Hal Ehwal Imigresen

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Hal Ehwal Imigresen

Garis Panduan Untuk Warganegara-warganegara Asing Memohon Menjalankan


Penyelidikan di Malaysia

Semua warganegara asing yang ingin melakukan penyelidikan di Malaysia mestilah


mendapatkan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Kerajaan Malaysia. Pemohon-
pemohon adalah dinasihatkan merujuk kepada laman web Unit Perancang Ekonomi, Jabatan
Perdana Menteri: www.epu.jpm.my untuk maklumat lanjut tentang peraturan-peraturan
permohonan menjalankan penyelidikan di Malaysia.

Melawat ke Luar Negara

Warganegara Malaysia yang bercadang untuk melawat ke luar negara dinasihatkan agar
mendapatkan maklumat tentang visa bagi keperluan negara yang hendak dilawati. Maklumat
boleh diperolehi daripada pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan dan Konsulat negara
tersebut. Keperluan visa berbeza bergantung kepada tujuan dan tempoh lawatan. Syarat-
syarat juga mungkin akan berubah dari masa kesemasa dan kadangkala dalam tempoh yang
singkat.

Selain dari visa, adalah juga penting untuk mengambil perhatian perkara-perkara berikut:-

1. Tempat dan negara yang akan dilawati adalah selamat.


2. Tempoh sahlaku passport melebihi enam (6) bulan dari tarikh lawatan dibuat.
3. Pasport/dokumen pengenalan siri serta nama, nombor telefon dan alamat waris ada
dan disimpan dengan selamat di sepanjang tempoh lawatan.
4. Sebaik sahaja tiba di negara yang dituju, untuk warganegara Malaysia yang akan
tinggal melebihi tiga (3) bulan di negara asing diperlukan mendaftar di pejabat
Perwakilan yang terdekat di negara berkenaan. Pendaftaran boleh dibuat melalui
telefon, fax, e-mel atau datang sendiri ke Pejabat Perwakilan.
5. Untuk negara-negara tertentu, yang memerlukan para pelawat memperolehi Sijil
Inokulasi Antarabangsa yang disahkan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia. Buat masa
ini, hanya vaksinasi bagi penyakit kuning (yellow fever) sahaja yang diperlukan.
Terdapat juga negara-negara lain yang memerlukan sijil vaksinasi penyakit-penyakit
lain.

Untuk menyemak maklumat mengenai kemungkinan berlakunya wabak-wabak di negara


asing dan garis panduan untuk urusan inokulasi, sila hubungi :

Bahagian Kawalan Penyakit (Unit Kesihatan Anatarabangsa


Kementerian Kesihatan Malaysia
Blok E, Jalan Dungun
Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2540088
Faks: 03-2525667
Penjelasan Berkenaan Permohonan Visa Bagi Warganegara Malaysia Yang Ingin Keluar
Negara Dan Bagi Warganegara Asing Memasuki Malaysia. Bahagian Konsular, Kementerian
Luar Negingan dengan Jabatan Imigresen bagi memastikan rakyat Malaysia yang ingin ke
luar negara mepunyai dokumen-dokumen yang diperlukan, termasuk memperolehi visa untuk
memasuki negara-negara yang berkehendakkannya. Bahagian Konsular juga, melalui
perwakilan Malaysia di luar negara, memberikan khidmat mendapatkan visa dan keperluan
lain kepada rakyat asing yang memerlukannya untuk memasuki Malaysia, bagi memastikan
kemasukan mereka teratur dan bebas masalah.Maklumat boleh diperolehi daripada laman
web : www.imi.gov.my
Pengecualian Visa bagi Pas Lawatan Sosial dan Pas Pelajar

1. U.S.A

Pengecualian Visa bagi semua tujuan kemasukan Semua negara Komanwel kecuali:

1. India
2. Pakistan
3. Bangladesh
4. Sri Langka
5. Nigeria

Pengecualian Visa bagi Pas Lawatan Sosial bagi tempoh tiga bulan. Visa diperlukan
bagi Pas Pelajar, Pas Penggajian, Pas Tanggungan dan Pas Lawatan Ikhtisas.

1. Albania
2. Algeria
3. Argentina
4. Austria
5. Bahrain
6. Belgium
7. Bosnia Herz.
8. Brazil
9. Chile
10. Croatia
11. Cube
12. Czech Rep.
13. Denmar
14. Egypt
15. Finland
16. France
17. Germany
18. Hungary
19. Iceland
20. Italy
21. Japan
22. Jordan
23. Kirgystan
24. Kuwait
25. Lebanon
26. Luxembourg
27. Norway
28. Oman
29. Peru
30. Poland
31. Qatar
32. Romania
33. Saudi Arabia
34. S. Korea
35. Spain
36. Sweden
37. Slovakia
38. Tunisia
39. Turkey
40. Turkesmenistan
41. U.A.E
42. Uruguay
43. Yemen

Pengecualian Visa bagi Pas Lawatan Sosial untuk tempoh satu bulan sahaja. Visa
diperlukan bagi Pas Pelajar / Pas Penggajian / Pas Tanggungan / Pas Lawatan Ikhtisas

1. Semua negara ASEAN kecuali


2. Myanmar
3. Hong kong SAR
4. Macao SAR
5. British National Oversea (BNO)
6. North Korea
7. Vietnam

Pengecualian Visa bagi Pas Lawatan Sosial untuk tempoh 14 hari sahaja. Visa
diperlukan bagi Pas Pelajar / Pas Penggajian / Pas Tanggungan / Pas Lawatan Ikhtisas

1. Iran (15 days)


2. Iraq
3. Libya
4. Syria
5. Macao(Travel Permit)
6. Portugal Alien Passport

Pengecualian Visa bagi semua tujuan kemasukan

1. Liechtenstein
2. Netherlands
3. Switzerland
4. St. Marino
Visa diperlukan bagi semua tujuan kemasukan :

1. Bangladesh
2. India
3. Pakistan
4. Sri Langka
5. Taiwan
6. Myanmar
7. Nepal
8. Bhutan
9. China
10. Semua pemegang ‘Cert. Of Identity’
11. Semua pemegang ‘Laisser Passer’
12. Semua pemegang ‘Titre De Voyage’
13. Afghanistan
14. Colombia
15. Negara – negara Afrika :

 Angola
 Burkina Faso
 Burundi
 Cameroon
 Central African Rep.
 Congo Democratic. R
 Cote DVoire
 Djibouti
 Equatorial Guinea
 Eriteria
 Ethiopia
 Ghana
 Guinea Bissau
 Liberia
 Mali
 Mozambique
 Niger
 Nigeria
 Rwanda

Penjelasan Berkenaan Permohonan Visa Bagi Warganegara Malaysia Yang Ingin


Keluar Negara Dan Bagi Warganegara Asing Memasuki Malaysia

Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negingan dengan Jabatan Imigresen bagi memastikan
rakyat Malaysia yang ingin ke luar negara mepunyai dokumen-dokumen yang diperlukan,
termasuk memperolehi visa untuk memasuki negara-negara yang berkehendakkannya.

Bahagian Konsular juga, melalui perwakilan Malaysia di luar negara, memberikan khidmat
mendapatkan visa dan keperluan lain kepada rakyat asing yang memerlukannya untuk
memasuki Malaysia, bagi memastikan kemasukan mereka teratur dan bebas
masalah.Maklumat boleh diperolehi daripada laman web : www.imi.gov.my
Perkahwinan Rakyat Malaysia Dengan Warganegara Asing

Perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warga asing atau di antara dua warga asing adalah
boleh dan dibenarkan untuk dilakukan di Malaysia. Bagi perkahwinan di antara rakyat
Malaysia dan warganegara asing, prosedur yang harus diikuti adalah berlainan daripada
prosedur perkahwinan di antara sesama rakyat Malaysia. Selain syarat-syarat yang
diperuntukkan seperti persetujuan wanita yang akan dikahwini, pemberian mas kahwin dan
lain-lain, syarat-syarat yang diperuntukkan oleh pemerintah juga harus dipatuhi. (Perlu
diingatkan bahawa syarat-syarat ini adalah bertujuan untuk melindungi hak-hak pasangan
yang akan berkahwin). Prosedur yang berlainan ini juga bergantung kepada situasi warga
tersebut.

Secara amnya apabila warga asing dan rakyat Malaysia ingin berkahwin, mereka wajib untuk
memohon kebenaran berkahwin dari Jabatan Agama. Borang permohonan perkahwinan
haruslah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-

 Salinan pasport atau salinan kad pengenalan (lelaki dan perempuan)


 Surat kebenaran dari kedutaan/konsulat negara pemohon
 Surat pengesahan pasport daripada Jabatan Imigresen Malaysia
 Surat Akuan Cerai atau surat Akuan Kematian (jika pernah berkahwin atau kematian
pasangan sebelumnya)
 Surat Kebenaran Poligami dari Mahkamah Syariah di Malaysia (jika berpoligami)
 Surat wakalah wali bagi perempuan (jika wali tidak dapat hadir)
 Salinan Sijil Kursus Perkahwinan

Borang permohonan dan dokumen-dokumen ini haruslah dikemukakan kepada Penolong


Pendaftar Nikah Kariah di mana wanita tersebut bermastautin. Ini adalah untuk mendapatkan
kelulusan bernikah dari Pendaftar Nikah. Permohonan ini haruslah diserahkan dalam tempoh
sebulan atau tidak kurang dari tujuh hari sebelum tarikh perkahwinan yang dirancang.

Adalah baik sekiranya ia dilakukan dengan awal bagi mengelakkan penundaan perkahwinan.
Sekiranya bakal isteri adalah penduduk tetap negara ini atau pemegang Kad Pengenalan
Merah, dokumen yang lain harus disertakan.

Pemohon juga mestilah mengemukakan salinan Kad Pengenalan Merah dan permit masuk,
Surat Pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara atau pengesahan permit masuk dari
Jabatan Imigresen. Kedua-dua situasi di atas adalah bagi warga asing yang mempunyai pas
masuk secara sosial atau perniagaan.
Situasi adalah berbeza bagi warga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini melalui permit
pekerjaan.

Perlu dimaklumkan bahawa pekerja asing yang memegang permit kerja adalah tidak
dibenarkan memohon untuk berkahwin di negara ini. Sekiranya perkahwinan ini berlangsung
dengan tidak mematuhi undang-undang maka ia akan memberi implikasi kepada permit kerja
yang telah diberi kepadanya.
Hanya warganegara asing yang mempunyai kelayakan masuk secara sosial atau perniagaan
sahaja yang boleh membuat permohonan tersebut. Pindaan Peraturan Imigresen yang tidak
mendiskriminasi terhadap wanita Malaysia yang berkahwin dengan rakyat asing mulai 1
September 2001:

 Lelaki warganegara asing yang berkahwin dengan wanita Malaysia dibenarkan


memperbaharui pas lawatan social secara tahunan (annual basis).
 Wanita warganegara asing yang bercerai atau berpisah dari suami rakyat Malaysia
boleh memohon untuk mendapatkan pas lawatan social secara tahunan (annual basis).

Pendaftaran Perkahwinan Dan Pengupacaraan Perkahwinan Di Luar Negara

Perkahwinan bagi rakyat Malaysia diluar negara boleh didaftarkan jika salah seorang
pasangan mestilah warganegara Malaysia. Pendaftaran perkahwinan perlu dibuat dalam
tempoh masa 6 bulan dari tarikh perkahwinan. Alamat dan nombor telefon Pejabat
Perwakilan Malaysia di luar negara boleh didapati melalui laman web Kementerian Luar
Negeri dibawah topik “Perwakilan Malaysia Di Luar Negeri”.

Antara dokumen-dokumen sokongan yang perlu dibawa bersama adalah :

 Pasport untuk kedua-dua pasangan (asal dan salinan)


 Kad Pengenalan
 Surat Nikah
 Bukti Perkahwinan (spt. Gambar perkahwinan atau kad undangan, jika ada)
 Dua orang saksi yang menyaksikan perkahwinan tersebut.
 Pendaftaran akan diproses oleh Perwakilan Malaysia dan dua (2) salinan Sijil
Perkahwinan Malaysia (asal dan salinan) akan dikeluarkan kepada pasangan
berkenaan.

Bagi rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, pengupacaraan perkahwinan boleh
dilakukan oleh Pegawai Konsul yang telah dilantik oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Surat
perakuan bujang/duda/janda (bagi kedua-dua belah pihak) adalah diperlukan bagi tujuan
tersebut.

Permohonan Kewarganegaraan

Semua permohonan kewarganegaraan hendaklah dikemukakan di Jabatan Pendaftaran


Negara (JPN). Hanya mereka yang memenuhi syarat yang dibenarkan memohon.
Permohonan bagi taraf kewarganegaraan akan diproses oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan
kemudiannya akan diproses dan dikaji dengan teliti oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam
Negeri sebelum diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan Menteri Hal Ehwal Dalam
Negeri. Keseluruhan proses tersebut akan memakan masa yang panjang sebelum keputusan
dapat dikeluarkan . Pada kebiasaan pemohon akan dimaklumkan dalam tempoh 2 tahun atau
lebih dan keputusannya adalah terpulang kepada budi bicara Kementerian.
Mereka yang berhasrat untuk memohon taraf kewarganegaraan lebih awal perlu datang
sendiri ke Kementerian untuk mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 20(2)(c) Jadual
Kedua, Bahagian III Perlembagaan melalui borang yang disediakan. Borang permohonan
juga boleh dimuat turun melalui laman web KHEDN. Hanya permohonan yang memenuhi
syarat – syarat yang digariskan oleh Kementerian sahaja boleh dipertimbangkan.

Asas-Asas Pertimbangan bagi Permohonan Kewarganegaraan

 Berkelakuan baik dan tiada rekod jenayah


 Menetap dalam tempoh yang lama
 Mempunyai komitmen yang tinggi dan telah berakar umbi di negara ini.
 Memahami bahasa, budaya dan memenuhi kehendak Negara
 Menyumbang kepada masyarakat dan negara
 Taat dan setia kepada Negara

Cara Memohon Kewarganegaraan

 Borang permohonan boleh diperolehi dan diserahkan di mana – mana Jabatan


Pendaftaran Negara
 Selain daripada permohonan di bawah perkara 15(2) dan 15A akan dihantar untuk
tapisan Polis
 Permohonan di bawah Perkara 16 dan 19 disyaratkan menduduki ujian Bahasa

Sebab-Sebab Permohonan Warganegara Mengambil Masa

 Setiap permohonan dikaji dengan teliti


 Tapisan keselamatan dan ujian bahasa mengambil masa
 Memastikan setiap permohonan itu “ genuine”
 Anugerah yang tertinggi oleh Kerajaan Persekutuan kepada orang asing.

Kehilangan Taraf Kewarganegaraan

Kehilangan taraf kewarganegaraan boleh berlaku disebabkan dua keadaan seperti yang
diperuntukkan oleh Perlembagaan;

 Tolakan
 Perlucutan

Permohonan Kelayakan Taraf Kewarganegaraan Bagi Mereka Yang Telah Dilucut Atau
Menolak Kewarganegaraan Malaysia:

 Bagi mereka yang telah dilucutkan atau menolak kewarganegaraan Malaysia perlu
mendapatkan kelulusan Kerajaan Persekutuan dibawah Perkara 18(2) Perlembagaan
sebelum boleh didaftarkan semula sebagai warganegara.
 Borang permohonan boleh didapati di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri atau
dengan memuat turun borang daripada laman web Kementerian Hal Ehwal Dalam
Negeri.
 Permohonan mestilah terlebih dahulu memegang Permit Masuk dan taraf
Permastautin Tetap untuk layak memohon.

Permohonan Mendapatkan Visa Untuk Memasuki Malaysia Di Perwakilan Malaysia Di


Luar Negara

 Semak keperluan visa bagi warganegara asing yang ingin melawat Malaysia di dalam
laman web Kementerian Luar Negeri di bawah topik “Maklumat Visa – Keperluan
Visa Untuk Warganegara Asing”.
 Buat permohonan pengeluaran visa di Pejabat Perwakilan Malaysia dengan mengisi
borang yang disediakan. Alamat dan nombor telefon Pejabat Perwakilan Malaysia di
luar negara boleh didapati melalui laman web Kementerian Luar Negeri di bawah
topik " Perwakilan Malaysia Di Luar Negeri”.
 Antara dokumen-dokumen sokongan yang perlu dibawa bersama adalah pasport (sah
tidak kurang daripada 6 bulan) dan 2 keping gambar berukuran passport
 Bayaran yang dikenakan adalah mengikut kewarganegaraan pemohon.
 Bagi warganegara asing yang ingin bekerja di Malaysia, surat kelulusan daripada
Jabatan Imigresen (JIM) perlu dibawa bersama ke Pejabat Perwakilan Malaysia untuk
permohonan mendapatkan visa. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk JIM iaitu dialamat
seperti yang teerdapat dilaman web jabatan tersebut : www.imi.gov.my.

Sistem IDEAS

Jabatan Imigresen Malaysia telah memperkenalkan Sistem IDEAS (Immigration Department


Electronic Application System) yang menyediakan capaian melalui laman web bagi
memenuhi keperluan orang awam yang sentiasa berurusan dengan pihak Imigresen untuk
permohonan baru mahupun untuk melanjutkan Pas Pekerja Asing atau Pembantu Rumah
mereka. Semua permohonan boleh dilakukan melalui laman web http://www.imi.gov.my

Syarat-syarat yang Perlu Dipatuhi Oleh Pihak Syarikat Yang Mengambil Pekerja
Asing:

1. Membiayai semua kos pekerja pergi dan balik dari negara asal.
2. Bertanggungjawab menyediakan deposit jaminan seperti yang dikehendaki oleh
Jabatan Imigresen Malaysia
3. Menyediakan perlindungan kepada setiap pekerja di bawah Skim Pampasan Pekerja
Asing.
4. Memaklum dan menerangkan kepada pekerja semua terma kontrak pekerjaan yang
sah
5. Satu salinan kontrak pekerjaan hendaklah diserahkan kepada pekerja.
6. Mendapatkan kad pekerja asing daripada Jabatan Imigresen Malaysia.
7. Memperbaharui pas pekerja.
8. Menyimpan dengan selamat dokumen perjalanan pekerja.
9. Menyerahkan dokumen perjalanan tersebut ke kedutaan asal pekerja tersebut
sekiranya pekerja tersebut melarikan diri.
10. Menyediakan kemudahan tempat tinggal yang bersesuaian.
11. Melaporkan dengan segera kepada Jabatan Imigresen Malaysia sebarang salah laku
pekerja.
12. Menghantar pulang pekerja yang telah tamat tempoh.
13. Menguruskan penghantaran pulang atau pengkebumian jenazah pekerja.
Tanggungjawab Pekerja Asing

 Bertanggungjawab bagi bayaran levi, pas, visa dan yuran pemprosesan dan apa-apa
bayaran lain yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia
 Menanggung semua kos bagi mendapatkan dokumen perjalanan pemeriksaan
perubatan dan lain-lain perbelanjaan di negara asal
 Sentiasa membawa kad pekerja asing untuk pemeriksaan semasa berada di Malaysia
 Sentiasa mematuhi undang-undang Malaysia

Pekerja TIDAK dibenarkan:

 Menukar Majikan
 Menjalankan perniagaan
 Bergiat didalam sebarang aktiviti persatuan
 Berkahwin atau membawa pasangan.

Permit Masuk

Permit masuk adalah satu permit untuk masuk dan berada di Malaysia dibawah Seksyen 10
Akta Imigresen 1963. Kelulusan Permit Masuk ini melayakkan pemohon untuk mendapatkan
taraf pemastautin tetap di Malaysia.

Semua permohonan Permit Masuk hendaklah dibuat di Jabatan Imigresen Malaysia.


Golongan yang layak memohon :-

1. Isteri dan anak dibawah umur 6 tahun untuk 2 kategori dibawah.


2. Isteri kepada warganegara Malaysia yang tinggal secara terus menerus selama 5 tahun
atau lebih.
3. Anak-anak dibawah umur 6 tahun kepada warganegara Malaysia.
4. Orang yang mempunyai kepakaran dan kelulusan professional.
5. Orang yang mempunyai sijil yang dikeluarkan oleh Menteri mengesahkan
kemasukkannya memberi faedah ekonomi kepada negara.
6. Mana-mana orang atas dasar belas kasihan
7. Kelulusan terletak kepada Ketua Pengarah Imigresen Malaysia.

Rayuan Permit Masuk

Rayuan Permit Masuk hendaklah dibuat kepada Y.B Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
mengikut Seksyen 10(3) Akta Imigresen 1959/63 dalam tempoh 30 hari selepas permohonan
permit masuk ditolak oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
boleh menarik balik taraf penduduk tetap kepada mereka yang melakukan kesalahan jenayah
dengan mengistiharkannya sebagai imigran larangan. Mereka tidak akan dibenarkan
memasuki negara ini tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada YB Menteri Hal
Ehwal Dalam Negeri.
Definasi Pemastautin

Pemastautin bermakna:

Rakyat Malaysia, termasuk seseorang yang telah memperolehi taraf pemastautin tetap di luar
Malaysia tapi kini bermastautin di Malaysia.
Bukan rakyat Malaysia yang telah memperoleh taraf pemastautin tetap di Malaysia dan kini
bermastautin di Malaysia.

Bukan Pemastautin bermakna:

Seseorang selain daripada pemastautin.


Rakyat Malaysia yang telah memperoleh taraf pemastatutin tetap diluar Malaysia dan kini
bermastautin diluar Malaysia.

Sumber : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/168-hal-ehwal-imigresen.html

You might also like