Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

KURSUS:

CMIE1213 PEMBANGUNAN PERUSAHAAN MIKRO DAN KECIL SEMESTER 1


2021/2022 SET 1

TAJUK:
BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) - PERNIAGAAN ENG’S POPCORN

PENSYARAH:
DR. MOHD AZRY BIN KHOIRY

KUMPULAN 30: ENG’S POPCORN

NAMA AHLI NO. MATRIK

AMIRA HAIYATI BINTI MOHD FAUZI A179429

AIN HAZIQAH BINTI AB RAZAK A179499

NURUL FATIHAH BINTI MOHD FARHIYASIN A179595

NURUL HASEENA BINTI OMAR A180033

NURUL HAFIZAH BINTI JAMIL A180435

NOR FITRI ADWANI BINTI MORSHID A182349

NIK AMIRUL HAQEEM BIN MOHD MOKHTAR A186307

AHMAD MUSADAD BIN JUSOH A189381


1.0 PENGENALAN PERNIAGAAN

Kumpulan kami telah memilih untuk menjalankan perniagaan secara atas talian bagi
produk berasaskan makanan. Hal ini demikian kerana pada pendapat kami, produk
berasaskan makanan sentiasa mendapat perhatian ramai. Oleh itu, kami mengambil peluang
ini dengan memilih produk makanan di bawah jenama Eng’s Popcorn. Perniagaan ini mula
ditubuhkan pada tahun 2017 oleh pengasasnya iaitu Mohd Shazarul Ismail. Pada awalnya,
beliau hanya berjual secara kecil-kecilan di sekitar kawasan rumahnya dengan niat untuk
menyara keluarga selepas pemergian ayahnya.

Snek berasaskan bertih jagung yang pada mulanya hanya menjadi permintaan jiran
tetangga kini sudah menjadi pilihan pencinta popcorn di seluruh Malaysia. Berkat usaha dan
kerja keras yang ditunjukkan oleh beliau dan juga ejen-ejen di bawah kendalian beliau, Eng’s
Popcorn telah berjaya menghasilkan 5 buah produk utama iaitu, Newborn, Biggie, Refill
Pack, Eng’s Strawberry Popcorn dan juga Le Box. Semua produk ini sudah terbukti lazat,
halal, buatan sendiri dan turut dijual pada harga yang sangat berpatutan sekaligus menjadi
snek kegemaran ramai di setiap peringkat umur.

Oleh kerana kebanyakan ahli daripada kumpulan kami ini baru sahaja mula berjinak-
jinak dalam dunia perniagaan, kami mengambil kaedah dropship sebagai medium untuk
menjual produk Eng’s Popcorn. Dropship adalah salah satu cara perniagaan yang tidak
memerlukan sebarang modal serta merupakan konsep perniagaan yang mudah, ringkas dan
amat sesuai dengan perniagaan secara atas talian. Kami juga tidak perlu menyimpan
sebarang stok kerana sekiranya tempahan atau pesanan dibuat oleh pelanggan, kami hanya
perlu memaklumkan kepada ejen ataupun ketua kami. Dari situ, pihak ejen akan mengurus
dan menghantar pesanan kepada pelanggan yang membeli produk ini.

Selain daripada itu, kami juga hanya perlu mempromosikan produk Eng’s Popcorn
melalui platform media sosial seperti Instagram, Facebook, serta Whatsapp memandangkan
platform media sosial yang digunakan membantu memudahkan kami untuk mempromosikan
produk yang dijual dengan menggunakan copywriting yang menarik. Lebih-lebih lagi
apabila media sosial dilihat sebagai satu nilai penggerak perniagaan di seluruh dunia.
Berkenaan dengan gambar-gambar dan copywriting produk, kami tidak perlu risau kerana
semua telah disediakan oleh pihak pengurusan Eng’s Popcorn menerusi aplikasi Telegram.
Lokasi headquarter Eng’s Popcorn di Batu Pahat Johor dilihat sangat strategik dan
bersesuaian untuk menghasilkan produk dengan lebih banyak mengikut permintaan
pelanggan di Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak. Oleh sebab itu, kami memilih
perniagaan makanan di bawah jenama Eng’s Popcorn bagi mempelajari kemahiran berniaga
dan teknik pemasaran yang berkesan.

2.0 BUSINESS MODEL CANVAS (BMC)

Business Model Canvas (BMC) atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai Kanvas
Model Perniagaan adalah satu model atau alat yang digunakan dalam perancangan sesuatu
projek, perniagaan dan syarikat yang diusahakan. Model ini mampu memberikan impak
maksima dalam memacu kejayaan perniagaan yang sedang diusahakan.

2.1 Apakah itu BMC?

Ringkasnya, BMC merupakan satu model kanvas bagi memberikan gambaran yang
komprehensif berkaitan dengan perniagaan yang diusahakan. Model ini mula diperkenalkan
oleh Alexander Osterwalder melalui buku hasil penulisannya yang bertajuk “Business
Model Ontology”. Alexander menjadikan model ini sebagai teras pemangkin sesuatu
perniagaan.

Menurut Alexander juga, model ini mampu memberikan gambaran yang amat jelas
di mana ianya menerangkan secara terperinci setiap segmen ataupun elemen yang terlibat
dalam sesuatu perniagaan yang dijalankan. Dalam erti kata yang lain, BMC ini membantu
menjadikan pengurusan sesebuah perniagaan itu lebih strategik dan efisien. Carta visual
yang ada memberikan gambaran yang komprehensif mengenai struktur dan elemen yang
terlibat sepanjang perniagaan berlangsung. Model perniagaan ini turut menerangkan
bagaimana sesebuah organisasi berfungsi dalam menggerakkan sesebuah perniagaan dan
hubung kait setiap elemen yang ada. BMC menggariskan konsep yang mudah difahami serta
mengoptimumkan struktur perniagaan.

2.2 Elemen Business Model Canvas (BMC)

1) CUSTOMER SEGMENTS (SEGMEN PELANGGAN)

Customer Segments atau Segmen pelanggan merupakan salah satu daripada sembilan
elemen utama dalam Business Model Canvas (BMC). Segmen pelanggan adalah merupakan
cara kita menentukan individu atau organisasi yang menjadi kumpulan sasaran pelanggan
(target customer) yang diingini. Sekiranya kita sebagai seorang usahawan mengetahui
siapakah target customer yang diperlukan dalam perniagaan yang dijalankan, akan
memudahkan untuk kita memfokuskan tawaran nilai (Value Proposition) yang akan
ditawarkan kepada pelanggan dalam perniagaan yang dijalankan. Hal ini demikian kerana,
kita tahu customer mana yang perlu kita tumpukan bagi menjana pendapatan dan profit
margin yang berterusan.
Perniagaan yang dijalankan oleh kumpulan kami adalah melibatkan penjualan
makanan ringan iaitu Bertih Jagung atau Popcorn berjenama Eng’s. Kami menyasarkan
produk ini kepada semua pelanggan daripada pelbagai peringkat umur yang menggemari
makanan ringan berperisa manis untuk dimakan pada bila-bila masa sahaja. Produk Eng’s
Popcorn ini datang dalam pelbagai jenis perisa dan saiz iaitu Newborn Eng’s Popcorn perisa
karamel, Biggie Eng’s Popcorn perisa karamel, Strawberry Popcorn dan Kilopack perisa
karamel diyakini mampu menarik minat penggemar popcorn di luar sana bagi mencuba
produk ini memandangkan produk ini tidak terlalu manis, disaluti dengan karamel yang
menyeluruh dan rangup selain pembungkusannya yang berkualiti dalam menjamin rasa serta
kualiti popcorn berpanjangan.

2) VALUE PROPOSITION (TAWARAN NILAI)

Tawaran nilai merujuk kepada nilai atau kualiti yang ada pada produk kita, yang
membezakan produk kita dengan produk-produk pesaing dalam pasaran. Pelanggan Eng’s
popcorn disajikan dengan pelbagai keistimewaan yang pastinya akan membuat para
pelanggan berpuas hati dengan produk yang dibeli. Eng’s popcorn didatangkan dalam
pelbagai saiz dan berat iaitu 300g, 650g, 200g dan 1Kg. Terdapat 2 perisa yang dipasarkan
dalam pasaran iaitu perisa karamel dan perisa strawberi yang jarang dijumpai dalam pasaran.
Eng's Popcorn juga menggunakan bahan-bahan premium dalam menghasilkan bertih jagung
yang sedap dan rangup seperti Premium South African Mushroom Popcorn Kernel yang akan
menjadikan popcorn tersebut sangat rangup dan tidak lemau. Bukan itu sahaja, setiap
popcorn disaluti dengan sos karamel penuh sehingga pembeli tidak nampak warna putih
popcorn. Semestinya, Eng’s popcorn tidak menggunakan sebarang pewarna tambahan pada
produk mereka.

Bahagian paling menarik mengenai Eng’s popcorn ialah pembungkusan popcorn


tersebut. Pembeli tidak perlu risau dengan pembungkusan popcorn mereka kerana Eng’s
popcorn dibungkus dan divakum dengan baik. Bahagian penutup Eng’s popcorn ditutup
dengan menggunakan Pull Ring Aluminium Cap supaya popcorn tahan lebih lama dan kedap
udara. Pembeli muslim juga tidak perlu risau dengan status Halal Eng’s popcorn kerana
popcorn ini adalah 100% buatan bumiputera dan semestinya diyakini halal.
3) CHANNELS (SALURAN)

Channels atau Saluran dalam Business Model Canvas (BMC) adalah merupakan
penghubung di antara Tawaran Nilai (Value Proposition) dan juga Segmen Pelanggan
(Customer Segments) di mana saluran ini bertindak sebagai medium yang membawa nilai
produk yang diniagakan kepada pelanggan. Sekiranya kita menggunakan saluran secara atas
talian (online), kita mungkin memasarkan produk di media sosial, laman web atau platform
e-dagang (e-commerce). Selain itu, usahawan juga mungkin menggunakan rakan kongsi bagi
tujuan pemasaran (marketing) atau dropshipper bagi meluaskan rangkaian perniagaan yang
dijalankan.

Bagi penjualan produk Eng’s Popcorn ini, kami telah memasarkan secara atas talian
melalui platform media sosial seperti Whatsapp, Instagram dan Facebook. Kebanyakan
penjualan produk kepada pelanggan dilakukan secara atas talian kerana lebih mudah, cepat
dan selamat lagi-lagi ketika musim pandemik Covid-19 yang masih berleluasa pada ketika
ini. Pemasaran secara atas talian juga memudahkan urusan pengambilan pesanan dan
penghantaran untuk dilakukan kepada pelanggan.

4) CUSTOMER RELATIONSHIPS (HUBUNGAN PELANGGAN)

Menjaga hubungan dengan pelanggan adalah sangat penting dalam mengekalkan reputasi
anda sebagai organisasi yang prihatin. Oleh itu, hubungan pelanggan atau customer
relationships merupakan salah satu daripada sembilan elemen utama dalam Business Model
Canvas (BMC). Hubungan pelanggan merujuk kepada hubungan dengan segmen pelanggan
yang diwujudkan oleh organisasi perniagaan.

Dalam perniagaan Eng’s Popcorn ini, syarikat ini telah menawarkan banyak diskaun pada
musim-musim perayaan atau tarikh-tarikh yang terkenal dengan jualan murah secara besar-
besaran serta tawaran hebat seperti pada tarikh 12 Disember atau 12/12 sale. Selain itu, syarikat
ini turut akan mendapatkan maklum balas daripada pelanggan mengenai produk mereka seperti
rasa produk, perkhidmatan yang diberikan semasa urusan jual beli dan pelbagai lagi. Hal ini
dilakukan bagi memastikan kualiti produk sentiasa berkualiti, memenuhi permintaan
pelanggan serta meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan
sentiasa bermutu dan terbaik.
5) REVENUE STREAMS (ALIRAN PENDAPATAN)

Aliran pendapatan merupakan pendapatan yang boleh dijana daripada bisnes ataupun
jualan yang kita lakukan. Antara revenue streams atau aliran pendapatan yang digunakan
oleh kumpulan kami dalam perniagaan Eng’s Popcorn ini ialah melalui kaedah asset sale
iaitu penjualan barangan dan dropship fees iaitu bayaran komisen kepada para dropshipper.

Seterusnya, mekanisme harga yang digunakan oleh team kami dalam syarikat Eng’s
Popcorn ialah list price iaitu harga tetap produk yang ditetapkan oleh Headquarters (HQ)
Eng’s Popcorn di Batu Pahat, Johor. Walaupun harga produk telah ditetapkan, tetapi kami
sebagai dropshipper akan mendapat komisen daripada jualan yang kami lakukan.
Contohnya, jika dropshipper berjaya menjual produk ‘Newborn’, mereka akan mendapat
komisen sebanyak RM2, ‘Biggie’ akan mendapat RM2.50, ‘Kilo Pack’ komisen sebanyak
RM1.50 dan ‘Strawberry’ berjumlah RM3.

6) KEY RESOURCES (SUMBER UTAMA)

Sumber utama ataupun key resources adalah merupakan ‘apa’ yang diperlukan dalam
sesuatu perniagaan. Elemen ini merupakan salah satu elemen dalam BMC yang
mengandungi sumber daya yang seelok-eloknya dirancang dengan baik dan dimiliki oleh
sesebuah perniagaan.

Walau bagaimanapun, bagi penjualan produk Eng’s Popcorn ini, setiap daripada kami
berperanan sebagai dropshipper iaitu penjual produk yang membuat jualan terus daripada
stokis dan juga agen. Hal ini seterusnya menjelaskan bahawa perniagaan yang dijalankan
tidak memerlukan sebarang modal. Selain daripada itu, setiap ahli kumpulan juga bertugas
sebagai pemasar, di mana kami memasarkan setiap produk yang dijual secara atas talian
melalui platform-platform media sosial tertentu yang turut digunakan oleh majoriti sasaran
pelanggan kami, terutamanya pelajar-pelajar universiti.

7) KEY ACTIVITIES (AKTIVITI UTAMA)

Key activities yang juga dikenali sebagai aktiviti utama perniagaan mewakili perkara
yang perlu dilakukan oleh sesebuah syarikat untuk menggerakkan fungsi model perniagaan.
Aktiviti utama ini boleh menghasilkan sama ada produk atau menyediakan perkhidmatan, atau
gabungan kedua-duanya. Aktiviti utama dapat dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu produksi,
kaedah penyelesaian masalah, dan platform.

Bagi perniagaan Eng’s Popcorn, pelbagai perisa digunakan dalam menghasilkan bertih
jagung yang bagi menarik perhatian ramai pelanggan. Kami juga mempertimbangkan perisa
unik yang berasaskan buah-buahan seperti buah strawberi untuk memastikan perniagaan ini
mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Dari segi aktiviti pemasaran, kami menggunakan cara pengiklanan yang mampu untuk
mencapai rangkaian yang luas. Di samping itu, kebanyakan aktiviti promosi dilakukan di
platform media sosial seperti Instagram, Facebook, dan Whatsapp di mana penggunaan
platform ini dapat membantu membangunkan serta meningkatkan ketersampaian maklumat
terhadap pelanggan yang disasarkan. Kami juga mengaplikasikan pengurusan yang lebih
sistematik dari segi penjagaan mutu produk yang dihasilkan. Dalam konteks ini, kami amat
mengutamakan kepuasan pelanggan iaitu dari segi penghantaran produk yang pantas dan
efisien.

8) KEY PARTNERS (RAKAN NIAGA)

Key partners pula merujuk kepada rakan niaga dalam menjalankan suatu perniagaan.
Perkara ini termasuk rakan kongsi (partner), rangkaian pembekal (suppliers) dan juga pihak
ketiga yang kita perlu berurusan dengan kerap dalam bisnes pada masa akan datang. Rakan
niaga ini amatlah penting dalam menjalankan aktiviti perniagaan. Pentingnya key partners
ini adalah kita dapat membina persepakatan untuk mengoptimumkan perniagaan,
mengurangkan risiko dan mendapatkan lebih banyak lagi sumber bisnes dengan kos yang
bagus.

Perkara yang penting dalam key partners ini adalah pembeli dan pembekal. Jadi, untuk
penjualan produk Eng’s Popcorn ini, kami mempunyai pembekal utama iaitu salah seorang
agen daripada Eng’s Popcorn. Beliaulah yang akan memasukkan tempahan yang diberi oleh
dropshipper kepada Eng’s Popcorn HQ. Bagi aspek pembeli pula kami mendapatkan
pelanggan kami daripada kalangan orang terdekat seperti kawan, keluarga atau saudara mara.
9) COST STRUCTURE (KOS STRUKTUR)

BMC cost structure ini menerangkan semua kos-kos yang terlibat dalam menjalankan
perniagaan berdasarkan model bisnes yang dirancang. Kesemua aspek untuk membina dan
menyampaikan tawaran nilai, mengekalkan hubungan dengan pelanggan dan seterusnya
menjana pendapatan memerlukan kos-kos yang perlu ditanggung. Kos-kos ini boleh
dirancang dengan baik sekiranya usahawan menentukan aspek Key Resources, Key
Activities, Key Partners dan building block lain dalam model perniagaan yang hendak
dijalankan.

Walau bagaimanapun, bagi penjualan produk Eng’s Popcorn ini, setiap daripada kami
berperanan sebagai dropshipper iaitu penjual produk yang membuat jualan terus daripada
stokis dan juga agen. Jadi, kos yang kami tahu ataupun yang kami gunakan hanya sedikit
daripada penjualan ini. Antara kos yang kami ketahui adalah kos harga pasaran produk Eng’s
Popcorn di mana terdapat empat jenis produk iaitu Newborn yang berharga RM18, Biggie
yang berharga RM25, Strawberry yang berharga RM25 dan yang terakhir ialah Kilo Pack
yang berharga RM38. Untuk pengetahuan umum, harga Semenanjung dan harga Sabah
Sarawak adalah berbeza bagi setiap produk dan harga yang dinyatakan di atas adalah harga
bagi Semenanjung. Selain itu, kos bagi penghantaran menggunakan pos adalah berharga RM
8 bergantung kepada berat item. Hanya setakat inilah kos yang digunakan oleh kami sebagai
dropshipper di bawah agen Engs’s Popcorn. Akhir sekali, komisen yang diperoleh daripada
penjualan produk ini adalah bergantung kepada jenis produk yang dijual iaitu komisen bagi
Newborn ialah RM2, Biggie sebanyak RM3, Strawberry sebanyak RM3 dan yang terakhir
Kilo Pack sebanyak RM2.
BUSINESS MODEL CANVAS

CUSTOMER
KEY PARTNERS KEY ACTIVITIES VALUE PROPOSITION CUSTOMER SEGMENTS
RELATIONSHIPS

● Stokis ● Penghasilan produk ● 100% buatan muslim ● Diskaun dan ● Semua lapisan umur
● Agen ● Pemasaran ● Bertih jagung premium Promosi yang menggemari snek
● Dropship ● Perkhidmatan jenis cendawan ● Berhubung popcorn
● Popcorn disaluti dengan melalui media ● Pembeli online
sos karamel penuh sosial
● Didatangkan dengan
perisa strawberi yang
KEY RESOURCES CHANNELS
jarang dijumpai
● Jurujual ● Pembungkusan berkualiti: ● Facebook
● Pemasar Pull Ring Aluminium Cap ● Instagram
● Pelbagai saiz ● Whatsapp
● Harga berpatutan

COST STRUCTURE REVENUE STREAMS

● Newborn = RM18 ● Asset Sale


● Biggie = RM25 ● Dropship Fees
● Strawberry = RM25 ● Harga tetap
● Kilo Pack = RM38
● Penghantaran = RM8
● Komisen:
-Newborn = RM2
-Biggie = RM3
-Strawberry = RM3
-Kilo Pack = RM2

You might also like