
memastikan kebajikan rakyat sentiasa dijamin. Di samping itu, dasar-dasar yang baru boleh
dilaksanakan oleh pihak kerajaan kerana pihak kerajaan memainkan peranan yang penting
dalam perdagangan antarabangsa ini. Dengan wujudnya kajian kali ini, pihak kerajaan boleh
menyesuaikan dasar ikut keadaan semasa ekonomi dan negara supaya tidak membebankan
rakyat Malaysia. Tambahan pula, kajian kali ini memberi manfaat kepada pengkaji kerana
dapat memperkembangkan ilmu pengetahuan pengkaji terutamanya dalam bidang
perdagangan antarabangsa. Dengan ini, rakyat Malaysia akan menjadi lebih berpengetahuan
dan lebih berdaya saing di peringkat global nanti.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif 1 : Menganalisis kadar pertumbuhan eksport Malaysia ke negara China dari tahun
2009 hingga tahun 2014.

Objektif 2 : Mengkaji arah aliran import Malaysia dari negara China dari tahun 2009 hingga
tahun 2014
990224-06-5141

4.0 KAEDAH KAJIAN

A) Data Sekunder

Antara data yang digunakan pada kajian kali ini ialah data sekunder. Data
sekunder bermaksud sumber-sumber data informasi yang dikumpulkan untuk menjadi dasar
kesimpulan dari sebuah penelitian. Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data
sekunder ialah melalui kaedah kepustakaan. Pengkaji telah menggunakan bahan-bahan
rujukan seperti bahan bacaan bercetak iaitu ACE AHEAD Teks STPM penggal 3 yang ditulis
oleh pengarang yang bernama Suhiliah Mohd Salleh. Data yang dapat dijumpai adalah
tentang arah aliran perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran di negara kita serta
rumus eksport. Bukan itu sahaja, laman web juga sering digunakan untuk mendapatkan data
yang ingin diperolehi kerana sesetengah data sukar diperolehi. Dengan menggunakan laman
web (www.bnm.gov.my), data-data tentang perkembangan ekonomi iaitu, pertumbuhan
eksport boleh diperolehi dengan merujuk petunjuk ekonomi yang berada dalam laman web
tersebut. Seterusnya, laman web (www.miti.gov.my) dilayari untuk mendapatkan maklumat
tentang arah aliran import antara negara Malaysia dengan negara-negara luar seperti Jepun,
China, Amerika Syarikat dan sebagainya. Bukan itu sahaja, definisi eksport dan import
daripada (www.mimiadam.com) telahpun diperolehi dengan menggunakan bahan bacaan
ilmiah. Data yang telah diperolehi digunakan untuk menyiapkan bahagian pengenalan.

B) Kaedah Menganalisis Data

Penganalisaan data adalah proses pencarian dan penyusunan data yang sistematik
melalui transkip wawancara dan dokumentasi untuk menambah lagi pemahaman semua
peneliti terhadap apa-apa sahaja yang ditemukan. Pengertian analisis data menurut Spradley
adalah pengujian sistematis terhadap sesuatu untuk menentukan hubungan antara bahagian-
bahagian dan hubungan bahagian itu secara keseluruhan. Tujuan penganalisian data adalah
untuk menjelaskan data-data yang dikumpul kepada data yang lebih ringkas dan mudah
difahami oleh masyarakat umum.
990224-06-5141

Kadar pertumbuhan eksport bermaksud peratusan atau kadar kenaikan nilai eksport
pada tahun tertentu berbanding dengan tahun sebelumnya.

Rumus Kadar Pertumbuhan Eksport = Nilai eksport tahun (t) – Nilai eksport tahun (t-1)
Nilai eksport tahun (t-1)

Arah aliran bermaksud corak eksport dan import di antara negara-negara ditentukan
oleh faedah mutlak atau faedah berbanding. Perdagangan antarabangsa akan menguntungkan
semua negara sekiranya setiap negara menikmati faedah mutlak atau faedah berbanding
dalam sekurang-kurangnya satu jenis barang.
990224-06-5141

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1: Menganalisis kadar pertumbuhan eksport malaysia ke negara china dari tahun
2009 hingga tahun 2014

Jadual 1 : Kadar Pertumbuhan Eksport Malaysia Ke Negra China Dari Tahun 2009 Hingga
Tahun 2014

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia

Kadar Pertumbuhan
0.25

19.65%
0.2

0.15 13.22%
peratusasn (%)

0.1 9.29%

0.05

0.00%
0
2009 2010 2011 -2.69%
2012 2013 2014
-4.90%
-0.05

-0.1
Kadar Pertumbuhan
Raj
ah 1: Kadar Pertumbuhan Eksport Malaysia Ke China Dari Tahun 2009 Hingga Tahun 2014

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia


990224-06-5141

Secara umum, eksport Malaysia ke negara China pada tahun 2009 hingga tahun 2014
mengalami keadaan yang tidak konsisten iaitu turun naik.

Data yang diperolehi menunjukkan kadar pertumbuhan eksport Malaysia semakin


meningkat bermula tahun 2009 hingga 2011. Antara tahun 2009 hingga 2010, kadar
pertumbuhan eksport Malaysia adalah sebanyak 19.65% iaitu, peningkatan eksport daripada
RM 67358.5 Juta pada tahun 2009 kepada RM 80591.1 Juta pada tahun 2010. Kemudiannya,
ia meningkat lagi kepada RM 91246.8 Juta pada tahun 2011 dengan kadar pertumbuhan
sebanyak 13.22%. Antara tahun 2011 hingga 2012, kadar pertumbuhan adalah sebanyak
-2.69% ataupun penurunan sebanyak 10.53% daripada RM 91246.8 Juta kepada RM 88793
Juta. Pada tahun 2013 pula, kadar pertumbuhan meningkat semula kepada 9.29% daripada
RM 88793 Juta pada tahun 2012 kepada RM 97043 Juta pada tahun 2013. Pada tahun 2014
pula, kadar pertumbuhan adalah sebanyak -4.90% iaitu, merosot sebanyak 4.39% dari tahun
2013 hingga 2014 dengan eksport sebanyak RM97043 Juta kepada RM 92286 Juta.

Pada tahun 2009 hingga tahun 2011, jumlah nilai eksport Malaysia ke negara China
meningkat disebabkan oleh ekonomi yang semakin baik. Hal ini dikatakan sedemikian kerana
pemulihan ekonomi di Malaysia bertambah kukuh dan stabil dengan adanya peningkatan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.5 pada tahun 2009 kepada 9.0 pada
tahun 2010. Sebagaima yang kita ketahui, pemulihan ini berlaku disebabkkan oleh dasar
monetari dilakukan oleh pihak bank. Maksud dasar monetari juga dikenali sebagai dasar
kewangan yang dirancangkan oleh pihak kerajaan dan dilaksanakan oleh pihak bank untuk
mengawal penawaran wang dan kadar bunga bagi mempengaruhi tingkat perbelanjaan
agregat untuk mencapai tingkat tenaga selain mengawal inflasi sesebuah negara. Pihak bank
telah memutuskan untuk mengurangkan kadar bunga daripada 3.0% kepada 2.0% walaupun
Malaysia sedang mengalami kadar inflasi yang tinggi iaitu antara 2.5%-3.0% pada tahun
2009. Oleh hal yang demikian, eksport Malaysia ke negara China telah meningkat daripada
RM67358.5 Juta kepada RM 80595.1 Juta. Umum mengetahui hal ini berlaku adalah kerana
wujudnya Industri Elektrik&Elektronik (E&E) yang merupakan sektor utama dalam sektor
perkilangan Malaysia kerana menyumbang sejumlah besar kepada eksport iaitu, sebanyak
33.4%daripada jumlah 100% eksport Malaysia. Dengan itu, barang E&E seperti peranti
semikonduktor, komponen pasif, litar bercetak, televisyen, penghawa dingin dan sebagainya
telah merangkumi sejumlah yang besar dalam kalangan eksport Malaysia ke China iaitu
sebanyak RM 38342 Juta daripada jumlah RM 67358.5 Juta pada tahun 2009. Negara
990224-06-5141

Malaysia berjaya mencatat kadar pertumbuhan ekonomi yang kukuh iaitu, sebanyak -1.7%
pada tahun 2009 meningkat kepada 4.5% pada tahun 2010 dan 5.5% pada tahun 2011.

Pada tahun 2013 hingga 2014, jumlah nilai eksport Malaysia ke negara China merosot
kerana berlakunya ketegangan hubungan antara Malaysia-China dalam tuntutan kawasan di
kepulauan spratly yang terletak di bahagian tengah Laut China Selatan. Tuntutan kepulauan
oleh negara China berlaku walaupun ia terletak di dalam kawasan eksklusif Zon Ekonomi
Malaysia(ZEE). Zon ini telahpun ditetapkan dibawah Undang-Undang Laut semasa
konvensyen Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1982 bahawa setiap negara
pantai memiliki hak eksklusif atas zon ekonomi seluas 370 kilometer (200 batu nautika). Ini
bermakna negara Malaysia mempunyai hak untuk memiliki dan mengeksploitasi apa-apa
sahaja seperti hasil laut, petroleum dan sebagainya dalam kawasan tersebut termasuk
kepulauan spratly tersebut. Oleh hal yang sedemikian, eksport Malaysia ke China telah
merosot daripada RM 97043 pada tahun 2013 kepada RM 92286 Juta pada tahun 2014.
Maka, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Benar Malaysia turut merosot daripada 7.7
pada tahun 2013 kepada 7.4 pada tahun 2014.
990224-06-5141

5.2: Mengkaji arah aliran import Malaysia dari negara China dari tahun 2009 hingga
tahun 2014.

Jadual 2 : Arah Aliran Import Malaysia Ke Negara China Dari Tahun 2009 Hingga Tahun
2014

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia

Arah Aliran
140000

120000 115513
106265
100000 91864
80595.1
80000
66432.9
61025.7
60000

40000

20000

0
2009 2010 2011 2012 2013 2014
Arah Aliran

Rajah 2 : Analisis Arah Aliran Import Malaysia Ke Negara China Dari Tahun 2009 Hingga
Tahun 2014.

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia


990224-06-5141

Secara umumnya, arah aliran import Malaysia dari negara China semakin bertumbuh
antara tahun 2009 hingga tahun 2014. Menurut teori ekonomi daripada Prof.Osman Rani
Hassan yang mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pertumbuhan ekonomi
sesebuah negara dikatakan sederhana apabila jumlah import daripada negara lain melebihi
jumlah eksport barangan ke negara lain. Kebiasaannya ia berlaku pada sesebuah negara yang
kurang maju seperti Myanmar ataupun negara sedang membangun seperti negara kita sebab
kekurangan daripada aspek-aspek seperti kemahiran teknologi, tenaga kerja mahir dan
sebagainya.

Jadual 2 dan rajah 2 menunjukkan jumlah import yang paling tinggi berlaku pada
tahun 2014 dengan nilai sebanyak RM 115513 Juta manakala nilai import yang paling rendah
berlaku pada tahun 2009 dengan nilai sebanyak RM 61025.7 Juta. Secara umumnya, arah
aliran import Malaysia dari negara China dari tahun 2009 hingga tahun 2014 adalah positif.

Data yang diperolehi menunjukkan arah aliran positif berlaku pada tahun 2009 ke
tahun 2010 dengan jumlah sebanyak RM 61025.7 Juta meningkat kepada RM 66432.9 Juta.
Antara tahun 2010 hingga tahun 2011, arah aliran mengekal positif sebanyak RM 14162.2
Juta iaitu meningkat daripada RM 66432.9Juta pada tahun 2010 kepada RM 80595.1 Juta
pada tahun 2011. Pada tahun 2012 pula, jumlah import Malaysia dari negara China
meningkat lagi sebanyak RM 11268.9Juta iaitu daripada RM80595.1 Juta kepada RM 91864
Juta. Seterusnya, ia terus berkembang bermula tahun 2013 hingga ke tahun 2014 dengan
peningkatan yang amat besar iaitu sebanyak RM 9248Juta ataupun meningkat daripada RM
106265Juta kepada RM 115513Juta pada tahun berkenaan.

Pada realitinya, jumlah import Malaysia daripada negara China semakin meningkat
adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang munasabah. Antaranya adalah disebabkan oleh
kerjasama dalam perdagangan bebas iaitu, mengadakan Kerjasama Ekonomi Komprehensif
Serantau (RCEP) pada tahun 2012. RCEP merupakan satu perjanjian perdagangan bebas
antara sepuluh negara anggota ASEAN iaitu, Malaysia, Thailand, Cambodia, Myanmar,
Vietnam, Indonesia, Brunei, Singapura, Laos dan Philippines dengan enam negara Asia
Pasifik iaitu, Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand di mana telah
mempunyai perjanjian perdagangan bebas yang sedia ada sebelum ini. Objektif RCEP adalah
untuk mencapai perjanjian perkongsian ekonomi moden, komprehensif, berkualiti tinggi dan
saling menguntungkan. Maka, import Malaysia dari negara China meningkat dengan jumlah
990224-06-5141

yang besar pada tahun 2012 iaitu sebanyak RM 14401 Juta berbanding tahun 2010 dan 2011
iaitu sebanyak RM5407.2 Juta dan RM14162.2 Juta.

Bukan itu sahaja, import dari negara China semakin meningkat kerana adanya
Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC). Ia merupakan satu forum ekonomi sekumpulan
negara yang bersempadan dengan Lautan Pasifik. Negara-negara ini mampu mewakili 60
peratus ekonomi seluruh dunia kerana dianggotai oleh beberapa kuasa besar seperti Amerika
Syarikat, Rusia, China dan sebagainya. Tujuan APEC adalah untuk mengalakkan
perdagangan bebas dan kerjasama ekonomi di seluruh rantau Asia Pasifik. Dengan itu, negara
China turut menjadi rakan dagang utama Malaysia. Hal ini kerana mempunyai pelaburan
sebagai komitmen jangka panjang bagi hubungan perdagangan antara satu sama lain. Sebagai
buktinya, penubuhan Taman Perindustrian China-Malaysia di Qinzhou dan Taman
Perindustrian Malaysia-China di Kuantan menunjukkan kedua-dua buah negara menghargai
hubungan antara satu sama lain. Menurut data oleh Jabatan Perangkaan Perdagangan Luar
Negeri Malaysia, peralatan mesin dan peralatan pengangkutan merangkumi angka yang besar
dalam jumlah import iaitu sebanyak RM40671 Juta daripada jumlah import sebanyak
RM61026 Juta pada tahun 2009. Hal ini kerana kekurangan kepakaran dalam bidang
pembuatan dan perkilangan. Sebagai analoginya, barang yang diimport daripada negara
China terdiri daripada produk elektrik dan elektronik(E&E), jentera, mesin, perkakasan, alat
ganti serta kelengkapan pengangkutan kerana barangan ini tidak dapat dikeluarkan oleh
industri domestik di negara kita.
990224-06-5141

6.0 CADANGAN

1. Mengkaji semula pemberian subsidi eksport

Subsidi eksport sering ditakrifkan sebagai wang yang ditanggunggung oleh pihak
kerajaan kepada pengeksport pada masa tertentu untuk mengurangkan kos pengeluaran
mereka. Di samping itu, ia bertujuan untuk menstabilkan harga sesuatu barang atau
perkhidmatan berbanding dengan harga pasaran. Dengan mengkaji semula pemberian subsidi
kepada para pengeksport seperti menambahkan jumlah subsidi dapat membantu untuk
meningkatkan daya saing pengeluar-pengeluar tempatan dan meningkatkan imbangan
pembayaran negara pada masa yang sama kerana harga barang tempatan lebih murah
daripada harga barang import. Peningkatan eksport akan menyebabkan berlakunya imbangan
dagangan bertambah baik pada masa yang akan datang kerana jumlah eksport melebihi
jumlah import. Oleh itu, permintaan barang tempatan oleh penduduk tempatan akan semakin
meningkat. Peningkatan permintaan oleh penduduk akan menyumbang kepada pendapatan
negara dan dapat mengembangkan ekonomi negara. Penduduk di luar negara mungkin akan
lebih tetarik dengan barang tempatan kerana harganya yang lebih berpatutan berbanding
dengan barang lain. Akhirnya, masalah pengaliran wang tempatan ke luar negara dapat
dihindari kerana pengurangan import daripada negara lain.

2. Mengkaji semula cukai import

Untuk memastikan bahawa jumlah eksport Malaysia dapat mencatat nilai eksport
yang semakin meningkat, pihak kerajaan patutlah melaksanakan beberapa inisiatif untuk
merealisasikannya. Antara inisiatifnya adalah mengkaji semula untuk meningkatkan cukai
import. Hal ini kerana cukai import merupakan sumber pendapatan kepada sesebuah negara.
Dengan adanya duti import, perbelanjaan mengurus dan pembangunan kerajaan dapat
dibiayai. Seterusnya, hal ini dapat melindungi industri tempatan kerana duti import yang
dikenakan terhadap pengimport akan menyebabkan harga barang import secara relatif lebih
mahal berbanding dengan harga barang tempatan. Maka, permintaan berang tempatan akan
meningkat dan industri tempatan terus berkembang juga. Bukan itu sahaja, perkembangan
industri tempatan akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan kerana
peningkatan produktiviti akibat peningkatan permintaan oleh masyarakat. Akhirnya,
imbangan dagangan negara kita akan bertambah baik kerana jumlah eksport negara melebihi
jumlah import negara.
990224-06-5141

7.0 RUMUSAN KAJIAN

Hasil kajian yang telah dibuat menunjukkan sumbangan eksport terhadap kadar
pertumbuhan Malaysia adalah tidak konsisten antara tahun 2009 hingga tahun 2014. Ia
merupakan satu hubungan perdagangan antarabangsa antara Malaysia dengan China pada
tahun berkenaan. Umum mengetahui bahawa jumlah eksport adalah penting terhadap
pertumbuhan dan pembangunan ekonomi sesebuah negara yang sedang membangun seperti
Malaysia. Jika eksport meningkat, keluaran dalam negara kasar (KDNK) semakin besar dan
taraf hidup serta kuasa beli masyarakat tempatan dapat ditingkatkan. Peningkatan dalam
eksport juga dapat membaiki imbangan dagangan negara kita yang bergantung kepada import
yang tinggi terhadap barangan Elektrik dan Elektronik (E&E) daripada negara China. Maka,
pihak kerajaan perlu memastikan eksport negara kita sentiasa pada tahap optimum supaya
taraf hidup masyarakat tempatan dapat ditingkatkan.

Hasil kajian kedua menunjukkan import negara Malaysia dari negara China semakin
meningkat antara tahun 2009 hingga tahun 2014. Sektor ekonomi yang memberi sumbangan
terbesar dalam jumlah import adalah sektor perkilangan kerana negara kita memerlukan
barangan perantara seperti mesin, jentera dan lain-lain untuk menghasilkan barang atau
perkhidmatan. Hal ini sedemikian kerana negara mengalami kekurangan dalam tenaga kerja
yang mahir dalam bidang ini dan terpaksa mengimport peralatan yang diperlukan daripada
negara asing. Tambahan pula, kerjasama perdagangan bebas seperti Kerjasama Ekonomi
Komprehensif Serantau (RCEP) antara negara Malaysia dengan negara China juga
merupakan punca peningkatan import dari tahun 2009 hingga tahun 2014. Walau
bagaimanapun import semakin meningkat, tetapi ia juga membawa kebaikan terhadap dua
buah negara. Antaranya adalah Malaysia dapat menjalinkan hubungan diplomatik yang baik
dengan negara China dan mengekalkan hubungan sebagai rakan dagang utama pada masa
yang akan datang.
990224-06-5141

8.0 SENARAI RUJUKAN

1.0 Karya Penulis

Suhiliah Mohd. Salleh, 2014 . Ace Ahead Teks STPM Ekonomi Malaysia Penggal 3 Edisi
kemas Kini. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

2.0 Kamus Dan Ensaiklopedia

Kamus Dwibahasa, 2000. Selangor : Pelanduk Publication Sdn. Bhd.

3.0 Karya yang diusahakan oleh Badan, Industri atau Jawatankuasa

Malaysia. Bank Negara Malaysia, 2011 . Laporan Prestasi Ekonomi 2010/2011. Kuala
Lumpur. Bank Negara Malaysia.

Malaysia. Bank Negara Malaysia, 2013. Laporan Ekonomi (Prestasi Ekonomi dan
Kerjasama Antarabangsa) 2013/2014. Kuala Lumpur. Bank Negara Malaysia.

Malaysia. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), 2010 .


Laporan MITI 2010. Kuala Lumpur . Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
(MITI).

Malaysia. Department of Statistics Malaysia, 2009. Malaysia External Trade Statistics 2009-
2014. Kuala Lumpur. Department of Statistics Malaysia.

4.0 Bahan Internet

Nor Shahirah & Nur Fadhilah (Jun 4, 2016). Polisi Galakan Eksport Malaysia.(Dicapai pada
21 July 2018) dari URL : http://beet2013.blogspot.com
990224-06-5141

9.0 LAMPIRAN
990224-06-5141

PENGHARGAAN

Demi mencapai kejayaan dalam kajian yang telah dibuat, kerjasama dan bantuan
daripada pelbagai pihak amat dihargai dan dikasihi. Di samping itu, saya di sini ingin
merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya dalam
menyiapkan kajian ini.

Sebelum itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Sarizan Binti
Derus selaku guru mata pelajaran Perakaunan saya yang sudi meluangkan masa untuk
membantu dan menyokong saya dalam menyempurnakan kajian kerja kursus ini. Sepatah
teguran-teguran beliau amat dihargai.

Di sini saya juga ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi kepada ibu bapa
yang amat dicintai iaitu, Encik Chong Men Kee dan Puan Loo Siang Ching kerana banyak
membantu dan menyokong serta memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada saya dalam proses
menghasilkan kajian ini.

Bukan itu sahaja, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan
saya terutamanya rakan-rakan yang seperjuangan di Tingkatan Enam Atas Kemanusiaan 2
yang telah banyak memberi pandangan dan berkongsi pendapat antara satu sama lain untuk
menyiapkan kerja kursus tersebut. Dengan wujudnya bantuan daripada semua pihak, proses
penghasilan kajian ini menjadi lebih bermakna.

Pendek kata, penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat
dalam menjayakan tugasan ini tidak mengambil kira secara langsung ataupun tidak langsung.
Segala bantuan yang sudi kalian beri amat dihargai dan dikasihi.

Sekian, terima kasih.


990224-06-5141

Haluan Perdagangan Antara Malaysia Dengan China Dari Tahun 2009 Hingga Tahun
2014.
ABSTRAK
Kajian kali ini dijalankan adalah untuk menganalisis kadar pertumbuhan
eksport Malaysia ke China dan mengkaji arah aliran import Malaysia dari negara
China dari tahun 2009 hingga tahun 2014 dan menjelaskan faktor-faktor yang
mengakibatkan hal ini berlaku. Bagi memastikan kajian kali ini dapat dijalankan
dengan lancar, beberapa kaedah kajian telahpun digunakan. Antaranya adalah
dengan menggunakan data sekunder iaitu, menggunkana kaedah kepustakaan
seperti buku teks ekonomi penggal 3. Oleh kerana sesetengah sumber sukar
untuk diperolehi, maka laman web kerap digunakan untuk mendapatkan
maklumat yang diingini untuk kajian kali ini. Seterusnya, kaedah menganalisis
data juga merupakan salah satu kaedah kajian yang digunakan dalam kajian kali
ini supaya dapat menjelaskan data dengan lebih ringkas dan mudah difahami
oleh masyarakat umum. Dapatan kajian daripada objektif pertama kajian kali ini
menunjukkan pola tidak konsisten dalam kadar pertumbuhan eksport negara
Malaysia ke China kerana disebabkan oleh dasar kerajaan dan beberapa faktor
persekitaran luaran. Dapatan kajian daripada objektif kedua menunjukkan pola
semakin meningkat dalam import dari negara China ke Malaysia kerana terdapat
beberapa perjanjian yang ditandatangani antara negara kita dengan negara China
dalam tempoh yang dikaji. Antaranya adalah Kerjasama Ekonomi Komprehensif
Serantau (RCEP) dan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).
Kesimpulannya, pihak kerajaan perlulah mengambil kira cadangan yang diberi
untuk mengubahsuaikan dasar kerajaan yang sedia ada supaya tidak terlalu
bergantung kepada barangan import serta dapat membaiki imbangan dagangan
negara kita pada masa yang akan datang.

You might also like