Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1.

1 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat deskriptif, perbezaan dan hubungan

berkenaan PPB melalui manipulasi ke atas pemboleh ubah bersandar iaitu komponen,

matlamat, cabaran dan strategi pengajaran bersama terhadap jenis inklusif dan pengalaman

guru. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas tentang

perlaksanaan pengajaran bersama dan cadangan penambah baikan perlaksanaan PPB.

Antara objektif kajian yang akan dijalankan adalah :

i. Menentukan tahap perlaksanaan Komponen Pengajaran Bersama, Matlamat, Cabaran

dan Strategi dalam kalangan guru-guru yang mengajar di kelas inklusif **** analisis

deskriptif (peratusan/min/sp)

ii. Menentukan perbezaan pelaksanaan Komponen Pengajaran Bersama, Matlamat,

Cabaran dan Strategi daripada aspek jenis inklusif dalam pendidikan inklusif.

***compute data kepada (Komponen Pengajaran Bersama, Matlamat, Cabaran dan

Strategi…..daripada item-item/soalan di bawah konstruk)

iii. Menentukan perbezaan pelaksanaan Komponen Pengajaran Bersama, Matlamat,

Cabaran dan Strategi daripada aspek kategori guru yang mengajar *** (maklumat

demografi) di kelas inklusif. ***ANOVA ATAU t-test

iv. Mengenal pasti hubungan antara Komponen, Matlamat, Cabaran dan Strategi

**** (korelasi) dalam kalangan guru-guru dengan pengalaman mengajar di kelas

inklusif. **KORELASI.

1.2 Persoalan Kajian


(a) Apakah kemahiran pengajaran guru yang diperlukan untuk melaksanakan
Pengajaran Murid Bermasalah Pembelajaran Dalam Persekitaran Inklusif ?

(b) Apakah sumber yang diperlukan untuk melaksanakan Pengajaran Murid Bermasalah
Pembelajaran Dalam Persekitaran Inklusif ?

(c) Apakah Pelan Tindakan yang diperlukan untuk melaksanakan Pengajaran Murid
Bermasalah Pembelajaran Dalam Persekitaran Inklusif ?

Dalam kajian ini terdapat 4 soalan yang perlu dicari jawapan dan dijelaskan rentetan daripada

perlaksanaan PPB. Berikut adalah persoalan bagi kajian ini.

i. Apakah tahap perlaksanaan Komponen, Matlamat, Cabaran dan Strategi dalam

kalangan guru-guru yang mengajar di kelas inklusif?

ii. Adakah terdapat perbezaan pelaksanaan Komponen Pengajaran Bersama,

Matlamat, Cabaran dan Strategi daripada aspek jenis inklusif dalam

pendidikan inklusif.

iii. Adakah terdapat perbezaan pelaksanaan Komponen Pengajaran Bersama,

Matlamat, Cabaran dan Strategi daripada aspek kategori guru yang mengajar

di kelas inklusif.

iv. Apakah hubungan antara Komponen Pengajaran Bersama, Matlamat, Cabaran

dan Strategi dalam kalangan guru-guru dengan pengalaman mengajar di kelas

inklusif.

1.3 Hipotesis

Berikut adalah hipotesis kajian yang dibina. Terdapat dua jenis hipotesis iaitu hipotesis null

dan hipotesis alternatif. Bagi soalan kajian 2 dan 3, hipotesis null digunakan bagi
menerangkan perbezaan yang wujud dengan perkadaran pada nilai signifikan. Manakala bagi

soalan kajian 4 hipotesis alternatif digunakan bagi menunjukkan adakah terdapat hubungan

positif antara Komponen Pengajaran Bersama, Matlamat, Cabaran dan Strategi pengajaran

bersama dalam kalangan guru-guru dengan pengalaman mengajar di kelas inklusif. Hipotesis

kajian ini adalah berdasarkan kepada soalan-soalan yang akan diajukan kepada responden.

1. Hipotesis null Ho1 hingga Ho4 adalah bagi menjawab perbezaan antara Komponen,

Matlamat, Cabaran dan Strategi pengajaran bersama dengan aspek jenis inkluisf yang

di jalankan dalam di kelas Inklusif

Hipotesis nol 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi pelaksanaan komponen

pengajaran bersama antara guru pendidikan khas dengan guru aliran perdana

berdasarkan jenis inklusif yang dijalankan dalam kelas inklusif.

Hipotesis nol 2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi pelaksanaan matlamat,

antara guru pendidikan khas dengan guru aliran perdana berdasarkan jenis inkluisf

yang dijalankan dalam kelas inklusif.

Hipotesis nol 3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi pelaksanaan cabaran antara

guru pendidikan khas dengan guru aliran perdana berdasarkan jenis inkluisf yang dijalankan

dalam kelas inklusif.

Hipotesis nol 4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi pelaksanaan strategi antara

guru pendidikan khas dengan guru aliran perdana berdasarkan jenis inklusif yang dijalankan

dalam kelas inklusif.


2. Hipotesis null Ho5 hingga Ho8 adalah bagi menjawab perbezaan antara Komponen,

Matlamat, Cabaran dan Strategi pengajaran bersama dengan aspek kategori guru yang

mengajar dalam di kelas Inklusif.

Hipotesis nol 5: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi pelaksanaan komponen

pengajaran bersama antara guru pendidikan khas dengan guru aliran perdana berdasarkan

aspek kategori guru yang mengajar dalam di kelas Inklusif

Hipotesis nol 6: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi pelaksanaan matlamat, antara

guru pendidikan khas dengan guru aliran perdana berdasarkan aspek aspek kategori guru

yang mengajar dalam di kelas Inklusif

Hipotesis nol 7: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi pelaksanaan cabaran antara

guru pendidikan khas dengan guru aliran perdana berdasarkan aspek kategori guru yang

mengajar dalam di kelas Inklusif

Hipotesis nol 8: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi pelaksanaan strategi antara

guru pendidikan khas dengan guru aliran perdana berdasarkan aspek kategori guru yang

mengajar dalam di kelas Inklusif

3. Hipotesis alternatif hubungan antara Komponen Pengajaran Bersama, Matlamat,

Cabaran dan Strategi dalam kalangan guru-guru dengan pengalaman mengajar di

kelas inklusif.

Hipotesis alternatif 1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan bagi pelaksanaan

komponen pengajaran bersama antara guru pendidikan khas dengan guru aliran perdana

berdasarkan pengalaman mengajar di kelas inklusif.


Hipotesis alternatif 2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan bagi pelaksanaan matlamat,

antara guru pendidikan khas dengan guru aliran perdana berdasarkan pengalaman mengajar

di kelas inklusif

Hipotesis alternatif 3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan bagi pelaksanaan cabaran

antara guru pendidikan khas dengan guru aliran perdana berdasarkan pengalaman mengajar

di kelas inklusif

Hipotesis alternatif 4: Tidak terdapat hubungan yang signifikan bagi pelaksanaan strategi

antara guru pendidikan khas dengan guru aliran perdana berdasarkan pengalaman mengajar

di kelas inklusif

You might also like