Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

5.

0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang
telah dilakukan daripada beberapa kaedah kajian. Data yang telah dimasukkan telah diproses
bagi mendapatkan statistik. Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar
tingkatan 6 telah disoal selidik.

BAHAGIAN A : DATA DEMOGRAFI RESPONDEN

5.1.1 JANTINA

JANTINA BILANGAN (RESPONDEN) PERATUS


Lelaki 14 47%
Perempuan 16 53%
Jadual 1: Demografi responden mengikut jantina

JANTINA

47%
53%

Lelaki Perempuan

Rajah 1: JANTINA RESPONDEN


Responden kajian terdiri daripada 30 orang pelajar tingkatan 6 Kolej Islam Sultan Alam
Shah,Klang. Berdasarkan jadual 1 dan rajah 1 diatas, seramai 14 orang atau 47% responden
merupakan pelajar lelaki manakala seramai 16 orang atau 53% merupakan dari kalangan
pelajar perempuan. Hal ini menunjukkan jantina mempengaruhi kajian yang dijalankan ini
kerana bilangan pelajar perempuan lebih ramai daripada pelajar lelaki. Dapat dilihat bahawa
pelajar perempuan lebih ramai yang melakukan pembelian secara atas talian berbanding
pelajar lelaki.
5.1.2 FAKULTI

FAKULTI BILANGAN PERATUS


(RESPONDEN)
Pengajian Islam 9 30%
Ekonomi dan Muamalat 6 20%
Bahasa dan Linguistik 7 23%
Syariah dan Undang-undang 9 30%
Jadual 2 : Demografi responden mengikut fakulti

FAKULTI
5%

30% 39%

26%

PENGAJIAN ISLAM EKONOMI DAN MUAMALAT


BAHASA DAN LINGUISTIK SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG

Rajah 2 : Fakulti

Rajah 2 di atas menunjukkan seramai 9 orang pelajar tingkatan 6 iaitu 30% daripada
keseluruhan 30 orang responden merupakan pelajar fakulti Pengajian Islam manakala untuk
fakulti Ekonomi dan Muamalat pula seramai 6 orang pelajar bersamaan 20% orang responden
yang gemar melakukan pembelian atas talian. Seterusnya,seramai 7 orang pelajar bersamaan
23% orang responden adalah dari fakulti Bahasa dan Linguistik manakala hanya 7 orang
pelajar bersamaan 30% orang responden adalah dari fakulti Ekonomi dan Muamalat yang
melakukan pembelian secara atas talian.
5.1.3 PERBELANJAAN BULANAN

PERBELANJAAN BILANGAN PERATUS


BULANAN (RESPONDEN)
RM10-RM50 10 34%
RM51-RM100 10 33%
RM101-RM200 7 23%
RM201-RM300 2 7%
RM301-RM400 1 3%
Jadual 3 : Demografi responden mengikut perbelanjaan bulanan

PERBELANJAAN BULANAN

3%
7%

33%

23%

33%

RM10-RM50 RM51-RM100 RM101-RM200 RM201-RM300 RM301-RM400

Rajah 3 : Perbelanjaan Bulanan


Seterusnya,berdasarkan jadual 3 dan rajah 3, berkaitan demografi responden mengikut
perbelanjaan bulanan, seramai 10 orang pelajar tingkatan 6 iaitu 34% daripada kesuluruhan
30 orang responden yang menyatakan bahawa pendapatan bulanan mereka semasa pembelian
secara atas talian adalah sebanyak RM10-RM50 manakala RM51-RM100 pula adalah
seramai 10 orang pelajar tingkatan 6 iaitu bersamaan dengan 33%. Di samping itu, terdapat 7
orang pelajar tingkatan 6 atau 23% pelajar yang menyatakan bahawa pendapatan bulanan
mereka adalah sebanyak RM101-RM200. Hanya 2 daripada 30 orang responden bersamaan
7% menyatakan perbelanjaan bulanan mereka sebanyak RM201-RM300. Selain itu, terdapat
1 daripada 30 orang responden bersamaan 3% yang menyatakan bahawa pendapatan
bulanannya adalah sebanyak RM301-RM400.
BAHAGIAN B : MENGENALPASTI JENIS-JENIS PLATFORM YANG
DIGUNAKAN OLEH PELAJAR TINGKATAN 6 DI KISAS UNTUK PEMBELIAN
ATAS TALIAN

5.2.1 JENIS PLATFORM YANG DIGUNAKAN

JENIS PLATFORM BILANGAN PERATUS


(RESPONDEN)
LAZADA 9 30%
SHOPEE 30 100%
GO SHOP MALAYSIA 0 0%
MUDAH.MY 1 3%
ZALORA MALAYSIA 4 13%
FASHION VALET 1 3%
F.O.S 3 10%
Jadual 4 : Hasil soal selidik responden
MENGENALPASTI JENIS-JENIS PLATFORM YANG DIGUNAKAN OLEH
PELAJAR TINGKATAN 6 DI KISAS UNTUK PEMBELIAN ATAS TALIAN

FASHION F.O.S
VALET LAZADA
ZALORA MALAYSIA
2% 6%
MUDAH.MY 19%
8%
2%

SHOPEE
63%

LAZADA SHOPEE GO SHOP MALAYSIA MUDAH.MY


ZALORA MALAYSIA FASHION VALET F.O.S

Rajah 4 : Jenis – jenis platform yang digunakan

Berdasarkan analisis data yang diperolehi menunjukkan majoriti responden iaitu seramai 30
orang responden bersamaan 100% yang menggunakan platform Shopee. Pengkaji
berpendapat bahawa Shopee merupakan platform yang menjadi pilihan hati responden kerana
platform ini memang sudah terkenal sejak dahulu lagi mendahului platform yang lain dan
sering digunakan oleh pembeli sebagai perantaraan dalam membeli barang secara atas talian
kerana lebih dipercayai dan mempunyai harga promosi yang menarik. Seterusnya, Lazada
adalah platform kedua terbanyak yang digunakan oleh 9 orang responden bersamaan 30%.
Platform Zalora Malaysia pula hanya digunakan oleh 4 orang pelajar sahaja iaitu bersamaan
13% orang responden. Selain itu, F.O.S pula mempunyai 3 orang responden iaitu bersamaan
10% pelajar yang gemar menggunakan platform tersebut. Di samping itu, platform
Mudah.My dan Fashion Valet mendapat bilangan responden yang sama iaitu 1 orang pelajar
bersamaan 3%. Hanya platform Go Shop Malaysia sahaja yang tidak mempunyai responden
iaitu 0 orang responden bersamaan 0% oleh pelajar tingkatan 6. Hal ini demikian kerana,
semua pelajar tingkatan 6 di Kisas kurang berminat dalam menggunakan platform tersebut.

5.2.2 JENIS BARANG YANG DIBELI SECARA ATAS TALIAN


JENIS BARANG BILANGAN PERATUS
(RESPONDEN)
ALAT KECANTIKAN 9 30%
JAM TANGAN 8 27%
AKSESORI GAJET 18 60%
AKSESOR FESYEN 9 30%
BUKU 11 37%
BEG 7 23%
PERALATAN RUMAH 13 43%
PAKAIAN 24 80%
KASUT 12 40%
BARANG PERHIASAN 9 30%
Jadual 5 : Jenis barangan yang kerap dibeli oleh responden
MENGENALPASTI JENIS BARANG YANG DIBELI SECARA ATAS TALIAN

ALAT KECANTIKAN JAM TANGAN AKSESORI GAJET AKSESORI FESYEN


BUKU BEG PERALATAN RUMAH PAKAIAN
KASUT BARANG PERHIASAN

Rajah 5 : Jenis barang yang dibeli


Berdasarkan rajah 5, seramai 9 orang responden bersamaan 30% yang membeli alat
kecantikan melalui perniagaan atas talian. Hal ini juga disokong kerana responden perempuan
lebih ramai berbanding responden lelaki. Jualan alat kecantikan ini mempunyai strategi
pemasaran yang sangat baik seperti melakukan tutorial, menunjukkan maklum balas
pengguna yang telah menggunakan alat kecantikan tersebut dan sering menawarkan harga
yang berpatutan. Perkara ini telah menyumbang responden untuk membeli alat kecantikan
tersebut. Seterusnya, terdapat 8 orang responden bersamaan 27% yang membeli jam tangan
secara atas talian manakala seramai 18 orang responden bersamaan 60% membeli aksesori
gajet secara atas talian. Pembelian aksesori gajet secara atas talian telah mendapat sambutan
yang ramai. Hal ini demikian kerana, kebanyakan kedai –kedai lain yang bukan menjalankan
perniagaan atas talian kebiasaannya mendesak pengguna untuk membeli aksesori tersebut
untuk mengejar komisyen sehingga membuat pengguna tidak selesa untuk membuat pilihan
yang tepat. Seramai 9 orang responden bersamaan 30% yang membeli aksesori fesyen dan 11
orang responden bersamaan 37% yang membeli buku secara atas talian. Selain itu, terdapat 7
orang respon bersamaan 23% yang membeli buku secara atas talian manakala seramai 13
orang responden bersamaan 43% yang membeli peralatan rumah secara atas talian. Di
samping itu, berdasarkan hasil kajian saya, yang menjadi pilihan majoriti responden bagi
pembelian barang secara atas talian ialah pakaian iaitu seramai 24 orang responden
bersamaan 80%. Hal ini demikian kerana, pakaian yang dijual di atas talian mempunyai
banyak pilihan. Pilihan yang ditawarkan bukan sahaja dari segi warna, malahan rekaan
pakaian dan juga saiz yang pelbagai. Pembelian atas talian juga mempunyai pakaian yang
terkini berbanding kedai-kedai biasa. Hal ini terjadi kerana kebanyakan pembekal mengambil
masa yang lama untuk mengagihkan pakaian terkini ke setiap kedai-kedai biasa. Selain itu,
membeli pakaian di atas talian lebih menjimatkan masa, wang dan tenaga pelajar serta tidak
perlu melayan kerenah jurujual pakaian. Seterusnya, seramai 12 orang responden bersamaan
40% yang membeli kasut secara atas talian dan 9 orang responden bersamaan 30% yang
membeli barang perhiasan secara atas talian.
BAHAGIAGIAN C : MENGENALPASTI FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI KEPERCAYAAN PEMBELIAN ATAS TALIAN DALAM
KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 6 DI KISAS

5.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPERCAYAAN PEMBELIAN ATAS


TALIAN

BIL FAKTOR SANGAT TIDAK SETUJU SANGAT


TIDAK SETUJU SETUJU
SETUJU
1. Produk yang 1 6 17 7
berkualiti 3% 20% 57% 23%

2. Harga yang 1 1 18 10
murah 3% 3% 60% 33%

3. Menjimatkan 0 2 12 16
masa pembeli 0% 7% 40% 53%

4. Kepelbagaian 1 1 13 15
pilihan 3% 3% 43% 50%
barangan
5. Kemudahan 0 1 14 15
perbankan 0% 3% 47% 50%
dalam talian
6. Mudah 0 0 15 15
membuat 0% 0% 50% 50%
perbandingan
harga
7. Kos 0 4 14 13
penghantaran 0% 13% 47% 43%
yang mudah
8. Penjual yang 0 12 14 4
diyakini 0% 40% 47% 13%
9. Perkhidmatan 1 2 20 7
yang baik 3% 7% 67% 23%
dan berkualiti
10. Aplikasi 0 1 12 16
yang mudah 0% 3% 40% 53%
dan pantas
Jadual 5 : Hasil soal selidik responden
MENGENALPASTI FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPERCAYAAN
PEMBELIAN ATAS TALIAN DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 6 DI
KISAS

PRODUK YANG BERKUALITI HARGA YANG MURAH


MENJIMATKAN MASA PEMBELI KEPELBAGAIAN PILIHAN BARANGAN
KEMUDAHAN PERBANKAN DALAM TALIAN MUDAH MEMBUAT PERBANDINGAN HARGA
KOS PENGHANTARAN YANG MUDAH PENJUAL YANG DIYAKINI
PERKHIDMATAN YANG BAIK APLIKASI YANG MUDAH DAN PANTAS

Rajah 5 : Faktor-faktor pembelian atas talian


Soalan 1 yang disoal kepada responden ialah mengenai produk yang berkualiti. Bagi soalan
ini, 1 orang responden sangat tidak setuju bersamaan 3% , 6 orang responden bersamaan 20%
tidak setuju, 17 orang responden bersamaan 57% setuju dan 7 orang responden bersamaan
23% yang sangat setuju. Majoriti pelajar tingkatan 6 di Kolej Islam Sultan Alam Shah,
memilih jawapan setuju kerana mereka sering mendapatkan barang yang berkualiti seperti
yang dijanjikan di atas talian setelah mereka membeli barangan tersebut.
Seterusnya, soalan 2 yang disoal kepada responden ialah mengenai barangan dalam talian
harganya lebih murah berbanding di kedai. Bagi soalan ini, 1 orang responden bersamaan 3%
sangat tidak setuju, 1 orang responden bersamaan 3% tidak setuju, seramai 18 orang
responden setuju bersamaan 60% dan 10 orang responden bersamaan 33% yang sangat
setuju. Ramai responden yang setuju dengan harga pembelian barangan secara atas talian ini
adalah murah.
Selain itu, soalan 3 yang disoal kepada responden ialah menjimatkan masa pembeli
menyebabkan perbelanjaan dalam talian menjadi pilihan. Bagi soalan ini, tiada responden
bagi sangat tidak setuju dengan pernyataan ini dan hanya terdapat 2 orang yang tidak setuju
bersamaan 7%, 12 orang responden setuju bersamaan 40% dan majoriti responden pelajar
tingkatan 6 ini adalah sangat setuju iaitu seramai 16 orang responden bersamaan 53%.
Soalan 4 yang disoal kepada responden ialah kepelbagaian pilihan barangan. Bagi soalan ini,
1 orang responden sangat tidak setuju bersamaan 3%, 1 orang responden tidak setuju
bersamaan 3%, 13 orang responden bersamaan 43% setuju dan kebanyakan pelajar tingkatan
6 di Kolej Islam Sultan Alan Shah ini sangat setuju bahawa terdapat banyak pilihan barangan
dalam perniagaan atas talian berbanding pilihan barang-barang di kedai iaitu seramai 15
orang responden bersamaan 50%.
Soalan 5 yang disoal kepada responden ialah kemudahan perbankan dalam talian. Bagi soalan
ini, tiada responden bagi sangat tidak setuju, 1 orang responden tidak setuju bersamaan 3%,
14 orang responden setuju bersamaan 47% dan 15 orang responden bersamaan 50% adalah
sangat setuju dengan pernyataan tersebut.
Di samping itu, soalan 6 yang disoal kepada responden ialah mudah membuat perbandingan
harga. Bagi soalan ini, tiada responden untuk sangat tidak setuju dan tidak setuju. Hal ini
demikian kerana, majoriti pelajar tingkatan 6 di Kolej Islam Sultan Alam Shah adalah setuju
iaitu 15 orang responden bersamaan 50% dan 15 orang responden bersamaan 50% juga yang
sangat setuju. Kebanyakan pelajar tingkatan 6 ini mudah membuat perbandingan harga
semasa melakukan pembelian secara atas talian.
Soalan 7 yang disoal kepada responden juga ialah kos penghantaran yang mudah. Bagi soalan
ini, tiada responden bagi sangat tidak setuju, 4 orang responden bersamaan 13% yang tidak
setuju, 14 orang responden bersamaan 47% setuju dan 13 orang responden sangat setuju
bersamaan 43%. Kajian mencatatkan keputusan setuju adalah paling ramai. Hal ini demikian
kerana kebanyakan pelajar tingkatan 6 di Kolej Islam Sultan Alam Shah banyak
menggunakan kenderaan awam sebagai pengangkutan.
Seterusnya, soalan 8 yang disoal kepada responden ialah penjual yang diyakini. Bagi soalan
ini, tiada responden untuk sangat tidak setuju, 12 orang responden bersamaan 40% yang tidak
setuju, 14 orang responden setuju bersamaan 47% dan hanya 4 orang responden bersamaan
13% yang sangat setuju. Jelaslah disini bahawa pelajar tingkatan 6 di Kolej Islam Sultan
Alam Shah ini kurang yakin dengan penjual yang menjual barangan secara atas talian.
Soalan 9 yang disoal kepada responden ialah mengenai perkhidmatan yang baik dan
berkualiti. Bagi soalan ini, 1 orang responden bersamaan 3% sangat tidak setuju, 2 orang
responden tidak setuju bersamaan 7%, 20 orang responden bersamaan 67% yang setuju dan
hanya 7 orang responden bersamaan 23% yang sangat setuju. Kajian mencatatkan peratusan
setuju adalah paling tinggi. Hal ini demikian kerana, kebanyakan pelajar tingkatan 6 di Kolej
Islam Sultan Alam Shah mendapat perkhidmatan yang baik dan berkualiti oleh penjual yang
menjalankan perniagaan secara atas talian.
Soalan 10 yang disoal kepada responden ialah aplikasi yang mudah dan pantas. Bagi soalan
ini, tiada responden bagi sangat tidak setuju, 1 orang responden tidak setuju bersamaan 3%,
12 orang responden bersamaan 40% setuju dan 16 orang responden bersamaan 53% yang
sangat setuju. Kajian mencatatkan peratusan sangat setuju adalah paling tinggi. Hal ini
demikian kerana kebanyakan pelajar tingkatan 6 di Kolej Islam Sultan Alam Shah hanya
perlu menggunakan aplikasi untuk membeli barang yang diingini malah tidak perlu
menunggu kedai dibuka untuk membuat pembelian.

You might also like