Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SK ANGKATAN TENTERA

JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TA’ZIM.

KERTAS
CADANGAN
KELAS DIGITAL

SK ANGKATAN TENTERA
Jalan Balau Kebun Teh,
80250 Johor Bahru,
Johor Darul Ta’zim.
Pendahuluan :

Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum. Menjelang abad ke
21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran.
Peralatan Multimedia sudah pasti digunakan secara meluas. Ciri-ciri pelajar untuk abad ke 21 ialah pelajar perlu
memiliki beberapa aspek tertentu.  Di mana, pelajar abad ke 21 merupakan pelajar yang celik dari segala-galanya
tidak kira dalam teknologi maklumat mahupun akademik. Di samping itu, para guru juga perlu beralih kepada
beberapa aspek memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad ke 21 amat mencabar.

Matlamat :

SK Angkata Tentera, yang terletak dalam Daerah Johor Bahru, dengan murid seramai 465 orang juga tidak
mahu ketinggalan di dalam arus pemodenan sektor pendidikan pada hari ini. Sumber pengetahuan utama abad ke 21
kelak merupakan sumber yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer,
peralatan multimedia, LCD, TV Digital perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar. Adalah diharapkan
pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 dibentuk sepenuhnya oleh peralatan multimedia. Ini bukan bertujuan
menggantikan guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar.

Objektif :

1. Mewujudkan bilik darjah yang mempunyai Televisyen Digital bersaiz 65 inchi dan peralatan tambahan
termasuk kamera, penyambung hdmi, braket tv dan wiring.
2. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk keselesanan murid melalui amalan pengajaran
yang lebih efektif dan berkesan.
3. Menggalakkan murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
4. Membuka minda murid untuk mengaitkan soalan yang diberikan dengan situasi yang dekat dengan murid
melalui capaian internet.

Sasaran :

1. Semua guru SK Angkatan Tentera


2. Semua murid SK Angkatan Tentera
3. Komunit setempat / ibu bapa dan penjaga / Pihak NGO & Swasta / Agensi Kerajaan

Pelaksanaan :

Pelaksanaan kelas digital ini akan menumpukan pada aspek utama menaiktaraf kemudahan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) di dalam bilik darjah.

1. Menaiktaraf Kemudahan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)


Perubahan dalam strategi pengajaran kepada teknologi maklumat dan komunikasi akan meningkatkan
minat murid-murid terhadap pembelajaran dalam kelas. Terdapat banyak maklumat yang berkaitan dengan
sesuatu tajuk yang boleh dilayari dari internet dan laman-laman web yang tersedia. Guru-guru boleh
membantu murid-murid mengakses seberapa banyak maklumat yang boleh. Bahan alam maya yang
menarik tentunya dapat membantu meningkatkan pemahaman murid. Situasi begini tentunya meringankan
bebanan dan masa guru yang boleh dimanfaatkan untuk perkara- perkara yang lebih penting. Penglibatan
aktif murid sebenarnya dapat memudahkan mereka memahami dan mengingati fakta-fakta penting
seterusnya menguasai setiap kemahiran dengan cepat.

Anggaran Perbelanjaan

1. Menaiktaraf Kemudahan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)

Bil Perkara Perbelanjaan

1 Smart TV 65 inci – 1 Unit RM 2 999.00

2 Peralatan (kamera, hdmi kabel,braket tv,usb dan wiring) (1 Set) RM 300.00

Jumlah RM 3 299.00

Penutup :

Perlu ditegaskan bahawa apapun bentuk reformasi kurikulum yang dianjurkan tidak akan dapat dilaksanakan dengan
jayanya secara individu sebaliknya pihak sekolah amat mengharapkan kerjasama daripada agensi-agensi luar
terutama dalam aspek kewangan dan khidmat nasihat. Diharapkan jalinan antara pihak sekolah dengan agensi-agensi
luar dapat membantu meningkatkan kualiti pembelajaran murid SK Angkatan Tentera dan seterusnya memberi
manfaat kepada seluruh warga sekolah dan komuniti setempat.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

_______________________ ____________________________
MOHD IQTARUDDIN BIN MD NOOR DR.ABDUL MAJEED BIN MAKKAI
KUTTY
Setiausaha Kokurikulum Penolong Kanan Kokurikulum
SK Angkatan Tentera SK Angkatan Tentera

Disokong Oleh :
________________________
ABDULLAH BIN SULAIMAN
Guru Besar
SK Angkatan Tentera

You might also like