Kaedah-Kaedah Acara Angkatan Tentera (Mahkamah Tentera) 1976

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 80

KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA

(MAHKAMAH TENTERA) 1976

MAHKAMAH TENTERA
P.U. (A) 163.

AKTA ANGKATAN TENTERA 1972


KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

SUSUNAN KAEDAH-KAEDAH

BAB 1

PERMULAAN

1. Nama.
2. Takrif.
3. Perbicaraan kesalahan-kesalahan di bawah Akta.
4. Bila Kanun Prosedur Jenayah boleh dipakai.

1 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

BAB II
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH

5. Mahkamah.
6. Bidang kuasa.
7. Mahkamah hendaklah terbuka.
8. Secara tertutup.
9. Publisiti.
10. Hak sidituduh untuk diwakili.
11. Kebebasan mahkamah.
12. Kuasa untuk memulangkan balik harta curi.

BAB III
PENANGKAPAN, PENGGELEDAHAN, PEMERIKSAAN DAN PENYIASATAN
KESALAHAN-KESALAHAN

13. Sebab-sebab penangkapan.


14. Menimbangkan semula penangkapan dan penyiasatan.
15. Laporan-laporan kelengahan.
16. Penangkapan dalam masa dan selepas perbicaraan.
17. Menggunakan kekerasan.
18. Kewajipan orang yang membuat penangkapan.
19. Kuasa untuk mengeluarkan Waren geledah.
20. Orang yang melaksanakan Waren geledah.
21. Borang dan sahnya Waren geledah.
22. Masuk ke dalam premis.
23. Orang-orang yang hadir dalam masa penggeledahan.
24. Senarai barang-barang yang disita.
25. Orang-orang yang dijumpai dalam premis yang digeledah.
26. Penyitaan barang-barang.
27. Pelupusan barang-barang yang disita.
28. Penyoalan.
29. Pernyataan-pernyataan.
30. Penerimaan.
31. Jurubahasa.
32. Diari.

BAB IV
PENYIASATAN PERTUDUHAN-PERTUDUHAN OLEH PEGAWAI

33. Cara penyiasatan pertuduhan-pertuduhan.


34. Pegawai Memerintah mendengar pertuduhan.
35. Ringkasan keterangan.
36. Cabutan keterangan.
37. Penyiasatan sebelum Pegawai Memerintah menguruskan pertuduhan
secara terus.
38. Merujukkan pertuduhan-pertuduhan kepada pihak berkuasa lebih
tinggi.

2 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

BAB V
PERBICARAAN DI HADAPAN MAHKAMAH

Bahagian I
PERTUDUHAN DAN KERTAS PERTUDUHAN

39. Kertas pertuduhan.


40. Pertuduhan-pertuduhan dan pertuduhan-pertuduhan alternatif.
41. Pertuduhan-pertuduhan bersama.
42. Pentafsiran kertas-kertas pertuduhan dan pertuduhan-pertuduhan.
43. Penarikan balik kertas-kertas pertuduhan dan pertuduhan.
44. Pindaan bagi pertuduhan-pertuduhan.
45. Pindaan bagi pertuduhan oleh Pihak Berkuasa Sidang.
46. Memanggil semula saksi-saksi apabila pertuduhan diubah.
47. Kuasa mensabitkan kesalahan lain daripada yang dipertuduhkan.

Bahagian II
MENGADAKAN MAHKAMAH TENTERA

48. Kewajipan-kewajipan Pihak Berkuasa Sidang.


49. Perlantikan Yang DiPertua dan anggota-anggota.
50. Pegawai-pegawai di bawah arahan.
51. Menyediakan pembelaan.

Bahagian III
MAHKAMAH BERSIDANG DAN MENGANGKAT SUMPAH

52. Perkara-perkara permulaan yang hendak ditimbangkan.


53. Cabaran-cabaran oleh sidituduh.
54. Tiada hak membantah terhadap Hakim Peguam, pendakwa atau
pegawai di bawah arahan.
55. Mahkamah dan Hakim Peguam mengangkat sumpah.
56. Pentadbiran sumpah untuk pegawai-pegawai di bawah arahan.
57. Perlantikan dan pentadbiran sumpah untuk kerani mahkamah,
jurubahasa, jurutrengkas, dan juru rekod dan bantahan terhadap
mereka.
58. Susunan perbicaraan.
59. Bentuk sumpah atau ikrar.

Bahagian IV
MENGHADAP DAN MEMPERTUDUHKAN SIDITUDUH

60. Menghadap dan mempertuduhkan sidituduh.


61. Rayuan terhadap bidangkuasa mahkamah.
62. Bantahan terhadap pertuduhan.
63. Rayuan menghalang perbicaraan.
64. Permohonan untuk perbicaraan berasingan jika sidituduh
dipertuduhkan secara bersama.

3 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

65. Perbicaraan oleh sidituduh untuk pertuduhan-pertuduhan dibicarakan


secara berasingan.
66. Pengakuan-pengakuan terhadap pertuduhan.
67. Menerima pengakuan bersalah.
68. Pengakuan mengenai pertuduhan-pertuduhan alternatif.

Bahagian V
ACARA SELEPAS MEREKODKAN PEPENDAPAT BERSALAH

69. Susunan perbicaraan jika pengakuan bersalah atau tidak bersalah


telah direkodkan.
70. Acara mengenai pependapat bersalah selepas pengakuan bersalah.

Bahagian VI
MENGUBAH PENGAKUAN

71. Mengubah pengakuan.

Bahagian VII
ACARA MENGENAI PENGAKUAN TIDAK BERSALAH

72. Permohonan penangguhan.


73. Kes bagi pihak pendakwa.
74. Pengemukaan mengenai tiada kes untuk dijawab.
75. Menerangkan hak-hak sidituduh.
76. Kes bagi pihak pembela.
77. Mahkamah memanggil dan memanggil semula saksi-saksi.
78. Ucapan-ucapan penutup.
79. Penggulungan oleh Hakim Peguam.

Bahagian VIII
PEPENDAPAT

80. Mempertimbangkan pependapat mengenai pertuduhan.


81. Menyatakan pendapat-pendapat mengenai, dan cara membuat
pependapat.
82. Pengumuman pependapat.

Bahagian IX
ACARA SELEPAS
PENGUMUMAN PEPENDAPAT

83. Menyempurnakan acara apabila pengakuan bersalah diterima sebelum


menimbangkan hukuman.
84. Perbicaraan pertuduhan-pertuduhan dan lain kertas pertuduhan lain
sebelum menimbangkan hukuman.
85. Melepaskan sidituduh.
86. Rekod sidituduh dan rayuan supaya diringankan hukuman.

4 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

87. Permintaan oleh sidituduh supaya kesalahan-kesalahan lain


diambilkira.
88. Menimbangkan hukuman.
89. Hukuman.
90. Menangguhkan pertimbangan mengenai hukuman.
91. Mengumumkan hukuman.
92. Sebab-sebab bagi pependapat dan hukuman.
93. Penamatan perbicaraan.

Bahagian X
PEMBEBASAN ATAU SABITAN DAHULU

94. Seseorang tidak boleh dibicarakan dua kali.


95. Pengakuan mengenai pembebasan atau sabitan dahulu.

Bahagian XI
REKOD PERBICARAAN DAN EKSIBIT

96. Rekod perbicaraan.


97. Eksibit.
98. Penyimpanan dan pemeriksaan rekod perbicaraan dalam masa
perbicaraan.

Bahagian XII
PENGESAHAN, PEMINDAAN DAN MEMBERITAHU SECARA RASMI

99. Pengesahan dan memberitahu secara rasmi.


100. Pemindaan.

Bahagian XIII
PETISYEN

101. Petisyen.

Bahagian XIV
TANGGUNGJAWAB MAHKAMAH, HAKIM PEGUAM, PENDAKWA DAN
PEGAWAI ATAU PEGUAM PEMBELAAN

102. Kewajipan-kewajipan Yang DiPertua.


103. Kewajipan-kewajipan am Hakim Peguam.
104. Hakim Peguam bersidang seorang diri.
105. Kewajipan pendakwa dan pegawai atau peguam pembelaan.
106. Menjalankan hak sidituduh.

Bahagian XV
KEHADIRAN, MEMANGGIL DAN PEMERIKSAAN SAKSI-SAKSI

107. Mendapatkan kehadiran saksi-saksi.


108. Pentadbiran sumpah bagi saksi-saksi.
109. Pengeksklusian saksi-saksi.

5 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

110. Pemeriksaan saksi-saksi.


111. Pemeriksaan oleh mahkamah dan Hakim Peguam.
112. Menemuduga saksi-saksi.

Bahagian XVI
PENANGGUHAN

113. Penangguhan.
114. Melihat tempat atau benda.
115. Ketidakhadiran Yang DiPertua, anggota-anggota mahkamah atau
Hakim Peguam.

BAB VI
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN PELBAGAI

116. Hukuman-hukuman ringan.


117. Menggantung hukuman penjara atau tahanan.
118. Penyimpangan-penyimpangan daripada bentuk-bentuk dalam jadual-
jadual.
119. Kes-kes yang tidak diliputi oleh kaedah-kaedah.
120. Pemakaian kaedah-kaedah am keterangan.
121. Tidak dipakai lagi.

JADUAL-JADUAL

Jadual Pertama .. Laporan Kelengahan Lapan Hari.


Jadual Kedua .. Waren Geledah.
Jadual Ketiga .. Ringkasan Keterangan/Cabutan Keterangan.
Jadual Keempat .. Contoh-contoh Kertas Pertuduhan.
Jadual Kelima .. Perintah Sidang.
Jadual Keenam .. Sumpah dan Ikrar.
Jadual Ketujuh .. Pependapat.
Jadual Kelapan .. Rekod Perkhidmatan Sidituduh.
Jadual Kesembilan .. Hukuman.
Jadual Kesepuluh .. Rekod Perbicaraan Mahkamah Tentera.
Jadual Kesebelas .. Pengesahan dan Pemberitahuan Rasmi.
Jadual Keduabelas .. Petisyen.
Jadual Ketigabelas .. Rekod Penimbangan Semula Pependapat
Jadual Keempatbelas .. Saman kepada Saksi.

6 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

AKTA ANGKATAN TENTERA 1972


KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
MAHKAMAH TENTERA) 1976

Akta 77.

Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 119 Akta Angkatan
Tentera 1972, Menteri Pertahanan membuat Kaedah-kaedah yang berikut:

BAB I
PERMULAAN
1. NAMA.

Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan 'Kaedah-kaedah Acara


Angkatan Tentera (Mahkamah Tentera) 1976,dan hendaklah mula
berkuatkuasa pada 1 haribulan Jun 1976.

2. TAKRIF.

Dalam Kaedah-kaedah ini-

"Akta" ertinya Akta Angkatan Tentera 1972;

"Mahkamah" ertinya sesuatu Mahkamah Tentera yang ditubuhkan di


bawah Akta, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna
yang lain;

"Pegawai Memerintah", berhubung dengan seseorang, ertinya


pegawai, walau apa jua pangkatnya, yang secara langsung
memerintah unit, kapal, stesen atau pasukan yang orang itu adalah
seorang anggotanya atau di mana orang itu ditugaskan;

"Pegawai Pengesah" ertinya mana-mana daripada pegawai-pegawai


yang disenaraikan di bawah seksyen 126 Akta Angkatan Tentera 1972;

"Pegawai Penyiasat" ertinya-

(a) seorang Pegawai Polis Tentera;

(b) mana-mana anggota angkatan tentera yang dilantik secara


bertulis oleh Pegawai Memerintah atau oleh seorang Pegawai
Polis Tentera untuk menyiasat suatu kesalahan perkhidmatan;
dan

(c) seseorang anggota Pasukan Polis Tentera yang diberikuasa


untuk menyiasat suatu kesalahan perkhidmatan;

"Pegawai Polis Tentera" ertinya seorang Marsyal atau Pegawai Polis


Tentera yang dilantik untuk menjalankan tugas-tugas yang diberi oleh
atau di bawah Akta kepada Pegawai-Pegawai Polis Tentera;

7 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

"peguambela" ertinya seorang yang berhak menjalankan amalan


sebagai seorang peguambela atau sebagai seorang peguambela dan
peguamcara di bawah undang-undang yang berkuatkuasa dalam
mana- mana bahagian Malaysia;
"peguam pembelaan" ertinya seorang yang berhak menjalankan
amalan sebagai seorang peguambela atau sebagai seorang
peguambela dan peguamcara di bawah undang-undang yang
berkuatkuasa dalam mana-mana bahagian Malaysia;
"Pendakwa" ertinya seorang pegawai undang-undang Kementerian
Pertahanan dan termasuklah seorang pegawai pendakwa
perkhidmatan yang dilantik secara bertulis oleh Pihak Berkuasa
Sidang;
"Pihak Berkuasa Sidang" berhubung dengan sesuatu Mahkamah
Tentera ertinya pihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 104
Akta;
"Pihak Berkuasa Yang Layak" ertinya Majlis Angkatan Tentera atau
mana-mana pegawai lain yang dilantik oleh Majlis Angkatan Tentera
bagi maksud itu;
"Yang DiPertua" ertinya Yang DiPertua Mahkamah.

3. PERBICARAAN KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH AKTA.

Segala kesalahan di bawah Akta hendaklah disiasat dan


dibicarakan kesalahan mengikut peruntukan-peruntukan yang
terkandung kemudian daripada ini tertakluk, walaubagaimanapun,
kepada mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa itu
berkuatkuasa mengawal acara atau tempat bagi menyiasat atau
membicarakan kesalahan-kesalahan itu.

4. BILA KANUN PROSEDUR JENAYAH BOLEH DIPAKAI.

(1) Berkenaan dengan perkara-perkara berhubung dengan kaedah-


kaedah acara yang tiada apa-apa peruntukan khas dibuat baginya oleh
Kaedah-kaedah ini atau oleh mana-mana undang-undang lain yang
pada masa itu berkuatkuasa, undang-undang berhubung dengan acara
jenayah yang pada masa itu berkuatkuasa dalam Malaysia hendaklah
dipakai setakat mana undang-undang itu tidak bercanggah atau tidak
berlawanan dengan Kaedah-kaedah ini dan undang-undang itu boleh
dijadikan tambahan kepada Kaedah-kaedah ini.

(2) Jika tiada apa-apa peruntukan dibuat dalam Akta atau dalam
mana-mana Kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya atau dalam
Kanun Prosedur Jenayah berkenaan dengan apa-apa perkara acara,
Mahkamah Tentera hendaklah memutuskan tentang acara yang paling
munasabah untuk diikut dalam kes yang berkenaan itu bagi mencapai
keadilan dengan cara yang terbaik sekali.

8 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

BAB II

PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH

5. MAHKAMAH.

Mahkamah bagi pentadbiran keadilan dalam Persekutuan ialah


mana-mana daripada mahkamah-mahkamah yang ditubuhkan menurut
seksyen 105 Akta.

6. BIDANGKUASA.

Tiap-tiap mahkamah adalah mempunyai bidang kuasa untuk


membicarakan seseorang yang tertakluk kepada undang-undang
perkhidmatan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta dan untuk
mengaward apa-apa hukuman yang dibenarkan oleh Akta bagi sesuatu
kesalahan itu.

7. MAHKAMAH HENDAKLAH TERBUKA.

(1) Tertakluk kepada apa-apa peruntukan lain dalam Kaedah-


kaedah ini, sesuatu mahkamah hendaklah bersidang dalam mahkamah
terbuka dengan dihadiri oleh pihak-pihak yang berkenaan dan, setakat
mana tempat membenarkan, orang ramai hendaklah dibenarkan masuk
menyaksikan perbicaraan itu.

(2) Tiap-tiap hukuman atau pependapat sesuatu mahkamah


hendaklah diumumkan dalam mahkamah terbuka.

8. SECARA TERTUTUP.

(1) Yang DiPertua sesuatu mahkamah boleh, jika sekiranya


munasabah bagi kepentingan-

(a) pentadbiran keadilan;


(b) keselamatan Persekutuan;
(c) pertahanan atau keselamatan awam; atau
(d) akhlak awam,

memerintahkan supaya kesemua atau mana-mana bahagian daripada


perbicaraan-perbicaraan di hadapannya dijalankan secara tertutup
dan sesudah dibuat perintah itu mahkamah itu hendaklah terhenti
menjadi sesuatu mahkamah terbuka dan, kecuali peguam sidituduh
dan mana-mana orang lain yang difikirkan perlu oleh mahkamah bagi
maksud-maksud perbicaraan itu, orang ramai hendaklah diekskludkan
darinya selama yang difikirkan patut oleh mahkamah.

9 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

(2) Mahkamah boleh mengetepikan mana-mana seseorang dari


sesuatu bahagian perbicaraan itu jika orang itu menghalang perjalanan
mahkamah itu.
(3) Tanpa kebenaran Yang DiPertua mahkamah, tiada seseorang
boleh hadir dalam masa anggota-anggota mahkamah itu
menimbangkan sama ada pependapat atau hukuman mengenai
sesuatu pertuduhan atau selainnya.
9. PUBLISITI.
(1) Jika apa-apa perbicaraan dalam mahkamah telah diadakan
secara tertutup, tiada seseorang boleh menyiarkan apa-apa maklumat
berkenaan dengan perbicaraan dan hukuman mahkamah itu, kecuali
dengan kebenaran Majlis Angkatan Tentera.
(2) Kecuali dengan kebenaran Yang DiPertua mahkamah, tiada
seseorang boleh mengambil fotograf dalam bilik mahkamah atau dalam
masa mahkamah bersidang atau menyiarkan fotograf yang diambil
sedemikian.
(3) Seseorang yang melanggar mana-mana peruntukan Kaedah ini
adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan
dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan
atau denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara dan
denda itu kedua-duanya.
10. HAK SIDITUDUH UNTUK DIWAKILI.
(1) Tertakluk kepada mana-mana peruntukan lain dalam Kaedah-
kaedah ini, sidituduh adalah berhak diwakili dalam pembelaannya di
hadapan mahkamah oleh seorang peguambela dan peguamcara jika
diadakan oleh sidituduh, atau oleh mana-mana pegawai Angkatan
Tentera Malaysia.
(2) Jika sidituduh tidak diwakili oleh seorang mengikut perenggan
(1) dan ianya-
(a) dipertuduhkan atas suatu kesalahan yang boleh dihukum
mati; atau
(b) disyaki sebagai tidak sempurna akal,
Pihak Berkuasa Yang Layak hendaklah melantik seorang
peguam pembela untuk membantu sidituduh itu dalam
pembelaannya.

(3) Jika sidituduh memilih seorang untuk mewakilinya dalam


mahkamah, orang itu hendaklah dibenarkan berbuat demikian selepas
ia mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Sidang suatu persetujuan
bertulis yang ditandatangani oleh sidituduh.

10 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

11. KEBEBASAN MAHKAMAH.

(1) Dalam perkara-perkara penghakiman, anggota-anggota


mahkamah tidak boleh tertakluk kepada kuasa komander-komander
mereka, atau kepada mana-mana kuasa lain, kecuali undang-undang.

(2) Tiada seseorang boleh cuba menahanpaksa, atau dengan apa-


apa cara yang tidak dibenarkan mempengaruhi, tindakan atau
perbicaraan mahkamah atau mana-mana anggota mahkamah.

(3) Sesiapa yang melanggar peruntukan-peruntukan perenggan (2)


Kaedah ini adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila
disabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada
enam bulan atau denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau
penjara dan denda itu kedua-duanya.

12. KUASA UNTUK MEMULANGKAN BALIK HARTA CURI.

(1) Jika seseorang telah disabitkan oleh mahkamah kerana mencuri,


mengambil dengan curang atau mengkonvert, menerima apa-apa
harta, dengan mengetahuinya sebagai dicuri atau pun didapati dengan
cara tidak sah dan harta itu atau apa-apa bahagian daripadanya
dijumpai dalam milik pesalah itu, Yang DiPertua mahkamah boleh
memerintahkan supaya harta yang dijumpai sedemikian dipulangkan
kepada orang yang mana pada pendapatnya, adalah pemiliknya yang
sah.

(2) Suatu perintah seperti itu boleh dibuat berkenaan dengan apa-
apa harta yang dijumpai dalam milik pesalah itu, yang mana, pada
pendapat Yang DiPertua mahkamah, telah didapati dengan mengubah
atau menukarkan mana-mana daripada harta yang telah dicuri, diambil
dengan curang, diterima atau didapati dengan cara tidak sah itu.

(3) Sesuatu perintah di bawah Kaedah ini tidak menghalang hak


mana-mana orang, lain daripada pesalah itu, atau mana-mana orang
yang menuntut melaluinya untuk mendapatkan balik apa-apa harta atau
wang yang telah diserahkan atau dibayar menurut suatu perintah di
bawah Kaedah ini daripada orang yang kepadanya harta atau wang itu
diserahkan atau dibayar menurut perintah itu.

11 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

BAB III
PENANGKAPAN, PENGGELEDAHAN, PEMERIKSAAN
DAN PENYIASATAN KESALAHAN-KESALAHAN

13. SEBAB-SEBAB PENANGKAPAN.

(1) Seseorang tidak boleh diletakkan atau ditahan dalam tangkapan


jika kesalahan yang telah dilakukan olehnya itu atau yang ia disyaki
dengan munasabah telah lakukan itu bukan dari jenis yang berat.

(2) Seseorang hendaklah diletakkan dalam tangkapan hanya apabila


benar-benar perlu, misalnya-

(a) kesalahan itu boleh dikenakan hukuman mati;

(b) ia dengan sengaja cuba merosakkan disiplin melalui


perbuatan-perbuatan salahlaku;

(c) ia mungkin membencanakan dirinya atau orang-orang lain;

(d) ia mungkin mencucuk saksi-saksi;

(e) ia telah ditangkap (bukan telah menyerahkan diri) kerana


absen tanpa kebenaran atau lazim absen tanpa kebenaran;

(f) memandang kepada jenis atau kerapnya berlaku


kesalahan yang atasnya ia dipertuduhkan itu atau yang sedang
disiasat, itu adalah tidak diingini bagi kepentingan disiplin ia
dibiarkan bebas atau berada dalam kedudukan yang
membolehkan ia berkawan dengan rakan-rakan sekerjanya; atau

(g) disyaki bahawa ia tidak akan menghadiri penyiasatan kes


itu atau perbicaraan.

14. MENIMBANGKAN SEMULA PENANGKAPAN DAN PENYIASATAN.

(1) Tertakluk kepada Kaedah 13 orang yang bertanggungjawab


(biasanya Pegawai Memerintah atau Pegawai Polis Tentera) bagi
memutuskan sama ada seseorang patut diletakkan dalam tangkapan
dan apakah bentuk tangkapan yang sepatutnya, hendaklah
menggunakan budibicaranya dari semasa ke semasa, sebagaimana hal
keadaan memerlukan, untuk menukar bentuk tangkapan itu, untuk
menangkap semula orang itu atau melepaskannya atau tanpa
menyentuh kuasa untuk menangkapnya semula.

(2) Tuduhan-tuduhan terhadap seseorang yang berada dalam


tangkapan hendaklah disiasat dengan sewajarnya tanpa kelengahan
yang tidak perlu dan, dengan seberapa segera yang boleh, langkah-
langkah perbicaraan hendaklah diambil terhadap orang itu atau orang
itu hendaklah dilepaskan dengan sewajarnya.

12 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

15. LAPORAN-LAPORAN KELENGAHAN.

(1) Laporan yang dikehendaki oleh seksyen-kecil (2) seksyen 94


Akta mengenai perlunya kelengahan lanjut bagi membawa sidituduh
untuk dibicarakan hendaklah dibuat dalam borang yang dinyatakan
dalam Jadual Pertama kepada Kaedah-kaedah ini.

(2) Laporan itu hendaklah dibuat dalam empat salinan dihantar terus
seperti berikut-

(a) salinan pertama kepada pegawai sidang;

(b) salinan kedua kepada Pegawai Undang-undang Utama


Kementerian Pertahanan;

(c) salinan ketiga kepada Marsyal Polis Tentera Kementerian


Pertahanan;

(d) salinan keempat untuk disimpan oleh unit.

(3) Seseorang tidak boleh diletakkan dalam tangkapan selama lebih


daripada tujuh puluh dua hari tanpa dibicarakan melainkan jika Pihak
Berkuasa Sidang, dengan terlebih dahulu mendapat persetujuan
daripada Pihak Berkuasa Yang Layak, mengarahkan secara bertulis
bahawa orang itu tidak boleh dilepaskan dari tangkapan.

16. PENANGKAPAN DALAM MASA DAN SELEPAS PERBICARAAN.

(1) Dalam masa sidituduh dibicarakan oleh Mahkamah Tentera,


sidituduh hendaklah diletakkan di bawah tangkapan rapi, melainkan
jika Pihak Berkuasa Sidang mengarahkan supaya sidituduh diletakkan
dalam tangkapan longgar atau dilepaskan dari tangkapan selama
tempoh mahkamah itu ditangguhkan.

(2) Jika hukuman yang diumumkan dalam mahkamah adalah lebih


rendah daripada hukuman tahanan menurut skala hukuman-hukuman,
sidituduh hendaklah dilepaskan dari tangkapan selepas sahaja
perbicaraan itu.

17. MENGGUNAKAN KEKERASAN.

(1) Kekerasan boleh digunakan bagi maksud menangkap hanya


apabila benar-benar perlu tetapi walau bagaimanapun kekerasan tidak
boleh digunakan hingga menyebabkan kerosakan lebih daripada yang
perlu bagi maksud membuat penangkapan itu.

13 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

(2) Menggunakan kekerasan tidaklah termasuk menggunakan


senjata api kecuali dalam hal-keadaan berikut-

(a) jika kesalahan itu adalah dari jenis yang berat; dan

(b) orang yang sedang ditangkap itu berkelakuan sebegitu


keras hingga boleh mengakibatkan kerosakan kepada nyawa
atau anggota atau menggunakan senjata api hanyalah cara yang
mungkin bagi membuat penangkapan itu.

(3) Sebelum senjata api digunakan, orang yang membuat sesuatu


penangkapan hendaklah mematuhi acara yang berikut-

(a) ia hendaklah memberi amaran kepada orang yang sedang


ditangkap itu bahawa senjata api, mungkin digunakan melainkan
ia berhenti dari berkelakuan keras;

(b) ia hendaklah mempastikan bahawa orang yang sedang


ditangkap itu faham akan amaran itu dan masih enggan
menyerah untuk ditangkap;

(c) ia hendaklah melepaskan suatu tembakan menegak ke


udara;

(d) jika orang sedang ditangkap itu masih tidak menyerah


untuk ditangkap, ia boleh melepaskan tembakan ke arah lututnya
tetapi untuk mencederakannya sahaja;

(e) bila suatu penangkapan dibuat atas perintah seorang yang


berpangkat lebih tinggi daripadanya dan di hadapan orang itu,
senjata api tidak boleh digunakan tanpa kebenarannya.

18. KEWAJIPAN ORANG YANG MEMBUAT PENANGKAPAN.

Seseorang yang membuat suatu penangkapan hendaklah-

(a) memberitahu orang yang sedang ditangkap itu sama ada orang
itu dalam tangkapan rapi atau dalam tangkapan longgar;

(b) memberitahu orang yang ditangkap itu sebab-sebab ia


ditangkap;

(c) segera menyerahkan orang yang ditangkap itu ke suatu tempat


jagaan; dan

(d) memberi kepada orang yang ke dalam jagaannya orang yang


ditangkap itu diserahkan, sama ada pada masa penangkapan itu atau
dalam masa dua puluh empat jam selepasnya, satu salinan laporan
pertuduhan dan sekiranya laporan pertuduhan itu tidak dikemukakan,
orang ke dalam jagaannya orang yang ditangkap itu diserahkan

14 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

hendaklah melaporkan kepada Pegawai Memerintah, dan Pegawai


Memerintah hendaklah, jika ia berpendapat bahawa tiada apa-apa
sebab yang patut bagi meletakkan orang itu dalam tangkapan
selanjutnya, memerintahkan supaya orang yang ditangkap itu
dilepaskan tanpa menyentuh kuasa untuk menangkapnya semula.
19. KUASA UNTUK MENGELUARKAN WAREN GELEDAH.
(1) Jika-
(a) ada sebab bagi mempercayai bahawa seseorang yang
kepadanya dialamatkan suatu saman atau suatu perintah di
bawah Kaedah-kaedah ini tidak akan mengemukakan dokumen
atau lain-lain bahan sebagaimana dikehendaki oleh saman atau
perintah itu; atau
(b) kepentingan keadilan atau kepentingan penyiasatan,
siasatan, perbicaraan atau lain-lain tindakan di bawah Akta ini
akan tercapai dengan penggeledahan am,
Yang DiPertua Mahkamah Tentera atau seseorang Pegawai
Memerintah atau Pegawai Polis Tentera boleh mengeluarkan suatu
Waren Geledah dan orang yang kepadanya Waren itu diarahkan boleh
menjalankan penggeledahan atau pemeriksaan mengikut Waren itu.
(2) Waren Geledah itu hanya boleh dipakai bagi tempat-tempat
tentera , termasuk rumah-rumah kelamin.
20. ORANG YANG MELAKSANAKAN WAREN-WAREN GELEDAH.
(1) Waren Geledah boleh diarahkan kepada-
(a) anggota-anggota polis tentera secara am atau kepada
anggota pasukan polis tentera;
(b) seorang atau beberapa pegawai atau askar-laskar yang
bukan anggota polis tentera.
(2) Apabila Waren Geledah diarahkan kepada lebih daripada satu
orang, Waren itu bolehlah dilaksanakan oleh kesemua atau seorang
atau beberapa orang daripada mereka.
21. BORANG DAN SAHNYA WAREN GELEDAH.
(1) Tiap-tiap Waren Geledah yang dikeluarkan di bawah Kaedah 19
hendaklah dalam borang yang diperuntukkan dalam Jadual Kedua
kepada Kaedah-kaedah ini dan ditandatangani oleh Yang DiPertua
Mahkamah Tentera atau seorang Pegawai Memerintah atau seorang
Pegawai Polis Tentera.
(2) Tiap-tiap Waren itu hendaklah berkuat kuasa selama beberapa
hari yang berpatutan yang akan dinyatakan di dalamnya.

15 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

22. MASUK KE DALAM PREMIS.

(1) Apabila sesuatu tempat yang kena digeledah adalah tertutup,


sesiapa yang tinggal di dalamnya atau yang menjaganya hendaklah
apabila kebenaran masuk diminta oleh seorang yang melaksanakan
suatu Waren Geledah dan apabila Waren itu dikemukakan,
membenarkan orang itu masuk dengan bebas ke dalamnya dan
memberi kepada orang itu segala kemudahan bagi menjalankan
penggeledahan di dalamnya.

(2) Jika kebenaran memasuki ke tempat itu tidak dapat diperolehi


sedemikian, orang yang melaksanakan suatu Waren Geledah boleh
memasuki tempat itu dan menggeledah di dalamnya, dan untuk
membolehkan masuk ke tempat itu orang itu boleh memecah buka
mana-mana pintu luar atau dalam atau jendela tempat yang hendak
digeledah itu jika selepas memberitahu akan kuasa dan maksudnya
dan selepas kebenaran masuk diminta dengan sewajarnya ia tidak
dapat masuk ke tempat itu melainkan dengan cara yang demikian itu.

23. ORANG-ORANG YANG HADIR DALAM MASA PENGGELEDAHAN.

(1) Melainkan jika penggeledahan sangat perlu dijalankan dengan


segera penggeledahan hendaklah dijalankan hanya di hadapan dua
orang saksi, selain daripada orang yang membuat penggeledahan itu.

(2) Penduduk tempat yang digeledah itu atau seorang lain bagi
pihaknya hendaklah setiap masa dibenarkan hadir dalam masa
penggeledahan itu.

24. SENARAI BARANG-BARANG YANG DISITA.

(1) Suatu senarai segala barang yang disita dalam masa


penggeledahan yang dijalankan di bawah Kaedah-kaedah ini dan suatu
senarai tempat-tempat di mana barang-barang itu masing-masing
dijumpai hendaklah disediakan oleh orang yang menjalankan
penggeledahan itu dan ditandatangani olehnya dan juga oleh orang-
orang yang menyaksikan penggeledahan itu.

(2) Suatu salinan senarai itu yang disediakan dan ditandatangani di


bawah Kaedah ini hendaklah diserahkan kepada pemilik harta itu atau
kepada penduduk tempat yang digeledah itu.

25. ORANG-ORANG YANG DIJUMPAI DALAM PREMIS YANG DIGELEDAH.

Apabila seseorang menjalankan penggeledahan di bawah


Kaedah-kaedah ini, ia boleh menahan dan memeriksa sesiapa jua yang
dijumpai dalam tempat yang digeledah itu, yang disyakinya dengan
munasabah ada memiliki apa-apa dokumen atau bahan yang dicari
kecuali bahawa orang itu tidak boleh ditahan selepas tempat itu selesai
digeledah.

16 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

26. PENYITAAN BARANG-BARANG.


Seseorang yang diberi kuasa oleh suatu Waren Geledah boleh
menyita apa-apa dokumen atau bahan yang dinyatakan di dalamnya
dan apa-apa bahan lain yang dijumpai dalam hal-keadaan yang
menimbulkan syak bahawa suatu kesalahan telah dilakukan.
27. PELUPUSAN BARANG-BARANG YANG DISITA.
(1) Seseorang yang menyita sesuatu dokumen atau bahan di bawah
Kaedah 26 hendaklah mengemukakannya dengan serta merta di
hadapan orang yang telah mengeluarkan Waren Geledah itu.
(2) Sesuatu dokumen atau bahan yang disita di bawah perenggan
(1) hendaklah dilupuskan mengikut perintah orang yang telah
mengeluarkan Waren Geledah itu.
(3) Seseorang yang membuat sesuatu penangkapan hendaklah
dengan serta merta mengemukakan apa-apa benda yang telah disita di
hadapan seorang Pegawai Memerintah atau seorang Pegawai Polis
Tentera.
(4) Seseorang yang diberi kuasa menggeledah tanpa Waren
Geledah hendaklah dengan serta merta mengemukakan apa-apa
benda yang telah disita di hadapan seorang Pegawai Memerintah atau
seorang Pegawai Polis Tentera.
(5) Sesuatu dokumen atau bahan yang telah disita di bawah
perenggan (3) hendaklah dilupuskan mengikut perintah Pegawai
Memerintah atau Pegawai Polis Tentera yang kepadanya dokumen atau
bahan itu telah diserahkan.
(6) Sesuatu dokumen atau bahan yang telah disita di bawah
perenggan (4) hendaklah dilupuskan mengikut perintah Pegawai
Memerintah atau Pegawai Polis Tentera itu.
(7) Kuasa yang diberi di bawah perenggan (2), (5) dan (6) adalah
termasuk kuasa untuk membuat perintah-perintah berikut-
(a) penyerahan dokumen atau bahan yang telah disita itu
kepada orang yang berhak memilikinya;
(b) pelucuthakan atau perampasan dokumen atau bahan yang
telah disita jika pemilikan akan benda itu adalah tidak sah atau
jika benda itu telah digunakan sebagai suatu alat bagi melakukan
suatu kesalahan;
(c) pemusnahan dokumen atau bahan yang telah disita itu;
(d) penjualan dokumen atau bahan yang telah disita itu dan
pelupusan hasil jualannya mengikut apa-apa cara yang
diperuntukkan di atas,

17 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

28. PENYOALAN.

(1) Apabila seseorang Pegawai Penyiasat mencuba untuk


mengetahui sama ada, atau oleh siapa, sesuatu kesalahan telah
dilakukan, ia adalah berhak menyoal sesiapa jua, sama ada disyaki
atau tidak, yang daripadanya ia fikirkan bahawa maklumat yang
berguna boleh diperolehi. Pegawai itu adalah berhak berbuat demikian
sama ada orang yang disoal itu telah ditahan dalam jagaan atau tidak
asalkan orang itu belum lagi dipertuduhkan atas kesalahan itu atau
belum lagi diberitahu yang ia mungkin didakwa kerananya.

(2) Orang itu adalah diwajibkan menjawab segala soalan berhubung


dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai itu. Dengan
syarat bahawa orang itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan jika
jawapan kepada soalan itu mungkin mendedahkannya kepada suatu
pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.

(3) Seseorang yang membuat sesuatu pernyataan di bawah Kaedah


ini adalah diwajibkan di sisi undang-undang menyatakan yang benar,
sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat kesemuanya atau
sebahagiannya bagi menjawab soalan-soalan.

(4) Seseorang pegawai yang memeriksa seseorang di bawah


perenggan-perenggan (2) dan (3) hendaklah terlebih dahulu
memberitahu orang itu mengenai peruntukan-peruntukan perenggan
(2) dan (3).

29. PERNYATAAN-PERNYATAAN.

Jika seseorang Pegawai Penyiasat ada sebab bagi mempercayai


bahawa seseorang telah melakukan suatu kesalahan maka peruntukan-
peruntukan berikut hendaklah dipakai-

(a) Pegawai Penyiasat itu hendaklah memberitahu orang itu


mengenai jenis kesalahan itu;

(b) Pegawai Penyiasat itu hendaklah memberi amaran kepada orang


itu seperti berikut-

"Kamu tidak diwajibkan berkata apa-apa jua, tetapi apa-apa jua


yang kamu katakan boleh diberi sebagai keterangan."

c) seseorang yang membuat sesuatu pernyataan selepas diberi


amaran dengan sewajarnya tidak boleh diperiksa-balas tanpa
persetujuannya yang nyata, kecuali bahawa Pegawai Penyiasat boleh
mengemukakan apa-apa soalan yang perlu bagi maksud menjelaskan
sesuatu pernyataan yang telah dibuat;

18 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

(d) sesuatu pernyataan yang dibuat hendaklah dituliskan dan


dibacakan kepada orang yang membuatnya dan orang itu hendaklah
diminta membuat apa-apa pembetulan yang hendak dibuat olehnya;

(e) orang yang membuat pernyataan itu dan Pegawai Penyiasat itu
hendaklah menandatangani pernyataan itu; jika orang yang telah
membuat pernyataan itu enggan menandatanganinya, Pegawai
Penyiasat itu hendaklah merekodkan keengganannya itu;

(f) apabila dua orang atau lebih dipertuduhkan atas kesalahan yang
sama dan pernyataan-pernyataan dibuat oleh mereka secara
berasingan, Pegawai Penyiasat tidak boleh membacakan pernyataan
seorang kepada seorang lain dan tidak boleh berkata atau berbuat
apa-apa untuk mendapatkan jawapan tetapi satu salinan pernyataan-
pernyataan itu boleh diberi kepada tiap-tiap seorang oleh Pegawai
Penyiasat itu. Jika orang itu hendak membuat suatu pernyataan
sebagai jawapan, Pegawai Penyiasat itu hendaklah memberi amaran
kepadanya;

(g) sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang sebelum amaran


dapat diberi kepadanya tidaklah menjadikan pernyataan itu tidak boleh
diterima sebagai keterangan semata-mata oleh sebab amaran telah
tidak diberi, tetapi dalam hal yang demikian orang itu hendaklah diberi
amaran dengan seberapa segera yang boleh.

30. PENERIMAAN.

Mahkamah Tentera boleh enggan menerima sesuatu pernyataan atau


boleh enggan membenarkan pernyataan itu digunakan jika mahkamah itu
berpendapat bahawa pernyataan itu telah tidak dibuat dan direkodkan pada
sebahagian besarnya mengikut Kaedah 29.

31. JURUBAHASA.

Pegawai Penyiasat boleh melantik seorang jurubahasa atau membuat


terjemahan sendiri apabila perlu.

32. DIARI.

(1) Pegawai Penyiasat hendaklah menyimpan suatu dairi untuk


merekodkan tiap-tiap perbuatan yang dilakukan olehnya dalam masa
penyiasatan.

(2) Pegawai Penyiasat hendaklah memasukkan dalam rekod itu


perkara-perkara yang berikut-

(a) waktu perintah penyiasatan sampai kepadanya;

(b) waktu ia memulakan penyiasatan dan waktu ia selesai


membuat penyiasatan itu;

19 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

(c) tempat-tempat yang dilawati olehnya; dan

(d) suatu pernyataan mengenai fakta-fakta dan hal-keadaan


yang dipastikan melalui penyiasatannya.

(3) Seseorang yang dituduh adalah tidak berhak sama ada sebelum
atau dalam masa perbicaraan untuk meminta atau memeriksa sesuatu
diari itu.

BAB IV
PENYIASATAN PERTUDUHAN-PERTUDUHAN OLEH PEGAWAI

33. CARA PENYIASATAN PERTUDUHAN-PERTUDUHAN.

(1) Tertakluk kepada perenggan-perenggan (3) dan (4), apabila


seseorang Pegawai Memerintah menyiasat suatu pertuduhan, ia
hendaklah pertamanya membacakan dan, jika perlu, menerangkan
pertuduhan itu kepada sidituduh dan kemudiannya hendaklah-

(a) mendengar keterangan mengenainya sendiri mengikut


Kaedah 34; atau

(b) menyebabkan keterangan mengenainya dituliskan


mengikut perenggan (2), dan membaca dan menimbangkannya:

Dengan syarat bahawa-

(a) walaupun ia telah mendengar semua atau sebahagian dari


keterangan itu sendiri, ia boleh menyebabkan keterangan itu
dituliskan; ,

(b) selepas keterangan itu dituliskan dan ia telah


menimbangkannya, ia sendiri boleh mendengar keterangan itu
mengikut Kaedah 34; dan

(c) sebelum ia mengemukakan kepada pihak berkuasa lebih


tinggi sesuatu pertuduhan terhadap seorang pegawai atau
pegawai waren atau seorang awam yang baginya Bahagian V
Akta adalah dikenakan oleh seksyen 211 atau seksyen 212 Akta
atau sebelum ia menahan seorang pegawai tiada bertauliah atau
askar untuk dibicarakan oleh Mahkamah Tentera, ia hendaklah
menyebabkan keterangan mengenainya dituliskan.

20 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

(2) Keterangan boleh dituliskan dalam bentuk suatu ringkasan


keterangan yang diambil mengikut Kaedah 35 atau suatu cabutan
keterangan yang dibuat mengikut Kaedah 36:

Dengan syarat bahawa ringkasan keterangan mestilah diambil jika-

(a) hukuman maksimum bagi kesalahan yang atasnya


sidituduh dipertuduhkan ialah mati, atau

(b) sidituduh, pada bila-bila masa sebelum pertuduhan


terhadapnya dirujukkan kepada pihak berkuasa lebih tinggi
mengikut Kaedah 38, menghendaki seseoarang bertulis supaya
suatu ringkasan keterangan diambil, atau

(c) Pegawai Memerintah berpendapat bahawa kepentingan


keadilan memerlukan suatu ringkasan keterangan diambil.

(3) Jika keterangan yang diambil mengikut perenggan (1) Kaedah ini
menzahirkan suatu kesalahan yang lain daripada kesalahan yang
menjadi perkara penyiasatan itu, suatu pertuduhan baru mengatakan
kesalahan itu boleh dibuat terhadap sidituduh sebagai tambahan
kepada, atau sebagai ganti bagi, pertuduhan asal dan penyiasatan
mengenai pertuduhan asal boleh dikira, bagi maksud-maksud Kaedah-
kaedah ini, sebagai penyiasatan mengenai pertuduhan yang ditambah
atau diganti itu.

(4) Jika seseorang awam, yang baginya Bahagian V Akta adalah


dikenakan oleh seksyen 211 atau seksyen 212 Akta, dipertuduhkan
atas suatu kesalahan yang boleh diuruskan secara terus oleh pihak
berkuasa atasan, maka tidaklah perlu bagi Pegawai Memerintahnya
membacakan pertuduhan itu kepada sidituduh. tetapi peruntukan-
peruntukan Kaedah ini adalah dipatuhi dengan secukupnya jika
Pegawai Memerintahnya menyebabkan suatu salinan pertuduhan itu
dan suatu salinan cabutan keterangan diberi kepada sidituduh dan
menimbangkannya bersama dengan apa-apa pernyataan yang dibuat
oleh sidituduh di bawah Kaedah 36 (2) dan apa-apa pernyataan saksi-
saksi yang dikemukakan oleh sidituduh di bawah Kaedah 36 (3).

34. PEGAWAI MEMERINTAH MENDENGAR PERTUDUHAN.

Apabila seseorang Pegawai Memerintah menyiasat suatu pertuduhan


dengan mendengar keterangan mengenainya sendiri

(a) tiap-tiap seorang saksi pihak pendakwa hendaklah memberi


keterangannya secara lisan di hadapan sidituduh, atau Pegawai
Memerintah hendaklah membacakan kepada sidituduh suatu
pernyataan bertulis yang dibuat oleh saksi itu:

21 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

Dengan syarat bahawa pernyataan bertulis seseorang saksi pihak


pendakwa tidak boleh digunakan jika sidituduh menghendaki saksi itu
memberi keterangan secara lisan;

(b) sidituduh hendaklah dibenarkan memeriksa-balas mana-mana


saksi pihak pendakwa;

(c) sidituduh boleh, bagi pihaknya sendiri, memberi keterangan


dengan mengangkat sumpah atau membuat suatu pernyataan dengan
tidak mengangkat sumpah;

(d) sidituduh boleh memanggil saksi-saksi dalam pembelaannya,


yang mana hendaklah memberi keterangan mereka secara lisan;

(e) keterangan hendaklah jangan diberi dengan mengangkat


sumpah melainkan Pegawai Memerintah mengarahkan sedemikian
atau sidituduh meminta sedemikian;

(f) jika keterangan itu diberi dengan mengangkat sumpah, Pegawai


Memerintah hendaklah, tertakluk kepada hak sidituduh untuk membuat
pernyataan dengan tidak mengangkat sumpah, mentadbirkan sumpah
itu bagi tiap-tiap seorang saksi dan bagi seseorang jurubahasa
mengikut Kaedah 59.

35. RINGKASAN KETERANGAN.

Suatu ringkasan keterangan hendaklah diambil mengikut cara yang


Ringkasan berikut dan hendaklah mengikut bentuk yang diperuntukkan
dalam keterangan. Jadual Ketiga kepada Kaedah-kaedah ini-

(a) ia hendaklah diambil di hadapan sidituduh oleh Pegawai


Memerintah atau oleh seorang pegawai lain atas arahan Pegawai
Memerintah;

(b) saksi-saksi pihak pendakwa hendaklah memberi keterangan


mereka secara lisan dan sidituduh hendaklah dibenarkan memeriksa-
balas mana-mana saksi pihak pendakwa:

Dengan syarat bahawa, jika seseorang tidak boleh dipaksa hadir


sebagai seorang saksi pihak pendakwa atau jika, oleh kerana
keperluan-keperluan perkhidmatan atau atas alasan-alasan lain
(termasuk belanja dan kehilangan masa yang terlibat), kehadiran
seseorang saksi pihak pendakwa tidak dapat, pada pendapat pegawai
yang mengambil ringkasan itu (yang akan diperakui olehnya secara
bertulis), diperolehi dengan mudah, suatu pernyataan bertulis
mengenai keterangannya, yang berupa sebagai ditandatangani
olehnya, boleh dibacakan kepada sidituduh dan dimasukkan dalam
ringkasan keterangan itu; tetapi jika saksi itu boleh dipaksa hadir,
sidituduh boleh mendesak supaya ia hadir untuk diperiksa balas;

22 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

(c) kanak-kanak tidak boleh dipanggil sebagai saksi pihak


pendakwa dalam apa-apa kes jika pertuduhan yang sedang disiasat itu
adalah berkenaan dengan kesalahan seksual dan apa-apa pernyataan
yang dibuat secara bertulis oleh atau diambil secara bertulis dari
kanak-kanak itu, yang mana boleh diterima sebagai keterangan jika
diberi secara lisan, boleh dibacakan kepada sidituduh dan dimasukkan
dalam ringkasan keterangan:

Dengan syarat bahawa perenggan ini tidak mempunyai kuat-


kuasa jika kanak-kanak itu boleh dipaksa hadir dan sidituduh
membantah terhadap penguatkuasaan perenggan ini atau jika pegawai
yang mengambil ringkasan keterangan itu berkehendakkan kanak-
kanak itu hadir bagi maksud mempastikan identiti seseorang atau jika
pegawai itu berpuashati bahawa suatu pernyataan yang boleh diberi
sebagai keterangan di bawah perenggan ini tidak mungkin didapati
dari kanak-kanak itu;

(d) selepas segala keterangan terhadap sidituduh diberi, sidituduh


hendaklah ditanya

“Adakah kamu hendak berkata apa-apa jua? Kamu tidak


diwajibkan berkata apa-apa jua, tetapi jika kamu hendak, kamu boleh
memberi keterangan dengan mengangkat sumpah, atau kamu boleh
membuat suatu pernyataan dengan tidak mengangkat sumpah. Apa-
apa keterangan yang kamu beri atau apa-apa pernyataan yang kamu
buat akan dituliskan dan boleh diberi sebagai keterangan".

Apa-apa keterangan yang diberi atau apa-apa pernyataan yang dibuat


oleh sidituduh hendaklah direkodkan secara bertulis, dan selepas
sahaja daripada itu, rekod mengenai keterangan atau pernyataannya
itu hendaklah dibetulkan jika perlu, dan sidituduh hendaklah diminta
menandatanganinya;

(e) sidituduh boleh memanggil saksi-saksi dalam pembelaannya,


yang mana hendaklah memberi keterangan mereka secara lisan;

Dengan syarat bahawa jika seseorang tidak boleh dipaksa hadir


sebagai seorang aksi pihak pembela atau jika oleh kerana keperluan-
keperluan perkhidmatan atau atas alasan-alasan lain (termasuk belanja
dan kehilangan masa yang terlibat), kehadiran seseorang saksi pihak
pembela tidak dapat, pada pendapat pegawai yang mengambil
ringkasan itu (yang akan diperakui olehnya secara bertulis), diperolehi
dengan mudah, suatu pernyataan bertulis mengenai keterangannya,
yang berupa sebagai ditandatangani olehnya, boleh dibacakan kepada
sidituduh dan dimasukkan dalam ringkasan keterangan itu;

(f) baik sidituduh mahupun saksi-saksi bagi pihak pembela


hendaklah tertakluk kepada pemeriksaan-balas;

23 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

(g) keterangan tiap-tiap seorang saksi (lain daripada sidituduh) yang


memberi keterangan secara lisan hendaklah direkodkan secara
bertulis dan, selepas sahaja daripada itu, rekod mengenai
keterangannya hendaklah dibacakan balik kepadanya, dibetulkan jika
perlu dan ditandatangani olehnya;

(h) rekod mengenai keterangan itu boleh dibuat dalam bentuk


cerita, kecuali bahawa apa-apa soalan yang dikemukakan kepada
seseorang saksi dalam pemeriksaan balas oleh sidituduh, dan jawapan
padanya, hendaklah direkodkan sepatah demi sepatah jika sidituduh
berkehendakkan sedemikian;

(i) sumpah itu hendaklah ditadbirkan mengikut Kaedah 65 oleh


pegawai yang mengambil ringkasan keterangan itu bagi tiap-tiap
seorang saksi sebelum ia memberi keterangannya, dan bagi seseorang
jurubahasa:

Dengan syarat bahawa jika seseorang kanak-kanak yang belum


dewasa, yang dipanggil sebagai seorang saksi. tidak pada pendapat
pegawai yang mengambil ringkasan itu, faham apakah sesuatu sumpah
yang sebenarnya, keterangannya boleh diterima walaupun tidak diberi
dengan mengangkat sumpah, jika, pada pendapa! pegawai yang
mengambil ringkasan itu, ia mempunyai kepandaian yang cukup untuk
mematutkan keterangan itu diterima dan ia faham tentang kewajipan
bercakap benar; dan

(j) pada penutupan ringkasan keterangan itu, pegawai yang


mengambilnya itu hendaklah memperakui di atasnya bahawa ia telah
mematuhi peruntukan-peruntukan Kaedah ini,

36. CABUTAN KETERANGAN.

(1) Sesuatu cabutan keterangan hendaklah dibuat mengikut cara


yang berikut dan hendaklah bentuk yang diperuntukkan dalam Jadual
Ketiga kepada Kaedah-kaedah ini-

(a) ia hendaklah dibuat oleh Pegawai Memerintah atau oleh


seorang pegawai lain atas arahan Pegawai Memerintah;

(b) sidituduh hendaklah jangan hadir semasa cabutan


keterangan itu dibuat;

(c) ia hendaklah terdiri dari pernyataan-pernyataan yang


ditandatangani oleh saksi-saksi sebagaimana yang perlu untuk
membuktikan pertuduhan itu:

Dengan syarat bahawa jika, mengenai seseorang saksi, suatu


pernyataan yang ditandatangani tidak boleh didapati dengan mudah,
suatu ikhtisar keterangan yang akan diberi oleh saksi itu boleh
dimasukkan sebagai ganti suatu pernyataan yang ditandatangani; dan

24 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

(d) sumpah tidak boleh ditadbirkan bagi seseorang saksi yang


membuat suatu pernyataan untuk dimasukkan dalam suatu
cabutan keterangan, tetapi, jika perlu, pernyataan-pernyataan
yang telah dibuat dengan mengangkat sumpah dan yang sedia
ada boleh digunakan.

(2) Apabila suatu cabutan keterangan telah dibuat mengikut


perenggan (1), suatu salinannya hendaklah diberi kepada sidituduh
dan sidituduh kemudiannya hendaklah diberi amaran dengan
perkataan-perkataan yang berikut-

"Ini adalah suatu salinan cabutan keterangan dalam kes


kamu; kamu tidak diwajibkan berkata apa-apa berkenaan
dengannya melainkan kamu hendak berbuat demikian, tetapi
kamu patut baca cabutan keterangan itu dan apabila kamu telah
baca, jika kamu hendak berkata apa-apa maka apa yang kamu
katakan akan dituliskan dan boleh diberi sebagai keterangan."

Apa-apa pernyataan yang dibuat oleh sidituduh selepas ia


membaca cabutan keterangan itu hendaklah dituliskan dan
sidituduh kemudiannya hendaklah diminta supaya menanda
tanganinya,

(3) Selepas sidituduh diberi suatu peluang untuk membuat suatu


pernyataan mengikut perenggan (2), dan selepas pernyataannya jika
ada) direkodkan, ia boleh mengemukakan kepada pegawai yang
membuat cabutan keterangan itu pernyataan-pernyataan mana-mana
saksi yang ia hendak lampirkan pada cabutan keterangan itu.

(4) Apa-apa pernyataan yang dibuat oleh sidituduh mengikut


perenggan (2) dan apa-apa pernyataan saksi-saksi yang dikemukakan
olehnya mengikut perenggan (3) hendaklah dilampirkan pada cabutan
keterangan itu.

(5) Suatu perakuan oleh orang yang telah merekodkan pernyataan


yang dibuat oleh sidituduh mengikut perenggan (2), menyatakan
bahawa sidituduh telah diberi amaran dengan sewajarnya mengikut
Kaedah ini, hendaklah dilampirkan pada cabutan keterangan itu dan
hendaklah kemudian daripada itu menjadi sebahagian daripadanya.
Perakuan ini hendaklah mengikut bentuk yang diperuntukkan dalam
Jadual Ketiga kepada Kaedah-kaedah ini.

25 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

37. PENYIASATAN SEBELUM PEGAWAI MEMERINTAH MENGURUSKAN


PERTUDUHAN SECARA TERUS.

Sebelum seorang Pegawai Memerintah menguruskan secara terus


sesuatu pertuduhan selepas keterangan dituliskan-

(a) mana-mana saksi pendakwa yang belum lagi memberi


keterangannya secara lisan hendaklah berbuat demikian jika sidituduh
berkehendakkannya; dan

(b) Pegawai Memerintah itu hendaklah memberi kepada sidituduh


suatu peluang lagi untuk memberi keterangan dengan mengangkat
sumpah atau untuk membuat suatu pernyataan dengan tidak
mengangkat sumpah dan untuk memanggil saksi-saksi dalam
pembelaannya,

38. MERUJUKKAN PERTUDUHAN-PERTUDUHAN KEPADA PIHAK


BERKUASA LEBIH TINGGI.

(1) Apabila seseorang Pegawai Memerintah mengemukakan kepada


pihak berkuasa lebih tinggi suatu pertuduhan terhadap seorang
pegawai atau pegawai waren atau seseorang awam yang baginya
Bahagian V lebih tinggi. Akta dikenakan oleh seksyen 211 atau seksyen
212 Akta atau pun telah menahan seorang pegawai tiada bertauliah
atau askar untuk dibicarakan oleh Mahkamah Tentera. ia hendaklah
menghantar kepada pihak berkuasa lebih tinggi itu-

(a) suatu salinan pertuduhan yang atasnya sidituduh itu


ditahan:

(b) suatu draf kertas pertuduhan mengandungi pertuduhan-


pertuduhan yang atasnya Pegawai Memerintah itu fikirkan
bahawa sidituduh itu patut diuruskan secara terus atau
dibicarakan oleh Mahkamah Tentera;

(c) ringkasan atau cabutan keterangan:

(d) suatu penyataan mengenai watak dan juga rekod


perkhidmatan sidituduh; dan

(e) suatu pengesyoran tentang bagaimana pertuduhan itu


hendak diuruskan.

(2) Selepas seseorang Pegawai Memerintah merujukkan suatu


pertuduhan kepada pihak berkuasa lebih tinggi mengikut perenggan
(1) Pegawai Memerintah itu hendaklah jangan membuang pertuduhan
itu melainkan jika pertuduhan itu telah dirujukkan balik kepadanya
dengan arahan supaya membuangnya.

26 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

BAB V
PERBICARAAN DI HADAPAN MAHKAMAH

Bahagian I
PERTUDUHAN DAN KERTAS PERTUDUHAN

39. KERTAS PERTUDUHAN.

(1) Sesuatu kertas pertuduhan hendaklah mengandungi kesemua


pertuduhan perkara atau perkara-perkara yang hendak dibicarakan
pada satu masa boleh mengandungi lebih daripada satu pertuduhan
jika pertuduhan-pertuduhan itu berasaskan fakta-fakta yang sama atau
menjadi atau adalah sebahagian daripada suatu siri kesalahan-
kesalahan yang sama atau serupa jenisnya tetapi pertuduhan-
pertuduhan di bawah seksyen-seksyen 54, 55, 61 dan 67 Akta boleh
dimasukkan dalam mana-mana kertas pertuduhan. walaupun
pertuduhan-pertuduhan lain dalam kertas pertuduhan itu tidak
berasaskan fakta-fakta yang sama dan tidak menjadi atau bukan
sebahagian daripada suatu siri kesalahan-kesalahan yang sama atau
serupa jenisnya.

(2) Tiap-tiap kertas pertuduhan hendaklah mengandungi-

(a) permulaan; dan

(b) pertuduhan atau pertuduhan-pertuduhan.

(3) Permulaan bagi tiap-tiap satu kertas pertuduhan hendaklah


menyatakan nombor, pangkat, nama dan unit sidituduh atau, jika butir-
butir itu tidak diketahui, apa-apa butir lain yang cukup untuk mengenali
sidituduh, dan menunjukkan dengan perihal sidituduh atau secara
langsung dengan suatu penegasan nyata bahawa sidituduh adalah
tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan atau pun boleh
dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.

(4) Jika ada lebih daripada satu pertuduhan dalam suatu kertas
pertuduhan, pertuduhan-pertuduhan itu hendaklah diberi nombor dan
apabila pertuduhan-pertuduhan itu dibuat dengan alternatif, jenis
alternatif pertuduhan-pertuduhan yang berkenaan itu hendaklah
ditunjukkan dalam kertas pertuduhan itu.
(5) Tiap-tiap kertas pertuduhan hendaklah setakat yang praktik
dibuat dalam bentuk dan mengikut contoh yang diberi dalam Jadual
Keempat kepada Kaedah-kaedah ini.

27 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

40. PERTUDUHAN-PERTUDUHAN DAN PERTUDUHAN-PERTUDUHAN


ALTERNATIF.
(1) Tiap-tiap pertuduhan dalam suatu kertas pertuduhan hendaklah-
dan pertuduhan-
(a) menyatakan suatu kesalahan sahaja; dan
(b) dibahagikan kepada dua bahagian, seperti berikut-
(i) suatu penyataan mengenai kesalahan yang atasnya
sidituduh dipertuduhkan; dan
(ii) suatu penyataan mengenai butir-butir perbuatan,
ketinggalan, kekacauan atau kecuaian yang menjadi
kesalahan itu.
(2) Tiap-tiap pernyataan mengenai butir-butir sesuatu kesalahan
dalam suatu kertas pertuduhan hendaklah termasuk butir-butir yang
cukup bagi membolehkan sidituduh mengetahui betul-betul alas
kesalahan apakah ia dipertuduhkan.

(3) Sesuatu pernyataan mengenai butir-butir suatu kesalahan


hendaklah, setakat yang praktik, termasuk suatu pernyataan mengenai
tempat, tarikh dan masa kesalahan itu dikata telah dilakukan.
(4) Kesalahan-kesalahan boleh dipertuduhkan dengan alternatif
dalam pertuduhan-pertuduhan yang berasingan tetapi kesalahan-
kesalahan itu tidak boleh sekali-kali dipertuduhkan dengan alternatif
dalam pertuduhan yang sama. Apabila pertuduhan dibuat dengan
alternatif pertuduhan-pertuduhan itu hendaklah dibuat mengikut
susunan beratnya pertuduhan-pertuduhan itu dimulai dengan
pertuduhan yang paling berat.

41. PERTUDUHAN-PERTUDUHAN BERSAMA.

(1) Beberapa orang yang dituduh boleh dipertuduhkan dalam


Pertuduhan kertas pertuduhan yang sama atau kesalahan-kesalahan
yang dikatakan telah dilakukan oleh mereka secara berasingan jika
perbuatan-perbuatan yang atasnya pertuduhan-pertuduhan itu
diasaskan adalah sebegitu berkaitan hingga mereka boleh, bagi
kepentingan keadilan dibicarakan bersama-sama,

(2) Beberapa orang yang dituduh boleh dipertuduhkan bersama


dalam suatu pertuduhan atas suatu kesalahan yang dilakukan oleh
mereka bersama.

(3) Apabila dipertuduhkan sedemikian, mana-mana seorang yang


dituduh atau lebih boleh pada masa yang sama dipertuduhkan dalam
kertas pertuduhan yang sama alas apa-apa kesalahan lain yang dikata
telah dilakukan olehnya atau oleh mereka secara berseorangan atau
bersama, dengan syarat bahawa pertuduhan-pertuduhan itu boleh, jika

28 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

sidituduh yang berkaitan dengan pertuduhan itu telah dibicarakan


secara berasingan, dimasukkan di bawah perenggan (1) Kaedah 39
dalam kertas pertuduhan yang sama dengan pertuduhan-pertuduhan
lain terhadapnya itu.

42. PENTAFSIRAN KERTAS-KERTAS PERTUDUHAN DAN PERTUDUHAN-


PERTUDUHAN.

Dalam mentafsirkan sesuatu kertas pertuduhan atau pertuduhan


tiap-tiap proposisi yang boleh dianggap dengan munasabah sebagai
pertuduhan termasuk di dalamnya secara fahaman. walaupun tidak
dinyatakan pertuduhan di dalamnya, hendaklah dianggap sebagai
menyokong pertuduhan itu dan pernyataan mengenai kesalahan itu
dan butir-butir kesalahan itu hendaklah dibaca dan ditafsirkan
bersama-sama.

43. PENARIKAN BALIK KERTAS PERTUDUHAN DAN PERTUDUHAN.

Sesuatu mahkamah boleh dengan persetujuan Pihak Berkuasa


Sidang (yang mana boleh dinyatakan oleh pendakwa) membenarkan
pendakwa menarik balik sesuatu pertuduhan sebelum sidituduh
dihadap pertuduhan dan dipertuduhkan atasnya atau suatu kertas
pertuduhan sebelum sidituduh dihadap dan dipertuduhkan atas apa-
apa pertuduhan di dalamnya.

44. PINDAAN BAGI PERTUDUHAN-PERTUDUHAN.

(1) Jika pada bila-bila masa dalam masa perbicaraan mahkamah


pertuduhan dapati ada dalam kertas pertuduhan-

(a) suatu kesilapan tentang nama atau perihal sidituduh;

(b) suatu kesilapan yang boleh dikaitkan kepada salah tulis


atau ketinggalan,

mahkamah boleh meminda kertas pertuduhan itu bagi membetulkan


kesilapan itu.

(2) Jika pada bila-bila masa dalam semasa perbicaraan, di mana ada
seorang Hakim Peguam, mahkamah berpendapat, sebelum mahkamah
tutup untuk menimbangkan pependapatnya, bahawa adalah perlu bagi
kepentingan keadilan dibuat apa-apa tambahan atau perubahan pada
sesuatu pertuduhan atau ditinggalkan apa-apa perkara dari
pertuduhan itu, yang mana tidak boleh dibuat atau ditinggalkan di
bawah perenggan (1), maka mahkamah boleh, jika tambahan, atau
perubahan itu boleh dibuat atau jika perkara itu boleh ditinggalkan dati
pertuduhan itu tanpa ketidakadilan kepada sidituduh, meminda
sedemikian pertuduhan itu jika Hakim Peguam itu bersetuju.

29 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

(3) Jika pada bila-bila masa dalam masa sesuatu perbicaraan di


mana tidak ada seseorang Hakim Peguam, mahkamah berpendapat,
sebelum mahkamah tutup untuk menimbangkan pependapatnya,
bahawa adalah perlu bagi kepentingan keadilan dibuat apa-apa
tambahan atau perubahan pada sesuatu pertuduhan atau ditinggalkan
apa-apa perkara dari pertuduhan itu, yang mana tidak boleh dibuat
atau ditinggalkan di bawah perenggan (1), maka mahkamah boleh
menangguhkan perbicaraan itu dan melaporkan pendapatnya itu
kepada Pihak Berkuasa Sidang dan Pihak Berkuasa Sidang boleh-
(a) meminda pertuduhan itu jika boleh dipinda di bawah
Kaedah 45 dan mengarahkan mahkamah supaya membicarakan
pertuduhan itu sebagaimana dipinda itu selepas notis yang
sewajarnya mengenai pindaan itu diberi kepada sidituduh; atau
(b) mengarahkan mahkamah supaya meneruskan perbicaraan
pertuduhan itu tanpa memindanya; atau
(c) mengadakan suatu mahkamah baru bagi membicarakan
sidituduh.
45. PINDAAN BAGI PERTUDUHAN OLEH PIHAK BERKUASA SIDANG.
Apabila mahkamah membuat laporan kepada pihak berkuasa Pindaan
bagi sidang di bawah perenggan (2) Kaedah 62 atau di bawah perenggan (3)
Kaedah 44, Pihak Berkuasa Sidang boleh meminda pertuduhan yang
berkuasa mengenainya mahkamah telah melaporkan kepadanya itu dengan
membuat apa-apa tambahan atau perubahan kepada pertuduhan itu atau
dengan meninggalkan apa-apa perkara darinya, yang mana, pada
pendapatnya, adalah perlu bagi kepentingan-kepentingan keadilan dan yang
mana ia berpuashati boleh dibuat tanpa ketidakadilan kepada sidituduh.
46. MEMANGGIL SEMULA SAKSI-SAKSI APABILA PERTUDUHAN DIUBAH.
Apabila sesuatu pertuduhan diubah atau ditambah oleh mahkamah
selepas perbicaraan dimulakan, pendakwa dan sidituduh hendaklah
dibenarkan memanggil semula atau menyaman semula dan memeriksa,
berkenaan dengan perubahan atau tambahan itu, mana-mana saksi yang
mungkin telah diperiksa, dan boleh juga meminta apa-apa keterangan lanjut
yang mungkin menjadi matan.

47. KUASA MENSABITKAN KESALAHAN LAIN DARIPADA YANG


DIPERTUDUHKAN.
(1) Jika sidituduh dipertuduhkan di hadapan mahkamah atas suatu
kesalahan yang melibatkan suatu hukuman yang lebih berat dan jika
terdapat dalam keterangan bahawa sidituduh telah melakukan suatu
kesalahan yang melibatkan suatu hukuman yang lebih ringan,
mahkamah adalah berkuasa mensabitkannya atas kesalahan yang
dibuktikan telah dilakukan olehnya itu walaupun ia telah tidak
dipertuduhkan atasnya.

30 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

(2) Apabila sidituduh dipertuduhkan atas suatu kesalahan dan


apabila, terdapat dalam keterangan bahawa sidituduh telah melakukan
suatu kesalahan lain yang kerananya ia mungkin telah dipertuduhkan
di bawah peruntukan-peruntukan seksyen yang berkenaan itu, ia boleh
disabitkan atas kesalahan yang dibukti telah dilakukan olehnya
walaupun ia telah tidak dipertuduhkan atasnya.
(3) Apabila sidituduh dipertuduhkan atas suatu kesalahan, ia boleh
disabitkan kerana telah cuba melakukan kesalahan itu, walaupun
cubaan itu telah tidak dipertuduhkan secara berasingan.
(4) Apabila sidituduh dipertuduhkan atas cubaan melakukan suatu
kesalahan, ia boleh disabitkan atas pertuduhan itu, walaupun
dibuktikan bahawa ia sebenarnya telah melakukan kesalahan itu.

Bahagian II
MENGADAKAN MAHKAMAH TENTERA
48. KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PIHAK BERKUASA SIDANG.
(1) Tertakluk kepada perenggan (2), apabila seseorang pegawai
mengadakan suatu Mahkamah Tentera ia hendaklah-
(a) mengeluarkan suatu perintah sidang dalam bentuk berkenaan
yang diperuntukkan dalam Jadual Kelima kepada Kaedah- kaedah ini;
(b) mengarahkan atas pertuduhan-pertuduhan apakah sidituduh
akan dibicarakan;
(c) jika ia berpendapat bahawa pertuduhan-pertuduhan patut dibuat
dalam kertas-kertas pertuduhan yang berasingan, mengarahkan
sedemikian dan menetapkan susunan pertuduhan-pertuduhan itu yang
mengikutnya pertuduhan-pertuduhan itu akan dibicarakan;
(d) mengarahkan, jika sidituduh lebih daripada seorang, sama ada
sidituduh akan dibicarakan bersama atau berasingan;
(e) melantik Yang DiPertua dan anggota-anggota mahkamah itu
mengikut Kaedah 49;
(f) jika ia fikirkan seorang Hakim Peguam patut ada, mengambil
langkah-langkah yang perlu bagi mendapatkan seorang Hakim Peguam
dipertugaskan;
(g) mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mendapatkan
seorang pendakwa dipertugaskan untuk mendakwa kecuali bahawa
dua orang pendakwa boleh dipertugaskan untuk mendakwa jika
difikirkan perlu;
(h) menetapkan tarikh, masa dan tempat bagi perbicaraan;

31 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

(i) menghantar kepada Yang DiPertua kertas pertuduhan, perintah


sidang dan suatu salinan kertas-kertas penyiasatan yang telah dibuang
darinya apa-apa keterangan yang, pada pendapatnya, tidak boleh
diterima sebagai keterangan dalam mahkamah;
(j) menghantar kepada tiap-tiap seorang anggota mahkamah suatu
salinan kertas pertuduhan;
(k) menghantar kepada pendakwa salinan-salinan kertas
pertuduhan, perintah sidang dan kertas-kertas asal penyiasatan
bersama dengan suatu salinannya yang penuh dengan menunjukkan
bagian-bagian (jika ada) yang telah dibuang dari salinan yang dihantar
kepada Yang DiPertua;
(l) menghantar kepada Hakim Peguam salinan-salinan kertas
pertuduhan, perintah sidang dan suatu salinan penuh kertas
penyiasatan yang menunjukkan bagian-bagian jika ada) yang telah
dibuang dari salinan yang dihantar kepada Yang DiPertua;
(m) mempastikan supaya sidituduh diberi peluang yang sewajarnya
untuk menyediakan pembelaannya menurut Kaedah 51; dan
(n) mengambil langkah-langkah bagi mendapatkan kehadiran di
mahkamah semua saksi yang hendak dipanggil bagi pihak pendakwa
dan semua saksi yang kehadirannya telah diminta dengan munasabah
oleh sidituduh mengikut Kaedah 51 tetapi Pihak Berkuasa Sidang boleh
menghendaki sidituduh membayar atau mengakujanji akan membayar,
mengikut sebagaimana yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa, kos
bagi kehadiran seseorang saksi yang kehadirannya telah diminta
olehnya dan jika sidituduh enggan membayar atau enggan
mengakujanji akan membayar, mengikut mana yang berkenaan, kos
itu, Pihak Berkuasa Sidang tidaklah berkewajipan mengambil apa-apa
langkah-langkah lanjut bagi mendapatkan kehadiran saksi itu.

(2) Apabila seseorang pegawai mengadakan suatu mahkamah berikutan


dengan suatu perintah membenarkan perbicaraan semula yang dibuat di
bawah Akta, perenggan-kecil (b) perenggan (1) tidaklah dipakai.

49. PERLANTIKAN YANG DIPERTUA DAN ANGGOTA-ANGGOTA.

Pihak Berkuasa Sidang hendaklah-

(a) melantik Yang DiPertua sesuatu Mahkamah Tentera atas nama


dan melantik anggota-anggota sama ada atas nama atau dengan
menugaskan seorang Pegawai Memerintah melantik seorang pegawai
dari sesuatu pangkat yang ditentukan; dan

(b) melantik anggota-anggota pengganti sebagaimana yang


difikirkannya munasabah sama ada atas nama atau dengan
menugaskan seorang Pegawai Memerintah melantik seorang pegawai
dari sesuatu pangkat yang ditentukan.

32 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

50. PEGAWAI-PEGAWAI DIBAWAH ARAHAN.

(1) Tertakluk kepada Kaedah 102, mana-mana pegawai yang


tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan boleh, dengan arahan
Pihak Berkuasa Sidang atau menurut budi bicara Yang DiPertua,
berada arahan. bersama dalam mahkamah sepanjang perbicaraan
sebagai seorang pegawai di bawah arahan.

(2) Seseorang pegawai di bawah arahan, walaupun dibenarkan


hadir dalam mahkamah tertutup, tidak boleh mengambil bahagian
dalam apa-apa pertimbangan atau keputusan mahkamah.

51. MENYEDIAKAN PEMBELAAN.

(1) Seseorang sidituduh yang hendak dibicarakan oleh suatu


mahkamah hendaklah diberi suatu peluang yang sewajarnya untuk
menyediakan pembelaannya dan hendaklah dibenarkan berhubung
dengan sewajarnya dengan pegawai atau peguam pembelaannya dan
dengan saksi-saksinya.

(2) Seseorang pegawai atau peguam pembelaan hendaklah dilantik


untuk membela seseorang sidituduh yang telah ditahan untuk
dibicarakan oleh Mahkamah Tentera melainkan jika sidituduh itu
menyatakan secara bertulis bahawa ia tidak mahu perlantikan itu
dibuat.

(3) Jika pendakwaan hendak dijalankan oleh seorang pegawai yang


mempunyai kelulusan dalam undang-undang atau oleh seorang
peguam, sidituduh hendaklah diberitahu hal itu dalam masa yang
cukup bagi membolehkannya, jika ia berkehendakkan dan jika praktik,
membuat perkiraan untuk seorang pegawai yang mempunyai kelulusan
dalam undang-undang atau seorang peguam membelanya.

(4) Jika pendakwaan hendak dijalankan oleh seorang pendakwa


yang mempunyai kelulusan dalam undang-undang, sidituduh
hendaklah diberitahu bal itu dalam masa yang cukup bagi
membolehkannya, jika ia berkehendakkan dan jika praktik, membuat
perkiraan untuk seorang peguambela dan peguamcara membelanya.

(5) Dengan seberapa segera yang praktik, selepas suatu


pertuduhan dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Sidang dan walau
bagaimanapun tidak kurang daripada dua puluh empat jam sebelum
perbicaraan dimulakan, sidituduh hendaklah diberi-

(a) suatu salinan kertas pertuduhan itu; dan

(b) jika sidituduh berkehendakkan, suatu senarai mengenai


pangkat, nama dan unit Yang DiPertua dan anggota-anggota
yang menjadi mahkamah dan mana-mana anggota pengganti.

33 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

(6) Apabila seseorang sidituduh diberi suatu salinan kertas


pertuduhan mengikut Kaedah ini ia hendaklah-

(a) jika perlu diberi penerangan mengenai pertuduhan itu; dan

(b) diberitahu bahawa, apabila ia membuat suatu permintaan


bertulis kepada Pegawai Memerintahnya tidak kurang daripada
dua puluh empat jam sebelum perbicaraannya menghendaki
kehadiran di perbicaraannya seseorang saksi (lain daripada
seorang saksi bagi pihak pendakwa) yang ia hendak panggil
dalam pembelaannya (saksi itu hendaklah dinamakan olehnya)
langkah-langkah yang berpatutan akan diambil mengikut
Kaedah-kaedah ini bagi mendapatkan kehadiran mana-mana
saksi itu di perbicaraannya.

(7) Apabila ada cadangan untuk membicarakan dua orang sidituduh


atau lebih secara bersesama notis mengenai hal itu hendaklah diberi
kepada tiap-tiap orang sidituduh itu apabila ia diberi suatu salinan
kertas pertuduhan itu. Mana-mana sidituduh itu boleh, sebelum
perbicaraan, dengan notis bertulis kepada Pihak Berkuasa Sidang
meminta untuk dibicarakan secara berasingan. Dalam hal yang
demikian, pihak- berkuasa sidang hendaklah, jika ia berpendapat
bahawa kepentingan keadilan adalah memerlukan sidituduh
dibicarakan secara berasingan mengarahkan supaya sidituduh
dibicarakan sedemikian.

(8) Apabila sesuatu kertas pertuduhan mengandungi lebih daripada


satu pertuduhan, sidituduh boleh, sebelum perbicaraan, dengan notis
bertulis kepada Pihak Berkuasa Sidang meminta untuk dibicarakan
secara berasingan atas mana-mana pertuduhan dalam kertas
pertuduhan itu atas alasan bahawa ia akan terjejas dalam
pembelaannya jika ia tidak dibicarakan secara berasingan atas
pertuduhan itu, dan dalam hal yang demikian Pihak Berkuasa Sidang
hendaklah, jika ia berpendapat bahawa kepentingan keadilan adalah
memerlukan sidituduh dibicarakan secara berasingan atas pertuduhan
itu mengarahkan supaya sidituduh dibicarakan sedemikian.

34 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

Bahagian III
MAHKAMAH BERSIDANG DAN MENGANGKAT SUMPAH

52. PERKARA-PERKARA PERMULAAN YANG HENDAK DITIMBANGKAN.

(1) Apabila sahaja mahkamah bersidang, mahkamah itu hendaklah,


sebelum memulakan perbicaraan, memuaskan hatinya dalam
mahkamah tertutup:-

(a) bahawa mahkamah itu telah diadakan mengikut Akta dan


Kaedah-kaedah ini;

(b) bahawa mahkamah itu terdiri dari pegawai-pegawai


seramai tidak kurang daripada bilangan minimum di sisi undang-
undang;

(c) bahawa Yang DiPertua dan anggota-anggotanya adalah


dari pangkat-pangkat yang dikehendaki;

(d) bahawa Yang DiPertua dan anggota-anggotanya telah


dilantik dengan sewajarnya dan tidak hilang kelayakan di bawah
Akta;

(e) jika ada seorang Hakim Peguam, bahawa ia telah dilantik


dengan sewajarnya;

(f) bahawa dari kertas pertuduhan itu, sidituduh nampaknya,


adalah orang yang tertakluk kepada undang-undang
perkhidmatan ataupun seorang yang boleh dibicarakan oleh
Mahkamah Tentera dan juga tertakluk kepada bidangkuasa
mahkamah itu; dan

(g) bahawa tiap-tiap satu pertuduhan itu adalah pada zahirnya


betul dari segi undang-undang dan dibentuk mengikut Kaedah-
kaedah ini.

(2) (a) Jika sesuatu kekosongan berlaku oleh sebab seorang


anggota mahkamah hilang kelayakan di bawah Akta atau tidak
hadir apabila mahkamah bersidang, Yang DiPertua boleh
melantik seorang anggota pengganti yang berkelayakan dengan
sewajarnya bagi mengisi kekosongan itu.

(b) Yang DiPertua boleh, jika kepentingan keadilan


memerlukan, menggantikan seorang anggota yang dilantik oleh
Pihak Berkuasa Sidang dengan seorang anggota pengganti yang
berkelayakan dengan sewajarnya.

35 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

(3) Jika mahkamah tidak puashati dengan mana-mana perkara yang


tersebut dalam perenggan (1) dan tidak berkelayakan untuk
membetulkan perkara itu sendiri di bawah Akta atau di bawah Kaedah-
kaedah ini mahkamah hendaklah sebelum memulakan perbicaraan
melaporkan hal itu kepada Pihak Berkuasa Sidang.

(4) Apabila mahkamah telah mematuhi Kaedah ini dan bersedia


untuk menjalankan perbicaraan itu Yang DiPertua hendaklah membuka
mahkamah dan perbicaraan hendaklah dimulakan.

53. CABARAN-CABARAN OLEH SIDITUDUH.

(1) Perintah sidang dan nama-nama pegawai yang dilantik untuk


membicarakan sidituduh hendaklah dibacakan dalam pendengaran
sidituduh yang mana hendaklah diberi peluang untuk membantah
terhadap mana-mana seorang daripada pegawai-pegawai itu mengikut
seksyen 108 Akta.

(2) Apabila sesuatu mahkamah diadakan untuk membicarakan lebih


daripada seorang sidituduh sama ada secara berasingan atau
bersesama, tiap-tiap seorang sidituduh hendaklah diberi peluang untuk
membantah terhadap mana-mana pegawai mahkamah itu mengikut
perenggan (1) dan hendaklah ditanya secara berasingan sama ada ia
ada apa-apa bantahan tersebut.

(3) Seseorang sidituduh hendaklah menyatakan nama-nama semua


pegawai yang terhadapnya ia membantah sebelum sesuatu bantahan
diselesaikan.

(4) Jika lebih daripada seorang pegawai dibantah, bantahan


terhadap tiap-tiap seorang pegawai hendaklah diselesaikan secara
berasingan dan bantahan terhadap pegawai yang berpangkat rendah
sekali hendaklah diselesaikan terlebih dahulu melainkan jika bantahan
dibuat terhadap Yang DiPertua dan dalam hal yang demikian bantahan
itu hendaklah diselesaikan terlebih dahulu daripada bantahan terhadap
mana-mana pegawai lain.

(5) Seseorang sidituduh boleh membuat suatu penyataan dan


memanggil sesiapa jua untuk membuat penyataan bagi menyokong
bantahannya.

(6) Seseorang pegawai yang terhadapnya sidituduh telah


membantah boleh menyatakan dalam mahkamah terbuka apa-apa jua
yang berkaitan dengan bantahan sidituduh sama ada bagi menyokong
atau mematahkannya.

36 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

(7) Bantahan terhadap seorang pegawai hendaklah


dipertimbangkan dalam mahkamah tertutup oleh semua pegawai lain
mahkamah termasuk mana-mana pegawai yang telah dilantik oleh Yang
DiPertua mengikut perenggan (9) bagi menggantikan seorang pegawai
yang telah mengundurkan diri.

(8) Apabila bantahan terhadap seorang pegawai dibenarkan


pegawai itu hendaklah dengan serta-merta mengundurkan diri dan
tidak boleh mengambil apa-apa bahagian selanjutnya dalam
perbicaraan itu.

(9) Apabila seseorang pegawai yang terhadapnya dibantah (lain


daripada Yang DiPertua) mengundurkan diri dan seorang anggota
pengganti yang berkelayakan dengan sewajarnya ada turut hadir, Yang
DiPertua hendaklah melantiknya dengan segera bagi menggantikan
pegawai yang telah mengundur.

(10) Mahkamah hendaklah memuaskan hatinya bahawa seseorang


anggota pengganti yang menggantikan seorang anggota mahkamah
adalah dari pangkat yang dikehendaki dan tidak hilang kelayakan di
bawah Akta dan mahkamah hendaklah memberi peluang kepada
sidituduh untuk membantah terhadap pengganti itu dan hendaklah
menguruskan mana-mana bantahan itu mengikut Kaedah ini.

(11) Jika bantahan terhadap Yang DiPertua dibenarkan, mahkamah


hendaklah membuat laporan kepada Pihak Berkuasa Sidang tanpa
menjalankan perbicaraan itu selanjutnya.

(12) Jika oleh sebab bantahan terhadap seseorang anggota


dibenarkan bilangan pegawai-pegawai yang ada tidak cukup untuk
membentuk suatu mahkamah menurut Akta, mahkamah hendaklah
melaporkan hal itu kepada Pihak Berkuasa Sidang tanpa menjalankan
perbicaraan itu selanjutnya dan Pihak Berkuasa Sidang boleh sama
ada melantik seorang pegawai sebagai seorang anggota untuk mengisi
kekosongan itu atau mengadakan suatu mahkamah baru untuk
membicarakan sidituduh.

54. TIADA HAK MEMBANTAH TERHADAP HAKIM PEGUAM PENDAKWA


ATAU PEGAWAI DI BAWAH ARAHAN.

Sidituduh tiada hak untuk membantah terhadap Hakim Peguam,


pendakwa atau mana-mana pegawai di bawah arahan.

55. MAHKAMAH DAN HAKIM PEGUAM MENGANGKAT SUMPAH.

(1) Selepas sahaja Kaedah 53 dipatuhi suatu sumpah atau ikrar


hendaklah ditadbirkan untuk Yang DiPertua dan untuk tiap-tiap
seorang anggota mahkamah mengikut Kaedah 59 dan di hadapan
sidituduh.

37 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

(2) Jika ada seorang Hakim Peguam, sumpah itu hendaklah


ditadbirkan olehnya untuk Yang DiPertua dahulu dan kemudiannya
untuk tiap-tiap seorang anggota mahkamah. Jika tidak ada Hakim
Peguam, sumpah itu hendaklah ditadbirkan dahulu oleh Yang DiPertua
untuk anggota mahkamah dan kemudiannya untuk Yang DiPertua oleh
mana-mana anggota mahkamah yang telah mengangkat sumpah.

(3) Sumpah atau ikrar untuk sesuatu mahkamah boleh ditadbirkan


pada satu masa untuk membicarakan beberapa orang sidituduh yang
pada masa itu dibicara di hadapannya. sama ada mereka hendak
dibicarakan bersama atau secara berasingan.

(4) Apabila sesuatu mahkamah diadakan untuk membicarakan dua


orang sidituduh atau lebih secara berasingan dan seorang sidituduh
membantah terhadap Yang DiPertua atau terhadap mana-mana
anggota mahkamah, mahkamah boleh, jika difikirkannya patut,
memutuskan bantahan itu mengikut Kaedah 53, atau menangguhkan
perbicaraan sidituduh itu dan mentadbirkan sumpah untuk mahkamah
bagi membicarakan sidituduh yang lain itu sahaja.

56. PENTADBIRAN SUMPAH UNTUK PEGAWAI-PEGAWAI DI BAWAH


ARAHAN.

Selepas sumpah ditadbirkan untuk mahkamah dan Hakim Peguam,


sumpah untuk mana-mana pegawai di bawah arahan di hadapan sidituduh.

57. PERLANTIKAN DAN PENTADBIRAN SUMPAH UNTUK KERANI


MAHKAMAH, JURUBAHASA, JURUTRENGKAS, DAN JURUREKOD DAN
BANTAHAN TERHADAP MEREKA.

(1) Seseorang yang berkelayakan dan tidak menyebelahi mana-


mana pentadbiran pihak boleh dilantik oleh mahkamah pada bila-bila
masa untuk bertugas sebagai kerani mahkamah, jurubahasa,
jurutrengkas atau jururekod dalam suatu perbicaraan dan sebelum ia
bertugas sebagai demikian suatu sumpah atau ikrar hendaklah
ditadbirkan untuknya di hadapan sidituduh.

(2) Sebelum sumpah ditadbirkan untuk seseorang bagi menjadi,


seorang kerani mahkamah, seorang jurubahasa, seorang jurutrengkas
atau seorang jururekod, sidituduh hendaklah diberi peluang untuk
membantah terhadapnya mengikut cara yang sama seperti bantahan
boleh dibuat terhadap seorang anggota mahkamah dan jika mahkamah
fikirkan bahawa bantahan itu adalah berpatutan, Maka orang itu tidak
boleh bertugas sebagai seorang kerani mahkamah, jurubahasa,
jurutrengkas atau jururekod.

38 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

58. SUSUNAN PERBICARAAN.

(1) Apabila sesuatu mahkamah telah diadakan untuk membicarakan


dua orang sidituduh atau lebih secara berasingan dan sumpah telah
ditadbirkan untuk mahkamah itu mengikut perenggan (3) Kaedah 55
mahkamah itu hendaklah membicarakan mereka mengikut susunan
yang dinyatakan oleh Pihak Berkuasa Sidang atau, jika Pihak Berkuasa
Sidang tidak menyatakan yang demikian, mengikut susunan yang
difikirkan patut oleh mahkamah.

(2) Apabila sesuatu mahkamah telah diadakan untuk membicarakan


seorang sidituduh atas pertuduhan yang dimasukkan dalam lebih
daripada satu kertas pertuduhan, mahkamah hendaklah mengambil
kertas-kertas pertuduhan itu mengikut susunan yang dinyatakan oleh
pihak-berkuasa sidang atau, jika Pihak Berkuasa Sidang tidak
menyatakan yang demikian, mengikut susunan yang difikirkan patut
oleh mahkamah.

59. BENTUK SUMPAH ATAU IKRAR.

Sesuatu sumpah atau ikrar yang dikehendaki ditadbirkan di bawah


Kaedah-kaedah ini hendaklah ditadbirkan mengikut bentuk yang berkenaan
dan mengikut cara yang dinyatakan dalam Jadual Keenam kepada Kaedah-
kaedah ini.

Bahagian IV
MENGHADAP DAN MEMPERTUDUHKAN SIDITUDUH

60. MENGHADAP DAN MEMPERTUDUHKAN SIDITUDUH.

(1) Apabila sumpah telah ditadbirkan untuk mahkamah dan Hakim


Peguam, sidituduh hendaklah dihadapkan dan dipertuduhkan oleh
Hakim Peguam atau oleh Yang DiPertua jika tidak ada Hakim Peguam.

(2) Dalam menghadap dan mempertuduhkan sidituduh, hakim-


peguam atau Yang DiPertua, mengikut mana yang berkenaan,
hendaklah:-

(a) membacakan kertas pertuduhan itu kepada sidituduh; dan

(b) menyuruh sidituduh mengaku bersalah atau tidak bersalah


terhadap tiap-tiap suatu pertuduhan itu.

(3) Jika sidituduh enggan membuat pengakuan ia hendaklah


disifatkan sebagai telah mengaku tidak bersalah.

39 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

(4) Jika ada lebih daripada satu kertas pertuduhan terhadap


sidituduh di hadapan mahkamah, mahkamah hendaklah menghadap
dan mempertuduhkan dan membicarakan sidituduh atas pertuduhan
dalam kertas pertuduhan yang pertama dari kertas-kertas pertuduhan
itu dan hendaklah mengumumkan pendapatnya mengenai pertuduhan
itu dan jika sidituduh telah mengaku bersalah mahkamah hendaklah
mematuhi Kaedah 69 sebelum mahkamah menghadap dan
mempertuduhkannya atas pertuduhan dalam mana-mana kertas
pertuduhan yang berikutnya.

61. RAYUAN TERHADAP BIDANGKUASA MAHKAMAH.

(1) Sebelum membuat pengakuan terhadap pertuduhan itu,


sidituduh boleh membuat suatu rayuan menentang bidangkuasa
mahkamah. Jika ia berbuat demikian:-

(a) sidituduh boleh mengemukakan keterangan bagi


menyokong rayuannya dan pendakwa boleh mengemukakan
keterangan bagi menjawabnya; dan

(b) pendakwa boleh berucap kepada mahkamah bagi


menjawab rayuan itu dan sidituduh boleh menjawab ucapan
pendakwa itu.

(2) Jika mahkamah membenarkan rayuan itu mahkamah hendaklah


menangguhkan sidangnya dan membuat laporan kepada Pihak
Berkuasa Sidang.

(3) Apabila mahkamah membuat laporan kepada Pihak Berkuasa


Sidang di bawah Kaedah ini Pihak Berkuasa Sidang hendaklah-

(a) jika ia meluluskan keputusan mahkamah membenarkan


rayuan itu, membubarkan mahkamah itu;

(b) jika ia tidak meluluskan keputusan mahkamah itu,


mengadakan suatu mahkamah baru untuk membicarakan
sidituduh.

62. BANTAHAN TERHADAP PERTUDUHAN.

(1) Seseorang sidituduh boleh, sebelum membuat pengakuan


terhadap sesuatu pertuduhan, membantah terhadapnya atas alasan-
alasan bahawa pertuduhan itu adalah tidak betul dari segi undang-
undang atau tidak dibentuk mengikut Kaedah-kaedah ini dan jika ia
berbuat demikian, pendakwa boleh berucap kepada mahkamah bagi
menjawab bantahan itu dan sidituduh boleh menjawab ucapan
pendakwa itu.

40 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

(2) Jika mahkamah membenarkan bantahan itu, mahkamah


hendaklah sama ada meminda pertuduhan itu, jika dibenarkan di
bawah Kaedah 44, atau menangguhkan sidangnya dan membuat
laporan kepada pihak-berkuasa sidang kecuali bahawa jika ada suatu
pertuduhan lain atau suatu kertas pertuduhan lain di hadapan
mahkamah itu, mahkamah boleh, sebelum menangguhkan sidangnya di
bawah Kaedah ini, meneruskan perbicaraan pertuduhan atau kertas
pertuduhan lain itu.

(3) Apabila mahkamah membuat laporan kepada Pihak Berkuasa


Sidang di bawah Kaedah ini, pihak-berkuasa sidang hendaklah:-

(a) jika ia meluluskan keputusan mahkamah membenarkan


bantahan itu:-

(i) membubarkan mahkamah itu; atau

(ii) jika ada suatu pertuduhan lain atau suatu kertas


pertuduhan lain di hadapan mahkamah yang tidak
berkaitan dengan bantahan itu dan yang belum
dibicarakan oleh mahkamah, mengarahkan mahkamah
supaya meneruskan perbicaraan pertuduhan atau kertas
pertuduhan lain itu sahaja; atau

(iii) meminda pertuduhan yang berkaitan dengan


bantahan itu jika demikian dibenarkan di bawah Kaedah 45
dan mengarahkan mahkamah supaya membicarakan
pertuduhan itu sebagaimana dipinda;

(b) jika ia tidak meluluskan keputusan mahkamah


membenarkan bantahan itu:-

(i) jika ada suatu pertuduhan lain atau suatu


kertas pertuduhan lain di hadapan mahkamah yang
tidak berkaitan dengan bantahan itu dan yang belum
dibicarakan oleh mahkamah, mengarahkan
mahkamah supaya meneruskan perbicaraan
pertuduhan atau kertas pertuduhan lain itu sahaja;
atau

(ii) mengadakan suatu mahkamah baru untuk


membicarakan sidituduh.

41 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

63. RAYUAN MENGHALANG PERBICARAAN.

(1) Seseorang sidituduh boleh, sebelum membuat pengakuan boleh


membuat suatu rayuan menghalang perbicaraan dengan bergantung kepada
seksyen 144 atau 146 Akta. Jika ia berbuat demikian:-

(a) sidituduh boleh mengemukakan keterangan bagi menyokong


rayuannya dan pendakwa boleh mengemukakan keterangan bagi
menjawabnya; dan

(b) pendakwa boleh berucap kepada mahkamah bagi menjawab


rayuan itu dan sidituduh boleh menjawab ucapan pendakwa itu.

(2) Jika mahkamah membenarkan rayuan itu ia hendaklah menangguhkan


sidangnya dan membuat laporan kepada pihak-berkuasa sidang kecuali
bahawa jika ada sesuatu pertuduhan lain atau sesuatu kertas pertuduhan lain
di hadapan mahkamah, mahkamah boleh, sebelum menangguhkan sidangnya
di bawah Kaedah ini, meneruskan perbicaraan pertuduhan atau kertas
pertuduhan lain itu.

(3) Apabila mahkamah membuat laporan kepada Pihak Berkuasa Sidang di


bawah Kaedah ini, pihak-berkuasa sidang hendaklah:-

(a) jika ia meluluskan keputusan mahkamah membenarkan rayuan


itu:-

(i) membubarkan mahkamah itu; atau

(ii) jika ada suatu pertuduhan lain atau suatu kertas


pertuduhan lain di hadapan mahkamah, yang tidak berkaitan
dengan rayuan itu dan yang belum dibicarakan oleh mahkamah,
mengarahkan mahkamah supaya meneruskan perbicaraan
pertuduhan atau kertas pertuduhan lain itu sahaja;

(b) jika ia tidak meluluskan keputusan mahkamah membenarkan


rayuan itu:-

(i) jika ada suatu pertuduhan lain atau suatu kertas


pertuduhan lain di hadapan mahkamah yang tidak berkaitan
dengan rayuan itu dan yang belum dibicarakan oleh
mahkamah, mengarahkan mahkamah supaya meneruskan
perbicaraan pertuduhan atau kertas pertuduhan lain itu sahaja;
atau

(ii) mengadakan suatu mahkamah baru untuk membicarakan


yang dituduh.

42 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

64. PERMOHONAN UNTUK PERBICARAAN BERASINGAN JIKA


SIDITUDUH DIPERTUDUHKAN SECARA BERSESAMA.

Jika dua orang sidituduh atau lebih dipertuduhkan secara bersesama,


atau dipertuduhkan dalam kertas pertuduhan yang sama atas kesalahan-
kesalahan yang dikata telah dilakukan oleh mereka secara berasingan,
mana-mana seorang daripada mereka boleh sebelum membuat pengakuan
terhadap pertuduhan atau pertuduhan-pertuduhan itu, memohon kepada
mahkamah untuk dibicarakan secara berasingan atas alasan bahawa ia akan
terjejas dalam pembelaannya jika ia tidak dibicarakan secara berasingan.
Jika sidituduh membuat permohonan itu, pendakwa boleh berucap kepada
bagi menjawabnya dan sidituduh boleh menjawab ucapan pendakwa itu. Jika
mahkamah berpendapat bahawa kepentingan keadilan adalah memerlukan
permohonan itu di benarkan dan sidituduh yang membuatnya dibicarakan
secara berasingan maka mahkamah hendaklah berbuat demikian.

65. PERMOHONAN OLEH SIDITUDUH UNTUK PERTUDUHAN-


PERTUDUHAN DIBICARAKAN SECARA BERASINGAN.

Jika sesuatu kertas pertuduhan mengandungi lebih daripada satu


pertuduhan, sidituduh boleh, sebelum membuat pengakuan terhadap
pertuduhan-pertuduhan itu, memohon kepada mahkamah untuk dibicarakan
secara berasingan atas mana-mana pertuduhan dalam kertas pertuduhan
atas alasan bahawa ia akan terjejas dalam pembelaannya jika ia tidak
dibicarakan secara berasingan atas pertuduhan itu. Jika sidituduh membuat
permohonan itu pendakwa boleh berucap kepada mahkamah bagi
menjawabnya dan sidituduh boleh menjawab ucapan pendakwa itu. Jika
mahkamah berpendapat bahawa kepentingan keadilan adalah memerlukan
permohonan itu dibenarkan dan sidituduh dibicarakan secara berasingan
atas pertuduhan yang berkaitan dengannya itu maka mahkamah hendaklah
berbuat demikian seolah-olah pertuduhan itu telah dimasukkan dalam suatu
kertas pertuduhan yang berasingan.

66. PENGAKUAN-PENGAKUAN TERHADAP PERTUDUHAN.

(1) Selepas suatu rayuan di bawah Kaedah-kaedah 61 dan 63,


terhadap sesuatu bantahan di bawah Kaedah 62 dan sesuatu
permohonan di bawah Kaedah-kaedah 64 dan 65 diuruskan, sidituduh
hendaklah disuruh, tertakluk kepada perenggan (2), mengaku sama
ada bersalah atau tidak bersalah terhadap tiap-tiap satu pertuduhan
yang atasnya ia dihadap dan dipertuduhkan itu.

(2) Jika sesuatu mahkamah diberi kuasa oleh seksyen 114 Akta
untuk membuat pependapat bahawa seseorang sidituduh adalah
bersalah atas suatu kesalahan yang lain daripada yang dipertuduhkan
atau adalah bersalah kerana melakukan kesalahan itu dalam hal
keadaan yang melibatkan suatu hukuman yang lebih ringan atau jika
mahkamah itu boleh, selepas mendengar keterangan, membuat suatu
pendapat bersalah yang khas tertakluk kepada kecualian-kecualian
atau pengubahan-pengubahan mengikut Kaedah 81 sidituduh boleh

43 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

mengaku bersalah terhadap kesalahan yang lain itu atau terhadap


kesalahan yang sebagai telah dilakukan dalam hal keadaan yang
melibatkan suatu hukuman yang lebih ringan itu atau terhadap
kesalahan yang dipertuduhkan itu tertakluk kepada kecualian-
kecualian atau pengubahan- pengubahan itu.

67. MENERIMA PENGAKUAN BERSALAH.

(1) Jika seseorang sidituduh mengaku bersalah terhadap suatu


pertuduhan di bawah perenggan (1) atau (2) Kaedah 66, Yang DiPertua
atau Hakim Peguam hendaklah, sebelum mahkamah membuat
keputusan untuk menerima pengakuan itu, menghuraikan kepada
sidituduh apakah pertuduhan itu yang sebenarnya dan akibat
pengakuannya itu pada amnya dan khususnya perbezaan tentang
acara bila seorang sidituduh mengaku bersalah dengan acara bila
seorang sidituduh mengaku tidak bersalah.

(2) Sesuatu mahkamah tidak boleh menerima pengakuan bersalah di


bawah perenggan (1) dan (2) Kaedah 66 jika:-

(a) mahkamah itu tidak puas hati yang sidituduh faham


apakah pertuduhan itu yang sebenarnya atau akibat
pengakuannya; atau

(b) Yang DiPertua, dengan memberi perhatian kepada segala


hal keadaan, berpendapat bahawa sidituduh sepatutnya
mengaku tidak bersalah; atau

(c) sidituduh boleh, jika disabitkan, dihukum mati.

(3) Mengenai pengakuan bersalah di bawah perenggan (2) Kaedah


66, sesuatu mahkamah tidak juga boleh menerima pengakuan itu
melainkan jika pihak-berkuasa sidang bersetuju dan ianya berpuashati
tentang keadilan cara itu. Persetujuan Pihak Berkuasa Sidang boleh
dinyatakan oleh pendakwa.

(4) Apabila pengakuan bersalah di bawah perenggan (1) atau (2)


Kaedah 66 tidak diterima oleh mahkamah atau apabila sidituduh sama
ada enggan mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu atau tidak
membuat pengakuan terhadapnya secara yang boleh difahami,
mahkamah hendaklah mencatitkan suatu pengakuan tidak bersalah.

(5) Apabila sesuatu mahkamah berpuas hati bahawa ia boleh


menerima dengan sewajarnya suatu pengakuan bersalah di bawah
perenggan (1) atau (2) Kaedah 66, ia hendaklah merekodkan suatu
pependapat bersalah berkenaan dengannya.

44 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

68. PENGAKUAN MENGENAI PERTUDUHAN-PERTUDUHAN ALTERNATIF.

(1) Apabila seseorang sidituduh mengaku bersalah terhadap


pertuduhan yang pertama daripada dua atau lebih pertuduhan
alternatif, mahkamah, jika ia menerima pengakuan bersalah sidituduh
itu hendaklah merekodkan suatu pependapat bersalah berkenaan
dengan pertuduhan yang pertama itu dan pendakwa hendaklah
menarik balik apa-apa pertuduhan alternatif sebelum sidituduh dihadap
dan dipertuduhkan atasnya.

(2) Apabila seseorang sidituduh mengaku bersalah terhadap satu


daripada dua atau lebih pertuduhan yang dibuat secara alternatif. lain.
daripada pertuduhan yang pertama daripada pertuduhan-pertuduhan
itu, mahkamah boleh:-

(a) bertindak seolah-olah sidituduh itu telah mengaku tidak


bersalah terhadap semua pertuduhan itu; dan

(b) dengan persetujuan pihak-berkuasa sidang (yang mana


boleh dinyatakan oleh pendakwa) merekodkan suatu
pependapat bersalah atas pertuduhan yang terhadapnya
sidituduh telah mengaku bersalah itu dan suatu pependapat
tidak bersalah atas mana-mana pertuduhan alternatif yang
terdapat sebelumnya dalam kertas pertuduhan itu. Jika
mahkamah merekodkan pependapat-pependapat itu, pendakwa
hendaklah, sebelum sidituduh dihadapkan dan dipertuduhkan
atasnya, menarik balik mana-mana pertuduhan yang mana
adalah alternatif bagi pertuduhan yang atasnya mahkamah telah
dapati sidituduh bersalah dan yang terdapat selepasnya dalam
kertas pertuduhan itu.

Bahagian V
ACARA SELEPAS MEREKODKAN PEPENDAPAT BERSALAH

69. SUSUNAN PERBICARAAN JIKA PENGAKUAN BERSALAH ATAU TIDAK


BERSALAH TELAH DIREKODKAN.

Selepas mahkamah merekodkan suatu pependapat bersalah. jika tidak


ada pertuduhan lain dalam kertas pertuduhan yang sama terhadapnya
sidituduh telah mengaku tidak bersalah dan jika tidak ada sidituduh lain yang
telah mengaku tidak bersalah terhadap suatu pertuduhan dalam kertas
pertuduhan itu, mahkamah hendaklah meneruskan perbicaraan itu
sebagaimana yang diarahkan oleh Kaedah 70. Jika ada suatu pertuduhan lain
dalam kertas pertuduhan yang, terhadapnya sidituduh telah mengaku tidak
bersalah atau jika ada sidituduh lain yang telah mengaku tidak bersalah
terhadap suatu pertuduhan dalam kertas pertuduhan itu, mahkamah tidak
boleh mematuhi Kaedah 70 sehingga ia telah uruskan pertuduhan lain itu
atau telah membicarakan sidituduh lain itu dan telah mengumum dan
merekodkan pependapatnya berkenaan dengannya.

45 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

70. ACARA MENGENAI PEPENDAPAT BERSALAH SELEPAS PENGAKUAN


BERSALAH.

Jika mahkamah telah merekodkan suatu pependapat bersalah


berkenaan dengan suatu pertuduhan yang terhadapnya seseorang sidituduh
telah mengaku bersalah, pendakwa hendaklah, tertakluk kepada Kaedah 69,
memberitahu mahkamah mengenai fakta-fakta kes itu dan hal keadaan dalam
mana kesalahan itu telah dilakukan, termasuklah fakta-fakta yang
menunjukkan jenis dan beratnya kesalahan itu dan faktor-faktor yang boleh
meringankan atau memberatkan hukuman dan mahkamah hendaklah
bertindak mengikut cara yang ditetapkan dalam Kaedah 86.

Bahagian VI
MENGUBAH PENGAKUAN

71. MENGUBAH PENGAKUAN.

(1) Seseorang sidituduh yang telah mengaku tidak bersalah boleh pada
bila-bila masa sebelum mahkamah tutup untuk menimbangkan
pependapatnya menarik balik pengakuan tidak bersalahnya dan
menggantikannya dengan suatu pengakuan bersalah (termasuk suatu
pengakuan bersalah di bawah perenggan (2) Kaedah 66) dan dalam hal yang
demikian mahkamah hendaklah, jika ia berpuashati bahawa ia boleh
menerima pengakuan sidituduh yang diubahnya itu di bawah Kaedah-kaedah
ini, merekodkan suatu pependapat mengikut pengakuan sidituduh yang
diubahnya itu dan setakat mana yang perlu hendaklah bertindak mengikut
sebagaimana yang diarahkan oleh Kaedah 70.

(2) Jika pada bila-bila masa dalam masa perbicaraan, mahkamah


berpendapat bahawa seseorang sidituduh yang telah mengaku bersalah
tidak faham akan akibat pengakuannya atau apakah pertuduhan itu yang
sebenarnya, mahkamah hendaklah merekodkan suatu pengakuan tidak
bersalah dan meneruskan perbicaraan itu dengan sewajarnya.

(3) Apabila sesuatu mahkamah mencatatkan suatu pengakuan tidak


bersalah berkenaan dengan sesuatu pertuduhan di bawah perenggan (2), ia
hendaklah, jika ada suatu pertuduhan yang dibuat sebagai alternatif baginya
yang ditarik balik oleh pendakwa di bawah Kaedah 68, memasukkan semula
pertuduhan alternatif itu, menghadap dan mempertuduhkan sidituduh
atasnya dan meneruskan perbicaraan itu seolah-olah pertuduhan itu tidak
ditarik balik.

46 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

Bahagian VII
ACARA MENGENAI PENGAKUAN TIDAK BERSALAH

72. PERMOHONAN PENANGGUHAN.

Selepas suatu pengakuan tidak bersalah terhadap suatu pertuduhan


direkodkan:-

(a) mahkamah hendaklah bertanya kepada sidituduh sama ada ia


hendak memohon penangguhan atas alasan bahawa mana-mana
daripada Kaedah-kaedah ini yang berhubung dengan acara sebelum
perbicaraan telah tidak dipatuhi dan bahawa ia telah terjejas olehnya
atau atas alasan bahawa, ia telah tidak ada peluang yang cukup untuk
menyediakan pembelaannya;

(b) jika sidituduh memohon penangguhan:

(i) sidituduh boleh mengemukakan keterangan bagi


menyokong permohonannya dan pendakwa boleh
mengemukakan keterangan bagi menjawabnya; dan

(ii) pendakwa boleh berucap kepada mahkamah bagi


menjawab permohonan itu dan sidituduh boleh menjawab
ucapan pendakwa itu;

(c) mahkamah boleh memberi suatu penangguhan jika ia


berpendapat kepentingan keadilan adalah memerlukannya.

73. KES BAGI PIHAK PENDAKWA.

(1) Pendakwa boleh, jika ia berkehendakkan, dan hendaklah, jika


dikehendaki oleh mahkamah, membuat suatu ucapan pembukaan
menghuraikan pertuduhan, hal-keadaan dalam mana kesalahan itu
dikata telah dilakukan, dan jenis dan akibat am keterangan yang ia
bercadang hendak kemukakan.

(2) Pendakwa hendaklah kemudiannya memanggil, mengikut


susunan yang difikirkannya patut, saksi-saksi pihak pendakwa untuk
memberi keterangan.

(3) Apabila pemeriksaan semua saksi pihak pendakwa telah selesai


pendakwa hendaklah memberitahu mahkamah bahawa kes bagi pihak
pendakwa adalah ditutup.

47 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

74. PENGEMUKAAN MENGENAI TIADA KES UNTUK DIJAWAB.

(1) Selepas sahaja kes pihak pendakwa ditutup, sidituduh boleh


mengemukakan kepada mahkamah berkenaan dengan sesuatu
pertuduhan bahawa pihak pendakwa telah gagal mengadakan suatu
kes prima facie untuknya menjawab dan bahawa ia tidak patut diminta
membuat pembelaannya terhadap pertuduhan itu.

(2) Jika sidituduh membuat suatu pengemukaan di bawah


Perenggan (1), pendakwa boleh berucap kepada mahkamah bagi
menjawabnya dan sidituduh boleh menjawab ucapan pendakwa itu.

(3) Mahkamah hendaklah kemudiannya ditutup untuk


menimbangkan sama ada suatu kes prima facie telah diadakan
terhadap sidituduh.

(4) Mahkamah hendaklah dibuka semula apabila ia telah mencapai


suatu keputusan dan:-

(a) jika telah diputuskan bahawa tiada sesuatu kes prima facie
telah diadakan berkenaan dengan sesuatu pertuduhan, Yang
DiPertua hendaklah membuat pependapat bahawa sidituduh
adalah tidak bersalah atas pertuduhan itu; atau

(b) jika telah diputuskan bahawa suatu kes prima facie telah
diadakan berkenaan dengan sesuatu pertuduhan, Yang DiPertua
hendaklah mengarahkan supaya perbicaraan diteruskan
mengenai pertuduhan itu.

(5) Mahkamah tidak boleh membenarkan pengemukaan itu


melainkan jika ia berpuas hati bahawa:-

(a) pihak pendakwa telah tidak mengadakan suatu kes prima


facie mengenai pertuduhan sebagaimana telah dibuat itu; dan

(b) adalah tidak terbuka kepadanya, atas keterangan yang


dikemukakan, untuk membuat suatu pependapat di bawah
seksyen 114 Akta atau di bawah perenggan (3) Kaedah 81.

(6) Jika mahkamah membenarkan pengemukaan itu ia hendaklah


membuat pependapat bahawa sidituduh adalah tidak bersalah atas
pertuduhan yang berkaitan dengan pengemukaan itu dan
mengumumkan pependapat ini dalam mahkamah terbuka dengan serta
merta; jika mahkamah tidak membenarkan pengemukaan itu ia
hendaklah meneruskan perbicaraan kesalahan itu sebagaimana
dipertuduhkan.

(7) Tidak kira sama ada pengemukaan telah ada di bawah Kaedah
ini atau tidak, mahkamah boleh pada bila-bila masa selepas ditutup
pendengaran kes itu bagi pihak pendakwa, dan selepas mendengar

48 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

pendakwa, membuat pependapat bahawa sidituduh adalah tidak


bersalah atas pertuduhan itu, dan jika ia berbuat demikian ia
hendaklah juga mengumumkan pependapat itu dalam mahkamah
terbuka dengan serta merta.

75. MENERANGKAN HAK-HAK SIDITUDUH.

(1) Selepas ditutup kes bagi pihak pendakwa, Yang DiPertua atau
Hakim Peguam hendaklah menerangkan kepada sidituduh bahawa:-

(a) ia boleh memberi keterangan dengan mengangkat sumpah


atau dengan ikrar sebagai seorang saksi atau membuat suatu
penyataan dengan tidak mengangkat sumpah, atau ia boleh
berdiam diri;

(b) jika ia memberi keterangan sebagai seorang saksi, ia


boleh kena diperiksa balas oleh pendakwa dan disoal oleh
mahkamah dan Hakim Peguam, tetapi, jika ia membuat suatu
penyataan dengan tidak mengangkat sumpah atau dengan tidak
berikrar, maka tiada sesiapa pun tidak akan berhak
mengemukakan apa-apa soalan; dan

(c) sama ada ia memberi keterangan atau membuat suatu


penyataan atau berdiam diri, ia boleh memanggil saksi-saksi
bagi pihaknya mengenai fakta-fakta kes itu dan juga mengenai
wataknya.

(2) Yang DiPertua atau Hakim Peguam hendaklah kemudiannya,


bertanya kepada sidituduh jika ia hendak memberi keterangan dengan
mengangkat sumpah atau dengan ikrar atau hendak membuat suatu
penyataan dengan tidak mengangkat sumpah atau dengan tidak
berikrar dan jika ia hendak memanggil seseorang saksi bagi pihaknya,
dan, jika ia, sama ada saksi itu adalah saksi mengenai fakta atau
mengenai watak sahaja.

(3) Jika sidituduh hendak memanggil seseorang saksi mengenai


fakta-fakta kes itu, lain daripada dirinya sendiri, ia boleh membuat
suatu ucapan pembukaan menyatakan secara ringkas kes itu bagi
pihak pembela sebelum keterangan bagi pihak pembela diberi.

76. KES BAGI PIHAK PEMBELA.

(1) Selepas Kaedah 75 dipatuhi, saksi-saksi bagi pihak pembela,


hendaklah dipanggil untuk memberi keterangan mereka.

(2) Jika sidituduh memilih untuk memberi keterangan dan untuk


memanggil saksi-saksi lain mengenai fakta-fakta, sidituduh hendaklah
dipanggil terlebih dahulu daripada saksi-saksi lain kecuali dalam kes-
kes yang terkecuali.

49 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

(3) Kaedah-kaedah 106 hingga 108 hendaklah dipakai bagi saksi-


saksi dan keterangan bagi pihak pembela sebagaimana kaedah-
kaedah itu dipakai bagi saksi-saksi dan keterangan bagi pihak
pendakwa.

(4) Apabila pemeriksaan semua saksi bagi pihak pembela telah


selesai, sidituduh hendaklah memberitahu mahkamah bahawa kes bagi
pihak pembela adalah ditutup.

77. MAHKAMAH MEMANGGIL DAN MEMANGGIL SEMULA SAKSI-SAKSI.

(1) Apabila kes bagi pihak pembela ditutup, pendakwa boleh,


dengan izin mahkamah, memanggil atau memanggil semula, seseorang
saksi untuk memberi keterangan mengenai apa-apa perkara yang
ditimbulkan oleh sidituduh dalam pembelaannya yang mana pihak
pendakwa tidak mungkin dapat menyebutkannya dengan sewajarnya
kepada mahkamah sebelum perkara itu dizahirkan oleh sidituduh
dalam pembelaannya atau yang mana pihak pendakwa tidak mungkin
dapat menelahnya dengan munasabah.

(2) Mahkamah boleh, pada bila-bila masa sebelum ia tutup untuk


menimbangkan pependapatnya atau, jika ada seorang Hakim Peguam,
sebelum ia mula mengumpul, memanggil seseorang saksi atau
memanggil semula seseorang saksi, jika mahkamah berpendapat
bahawa adalah bagi kepentingan keadilan berbuat demikian. Jika
mahkamah memanggil seseorang saksi atau memanggil semula
seseorang saksi dibawah Kaedah ini, pendakwa dan sidituduh boleh
mengemukakan kepada saksi itu apa-apa soalan yang difikirkan wajar
oleh mahkamah.

(3) Pendakwa dan sidituduh boleh, pada bila-bila masa sebelum


mahkamah tutup untuk menimbangkan pependapatnya atau, jika ada
seorang Hakim Peguam, sebelum ia mula menggolong, memanggil
semula seseorang saksi dengan izin mahkamah, dan pendakwa dan
sidituduh boleh mengemukakan kepada saksi apa-apa soalan yang
difikirkan wajar oleh mahkamah.

78. UCAPAN-UCAPAN PENUTUP.

(1) Selepas semua keterangan diberi, pendakwa dan sidituduh


boleh, tiap-tiap seorang, membuat suatu ucapan penutup kepada
mahkamah.

(2) Sidituduh adalah berhak membuat ucapan penutupnya selepas


ucapan penutup dibuat oleh pendakwa.

(3) Jika dua orang sidituduh atau lebih diwakili oleh pegawai atau
peguam pembelaan yang sama, satu ucapan penutup sahaja boleh
dibuat.

50 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

79. PENGGOLONGAN OLEH HAKIM PEGUAM.

Selepas ucapan-ucapan penutup, jika ada seorang Hakim


Peguam, ia hendaklah:-

(a) menasihatkan mahkamah tentang undang-undang


berhubung dengan kes itu;

(b) menggolong keterangan; dan

(c) menasihatkan mahkamah tentang apa-apa pependapat


khas yang boleh dibuat oleh mahkamah.

Bahagian VIII
PEPENDAPAT

80. MEMPERTIMBANGKAN PEPENDAPAT MENGENAI PERTUDUHAN.

(1) Selepas ucapan-ucapan penutup, atau, jika ada seorang Hakim


Peguam, selepas penggolongannya, mahkamah hendaklah tutup untuk
mempertimbangkan pependapatnya mengenai pertuduhan itu.

(2) Semasa mahkamah mempertimbangkan pependapatnya


mengenai pertuduhan itu, tiada seseorang pun boleh hadir kecuali
Yang DiPertua dan anggota-anggota mahkamah dan mana-mana
pegawai di bawah arahan.

(3) Jika ada seorang Hakim Peguam dan mahkamah, semasa


mempertimbangkan pependapatnya mengenai pertuduhan itu,
memerlukan nasihat lanjut daripadanya, mahkamah hendaklah
menggantung pertimbangannya dan meminta dan diberi nasihat itu
dalam mahkamah terbuka.

81. MENYATAKAN PENDAPAT-PENDAPAT MENGENAI, DAN CARA


MEMBUAT PEPENDAPAT.

(1) Pendapat Yang DiPertua dan tiap-tiap seseorang anggota


mahkamah mengenai pependapat hendaklah diberi dalam mahkamah
tertutup, secara lisan, dan mengenai tiap-tiap satu pertuduhan secara
dengan, berasingan dan pendapat-pendapat mereka hendaklah diberi
mengikut susunan kekananan mereka bermula dengan anggota yang
berpangkat rendah.

(2) Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dalam perenggan


(4) mahkamah hendaklah merekodkan atas tiap-tiap pertuduhan yang
atasnya suatu pengakuan tidak bersalah telah direkodkan:-

51 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

(a) suatu pependapat bersalah atau suatu pependapat


mengikut seksyen 114 Akta; atau

(b) suatu pependapat tidak bersalah atau suatu pependapat


tidak bersalah dan dibebaskan dari pertuduhan itu dengan rekod
baik.

(3) Jika mahkamah berpendapat berkenaan dengan sesuatu


pertuduhan bahawa fakta-fakta yang didapati olehnya sebagai
dibuktikan dalam keterangan adalah berlainan daripada fakta-fakta
yang dikatakan dalam butir-butir pertuduhan itu, tetapi walau
bagaimanapun adalah mencukupi untuk membuktikan kesalahan yang
dinyatakan dalam pertuduhan itu dan bahawa kelainan itu adalah tidak
sebegitu matan hingga boleh menjejaskan sidituduh dalam
pembelaannya, maka, mahkamah boleh, sebagai ganti merekodkan
suatu pependapat tidak bersalah, merekodkan suatu pependapat
bahawa sidituduh adalah bersalah atas pertuduhan itu tertakluk
kepada apa-apa kecualian atau perubahan sebagaimana yang
dinyatakannya dalam pependapat itu.

(4) Jika mahkamah telah merekodkan suatu pependapat bersalah


mengenai suatu pertuduhan yang dibuat dengan alternatif ia hendaklah
membuat pependapat tidak bersalah ke atas sidituduh mengenai apa-
apa pertuduhan alternatif bagi pertuduhan itu, yang terdapat sebelum
pertuduhan itu dalam kertas pertuduhan itu dan merekodkan tiada
pependapat mengenai apa-apa pertuduhan alternatif bagi pertuduhan
itu, yang terdapat selepas pertuduhan itu dalam kertas pertuduhan itu.

82. PENGUMUMAN PEPENDAPAT.

(1) Mahkamah hendaklah dibuka semula apabila ia telah mencapai


suatu keputusan dan ia hendaklah mengumumkan pependapatnya
mengenai tiap-tiap satu pertuduhan.

(2) Pependapat itu hendaklah setakat mana yang praktik dalam


bentuk yang berkenaan yang diperuntukkan dalam jadual Ketujuh
kepada Kaedah-kaedah ini.

52 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

Bahagian IX
ACARA SELEPAS PENGUMUMAN PEPENDAPAT

83. MENYEMPURNAKAN ACARA APABILA PENGAKUAN BERSALAH


DITERIMA SEBELUM MENIMBANGKAN HUKUMAN.

Selepas mahkamah mengumumkan pependapatnya mengenai


sesuatu pertuduhan yang mengenainya mahkamah telah merekodkan
suatu pengakuan tidak bersalah, mahkamah hendaklah, jika ada suatu
pertuduhan lain dalam kertas pertuduhan yang sama yang
mengenainya mahkamah telah menerima suatu pengakuan bersalah,
mematuhi Kaedah 70 berkenaan dengan pertuduhan itu sebelum
meneruskan perbicaraan.

84. PERBICARAAN PERTUDUHAN-PERTUDUHAN DALAM KERTAS


PERTUDUHAN LAIN SEBELUM MENIMBANGKAN HUKUMAN.

Jika ada suatu kertas pertuduhan lain terhadap sidituduh di


hadapan mahkamah, mahkamah hendaklah jangan mematuhi Kaedah
85, 86 dan 87 sehingga ia telah mematuhi Kaedah 82 dan juga, jika
perlu, Kaedah 83 berkenaan dengan tiap-tiap satu pertuduhan dalam
kertas pertuduhan yang lain itu melainkan jika kertas pertuduhan itu
ditarik balik di bawah Kaedah 43.

85. MELEPASKAN SIDITUDUH.

Jika pependapat-pependapat mengenai semua pertuduhan


terhadap sidituduh adalah tidak bersalah, mahkamah hendaklah
memerintahkan supaya sidituduh dilepaskan dan Yang DiPertua dan
Hakim Peguam hendaklah mentarikhkan dan menandatangani rekod
perbicaraan itu. Yang DiPertua atau Hakim Peguam hendaklah
kemudiannya menghantar rekod perbicaraan itu mengikut
sebagaimana yang diarahkan dalam perintah sidang.

86. REKOD SIDITUDUH DAN RAYUAN SUPAYA DIRINGANKAN HUKUMAN.

(1) Jika pependapat mengenai sesuatu pertuduhan terhadap


sidituduh adalah bersalah, atau jika mahkamah membuat sesuatu
pependapat mengikut Seksyen 114 Akta, mahkamah hendaklah,
apabila boleh, mengambil keterangan mengenai umur, pangkat dan
rekod perkhidmatan sidituduh sebelum menimbangkan hukumannya.

(2) Rekod perkhidmatan itu hendaklah termasuk:-

(a) apa-apa perbuatan keberanian yang diakui atau apa-apa


kelakuan terpuji di pihak sidituduh dan apa-apa bintang
kehormatan yang ia berhak; dan

53 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

(b) butir-butir mengenai apa-apa kesalahan yang atasnya


sidituduh telah didapati bersalah dalam masa perkhidmatannya
dan yang direkodkan dalam buku perkhidmatan berhubung
dengan sidituduh dan mengenai lamanya ia telah berada di
bawah tangkapan sementara menanti perbicaraan atau dalam
kurungan di bawah sesuatu hukuman yang sedang berjalan.

(3) Keterangan mengenai perkara-perkara yang disebutkan dalam


perenggan-perenggan (1) dan (2) boleh diberi oleh seseorang saksi
yang mengemukakan kepada mahkamah suatu penyataan bertulis
mengandungi suatu ringkasan catatan-catatan dalam buku
perkhidmatan berhubung dengan sidituduh, selepas penyataan itu
disahkan dan sidituduh itu dicamkan dalam mahkamah oleh saksi itu
sebagai orang yang dimaksudkan oleh pernyataan itu. Penyataan itu
hendaklah mengikut borang yang diperuntukkan dalam Jadual Kelapan
kepada Kaedah-kaedah ini.

(4) Pendakwa boleh memberitahu mahkamah apa-apa perkara lain


yang pada pendapatnya boleh menambah berat atau mengurangkan
hukuman, dan hendaklah, jika diarahkan oleh mahkamah, memanggil
saksi-saksi bagi membuktikan perkara itu. Mana-mana saksi yang
dipanggil hendaklah tertakluk kepada pemeriksaan balas, pemeriksaan
semula dan kepada penyoalan oleh mahkamah.

(5) Sidituduh boleh memeriksabalas mana-mana saksi yang


memberi keterangan mengikut perenggan-perenggan (1), (2) dan (3)
dan jika dikehendaki oleh sidituduh, buku-buku perkhidmatan, atau
suatu salinan catitan-catitan matan di dalamnya yang diperakui dengan
sewajarnya, hendaklah dikemukakan dan jika kandungan borang itu
adalah dalam sesuatu hal tidak mengikut kandungan buku
perkhidmatan atau salinan yang diperakui itu, mahkamah hendaklah
mengarahkan supaya borang itu dibetulkan dengan sewajarya.

(6) Selepas perenggan-perenggan (1) hingga (5) dipatuhi sidituduh


boleh:-

(a) memberi keterangan dengan mengangkat sumpah dan


memanggil saksi-saksi untuk mendapat keringanan hukuman
dan mengenai wataknya; dan

(b) berucap kepada mahkamah untuk mendapat keringanan


hukuman.

54 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

87. PERMINTAAN OLEH SIDITUDUH SUPAYA KESALAHAN-KESALAHAN


LAIN DIAMBILKIRA.

(1) Sebelum mahkamah tutup untuk menimbangkan hukuman,


sidituduh boleh meminta mahkamah supaya mengambilkira apa-apa
kesalahan lain terhadap Akta yang telah dilakukan olehnya dan yang
sama jenisnya dengan kesalahan yang atasnya ia telah didapati
bersalah itu, dan, apabila permintaan itu dibuat, mahkamah boleh
bersetuju untuk mengambilkira mana-mana daripada kesalahan-
kesalahan lain itu yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

(2) Suatu senarai kesalahan-kesalahan yang mahkamah bersetuju


untuk mengambilkira hendaklah dibacakan kepada sidituduh oleh Yang
DiPertua atau Hakim Peguam dan Yang DiPertua atau Hakim Peguam
itu hendaklah bertanya kepada sidituduh sama ada ia mengaku telah
melakukan kesalahan-kesalahan itu. Sidituduh hendaklah
menandatangani suatu senarai kesalahan-kesalahan yang ia mengaku
telah lakukan itu dan mahkamah hendaklah mengambilkira kesalahan-
kesalahan dalam senarai itu. Senarai itu hendaklah ditandatangani oleh
Yang DiPertua dan dilampirkan pada rekod perbicaraan itu sebagai
suatu eksibit.

88. MENIMBANGKAN HUKUMAN.

(1) Mahkamah hendaklah tutup untuk menimbangkan hukuman.

(2) Semasa mahkamah menimbangkan hukuman, tiada sesiapa pun


boleh hadir kecuali Yang DiPertua, anggota-anggota, Hakim Peguam
dan mana-mana pegawai dibawah arahan.

89. HUKUMAN.

(1) Mahkamah hendaklah mengaward satu hukuman bagi semua


kesalahan yang atasnya sidituduh didapati bersalah mengikut cara
yang diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan kepada Kaedah-kaedah
ini.

(2) Apabila mahkamah telah bersetuju untuk mengambilkira sesuatu


kesalahan yang tidak termasuk dalam kertas pertuduhan, mahkamah
hendaklah mengaward suatu hukuman yang sesuai dengan kesalahan
yang atasnya sidituduh telah didapati bersalah itu dan juga dengan
kesalahan lain yang sedang diambilkira oleh mahkamah itu, tetapi tidak
lebih berat daripada hukuman maksimum yang boleh diaward di bawah
Akta bagi kesalahan yang atasnya sidituduh telah didapati bersalah itu
kecuali bahawa mahkamah boleh memasukkan dalam hukumannya itu
suatu arahan supaya potongan-potongan dibuat daripada gaji
sidituduh iaitu sebagaimana mahkamah berkuasa mengarahkan
supaya dibuat, jika sidituduh telah didapati bersalah atas kesalahan
yang diambilkira itu dan juga atas kesalahan yang atasnya ia telah
didapati bersalah itu.

55 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

90. MENANGGUHKAN PERTIMBANGAN MENGENAI HUKUMAN.

Jika dua orang sidituduh atau lebih dibicarakan secara


berasingan oleh mahkamah yang sama atas pertuduhan-pertuduhan
yang timbul dari transaksi yang sama, mahkamah boleh, jika ia fikirkan
bahawa kepentingan keadilan adalah memerlukan, menangguhkan
pertimbangannya mengenai hukuman yang hendak diaward kepada
mana-mana seorang atau lebih sidituduh itu sehingga mahkamah telah
merekod dan mengumumkan pependapatnya mengenai semua
sidituduh itu.

91. MENGUMUMKAN HUKUMAN.

Mahkamah hendaklah dibuka semula apabila ia telah mencapai,


suatu keputusan dan ia hendaklah mengumumkan hukuman itu.

92. SEBAB-SEBAB BAGI PEPENDAPAT DAN HUKUMAN.

Yang DiPertua hendaklah serta-merta sama ada selepas


hukuman diumumkan atau pada sesuatu tarikh kemudiannya memberi
suatu hukuman bertulis.

93. PENAMATAN PERBICARAAN.

Apabila Kaedah 92 telah dipatuhi, Yang DiPertua hendaklah


mengumumkan dalam mahkamah terbuka bahawa perbicaraan itu
adalah ditamatkan.

Bahagian X
PEMBEBASAN ATAU SABITAN DAHULU

94. ORANG TIDAK BOLEH DIBICARAKAN DUA KALI

(1) Jika seseorang yang tertakluk kepada undang-undang


perkhidmatan telah dibebaskan atau disabitkan atas suatu kesalahan
oleh suatu Mahkamah Tentera atau oleh suatu mahkamah awam yang
layak, orang itu tidak boleh, semasa pembebasan atau sabitan itu
masih berkuatkuasa, dibicarakan sekali lagi oleh sesuatu Mahkamah
Tentera atau pihak berkuasa atasan yang berkenaan mengenai
kesalahan itu atau bagi apa-apa kesalahan yang berasaskan fakta-
fakta yang sama.

(2) Jika seseorang yang tertakluk kepada undang-undang


perkhidmatan telah dibebaskan atau disabitkan atas suatu kesalahan
oleh seorang Pegawai Memerintah atau pihak berkuasa atasan yang
berkenaan secara terus, orang itu tidak boleh dibicarakan sekali lagi
oleh sesuatu Mahkamah Tentera atau seseorang Pegawai Memerintah
atau pihak berkuasa atasan yang berkenaan mengenai kesalahan itu
atau bagi apa-apa kesalahan yang berasaskan fakta-fakta yang sama.

56 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

95. PENGAKUAN MENGENAI PEMBEBASAN ATAU SABITAN DAHULU.

(1) Pengakuan mengenai sesuatu pembebasan atau sabitan dahulu


boleh dibuat sama ada secara lisan atau secara bertulis.

(2) Pengakuan itu boleh dibuat bersama dengan apa-apa pengakuan


lain, tetapi soal yang dibangkitan oleh pengakuan itu hendaklah
pengakuan-pengakuan yang lain itu dibicarakan.

Bahagian XI
REKOD PERBICARAAN DAN EKSIBIT

96. REKOD PERBICARAAN.

Perbicaraan sesuatu Mahkamah Tentera hendaklah direkodkan


mengikut peruntukan-peruntukan berikut:-

(a) perbicaraan hendaklah direkodkan secara bertulis mengikut


borang yang berkenaan yang diperuntukkan dalam Jadual Kesepuluh
kepada Kaedah-kaedah ini;

(b) apabila tidak ada seseorang jurutrengkas hadir, keterangan


hendaklah ditulis dalam bentuk cerita mengikut, dengan tepat yang
boleh, perkataan-perkataan yang digunakan, kecuali jika difikirkan
perlu oleh mahkamah, Hakim Peguam, pendakwa atau sidituduh
bahawa sesuatu soalan dan jawapan tertentu hendaklah dituliskan
sepatah demi sepatah;

(c) apabila sesuatu bantahan, pengemukaan atau permohonan


dibuat dalam masa sesuatu perbicaraan di mana tidak ada seorang
jurutrengkas, suatu rekod hendaklah dibuat mengenai perbicaraan
berhubung dengan bantahan, pengemukaan atau permohonan itu dan
dengan seberapa lengkap yang difikirkan patut oleh mahkamah atau
Hakim Peguam kecuali jika diminta oleh pendakwa atau sidituduh
bahawa suatu catitan hendaklah dibuat mengenai bantahan,
pengemukaan atau permohonan itu, alasan-alasan baginya, pendapat
Hakim Peguam mengenainya dan keputusan mahkamah itu;

(d) apabila sesuatu ucapan oleh pendakwa atau sidituduh atau


penggolongan oleh Hakim Peguam tidak dibuat secara bertulis dan
juruterangkas tidak ada hadir, maka adalah perlu direkodkan hanya
sekian banyak dari ucapan atau penggolongan itu yang difikirkan patut
oleh mahkamah atau Hakim Peguam, kecuali bahawa jika diminta oleh
pendakwa atau sidituduh suatu catitan hendaklah dibuat mengenai
sesuatu perkara tertentu dalam ucapan atau penggolongan itu;

57 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

(e) apa perkara yang bukan menjadi sebahagian daripada


perbicaraan itu hendaklah jangan direkodkan dalam rekod
perbicaraan. Tetapi jika sesuatu ulasan atau laporan difikirkan perlu
oleh mahkamah, Yang DiPertua boleh menghantarnya kepada pihak
berkuasa tentera yang berkenaan dalam suatu dokumen yang
berasingan.

97. EKSIBIT

(1) Tertakluk kepada perenggan (2), apa-apa dokumen atau benda


yang diterima sebagai keterangan hendaklah dijadikan suatu eksibit.

(2) Apabila sesuatu dokumen atau buku asal dikemukakan kepada


mahkamah oleh seorang saksi, mahkamah boleh atas permintaan saksi
itu membandingkan suatu salinannya atau suatu cabutan bahagian-
bahagian yang berkaitan daripadanya, dengan dokumen asal itu dan
selepas mahkamah berpuashati bahawa salinan atau cabutan itu
adalah betul dan Yang DiPertua dan Hakim Peguam telah memperakui
atasnya bahawa mahkamah telah membandingkannya dengan
dokumen asalnya dan mendapatinya betul, mahkamah boleh
mengambilkan dokumen atau buku itu kepada saksi itu dan
melampirkan salinan atau cabutan itu kepada rekod perbicaraan
sebagai suatu eksibit.

(3) Tiap-tiap eksibit hendaklah-

(a) ditanda dengan suatu nombor atau huruf dan


ditandatangani oleh Yang DiPertua atau Hakim Peguam atau ada
suatu label mengandungi suatu nombor atau huruf dan ada
tandatangan Yang DiPertua atau Hakim Peguam pada label itu;

(b) dilampirkan kepada atau disimpan bersama dengan rekod


perbicaraan, melainkan jika pada pendapat mahkamah.
Memandang kepada jenis eksibit itu atau kerana apa-apa sebab
lain yang baik, eksibit itu tidak munasabah dilampirkan kepada
atau disimpan bersama dengan rekod itu.

(4) Apabila sesuatu eksibit tidak dilampirkan kepada atau disimpan


bersama dengan rekod perbicaraan di bawah perenggan-kecil (b)
perenggan (3) Yang DiPertua hendaklah memastikan bahawa langkah-
langkah yang sewajarnya diambil bagi menyimpannya dengan selamat.

98. PENYIMPANAN DAN PEMERIKSAAN REKOD PERBICARAAN DALAM


MASA PERBICARAAN.

(1) Dalam masa sesuatu perbicaraan dalam mana tidak ada hakim–
peguam, rekod perbicaraan dan eksibit-eksibit hendaklah disifatkan
sebagai berada dalam simpanan Yang DiPertua.

58 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

(2) Dalam masa sesuatu perbicaraan dalam mana ada seorang


Hakim Peguam, rekod dan eksibit-eksibit hendaklah sifatkan sebagai
berada dalam simpan Hakim Peguam, kecuali bila ia tidak hadir dalam
mahkamah tertutup, maka rekod dan eksibit itu hendaklah disifatkan
sebagai berada dalam simpanan Yang DiPertua.

(3) Dengan kebenaran mahkamah, pendakwa atau sidituduh boleh


pada bila-bila masa yang berpatutan sebelum perbicaraan ditamatkan
mendapatkan supaya sesuatu bahagian tertentu daripada rekod
perbicaraan itu dibacakan kepadanya, dan, jika langkah berjaga-jaga
yang wajar diambil untuk menjaga keselamatan sesuatu eksibit itu,
pendakwa atau sidituduh boleh memeriksanya.

Bahagian XII
PENGESAHAN, PEMINDAAN dan PEMBERITAHUAN
SECARA RASMI

99. Pengesahan dan memberitahu secara rasmi

(1) Apabila Pegawai Pengesah menerima rekod perbicaraan


sesuatu Mahkamah Tentera dan pependapat mahkamah itu perlu
disahkan, ia hendaklah merekodkan keputusannya mengenainya dan
mengenai apa-apa hukuman dan apa-apa perintah yang mungkin telah
dibuat oleh mahkamah di bawah seksyen 149 Akta dalam rekod
perbicaraan itu mengikut borang yang berkenaan yang diperuntukkan
dalam Jadual Kesebelas kepada Kaedah-kaedah ini, rekod
keputusannya itu hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod
perbicaraan itu.

(2) Apabila sesuatu mahkamah telah menerima suatu pengakuan


bersalah yang dibuat di bawah Kaedah 66 (2), Pegawai Pengesah boleh
mengesahkan pependapat mahkamah itu walaupun mahkamah itu
telah menerima pengakuan itu tanpa persetujuan pegawai sidang jika,
pada pendapat Pegawai Pengesah, adalah bagi kepentingan keadilan
berbuat demikian,

(3) Apabila sesuatu mahkamah telah menolak sesuatu rayuan


terhadap bidang kuasa mahkamah atau sesuatu rayuan menghalang
perbicaraan atau sesuatu bantahan terhadap suatu pertuduhan, maka
tidaklah perlu bagi Pegawai Pengesah meluluskan keputusan
mahkamah itu secara tertentu, tetapi pengesahannya akan pependapat
atas pertuduhan yang dimaksudkan oleh rayuan atau bantahan itu
hendaklah disifatkan sebagai telah meluluskan keputusan mahkamah
itu. Jika ia tidak meluluskan keputusan mahkamah menolak rayuan
atau bantahan itu, ia hendaklah jangan mengesahkan pependapat atas
pertuduhan yang dimaksudkan oleh rayuan atau bantahan itu.

59 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

(4) Seorang Pegawai Pengesah boleh menyatakan sebab-sebab


mengapa ia tidak memberi pengesahan dalam sesuatu kes, tetapi jika
ia tidak memberi pengesahan di mana mahkamah telah menolak suatu
rayuan terhadap bidangkuasa atau suatu rayuan menghalang
perbicaraan atau suatu bantahan terhadap pertuduhan itu, oleh kerana
ia tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah itu ia hendaklah
apabila merekodkan keputusan di bawah perenggan (1) menyatakan
bahawa ia telah tidak memberi pengesahan oleh kerana sebab itu.

(5) Jika hukuman sesuatu Mahkamah Tentera adalah dinyatakan


dalam bentuk yang tidak sewajarnya, Pegawai Pengesah boleh pada
mengesahkan hukuman itu mengubah bentuknya supaya ia dinyatakan
dalam bentuk yang sewajarnya.

(6) Apabila didapati ada keterangan yang cukup atau ada suatu
pengakuan bersalah di bawah sama ada di bawah perenggan (1) atau
perenggan (2) Kaedah 66 untuk mematutkan pependapat mahkamah,
maka pependapat mahkamah itu dan apa-apa hukuman yang sah
berikutan dengannya boleh disahkan, dan jika disahkan, hendaklah
menjadi sah, walaupun ada sesuatu yang menyimpang dari Kaedah-
kaedah ini, jika sidituduh telah tidak terjejas oleh penyimpangan itu.

(7) Apabila seseorang Pegawai Pengesah telah mengesahkan


pependapat dan hukuman sesuatu mahkamah atau tidak memberi
pengesahan terhadapnya, ia hendaklah menghantar rekod perbicaraan
itu kepada Pegawai Memerintah sidituduh supaya sidituduh diberitahu
secara rasmi pependapat dan hukuman itu, atau tentang fakta bahawa
pengesahan telah tidak diberi, mengikut mana yang berkenaan. Fakta
mengenai pemberitahuan rasmi itu hendaklah direkodkan dalam rekod
perbicaraan mengikut bentuk yang diperuntukkan dalam Jadual
Kesebelas kepada Kaedah-kaedah ini. Jika pengesahan tidak diberi
oleh sebab Pegawai Pengesah tidak bersetuju dengan keputusan
mahkamah menolak sesuatu rayuan terhadap bidangkuasa atau suatu
rayuan menghalang perbicaraan atau menolak bantahan terhadap
pertuduhan itu maka sidituduh hendaklah diberitahu sedemikian.

100. PEMINDAAN

(1) Perbicaraan dan keputusan sesuatu mahkamah, apabila dipinda


hendaklah direkodkan dalam rekod pembicaran mengikut bentuk yang
berkenaan yang diperuntukkan dalam Jadual Kesebelas kepada
Kaedah-kaedah ini, dan Yang DiPertua hendaklah mentarikhkan dan
menandatangani rekod dan keputusan itu dan mengembalikannya
kepada Pegawai Pengesah, selepas ia ditandatangani oleh Hakim
Peguam jika ada.

(2) Jika seseorang sidituduh dibebaskan, apabila perbicaraan dan


keputusan mahkamah dipinda, pependapat yang dipinda itu hendaklah
diberitahu kepada sidituduh mengikut apa-apa cara yang ditentukan
oleh Pegawai Pengesah.

60 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

Bahagian XIII
PETISYEN

101. PETISYEN

(1) Jika seseorang sidituduh yang telah dijatuhkan hukuman oleh


suatu Mahkamah Tentera atau yang didapati oleh suatu Mahkamah
Tentera sebagai tidak layak untuk dibicarakan atau sebagai tidak
bersalah oleh sebab gila hendak membuat petisyen terhadap
pependapat atau hukuman itu atau kedua-duanya sebelum ia disahkan,
sidituduh itu hendaklah mengemukakan suatu petisyen kepada
Pegawai Pengesah dalam bentuk yang berkenaan yang diperuntukkan
dalam Jadual Kedua-belas kepada Kaedah-kaedah ini.

(2) Jika seseorang sidituduh yang telah dijatuhkan hukuman oleh


suatu Mahkamah Tentera hendak membuat petisyen setelah hukuman
itu disahkan, sidituduh itu hendaklah mengemukakan suatu petisyen
kepada Pihak Berkuasa Kajian Semula untuk menyemak semula
sesuatu hukuman Mahkamah Tentera di bawah Seksyen 128 kepada
Akta ini pada bila-bila masa dalam tempoh enam bulan dari tarikh
pengesahan dalam bentuk yang berkenaan yang diperuntukkan dalam
Jadual Kedua-belas kepada Kaedah-kaedah ini.

(3) Dalam mana-mana daripada hal-keadaan yang dinyatakan dalam


ruangan pertama dalam senarai orang-orang yang kepadanya
petisyen-petisyen boleh dikemukakan di bawah kaedah ini, yang
diperuntukkan dalam Jadual Kedua belas kepada Kaedah-kaedah ini,
sesuatu petisyen di bawah perenggan (2) yang dikemukakan kepada
orang yang dinyatakan berhubung dengan hal keadaan yang tersebut
dalam ruangan kedua senarai itu hendaklah disifatkan sebagai telah
dikemukakan kepada pihak berkuasa yang kepadanya petisyen itu
dialamatkan.

Bahagian XIV
TANGGUNGJAWAB MAHKAMAH, HAKIM PEGUAM,
PENDAKWA dan PEGAWAI ATAU PEGUAM PEMBELAAN

102. KEWAJIPAN-KEWAJIPAN YANG DIPERTUA

Yang DiPertua hendaklah memastikan bahawa perbicaraan


dijalankan mengikut Akta dan mengikut Kaedah-kaedah ini dan cara
yang sesuai bagi sesuatu mahkamah keadilan dan khususnya:-

(a) mempastikan bahawa pendakwa dan pegawai atau


peguam pembelaan menjalankan kewajipan-kewajipan mereka
mengikut Akta dan mengikut Kaedah-kaedah ini;

(b) memastikan bahawa sidituduh tidak merugi apa-apa jua


disebabkan kedudukannya sebagai sidituduh atau disebabkan ia
tidak tahu akan sesuatu atau disebabkan ketidakupayaannya

61 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

untuk memeriksa atau memeriksa balas saksi-saksi atau untuk


memberi keterangan sendiri dengan jelas dan boleh difahami
atau selainnya;

(c) memastikan bahawa seorang pegawai di bawah arahan


tidak menyatakan sesuatu pendapat kepada mahkamah
mengenai apa-apa perkara berhubung dengan perbicaraan
sebelum mahkamah mencapai suatu pependapat dan juga
mengenai hukuman sebelum mahkamah membuat keputusan
mengenai hukuman itu;

(d) Jika tidak ada seseorang Hakim Peguam, memastikan


bahawa suatu rekod perbicaraan yang sewajarnya dibuat
mengikut Kaedah 96 dan bahawa rekod perbicaraan dan eksibit-
eksibit adalah dikawal dengan sewajarnya mengikut Kaedah 98.

103. KEWAJIPAN-KEWAJIPAN AM HAKIM PEGUAM

(1) Hakim Peguam adalah bertanggungjawab atas pelaksanaan


yang sewajarnya akan tugas-tugasnya kepada Hakim Peguam Negara.

(2) Pendakwa dan sidituduh masing-masing, adalah sentiasa berhak


mendapat pendapat Hakim Peguam selepas ia dilantik untuk bertugas
dalam perbicaraan mengenai apa-apa soal undang-undang atau acara
berhubung dengan pertuduhan atau perbicaraan itu sama ada Hakim
Peguam itu berada di dalam atau di luar mahkamah, dengan syarat
bahawa apabila ia berada di dalam mahkamah hak untuk mendapat
pendapatnya adalah tertakluk kepada kebenaran mahkamah.

(3) Apabila mahkamah bersidang, Hakim Peguam hendaklah


menasihatkan mahkamah mengenai apa-apa kecacatan tentang
penubuhan mahkamah itu atau tentang kertas pertuduhan,dan dalam
masa perbicaraan ia hendaklah menasihatkan mahkamah mengenai
semua soal undang-undang atau acara yang mungkin timbul.
Mahkamah hendaklah menerima nasihatnya itu, sebab-sebab mengapa
ia tidak menerimanya hendaklah direkodkan dalam perbicaraannya.

(4) Selepas ucapan-ucapan penutup, Hakim Peguam hendaklah


menggulung keterangan dan menasihatkan mahkamah mengenai
undang-undang berhubung dengan kes itu sebelum mahkamah tutup
untuk menimbangkan pependapatnya. Jika semasa menimbangkan
pependapatnya mahkamah memerlukan nasihat lanjut daripada Hakim
Peguam, mahkamah hendaklah menangguhkan penimbangannya dan
meminta dan diberi nasihat itu dalam mahkamah terbuka.

(5) Jika apabila mahkamah mengumumkan suatu pependapat


bersalah atau suatu pependapat khas di bawah seksyen 114 Akta atau
Kaedah 81 (3), hakim peguam berpendapat bahawa pependapat
bahawa pependapat khas itu adalah berlawanan dengan undang-
undang berhubung dengan kes itu, hakim peguam hendaklah sekali

62 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

lagi, tetapi tidak lebih daripada sekali lagi, menasihatkan mahkamah


tentang apakah pependapat-pependapat dalam mahkamah tertutup.
Rekod perbicaraan berhubung dengan penimbangan semula itu
hendaklah dibuat dalam borang yang diperuntukkan dalam Jadual
Ketiga belas kepada Kaedah-kaedah ini.

(6) Hakim Peguam hendaklah hadir bila-bila sahaja mahkamah


bersidang sama ada dalam mahkamah tertutup atau terbuka, kecuali
apabila mahkamah menimbangkan pependapat atas pertuduhan itu
atau atas pemindaannya.

(7) Hakim Peguam adalah sama-sama mempunyai kewajipan dengan


Yang DiPertua bagi memastikan bahawa sidituduh tidak merugi apa-
apa jua disebabkan kedudukannya sebagai sidituduh atau disebabkan
ia tidak tahu akan sesuatu atau disebabkan ketidakupayaannya untuk
memeriksa atau memeriksabalas saksi-saksi atau untuk memberi
keterangannya sendiri dengan jelas dan boleh difahami, atau selainya.

(8) Hakim Peguam adalah bertanggungjawab memastikan supaya


rekod perbicaraan dibuat dengan sewajarnya mengikut Kaedah-
Kaedah 96 dan adalah juga bertanggungjawab atas penyimpanan
selamat rekod perbicaraan itu di bawah Kaedah 98.

104. HAKIM PEGUAM BERSIDANG SEORANG DIRI.

(1) Jika ada seorang Hakim Peguam dan-

(a) Seseorang sidituduh, sebelum membuat pengakuan


terhadap suatu pertuduhan, membuat rayuan menghalang
perbicaraan; atau.

(b) dalam masa perbicaraan itu, sesuatu soal timbul mengenai


penerimaan keterangan; atau

(c) dalam masa perbicaraan bersama, permohonan dibuat


oleh mama-mana daripada sidituduh untuk diadakan perbicaraan
berasingan; atau

(d) Permohonan dibuat oleh seorang sidituduh untuk sesuatu


pertuduhan dibicarakan secara berasingan; atau

(e) Permohonan dibuat oleh suatu pihak yang memanggil


seorang saksi untuk kebenaran menganggap saksi itu sebagai
menentang; atau

(f) pengemukaan dibuat kepada mahkamah berkenaan


dengan sesuatu pertuduhan bahawa pihak pendakwa telah gagal
mengadakan suatu kes prima facie untuk dijawab oleh sidituduh

63 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

maka Yang DiPertua boleh mengarahkan supaya perkara yang


dipersoalkan itu diputuskan oleh Hakim Peguam tanpa kehadiran Yang
DiPertua dan anggota-anggota mahkamah dan mana-mana pegawai di
bawah arahan. Jika Yang DiPertua mengarahkan sedemikian, Yang
DiPertua, anggota-anggota mahkamah dan mana-mana pegawai di
bawah arahan hendaklah menarik diri dari mahkamah.

(2) Apabila Yang DiPertua dan ahli-ahli mahkamah dan mana-mana


pegawai di bawah arahan telah menarik diri mengikut perenggan (1).
Hakim Peguam hendaklah mendengar hujan-hujan dan keterangan
berkaitan dengan perkara yang dipersoalkan itu dan hendaklah
memberi pendapatnya mengenai perkara itu dan sebab-sebab baginya
yang difikirkannya perlu. Selepas Hakim Peguam memberi
pendapatnya, Yang DiPertua dan anggota-anggota mahkamah dan
mana-mana pegawai di bawah arahan hendaklah kembali ke bilik
mahkamah dan Hakim Peguam hendaklah mengumumkan pendapatnya
kepada mereka dan mahkamah hendaklah mengikut pendapat itu.

(3) Apabila Hakim Peguam bersidang seorang diri mengikut kaedah


ini, perbicaraan di hadapannya adalah menjadi sebahagian daripada
perbicaraan mahkamah dan seksyen-kecil (1) seksyen 75, seksyen-
seksyen 76,109,110,111,115,116 dan 118 Akta dan Kaedah-kaedah 59,
77, 96, 97, 98, 105, 106, 107, 108, 109, 110, 111, 113, 114, 118 dan 119
hendaklah dipakai bagi perbicaraan di hadapan Hakim Peguam yang
bersidang seorang diri sebagaimana ianya dipakai bagi perbicaraan di
hadapan Yang DiPertua dan anggota-anggota mahkamah, dan apa-apa
perkara yang dibenarkan oleh mahkamah atau oleh Yang DiPertua
boleh dilakukan oleh Hakim Peguam apabila bersidang seorang diri.

(4) Apabila Hakim Peguam bersidang seorang diri mengikut Kaedah


ini dan seseorang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan
melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen-kecil (1) seksyen 75
Akta, Hakim Peguam hendaklah melaporkan perkara yang berlaku itu
kepada Yang DiPertua dan Yang DiPertua hendaklah mengambil apa-
apa tindakan sebagaimana yang difikirkannya sesuai.

(5) Hakim Peguam adalah bertanggungjawab memastikan bahawa


Yang DiPertua dan anggota-anggota mahkamah tidak melihat rekod
perbicaraan yang diadakan di hadapan Hakim Peguam yang bersidang
seorang diri sehingga mahkamah telah mengumumkan
pependapatnya.

105. KEWAJIPAN PENDAKWA DAN PENGAWAL ATAU PEGUAM


PEMBELAAN

(1) Adalah menjadi kewajipan pendakwa dan pegawai atau peguam


pembelaan membantu mahkamah dalam mentadbirkan keadilan,
menghormati mahkamah dan Hakim Peguam dengan sewajarnya dan
mengemukakan kes-kes mereka secara saksama dan khususnya-

64 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

(a) mematuhi Kaedah-kaedah ini dan amalan mahkamah-


mahkamah awam dalam Malaysia berhubung dengan
pemeriksaan, pemeriksaan-balas dan pemeriksaan semula
saksi-saksi;

(b) tidak menyebut apa-apa perkara yang tidak berkaitan


dengan pertuduhan yang ada di hadapan mahkamah; dan

(c) tidak menyatakan sebagai suatu perkara fakta apa-apa


perkara yang tidak dibuktikan atau yang tidak dicadang hendak
di buktikan dengan keterangan oleh mereka.

(2) Tanpa menyentuh keluasan mana-mana peruntukan perenggan


(1) adalah menjadi kewajipan pendakwa membentangkan semua hal
mengenai sesuatu kes di hadapan mahkamah dan tidak mengambil
apa-apa peluang yang tidak wajar dari kedudukan sidituduh atau
menyembunyikan apa-apa keterangan yang berfaedah bagi sidituduh.

106. MENJALANKAN HAK SIDITUDUH

(1) Apa-apa hak yang diberi Kaedah-kaedah ini kepada sidituduh di


sesuatu mahkamah untuk memanggil atau memeriksa saksi-saksi atau
untuk berucap kepada mahkamah, apa-apa hak sidituduh untuk
membantah terhadap penerimaan keterangan sesuatu mahkamah dan
apa-apa hak yang diberi kepada sidituduh oleh Kaedah-kaedah 51(6),
51(7), 51(8), 53, 57, 61, 62, 63, 64, 65, 72, 73, 87, 96, 98(3) dan 103(2),
boleh dijalankan oleh pegawai atau peguam pembelaannya bagi
pihaknya, dan apa-apa ucapan, permintaan, permohonan, tuntutan,
pengemukaan, bantuan atau rayuan terhadap bidangkuasa atau
menghalang perbicaraan yang dibuat di suatu mahkamah oleh
sidituduh hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk apa-apa ucapan,
permintaan, permohonan, tuntutan, pengemukaan, bantahan atau
rayuan terhadap bidangkuasa atau menghalang perbicaraan yang
dibuat di sesuatu mahkamah oleh pegawai pembelaannya bagi
pihaknya.

(2) Jika sidituduh akan dibela oleh seorang peguam yang bukan
dilantik oleh Pihak Berkuasa Sidang, sidituduh hendaklah memberi
notis secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Sidang mengenai fakta ini
tidak kurang daripada dua puluh empat jam sebelum perbicaraan.

Bahagian XV
KEHADIRAN, MEMANGIL DAN PEMERIKSAAN SAKSI-SAKSI

107. MENDAPATKAN KEHADIRAN SAKSI-SAKSI.

(1) Seseorang saksi yang tertakluk kepada undang-undang


perkhidmatan boleh diperintahkan oleh pihak berkuasa tentera yang

65 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

berkenaan supaya menghadiri suatu perbicaraan oleh Mahkamah


Tentera.

(2) Seorang saksi yang tidak tertakluk kepada undang-undang


perkhidmatan boleh disaman supaya menghadiri suatu perbicaraan
oleh Mahkamah Tentera dengan suatu perintah yang ditandatangani
oleh seorang pegawai yang diberi kuasa mengadakan suatu
mahkamah atau oleh seorang pegawai turus bagi pihaknya, atau oleh
yang diperuntukkan dalam Jadual Keempat belas kepada Kaedah-
Kaedah ini dan perintah itu hendaklah disampaikan kepada saksi itu
sama ada kepadanya sendiri atau dengan meninggalkannya kepada
seseorang-orang di tempat tinggal saksi itu yang biasa.

108. PENTADBIRAN SUMPAH BAGI SAKSI-SAKSI.

Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya oleh Akta,


sumpah hendaklah ditadbirkan bagi tiap-tiap seorang saksi mengikut
kaedah 59 sebelum ia memberi keterangan dan di hadapan sidituduh.

109. PENGEKSKLUSIAN SAKSI-SAKSI.

Dalam masa suatu perbicaraan seseorang saksi, lain daripada


pendakwa atau sidituduh, tidak boleh, kecuali dengan izin
mahkamah,berada dalam mahkamah semasa tidak di periksa dan jika
semasa ia sedang diperiksa suatu perbincangan timbul mengenai
keterangan mahkamah boleh mengarahkan saksi itu menarik diri dalam
masa perbincangan itu.

110. PEMERIKSAAN SAKSI-SAKSI.

(1) Seseorang saksi boleh diperiksa oleh seorang yang


memanggilnya dan boleh diperiksa-balas oleh yang pihak satu lagi
dalam perbicaraan itu dan apabila tamat sesuatu pemeriksaan-balas
itu boleh diperiksa semula oleh orang yang telah memanggilnya
mengenai perkara-perkara yang timbul dari pemeriksaan-balas itu.

(2) Orang yang memeriksa seseorang saksi hendaklah


mengemukakan soalannya kepada saksi itu secara lisan dan melainkan
jika bantahan dibuat oleh saksi itu, mahkamah, Hakim Peguam,
pendakwa atau oleh sidituduh,saksi itu hendaklah menjawab dengan
serta merta. Jika bantahan itu dibuat,saksi itu tidak boleh menjawab
sehingga bantahan itu telah selesai.

(3) Mahkamah boleh membenarkan pemeriksaan-balas atau


pemeriksaan semula seseorang saksi ditangguhkan.

111. PEMERIKSAAN OLEH MAHKAMAH DAN HAKIM PEGUAM.

66 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

(1) Yang DiPertua, Hakim Peguam dan, dengan kebenaran Yang


DiPertua, mana-mana anggota mahkamah boleh mengemukakan
soalan-soalan kepada seseorang saksi.

(2) Apabila sesuatu soalan itu dijawab, pendakwa dan sidituduh


boleh mengemukakan kepada saksi itu apa-apa soalan yang
nampaknya wajar kepada mahkamah yang timbul daripada jawapan
yang telah diberinya itu.

112. MENEMUDUGA SAKSI-SAKSI

(1) Pendakwa tidak boleh tanpa izin Pihak Berkuasa Sidang atau,
selepas perbicaraan dimulakan, tanpa izin Yang DiPertua, menemu
duga mana-mana saksi yang kehadirannya di perbicaraan itu telah
diminta oleh sidituduh mengikut perenggan (6) Kaedah 51.

(2) Baik sidituduh mahupun sesiapa jua bagi pihaknya tidak boleh
tanpa izin Pihak Berkuasa Sidang, atau, selepas perbicaraan
dimulakan tanpa izin Yang DiPertua menemu duga mana-mana saksi
bagi pihak pendakwa.

Bahagian XVI
PENANGGUHAN

113. PENANGGUHAN.

(1) Dalam masa sesuatu perbicaraan, mahkamah boleh


menangguhkan sidangnya dari semasa ke semasa dan dari setempat
ke setempat sebagaimana yang perlu bagi kepentingan keadilan.

(2) Sesuatu mahkamah boleh menangguhkan sidangnya pada bila-


bila masa untuk berunding dengan Pihak Berkuasa Sidang mengenai
sesuatu perkara undang-undang.

(3) Jika dalam masa sesuatu perbicaraan timbul sesuatu sebab yang
memerlukan mahkamah berhenti mendengar kes yang berkenaan itu
mahkamah hendaklah menangguhkan sidangnya dan melaporkan hal
itu kepada Pihak Berkuasa Sidang.

(4) Jika pada bila-bila masa dalam sesuatu perbicaraan sidituduh


jatuh sakit dan mahkamah berpendapat bahawa penyakitnya itu adalah
sebegitu keadaannya hingga tidak praktik perbicaraan itu diteruskan,
mahkamah hendaklah mempastikan fakta penyakit itu dah hendaklah
kemudiannya menangguhkan sidangnya dan melaporkan hal itu
kepada Pihak Berkuasa Sidang.

114. MELIHAT TEMPAT ATAU BENDA.

Jika pada bila-bila masa dalam sesuatu perbicaraan sebelum


mahkamah tutup untuk menimbangkan pependapatnya mahkamah

67 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

berpendapat bahawa ia patut, bagi kepentingan keadilan, melibat


sesuatu tempat atau benda, ia boleh menangguhkan sidangnya bagi
maksud itu. Apabila mahkamah melibat sesuatu tempat atau benda,
yang di pertua, anggota-anggota mahkamah, Hakim Peguam,
pendakwa sidituduh dan pegawai atau peguam pembelaan hendaklah
hadir.

115. Ketidakhadiran Yang DiPertua, anggota-anggota mahkamah atau


hakim peguam.

(1) Jika selepas dimulakan perbicaraan, Yang DiPertua mati atau


pun tidak dapat hadir, mahkamah hendaklah menangguhkan sidangnya
dan anggotanya yang kanan hendaklah melaporkan hal itu kepada
Pihak Berkuasa Sidang.

(2) Jika selepas dimulakan perbicaraan, mana-mana anggota


mahkamah mati atau pun tidak dapat hadir, mahkamah, jika bilangan
anggotanya tidak dengan itu kurang daripada bilangan minimum yang
dikehendaki oleh undang-undang, hendaklah meneruskan perbicaraan
itu tetapi jika bilangan anggotanya kurang daripada bilangan minimum
yang dikehendaki oleh undang-undang, mahkamah hendaklah
menangguhkan sidangnya dan Yang DiPertua hendaklah melaporkan
hal itu kepada Pihak Berkuasa Sidang.

(3) Jika seseorang Hakim Peguam yang telah dilantik untuk


bertindak di suatu perbicaraan mati atau tidak dapat hadir, mahkamah
hendaklah menangguhkan sidangnya dan Yang DiPertua hendaklah
melaporkan hal itu kepada Pihak Berkuasa Sidang.

(4) Jika Yang DiPertua atau seorang anggota mahkamah tidak hadir
dalam masa sesuatu bahagian suatu perbicaraan, ia tidak boleh
mengambil apa-apa bahagian lanjut dalam perbicaraan itu dan
langkah-langkah hendaklah diambil seolah-olah Yang DiPertua atau
anggota itu, mengikut mana yang berkenaan, telah mati.

(5) Seseorang pegawai tidak boleh ditambah pada sesuatu


mahkamah selepas sidituduh dihadap dan dipertuduhkan.

BAB XVII
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN PERLBAGAI

116. HUKUMAN-HUKUMAN RINGAN.

Sesuatu mahkamah boleh mengaward apa-apa hukuman ringan


sebagaimana yang boleh diaward oleh seorang Pegawai Memerintah.

117. MENGGANTUNG HUKUMAN PENJARA ATAU TAHANAN.

68 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

(1) Sesuatu mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara atau


tahanan selama tidak lebih daripada dua tahun boleh, menurut seksyen
135 Akta memerintahkan supaya hukuman itu digantung selama suatu
tempoh tidak kurang daripada satu tahun mulai dari tarikh perintah itu
dan dalam hal yang demikian hukuman itu tidak boleh berkuatkuasa
melainkan jika dalam masa penggantungan itu pesalah itu melakukan
suatu kesalahan lain.

(2) Sesuatu perintah mahkamah yang membatalkan perintah


penggantungan sesuatu mahkamah hendaklah direkodkan dalam
rekod perbicaraan mengikut borang yang diperuntukkan dalam Jadual
Kesembilan kepada Kaedah-kaedah ini.

118. PENYIMPANGAN BENTUK-BENTUK DALAM JADUAL-JADUAL.

Penyimpangan atau ketinggalan daripada sesuatu bentuk atau


bentuk perkataan-perkataan yang diperuntukkan dalam Jadual kepada
Kaedah-kaedah ini tidak boleh semata-mata oleh sebab penyimpangan
atau ketinggalan itu menjadikan sesuatu dokumen, perbuatan atau
perbicaraan tidak sah.

119. KES-KES YANG TIDAK DILIPUTI OLEH KAEDAH-KAEDAH.

Mengenai sesuatu kes yang tidak ada peruntukan dibuat baginya


oleh Kaedah-kaedah ini sesuatu cara yang dikira paling baik bagi
mencapai keadilan hendaklah dipakai.

120. PEMAKAIAN KAEDAH-KAEDAH AM KETERANGAN.

Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainya dengan nyata


dalam Akta ini atau dalam mana-mana kaedah yang dibuat di
bawahnya, kaedah-kaedah keterangan termasuk Akta Keterangan
1950, yang di buat dalam perbicaraan kes-kes jenayah di hadapan
mahkamah awam dalam Persekutuan hendaklah setakat mana ia tidak
berlawanan dengan peruntukan-peruntukan Akta ini atau dengan
mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya dipakai bagi Mahkamah-
Mahkamah Tentera.

121. TIDAK DIPAKAI LAGI.

Kaedah-kaedah Acara berhubung dengan perbicaraan


Mahkamah Tentera yang dibuat atau diterima di bawah Enakmen Askar
Enakmen Askar Melayu, Bab. N.M.B. 42, Ordinan Tentera Laut 1958
dan Ordinan Tentera Udara 1958 tidaklah lagi dipakai bagi Angkatan
Tentera Persekutuan.

69 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

JADUAL PERTAMA

AKTA ANGKATAN TENTERA 1972


KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

(Kaedah 15 (1))

Alamat unit ................................................................................................................................................................................


* LAPURAN KELENGAHAN LAPAN HARI DI BAWAH SEKSYEN 94 (2)

Nombor, Pangkat dan Nama sidituduh .....................................................................................................................................

Tarikh diletak dalam tangkapan ....................,20......

Kesalahan/kesalahan-kesalahan yang dikatakan Tarikh kesalahan/kesalahan yang dikatakan


............................................................................. ..................................
............................................................................. ..................................

1. Sidituduh adalah dalam Rapi ...................................


Longgar ...................................
2. Sebab-sebab ia ditahan dalam tangkapan ialah ........................................................................
3. Permohonan perbicaraan telah dibuat pada ...................................
belum dibuat kerana ...................................
4. Jabatan Undang-undang telah dirundingi pada ...................................
belum dirundingi kerana ...................................
5. Nasihat Jabatan Undang-undang telah diterima pada ...................................
belum diterima ...................................
6. Tindakan atas nasihat Jabatan Undang-undang sedang diambil seperti berikut ...................................................................
telah diambil ...................................................................
7. Tarikh perbicaraan belum ditetapkan ...................................................................
telah ditetapkan pada
8. Sebab-sebab kelengahan semenjak laporan yang terakhir ...................................................................

Tarikh……………………… ......................................................
Pangkat, nama dan tandatangan
Pegawai Memerintah

 Masukkan ‘ pertama’,‘kedua’ atau ‘ terakhir’ mengikut mana yang berkenaan


! Potong mana yang tidak berkenaan

70 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

JADUAL KEDUA

AKTA ANGKATAN TENTERA 1972

KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA


(MAHKAMAH TENTERA)

(Kaedah 22 (1))

Bahagian I

WAREN GELEDAH

Kepada ……………………………………………………………………………………….............…………………………………… 1
(Nombor,pangkat, nama, unit)

1. Tuan adalah dengan ini diberi kuasa dan dikehendaki mencari barang-barang dan dokumen-dokumen yang
dinyatakan dalam Lampiran di bawah ini di……………………………………………………………2 dan, jika dijumpai,
mengemukakannya dengan serta merta di hadapan…………………………………………………… 3 dan, jika dijumpai
mengembalikan Waren ini setelah sahaja ia dilaksanakan dengan suatu catatan memperakui tindakan yang tuan telah di
bawahnya.

2. Waren ini adalah sah selama tempoh ……………………………………………………………………………4

Tarikh.....……….5 …………………………………………………
Pangkat, nama dan tandatangan
Yang DiPertua Mahkamah Tentera/Pegawai
Memerintah /Pegawai Polis Tentera 6

LAMPIRAN 7
Bahagian II

CATITAN 8

3. Saya dengan ini memperakui bahawa pada ………………………………………………………………9 saya telah menjalankan
penggeledahan dan dalam masa penggeledahan itu, saya telah mensita barang-barang dan dokumen-dokumen
berikut...............................……………………………………………………………………………………………………10

4. Penggeledahan itu telah dijalankan di hadapan saksi-saksi yang bertandatangan di bawah ini:

Tarikh…………………………………….11 ………………………………………………………………12
Nombor, pangkat, nama, Jawatan
Saksi:
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………… 13
Nombor, nama, alamat

NOTA :

1. Butir-butir mengenai orang yang kepadanya Waren Geledah diarahkan


2. Perlihalkan tempat, bangunan, rumah atau bahagiannya, yang padanya penggeledahan itu akan terhad.
3. Butir-butir mengenai pihak berkuasa yang mengeluarkan.
4. Nyatakan bilangan pihak berkuasa yang mengeluarkan.
5. Tarikh Waren Geledah dikeluarkan.
6. Potong mana yang berkenaan.
7. Barang-barang dan dokumen-dokumen yang hendak disita.
8. Untuk diisi oleh orang yang telah menjalankan pengendahan.
9. Tarikh, masa dan tempat penggeledahan.
10. Senarai barang-barang dan dokumen-dokumen yang telah diisi dan tempat di mana barang-barang dan dokumen-dokumen itu
telah dijumpai.
11. Tarikh penggeledahan.
12. Tandatangan dan butir-butir mengenai orang yang telah menjalankan penggeledahan.
13. Tandatangan dan butir-butir mengenai saksi-saksi.

71 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

JADUAL KETIGA

AKTA ANGKATAN TENTERA 1972

KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATA TENTERA


(MAHKAMAH TENTERA) 1976
(Kaedah 36)

RINGKASAN KETERANGAN

Ringkasan keterangan dalam kes……………………………………………(nombor, pangkat,


nama,unit atau lain-lain perihal).

Diambil oleh (Pegawai Memerintah sidituduh) …………………………………… (pangkat, nama,


unit) atas arahan memerintah sidituduh).

atau

....saksi bagi …………………………………………………….(nombor, pangkat, nama, unit, atau lain-lain


pihak perihal), setelah mengangkat sumpah dengan sewajarnya, menyatakan:
pendakwa
( oleh sidituduh)

Soalan 1 :…………………………………………………………..

Jawapan 1:………………………………………………………….
Atau

(Sidituduh enggan memeriksa balas saksi ini)

………………………………………………………………………………………….
Tandatangan dan pangkat (Jika ada Saksi)

atau

....saksi bagi …………………………………………………………………..(nombor, pangkat, nama, unit, atau


pihak lain-lain perihal. Suatu pernyataan bertulis mengenai keterangan saksi ini, yang berupa sebagai
pendakwa ditandatangani olehnya, telah dibaca kepada sidituduh dan adalah dimasukkan dalam ringkasan
ini pada muka surat ………………………. Memandang kepada ……………………….........…
(masukkan alasan-alasan mengapa saksi tidak hadir- lihat Kaedah 35 (b) kehadiran saksi tidak
boleh, pada pendapat saya, diperolehi dengan mudah.

(Sidituduh tidak menuntut supaya saksi ini hadir untuk diperiksa-balas).(Sidituduh menuntut
supaya saksi ini hadir untuk diperiksa-balas tetapi saksi ini tidak boleh dipaksa dan telah enggan
hadir).
……………………………………………………………………………………
(Tandatangan pegawai yang mengambil ringkasan keterangan)

atau

....saksi bagi …………………………………………………………..(Perihal)


pihak
pendakwa Suatu pernyataan bertulis mengenai keterangan saksi ini telah dibacakan kepada sidituduh dan
adalah dimasukkan dalam ringkasan ini pada muka surat
……………………………………….(Sidituduh tidak membantah terhadap pemakaian Kaedah
Acara 35 (c).) (Sidituduh membantah terhadap pemakaian Kaedah Acara 35 (c) tetapi saksi
tidak boleh dipaksa dan telah enggan hadir).

…………………………………………………………………………………
Tandatangan pegawai yang mengambil Ringkasan keterangan

72 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

Sidituduh yang telah diberi amaran dengan sewajarnya mengikut Kaedah Acara 35 (d)
menangguhkan pembelaannya.

Atau

Sidituduh yang telah diberi amaran dengan wajar mengikut Kaedah Acara 35 (d) memilih (untuk
memberi keterangan dengan mengangkat sumpah) (untuk membuat suatu pernyataan dengan
tidak mengangkat sumpah) dan untuk memanggil saksi (saksi-saksi).

....saksi bagi Sidituduh……………………………………………………………………(nombor, pangkat, nama,


pihak unit atau lain-lain perihal) setelah mengangkat sumpah dengan sewajarnya menyatakan:
pembela

…………………………………………………………………………………..
(Tandatangan dan pangkat (jika ada) saksi)

………………………………………………………………………………. (nombor, pangkat, nama


unit atau lain-lain perihal).

....saksi bagi Suatu pernyataan bertulis mengenai keterangan saksi ini yang berupa sebagai ditandatangani
pihak olehnya, telah dibacakan kepada sidituduh dan adalah dimasukkan dalam ringkasan ini pada
pembela muka surat ...................………………………….. Memandang kepada ……………………………
(masukkan alasan-alasan mengapa saksi tidak hadir-lihat kaedah 35 (e)) kehadiran saksi tidak
boleh, pada pendapatnya saya, diperolehi dengan mudah.

…………………………………………………………………………………………….
Tandatangan pegawai yang mengambil Ringkasan keterangan)

Diperakui bahawa Kaedah Acara 35 telah dipatuhi.

Ringkasan keterangan ini telah diambil oleh saya di ………………………………….. di hadapan


dan dalam pendengaran sidituduh pada ....... haribulan ............... 20 ………………

…………………………………………………………………………………..
(Tandatangan dan pangkat pegawai yang mengambil Ringkasan Keterangan)

CABUTAN KETERANGAN

Cabutan keterangan dalam kes ……………………………(nombor, pangkat, nama unit atau lain-lain perihal) terdiri daripada
………………………………………………….. (masukkan bilangan pernyataan) pernyataan-pernyataan yang dilampirkan
dan……………………………………………………………….(masukkan bilangan ikhtisar) ikhtisar keterangan saksi-saksi bagi
pihak pendakwa dan disusun oleh saya [Pegawai Memerintah sidituduh] [………………………………………atas arahan
Pegawai Memerintah sidituduh].

Tarikh…………………………….. ……………………………………………………………………………….
Tandatangan dan pangkat

73 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

PERAKUAN YANG AKAN DILAMPIRAN KEPADA


CABUTAN KETERANGAN SELEPAS IA DISERAHKAN
KEPADA SIDITUDUH

Diperakui bahawa saya1……………………………………………………….. telah menyerahkan kepada sidituduh 2


………..............................……………………. suatu salinan cabutan keterangan berhubung dengannya bertarikh
…………………………… hari bulan ………….. 20…….. dan telah memberi amaran dengan sewajarnya kepadanya
mengikut Kaedah Acara 36 (2) dan bahawa [pada ……………………………… hari bulan ………….. 20……… ia telah
memilih untuk membuat dan menandatangani pernyataan itu yang ditandakan ……………………………… dan dilampirkan
kepada perakuan ini [ia telah tidak membuat suatu pernyataan].[Sidituduh telah mengemukakan
………………………………….. pernyataan mengenai keterangan bagi pihak pembela yang ditandakan ………… [masing-
masing] dan dilampirkan kepada perakuan ini].

Bertarikh …………………………… 20………


…………………………………………………………………………….
( Tandatangan pegawai yang memperakui )

1. Masukkan pangkat,nama dan unit pegawai yang menandatangani perakuan.


2. Masukkan nombor, pangkat, nama unit atau lain-lain perihal sidituduh.

SAMAN KEPADA SAKSI SUPAYA MENGHADIRI


PENGAMBILAN RINGKASAN KETERANGAN

Kepada……………………………………………………………………………..1

BAHAWASANYA suatu pertuduhan telah dibuat terhadap …………………………………………………………….........……2

Dan BAHAWASANYA saya telah mengarahkan supaya suatu ringkasan keterangan diambil di ………………………………..3
pada ...... hari bulan ………………… 20……

MAKA, MENURUT SEKSYEN 119 AKATA ANGKATAN TENTERA 1972 DAN KAEDAH 107 DALAM KAEDAH-KAEDAH
ACARA ANGKATAN TENTERA (MAHKAMAH-TENTERA) 1976 YANG DIBUAT DI BAWAHNYA, KAMU ADALAH DENGAN
INI DISAMAN dan dikehendaki menghadiri sebagai seorang saksi pengambilan Ringkasan keterangan yang tersebut di
………………………………3 pada ……… hari bulan ..…………… 20…… pada pukul ……………..pagi/petang dan
membawa bersama kamu dokumen-dokumen yang disebutkan ini, iaitu 4 ………………......……………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Jika kamu tidak hadir sebagaimana tersebut di atas maka kamu akan menanggung akibatnya.

Diberi di bawah tandatangan saya di……………………………………………………………………………………………...........


pada……… hari bulan......... 20.........

.………………………………………………………………………………………
(Tandatangan, pangkat dan unit)
Pegawai Memerintah sidituduh

1. Masukkan nama dan alamat orang yang kepadanya saman hendak dihantar.
2. Masukkan nombor, pangkat, nama, unit atau lain-lain perihal diambil.
3. Masukkan tempat di mana ringkasan hendak di ambil
4. Nyatakan dokumen-dokumen (jika ada) yang dikehendaki di bawah oleh saksi itu. Jika saksi itu tidak dikehendaki
membawa apa-apa dokumen, potong perkataan-perkataan yang berkaitan dengan dokumen-dokumen

74 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

JADUAL KEEMPAT

AKTA ANGKATAN TENTERA 1972

KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA


(MAHKAMAH TENTERA) 1976
(Kaedah 39(5))

CONTOH-CONTOH KERTAS PERTUDUHAN

(1) Berikut adalah suatu contoh kertas pertuduhan mengandungi dua pertuduhan;
KERTAS PERTUDUHAN

Sidituduh No.100010, Koperal XYZ, Batalion Pertama, Askar Melayu, seorang askar laskar angkatan tetap yang tertakluk
kepada Undang-Undang Perkhidmatan di bawah seksyen 209 Akta Angkatan Tentera 1972 adalah dipertuduhkan atas

PERTUDUHAN PERTAMA

KESALAHAN MABUK BERLAWANAN DENGAN SEKSYEN 60 AKTA ANGKATAN TENTERA 1972,

Iaitu dia ……………………………………………………………………………………………………………………………………..


telah dijumpai mabuk ABC, BAR, Jalan padang Tembak, Kuala Lumpur pada ……………………..…………………………….
lebih kurang jam 22.30.

PERTUDUHAN KEDUA

KESALAHAN ABSEN TANPA KEBENARAN DARI PERKHIDMATAN BERLAWANAN DENGAN SEKSYEN 55 AKTA
ANGKATAN TENTERA 1972,

Iaitu dia, …………………………………………………………………………………………………………………....………………


di …………………………………………………………….. telah mengabsenkan dirinya tanpa kebenaran dari perkhidmatan
mulai dari ...................... hingga ………………………..

Kem Batu Garison


Kuala Lumpur

Tarikh………………………..
…………………………………………………………………………
MEJAR M.N.O.
Memerintah Batalion Pertama Askar Melayu
Pegawai Memerintah Sidituduh

Untuk dibicarakan oleh Mahkamah Tentera

Kem Batu Garison


Kuala Lumpur

Tarikh………………………………………………
…………………………………………………………………….
BERIGEDIAR JENERAL A.B.C
Memerintah
Briged Infantri Pertama

75 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

(2) Berikut adalah suatu contoh kertas pertuduhan mengandungi tiga pertuduhan satu daripadanya dibuat dengan alternatif:

KERTAS PERTUDUHAN

Sidituduh No. 1234567/A Prebet A.B.C, Batalion Pertama, Askar Melayu seorang askar laskar tetap, yang tertakluk kepada
undang-undang perkhidmatan di bawah seksyen 209 Akta Angkatan Tentera 1972, adalah dipertuduhkan atas:

KESALAHAN MENCURI HARTA ANGKATAN TENTERA BERLAWANAN DENGAN SEKSYEN 61 Pertuduhan


(a) AKTA ANGKATAN TENTERA 1972, Pertama

Iaitu dia,
.....……………………………………………………………………...……………………………………..
Di Kem Terendak Melaka pada ……… hari bulan………………20……., pada atau lebih kurang jam
0100, telah mencuri 10 pasang boot kombat, bernilai tiga ratus ringgit (RM 300), harta Angkatan
Tentera.

KESALAHAN MENERIMA HARTA ANGKATAN TENTERA YANG DICURI BERLAWANAN Pertuduhan kedua
DENGAN SEKSYEN 61 (a) AKTA ANGKATAN TENTERA 1972, (alternatif kepada
pertuduhan
Iaitu dia pertama)
……………………………………………………………………………………………………………… di
Kem Terendak Melaka pada………hari bulan…………… 20…… dengan curang telah menerima
sepuluh pasang boot kombat, bernilai tiga ratus ringgit (RM 300) harta Angkatan Tentera, dengan
mengetahuinya telah dicuri atau telah diambil dengan curang.

KESALAHAN LARI DARI JAGAAN YANG SAH BERLAWANAN DENGAN SEKSYEN 67 AKTA Pertuduhan ketiga
ANGKATAN TENTERA 1972,

Iaitu dia ……………………………………………………………....………………………………………….


di Kem Terendak Melaka pada …… hari bulan……………… 20……. pada atau lebih kurang jam
1735, pada masa dalam tangkapan di Bilik Kawal Unitnya, telah lari dari tempat itu.

Kem Terendak
Melaka

Tarikh……………………………..
……………………………………………………………
Mejar X.Y.Z
Memerintah Batalion Pertama
Askar Melayu
Pegawai Memerintah Sidituduh

Untuk dibicarakan oleh Mahkamah Tentera

Kem Terendak, Melaka


Tarikh………………………….

.…………………………………………………………….
KOLONEL P.Q.R
Memerintah,
Briged Infantri Pertama

76 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

(3) Yang berikut adalah suatu contoh kertas pertuduhan di mana dua orang sidituduh adalah diperutuduhkan bersesama:

KERTAS PERTUDUHAN

Sidituduh No. 1234567/E Sarjan B.C.D dan No 1212121/F Prebet F.G.H., KEDUA-DUANYA DARI batalion Kedua Puluh
Dua, Infantri Simpanan Persekutuan, anggota-anggota pasukan simpanan, yang tertakluk kepada undang-undang tentera di
bawah seksyen 209 (d) Akta Angkatan Tentera 1972 adalah dipertuduhkan:

Kedua-dua sidituduh bersama

MELAKUKAN SUATU KESALAHAN AWAM BERLAWANAN DENGAN SEKSYEN 88 AKTA ANGKATAN TENTERA
1972, IAITU. DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA BERLAWANAN DENGAN SEKSYEN 323 KANUN
KESEKSAAN (N.M.B. Bab 45).

Iaitu mereka, …………………………………………………………………………………………………………………………. di


Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur pada ………… hari bulan ……………… 20…… atau lebih kurang jam 1300 telah
menumbuk No.0123123/A P.Q.R., seorang orang awam.

Prebet F.G.H sahaja.

MEMUKUL SEORANG YANG TINGGI PANGKATNYA BERLAWANAN DENGAN SEKSYEN 49 (a)AKTA ANGKATAN
TENTERA 1972,

Iaitu dia…………………………………………………………………………………………………………………………………… di
Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur pada atau lebih kurang jam 1300, telah memukul No. 1212121/F Leftenan M.N.O.
Bahagian Tenaga Kerja.

Kem Sungai Besi

Tarikh………………………………

……………………………………………………
LEFTENAN KOLONEL J.K.L
Memerintah Batalion
Kedua Puluh Dua, Infantri
Simpanan Persekutuan
Pegawai Memerintah Sidituduh

Untuk dibicarakan oleh Mahkamah Tentera

Kem Batu
Kuala Lumpur

Tarikh…………………………………

……………………………………………………………….
BRIGEDIAR F.E.D.
Memerintah, Briged Kedua
Infantri Simpanan Persekutuan

77 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

JADUAL KELIMA

AKTA ANGKATAN TENTERA 1972

KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA


(MAHKAMAH TENTERA) 1976
(Kaedah 48)

PERINTAH SIDANG MAHKAMAH TENTERA

PERINTAH OLEH ............................................................. 1


Yang Memerintah ..............................................................
(Tempat dan tarikh) ..........................................................

Pegawai-pegawai seperti mana yang dinyatakan di bawah ini hendaklah berkumpul di ..........................................................
pada ........ hari bulan ................. 20......... bagi maksud membicarakan dengan Mahkamah Tentera orang/orang-orang yang
dituduh........................................................................................................................................................................................2
................................................................................................................................................................................................... 3

Yang DiPertua
..........................................................................4
Anggota-anggota

..........................................................................
......................................................................... 5
Anggota-anggota Pengganti

..........................................................................
Hakim Peguam*

Hakim Peguam telah dilantik oleh atau bagi pihak Majlis Angkatan Tentera
atau
......................................................................... 6 adalah dengan ini dilantik menjadi hakim peguam

Rekod perbicaraan itu hendaklah dikemukakan kepada: ..................................................................................................

Ditandatangani pada .................... hari bulan ............... 20.......

...........................................................................
(Tandatangan, pangkat, nama dan jawatan Pihak Berkuasa Sidang)

Potong jika tidak berkenaan

1. Masukkan nombor, pangkat dan nama Pihak Berkuasa Sidang.


2. Masukkan nombor, pangkat, nama, unit dan lain-lain perihal sidituduh.
3. Masukkan nombor, pangkat dan nama unit Yang DiPertua.
4. Anggota atau anggota pengganti boleh diperihalkan sama ada dengan menyatakan nombor nama dan (unit) atau ‘
Seorang…………………………………………………………….(pangkat) untuk dipertugaskan oleh ketua memerintah
(unit)……………………………………….......................................................................................................……………’.
5. Masukkan nama Hakim Peguam.
6. Masukkan nama Hakim Peguam dan apa-apa kelulusan undang-undangnya.

78 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976

JADUAL KEENAM

AKTA ANGKATAN TENTERA 1972

KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA


(MAHKAMAH TENTERA) 1976

(Kaedah 59)

SUMPAH DAN IKRAR

(1) SUMPAH DALAM MAHKAMAH TENTERA

Oleh Yang DiPertua dan anggota-anggota:

Saya bersumpah bahawa saya akan mentadbir keadilan mengikut undang-undang dengan sewajarnya, tanpa takut atau berat
sebelah, sayang atau benci dengan sedaya upaya saya dan saya bersumpah selanjutnya bahawa saya tidak akan, pada bila-bila masa
pun, menzahirkan undi atau pendapat Yang DiPertua atau mana-mana anggota tertentu mahkamah ini, melainkan jika dikehendaki
berbuat demikian dalam perjalanan biasa undang-undang. Oleh yang demikian tolonglah saya Ya Tuhan.

Oleh Hakim Peguam:

Saya bersumpah bahawa saya akan menunaikan kewajipan Hakim Peguam tanpa takut atau berat sebelah, sayang atau benci
dengan sedaya upaya saya dan saya bersumpah selanjutnya bahawa saya tidak akan, pada bila-bila masa pun, menzahirkan undi atau
pendapat Yang DiPertua atau mana-mana anggota tertentu mahkamah ini, melainkan jika dikehendaki berbuat demikian dalam
perjalanan biasa undang-undang. Oleh yang demikian tolonglah saya Ya Tuhan.

Oleh Pegawai di bawah arahan:

Saya bersumpah tidak akan, pada bila-bila masa pun, menzahirkan undi atau pendapat Yang DiPertua atau mana-mana
anggota tertentu mahkamah ini, melainkan jika dikehendaki berbuat demikian dalam perjalanan biasa undang-undang. Oleh yang
demikian tolonglah saya Ya Tuhan.

Oleh jurutrengkas atau juru rekod:

Saya bersumpah bahawa saya akan mencatat dengan sebenar dengan sedaya upaya saya keterangan yang akan diberi di
hadapan mahkamah ini dan apa-apa perkara lain sebagaimana yang dikehendaki dan akan apabila dikehendaki menyerahkan kepada
mahkamah transkripnya yang sebenar. Oleh yang demikian tolonglah saya Ya Tuhan.

Oleh jurubahasa:

Saya bersumpah bahawa saya akan dengan sedaya upaya saya tanpa takut atau berat sebelah menterjemahkan dengan
sebenarnya segala yang saya dikehendaki menterjemahkan. Oleh yang demikian tolonglah saya Ya Tuhan.

Oleh saksi:

Saya bersumpah bahawa keterangan yang akan saya beri adalah benar, semuanya benar, tiada yang tidak benar melainkan
semuanya benar belaka. Oleh yang demikian tolonglah saya Ya Tuhan.

(2)CARA MENTADBIR SUMPAH

Seseorang yang mengangkat sumpah hendaklah menyebut perkataan-perkataan sumpah itu dengan mengikut orang yang
mentadbirkan sumpah itu.

(3)IKRAR:

Seseorang yang membuat ikrar hendaklah melafazkan kepada atau menyebut mengikut orang yang mentadbirkan ikrar itu
perkataan-perkataan bentuk sumpah yang berkenaan kecuali bahawa bagi perkataan-perkataan “Saya bersumpah” ia hendaklah
digantikan dengan perkataan “Saya dengan sesungguhnya, ikhlas dan sebenarnya mengaku dan berikrar” dan perkataan-perkataan
“Oleh yang demikian, tolonglah saya Ya Tuhan” hendaklah ditinggalkan.

79 of 80
KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA
(MAHKAMAH TENTERA) 1976
JADUAL KETUJUH

AKTA ANGKATAN TENTERA 1972

KAEDAH-KAEDAH ACARA ANGKATAN TENTERA


(MAHKAMAH TENTERA) 1976

(Kaedah 82 (2))

PEPENDAPAT

Dibebaskan atas semua pertuduhan

Tidak bersalah atas (pertuduhan itu) (semua pertuduhan itu)

Tidak bersalah atas (pertuduhan itu) (semua pertuduhan itu), dan dibebaskan dengan rekod baik atas pertuduhan itu.

Dibebaskan atas beberapa tetapi tidak semua pertuduhan


Tidak bersalah atas pertuduhan/pertuduhan-pertuduhan...............................................................1 tetapi adalah bersalah atas
pertuduhan/pertuduhan ...............................................................................................................................................................

Tidak bersalah atas pertuduhan/pertuduhan-pertuduhan................................................... dan dibebaskan dengan rekod baik


atas pertuduhan itu tetapi adalah bersalah atas pertuduhan/ pertuduhan-pertuduhan ...............................................................

Sabitan atas semua pertuduhan


Bersalah atas (pertuduhan itu) (semua pertuduhan itu)

Pependapat Khas
Bersalah atas pertuduhan....................................................
(kecuali perkataan-perkataan..............................................
(kecuali bahawa..................................................................

Tidak bersalah atas kesalahan yang dipertuduhkan tetapi adalah bersalah atas ....................................................................
...................................................................................................................................................................................................

Tiada pependapat atas pertuduhan alternatif


Bersalah atas pertuduhan.................................................. mahkamah tidak merekodkan apa-apa pependapat atas
pertuduhan alternatif) ..................................................................................................................................................................

Jika yang dituduh tidak layak dibicarakan

Dibebaskan oleh sebab gila


Tidak bersalah oleh sebab gila

1 Masukkan nombor pertuduhan atau pertuduhan mengikut nombor dalam kertas pertuduhan
2 Nyatakan kecualian itu dengan lengkap. Bentuk ini adalah sesuai apabila pependapat itu dibuat di bawah kaedah 81 (3)
3 Nyatakan kesalahan yang di atasnya sidituduh didapati bersalah. Bentuk ini adalah berkenaan apabila suatu pependapat khas dibuat di bawah seksyen
114 (2),(3), (5) atau (6) Akta Angkatan Tentera 1972.

80 of 80

You might also like