HDPS3303 22

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT


1.0 PENGENALAN 3
PENERANGAN KEDUA-DUA SEKSYEN MATEMATIK
2.0 3
DAN SAINS.
2 .1. SEKSYEN MATEMATIK 3
2.2. SEKSYEN SAINS 5
3.0 TEMA 6
4.0 PELAN LANTAI 7
4.1. LABEL PADA PELAN 7
PERATURAN DAN PROSEDUR BAGI SEKSYEN
5.0 8
MATEMATIK 5 DAN 6 TAHUN
5.1. PERATURAN DAN PROSEDUR BAGI SEKSYEN
10
SAINS 5 DAN 6 TAHUN
6.0 PENUTUP 12
7.0 RUJUKAN 14

1.0 PENGENALAN

Pameran Sains dan Matematik diadakan bagi menarik minat kanak- kanak terhadap
subjek sains dan matematik supaya pelajar dapat merasakan bahawa matapelajaran Sains dan
matematik sebenarnya mudah dipelajari jika menghayati keunikan matapelajaran ini. Ini
kerana, Sains dan matematik merupakan cabang ilmu yang unik dan amat menyeronokkan.

1
Melalui program ini, diharap dapat memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk
mengetengahkan bakat dan minat mereka dalam aktiviti penerokaan dan pengayaan ilmu
Sains dan matematik. Di samping membantu pelajar menjadi lebih berkeyakinan,
berpengetahuan dan meningkatkan kemampuan kanak-kanak dalam subjek Sains dan
matematik.
Setiap pameran yang dijalankan semestinya mempunyai sasaran objektifnya yang
tersendiri. Pameran sains dan matematik diadakan bertujuan untuk menarik minat kanak-
kanak terhadap mata pelajaran Sains dan matematik supaya dapat melahirkan pelajar yang
bermotivasi tinggi. Pameran seperti ini juga dapat melahirkan pelajar yang kompeten dalam
bidang Sains dan matematik dan teknologi, inovatif dan kreatif selaras dengan hasrat PIPP,
teras kedua iaitu melahirkan modal insan yang berdaya saing tinggi.
Dengan wujudnya pameran ini guru dapat menyedarkan kanak-kanak bahawa Sains
dan Matematik adalah mata pelajaran yang menyeronokkan di samping dapat mencabar
minda mereka.
Hasil daripada pameran ini dapat juga dapat meningkatkan pencapaian akademik bagi
mata pelajaran Sains dan Matematik dan seterusnya mencapai target yang telah ditetapkan.
Semoga pameran ini dapat melatih kanak-kanak mencari informasi berguna semasa terlibat di
dalam aktiviti yang dianjurkan.
2.0 PENERANGAN KEDUA-DUA SEKSYEN MATEMATIK DAN SAINS.

2.1. SEKSYEN MATEMATIK

Matematik dikenali sebagai ilmu hisab pada ketika dahulu. Metematik merupakan
salah satu bidang ilmu pengatahuan yang merangkumi ilmu mengkaji kuantiti, struktur, ruang
dan perubahan. Pembelajaran atau kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang atau
dengan kata lain kajian terhadap proses mengenali nombor dan gambar rajah merupakan
definisi kepada matematik.
Matematik merupakan lanjutan daripada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa
kata dan tatabahasa yang sangat jelas untuk menghuraikan dan mendalami hubungan fizikal
dan konsep. Menurut Noraini Binti Tahir, matematik ialah satu bidang ilmu pengetahuan
yang melatih minda sypaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan. Pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran
merupakan sifat tabii matematik. Dalam kurikulum bagi prasekolah, murid perlu didedahkan
tentang konsep Pranombor, Nombor Awal, Wang, Operasi Nombor, Pengukuran, Masa dan

2
Ruang perlulah diajar bersesuaian dengan peringkat perkembangan murid dan merupakan
komponen penting dalam pengajaran Matematik Awal di peringkat prasekolah.
Menurut teori Jean Piaget, setiap kanak-kanak normal berupaya memahami
matematik dengan baik apabila aktiviti dan kaedah yang diberikan menarik perhatian mereka.
Merujuk daripada kajian dan pemerhatian Jean Piaget mendapati bahawa perkembanhan
kognitif kanak-kanak berbezadan berubah melalui 4 peringkat.Antara peringkat-peringkatnya
ialah deria moto merujuk kepada kanak-kanak yang berusia diantara 0 sehingga 2 tahun,
manakala peringkat kedua praoperasi merujuk kepada kanak-kanak yang berusia dalam
lingkungan 2 hingga 7 tahun, sementara peringkat ketiga adalah peringkat operasi konkrit
merujuk kepada kanak-kanak yang berusia diantara 7 sehingga 11 tahun dan yang terakhir
ialah peringkat operasi formal merujuk kepada kanak-kanak yang berusia 11 tahun sehingga
dewasa. Matematik adalah contoh pemikiran logik yang membentuk konsep nombor kanak-
kanak yang memerlukan pengalaman, interaksi sosial, masa, bahasa dankefahaman berkenaan
pemikiran kanak-kanak.
Dalam seksyen matematik ini terdapat beberapa aktiviti pameran yang melibatkan
kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 5 dan 6 tahun . Dalam seksyen ini kita boleh
melihat bagaimana kanak-kanak ini dapat membuat kajian atau pemerhatian terhadap setiap
aktiviti yang mereka jalankan. Banyak aktiviti yang terdapat dalam seksyen ini di antaranya
adalah seperti aktiviti pengecaman nombor,penyesuaikan blok-blok kayu dengan bentuk
yang sama ,aktiviti membezakan bentuk dan sebagainya. Aktiviti- aktivi seperti ini sesuai di
lakukan oleh kanak-kanak yang berusia dalam linkungan 5 tahun. Bagi kanak-kanak yang
berusia 6 tahun aktiviti seperti membezakan atau membandingkan berat dan ringan , besar
dan kecil, panjang dan pendek aktiviti seperti ini merupakan aktiviti pengukuran.
Aktiviti utama yang dijalankan dalam seksyen ini ialah mengasingkan binatang
mengikut habitat dan membilang berapa ekor yang terdapat didalam setiap habitat. Aktiviti
ini jalankan oleh kanak-kanak 5tahun. Aktiviti yang dijalankan oleh kanak-kanak 6 tahun
adalah membuat beberapa botol muzik dengan kandungan kuantiti air yang berbeza. Kanak –
kanak ini diminta untuk menyukat setiap kandungan isipadu dalam setiap botol.

2.2. SEKSYEN SAINS


Ilmu yang boleh menerangkan dan memahami sifat alam adalah merujuk kepada ilmu
sains. Dalam bidang sains terdapat tiga aspek iaitu kognitif, konatif dan afektif. Menurut
Joseph Abruscato (2000), sains adalah proses yang melibatkan kemahiran intelek dan
3
manipulatif bagi mendapatkan maklumat berhubung alam semula jadi. Dengan kata lain,
sains merupakan pengetahuan yang diperolehi melalui aplikasi proses saintifik.
kanak-kanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling dengan adanya
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperolehi daripada pengalaman sains yang dilalui
oleh kanak-kanak itu sendiri. Untuk mewujudkan rasa hormat terhadap alam sekitar,
pendedahan awal dalam ilmu pengetahuan sains sangatlah penting bagi membolehkan kanak-
kanak membina rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap alam sekitar. peningkatan kanak-
kanak dalam pembelajaran dan memperbaiki kualiti kehidupan dalam jangka masa panjang
merupakan interaksi positif.
Pendidikan awal sains ianya memfokuskan kepada perkembangan deria, sensori dan
pemahaman dunia persekitaran. Definisi sains merupakan subjektif kepada sesuatu yang
dilakukan oleh kanak-kanak setiap hari apabila mereka bertanya mengenai soalan-soalan.
Selalunya soalan-soalan ini berkaitan dengan pemerhatian yang mereka lihat di sekeliling
mereka seperti memerhati serangga, membuat ketulan ais, menunggang basikal, mengasah
pensel ataupun memasang lampu. Dengan kata lain, sains adalah sesuatu yang berkaitan
dengan persekitaran yang mana ia akan mewujudkan perasaan ingin tahu kanak-kanak untuk
meransang perkembangan kognitif dan deria mereka.
Kanak-kanak umumnya mempunyai sifat ingin tahun atau inkuisitif, Johnston (1996).
Kenyataan yang dibuat oleh Johnston (1996) terbukti melalui soalan-soalan yang kerap kali
ditanya oleh kanak-kanak kepada kita yang bertujuan untuk mendapat penjelasan dan
kefahaman berhubung dengan sesuatu yang menarik minta pemerhatian mereka. Melalui
proses dan soalan-soalan inilah kanak-kanak membina pengertian dan kefahaman yang
mempunyai hubungan dengan fenomina yang dialami. Justeru itu aktiviti yang dirancang
adalah bercorak hand-on dimana dapat melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui interaksi
dengan bahan-bahan pembelajaran.
Dalam seksyen sains ini terdapat beberapa aktiviti pameran yang melibatkan kanak-
kanak yang berusia dalam lingkungan 5 dan 6 tahun . Dalam seksyen ini kita boleh lihat
bagaimana kanak-kanak ini dapat membuat kesimpulan terhadap setiap aktiviti yang mereka
jalankan. Aktiviti yang terdapat dalam seksyen ini adalah seperti Penerokaan ke atas alam
hidupan contoh kehidupan tumbuhan, alam bahan objek tenggelam dan timbul dalam air dan
alam fizikal pelangi dan cuaca.
Bagi kanak-kanak yang berusia 5 dan 6 tahun mereka banyak melakukan aktiviti yang
memberi kepuasan kepada mereka.selain daripada pemerhatian kanak-kanak pasa usia ini
jaga mengklasifikasikan setiap objek yang mereka lihat. Dan yang terakhir kanak-kanak ini
4
akan berkomunikasi atau bertanyakan kepada orang lebih tua dari mereka tentang apa yang
mereka lihat. Disebabkan itu pada seksyen sains ini banyak experiment ringkas dijalankan
bagi melihat riaksi kanak-kanak ini dengan apa yang akan terjadi selepas kajian yang dibuat.
Aktiviti utama yang dijalankan dalam seksyen sains ini adalah membuat perbandingan
tumbesaran keatas pokok tauge yang diletakan kedalam 3 bekas yang mempunyai isipadu air
yang berbeza. Aktiviti ini dijalankan oleh kanak-kanak berumur 5tahun. Manakala kanak-
kanak 6tahun melakukan aktiviti menghasikan gunung berapi dan proses belakunya letupan
gunung berapa.

3.0 TEMA

Pemilihan tema yang bersesuaian sangatlah penting bagi setiap pameran yang
dilakukan. Tema yang dipilih untu pameran ini adalah alam sekitar. Alam sekitar adalah
dunia di sekeliling kita. Alam sekitar merupakan segala sesuatu benda hidup dan bukan hidup
yang wujud secara semula jadi di atas permukaan bumi. Terdapat beberapa komponen alam
sekitar antaranya ialah termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata, dan sebagainya, serta
fenomena semula jadi yang berlaku.
Tema ini dipilih bertujuan untuk memberitahu kanak-kanak tentang
kepentingan alam sekitar terhadap manusia. Sekiranya alam sekitar terjejas maka kehidupan
kita juga akan terjejas. Pembentukan kanak-kanak haruslah bermula dari mereka kecil lagi.
Sekiranya kita dapat membentuk kanak-kanak ini dari kecil dengan satu sifat yang sayang
akan kehidupan alam sekitar mereka, maka mereka akan membesar dengan memiliki sifat
yang cintakan alam sekitar.

4.0 PELAN LANTAI

5
4.1. LABEL PADA PELAN

5.0 PERATURAN DAN PROSEDUR BAGI SEKSYEN MATEMATIK 5 DAN 6


TAHUN

Peraturan 1

6
Peraturan dan prosedur bagi aktiviti pengasingan haiwan mengikut habitat dan
membilang haiwan yang mempunyai habitat yang sama. Aktiviti matematik ini untuk kanak-
kanak 5 tahun.

Tajuk aktiviti : Mengasingkan dan membilang haiwan yang mempunyai habitat yang
sama
Objektif : Kanak-kanak tahu habitat setiap haiwan,
Sambil kanak-kanak mengasingkan haiwan tersebut kanak-kanak ini
dapat membilang berapa banyak haiwan yang terdapat dalam setiap
habitat.

Peraturan aktiviti :
 Terdapat beberapa mini zoo yang tidak mempunyai haiwan didalamnya.

 Kanak-kanak perlu mengambil haiwan-haiwan yang berada didalam bekas dan


mesti meletakan haiwan tersebut didalam mini zoo mengikut habitat-habitat
yang sesuai.

 Setiap haiwan-haiwan yang telah diasing perlu dikira berapa ekor didalam
setiap habitat.

Peraturan 2
Peraturan dan prosedur bagi aktiviti muzik botol Aktiviti matematik ini untuk kanak-
kanak 6 tahun.

7
Tajuk aktiviti : penghasilan bunyi dengan memgunakan botol kaca yang di isi
dengan kandungan takat air yang berbeza.
Objektif : Kanak-kanak tahu isipadu air yang berbezadapat menghasikan bunyi
yang beza.
Dalam aktiviti ini juga kanak-kanak dapat mengetahui perbezaan
kuantiti air banyak ataupun sedikit.

Peraturan aktiviti :
 Peralatan yang digunakan dalam aktiviti ini adalah 8 biji botol kaca, air putih
dan sudu

 8 biji botol disusun sebaris.

 8 biji botol yang disusun sebaris di isi dengan air yang mempunyai isipadu
yang berlainan . jika botol bernombor 1 diisi dengan isipadu air yang banyak
maka botol ke 2 isipadu air dikurangkan sedikit, begitulah seterusnya.

 Selepas ke semua botol diisi dengan air. Botol-botol itu di ketuk dengan sudu
bagi memghasikan bunyi. Pastikan setiap bunyi yang terhasil dari botol 1
hingga 8 mempunyai bunyi yang berbeza. Bunyi yang boleh terhasil daripada
botol ini seakan-akan berirama ‘do re mi fa so la ti do’.

5.1. PERATURAN DAN PROSEDUR BAGI SEKSYEN SAINS 5 DAN 6


TAHUN

Peraturan 1

8
Peraturan dan prosedur bagi aktiviti tanam pokok tauge. Aktiviti sains ini untuk
kanak-kanak 5 tahun.

Tajuk aktiviti : Aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan tumbuhan semulajadi.

Objektif : Aktiviti penanaman pokok tauge ini bertujuan untuk memberitahu


kana-kanak tentang pemuliharaan dan pemeliharaan tumbuhan
semulajadi.
Dalam aktiviti ini juga kanak-kanak dapat mengetahui bagaimana
proses tumbesaran pokok.
Malah kanak-kanak juga dapat mengetahui tumbuhan memerlukan air
dan cahaya untuk hidup.

Peraturan aktiviti :
 Bahan yang digunakan dalam aktiviti ini adalah bekas tupperware , penutup
baling, kapas, biji kacang hijau dan air.
 Bekas Tupperware dilaberkan dengan a,b dan c
 Kacang hijau direndam seketika didalam air

9
 Letakan kapas didalam ketiga-tiga bekas dan kacang ditabur kedalam ketiga-
tiga bekas.
 Kapas dalam bekas a di biarkan kering, manakala kapas dalam bekas b dituang
sedikit air supaya menjadi lembab dan kapas dalam bekas c dituang dengan air
yang banyak sehingga kacang ditenggelami air.
 Bekas-bekas ini dibiar dibawah cahaya matahari yang tidak bergitu panas.
 Selang beberapa hari kacang pada bekas a tidak menampakkan akar, manakala
kacang dalam bekas b sudah menampakan akar dan kacang dalam bekas c
terapung dalam bekas dan berbau busuk.

Peraturan 2

Peraturan dan prosedur bagi aktiviti membuat gunung berapi. Aktiviti sains ini untuk
kanak-kanak 6 tahun.

Tajuk aktiviti : Aktiviti gunung berapi.

Objektif : Aktiviti penghasilan gunung berapai ini bertujuan untuk


memberitahu kana-kanak tentang kewujudan gunung berapi.
Dalam aktiviti ini juga kanak-kanak dapat mengetahui bagaimana
proses letupan gunung berapi.

Peraturan aktiviti :
 Bahan yang digunakan dalam aktiviti ini adalah tanah liat, serbuk penaik,
cuka, pewarna makanan air dan botol.
 Gunung berapi dibina dengan menggunakan tanah liat. Gunung yang dibina
haruslah mempunyai lubang dibahagian atas.

10
 Sedikit air panas diisi kedalam botol dan serbuk penaik.

 Untuk menarikan lagi tambah sedikit perwarna ke dalam botol.

 Serbut penaik diletakan kedalam lubang gunung berapi terlebih dahulu.

 Sertelah semua campuran di dalam botol sebati, campuran tersebut dituang ke


dalam lubang gunung berapi. Maka terhasilah gunung berapi.

6.0 PENUTUP

Kanak-kanak kecil diibaratkan seperti bekas yang kosong dan guru seharusnya
memainkan peranan penting untuk memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan.
Guru juga berperanan untuk membentuk dan membimbing kanak-kanak untuk menghadapi
cabaran pada masa hadapan. kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan membentuk ilmu
pengetahuan berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak bergantung sepenuhnya
kepada guru. Guru merupakan seorang fasilitator yang memantau dan memberi tunjuk ajar
dalam perkembangan kanak-kanak supaya mereka dapat mempelajari sesuatu konsep.
Menurut pandangan konstruktivime, kanak-kanak membina pengetahuan barunya
dengan sendiri dengan menyesuaikan pengetahuan sedia ada. Melalui konsep konstruktivisme
ianya mungkin akan memberi sedikit sebanyak bantuan dalam menyelesaikan masalah yang
dihadapi dalam pendidikan matematik dan sains masa kini. Matlamat pendidikan matematik
dan sains adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk
mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga
berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui sebelum ini.
pengalaman sains awal membuka jalan dan menjadi asas pembinaan kemahiran dan
kecekapan dalam sanis pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian kepentingan pendidikan
ini menyediakan peluang dan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dan
meneroka alat fizikal mereka. Pendedahan bahan-bahan persekitaran yang dapat merangsang
naluri ingin tahu mereka. Semakin banyak pernerokaan yang mereka lakukan sama ada
mendengar, melihat, sentuh, rasa ataupun bau semakin meningkat minat mereka terhadap
keinginan terhadap perasaan ingin tahu disamping dapat dapat meningkatkan perkembangan
bahasa

11
Pendidik perlu memainkan Peranan yang penting dalam membantu kanak-kanak
menguasai kemahiran saintifik serta konsep-konsep sains dengan menyediakan persekitaran
dan peluang-peluang yang membolehkan kanak-kanak meneroka alam sekeliling, membuat
ramalan melalui eksperimen ringkas apabila sesuai dan membuat rumusan. selain itu,
pendidik perlu berinteraksi dengan kanak-kanak dan membimbing mereka membuat
penemuan pengetahuan yang diinginkan melalui aktiviti penerokaan dan penyiasatan itu.
Secara tidak lansung, Interaksi antara mereka akan membantu kanak-kanak tersebut membina
kefahaman dan menguasai konsep-konsep.
Semoga program seperti pameran ini dapat mencapai segala matlamat untuk menarik
minat kanak-kanak untuk mempelajari Sains dan matematik seterusnya mencapai matlamat
kerajaan. Kejayaan program ini juga menggambarkan komitmen semua pihak dalam
mengerakkan minat dan meningkatkan kesedaran pelajar-pelajar serta masyarakat dalam
merealisasikan dasar KPM. Diharapkan program seperti ini akan terus dijalankan bagi
meningkatkan mutu matapelajaran matematik dan sains.

7.0 RUJUKAN

AAAS. (1990). Science for All American : Project 2061. American Association for
the

Abdul Latif Samian,(1992), Sejarah Matematik, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan


Pustaka

Abdul Latif Samian, (1997), Falsafah matematik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Abruscato, J. & DeRosa, D.A. (2004). Teaching Childen Science : A Discovery


Approach (6thed.). Boston International : Pearson.

Advancement of Science. New York : Oxford University Press.

Bass, J.E., Contant, T.L. & Carin, A.A. (2009). Teaching Science as Inquiry (11th
ed.). Boston International : Pearson.

Chong Liep Kiong et.al, (2007), HBMT2203 Teaching Mathematics in Year Three,


Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia

Jas Laile Suzana Jaafar, (1996). Psikologi Perkembangan: Psikologi Kanak-Kanak


Dan Remaja,  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Johari Bin Hassan dan Norsuriani Binti Ab Aziz, (2011), TESIS-Faktor-Faktor Yang


Mempengaruhi Minat Terhadap Matematik Di Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah, Johor: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

12
Kamus Dewan Edisi Keempat, (2007), Kuala Lumpur:Dewan bahasa dan pustaka.

Laura E. Berk, (1994), Child Development, United States:Allyn Bacon

Maulana, (2010), Pembelajaran Matematika Sebagai Aktivitas Yang Banyak


Permainan Dan Penuh Kesenangan, Indonesia: PGSD UPI Kampus
Sumedang

Mayke S. Tedjasaputra, (2001), Bermain, Mainan Dan Permainan, Indonesia: PT


Gramedia Widiasarana Indonesia(Garsindo)

Mok Soon Sang, (1993), Pengajian Matematik Untuk Kursus Perguruan, Kuala


Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Murugiah s/o Velayutham dan Kao Thuan Keat, (2007). HBMT2103 Teaching


Mathematics in Year Two, Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia

Noraini Idris, (2005), Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik, Kuala Lumpur:


Utusan Publications

Poh Swee Hiang (2005). Pedagogy of Science : Volume 1. Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman

Sabri Ahmad. et.al, (2006), Isu-Isu Dalam Pendidikan Matematik, Kuala Lumpur:


Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Sharipah Ab. Rahman, (2006), HBMT1103 Introduction to Mathematics Education,


Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia

13

You might also like